CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 9-6-2009 09:41 AM | Show all posts
ha ape kena mengena ngan universiti darul ridzuan laks??????????
huh...
suspens2.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2009 12:50 PM | Show all posts
kenapa pulak tu????
bikin panas aje.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2009 12:59 PM | Show all posts

Balas #101 khaieza86\ catat

hani study kat U tu kut
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2009 03:40 PM | Show all posts

Reply #103 qimi08's post

ker fifi pun penah study kat situ???? emmm.. saspens betul nih..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2009 03:46 PM | Show all posts
bila nak sambung lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 01:47 AM | Show all posts
saspen nyer....
cepat2la sambg yer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2009 08:47 AM | Show all posts
ermmm...nak lagi...
kalu free letak n3 lagi k... :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 11:07 AM | Show all posts
tak de entry lagi >......

aku layan dengan cerita ko ni arjuna....


cute sehhhhhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2009 02:13 PM | Show all posts
" Hani dah okay dah, Along. Don't worry lah" Henfonnya berpindah dari telinga kiri ke telinga kanan. Sebelah lagi tangannya mengetuk pen ke atas meja reception. Sudah hampir 15 minit berceloteh dengan Along dan Kak Ina. Berasap telinga mendengar bebelan Along. Jaga kesihatan , jangan main hujan, rajin makan ubat dan lagi, dan lagi dan lagi. Macamlah aku budak kecil suka suki main hujan, Hani mendesis.

" Macam mana Along tak worry? You are my  flesh and blood. Lagi satu, kenapa tak bagi tau Along. Ni dah seminggu lebih baru Acik Mah bagi tau. Why didn't you call me? "

" Alaaa... drama lebih lebih pula Along ni. Setakat demam panas , masuk hospital satu malam, takkan nak buat press conference. Eh.. Along , Kak Ina dah pregnant ker?" Hani cuba mengubah topik. Tak kuasa nak tadah telinga.

" Oo... pandai nak tukar topic ya? " Along ketawa kecil " Yes, you are going to be an auntie in 8 months, insyaallah. "

Hani menjerit kegirangan. " YESSS! Wah... dasyat Along. Dapat anak made in Qatar. Mesti muka macam Arab celup"

" Hani dah siap buat calculations yang I suruh?" Tiba tiba suara lelaki mencelah. Hani mendongak. Senyuman nya lenyap. Kacau lah!

" Along... I have to go. Kirim salam kat Kak Ina. Jaga dia dengan anak saudara Hani baik baik tau. Assalamualaikum" . Dengan segera dia menamatkan perbualan.

Keypad laptop di tekan. Screensaver bertukar pada  Excel spreadsheet. Nazrin menarik kerusi  dan duduk bersebelahan dengan Hani. Gadis itu mengerling sekilas.

" Dah siap. Tapi awak check lah betul ke tidak" kata Hani sambil mengalihkan laptop ke arah Nazrin. Sejak kes Hani jatuh sakit, Nazrin berubah 100%. Tahu pun takut.... Hani mencebik bila teringat Nazrin menghadiahkan  jambangan bunga  dan sekotak cokelat  Belgian ketika melawatnya di hospital. Cakap pun dah lain macam. Lembut dan berhemah macam Fahri, hero Ayat Ayat Cinta.  Bila keluar dari hospital , anak patung Hello Kitty pula menunggu di biliknya. Kecomelan patung itu hilang sebaik saja dia tahu siapa pemberinya. Rasa bersalah lah tu. Atau nak ambil hati supaya aku tak buka pekungnya, gumam Hani dalam diam. Tapi aku pun dah malas nak cari pasal. Kalau orang bagi bunga , takkan aku nak balas dengan racun.

Resit resit yang berlonggok di susun satu persatu mengikut tarikh. Kebanyakannya pembelian bahan dapur dari kedai runcit dan pasaraya. Ada juga bil letrik, air, telefon dan Astro.  Nazrin memintanya mengira akaun bulanan Rumah Tok Ali. Dia dan ibunya terlalu sibuk. Bila nak  suruh aku buat kerja, sikit punya lemah lembut dan bersopan, dengus Hani.

Nazrin meneliti skrin. Kalau betul kiraan Hani, keuntungan bersih bulan lepas RM2, 750. Boleh di anggap lumayan untuk bulan yang agak lengang. Asal jangan rugi, sudah. Tapi ... ada sesuatu yang pelik pula. Dia menyemak sekali lagi.

" Eh.. Hani punya gaji tak masuk sekali?" tanya Nazrin sambil menjeling pada gadis yang tampak tak selesa di sisinya. Kalau tak ada dinding di sebelah mesti sudah di enjakkan kerusi lebih jauh.
Hani mengerutkan dahi.  " Saya bukan pekerja di sini. Tolong sikit sikit saja. Buat apa nak bayar gaji? "

Nazrin tersenyum. Lurusnya budak ni. Orang nak bagi duit pun taknak. Mana ada orang macam dia lagi di dunia sekarang?

" Betul ke tak nak?" duga Nazrin. " Hani banyak buat kerja. Masa Kak Salmi sakit, Hani yang ganti. Hari hari lain pun abang tengok Hani rajin tolong Auntie Rosmah."

" ABANG??  Sejak bila aku jadi adik kau? Mak aku ada dua orang anak saja" Ayat ayat itu hampir terpacul dari mulut Hani. Tapi demi menghormati dasar keamanan yang baru di meterai , dia mendiamkan diri.

" Tak apalah. Saya pun bukannya buat apa apa masa cuti ni. Ini kira macam buat practical training. Bekerja sambil bercuti. " Hani tersengih sambil mengangkat bahu. Bukan menolak rezeki , tapi  dapat makan dan tempat tinggal percuma yang selesa sudah cukup baginya. Bayangkan,  pengunjung homestay terpaksa membayar RM200 hingga RM350 semalam bergantung pada saiz chalet. Kalau sewa bilik sahaja pun dah RM100 satu malam. Sarapan di beri percuma tapi makan tengahari , minum teh dan makan malam di kira asing. Aku sedap sedap saja makan free empat kali sehari.

" Hani study apa kat university? Tahun berapa sekarang"  Matanya masih tertancap pada skrin computer. Namun kini dia melayari laman sesawang Universiti Darul Ridzuan, university yang baru lima tahun di asaskan. Universiti yang di tubuhkan dengan dana PNB, Khazanah Nasional dan Kementerian Pendidikan menggunakan kepakaran pengajar tempatan dan luar negara. Berbeza dengan universiti lain, latihan amali di titikberatkan. Dan setiap pelajar di beri kebebasan mengambil 6 subjek atau 18 jam  yang bukan dari bidang pengkhususannya.

[ Last edited by  sang_arjuna at 11-6-2009 19:18 ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 02:18 PM | Show all posts
ada n3 baru..bestnyer. tq..

nak lagi smiley..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 02:30 PM | Show all posts
tarak lagi ?

nanti up lagi k...terima kasiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 04:22 PM | Show all posts
aik! cikitnya...
yg penting kalu free letak n3 bebanyak k... :victory:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2009 04:59 PM | Show all posts
ada sikit lagi.... tadi tenet sangkut , gerammm

...............................................................................
" Business Admin, majoring in Finance. Nak masuk final year, insyallah. Kalau lulus" Semalam dia menelefon Aina, katanya result akan keluar dalam masa seminggu.  Rasa tak sabar pula nak balik kampus. Rindu pada kawan kawan. Ah... tinggal cuma sebulan lagi.

Dada Nazrin berdegup kencang mendengar jawapan Hani. Ya Allah... kenapa lah dunia ini begitu kecil? Matanya menjeling gadis berbaju kurung kain cita di sampingnya.  Pandangan mereka bertaut sejenak.

Kenapa pakcik ni pandang aku semacam? Seriau lah. Hani pantas menepis perasaan halus yang mula menyusup. Tidak.. jangan cari nahas, bisik nalurinya.

" Seronok study kat UDR? Kampus dia okay tak?" tanya Nazrin sambil memerhati Hani dengan tekun. Hati lelakinya terusik bila muka Hani mula merona. Anak dara pingitan betul lah budak ni. Butir bicaranya teratur bila berbual. Formal macam menghadiri temuduga. Tapi kalau dengan Nadia boleh tahan kecoh juga minah ni. Kuat mengusik dan sering ketawa.

Kepalanya di angguk. " Okay. Saya suka sebab sistem dia tak stressful sangat. Lecturers semua very open minded, tak garang.  Kampus dia cantik. Hostel pun selesa"

" Hani dapat biasiswa kah?" Setahunya yuran UDR lebih tinggi dari IPTA biasa walaupun tak semahal IPTS. Sejak Hani masuk hospital barulah Nazrin tahu yang Hani anak yatim piatu.
Kasihannya! Tapi best kalau buat bini, tak ada ibu mertua yang nak menyibuk. Dia tersengih.

Hani mengangguk. Pelik. Kenapa mamat ni tersengih padahal tak siapa buat lawak?
" Biasiswa MARA"jawabnya pendek. Tumpuannya kembali pada tugas mengemaskini akaun.

" Besok abang nak ke KL, ada hal sikit. Hani nak ikut? Abang kena jemput Mak dengan Nadia balik sini. " Nazrin bersuara lepas beberapa saat.

Nak pergi ke tak nak? Teringin juga nak tengok rumah Puan Nuraishah dan kucing Nadia.  Cerita Nadia pasal Koki dan Cik Mat macam comel lah sangat. Tapi aku segan nak pergi berdua dengan Nazrin. Apa nak di bualkan dalam perjalanan ke sana nanti? Aku bukan jenis yang petah bercakap dengan lelaki. Hai...macam mana ni? Hati kata nak, otak kata jangan.

" Er.... tak sure lah. "

" Kenapa? Takut dengan abang? Takut abang kidnap bawa ke pejabat kadi? " spontan Nazrin mengusik. Suka melihat gadis ayu itu terkulat kulat.

Uh-oh... ini sudah masuk zon larangan. Jangan terjebak , Hani.

" Bukanlah. " getus nya  perlahan. Dia terus mengepil kertas dengan klip kertas.

" Saya dah susun semua resit  dan bil ikut tarikh. Ada dua lagi yang belum bayar. Bil Streamyx dengan Astro". Assignment sudah selesai. Hani  berdiri. Kerusi Nazrin menghalang geraknya.

" Saya nak pergi ke dapur" tegasnya. Macam tak faham pula mamat ni. Jarak kerusi Nazrin dengan dinding cuma beberapa inci. Tak lepas aku. Takkan nak suruh aku menyorot bawah meja.

" Pergilah" Nakal pandangan Nazrin. Hani terperangkap. Matanya mencerlung tajam kepada lelaki berkaca mata itu.

" Bangunlah. Kena enjak kerusi tu sikit. Kalau tak macam mana saya nak keluar" Hani merengus geram.

" Kalau Hani nak keluar , kena janji. Esok ikut abang pergi KL"

Aku sekeh mamat ni karang! " Yalah.. yalah" Hani mengalah. Takkan aku nak berdiri sini macam tunggul. Acik Mah dah pesan suruh aku tolong kupas bawang. Nazrin bangun lalu menarik kerusinya.

" Kita pergi pukul 9 , lepas breakfast."

Hani tidak membalas. Eeii... bengangnya aku! Kakinya di hentak kuat sambil melangkah ke dapur. Baru beberapa tapak , Acik Mah bergegas masuk dan hampir merempuhnya. Kerisauan jelas terbayang di wajah wanita yang masih memakai apron itu.

" Hani... Mak Tok masuk hospital. Acik nak balik besok" Acik Mah memaut bahu Hani. Nafasnya tercungap cungap.

" Mak Tok masuk hospital?" Ulang Hani. Sekadar menunjukkan keprihatinan walaupun hatinya sedikit pun tidak terusik. Apa punya cucu lah aku ni?

" Hani ikut sekali." Acik Mah membuat keputusan. Muktamad.

Nazrin melepaskan keluhan. Habislah plan aku nak dating dengan Hani.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 05:07 PM | Show all posts
aiseh........tak leh la pakto-pakto esok....

mak tok pun sakit time ni...ekekek jahat aku ....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 06:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 09:13 AM | Show all posts
hahaha...kesian Nazrin...
pape kalu free letak n3 lagi k...   :victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2009 12:38 PM | Show all posts
hahaha...., kesian nazrin..., tak menjd lg plan dia..
nak n3 lg...........
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 01:28 PM | Show all posts
alahai.. dah jatuh cinta ker...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 02:38 PM | Show all posts
hihiihihihiihihih......
da tangkap cintan la mamat nie.....
anyway...thanks smiley...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 04:31 PM | Show all posts
best la cite ni... smbg lg plz
hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.215502 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list