CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
 Author| Post time 25-5-2009 10:50 AM | Show all posts

Balas #17 kaypo\ catat

waaaa...kalau tepek dua dua nanti jadi caca marba like bubur caca
takper... nanti kalau stuck kat yg ini , saya start yg lagi satu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2009 12:10 PM | Show all posts

Balas #21 sang_arjuna\ catat

He he he  smiley dah muncul kembali dgn ceritanya yg pasti menarik
Ada tempat nak lepak . Thanks smiley menceriakan hari2 kami di WR.....

Pagi tadi masuk TS  dpt message TS kena virus hu hu hu sedeh arr
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 12:58 PM | Show all posts
go go chaiyukk smiley
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 02:02 PM | Show all posts
best... cepatlah n3 baru....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 02:53 PM | Show all posts
Originally posted by sang_arjuna at 25-5-2009 10:50
waaaa...kalau tepek dua dua nanti jadi caca marba like bubur caca
takper... nanti kalau stuck kat yg ini , saya start yg lagi satu



boleh jer..tak kisah nak tepek satu dulu atau dua2 sekali..janji ada..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 02:56 PM | Show all posts
smiley ari ni takder n3 baru ker
cpat2 paste n3 baru ekk, kami disini setia menunggu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2009 03:11 PM | Show all posts

Reply #21 sang_arjuna's post

bubur caca sodapppp apa....aku sukerrr..terutama time time buka pose...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 10:38 PM | Show all posts
alaaaa..takde lagi ker....!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2009 08:13 AM | Show all posts

Balas #27 kaypo\ catat

time bln posa smua makanan mmng rasa sedap2 je
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 08:29 AM | Show all posts

Balas #29 juliet80\ catat

hehehe... salam semua dan selamat pagi..... citer pasal posa2 ni... dah ganti puasa ke?.... bulan August ni dah masuk Ramadhan dah....  cepat tul masa berlalu.... hehe...

Wah smiley otak ko ni banyak tul idea ya.... cam komputer lak, abis satu.... timbul lagi satu.... so... aku baca dulu le... baru leh komen tapi dgn syarat n3 mesti panjang2 tau baru le klu tu ada nak wat speku hehehehe....

--> Qimi... patut le aku masuk TS... x dapat nak tembusi, asyik2 kena tendang je....

--> Kay... lepas ni kena bagi resepi yg sedap skit nak wat buka pose ni.... banyak hari lagi lum berganti lagi ni..... .....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 12:15 PM | Show all posts

Reply #30 Jaza2008's post

Jaza...TS dah ok dah..aku baru jer balik dari buat lawatan disana....

resepi bulan pose....my fav. ..kalo boleh berbuka nak makan hari hari tak per....popiah basah...yummmy...isk x sabar lak nak tunggu bulan pose...time tu jer senang nak jumpa popiah ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2009 01:50 PM | Show all posts
Mata Hani meliar ke kiri  kanan. Setelah 15 minit menunggu , cuma dua teksi yang lalu. Dua duanya berpenumpang. Jam di tangan menunjukkan pukul 7.20 pagi. Hati nya mula gusar. Kalau terlepas bas ke Kuala Lumpur, matilah aku. Kena duduk sendirian dalam bilik dorm sebab Aina akan balik Ipoh sebentar lagi. Eee... ngeri.  Rata rata semua penghuni asrama sudah balik kampung masing masing, kecuali beberapa kerat penuntut post graduate yang sedang menyiapkan tesis.

" PON! PON!" Bunyi hon kereta Proton Gen2 hitam  di depan mengejutkan nya. Dia memincing mata.

" Hani, awak tunggu teksi ke? Nak ke stesen bas?" tanya Shamil sambil menurunkan cermin tingkap. Sudah setengah jam dia menunggu di luar asrama Kenanga. Sebaik saja melihat Hani keluar, dia terus memandu keretanya ke jalan raya tempat gadis itu menunggu teksi. Buat buat terserempak konon! Desperate sangat. Tapi ini peluang terakhir sebelum cuti semester selama dua bulan. Macam macam boleh berlaku dalam tempoh itu.

Hani cuma mengangguk.  Berat mulut aku nak layan Encik Pemain Ragbi Terbaik Dunia ( kononnya).

" Naiklah, I hantar you ke stesen bas. "

" Er...tak payahlah. Jangan susah susah. Kejap lagi  ada lah teksi" pantas jawabnya bila Shamil keluar dari kereta.

" Takper..takper. I memang nak lalu sana pun. Jom" Beg Hani terus di capainya. Hani terpinga pinga. Serba salah. Tak pernah aku naik kereta berduaan dengan lelaki selain Along dan drebar teksi. Ini pula lelaki yang aku baru kenal seminggu dua. Boleh percaya ke? Tapi takkanlah dia nak buat apa apa yang tak baik pada aku.

" Cepatlah Hani. I ikhlas ni, nak hantar you. Jangan risau lah, I tak buat apa apa" Shamil seolah dapat membaca fikirannya. Perasannya aku. Hani tersipu malu lalu terus melangkah ke arah kereta Proton itu. Pintu sebelah penumpang di buka Shamil.

" Pukul berapa bas Hani bertolak? Hani balik Sg Petani?" tanya Shamil sebaik saja Hani memasang talipinggang keledar.

Kenapa aku nak balik Sg Petani pula? Hani menggaru kepala. Oh... mungkin sebab masa makan laksa dulu aku bagi tau yang aku berasal dari sana. Tak sangka pula dia masih ingat.

" Bas pukul 8. Saya nak ke KL" . Mata Hani tertumpu pada kenderaan di depan. Bandar Tanjung Malim masih sunyi pagi begini.

" Oh... Hani tinggal kat area mana di KL? I tinggal di Bangsar"

Tak tanya pun, dengus Hani dalam hati. Banyaknya soalan pakcik ni.

"Kalau free nanti contact lah I. Boleh kita keluar lepak kat mamak. I tak ramai member di KL. Kawan kawan I ramai yang masih belajar overseas." Shamil melemparkan senyuman. Jarinya memicit punat untuk mencari siaran radio. Hot FM menjadi pilihannya.

" Saya tak tinggal di KL. Sampai sana nanti saya naik bas pergi ke Ulu Langat"

" I see. KL dengan Ulu Langat bukan jauh sangat. Kalau boring  datanglah KL. I boleh bawa you jalan jalan" pelawa Shamil

Hani membisu. Tak habis habis lagi si Shamil ni. Macamlah aku ni "ulu"sangat. Aku dah biasa dengan jalan jalan kat KL, insyaallah tak sesat punya.  Biasanya aku tinggal dengan Along di Jalan Semarak, tengah tengah bandaraya. Setakat naik bas dengan LRT tu aku dah expert lah.

"Hani ambil Business kan? Nak kerja apa bila graduate nanti?" Shamil memecah kelohongan selepas beberapa saat.

" Sekarang tak boleh cerewet. Apa apa saja kerja yang sesuai saya terima. Tak kisahlah, kerja bank, kerja kerajaan,  jadi cikgu pun boleh ." Memang cita cita asalnya ialah untuk menjadi guru, mengikut jejak arwah ibunya. Entah macam mana tersesat ke jurusan Perniagaan

" Tak takut kah jadi cikgu?" Soalan Shamil membuat Hani tertoleh sekilas.

" Takut? Apa nak di takutkan? Bukannya merbahaya macam polis atau tentera" Dahi Hani berkerut kehairanan melihat riak nakal di muka jejaka itu.

" Yalah... cikgu muda, cun. Mesti ramai anak murid nak ngorat. Bapak murid pun" usiknya sambil ketawa.

" Merepek lah awak ni!" getus Hani. Dia memalingkan muka yang mula merona ke luar tingkap.

" Tapi baguslah belajar business, ada banyak pilihan kerja. I  buat Engineering. Sekarang ekonomi tengah gawat, projek pun kurang. Susah nak dapat kerja. Nasib baik bapa  I ada construction company. Boleh lah I jadi kuli dia" seloroh Shamil.

Jadi kuli konon, cebik Hani. Macamlah orang tak tahu dia anak orang kaya. Anak lelaki tunggal pula tu.  Menurut Aina, Shamil akan mengambil alih perniagaan bapanya .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2009 01:56 PM | Show all posts
Shamil membelok ke kiri sebaik ternampak signboard Jalan Sultan Abdullah. Stesen bas sudah mula penuh dengan siswa siswi yang akan balik ke kampung masing masing.

" Ah.. dah sampai" Lega sungguh rasanya. Hani keluar dengan pantas sebaik saja Shamil memberhentikan kereta. Beg di capai dari seat belakang.

" Terimakasih banyak banyak, Shamil. Assalamualaikum" ucap Hani penuh sopan. Orang berbudi , kita berbahasa. Bas Ekspres Nasional ke Kuala Lumpur sedang menunggu tapi belum ada penumpang yang naik. Masih awal. Ada 15 minit lagi sebelum bertolak.

" Jom kita breakfast dulu." ajak Shamil sambil meneleng ke arah kedai kopitiam berdekatan. Hani menelan airliur bila aroma kopi O menerjah hidung. Kebetulan dia tak sempat bersarapan pagi tadi, sibuk mengemas.

" Sempat ke?" tanya Hani. Cuak juga kalau kena tinggal.

" Sempat. Jangan risau. Kalau terlepas bas , I drive you to KL. I pun memang nak balik hari ini."

Bau kopi O sungguh menggoda. Perutnya menjerit minta di isi. Hani tak daya menolak. Mereka berjalan seiringan ke kedai  Seng Nam. Shamil memesan sarapan  untuk mereka berdua. Kopi O  kaw dengan roti bakar di sapu kaya pekat & mentega. Enaknya tak terhingga. Yummm... ini yang orang kata kalau mak mertua lalu pun tak nampak.

" Biar saya belanja kali ni" Hani mempelawa sambil membuka dompet." Awak dah belanja laksa dan teh tarik hari tu."  Biarpun dia anak orang kaya, tak baik lah kalau aku selalu ambil kesempatan. Lagipun bukan nya dia ada apa apa dengan aku.

" Eh... tak apa Hani. " tegah Shamil  " Biar I yang bayar sebab I yang ajak you minum. Tapi kalau you nak balas, ada sesuatu yang you boleh buat"

" Apa dia?" Hani  keliru. Sekarang dah start cuti, takkan nak suruh aku jadi pak pacak atau posmen. Aina balik rumah kakaknya di Pulau Pinang, aku nun di Ulu Langat.

Shamil tersenyum nakal. Mukanya iras Awal Ashaari , terutama lesung pipit di kedua belah pipi. Cuma badannya lebih tinggi. Patut lah ramai peminat. Eh... sejak bila aku pandai meneliti kaum lelaki ni? Astaghfirullah, Hani cepat melarikan mata.

" Bagi I nombor henfon you."

Hani tergamam.  " Kenapa awak nak nombor saya? " Dia menghirup baki kopi dalam cawan porselin putih berbunga hijau. Baik aku cabut sekarang.

" Sebab nak call you lah. Takkan nak buat masak kari "

PFRRRTTtt.... tersembur air kopi dari mulut Hani! Habis tempias di meja marmar kopitam. Bertompok baju biru cair yang di pakai Shamil. Hani menekup mukanya yang  pijar macam kena tenyeh cili boh. Ya Allah! Malunya aku.  Aduhhhh....rasa macam nak pengsan. Kalau boleh bumi terbelah dah telan aku ...alangkah baiknya.

Dengan gelabah Hani mencapai tisu dan mengelap baju Shamil. Mulutnya terkumat kamit meminta maaf berulang kali.  " Sorry sorry. Minta maaf . I tak sengaja. Kenapa awak buat lawak? Sorry sangat. Ampuuunnn.  Nanti saya ganti baju awak." Tergagap gagap suaranya. Nak menangis pun ada.

" Its okay. Takde apa apa" Shamil menahan tawa melihat kekalutan Hani

Dalam kekecohan, ekor mata Hani terpandang pada bas ke KL  yang sudah mula bergerak. Tanpa pamitan, dia terus berlari lintang pukang terhoyong hayang dengan begnya. Mata Shamil terus mengekori kelibatnya hingga hilang dalam perut bas.  Hani...oh Hani...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2009 02:02 PM | Show all posts
....double post....


computer dah wengggg

[ Last edited by  sang_arjuna at 26-5-2009 14:03 ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 02:20 PM | Show all posts

Balas #34 sang_arjuna\ catat

kena ganti dgn new n3 baru ni nmpaknye tau smiley


trimbas balik kenangan lama bila tgk gaya shamil nak ngorat hani tu......memori dlm kenangan
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 03:19 PM | Show all posts

Balas #35 juliet80\ catat

  blh bayangkan kekalutan hani cam pelakun syarifah amani he he he
sip baik tersembur kat baju klu kena muka shamil lagi haru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2009 03:21 PM | Show all posts

Balas #30 Jaza2008\ catat

Jaza , Pagi ni TS dah blh masuk clr layout dah tukar hijau
Ikut cite benangemas & eena tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 03:40 PM | Show all posts

Reply #35 juliet80's post

Juliet....betul betul betul..aku setuju..ganti ngan n3 baru ..amacam smiley...

adoi hani hani...leh bayangkan kat stesen TM tu..camne dia lari kejor bas....samalah kite Juliet..tingat memory kat stesen bas tu... ...kejor bas Mogah...

Qimi...samalah kite..masok TS...semata tuk bace cite cite tu jer.

[ Last edited by  kaypo at 26-5-2009 15:41 ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 04:26 PM | Show all posts
best...  cuma, rasa cam x cukup pulak...
x pe...nanti letak n3 bebanyak lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 04:31 PM | Show all posts

Balas #38 kaypo\ catat

Kay - Ha ha ha ha bas MOGAH tu  ada lagi ke he he he famos tu zaman dolu...klu kat Ipoh - Parit Enterprise he he he. Station bas Ipoh paling sbb dpt beli bermacam jenis kacang dijual kat situ mamak kacang putih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.093543 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list