CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Pas kekalkan kerusi DUN Manek Urai

[Copy link]
Post time 4-6-2009 12:30 AM | Show all posts

Gerakkan jentera Manek Urai

Oleh RAHANA MOHD DAHARI

pengarang@utusan.com.my

KOTA BHARU 2 Jun - Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan diminta menggerakkan jentera masing-masing bagi melengkapkan pelan tindakan kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan Manek Urai.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, berdasarkan maklumat berkaitan sosio ekonomi dan politik di kawasan tersebut akan melengkapkan pelan tindakan dan pelaksanaan yang berkesan bagi manfaat penduduk.

''Kementerian akan melihat senario di Manek Urai secara lebih dekat dan keperluan penduduk diperhalusi untuk melengkapkan laporan sosio- ekonomi dan politik di kawasan tersebut.

''Laporan tersebut akan diguna pakai dan disesuaikan oleh pihak-pihak yang terlibat pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dan diterjemahkan melalui pelaksanaannya kelak oleh kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Bersama Menteri di Auditorium Jabatan Penyiaran Kelantan di sini hari ini yang dihadiri oleh ketua-ketua jabatan di bawah kementerian dan para pegawai.

Rais menambah, UMNO dan BN akan berhadapan dengan ujian getir untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan beliau percaya hati pengundi mampu ditawan dengan pendekatan yang meyakinkan.

''Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Jabatan Penyiaran dan RTM yang secara tradisinya menjadi mata dan telinga kerajaan perlu bergabung untuk mendasari hati penduduk dengan menyalurkan maklumat dasar kerajaan melalui pendekatan yang boleh diterima pakai.

''Misalnya pemimpin BN turut turun padang bersama-sama penduduk kampung melakukan pelbagai kerja amal seperti bergotong-royong dan menghulurkan bantuan kepada golongan miskin dan daif," ujarnya.

Katanya lagi, pendekatan berhemah dan ikhlas perlu dipraktikkan, tambahan pula rata-rata penduduk di Manek Urai terdiri dalam kalangan orang Melayu dan bekerja kampung.

''Elakkan daripada melakukan sesuatu yang menimbulkan prasangka yang tidak baik dalam kalangan pengundi sebaliknya lakukan dengan ikhlas untuk memperbaiki taraf hidup mereka," ujarnya.

Terdahulu di dalam ucapannya, Rais berkata, budaya minum di gerai-gerai yang terdapat di kawasan mengundi perlu dihidupkan semula oleh para pemimpin di semua peringkat agar rakyat tidak tersilap tafsir atas keikhlasan kerajaan.

''Sekiranya gaya hidup bermewah-mewah tidak diterima oleh penduduk kampung, sikap itu perlu dibuang kerana budaya dan cara hidup berbeza-beza dan menimbulkan tanggapan yang tidak elok," katanya.

kredit to Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2009 12:37 AM | Show all posts

Ahmad Maslan selami kehidupan rakyat di kebun getah


AHMAD Maslan menoreh getah di kebun Ibrahim Omar (kiri) ketika meluangkan masa beberapa hari bersama penduduk DUN Manek Urai, di Kampung Bukit Budu Lata Rek, Kuala Krai, semalam.


KUALA KRAI 2 Jun - Bagi menyemarakkan semula tradisi mendekati rakyat secara bersemuka dan menyelami kehidupan dan pandangan sebenar mereka, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berusaha menggunakan pendekatan tersendiri.

Beliau bermalam di rumah seorang penduduk kampung Chuchuh Puteri yang dikenali sebagai Pak Kob dalam kunjungan kali ketiga di kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai.

Selesai solat Subuh di masjid kampung itu, Ahmad Maslan kemudian turun bersarapan sebuah warung di situ.

Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) itu kemudian menjengah keempat buah rumah penduduk kampung termasuk menziarah mereka yang sakit dan bertemu penyokong Pas.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kemudian pulang semula ke rumah menukar pakaian dan terus ke kebun Ibrahim Omar, 56, di Kampung Bukit Budu, Lata Rek untuk bersama menoreh getah.

Bersama Ibrahim, pemimpin itu menghabiskan masa kira-kira sejam menoreh dan pihak media yang menyedari kegiatannya itu menemuinya di kebun.

Bagi Ibrahim, kesudian Ahmad menoreh bersamanya sememangnya mengejutkan. Dia tidak menyangka pemimpin itu sanggup turun ke kebun untuk menoreh dan merasai sendiri perit jerihnya menyara keluarga selama ini.

''Dia menoreh dengan lancar, tidak kekok sama sekali. Cuma saya yang rasa segan mulanya.

"Saya akan ingat perkara ini sampai mati. Tidak mungkin saya lupa kerana sebelum ini menoreh seorang diri tetapi tiba-tiba sahaja hari ini 'orang besar' datang dan tolong saya,'' katanya.

Bagi Ahmad pula, beliau akan berada di Manek Urai lebih lama bagi memantau gerak kerja jentera penerangan menjelang pilihan raya kecil kawasan itu.

Manek Urai bagi pemimpin itu akan menjadi asas untuk menerapkan konsep 'penerangan secara bersemuka' dan bukan sekadar retorik.

''Caranya ini akan menyebabkan pemimpin dan rakyat akan berasa hubungan lebih dekat tanpa batasan, menghilangkan persepsi yang mungkin tidak menyenangkan selama ini,"ujarnya.

Menurut Ahmad Maslan, beliau lahir dan dibesar dalam keluarga susah dan pencapaiannya dalam hidup berasaskan dorongan ibu dan bapa yang juga penoreh getah.

''Saya dibesarkan di Pontian dengan susu ibu dan juga dengan hasil susu getah yang saya toreh untuk membantu keluarga," ujarnya.

Beliau berkata, lebih 70 peratus penduduk Manek Urai merupakan penoreh getah dan kebanyakannya mengambil upah, justeru kerajaan berusaha meringankan beban hidup mereka terutamanya jika Barisan Nasional memenangi pilihan raya kecil di situ.

Katanya, sepanjang berada di Manek Urai beliau akan memastikan jentera penerangan parti tidak mengehadkan kaedah berkempen melalui ceramah semata-mata.

Beliau berkata, ceramah mungkin satu cara tetapi untuk lebih berjaya, pemimpin itu sendiri perlu menghayati dan memahami permasalahan penduduk bagi memudahkan jalan penyelesaian terbaik dilaksanakan.

kredit to Utusan Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2009 01:28 AM | Show all posts
Lepas nih suruh dia pi tanam padi & tangkap ikan plak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2009 12:53 PM | Show all posts

Reply #23 abangwaja's post

Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) itu kemudian menjengah keempat buah rumah penduduk kampung termasuk menziarah mereka yang sakit dan bertemu penyokong Pas.

masa nih la pun penduduk Manek Urai kalau nak demand apa-apa.. jalan rosak ke..bumbung bocor ke..sakit ke...kalau dah habis PRK nanti..tak tau la bila leh jumpa lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2009 09:34 PM | Show all posts

Balas #24 redbun\ catat

PAS ni negeri Orang lain Sibuk Suruh buat HUDUD, negeri Kelantan, Kedah yang dia perintah tu Takde pun Bising nak buat...hairan tul
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 12:31 AM | Show all posts

Reply #25 hana82's post

Hudud nih..saya pun tak berapa nak faham.. sebab saya memang tak berapa mengikutinya.. tapi.. sebab apa tak dilaksanakan lagi tu.. mungkin juga masa nya lom sesuai kot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2009 11:56 AM | Show all posts

Balas #26 redbun\ catat

draf dah siap dulu tapi kerajaan persekutuan tak lulus...tak ingat ker korang zaid ibrahim nak lawan kes ni kalau diteruskan? last2 zaid ibrahim yg dpt badi...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 01:05 PM | Show all posts

Reply #27 zamzam's post

ooo gitu.. maaf kan saya.. saya tak tau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2009 01:14 PM | Show all posts

Reply #27 zamzam's post

ko baca sini......

http://forum.cari.com.my/redirec ... o=lastpost#lastpost

ada yg provoke aku baca draf dia pulok dah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2009 10:44 PM | Show all posts
Pemuda UMNO hantar pemidato terbaik ke Manek Urai
05/06/2009 8:59pm

BENTONG 5 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO akan menghantar kumpulan pemidato terbaiknya dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kempen pilihan raya kecil itu merupakan ujian pertama kepada kumpulan pemidato tersebut yang baru diwujudkan oleh pergerakan berkenaan untuk menjelaskan pelbagai isu kepada pengundi di kawasan tersebut.

``Pemuda UMNO mewujudkan Unit Pidato dan Penghujahan Umum untuk melahirkan kumpulan yang mampu berpidato, berdebat dan berceramah kepada rakyat bagi menjelaskan isu-isu semasa dan dasar kerajaan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kursus asas Jentera Unit Pidato Pemuda UMNO di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik dekat sini hari ini. - Utusan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2009 02:33 PM | Show all posts
Manek Urai抯 voters profile                                                                        
[quote]

                                                                                                                                                                                        
                                                                                                                                                                        [table][tr][td=2,1,70%]                                                                                                                                         Posted by admin                                                                                                                  [/td][/tr][tr][td]                                        Saturday, 06 June 2009 14:16 malaysia today
[/td][/tr][tr][td]                                (TheStar) - Political tirades mean nothing to the 12,000 voters in theManek Urai state seat. Instead, economic issues are a far moreimportant consideration to the population of mostly farmers and rubbertappers.
The simple folk in this remote village,about 25km from Kuala Kerai, are more interested in the party that canprovide the best package to improve their financial standing as theyearn an average of only RM850 a month.
PASis confident of retaining the seat it has held for the last five termsbut Barisan Nasional, with its offer to improve the living standards ofthe people, should not be taken lightly.
揑 don抰 care who the next tok wakil (representative) is as long as the person can help me in times of trouble and the person is available at all times.
揟he late tok wakil (IsmailYaacob) was always in Manek Urai unless he was attending the stateassembly meetings and he was always there when we needed him,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2009 02:01 AM | Show all posts

Wanita Umno Perak bantu pilihan raya kecil DUN Manek Urai

Sabtu Jun 6, 2009

IPOH: Wanita Umno Perak menyediakan 24 pasukan yang akan digerakkan bagi membantu Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Kelantan pada 14 Julai ini.

Ketuanya Datuk Rusnah Kassim berkata pasukan tersebut akan berkampung di kawasan pilihan raya kecil itu mulai 20 Jun ini.

"Pasukan itu akan bergerak di sebuah kawasan yang mempunyai 2,029 pengundi bersama jentera BN yang lain daripada Gerakan, MCA dan MIC," katanya kepada pemberita di sini selepas merasmikan Pasar Tani Taman Perpaduan di Tambun.

Beliau berkata siri taklimat dan penerangan berhubung isu semasa dan setempat akan menjadi bekalan kepada pasukan berkenaan sebelum memulakan tugas di peringkat akar umbi.

"Pasukan kita akan bergerak secara lebih aktif dan penuh bersemangat untuk menguatkan jentera BN bagi menyalurkan sokongan padu kepada calon BN yang akan bertanding...bagaimanapun segala tugas dan aktiviti di situ akan dijalankan mengikut kesesuaian suasana pilihan raya nanti," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon pada 6 Julai dan pengundian pada 14 Julai. BERNAMA

kredit to mStar
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2009 08:31 PM | Show all posts
4M strategi baru Wanita Umno di Manek Urai           
            Ahad Jun 7, 2009         
         
                      KUALA KRAI:Pergerakan Wanita Umno akan menggunakan pendekatan strategi 4M bagipilihan raya kecil negeri Manik Urai bulan depan bagi memantapkanjentera pilihan raya Barisan Nasional (BN).
Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim berkatapendekatan strategi itu ialah mengesan pengundi, memahami pengundi,mendekati pengundi dan menawan pengundi.
"Strategi baru ini adalah untuk penambahbaikan tugas sedia ada danmemantapkan lagi jentera untuk berhadapan dengan pilihan raya kecilyang dijangka menyaksikan persaingan sengit ini dan diharap, semuadapat berganding bahu menjayakannya di bawah satu nama iaitu BarisanNasional (BN).
"Selain itu apa yang perlu diingat, tidak timbul soal nama siapayang naik sama ada Wanita, Puteri atau Pemuda, semuanya di bawah BNyang dinaungi Perdana Menteri kita," katanya ketika berucap pada MajlisPerasmian Jentera Pilihan Raya Manek Urai, dekat sini.
Beliau berkata, strategi terbaru Wanita Umno itu akan dilaksanakandan di bawah tanggungjawab Ketua 10 yang akan dikenali sebagai JalinanRakyat (JR) untuk pilihan raya kecil berkenaan.
Kamilia berkata jentera perlu sentiasa nekad dan kesepakatan perludiutamakan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan untuk menawanpengundi agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai kembali kepadaBN.Sementara itu, Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osmanberkata, sikap utama yang paling penting perlu dipertahankan dalam Umnoialah semangat kesetiaan tidak kira siapa sahaja yang bakal dicalonkanpada pilihan raya kecil itu.
Beliau berkata, rakyat di kawasan ini tidak boleh melepaskan peluanguntuk menikmati ganjaran yang sama diperoleh penduduk di negeri lainkerana bukan semua negeri kaya seperti Selangor dan semua negerimemerlukan bantuan daripada kerajaan pusat.
"Jika kita menang di sini benar kita bukan kuasa majoriti dalamsidang DUN, tetapi anda semua di sini akan mendapat kelebihanberbanding kawasan lain kerana kawasan di bawah naungan BN akanmendapat perhatian dan imbuhan yang lebih," katanya.
Bantuan, kesetiaan dan kepercayaan jentera haruslah ditumpukankepada penduduk untuk memastikan mereka akan keluar mengundi untukmemilih yang terbaik bagi masa depan mereka.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya daripada PASIsmail Yaakob meninggal dunia akibat sakit jantung pada 22 Mei lepas.Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan 6 Julai ialah hari penamaancalon dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 14 Julai. BERNAMA
         

..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2009 08:31 PM | Show all posts
Umno guna pendekatan halus dekati pengundi Manek Urai - Awang Adek           
            Ahad Jun 7, 2009         
         
                      KOTA BAHARU:Umno Kelantan akan menggunakan kaedah halus dan menghormati masyarakatsetempat dalam mendekati serta memahami pengundi Dewan Undangan Negeri(DUN) Kawasan Manek Urai.
Malah, Umno Kelantan kini akan menggunakan kaedah pendekatan darirumah ke rumah daripada melaksanakan majlis ceramah secara besarbesarankerana tidak mahu menyusahkan pengundi untuk datang sematamatamendengar ceramah politik.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr AwangAdek Hussein berkata pendekatan dari rumah ke rumah dilihat lebihberkesan kerana jentera politik dan pemimpin yang datang kepada rakyatuntuk memberikan penjelasan.
"Kita akan adakan juga ceramah, tapi ceramah yang lebih berbentuk melibatkan dua atau tiga rumah sahaja.
"Ceramah besar-besaran akan dibuat juga tetapi tidak banyakberbanding ceramah dari rumah ke rumah. Jadi ini satu perubahanpendekatan yang dilihat berkesan," katanya kepada pemberita selepasmelawat kilang Nur Abadi Garments Sdn Bhd di sini hari ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangdaripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu akibat sakit jantung danSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 6Julai dan jika ada pertandingan, hari mengundi pada 14 Julai.
Awang Adek, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata selain ituceramah besarbesaranan dilihat tidak praktikal kerana keadaan jalan disekitar Manik Urai itu adalah sempit dan akan menyebabkan kesesakansekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat.
Beliau berkata malahan pemimpinpemimpin Umno dan Barisan Nasional(BN) tidak digalakkan masuk ke kampung menggunakan kenderaan mewahsebaliknya menggunakan kenderaan biasa mahupun bermotosikal.
Justeru, katanya sebuah pusat arahan akan ditubuhkan di Manek Urai Baru dan pusat itu akan berbentuk khemah.
"Di situ kita akan pastikan semua aktiviti dan kegiatan jentera danpemimpin diselaraskan supaya kempen kita tidak berkecelaruan danbertembung," katanya.
Awang Adek berkata antara isu yang diberikan perhatian adalahperkara meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan serta pembangunan insan.
"Bagi isu kemudahan dan perkhidmatan, kita akan membantu secepatmungkin untuk meningkatkan kemudahan di kawasan Manik Urai sepertimemberi bantuan kepada golongan petani yang memerlukan peralatanpertanian dan membantu membaiki rumah kepada golongan miskin tegar,termasuk menyalurkan bantuan kepada golongan kurang upaya.
"Bagi isu pembangunan insan kita akan fokuskan kepada golongan mudadengan menyediakan kursus yang mereka minati untuk menambahkan peluangkemahiran mereka dalam mendapatkan pekerjaan. Kita juga akan menawarkanpeluang melanjutkan pelajaran kepada golongan muda untuk merekaperbaiki hidup mereka," katanya.
Beliau berkata BN juga akan memberikan tumpuan kepada kaum lain walaupun jumlah mereka sedikit iaitu 80 undi sahaja. BERNAMA
         


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2009 09:11 PM | Show all posts

JANGAN PANDANG RINGAN PRK MANEK URAI

Written by Editor

Sunday, 07 June 2009 18:28



KUALA TERENGGANU

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2009 03:52 AM | Show all posts

Awas, sindiket cari kad pengenalan pengundi di Manek Urai

Wartawan Kita

Mon | Jun 08, 09 | 3:13:24 pm MYT

KUALA KRAI, 8 Jun (Hrkh) - Awas jaga kad pengenalan anda. Itu pesanan disampaikan PAS kawasan ini kepada pengundi di Dun Manek Urai berikutan ada pihak cuba mendapatkan kad pengenalan penduduk.

Menurut penduduk pihak tertentu yang didalangi parti politik dengan kerjasama agensi kerajaan persekutuan datang ke rumah mereka bagi mendapatkan nombor kad pengenalan.

Kejadian itu disedari berlaku di beberapa kampung termasuk Chuchuh Puteri, Sungai Sok, Sungai Peria dan Lata Rek.

Anggota jawatankuasa PAS Kuala Krai, Ustaz Zamzuri Mat Lazim berkata, penduduk mengadu kepadanya rumah mereka didatangi orang tertentu bagi mendapatkan nombor kad pengenalan.

"Penduduk menjadi serba salah kerana orang terbabit memberitahu mereka datang dari agensi tertentu di bawah kerajaan persekutuan," katanya di sini.

Beliau yang juga bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Krai berkata, PAS kawasan terbabit menasihatkan penduduk tidak menyerah kad pengenalan mereka kepada orang yang tidak dikenali biar pun mengaku dari agensi kerajaan.

Kata beliau sindiket seperti itu biasa berlaku pada pilihan raya kecil seperti di Pengkalan Pasir sebelum ini.

Beliau juga mendakwa penduduk sudah memberitahu pihak polis mengenai perkara tersebut.

"Saya berharap pihak keselamatan mengambil tindakan sewajarnya. Kita bimbang sekiranya ada penduduk menyerah kad pengenalan mereka tidak dapat keluar mengundi pada 14 Julai depan," katanya.

Beliau juga percaya pelbagai usaha dilakukan pihak lawan bagi merampas Dun Manek Urai biar pun kaedah yang digunakan bertentangan dengan peraturan. - mj _

-HarakahDaily-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2009 03:57 AM | Show all posts

Petugas PAS Manek Urai bersiap hadapi pilihan raya

Harakahdaily

Mon | Jun 08, 09 | 12:52:15 pm MYT

KUALA KRAI, 8 Jun (Hrkh) - Biar pun lebih sebulan lagi tarikh pilihan raya kecil Dun Manek Urai, namun ahli dan penyokong PAS di peringkat akar umbi sudah memulakan persiapan kempen.

Bendera-bendera parti mulai kelihatan di kawasan pilihan raya.

Kerancakan gerak kerja itu dapat dilihat di Kampung Peria, Manek Urai Baru, Lata Rek, Chuchuh Puteri dan Laloh.

Bendera bulan purnama dipasang di kiri kanan jalan Kuala Krai � Gua Musang. Malah pos-pos sudah dibina atas inisiatif penduduk.

Manakala bendera dacing hanya kelihatan berhampiran Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru tempat berlangsung program pemimpin bersama rakyat yang dihadiri Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamad baru-baru ini.

Di Kampung Peria penduduk memasang bendera di waktu siang hari Jumaat lalu tanpa menghiraukan panas terik matahari.

Di Kampung Chatel, peti undi Lata Rek ahli-ahli dan penyokong PAS sudah sibuk mendirikan markas dan pos pilihan raya.

Ketika tinjauan Sabtu lalu penduduk kampung terbabit keluar beramai-ramai mendirikan sebuah pos berhampiran jambatan.

Veteran PAS di kampung terbabit, Mohamad Bedul, 59 berkata, penduduk tidak sabar lagi untuk menghadapi pilihan raya pada 14 Julai depan.

"Sebab itulah hari ini mereka sanggup keluar beramai-ramai membina pos di kepala jambatan Chatel.

"Kebetulan pula malam tadi hujan lebat, ini menyebabkan penduduk tidak dapat keluar menoreh getah. Jadi mereka datang bergotong royong membina pos biar pun tarikh pilihan raya lambat lagi,"
katanya di sini.

Seorang peniaga, Che Din Mustapa, 44 berkata semangat penduduk di kampung tersebut bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai berada di tahap yang tinggi.

Katanya, mereka akan bekerja keras untuk memastikan Manek Urai tidak terlepas ke tangan BN.

"Tidak hairanlah sebaik sahaja diumumkan pilihan raya kecil diadakan mereka sudah menyusun gerak kerja," katanya.

Ketua Cawangan PAS Chatel Luar, Abdullah Zaidi Omar, 33 berkata, peti undi Lata Rek mencatat jumlah majoriti yang paling tinggi di Dun Manek Urai pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, Lata Rek menyumbang hampir 70 peratus jumlah undi kepada calon PAS pada pilihan raya umum lalu.

Menurutnya faktor pengaruh agama yang masih kuat berakar umbi di kalangan penduduk menyebabkan Umno sukar menembusi kampung tersebut sehingga sekarang.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, penduduk tidak sabar lagi memulakan gerak kerja kempen pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

Katanya, hampir setiap hari ada penduduk menemuinya bagi mendapatkan bendera untuk dipasang di kampung mereka.

"Hasil desakan penduduk menyebabkan beberapa markas dan pos dibina lebih awal oleh mereka. Bilik gerakan juga sudah dibuka di beberapa tempat termasuk di Kampung Chuchuh Puteri.

"Sebenarnya gerak kerja sepenuhnya akan dilakukan selepas muktamar ini,"
katanya.

Umno pula sudah turun naik rumah penduduk di beberapa kampung termasuk Manek Urai Lama, Chuchuh Puteri dan Lela Jasa. - mks._

-HarakahDaily-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2009 05:44 PM | Show all posts

Umno lembab, PAS mulai kempen di Manek Urai


Muda Mohd Noor | Jun 9, 09 2:40pm

Seorang pemimpin Umno bahagian Kuala Krai mendakwa jentera piliharayanya "belum melakukan sebarang kerja" bagi menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, 14 Julai ini.

Seorang ahli jawatankuasa bahagian yang enggan dikenali berkata, pucuk pimpinan parti  sebaliknya lebih gemar mengadakan mesyuarat sejak kematian penyandang kerusi tersebut Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.

揔alau tidak silap, sudah adakan mesyuarat sebanyak 14 kali tetapi kerja belum buat lagi.

"Kita masih bercakap mengenai rumah sewa mahal dan wang ringgit untuk perbelanjaan pilihanraya Manek Urai,"
katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Orang Umno ini suka membuat kerja pada saat-saat akhir, tidak macam orang PAS kerja tidak mengira waktu."

Beliau berkata, jentera pilihnaraya PAS dari seluruh negara sudah datang ke Manek Urai sejak beberapa minggu lalu.

"Mereka terus pergi ke kawasan-kawasan kuat PAS berjumpa orang kampung memujuk supaya terus mengundi PAS.

"Yang lain pula datang  memberi bantuan kepada PAS Manek Urai untuk menghadapi pilihanraya ini,"
katanya.

Sementara itu, bekas ADUN BN Manek Urai, Mohd Zulkipli Omar menegaskan kembali bahawa BN memerlukan calon seperti Ismail, juga dikenali Pak Su Wel, untuk menang dalam pilihanraya kecil itu.

"Pak Su Wel wakil rakyat orang kampung, boleh bersila atas lantai di rumah orang kampung," katanya.

"Umno kena cari Pak Su Wel, baru boleh menang di Manek Urai. Kalau tiada, Umno tidak akan menang."

-malaysiakini-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 12:07 AM | Show all posts
habislah ketuanan ameno di manek urai..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 04:46 PM | Show all posts

Lebih 1,000 pengundi gagal dikesan

Muda Mohd Noor | Jun 9, 09 5:34pm

Seramai 1,145 pengundi di DUN Manek Urai gagal dikesan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan BN sukar menilai pendirian politik mereka, kata pemimpin Umno Kuala Krai.

"Kemas yang menjalankan bancian terhadap pengundi Manek Urai tidak dapat mengesan  pengundi berkenaan," kata ahli jawatankuasa bahagian Anua Yusoff.

"Nama mereka ada dalam senarai daftar pemilih, tetapi Kemas tidak tahu di mana mereka tinggal."

Akibatnya, tambahnya, agensi kerajaan itu tidak dapat mengukur kecenderungan pengundian mereka sama ada memangkah BN atau PAS.

Anua bagaimanapun percaya kebanyakan mereka ini penyokong setia PAS.

Selain itu, tambahnya, bancian Kemas juga mendapati terdapat kira-kira 900 pengundi atas pagar di dalam kawasan DUN itu yang akan menghadapi pilihanraya kecil antara 6 hingga 14 Julai ini.

Anua berkata, sikap mereka sukar diramal kerana kerana pengundi berkenaan tidak mahu berterus-terang.

"Bila ditanya hendak pangkah (undi) kali ini, mereka kata 'tunggu hari mengundilah'," katanya lagi.

Ketika ditanya peluang BN dalam pilihanraya kecil ini, Anua berkata, peluang ada jika jentera Umno bersatu dan bekerja dalam satu pasukan.

Tambahnya, dalam pilihanraya-pilihanraya terdahulu, pengundi kebanyakannya memilih calon PAS Ismail Yaacob kerana mereka menyenangi sikap penyandang itu.

"ADUN PAS itu disenangi oleh semua orang di kawasan ini, tidak kira orang PAS atau Umno.

"Kalau orang minta atap zink, dia kata pergi ambil di kedai, tak usah bayar kerana dia yang bayar,"
katanya lagi.

Bagaimanapun, Anua berkata, jika BN menang, penduduk Manek Urai "akan mendapat apa sahaja yang mereka mahu" sebagai "hadiah kemenangan kepada BN" setelah kalah dalam beberapa pilihanraya kecil sebelumnya.

BN tewas dalam lima daripada enam pilihanraya kecil selepas 8 Mac tahun lalu, termasuk di parlimen Permatang Pauh dan Bukit Gantang.

Pada pilihanraya Kuala Terengganu, BN gagal mempertahankan kerusi parlimen tersebut.

Parti itu hanya berjaya mempertahankan DUN Batang Ai di Sarawak, April lalu.

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.086535 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list