CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 29-6-2009 12:17 PM | Show all posts
eemm..mesti ade sejarah lama..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2009 02:37 PM | Show all posts
wahhhhhhh....
nie yg syok nie....
tapi nape skit sgt n3nyer?
xpuas la.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 03:33 PM | Show all posts
bang arjun..cepatlah sambung
tak sabor nak tau citer acik mah..hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 10:44 AM | Show all posts
nak n3.......nak n3.......nak n3......:pompom::pompom::pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 12:25 PM | Show all posts
bila nak smbung lagi......
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 09:38 AM | Show all posts
best la citer ni... tanak la hani tu ngan syamil...
bagi la dia ngan budak sengal tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2009 11:07 AM | Show all posts
smiley  sayang......

juliet dtg ni nak n3
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 11:34 AM | Show all posts
sambung... please... x sabar2nak tahu

btw nak puji tuan umah gak... citer ni best giler.. I love the fact that Hani is so real, takde la macam heroin yg goody2 giler sampai look unreal. Same with other character takde la yg baik, baik saja2 and yg jahat, jahat saja2. Good balance on character

Jalan citer pun very good, and usage is english is grammatically correct and just nice.

So bravo tuan umah, To me its a 5 star..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2009 12:40 PM | Show all posts
wahhhh acik mah ada nostalgia gitu......
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 02:04 PM | Show all posts
Hani..oo..Hani..:pompom:
Smiley..oo..smiley..:pompom:
bila nk post..N3...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 03:33 PM | Show all posts
bila nak smbung lagi nie.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2009 04:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 2-7-2009 16:11

Acik Mah menjuruskan mata pada Hani yang bertenggek di birai katil. Sampai bila aku nak berahsia. Sejak pulang dari kenduri kahwin, dia tak sempat menjawab soalan yang bermain di bibir gadis itu. Kehadiran tetamu mengunjungi Mak Tok untuk bertanya khabar membuat mereka berdua serta Mek tak kering tangan.  Jiran jiran , rakan usrah surau, hingga tauke kedai runcit semuanya mengambil  berat tetang kesihatan Mak Tok.  Popular juga Mak Tok rupanya. Tak padan dengan garang.

" Ceritalah Acik Mah. Kenapa dengan mak bapak Shamil tu? Macam mana Acik Mah kenal derang? " ulang Hani untuk keberapa kali. Dia menerjah dengan senyum nakal " Bapa Shamil tu ex boyfriend Acik, ya?"

" Citt! Selisih malaikat! Mak Shamil tu adik kepada  arwah Shahida, madu mak Hani" Acik Mah menarik nafas sebaik saja kata kata itu keluar dari mulutnya.

Mata Hani terbeliak mendengar jawapan Acik Mah. Sejak siang tadi dia tak berputus asa mencungkil rahsia di sebalik reaksi Acik Mah ketika melihat ibubapa Shamil. Alangkah kecilnya dunia!

" Betul kah? Macam mana Acik Mah tahu?" duga nya.

" Acik Mah ada sekali masa si Safura tu  serang Mak Hani. Sampai mati pun Acik Mah takkan lupa muka dia. Kakak dia yang di madukan tak ada pun nak marah marah, dia yang lebih sudu dari kuah. Kesian mak kamu kena serang depan orang ramai. Gila betul Safura tu!" getus Acik Mah. Rahangnya di ketap menahan marah yang tak pernah surut.

" Bila dia serang Mak? Hani dah lahir ke masa tu?" suara Hani perlahan. Sebak rasa hatinya. Kesian Mak.  Mak tak pernah menceritakan apa apa yang berlaku. Tak pernah sekalipun dia memburukkan keluarga  isteri pertama Abah. Segalanya di kunci kejap dalam hati. Tiada siapa yang sudi mendengar rintihan nya kecuali Acik Mah. Ibubapanya sendiri  pun memulaukannnya di waktu dia di landa masaalah.

Acik Mah mengambil baju dari almari dan di atur di dalam beg pakaian. Tengahari besok dia akan kembali ke Ulu Langat.

" Rasanya Hani sudah lahir tapi kecil lagi masa itu. Acik Mah masih belajar di ITM. Tak sampai setahun selepas itu, Abah dan  Shahida meninggal dunia. Lepas itu perangai Safura dengan laki dia makin menjadi jadi. Dia pernah ke rumah dan juga ke sekolah Mak Hani mengajar. Macam macam dia buat untuk malukan mak kamu" Menggeletar suara Acik Mah menahan amarah. Segala kenangan silam terimbas kembali. Bagaimana kakaknya terpaksa berpindah kerana malu pada jiran tetangga dan rakan sekerja. Nasib baiklah khidmat Rohana sebagai guru Bahasa Inggeris dan Matematik sentiasa di perlukan di mana mana. Mudah baginya mendapat pertukaran.

" Apasal dia buat macam tu? Bukankah Auntie Shahida sendiri yang benarkan Abah kahwin dengan Mak? "

" Humphh... dia  tamak! Kemaruk ! Dia dengan Marzuki nakkan harta Abah kamu. Sepatutnya harta Abah kamu di bahagi mengikut hukum faraid. Maknanya Haris, kamu dan arwah mak kamu mesti dapat bahagian masing masing. Itu yang buat dia mengamuk. Sebab dia dan laki dia nak bolot semua harta walaupun mereka tak ada hak. Tapi Mak kamu lembut hati sangat. Dia tak sanggup naik turun mahkamah.  Biarlah dia tak dapat satu sen pun duit pusaka arwah, janji Safura dan keluarganya tidak mengacau hidupnya lagi." jelas Acik Mah. Sambil meluahkan lahar, begnya yang sudah penuh di tutup. Nasib baik tak tercabut zip. Dia meletakkan punggung di katil, bersebelahan Hani.

Hani memandang jari jemarinya. Dia tahu hati budi ibunya. Mak seorang yang pemurah dan luhur. Mungkin sebab itu rezekinya sentiasa murah. Selain bekerja sebagai guru, dia memberi tuisyen dan berniaga kecil kecilan masa cuti sekolah. Kehidupan mereka bertiga tidak mewah tapi tak pernah kekurangan. Alhamdulilah. Walaupun tak dapat apa apa harta peninggalan Abah, tapi Mak mampu membeli rumah teres setingkat di Kuala Lumpur. Setiap bulan dia dan Along berkongsi duit sewa yang agak lumayan. Tiba tiba dia teringatkan sesuatu. Haa... duit sewa bulan ni mesti dah masuk akaun. Kena pergi ATM Maybank nih. Kalau duit dah masuk bolehlah aku beli baju sehelai dua. Fokusnya hilang sekejap.

" Acik tanya ni .. kamu dengar kah tidak?" Suara Acik Mah meninggi. Bahu Hani di tampar lembut sekaligus menyedarkannya dari anganan. Hani tersenyum sumbing sambil menggosok bahunya.

" Hani dengan Shamil tu ada apa apa ke?" Acik Mah mencari kepastian. Cara Hani melayan Shamil macam kawan biasa tapi sebelum ada apa apa berputik, baik aku simbah racun parakuat dulu.

" Eh... tak adalah. Mana ada? Hani bukan kawan rapat dengan dia pun.  Dia ambil jurusan lain. "

" Tapi Acik Mah tengok dia macam suka kat Hani" duga Acik Mah. Namun gelengan kepala Hani dan roman wajahnya meyakinkan Acik Mah.

" Issh... tak adalah. Shamil tu pelajar yang terkenal kat kampus. Ramai peminat. Hani kenal dengan dia pun sebab  dia suka Aina, roommate Hani. " bidas Hani.

" Baguslah kalau macam itu. Acik Mah bukan tak bagi Hani kawan dengan dia. Tapi Hani kena sedar. Kalau mak bapak dia tahu siapa Hani, tak mustahil mereka buat kacau. Dia orang tu bukan tahu malu. Sanggup buat apa saja kalau pasal harta. " gerutu Acik Mah. Dalam hati dia berdoa. Lindungilah Hani dan Haris dari segala perbuatan terkutuk Safura dan keluarganya. Janganlah sejarah berulang lagi.

Hani mendiamkan diri. Tak sangka pula pasangan yang berjaya dan ada status pun sanggup" serang menyerang". Kalau dalam drama Melayu di TV karekter  perempuan kampung yang nama Joyah dan Senah saja yang berkelakuan begitu. Tapi apa nak di hairankan. Duit punya pasal , macam macam boleh jadi.

" Tidurlah Hani. Besok pagi kita ikut Mak Tok pergi hospital. Dia ada check up dengan Dr Aminudin.  Lepas makan tengahari nanti Acik Mah dah kena pergi airport" kata Acik Mah sambil membaringkan tubuhnya di katil. Dia meregangkan tubuh sambil menguap.

" Hani takutlah tinggal dengan Mak Tok. Bila Acik balik nanti mesti Hani kena marah selalu macam dulu" Hani mengadu dengan muka seposen. Nadanya sayu." Boleh tak Hani ikut Acik Mah balik?"

" Hani.... janganlah cakap macam tu. Mak Tok betul betul nak Hani temankan dia. Dia dah menyesal sebab terlalu garang dengan Hani dulu. Tahu sajalah orang tua. Dia tak dapat marah mak Hani, dia lepaskan geram kat Hani. Acik Mah dah banyak kali tegur dia. Alhamdulilah sekarang dia dah sedar. Hani jangan risau. Kalau Mak Tok mula buat perangai macam dulu,  Hani beli tiket balik ke Ulu Langat." Acik Mah mengusap lengan Hani yang baring di sebelah.  Tiba tiba dia tersengih " Atau Hani rindu kat Nazrin, sebab itu nak balik ?"

" Eee... bluwekk! Janganlah sebut nama tu. Mengigau Hani nanti" jerit Hani sambil memusingkan badan. Takut Acik Mah ternampak muka nya yang memerah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 04:19 PM | Show all posts
hehehee..blushing tu...entah2 betul Hani rindu kat Nazrin..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 04:50 PM | Show all posts
heheheheh sukerrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 05:14 PM | Show all posts
ala..malu2 lak hani..
suka tu..mengaku la..{:2_66:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2009 05:22 PM | Show all posts
" Macam mana dengan Mak? Dia dah okay kah?" tanya Acik Mah pada doktor yang baru selesai memeriksa Mak Tok.

"Insyaaallah dia okay.  Cuma dia kena buat X ray.  Tapi abang rasa tak ada apa masaalah.  Mah jangan risau. Jom masuk ke dalam pejabat abang. Boleh kita berbual sementara nak tunggu Makcik Yam " pelawa Dr Aminudin dengan senyuman. Acik Mah bangun dan menarik tangan Hani. Mereka berdua menyoroti langkah doktor yang tinggi lampai itu ke biliknya.

" Have a seat" pelawa Dr Aminudin sambil mengenepikan fail dan surat di atas meja.
Bilik doktor pakar itu kemas dan teratur. Berjilid jilid buku perubatan tersusun rapi di rak pasang siap.  Mata Hani melayari sijil sijil dan anugerah dari universiti dalam dan luar negara yang tergantung di dinding. Tuan doktor ini memang hebat dan mengagumkan! Bukan calang pencapaiannya dalam bidang perubatan.  

Dr Aminudin membetulkan cermin mata yang bertenggek di hidungnya  yang mancung. Matanya terpaku pada Hani.

"Ini anak Rohana kah?" Wajah gadis itu ada iras ibunya.

Hani mengangguk seraya bersalaman dengan doktor yang berwajah tenang itu. Rambutnya sudah separuh beruban tapi masih lebat. Raut mukanya macam pernah ku nampak tapi di mana? Hati kecil Hani berteka teki.

" Kak Farah dengan anak anak apa khabar? Sihat? " soal Acik Mah.

" Alhamdulillah.  Farah pun nak jumpa Mah. Tapi dia ada emergency caesarean. Kalau tak boleh I panggil dia ke sini. Baby kembar. Maknya nak beranak normal tapi labour dah lama sangat. Bahaya bagi kedua baby dan ibu. "

Hani merumus yang isteri Dr Aminuddin juga seorang doktor di hospital itu. Wah.. sama sama bijak! Mesti anak anak pun genius. Di meja ada dua bingkai gambar yang mengadap Dr Aminuddin. Teringin pula  nak tengok rupa isteri dan anak anaknya, bisik hati Hani.

" Hani masih belajar ?" tanya Dr Aminuddin.

Sekali lagi Hani cuba mengingat kembali mengapa wajahnya nampak begitu familiar. Dahinya di kerutkan dan bibirnya menipis. Dr Aminuddin membalas pandangannya dengan hairan.

" Kenapa? Hani nampak macam ada masaalah. Soalan pakcik pelik sangat kah?"

Hani tersenyum malu. " Eh.. tak... tidak. Maafkan saya doktor. Hani masih belajar di Universiti Darul Ridzuan. Nak masuk final year degree Business Administration. "

" Tak payahlah panggil saya doktor. Panggil uncle atau pakcik saja. Pakcik ni dah lama kenal family Hani. Sejak pakcik belum sekolah lagi. Tapi  rasanya ini baru pertama kali jumpa Hani" jelas Dr Aminuddin. Senyuman tak lekang dari bibirnya.

" Pakcik ada berapa orang anak?" tanya Hani

" Dua orang. Sarah berumur 19 tahun,  belajar dalam jurusan perubatan di Ireland. Daniel 15 tahun, baru ambil PMR. " Dr Aminuddin  menghulurkan gambar keluarganya. Satu  potret keluarga  yang di ambil di studio. Yang lagi satu ketika percutian di negara bermusim sejuk, mereka sekeluarga berbaju tebal .

" Pakcik kahwin lambat" terangnya bila melihat wajah Hani yang agak musykil.
Tanggapannya tentulah anak pakcik ni sebaya dengan nya atau lebih tua.

" Kalau Hani nak tahu, dulu pakcik pernah bertunang dengan emak Hani " kata  Dr Aminuddin di susuli tawa kecil
Mata Hani terbuntang. Betul lah cerita Mak Tok rupanya. Acik Mah pun turut mengangguk, justeru mengiakan kata kata Dr Aminuddin.

" Sebenarnya pakcik dengan emak Hani berkawan sejak kecil. Nenek kamu dan mak pakcik memang kawan rapat. Sebab itulah mereka beria ria nak jodohkan kami. Tapi pakcik dan mak kamu masing masing dah ada pilihan hati sendiri. Kami bertunang tapi tak tergamak nak teruskan sampai ke alam perkahwinan. Kecoh juga satu kampung masa tu. Tapi itu semua cerita lama."

" Oh." Itu saja yang mampu di tuturkan Hani. Kepalanya berserabut. Semalam Acik Mah membongkar cerita pasal ibubapa Shamil. Hari ini berjumpa bekas tunang Mak.  Tapi kenapa wajah doktor ini sungguh familiar? Geramnya bila tak dapat jawapan. Macam kena gigitan nyamuk tapi tak boleh garu.

" Pakcik dah lama kerja di hospital ini?  Hani rasa macam pernah nampak pakcik  tapi tak ingat di mana. Agaknya Hani tersilap orang. Sorry kalau Hani buat pakcik rasa tak selesa." Akhirnya Hani cuba merungkai kemusykilan.

Tiba tiba  Acik Mah ketawa. " Hani.. Hani. Tahu tak apa sebab Hani rasa macam pernah nampak  Pakcik Aminudin? Muka dia macam muka Nazrin.  Inilah abang Auntie Nuraishah.  Nazrin banyak ikut rupa Pak Long dia."

Alamak! Terus merah padam wajah Hani.  Habislah aku! Mesti Acik Mah dengan Dr Aminudin ingat aku ni asyik terkenang kenang  si anak jin tu! Aduh... macam mana lah aku nak cover kealpaan aku ni.

Dr Aminuddin mengangguk." Betul tu. Nazrin memang ikut muka pakcik. Macam mana Hani kenal Nazrin?"

" Hani tumpang tinggal di Rumah Tok Ali dengan Mah  sebelum balik sini. Nazrin pun ada di sana. Masa itulah depa berkenalan." jawab Acik Mah sambil tersenyum penuh makna.

Berkenalan? Tolong sikit, bercakaran ada lah. Hani semakin resah. Entah kenapa hatinya terbuai  bila nama Nazrin di sebut. Jangan jangan dalam benci ada rindu. Hisshhh... sejak bila aku jadi minah jiwang karat ni. Nauzubillah.

" Macam mana dengan Nazrin sekarang? Dia dah kerja?"

" Entahlah, Mah pun tak tahu. Katanya dia tolong kawan dia buat research untuk buku teks. Dua tiga minggu lepas dia ada pergi interview tapi tak tahulah dapat ke tidak"

Keluhan halus terbit dari bibir Dr Aminudin. Apalah nak jadi dengan anak saudara aku tu? Otak bijak tapi cinta punya pasal hidup jadi kucar kacir. Matanya kembali merenung Hani . Manis dan beradab budak ni. Hmm...kalau ibu  jumpa Hani, tak mustahil dia atur rancangan dengan Makcik Yam nak jodohkan Nazrin dengan Hani. Generasi pertama tak berjaya, cuba pula dengan generasi seterusnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2009 11:21 PM | Show all posts
176# sang_arjuna   wah turun temurun...hani & nazrin ..2nd generasi..kalo tak jadi...tunggu anak hani ngan anak nazrin...3rd generation...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 08:53 AM | Show all posts
eeeeeeeeee....best nya.....hampa le nazrin hani tak ikut chik mah balik
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 11:02 AM | Show all posts
177# kaypo


a'ahh kann....
generasi dari nazrin.....
dan shamil jgk jgn lupa.......
kita tgk samada sjarah lama brulang lagi ke tak......
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 11:05 AM | Show all posts
178# yaya130501

ishh tak blh ckp lagi.......
ntah2 nazrin tu dah bok ticket g umah paklong nye tu ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.079773 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list