CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3732|Reply: 10

Rajagobal pilihan terbaik FAM

[Copy link]
Post time 21-4-2009 10:21 AM | Show all posts |Read mode
BUKAN Mohd. Azraai Khor Abdullah, Dollah Salleh mahupun K. Devan. Sebaliknya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan melantik K. Rajagobal sebagai jurulatih kebangsaan yang baru menggantikan B. Sathianathan yang disingkir pada 1 Februari lalu.

"Mula-mula kami senaraikan 12 jurulatih sebagai calon awal dan selepas perbincangan, tiga nama (Azraai, Dollah dan Devan) telah kita senarai pendek.

"Selepas itu kami hubungi ketiga- tiga mereka ini serta majikan mereka (Selangor, Kedah dan Shahzan Muda) dan ia memakan masa kerana perbincangan sesama mereka perlu dibuat.

"Kemudian ada yang kata tak minat, ada yang minat tetapi majikan tak lepaskan. Walaupun ini agenda negara, kita tak mahu mereka bekerja dalam suasana tidak gembira.

"Jadi kita mengadakan perbincangan akhir dan membuat keputusan untuk melantik K. Rajagobal sebagai jurulatih kebangsaan yang baru," kata Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, pengurus skuad kebangsaan, Datuk Gulzar Mohamad dan Rajagobal.

Jelas Redzuan, Rajagobal ditawarkan kontrak 2+1 iaitu kontrak dua tahun (2009-2011) dengan pilihan lanjutan setahun selepas itu.

"Rajagobal akan dibantu oleh Tan Cheng Hoe (penolong jurulatih) dan Mohd. Faozi Mukhlas (jurulatih penjaga gol).

"Mereka bertiga juga akan kekal menerajui skuad bawah 23 tahun kebangsaan seperti diumumkan 11 April lalu.

"Untuk pasukan Harimau Muda, tugas jurulatih akan diambil alih serta-merta oleh Ong Kim Swee (jurulatih skuad B-18 kebangsaan) bersama barisan kejurulatihannya," jelas Redzuan.

Namun, Azzuddin memberitahu, kedudukan Kim Swee itu masih belum berstatus tetap memandangkan skuad Harimau Muda kini dikendalikan Kementerian Belia dan Sukan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN).

"Kita tahu MSN nak jurulatih asing latih skuad ini. Bagaimanapun, mereka belum membuat keputusan muktamad kerana mesyuarat antara MSN dan FAM yang sepatutnya diadakan Jumaat lepas terpaksa ditunda berikutan perubahan menteri di kementerian tersebut.

"Jadi, disebabkan kita kena terus- kan program dan perancangan Harimau Muda, skuad ini kini akan dilatih serta-merta oleh Kim Swee sehinggalah keputusan lanjut dibuat kelak," jelas Azzuddin.

Sementara itu, seramai 26 pemain Bawah 23 berkumpul buat pertama kali di Wisma FAM petang semalam untuk menjalani latihan sebagai persediaan awal menghadapi Piala Antara Benua pada 1 hingga 14 Jun depan.

Bagaimanapun, tugas utama skuad B-23 tahun ini ialah Piala Antara Benua dan Sukan SEA di Laos kerana FAM semalam memutuskan untuk menghantar skuad utama ke Pestabola Merdeka 2009 pada Ogos depan.

"Kita buat sedikit perubahan, tak jadi hantar skuad B-23 untuk Pestabola. Kalau kita hantar skuad B-23 dan mereka muncul juara seperti 2007, ranking kita tak naik.

"Jadi kita putuskan untuk hantar skuad kebangsaan untuk Pestabola kali ini bagi memperbaiki ranking," kata Redzuan.

Menurut Redzuan lagi, lapan pasukan yang akan menyertai Pestabola Merdeka tahun ini termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Myanmar, Laos dan sebuah negara dari Timur Tengah yang masih belum disahkan lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2009 10:23 AM | Show all posts
adooos... tak payah la nak jemput laos ngan myanmar pesta bola nanati


ALL THE BEST FOR RAJAGOBAL
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 10:27 AM | Show all posts
mcm lah takde orang lain. dgr berita beliau ni dalam senarai terakhir sebab jurulatih2 dalam list teratas menolak tawaran.

nape lah tak ambil jurulatih2 yg berkelayakan sikit dr luar negara.

ni nak jimat Budget je lah .
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 10:28 AM | Show all posts
All the best for the new coach & the team!

tapi players pun kena gak ubah sikap, now days, main bola kena pkai otak bkn fizikal semata2
decision making, creativity, stamina, bla bla...suma penting beb

oh ya...tak lupa gak management yerk! kena ubah sikap gak!

football is a gold mine kalo di uruskan betol2...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 10:30 AM | Show all posts
Originally posted by mylekir at 21-4-2009 10:27
mcm lah takde orang lain. dgr berita beliau ni dalam senarai terakhir sebab jurulatih2 dalam list teratas menolak tawaran.

nape lah tak ambil jurulatih2 yg berkelayakan sikit dr luar negara.
...


selagi players tak berubah...bawak mai la sir fergie pun...still mcm tu gak
ok la la tu, rajagopal pn ok gak apa.... just wish him luck.
jgn la cepat sgt nak kondem


anyway, forza milan!! hehehe1
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by sintaq at 21-4-2009 10:30


selagi players tak berubah...bawak mai la sir fergie pun...still mcm tu gak
ok la la tu, rajagopal pn ok gak apa.... just wish him luck.
jgn la cepat sgt nak kondem


anyway, forz ...


apa kata kita suruh jurulatih malaysia kita melatih pasukan Brazil? agak2 dapat menang Piala Dunia tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2009 10:35 AM | Show all posts
rindu benar dengan suasana dan keriuhan bola sepak era Semi-Pro dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 11:11 AM | Show all posts
haku tingin nk tgk azraai jadi coach mesia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2009 12:28 PM | Show all posts
tahniah lar............... semoga kita menjadi raja............
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 03:38 PM | Show all posts
pilihan uatama adalah azraai,devan ngan dollah

si rajagobal xtau pulah pilihan ke bopa, macam tangkap muat ja.....

FAM kata proses nak ambik top 3 choice rumit, tu yg dp ambik rajagobal

nampak sangat kesungguhan FAM kurang, kalau mau depa 3 katakan, cuba la jgk sampai dpt.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 05:31 PM | Show all posts
Yg lain mne berani beb...

Skli kena blasah....diorang le kambing hitam dulu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.223430 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list