CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Pas kekalkan kerusi DUN Manek Urai

[Copy link]
Post time 11-6-2009 04:49 PM | Show all posts

Umno perlu ambil kira bancian Kemas

Muda Mohd Noor | Jun 10, 09 1:33pm



Umno perlu mengambil kira bancian yang dibuat oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) jika parti itu mahu memulihkan semula sokongan di kalangan akar umbi, kata seorang pegawai kanan jabatan itu.

Menurutnya, ini kerana bancian Kemas yang paling tepat berbanding yang dibuat oleh agensi-agensi kerajaan yang lain.

"Walaupun begitu, Umno tidak begitu mengambil berat bancian yang dibuat oleh Kemas.

"Ini mungkin kerana banyak lagi agensi lain yang membuat bancian yang serupa, yang turut diambil kira oleh Umno.

"Tetapi Kemas merupakan agensi kerajaan yang paling dekat dengan rakyat, kami tahu gerak geri mereka,"
katanya yang tidak mahu namanya disiarkan.

Selain Kemas, agensi lain yang membuat bancian mengenai sikap pengundi ialah polis, perisikan tentera dan jabatan hal ehwal khas (JASA) Kementerian Penerangan.

Laporan berkenaan turut diambil kira oleh Umno untuk mengkaji sikap pengundi menjelang pilihanraya di satu-satu tempat.

Pegawai Kemasi itu berkata, sebagai contoh, pihaknya telah menjalankan bancian sikap pengundi DUN Manek Urai.

Menurutnya, rata-rata pengundi memilih calon sebagai kriteria utama dalam pilihanraya kecil tersebut.

"Kita juga tahu ada 900 pengundi atas pagar di Manek Urai yang kebanyakannya membuat keputusan memilih calon di saat-saat akhir menjelang hari mengundi.

"Mereka juga berkata sedia mengundi calon BN jika parti itu meletakkan seorang calon seperti bekas Adun PAS Manek Urai, Ismail Yaacob,"
katanya.

Hari penamaan calon Manek Urai ialah 6 Julai, manakala pengundian pada 14 Julai depan.

-malaysiakini-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2009 04:52 PM | Show all posts

PAS tiada calon sesuai di Manek Urai?

Muda Mohd Noor | Jun 10, 09 5:07pm

PAS Manek Urai dikatakan menghadapi masalah kerana ketiadaan calon yang sesuai untuk diletakkan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN berkenaan 14 Julai depan.

Seorang pemimpin PAS tempatan memberitahu Malaysiakini bahawa kebanyakan calon PAS yang disebut-sebut, tidak memilik kelayakan yang mencukupi untuk menjadi calon.

"Kebanyakannya merupakan pemimpin yang sudah berusia dan kurang ilmu pengajian, Calon seperti ini sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan semasa.

"Pengundi tua di Manek Urai kini adalah 50 peratus, yang kita bimbang adalah pengundi muda yang terdedah kepada perkembangan ilmu moden.

"Jika PAS meletakkan calon lama lagi dan ditambah pula dengan kurang pendidikan, saya khuatir ditolak oleh pengundi muda,"
katanya.

Namun begitu, Malaysiakini difahamkan beberapa nama disebut mungkin dipilih bertanding sebagai wakil PAS dalam pilihanraya kecil tersebut.

Menurut sumber PAS, dua daripadanya ialah bekas ADUN Guchil, Zulkefli Yaakub dan dan Fikri Che Ismail, seorang ahli perniagaan yang berusia dalam lingkungan 50-an.

95% pengundi Melayu

Zulkefli - bekas ketua pemuda PAS Kelantan - pernah menjadi ADUN Guchil yang mengalahkan calon BN Mohd Razali Che Mat dalam pilihanraya umum 1999.

Bagaimanapum, beliau tewas kepada Dr Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi dari BN dalam pilihanraya umum 2004.

Zulkefli tidak bertanding dalam pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu.

Manakala, Fikri, 51, adalah timbalan ketua PAS cawangan Kampung Laloh Kuala Krai.

DUN Manek Urai mempunyai 12,293 pemilih berdaftar, dengan 95 peratus pengundi Melayu yang bergantung pendapatan kepada hasil pertanian termasuk sawit dan getah.

DUN itu mempunyai sembilan daerah mengundi iaitu Temalir, Sungai Perial, Manek Urai Lama, Manek Urai Baru, Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rek, Manjor dan Laloh.

Ketika dihubungi, Zulkefli berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memilih calon Manek Urai.

"Sehingga hari ini saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara tersebut," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa (AJK) PAS kawasan Manek Urai.

Sementara itu, Fikri berkata, beliau akan memikirkan terlebih sebelum menerima atau menolaknya.

Katanya, ini kerana PAS perlu meletakkan calon terbaik bagi memastikan kemenangan di Manek Urai.

-malaysiakini-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 05:02 PM | Show all posts
Originally posted by redbun at 4-6-2009 00:37
http://www.utusan.com.my/pix/2009/0603/Utusan_Malaysia/Politik/po_03.1.jpg
AHMAD Maslan menoreh getah di kebun Ibrahim Omar (kiri) ketika meluangkan masa beberapa hari bersama penduduk DUN Manek ...

Laa.. kenapa gi menoreh getah.. kan UMNO slalu buat jalan tar ngan buat projek bangunan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 05:04 PM | Show all posts

PRK MANEK URAI; PEMUDA YAKIN PERTAHAN KEMENANGAN PETI UNDI LALOH

Written by SM Noor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 05:34 PM | Show all posts

Bagaimana ke Manek Urai/Peti Undi Laloh

11 Jun, 2009

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 05:35 PM | Show all posts

Peti Undi Laloh

11 Jun, 2009



-BuletinOnline-
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2009 06:38 PM | Show all posts

Manek Urai: Calon rakyat diutamakan, usia bukan penentu

Nyza Ayob

Thu | Jun 11, 09 | 7:49:45 am MYT

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dato' Mustafa Ali menegaskan dalam meletakkan calon bagi Pilihan Raya Kecil Manek Urai, PAS tetap menekankan calon yang diterima rakyat dan bukan bersandarkan faktor usia semata-mata.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan yang diajukan media mengenai kriteria calon PAS pada pilihan raya tersebut sama ada PAS akan meletak calon yang muda sebgaimana di sarankan Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR).

"Proses pemilihan calon tersebut berlaku secara natural. Kriteria untuk kita menghadapi pilihan raya ialah 'orang yang memungkinkan' dan 'orang yang diterima'. Umur bukan kriteria yang mutlak.Jika orang itu berusia 80 tahun tetapi jika dia yang terbaik dan rakyat terima dia, kita akan letakkan dia sebagai calon. Itu tidak menjadi masalah.

"Sebagai contoh Dato' Halim Abdul Rahman, walaupun beliau sudah menjangkau 70 tahun tetapi beliau masih bertenaga dan diterima rakyat.


"Kriteria ini yang diterima pakai di samping kriteia seperti akhlak yang baik, yang tidak perlu saya sebutkan lagi. Apa yang penting masyarakat menerimanya. Jika masyarakat tidak menerimanya, bagaimana kita hendak menang?" katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Turut serta dalam sidang media tersebut ialah Penolong Setiausaha Pilihan Raya PAS, Syed Mohamad Syed Hassan, Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir dan Setiausaha Politik Presiden PAS, Shamsuri Ibrahim.

Terdahulu Mustafa menegaskan tumpuan PAS selepas Muktamar PAS ke-55 ialah menghadapi Pilihan Raya Kecil Manek Urai yang akan berdepan dengan Barisan Nasional.

Jelasnya, PAS sudah memperkemas jentera pilihan rayanya yang mana terdapat jentera induk yang mana Pengarah Pilihan Raya adalah Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa manakala jentera operasi peringkat negeri yang mana Pengarah Pilihan Raya ialah Abdul Fatah Harun.

Jelasnya, Jabatan Pilihan Raya PAS akan mengadakan mesyuarat pada 13 Jun ini yang mana pada hari yang sama pengarah pilihan raya setiap negeri akan meninjau tempat bagi setiap negeri masing-masing bertugas yang meliputi sembilan peti undi.

" Kawasan-kawasan di negeri Kelantan membantu setiap peti undi begitu juga bagi setiap negeri lain yang akan membantu setiap peti undi,"katanya. - mks. _

-HarakahDaily-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 06:40 PM | Show all posts

Reply #47 redbun's post

betul ..umur bukan penghalang untuk berbakti kepada rakyat.. asalkan jujur dan amanah..dan boleh membantuk rakyat.. apa salahnya dilantik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2009 10:35 PM | Show all posts

Manek Urai: BN diminta cepat umum calon

Muda Mohd Noor | Jun 12, 09 3:53pm



Barisan Nasional (BN) diminta mempercepatkan pengumuman calonnya bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai bagi memudahkan persiapan untuk menghadapinya.

Ketika membuat gesaan itu, Ketua Wanita Umno bahagian Manek Urai, Rohani Abdul Majid berkata, walaupun banyak mesyuarat diadakan, tetapi isu siapa calon BN belum disentuh.

"Lagi cepat lagi bagus, supaya orang Manek Urai tidak membuat teka teki mengenai calon BN," kata ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Paling lambat kena buat seminggu sebelum hari penamaan calon.



"Kerana belum ada calon, masing-masing sekadar mahu menunggu siapakah yang diumumkan menjadi calon BN," katanya lagi.

Rohani berkata, sehingga hari ini, Umno bahagian Kuala Krai belum membincangkan mengenai calon yang akan bertanding di Manek Urai.

Beberapa nama pemimpin tempatan telah disebut-sebut mungkin dipilih menjadi calon BN di Manek Urai.

Calon PAS pensyarah?

Selain Rohani, yang lainnya ialah ketua bahagian, Datuk Ramzi Abdul Rahman; naib ketua, Jalal Che Muda; ketua Pemuda, Tuan Aziz Tuan Mat dan setiausaha Wanita bahagian, Wan Azma Wan Hassan.

Sementara itu, PAS pula dijangka mencalonkan seorang profesional dari sebuah universiti tempatan sebagai calonnya.

Pensyarah undang-undang itu berusia 40-an berkhidmat di sebuah universiti tempatan di Kuala Lumpur dan merupakan dari keluarga penyokong kuat PAS di Kuala Krai.

"Asasnya ialah beliau mempunyai keluarga besar yang terdiri daripada penyokong kuat PAS sejak sekian lama," kata seorang pemimpin PAS Kuala Krai.

Beliau yang tidak namanya disebut berkata, nama calon tersebut telah dicadangkan oleh beberapa pemimpin PAS Manek Urai.

"Bagaimanapun, dilaporkan pensyarah tersebut belum membuat keputusan sama ada sedia bertanding di situ.

Beliau berkata, mencalonkan profesional termasuk pensyarah bukan perkara asing bagi PAS Kelantan.

Dalam pilihanraya umum lalu, katanya, beberapa ADUN PAS di Kelantan juga merupakan bekas pensyarah universiti.

-malaysiakini-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 10:36 PM | Show all posts
bagus lah kalau calon PAS tu pensyarah.. bagaimana pula calon BN ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 10:28 AM | Show all posts
Puteri Umno tumpu pengundi muda di Manek Urai         
                                                        Jumaat Jun 12, 2009         
         
                      KUALA KRAI:Puteri Umno akan mengadakan kursus dan latihan untuk anggotanya sebagaipersediaan dalam menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan NegeriKelantan kawasan Manik Urai pada 14 Julai ini.
Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata program ituadalah sebahagian daripada gerakan Puteri Umno dengan menumpukan kepadapengundi muda selain menjalankan kempen dari rumah ke rumah danmenggunakan teknologi terkini.
"Tumpuan kami adalah kepada 5,700 orang termasuk pengundi mudalelaki," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kem KesihatanPerdana untuk warga emas di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama di sinihari ini.
Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, turut menyampaikansumbangan hamper dan menyampaikan kerusi roda kepada seorang pendudukKampung Manik Urai Lama, Nuh Harun, 70, yang lumpuh sejak tiga tahunlalu.
Selepas majlis itu, beliau mengadakan perjumpaan dengan Exco PuteriUmno di Pejabat Umno Negeri di Kota Baharu bagi mengatur strategimenghadapi pilihan raya kecil itu. BERNAMA
         



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 06:59 PM | Show all posts
kredit to Utusan Malaysia - 13/06/09
6,000 undi untuk jamin kemenangan BN di Manik Urai   13/06/2009 5:55pm

KUALA KRAI 13 Jun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 02:50 PM | Show all posts

PRK MANEK URAI; PEMUDA PAS BERTEMBUNG DENGAN PUTERI UMNO

Written by SM Noor

Saturday, 13 June 2009 02:59

KUALA TERENGGANU

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 04:45 PM | Show all posts

Projek 'mee segera', Umno mula menarah Manek Urai

Lanjusoh

Mon | Jun 15, 09 | 7:06:33 am MYT

'Jentera BN akan gempur Manek Urai', 'Puteri akan bantu BN tawan Dun Manek Urai'.

Ungkapan seperti ini sering kali kedengaran setiap kali menjelang pilihan raya. Malah istilah Umno yakin tawan Kelantan diucap beberapa perdana menteri.

Bermula Tun Dr Mahathir Mohamad kemudian diikuti Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang pula Dato' Seri Najib Razak.

Istilah 'tawan' tidak pernah serik diucap pemimpin Umno, biar pun sehingga kini belum menjelma menjadi realiti di Kelantan. Dan menjelang pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai depan, istilah itu pastinya akan diulang tayang kembali. RTM dan TV3 sedia memberi khidmat demi negara.

Tengoklah nanti. Ini kerana dalam diari perjuangan Umno tidak ada resepi lain lagi bagi memujuk penyokong supaya bekerja. Sedangkan semua orang tahu istilah bekerja dalam teori Umno mesti berlapik upah. Tanpa upah poster tidak akan melekat di batang pokok.

Lebih menarik lagi poster yang telah dipasang diragut kembali, kalau upah tidak memenuhi poket. Sebaliknya agenda upah belum membudayakan dalam PAS. Ini kerana konsep pahala dan dosa sudah lama menyerap ke dalam jiwa raga ahli dan penyokong perjuangan Islam.

Maka tidak hairanlah pesta memasang bendera di Manek Urai menjadi tidak seimbang sekarang. Petugas Umno di sebuah kampung agak malu ketika dirakam gambarnya sedang memasang poster dacing. Sebaliknya penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sudah lama berpeluh ketika melekat lambang parti di batang pokok.

Tidak kurang juga yang sanggup memanjat pokok kelapa untuk menjulang lambang bulan purnama. Upah soal kedua, apa yang dinekadkan PAS perlu di hadapan. Maka tidak hairanlah biar pun tanpa kemudahan asas seperti di tempat lain, penduduk di Kampung Chatel, Lata Rek tidak mudah lebur dengan janji orang politik.

Ratusan penduduk di beberapa kampung termasuk Bukit Budu, Jelekeh, Chatel Damai dan Chatel Luar masih menggunakan air bukit bagi keperluan harian mereka. Air yang ditandak dari puncak bukit mengalir terus ke dalam besen dan kolah rumah mereka. Kemudahan tersebut biar pun terdedah dengan kotoran dan pelbagai pencemaran lain, namun penduduk sudah bersyukur. Sekadar mengeluarkan wang saku RM1 sebulan mereka boleh menggunakan air sebanyak mungkin.

Seorang penduduk, Mohd Zain Latiff, 55 berkata, bayaran tersebut digunakan bagi membaiki kerosakan apabila berlaku paip pecah atau aliran air tersumbat di atas bukit.

"Bayaran yang dipungut setiap bulan akan digunakan untuk membayar upah penduduk yang ditugaskan membaiki kerosakan tersebut. Biar pun sumber air belum terjamin bersih, namun kemudahan tersebut seperti juga terdapat di tempat-tempat lain. Kelebihan di sini tidak perlulah membayar bil air.

"Tidak pula berdepan dengan risiko paip air dipotong kerana tidak menjelaskan tunggakan bil,"
katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Mereka juga bernasib baik kerana tidak perlu mengeluarkan belanja besar bagi membeli paip. Ini kerana kemudahan tersebut disediakan Pejabat Kesihatan Daerah di bawah peruntukan luar bandar.

Haji Shafei Zakaria, 64, turut berbangga dengan kemudahan prasarana yang ada sekarang. Menurutnya penduduk tidak menuntut projek mega seperti di negeri lain.

"Kalau sekadar ada jalan yang tidak berselut ketika hujan, tidak berdebu di musim kemarau, ada elektrik dan paip air, kami penduduk yang tinggal di pedalaman sudah banyak berterima kasih," katanya.

Che Hussin Mustapa, 50 yang tinggal di Jelekeh Luar berkata, muafakat di kalangan penduduk masih utuh di Lata Rek. Katanya, penduduk tidak mudah terpengaruh dengan janji pembangunan.

"Sekarang musim orang politik datang membawa pelbagai janji pembangunan. Setiap hari ada orang datang membawa angan-angan baru kepada penduduk di sini," katanya.

Kalau ada projek pun sekadar melepas batuk di tangga. Lihatlah jalan di sebuah lorong di Manek Urai Lama masih elok ditarkan kembali. Ini kerana di situ terdapat rumah seorang pemimpin cawangan Umno.

Biar apa pun penduduk di Chatel, Lata Rek sudah mampu berbangga apabila kerajaan negeri membina jalan, jambatan dan menyalur peruntukan membaiki madrasah dan masjid bagi kemudahan mereka.

Sekiranya pegangan seperti penduduk di Kampung Chatel, Lata Rek menjangkiti pengundi di Kampung Manek Urai Lama dan Manjor, Umno berdepan dengan lorong gelap pada 14 Julai depan. Biar apa pun tanpa kerja keras, kemenangan yang ada mudah terlodeh.

Ini kerana ramai yang berselera merantah mee maggie biar pun perut hanya kenyang sekejap. - mks. _

-HarakahDaily-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 05:41 PM | Show all posts

'Geng Unity Govt': Jangan turun kempen di Manik Urai - Kelab Penyokong PAS

14 Jun 2009 11:25PM

KB: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya bahawa mereka yang mempertahankan idea pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai "boneka Umno".
Nik Aziz turut menegaskan pihak yang berkeras menyokong cadangan kerajaan perpaduan sebagai tidak mendengar nasihat dan cuba membelakangkan kuasa beliau sebagai Mursyidul Am PAS.

"Bagaimanapun sebagai pemimpin parti, saya akan terus menasihatkan ahli, walaupun ada yang tidak mendengarnya.

"Isteri boleh jadi buat salah kepada suami, dan suami boleh jadi buat salah kepada isteri, anak boleh jadi buat salah kepada ibu bapa. Begitu jugalah dalam politik,"
katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan baru-baru ini membidas sesetengah pemimpin PAS yang masih mempertahankan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.

Sementara itu, Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan tidak menyertai kempen parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, 14 Julai ini.

Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan.

"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihan raya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu..

"Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihan raya DUN Manik Urai kali ini,"
katanya./ Bernama


MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersalaman dengan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang melakukan kunjungan hormat ke atas beliau. Foto: Bernama

-KLpos-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 08:09 PM | Show all posts

IKRAR AMK; KE MANEK URAI, PASTIKAN KEMENANGAN PAS !

Written by SM Noor

Tuesday, 16 June 2009 06:57

MARANG - Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Terengganu menyatakan komitmen untuk turun ke pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai bagi memastikan kemenangan PAS di atas prinsip Pakatan Rakyat .


Ketuanya, Cikgu Fariz Musa berkata AMK akan menumpukan gerakerja sepenuhnya bersama rakan-rakan pemuda Pakatan Rakyat bagi memastikan kemenangan di PRK DUN Manek Urai, sepertimana Pilihanraya Kecil sebelum ini

擜MK akan memfokuskan gerakerja dan seluruh jentera bagi memastikan para pengundi terutama pengundi muda memilih PAS pada 14 Julai nanti,

擜MK seluruh Malaysia akan berkampung di Manek Urai agar dapat mendekatkan diri dengan para pengundi muda melalui pendekatan dan program yang bersesuaian dengan persekitaran dan adat budaya masyarakat di Manek Urai,擺/color]katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata walaupun UMNO / BN telah menjadikan Manek Urai sebagai 慳nak angkat抂/color], beliau yakin dan percaya, rakyat di Manek Urai terutama golongan pengundi muda akan terus konsisten memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

擨a (Manek Urai anak angkat UMNO) tidak memberikan kesan kepada gerakerja AMK bagi memastikan kemenangan lebih bermakna dan lebih besar kepada PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat,擺/color]tegasnya.

Katanya, beliau dan seluruh jentera AMK telah sentiasa bersiap sedia menghadapi jentera Pemuda UMNO / BN di PRK Manek Urai.

擪ita (AMK) yakin UMNO / BN masih fobia untuk berdepan dengan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat terutama (sekarang) UMNO / BN semakin lemah , kucar - kacir dan berpecah di bawah kepimpinan Presidennya Datuk Seri Najib Razak,

攍ebih-lebih lagi kekalahan demi kekalahan yang dihadapi oleh Barisan Nasional dalam PRK sebelum ini.擺/color]katanya.

Ketakutan UMNO /BN, tambahnya, benar-benar dirasai apabila tindakan mereka tidak menyertai PRK di N12 Penanti, bulan lalu.

-BuletinOnline-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2009 08:13 PM | Show all posts

PRK MANEK URAI; PELUANG PAS AMAT CERAH

Written by Wan Kay & SM Noor

Tuesday, 16 June 2009 00:45



HULU TERENGGANU

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 08:53 PM | Show all posts

3,000 petugas Pemuda PAS akan ke Manek Urai

Intan Abdullah

Tue | Jun 16, 09 | 4:58:49 pm MYT

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Hrkh) - Pemuda PAS akan mengerahkan tenaga Pemuda seramai mungkin ke Manek Urai bagi mempertahankan kemenangan PAS pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada 14 Julai akan datang.

Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi berkata Pemuda akan mengerahkan Pemuda di seluruh negara agar turun membantu pilihan raya kecil itu.

"Kita akan mengerahkan semua pemuda di seluruh negara agar berkampung di Manek Urai untuk memastikan momentum sokongan rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13," katanya pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Sementara itu, Nasrudin turut menyatakan bahawa kira-kira 3,000 Pemuda akan turun berkampung di Manek urai bagi menjalankan agenda pemuda khususnya dalam memahamkan isu-isu semasa politik dalam negara mutakhir ini.

Selain itu ujarnya, Pemuda juga akan terus menguruskan kebajikan yang sedia menjadi agenda utama dalam pentadbiran kerajaan PAS di Kelantan.

"Pemuda akan turun mengikut negeri dan kawasan bagi membantu jentera PAS memenangkan kawasan tersebut dengan pendekatan yang ditetapkan," ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Nasrudin berkata Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat akan dilancarkan pada 19 Jun di Lata Rek, Manek Urai. - mns_

-HarakahDaily-
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 08:59 PM | Show all posts

MAFREL kurang setuju SPR adakan pengundian hari bekerja

Zuharman MN

Tue | Jun 16, 09 | 6:53:45 pm MYT

KOTA BHARU, 16 Jun (Hrkh) - Malaysia For Free And Fair Election (MAFREL) akan membuat pemantauan sepanjang tempoh proses pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

Ketua Misi Mafrel, Dr Abdul Halim Yusof berkata, pihaknya sedang dalam proses memohon akreditasi sebagaimana dilakukan pada pilihan raya lepas.

"MAFREL sudah mula bergerak. Pemantauan merangkumi fasa prapenamaan calon, fasa kempen, hari pengundian dan fasa pasca pengundian.

"MAFREL juga akan memobilisasikan sukarelawan terlatih seramai lebih 300 orang,"
katanya kepada media di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata MAFREL sebagai badan prihatin tentang hak-hak asasi berkaitan pilihan raya akan mengadakan sesi latihan bagi menjadikan pilihan raya benar-benar bebas dan adil.

Dr Abdul Halim berkata, bagi mencapai matlamat tersebut MAFREL berharap semua pihak menghormati undang-undang serta peraturan pilihan raya dengan jujur.



"Perkara yang kerap terjadi sebelum ini ialah penggunaan jentera kerajaan dengan sewenang-wenangnya kerana melibatkan dana awam yang lebih kepada gimik pilihan raya.

"Paparan gambar individu bukan calon pada banner dan banting termasuk edaran berita berunsur fitnah, pembohongan yang boleh mengelirukan rakyat,"
katanya.

Beliau juga berharap pihak keselamatan lebih berhemah ketika menjalankan tugas.

"Akhir-akhir ini kerahan terhadap anggota polis amat ramai di kawasan pilihan raya sehingga membazirkan wang serta menyusahkan rakyat dan penduduk tempatan," ujarnya.

Beliau juga berharap semua pihak memastikan penyokong bertindak rasional bagi memastikan proses pilihan raya mencapai tahap demokrasi sebenar.

Beliau turut melahirkan rasa kurang senang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menetapkan hari mengundi pada hari bekerja yang boleh menghalang pengundi keluar mengundi.

"Pengundi luar kawasan tentunya mengalami kesukaran untuk pulang mengundi," ujarnya.

Misi pemerhatian Mafrel itu turut dibantu Haji Nik Zulkifli Nik Salleh selaku Penyelaras Misi Mafrel Manek Urai. - mj _

-HarakahDaily-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 09:01 PM | Show all posts
sama gak kat penanti hari tu
sokongan kepada PR menurun kerana peratusan keluar mengundi kurang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.093310 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list