CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Pas kekalkan kerusi DUN Manek Urai

[Copy link]
Post time 16-6-2009 09:05 PM | Show all posts

Reply #60 kekbelacan's post

sekali pandang jer dah tau sapa menang kat Penanti tu ari.. orang pun malas nak kuar mengundi..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2009 09:13 PM | Show all posts

Buktikan PAS guna pendekatan samseng di Manek Urai - Pemuda PAS

Intan Abdullah

Tue | Jun 16, 09 | 3:54:24 pm MYT

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi mencabar Pemuda BN Kelantan supaya mengemukakan bukti yang mengatakan bahawa PAS menggunakan pendekatan politik samseng dalam kempen di pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

"Saya mencabar Pemuda BN Kelantan agar mengemukakan bukti bagi menyatakan bahawa PAs menggunakan kaedah politik samseng pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai," ujarnya pada sidang media Pemuda PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda BN Kelantan, Annuar Sufian yang mendakwa kandungan ceramah pemimpin PAS yang sanggup 'bertumpah darah' untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sebagai satu pendekatan politik samseng.

Ini kerana menurutnya, pada kebiasaan sesuatu pilihan raya kecil diadakan Umno akan mencetuskan provokasi dan mengeruhkan keadaan.

"Kebiasaannya seperti yang kita semua sedia maklum, provokasi ini dicetuskan pihak Umno-BN malah tuduhan itu sendiri mencerminkan Umno itulah yang samseng," katanya.

Nasruddin juga menyelar dakwaan Pemuda BN kelantan yang menuduh Pemuda PAS menggunakan pendekatan samseng sebagai suatu tuduhan yang liar dan jahat.

"Ia merupakan satu tuduhan yang liar, jahat dan tidak masuk akal," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai kesan isu kerajaan perpaduan ketika kempen pilihan raya kecil itu, beliau menganggap ianya tidak menjadi kerisauan kepada parti.

"Perbezaan pendapat antara pimpinan bukanlah menjadi isu yang merisaukan kerana masing-masing adalah berasaskan hujah dan ianya diraikan.

"Malah terdapat mekanisme untuk menyelesaikan perbezaan ini menerusi muzakarah di peringkat dalaman,"
katanya lagi.

Walau bagaimanapun, beliau menganggap media turut menjadi punca mengeruhkan keadaan dengan eksploitasi yang dilakukan bagi memecah belahkan parti. - mns _

-HarakahDaily-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 04:33 PM | Show all posts
pengundi hantu mest ada punya.....
tak pun election roll, nama2 pengundi yg mengundi pas PRU lepas....hilang   

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=415687
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 04:47 PM | Show all posts
oooo ingat pengundi hantu tu nak undi BN ke? mereka sebenarnya undi Pakatan Rakyat...

PR = Pontianak Rimba... nama parti dah semacam jer
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 04:57 PM | Show all posts
kan SPR dah tetapkan dan membiarkan serta menternak hantu2 semata2 untuk undi BN
cam pok jib hari tu
dah kalah kat pekan
tetiba padam lampu, masuk peti undi baru
dari kalah................tetiba zuppppppppppppp menang lebih 200 undi

patut pun phobia dgn dakwat hitam
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 05:10 PM | Show all posts
camna tau kalah belum kira undi lagi?
padam lampu kot kot org PR yg sabotaj yg tutup lampu tu.... lau PR kalah boleh jadikan alasan dan modal PR kan? kan?
masuk peti baru? wakil PR kat dewan tu tak kira berapa peti ke dulu?
camana boleh kalah?  kalau boleh menang?

ni la tahap pemikiran org pembangkang... kecian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2009 05:15 PM | Show all posts
denial syndrom
ini lah pemikiran org UMNO
kecian
lok lak jer lebih

dengan dakwat hitam pun takut


lawak seantero dunia
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 05:21 PM | Show all posts
nyanyuk plak org tua ni dahhhh.... pemikiran pembangkang yg kene sindrom down
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2009 05:45 PM | Show all posts
baik2 tidur mlm ni. basuh kaki dulu.....nanti hantu dakwat hitam mari

nanti kang ada dakwat hitam
tak dapek lah den nak menolong
camno nak curik duit rakyat lagik
habis lah rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 11:56 PM | Show all posts

Kehadiran ramai polis di Manek Urai menakutkan penduduk - MAFREL

Lanjusoh

Thu | Jun 18, 09 | 7:38:18 pm MYT

KOTA BHARU, 18 Jun (Hrkh) - Badan pemantauan pilihan raya di negara ini, MAFREL mendapati kehadiran ramai anggota polis di Manek Urai telah menimbulkan rasa takut di kalangan penduduk tempatan.

Jurucakap MAFREL Bahagian Kelantan berkata, hasil tinjauan pada 16 Jun lalu didapati ramai anggota polis yang berpakaian biasa di kawasan pilihan raya.

"Mereka bertugas dengan menaiki motosikal, melepak di kedai-kedai kopi dan di mana-mana tempat ramai orang berkumpul.

"Berdasar kepada temubual petugas MAFREL dengan penduduk tempatan, jelas perkara ini menakutkan penduduk dan pengundi di Dun Manek Urai,"
katanya di sini.

Selain itu kata beliau MAFREL juga mengesan projek-projek segera di bawah kerajaan pusat di Manek Urai dalam tempoh bermula 4 April 2009 hingga 22 Jun 2010.

Beliau berkata, berdasar tarikh tersebut amat padat projek mee segera mahu dilaksanakan sewaktu tempoh beberapa hari bermula kempen pilihan raya.

Katanya, beberapa agensi kerajaan telah dikenal pasti terlibat secara langsung dalam projek 'mee segera' iaitu Jabatan Kerja Raya, Kesedar, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Sasaran program projek 'mee segera' banyak tertumpu kepada pelajar sekolah rendah dan menengah melibatkan ibu bapa, penerimaan skim bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi penduduk yang berpendapatan rendah dan ibu tunggal.

"Maka daripada bukti bergambar di atas, dapat disimpulkan telah berlaku projek mee segera di kawasan pilihan raya Dun Manek Urai,"
katanya.

Beliau juga berkata, MAFREL menjangka lebih banyak lagi projek-projek mee segera yang akan dilaksanakan semasa tempoh kempen bermula selepas 6 Julai ini.

Kata jurucakap itu, MAFREL memandang projek-projek mee segera itu sebagai satu amalan yang amat hina kerana mengganggap mentaliti masyarakat Malaysia boleh digula-gulakan dengan umpan pembangunan.

"Sampai bila pemimpin-pemimpin politik ingin meneruskan budaya memperbodohkan rakyat dan meneruskan budaya rasuah politik seperti ini.

"MAFREL akan terus dengan agenda menjadikan pilihan raya adil dan bebas dan tidak akan membisu melihat kesalahan demi kesalahan dilakukan walaupun sesetengah pihak sudah mengganggapnya sebagai perkara-perkara biasa,"
ujarnya.

Bagaimanapun kata beliau berdasar kepada pemantuan dibuat belum ada projek mee segera melibatkan agensi kerajaan negeri setakat ini. - mj _

-HarakahDaily-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 12:01 AM | Show all posts
Beliau juga berkata, MAFREL menjangka lebih banyak lagi projek-projek mee segera yang akan dilaksanakan semasa tempoh kempen bermula selepas 6 Julai ini.


bagus juga tu.. rezeki penduduk Manek Urai la tu...terima aje la dengan senang hati.. masa macam nih la kalau nak dapat pun..esok lusa lom tau lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 12:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 02:39 PM | Show all posts
dinasihatkan supaya kerajaan jangan bagi projek kat manek urai selagi kawasan tu masih kawasan pembangkang, biar mereka mundur, biar je miskin .. papa kedana ...tu dah pilihan mereka.... tapi jika nak bagi jugak tunggu menang dulu baru la buat projek kat situ...

dinasihatkan juga jangan hantar polis jaga sana... kalau mereka nak bergaduh ke, pancung sana pancung sini, potong kepara ka... biarkan... biarkan....biarkan begitu saja...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 03:01 PM | Show all posts
betul......
sebab duit cukai semua rakyat perlu masuk dalam bank peribadi ahli UMNO
sebab tu jgn buat pembangunan kat manek urai
duit peribadi tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 03:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by DTECCONAN at 25-6-2009 02:57
Originally posted by anakmuda at 18-6-2009 16:47
oooo ingat pengundi hantu tu nak undi BN ke? mereka sebenarnya undi Pakatan Rakyat...

PR = Pontianak Rimba... nama parti dah semacam jer


BN = **** Negara
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 03:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by DTECCONAN at 25-6-2009 02:58
Originally posted by anakmuda at 19-6-2009 14:39
dinasihatkan supaya kerajaan jangan bagi projek kat manek urai selagi kawasan tu masih kawasan pembangkang, biar mereka mundur, biar je miskin .. papa kedana ...tu dah pilihan mereka.... tapi jik ...


pemikiran orang UMNO.. duit projek tu duit rakyat.. bukan duit sendiri.. nampak sgt ***** mcm ko nie x pikir pasal rakyat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2009 05:44 PM | Show all posts
Penduduk Manek Urai pamerkan sikap dingin terhadap Umno

Wartawan Kita

Sun | Jun 21, 09 | 9:00:10 am MYT

KUALA KRAI, 21 Jun (Hrkh) - Ketika Umno berhempas pulas merayu simpati pengundi, namun rakyat di Manek Urai terus memperlihatkan sikap dingin terhadap parti itu.

Situasi itu dapat dilihat apabila Jabatan Pelajaran Negeri terpaksa mengerahkan guru-guru yang mengajar di sekitar Dun Manek Urai hadir pada program bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jumaat lalu.

Tidak cukup dengan arahan itu, ibu bapa pelajar juga dikerah hadir sama pada program yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok.

Begitu juga dengan anggota keselamatan memenuhi kawasan itu. Tiga helikopter digunakan mengiringi kehadiran Menteri Pelajaran tersebut ke Dun Manek Urai.

Manakala pada sebelah petang ketika bersolat Asar di Masjid Laloh, ramai anggota keselamatan memenuhi kawasan luar masjid.

Penduduk yang hadir solat di masjid tersebut seperti kurang menghiraukan kehadiran timbalan perdana menteri biar pun telah diumumkan imam masjid sebaik sahaja selepas selesai solat.

Sedangkan pada malam hari yang sama, ribuan penduduk memenuhi padang di Kampung Chuchuh Puteri B mengikuti forum perdana yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.

Kehadiran Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, anggota parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad dan anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli menarik perhatian penduduk tempatan.

Tuan Ibrahim berharap rakyat di Manek Urai tidak bersekongkol dengan pemerintah yang gemar membuat zalim dan melakukan banyak penyelewengan harta rakyat.

"Jangan kita cuba tolong orang yang derhaka kerana ia tidak membawa kita selamat di dunia dan akhirat," katanya.

Dr Mohd Hatta berkata, amalan pembaziran diteruskan kerajaan BN hari ini apabila rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan tiga helikopter semata-mata hendak datang menemui pengundi di Manek Urai.

Begitu juga dengan markaz taktikal polis yang kini sedang dibina di banyak tempat di Dun Manek Urai termasuk di Laloh dan Manek Urai Baru bagi menempatkan ribuan anggota polis.

Kata beliau kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja besar dengan kehadiran polis yang cukup luar biasa di Dun Manek Urai sekarang. - mj _

-HarakahDaily-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 05:49 PM | Show all posts
PAS umum calon Manek Urai 26 Jun

Salmiyah Harun

Sat | Jun 20, 09 | 11:40:35 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - PAS akan mengisytiharkan calonnya untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 26 Jun ini bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat.

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah berkata, pengumuman itu akan dibuat di Manek Urai berdekatan dengan rumah Allahyarham Ismail Yaakub atau lebih mesra di kenali sebagai Pak Su Wei.

Ditanya sama ada calon yang akan dimumkan itu memiliki ciri-ciri seperti Allahyarham Ismail, Wan Rahim berkata pemimpin seperti beliau sukar diganti dan tidak boleh ditandingi.

Bagaimanapun, beliau yakin calon yang akan diumumkan nanti akan diterima oleh pengundi di Manek Urai.

Sementara itu, Wan Rahim menggesa SPR mengarahkan majikan-majikan supaya membenarkan pekerja mengambil cuti pada hari mengundi 14 Julai nanti.

Keadaan ini katanya berpunca daripada SPR sendiri yang sengaja menetapkan hari pengundian pada hari bekerja.

"Kita betul-betul mengharapkan SPR memberi arahan kepada majikan bagi memberikan cuti satu hari," tegasnya ketika dihubungi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil itu pada 14 Julai ini dan penamaan calon pada 6 Julai.

Kerusi DUN Manek Urai kosong selepas penyandangnya, Ismail Yaakob, 60, dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu kerana masalah kesihatan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai buat pertama kali pada pilihan raya umum 1986 dan mengekalkannya untuk lima penggal berturut-turut.

DUN Manek Urai terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang juga disandang oleh PAS. - mns_

-HarakahDaily-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 05:52 PM | Show all posts
Sementara itu, Wan Rahim menggesa SPR mengarahkan majikan-majikan supaya membenarkan pekerja mengambil cuti pada hari mengundi 14 Julai nanti.

kan lebih senang kalau pengundian tu di buat pada hari cuti.. tak la menyusahkan orang bekerja yang nak pegi mengundi dan majikan pun tak yah susah-susah nak bagi cuti..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 05:57 PM | Show all posts
Anwar Ibrahim hangatkan kempen pilihan raya Manek Urai

M Faqih

Sun | Jun 21, 09 | 9:34:07 am MYT

KUALA KRAI, 21 Jun (Hrkh) - Kehangatan pilihan raya kecil Dun Manek Urai kini semakin terasa apabila kempen kedua-dua parti semakin agresif.

PAS sudah memulakan gerak kerja kempen sejak akhir Mei lalu di Kampung Manek Urai Baru yang disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Begitu juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustafa Mohamed sudah beberapa kali datang ke Manek Urai.

Kelmarin Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan penduduk di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok.

Dun Manek Urai akan tambah sendat malam ini dengan kehadiran tokoh-tokoh pemimpin Pakatan Rakyat pada program ceramah perdana di Padang Majlis Daerah Laloh.

Kehadiran Menteri Besar bersama Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim tentunya menarik perhatian penduduk tempatan.

Anwar juga dijangka menziarahi keluarga Adun Manek Urai, Allahyarham Ismail Yaacob di Kampung Manek Urai Lama sebelum menyampaikan tazkirah di sebuah masjid.

Anwar dikatakan akan mengadakan pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebaik sahaja tiba di Kota Bharu petang ini.

Beberapa penduduk di Laloh ketika ditemui petang semalam menjangka kampung tersebut akan sendat dengan limpahan manusia malam ini.

Beberapa peniaga termasuk dari Pulau Pinang sudah tiba sejak semalam.

Manakala petugas bahagian keselamatan PAS sudah memulakan gerak kerja sejak beberapa hari lalu bagi memastikan program tersebut berjalan lancar.

Pasukan polis juga sudah memasang khemah besar di simpang tiga Laloh yang difahamkan akan dijadikan markaz taktikal. - mj_

-HarakahDaily-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.079113 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list