CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6398|Reply: 124

Selesema babi ragut nyawa 60 orang

[Copy link]
Post time 25-4-2009 03:46 AM | Show all posts |Read mode
GENEVA - Sejenis wabak selesema babi yang menjangkiti manusia, membunuh sekurang-kurangnya 60 orang di Mexico sebelum merebak ke negara jiran Amerika Syarikat (AS), kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Pihak berkuasa AS dan Mexico kini memantau perkembangan penyakit itu dengan serius.

Agensi WHO mengenal pasti selesema babi sebagai pandemik atau wabak yang berisiko menjangkiti manusia di seluruh dunia.

Seorang jurucakap agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, Fadela Chaib berkata, terdapat lebih 800 kes disyaki selesema babi dilaporkan di Mexico setakat ini.

Menurutnya, penyakit itu biasanya menyerang babi dan jarang menjangkiti manusia.

"Virus itu disifatkan oleh AS sebagai jenis terbaru daripada himpunan virus A/H1N1. Bagaimanapun, kerajaan Mexico masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jenis kuman itu," kata Chaib.

Sementara itu, pakar-pakar kesihatan AS menjangka menemui lebih banyak kes selesema babi ketika mereka memeriksa orang ramai yang bersentuhan dengan tujuh warga California dan Texas yang dijangkiti penyakit itu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) berkata, kes selesema babi dihidapi ketujuh-tujuh mangsa itu berbeza berbanding apa yang dihadapi Mexico kerana melibatkan sejenis virus baru.

Bagaimanapun, katanya, mereka sedang beransur pulih daripada virus selesema tersebut yang merupakan gabungan virus babi, burung dan manusia yang belum pernah dilihat penyelidik-penyelidik sebelum ini.

Lima mangsa itu di California dan dua lagi di Texas sedang pulih dan hanya seorang dimasukkan ke hospital.

Namun ujian menunjukkan ubat antivirus berupaya menentang virus baru itu.

Pakar CDC, Dr. Anne Schuchat menyatakan beliau percaya virus baru itu berupaya merebak antara manusia dengan manusia iaitu fenomena yang jarang berlaku bagi virus selesema babi.

Menurutnya mereka yang dijangkiti virus itu pada awalnya mengalami simptom selesema seperti sakit tekak, sendi, batuk dan sesak nafas sebelum ia merebak menjadi jangkitan paru-paru yang teruk.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Mexico mengarahkan supaya semua sekolah dan universiti di bandar raya Mexico ditutup semalam bagi membendung wabak tersebut. - Agensi


sumber:kosmo

*****************************************************************************

mudah2an virus ni xde lah serang mesia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2009 07:08 AM | Show all posts
komersi.al sungguh nama penyakit neh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 07:14 AM | Show all posts

Balas #1 nafham\ catat

Ini bermakna DNA virus lama dah mula spin(helix) dah bertukar ke virus yang baru, di mana ketahanan dirinya lebih kuat dan menyerang mana-mana pihak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 07:44 AM | Show all posts
binatang ni mmg byk penyakit...ish..ish...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 08:08 AM | Show all posts

Balas #4 zairizain\ catat

Mana2 binatang pun ada penyakit lah....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 08:18 AM | Show all posts

Balas #5 jbtrader\ catat

itu JAWS tada pnyakit...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2009 08:25 AM | Show all posts
er...
vavi lg..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 08:30 AM | Show all posts
ngeri2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2009 08:53 AM | Show all posts
harap orang melaka tidak dijangkiti Selesema babi
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 09:13 AM | Show all posts
asktenux ngan airfilterbersih dah kena ke penyakit neh.... abis laaa org melaka kena selesema....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by nafham at 25-4-2009 03:46
GENEVA - Sejenis wabak selesema babi yang menjangkiti manusia, membunuh sekurang-kurangnya 60 orang di Mexico sebelum merebak ke negara jiran Amerika Syarikat (AS), kata Pertubuhan Kesihatan Sedu ...


satu lagi penyakit yang Allah tambah di dunia ini... harap sapa yg suka makan babi bertukarlah kepada makan lembu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 09:29 AM | Show all posts
Originally posted by hammer at 25-4-2009 09:15


satu lagi penyakit yang Allah tambah di dunia ini... harap sapa yg suka makan babi bertukarlah kepada makan lembu



harap sapa yg suka makan lembooo tuh.. buang2 laa tabiat jadik lemboooo.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 09:37 AM | Show all posts

Balas #11 hammer\ catat

harap2 lepas ni takda la selsema lembu pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 12:29 PM | Show all posts
biar betik...ada selsema babi..aku igtkan birdflu je yg ada terjamin tak keselamatan rakyat melaka skang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 01:36 PM | Show all posts

Reply #1 nafham's post

ishh.....jgn kene malaysia dh le....yg xmkn babi pon kene kangg
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 01:37 PM | Show all posts

Reply #14 clairekimberly's post

name bru.....pigflu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2009 01:48 PM | Show all posts
kan best kalu org yg mkn benda ni kene penyakit ni, baru fairkan, jgn jd mcm bkt pelanduk sudah, goverment kne byr pampasan lg,
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 02:02 PM | Show all posts
kalau merebak macam ni dah jadi epidemic la.....memang harap2 tak sampai ke sini....but then people all over the world travel everywhere....there's every possibility it might......
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 02:18 PM | Show all posts
Originally posted by hammer at 25-4-2009 09:15


satu lagi penyakit yang Allah tambah di dunia ini... harap sapa yg suka makan babi bertukarlah kepada makan lembu

kalau bird flu tu pun apa pula abg hammer?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 07:26 PM | Show all posts
virus baru lagi...bila dah jumpa penawar utk satu penyakit timbul satu penyakit lain lagi..virus selsema barbie..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.257023 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list