CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Pas kekalkan kerusi DUN Manek Urai

[Copy link]
Post time 21-6-2009 06:07 PM | Show all posts
Manek Urai: Umno berpecah dua

Muda Mohd Noor | Jun 20, 09 1:23pm

Peluang Umno menang di Manek Urai bukan hanya ditentukan oleh calon yang sesuai tetapi juga sama ada dua kumpulan Umno dalam bahagian tersebut, boleh bersatu.

Umno bahagian kini terbahagi kepada dua kumpulan - yang menyokong ketua bahagian sekarang, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan yang menyokong bekas ketua bahagian Datuk Wan Zaid Abdullah.

Menurut sumber, kedua-dua mereka mempunyai pengaruh yang sama banyak dan jika satu kumpulan tidak menyokong, Umno sukar menang di Manek Urai.

Jika tidak ditangani segera, kata sumber itu, jentera kempen BN Manek Urai boleh berpecah kepada dua kumpulan.

Sebanyak 28 daripada 42 cawangan Umno di Kurai Krai merupakan cawangan yang menyokong Wan Zaid sejak sekian lama.

"Hubungan mereka berdua renggang sebaik sahaja Datuk Ramzi menjadi ketua bahagian, menggantikan Datuk Wan Zaid pada 2005," kata sumber kepada Malaysiakini.

Isu jawatan ketua bahagian

Sumber itu mendakwa Ramzi telah menyingkirkan semua orang Zaid - sama ada di peringkat bahagian mahupun di cawangan-cawangan.

Menurutnya lagi, dalam mesyuarat Umno bahagian pertengahan tahun lalu, 28 cawangan mahu mencalonkan Wan Zaid bertanding jawatan ketua bahagian Kuala Krai.

Bagaimanapun, kumpulan itu gagal kerana mesyuarat mereka dikatakan tidak sah dan sekaligus gagal mencalonkan Wan Zaid untuk mencabar Ramzi.

Berikutan itu, Ramzi mempertahankan jawatan ketua Umno bahagian tanpa bertanding.

"Tetapi pengaruh Datuk Wan Zaid di sini masih banyak lagi kerana disokong oleh 28 cawangan.

"Sebab itu masih ada orang Umno yang berharap beliau dicalonkan untuk bertanding di DUN Manek Urai," katanya.

'Peruntukan tak cukup'

Menurutnya lagi, jika isu antara Ramzi dan Wan Zaid tidak ditangani, maka jentera pilihanraya BN Manek Urai tidak bersatu padu.

Tambahnya, sehingga hari ini ramai petugas Umno di Manek Urai belum membina bilik gerakan di peti undi dan cawangan masing-masing.

"Ramai merungut kerana peruntukan RM2,000 untuk satu peti undi terlalu kecil. Peruntukan sebanyak itu sesuai untuk memasang poster dan kain pemidang tetapi sukar untuk membina bilik gerakan kecil.

"Sebab itu, ramai yang mengambil sikap tunggu dan lihat. Sebenarnya mereka mahu peruntukan yang lebih besar sebelum menjalankan kerja-kerja kempen pilihnaraya,"
kata sumber itu.

DUN Manek Urai mempunyai sembilan peti undi.

Suruhanjaya pilihanraya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai hari penanamaan calon dan 14 Julai hari mengundi.

-malaysiakini-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2009 04:02 PM | Show all posts
1# Syd

malu2 alah...terpaksa juga letak calun kat Manik Urai..jgn bagi org cakap tadak telur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2009 11:08 AM | Show all posts
Khairy ketuai program "Pemuda Masuk Kampung" di Manik Urai
23/06/2009 10:36am

KUALA KRAI 23 Jun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2009 11:08 AM | Show all posts
mari merembes

hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 02:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by kekbelacan at 23-6-2009 14:19

http://perisik-rakyat.com/2009/0 ... bat-di-publish.html

Gambar-gambar dekat bawah ni ialah koleksi dari program pada 22-06-2009dari JKR 10 dan juga Ceramah Perdana di La'loh, Manek Urai.













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 03:21 PM | Show all posts
tu la sebabnya jangan bagi pembangunan kat kawasan pembangkang... kalau bagi jugak macam2 la modal, cerita yg akan timbul di kawasan itu, fitnah akan timbul contohnya masuk poket UMNO la, rasuah la, makan duit rakyat la... jadi mengelak dari timbulnya cerita itu semua... dinasihat jangan bagi pembangunan kat situ... jadi takda cerita kan timbul...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-6-2009 03:34 PM | Show all posts
Akim to contest


KOTA BARU: Angkatan Keadilan Insan Malaysia deputy president Zakaria Salleh will contest the Manik Urai by-election, making Akim the first party to announce its candidacy in the by-election.
Zakaria said the decision to let him contest was made during the party's meeting last Monday.

The 54-year-old, however, admitted that it would be tough for him to challenge the candidates from other parties.

"We decided to contest in the coming by-election because we want to give another choice to the people of Manik Urai who are now confused by the various problems faced by both Pas and Barisan Nasional.

"We want them to select the best candidate for Manik Urai although we realise that the chances of us winning are slim."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 04:08 PM | Show all posts
tengok ... baru saja aku cakap... beginilah pemikiran pembangkang... jadi jangan bagi pembangunan kat negeri pembangkang... kalau bagi pun mereka takkan berterima kasih mereka takkan hargai ... lebih baik jangan bagi.... ibarat kalau kita bagi sedekah makanan kat jiran kita, tapi jiran tu siap kutok makanan tak sedap, basi, macam sampah, ... baik jangan bagi lagi kat jiran kita tu... betul kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2009 09:07 PM | Show all posts
8# fyieen


kalau dia org tak buat kerja menghasut, dia takkan ada kerja. so, kena jawab hasutan diaorg dgn fakta dan bukti.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 02:57 AM | Show all posts
dinasihatkan supaya kerajaan jangan bagi projek kat manek urai selagi kawasan tu masih kawasan pembangkang, biar mereka mundur, biar je miskin .. papa kedana ...tu dah pilihan mereka.... tapi jika nak bagi jugak tunggu menang dulu baru la buat projek kat situ...

dinasihatkan juga jangan hantar polis jaga sana... kalau mereka nak bergaduh ke, pancung sana pancung sini, potong kepara ka... biarkan... biarkan....biarkan begitu saja...
anakmuda Post at 19-6-2009 02:39 PM


patut ler memanjang jer kalah BN kalah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 02:59 AM | Show all posts
fitnah akan timbul contohnya masuk poket UMNO la, rasuah la, makan duit rakyat la... jadi mengelak dari timbulnya cerita itu semua
anakmuda Post at 23-6-2009 03:21 PM


PITNAH ker wakakaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2009 02:21 PM | Show all posts
Poster Hadi dinaik di Manek Urai
Abdul Rahim Sabri | Jun 25, 09 11:56am

1.13pm

Poster presiden PAS akan dinaikkan dalam kempen pilihanraya DUN Manek Urai apabila penamaan calon bermula 6 Julai ini, kata pengarah pilihanraya PAS Kelantan.

"Setakat ini belum dinaikkan. Kita akan naik selepas penamaan calon termasuk poster calon," kata Abdul Fatah Harun kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung isu poster Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih tidak dinaikkan sempena kempen pilihanraya kerusi tersebut sehingga membuka pelbagai tanda tanya.

Setakat ini, PAS Kelantan hanya menaikkan poster Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga menteri besar, dalam strategi "melokalisasi" kempen tersebut berbanding Umno yang didakwa menggunakan taktik "menasionalkan" kempen mereka.

Ditanya sama ada terdapat arahan terbaru supaya poster tersebut dinaikkan secepat mungkin, Abdul Fatah berkata:

"Tak perlu tunggu arahan... poster tak sampai lagi."

Tambahnya, poster-poster tersebut kini sedang dicetak di Kuala Lumpur.

Abdul Fatah juga menolak dakwaan bahawa poster Abdul Hadi tidak dinaikkan kerana tokoh tersebut dikaitkan dengan kerajaan perpaduan – bertentangan dengan sikap Nik Aziz yang berkeras menolaknya.

Katanya, perkara itu "tidak berbangkit" seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

PAS akan mengumumkan calonnya esok dalam satu majlis yang akan disempurnakan oleh Nik Abdul Aziz di kawasan pilihanraya tersebut.

Ditanya sama ada Abdul Hadi akan turut serta dalam majlis berkenaan, Abdul Fatah berkata lazimnya pemimpin-pemimpin utama akan hadir.

"Biasanya semua (pimpinan PAS Pusat) hadir kerana ia melibatkan perkara besar. Kita tak masuk campur urusan jadual (kempen)," katanya.

Diminta mengulas laporan akhbar bahawa nama Abdul Hadi tidak tersenarai dalam jadual kempen, Abdul Fatah berkata ia ditentukan oleh PAS pusat dengan kerjasama Jabatan Penerangan PAS Kelantan.

Sementara itu, PAS Kelantan juga mengambil tindakan drastik dengan membataskan jurucakap rasminya kepada tiga orang.

Selain Abdul Fatah, penasihat jentera pilihanraya PAS di Manek Urai, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang juga ahli Parlimen Kota Bharu dan ketua penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah dibenarkan berhubung dengan media.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 05:16 PM | Show all posts
harian Metro / Khamis, 25 Jun 2009

KUALA LUMPUR: Calon Umno bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Manik Urai akan diumumkan Ahad ini.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, berkata Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan nama calon itu di Manik Urai untuk bertanding dalam pilihan raya kecil 14 Julai ini.

“Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno ini, kita sudah mendengar taklimat mengenai Manik Urai daripada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed selain pandangan daripada sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

“Bila tiba masa sesuai kita akan umumkan, mungkin pada 28 Jun ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Menara Datuk Onn di sini, malam tadi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 02:13 AM | Show all posts
Calon Manek Urai: Ada pemimpin Umno sudah kecewa

Lanjusoh

Thu | Jun 25, 09 | 2:17:18 pm MYT

KUALA KRAI, 25 Jun (Hrkh) - Biar pun PAS akan mengumumkan nama calon bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam esok, namun Umno masih lagi berteka teki.

Keadaan nampak bercelaru apabila Dato' Seri Najib Razak seakan-akan belum pasti bila calon Umno akan diumumkan.

Perdana Menteri sekadar menyebut hari Ahad ini, namun ia tidak lebih sebagai satu kemungkinan sahaja.

Presiden Umno juga seperti berlepas tangan apabila pengumuman calon tersebut hanya diwakilkan kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini memperlihatkan Umno tidak yakin untuk membawa cabaran di Dun Manek Urai, biarpun menguar-uarkan mampu merampas Dun terbabit.

Di tengah-tengah kekalutan itu pula kedengaran nada kecewa diluahkan beberapa pemimpin Umno kerana mereka seperti dipinggirkan.

Antaranya, bekas Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Zulkefli Omar yang juga bekas Adun Manek Urai pada penggal lalu.

Difahamkan beliau tidak lagi turun berkempen sebagaimana sebelum ini memandangkan namanya telah dicicirkan Umno Kelantan.

Sedangkan beliau dikatakan sudah lama keluar masuk kampung sebaik sahaja mendengar berita Haji Ismail Yaakob (Paksu Wil) terlantar sakit.

"Zuki datang menemui penduduk di banyak tempat termasuk di Kampung Budi, Chuchuh Puteri, Sungai Sok dan Manek Urai Lama. Beliau datang ke rumah penyokong Umno di kampung terbabit.

"Bekas Adun itu juga pernah ditemui di kedai kopi di Budi ketka mengadakan pertemuan dengan penyokong Umno di situ. Tetapi sehari dua ini beliau tidak kelihatan lagi," kata seorang penduduk di Manek Urai Lama.

Nama Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Zuki di kalangan masyarakat dikatakan sudah tercicir, biar pun ada pengalaman untuk mewakili Umno pada pilihan raya kecil Dun berkenaan.

Manakala di Laloh di kalangan penyokong Ketua Wanita Umno Kuala Krai, Rohani Abdul Majid juga sudah kedengaran rasa kecewa apabila nama Kak Ani dicicirkan dari awal lagi.

Seorang penduduk memberitahu kemungkinan besar penyokong Kak Ani tidak akan bekerja membantu kempen Umno pada pilihan raya itu kerana Perhubungan Umno Kelantan mengenepikan Kak Ani.

Sedangkan katanya, Kak Ani seorang pemimpin tempatan yang mempunyai pengalaman luas di Manek Urai memandangkan terbabit dengan Umno sejak muda lagi.

"Kami sungguh kecewa dengan tindakan pihak atasan yang mengenepikan suara akar umbi kerana semata-mata mahu memberi laluan kepada pihak lain bertanding," kata seorang penyokongnya.

Situasi yang sama juga dikatakan berlaku di Manek Urai Lama, tempat Kak Ani tinggal.

Penyokong dan keluarganya dikatakan tidak lagi agresif berkempen.

Seorang penduduk memberitahu Umno Kelantan hanya mahu memberi peluang kepada bukan anak tempatan bertanding di Manek Urai seperti berlaku pada 2004 apabila Zuki yang tinggal di Kuala Krai bertanding di Dun berkenaan.

Katanya, anak tempatan di Manek Urai diketepikan begitu sahaja, sedangkan mereka juga sudah lama bergiat dalam parti dan mempunyai pengaruh di kampung tersebut.

Antaranya pemimpin bukan tempatan yang cuba diketengahkan di Manek Urai iaitu Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dan bekas Adun Mengkebang, Azizuddin Hussien.

Manakala anak tempatan yang difahamkan mendapat sokongan padu Ketua Bahagian Kuala Krai, Dato' Ramzi Abdul Rahman iaitu naib ketua bahagian, Che Jalal Muda.

Beliau tinggal berhampiran Pejabat Perhutanan di Manek Urai Baru.

Namun beliau difahamkan kurang menjadi pilihan kepada Perhubungan Umno Negeri yang lebih cenderong kepada Tuan Aziz, yang kini berkhidmat sebagai pegawai Kesedar.

Tuan Aziz menjadi pilihan memandangkan Che Jalal mempunyai hubungan rapat dengan Ramzi yang pernah menjadi orang harapan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara itu, PAS akan mengumumkan nama calon malam esok bertempat di Markas Kampung Manek Urai Lama pada majlis ceramah yang diadakan.

Ketua Penerangan PAS Kuala Krai, Arifabillah Ibrahim berkata, pengumuman nama calon yang dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, hadir sama pada program itu Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Pengarah Pilihan Raya KeADIlan, Saifuddin Nasution.

"Program tersebut dijangka mendapat sambutan ramai di kalangan penduduk tempatan kerana mereka mahu melihat dari dekat wajah pemimpin yang akan menggantikan Paksu Wil," katanya.

Kesesakan lalu lintas dijangka teruk berlaku petang esok sehingga berakhir ceramah memandangkan laluan ke kampung tersebut hanya melalui sebuah jambatan sempit yang merentangi Sungai Lebir.

Selain itu jalan di Manek Urai lama juga agak sempit agak sukar untuk menerima limpahan kenderaan. Apa yang pasti itulah sebahagian kemeriahan pilihan raya. - mj _

-HarakahDaily-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2009 01:25 AM | Show all posts
Sabtu Jun 27, 2009

DUN Manek Urai: Fauzi wakili PAS

KUALA KRAI: PAS mengumumkan Fauzi Abdullah sebagai calonnya bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.

Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.

Pengumuman itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kg. Manek Urai Lama, Manek Urai dekat sini sebentar tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hadir.

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akibat pelbagai komplikasi.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

BN akan mengumumkan calonnya esok.

-mStar-
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2009 02:03 AM | Show all posts
Fauzi calon PAS di Manek Urai

Jun 26, 09 6:48pm

Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah dipilih sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.

Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu cermah di Kampung Manek Urai Lama pada kira-kira jam 11 malam ini.


Fauzi yang berusia dalam lingkungan 50-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.

Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Turut hadir di ceramah tersebut ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa; pakar strategi PKR, Saifuddin Nasution dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Sementara itu, BN pula dijangka mengumumkan calonnya Ahad ini.

Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Tuan Aziz antara tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian. Dua lagi ialah naib ketua Umno bahagian, Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.

-malaysiakini-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2009 02:05 AM | Show all posts
PAS dah ada calon.. tunggu calon BN lak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2009 07:41 AM | Show all posts
siapa calon PAS ni, mcm tak berapa glamore pula hehe

KOMPEM ler UMNO menang hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2009 08:16 AM | Show all posts
terimakasih mod tapi PM baru x bley nampak sent PM
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2009 08:50 AM | Show all posts
100# /C!tRa/

oh!!!! penat jer send PM hehe
habis tu, mcm mana boleh tau dapat kredit?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.074086 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list