CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Pas kekalkan kerusi DUN Manek Urai

[Copy link]
Post time 18-7-2009 07:14 PM | Show all posts
Jumaat Julai 17, 2009

Pembinaan jambatan di Manek Urai tanggungjawab Kerajaan Pusat

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pembinaan jambatan di Manek Urai adalah tanggungjawab kerajaan pusat kerana kawasan itu terletak dalam pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan (Kesedar).

"Manek Urai terletak dalam pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan (Kesedar) dan pembinaan jambatan di situ seperti dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjadi tanggungjawab kerajaan pusat sama ada BN (Barisan Nasional) menang atau kalah," katanya.

Sambil menyokong kenyataan Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya Umno menunaikan janjinya yang dibuat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai Selasa lepas walaupun calon BN kalah, Nik Abdul Aziz berkata pandangan bekas Perdana Menteri itu wajar diberikan perhatian oleh pemimpin BN.

"Saya sokong kenyataan Pak Lah dan mengucapkan terima kasih, (Kalau Umno) sudah tahu (Manek Urai) termasuk dalam kawasan Kesedar, kenapa tunggu menang atau kalah baru nak buat jambatan? Itu tak kena..." kata beliau.

Ditanya kenyataan Abdullah itu memperlihatkan seolah-olah menyokong pandangan PAS selepas berada di luar kerajaan, Menteri Besar Kelantan itu berkata itu merupakan pandangan peribadi Abdullah. BERNAMA

-mStar-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2009 07:23 PM | Show all posts
RASUAH PILIHANRAYA BN, PEMUDA PAS KELANTAN BUAT LAPORAN POLIS
                       
Written by Editor          
Friday, 17 July 2009 22:58

KUALA KRAI -  Dewan Pemuda Pas Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Barisan Nasional (BN) kerana didakwa memberikan rasuah dan sogokan wang pada hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Selasa lepas.


Bernama melaporkan, ia dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Krai, Mahadi Mat Zin bersama-sama Naib Ketua Pemuda Pas negeri, Hisyam Fauzi yang juga seorang peguam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai, di sini, pada 11.20 pagi, semalam.



Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman yang turut mengiringi Mahadi berkata, laporan dibuat supaya polis menyiasat kejadian sogokan wang yang didakwanya oleh BN di sebuah rumah kayu dalam premis Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), dekat Peria, 14 Julai lalu. (Gambar - Rumah kayu berkenaan, sebagaimana dilaporkan Malaysiakini)

Ia adalah ekoran pendedahan, Mafrel, sebuah organisasi Pemantau Pilihanraya yang telah pergi ke rumah kayu itu bersama anggota polis pada jam 11.30.

Akhbar Internet malaysiakini mendedahkan pemilik rumah kayu itu membayar RM300 kepada pemilih yang tinggal di luar Manek Urai, yang pulang mengundi hari ini.


Pemilik itu dilaporkan berkata:"Ni dah janji daripada Kuala Lumpur untuk bagi pada mereka sebagai transportation allowance (elaun tambang), ini sama dengan PAS, awak tak buat pulak."

Wakil Mafrel yang hadir mengatakan beliau bukan dari PAS tetapi dari badan bukan kerajaan.

"Kita tidak memihak... jika ada laporan, kami akan siasat," katanya.

-BuletinOnline-
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.052016 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list