CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Pas kekalkan kerusi DUN Manek Urai

[Copy link]
Post time 27-6-2009 11:52 AM | Show all posts
Harian Metro Sabtu, 27 Jun 2009

KUALA KRAI: “Mak cik tak sangka Timbalan Perdana Menteri sudi singgah ke rumah ini..tak tahu nak cakap apa..terharu sangat, gembira pun ada,” kata Rogayah Samad, 75, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin berkunjung ke rumahnya di Kampung Sungai Sok, Manek Urai di sini, semalam.

Rogayah yang lumpuh kedua-dua kaki sejak lima tahun tidak dapat menahan sebak apabila Muhyiddin sempat meluangkan masa ke rumahnya kira-kira 20 minit ketika mengadakan lawatan sehari ke Manek Urai di sini, semalam.

Katanya, dia dan suami, Yusof Awang, 76, terkejut dengan kehadiran pemimpin nombor dua negara itu.

“Mak cik tidak pernah bermimpi rumah ini didatangi pemimpin besar. Memang sangat terharu,” katanya.

Pasangan warga emas itu hidup dalam kesusahan apabila Yusof hanya bergantung kepada hasil menoreh getah bagi menguruskan rumah tangga termasuk makan minum isterinya.
Yusof berkata, mereka menghabiskan masa tua berdua di rumah itu memandangkan tiga anaknya kini bertugas di luar iaitu di Kuala Lumpur, Terengganu dan Sabah.

Muhyiddin sempat berbual mesra bersama pasangan terbabit sambil bertanyakan mengenai masalah dihadapi terutama dalam menguruskan keperluan Rogayah.

Muhyiddin ditemani Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dan timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau turut meluangkan masa bertandang ke rumah tiga lagi warga emas yang uzur di kampung terbabit serta Kampung Chuchuh Puteri sebelum menunaikan solat jumaat di Masjid Lata Rek.

Kemudian, lawatan diteruskan dengan menghadiri majlis jamuan rakyat bersama penduduk tempatan di rumah pemimpin kawasan, Che Hassan Che Ngah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2009 01:33 PM | Show all posts
Katanya, dia dan suami, Yusof Awang, 76, terkejut dengan kehadiran pemimpin nombor dua negara itu.

“Mak cik tidak pernah bermimpi rumah ini didatangi pemimpin besar. Memang sangat terharu,” katanya.


biasa la mak cik..bila nak PRK atau PRU.. dapat ler kita berjumpa atau bersalam dengan pemimpin..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 01:41 PM | Show all posts
FAUZI DIISYTIHAR CALON PAS BAGI PRK MANEK URAI

Written by SM Noor
          
Saturday, 27 June 2009 04:11

MANEK URAI – Bendahari PAS Kawasan Kuala Kerai Mohd Fauzi Abdullah telah diisytiharkan sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.



Pengumuman tersebut di buat Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dihadapan lebih 30,000 ahli dan penyokong PAS di padang Sekolah Kebangsaan Manek urai Lama disini semalam

Laungan takbir bergema sebaik sahaja nama Fauzi, 50, seorang pemborong ikan di pasar besar Kuala Kerai, juga adalah Ahli Majlis Daerah Kuala Kerai sejak tahun 1991, diumumkan.

”Beliau adalah ahli majlis daerah Kuala Kerai sejak tahun 1991 sehingga kini, pekerjaan dia pemborong ikan di pasar besar Kuala Kerai sejak tahun 1982,

”mempunyai seorang isteri bernama Aminah bt Mahmud, lima orang anak, empat perempuan dan satu lelaki,


”beliau merupakan anak keenam, seorang yang warak, berserban sejak muda lagi, itu dia sifat dia…. Nama nak tahu jugok ?.... nama dia Mohd Fauzi Abdullah,”kata Tok Guru Nik Aziz.

Turut hadir dan berucap dalam majlis semalam adalah Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengarah Pilihanraya PKR, Saifudin Nasution dan Penasihat DAP Lim Kit Siang


Gambar bawah - Fauzi berserban memakai baju melayu hijau muda.berdiri disebelah dan mengaminkan doa Tok Guru - Klik Lihat Video Perisytiharan di Buletin Online Channel


-BuletinOnline-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 01:47 PM | Show all posts
FAUZI MILIKI CIRI-CIRI PAK SU WEI               
       
Written by SM Noor          

Saturday, 27 June 2009 13:22

MANEK URAI - Calon PAS bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah telah mendapat pencalonan terbanyak apabila nama beliau dicadangkan oleh sebahagian besar cawangan-cawangan dalam Kawasan Kuala Kerai.



Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Manek Urai, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata pemilihan Mohd Fauzi dibuat peringkat akar umbi dan mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi PAS negeri dan Pusat.

"Pemilihan beliau berdasarkan cadangan tiga nama yang dibuat PAS cawangan Manik Urai. Daripada tiga nama yang diserah setiap cawangan, beliau mendapat pencalonan paling tinggi. Ia bukan keputusan sebulat suara, tetapi beliaulah yang mendapat pencalonan tertinggi," katanya.

Beliau berkata kriteria utama pemilihan Fauzi sebagai calon PAS adalah kerana Fauzi diterima oleh para pengundi Manek Urai.

”Nombor satu sekali adalah penerimaan pengundi. Oleh kerana Allahyarham Pak Su Wei sebagai wakil rakyat yang bagi saya sebagai lagenda,

”kita tidak ada lagi orang seumpama itu, saudara Fauzi ni orang Kelantan kata mempunyai ‘ciri-ciri Pak Su Wei”, tak serupa (tapi) diyakini pimpinan beliau InsyaAllah akan dapat menarik imnat pengundi-pengundi dan meneruskan perkhidmatan (arwah) Pak Su Wei,” katanya pada sidang akhbar sejurus selepas pengumuman dibuat, semalam.


(Gambar - Presiden dan Mursyidul Am PAS menjulang tangan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.)

Beliau turut yakin PAS akan menang dengan selesa dengan mendapat undi melebihi majoriti yang diperolehi pada pilihanraya umum Mac, 2008.

”Menang dengan selesa dan InsyaAllah majority melebihi 1300 undi,”tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.

Fauzi Abdullah telah diisytiharkan sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat semalam.

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Haji Ismail Yaakob atau Pak Su Wei meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu setelah mengalami pelbagai komplikasi.

Pada pilihan raya umum 2008, Paksu Wei @ Ismail menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

-BuletinOnline-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 02:08 PM | Show all posts
Umno mahu guna tentera menangi p'raya Manek Urai

Abdul Aziz Mustafa

Sat | Jun 27, 09 | 9:58:01 pm MYT

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Hrkh) - Tindakan Umno yang mahu menggunakan tentera untuk memenangi pilihan raya kecil Manek Urai disifatkan bacul oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menuntut Umno supaya tidak bersikap bacul dengan menyalahgunakan sumber-sumber ketenteraan dalam pilihanraya.

Untuk mengalahkan calon PAS di Manek Urai, Umno akan membawa masuk Angkatan Tentera Darat untuk meraih undi daripada penduduk, kata Mahfuz.

Ketika mendedahkan perkara itu dalam Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengemukakan pertanyaan kepada Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, Awang Adek membisu. Malah, kesemua menteri dan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional diam ketika Mahfuz mengemukakan pertanyaan mengenai dokumen Kementerian Pertahaanan itu.

Tidak puas hati dengan sikap membisu para pemimpin Umno terhadap apa yang dibangkitkannya itu, beliau kemudiannya mengadakan sidang akhbar mendedahkan perkara itu (video sidang akhbar di sini).

Operasi meraih undi untuk Barisan Nasional menetapkan misi khas kepada anggota tentera melalui perlaksanaan beberapa projek kebajikan di kubu kuat PAS di DUN Manek Urai untuk menyakinkan pengundi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional, kata beliau.

Beliau memberikan bukti dalam bentuk salinan dokumen Kementerian Pertahanan yang memberi arahan khusus tentang perlaksanan projek itu.

"Bersama saya surat dari staf perisikan di Kementah kepada Panglima Angkatan Tentera, yang mengarahkan satu projek awam mesti dibuat di bawah Angkatan Tentera Darat di kawasan-kawasan peti undi kelabu dan hitam di mana Barisan Nasional (diharapkan) mampu memperkukuh tahap sokongan berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-12," kata Mahfuz.

Beliau berkata walaupun angkatan tentera melaksanakan projek-projek itu seolah-olah untuk membantu rakyat, dokumen berkenaan jelas menunjukkan tentera turut "diseret ke dalam kempen politik bagi menjayakan kemenangan Barisan Nasional".

"Ini ayat cukup jelas hasil dari Bahagian Risik dan dipersetujui oleh Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan yang telah pun mengeluarkan arahan melaksanakan projek Jiwa Murni," tambah Mahfuz

Mahfuz berkata Projek Jiwa Murni dilancarkan bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai nanti.

Menurut beliau, antara kawasan yang disasarkan di bawah projek itu adalah Lata Rek, Laloh, Sungai Perial, Sungai Sok, Temalir, Chuchoh Puteri, Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.

"Ini semua berkaitan dengan kajian kekuatan dan kelemahan Barisan Nasional yang dibantu oleh Bahagian Perisikan Tentera," kata Mahfuz.

Menurut beliau, mengheret angkatan tentera untuk menjayakan kemenangan Barisan Nasional adalah di luar dari bidang tugas tentera.

"Saya bukan menghalang mereka buat projek membantu masyarakat.

"Di sini jelas menyatakan arahan supaya projek itu tidak dibuat dekat dengan penamaan calon nanti akan dilihat mengatakan pihak tentera terlibat secara langsung," kata Mahfuz.

Arahan itu, katanya, jelas merupakan satu taktik untuk mengabui mata rakyat dan Pakatan Rakyat.

"Hakikatnya ialah ini adalah projek pilihanraya," kata Mahfuz._

-HarakahDaily-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 02:16 PM | Show all posts
Peniaga diisytiharkan calon PAS di Manek Urai

Wartawan Kita

Sat | Jun 27, 09 | 8:02:34 am MYT

KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - Seorang peniaga, Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi.

Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Kampung Manek Urai Lama, yang sendat dengan ribuan manusia

Hadir sama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kawasan padang bola Manek Urai Lama sesak sejak petang lagi apabila penduduk tempatan dan petugas parti bertali arus menuju ke tempat ceramah.

Ketika diumumkan nama calon tersebut, suara takbir sambut menyambut mengiringi pengisytiharan tersebut. Kelihatan ramai yang setuju dengan ketokohan yang ditampilkan.



Biarpun Mohd Fauzi tinggal di Guchil, namun mempunyai keluarga yang ramai di Dun Manek Urai.

Kakak sulungnya, Mariam isteri kepada seorang pesara polis kini tinggal di Kampung Laloh.

Keluarganya berasal dari Bukit Marak berhijrah ke Kuala Krai ketika beliau berusia lima tahun.

Beliau merupakan anak keenam daripada lapan adik beradik. Empat daripadanya mendapat pendidikan tinggi sehingga ke luar negara.

Seorang lagi kakaknya, Prof Dr Aminah pensyarah kanan di UKM; ketiga, Ibrahim seorang peniaga buah-buahan; keempat, Sabariah ketua jururawat di Hospital Temerloh.



Kelima, Mohd Yazid, pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya. Manakala dua adiknya iaitu Razali memiliki syarikat perunding di Pulau Pinang dan adik bongsu, Zaidi lepasan bidang IT di universiti, Australia.

Mohd Fauzi mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup dengan Aminah Mahmood.

Terbabit dengan PAS sejak muda lagi. Beliau juga Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai, Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil.

Beliau juga anggota jawatankuasa PIBG Maahad Rahmaniah, Kuala Krai. Kelibatnya tidak jauh berbeza dengan Allahyarham Haji Ismail Yaacob kerana pergaulan yang luas.



Orang ramai mudah menemuinya di kedai-kedai kopi. Hampir kesemua penduduk di sembilan peti di Manek Urai mengenalinya.

Biar pun kenderaan disekat melintasi jambatan merentangi Sungai Lebir menghala ke Manek Urai Lama mulai jam 7 petang semalam, namun banyak kenderaan masih lagi tersangkut untuk keluar ke jalan besar jam 1 pagi. - mj _

-HarakahDaily-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2009 02:27 PM | Show all posts
Komunis tolak agama, Umno asingkan agama - Nik Aziz

M Faqih

Sat | Jun 27, 09 | 1:16:20 pm MYT

KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - "Hendak sebut apa lagi kerana Umno benar-benar memisahkan agama dan politik. Umno buat kerja tidak serupa dengan kehendak Nabi Muhammad s.a.w."

"Tidakkah komunis juga tidak percaya kepada agama. Begitu juga dengan Umno yang menolak agama. Tidakkah perumpamaan itu hampir serupa. Serupa satu pun sudah cukup," kata Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAs mengulas tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadapnya berhubung kenyataannya yang menyamakan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis.



Laporan tersebut dibuat Ketua Pemuda Umno negeri, Anuar Safian di Balai Polis Kota Bharu kelmarin.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya salah satu daripada ciri-ciri yang ada pada komunis iaitu tidak mempercayai agama sudah ada pada Umno, maka tidak salah menyamakan mereka dengan komunis.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, rakyat di Manek Urai sudah membuktikan mereka mampu mempertahankan PAS ketika parti itu tinggal dua kerusi pada pilihan raya umum 1978.

Katanya, pengundi di Dun terbabit mencatat satu sejarah apabila berjaya menyambung hayat perjuangan PAS ketika parti itu tinggal dua kerusi sahaja di Kelantan pada pilihan raya tersebut.

Pada pilihan raya terbabit PAS hanya mampu bertahan di Dun Manek Urai dan Sering di Pengkalan Chepa. Umno berjaya merampas Kelantan pada pilihan raya tersebut selepas berlaku Mageran.

Kit Siang yang juga anggota parlimen Ipoh Timur berkata, pilihan raya pasca Mac 2008 memperlihatkan undi tidak percaya rakyat negara ini terhadap Umno dan BN.



Menurutnya lima pilihan raya kecil sebelum ini memperlihatkan berlaku penolakan rakyat terhadap Umno dan BN secara berterusan.

Malah katanya, Dato' Seri Najib Razak melengkapkan teori RAHMAN yang menggambarkan kehadirannya sebagai perdana menteri terakhir semasa di bawah kerajaan BN.

"Pakatan Rakyat telah bersiap sedia untuk mengambil alih kedudukan kerajaan pusat yang ada sekarang," katanya.

Presiden PAS, Dato' seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat Kelantan lebih pintar dalam membuat keputusan pilihan raya sebagaimana dibuktikan pada pilihan raya sebelum ini.

Lebih-lebih lagi katanya calon yang ditampilkan bagi mempertahankan Dun Manek Urai, Haji Mohd Fauzi Abdullah seorang yang dikenali ramai di Manek Urai dan berkeyakinan boleh bekerja untuk rakyat.

"Saya berkeyakinan beliau boleh bekerja untuk rakyat Manek Urai bagi meneruskan usaha yang dilakukan Allahyarham Paksu Wil," katanya.



Beliau yang juga anggota parlimen Marang melahirkan rasa malu apabila Terengganu kaya dengan hasil minyak membuat stadium yang tidak mampu bertahan lama sehingga boleh runtuh dalam masa setahun.

Menurutnya sebagai rakyat Terengganu beliau merasakan malu dengan apa yang berlaku ke atas Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Beliau juga berkata, Umno telah merompak royalti minyak ketika negeri itu diperintah PAS pada 1999 sehingga menafikan hak sebagaimana termaktub dalam perjanjian sebelum ini.

Sedangkan kata beliau setiap menteri-menteri besar telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan Persekutuan di mana apabila terdapat pertemuan minyak dan gas di perairan setiap negeri, mereka akan dibayar royalti sebanyak lima peratus.

Beliau juga memberitahu pernah melihat pelantar minyak di perairan Kelantan ketika melalui kawasan berkenaan sebelum ini.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa berkata, di perairan Kelantan sekarang terdapat enam pelantar minyak yang sudah dicarigali sejak 2004.

Menurutnya, berdasarkan kepada pengeluaran tersebut negeri ini sepatutnya dibayar royalti hampir RM1 bilion. - mj/mks. _

-HarakahDaily-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 02:47 PM | Show all posts


Mahu RM300? Jangan undi di Manek Urai

Jun 27, 09 12:25pm

Tawaran RM300 kepada penduduk Manek Urai sahaja. Tidak usah pulang membuang undi pada pilihanraya kecil 14 Julai ini jika mahu ganjaran tersebut, lapor akhbar web PAS hari ini.

Memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, Harakahdaily melaporkan wang itu sebagai habuan untuk menggalakkan pemilih memulaukan proses pembuangan undi.



"Saya diberitahu agen-agen Umno bergerak mencari pengundi yang tinggal di luar cuba mempengaruhi pengundi terbabit supaya tidak pulang mengundi dengan membuat pelbagai tawaran," katanya.

"Antaranya menawarkan wang tunai sebanyak RM300 dengan syarat tidak pulang mengundi."

Menurut akhbar web itu lagi, Umno kini berhempas pulas merancang pelbagai strategi bagi memastikan kerusi DUN tersebut, kawasan kubu kuat PAS, terlepas ke tangannya.

PAS malam tadi mengumumkan seorang usahawan perniagaan ikan, yang juga bendahari parti itu kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah sebagai calon dalam pilihanraya kecil yang bermula 6 Julai ini.

Pilihanraya itu dipanggil susulan kematian penyandangnya Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.

Wakil rakyat PAS ini menguasai kerusi tersebut selama lima penggal kecuali antara 2004 hingga 2008 apabila beliau tidak bertanding di situ.

BN akan mengumumkan calonnya, seawal-awalnya esok.

-malaysiakini-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2009 09:28 PM | Show all posts
Pengurus Kesedar Tuan Aziz Tuan Mat calon BN Manik Urai
28/06/2009 5:40pm

KUALA KRAI 28 Jun - Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Manik Urai, umum Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai, Kelantan hari ini.

— BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 01:18 PM | Show all posts
Harian Metro Selasa, 30 Jun 2009

Wanita sokong Tuan Aziz
Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my

KUALA KRAI: Pergerakan Wanita Umno menerima pemilihan Ketua Pemuda Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dengan hati terbuka biarpun sayap itu pernah menyuarakan hasrat supaya calon wanita dipertimbangkan.

Ketuanya, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata ia tidak menjadi sebarang isu kepada pergerakan itu kerana mereka sememangnya menyokong penuh dan yakin terhadap kebolehan Tuan Aziz untuk mewakili BN pada pilihan raya kecil itu bulan depan.

Bagaimanapun, katanya, pergerakan itu masih tidak berputus asa untuk terus memperjuangkan untuk meletakkan anggota sayap itu mewakili BN dalam pilihan raya akan datang.

“Memang pada mulanya kita pernah minta supaya calon Wanita diberi pertimbangan, namun bila diumumkan calon kaum bapa, kita terima dan akan memberi sokongan kepadanya (Tuan Aziz).
“Ini tidak bermakna kita sudah berputus asa ,” katanya.
Mengenai persediaan pilihan raya kecil itu, Shahrizat berkata, segala persiapan dilakukan Wanita Umno berjalan dengan baik menerusi Jentera Jalinan Rakyat yang dilancarkan.

Katanya, semua anggota jentera turun padang dengan mendekati pengundi dari rumah ke rumah.

“Kita ingin bersikap mesra dengan penduduk tempatan dan itu yang cuba dilakukan menerusi jentera Wanita Umno.

“Jika kita menang, Wanita Umno bercadang meneruskan Program Jalinan Rakyat ini,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 01:19 PM | Show all posts
“Kita ingin bersikap mesra dengan penduduk tempatan dan itu yang cuba dilakukan menerusi jentera Wanita Umno.

baru nak bersikap mesra??
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 01:22 PM | Show all posts
Harian Metro Selasa, 30 Jun 2009

KOTA BHARU: Semua parti yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai diingatkan mematuhi peraturan dan prosedur ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, perkara itu penting bagi mengelak berlaku perkara tidak diingini bermula pada hari penamaan calon sehingga tempoh bertenang.

“Setakat ini, saya tidak menerima sebarang laporan tidak memuaskan daripada mana-mana pihak termasuk kes pergaduhan dan berharap parti bertanding mengekalkannya dan mematuhi peraturan ditetapkan SPR,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2009 12:17 PM | Show all posts
Perang psikologi di Manek Urai bermula

KUALA LUMPUR: Dalam meniti saat menunggu tiba hari penamaan calon pilihan raya kecil Manek Urai Isnin, ini dan hari mengundi pada 14 Julai ini, gendang pilihan raya sudah dipalu, bermula dengan serangan psikologi.

Ia bermula dengan serangan serangan terhadap calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, kurang daripada 24 jam selepas beliau diumumkan sebagai calon, Ahad lalu.

Ketua Pemuda Umno Kuala Krai yang juga bekas pengurus Bahagian Pemantauan Projek Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu didakwa kononnya terlibat dalam perbuatan salah laku, namun Tuan Aziz, 39, pantas menafikannya dalam sebuah portal berita siber.

Sehingga laporan ini ditulis, belum ada serangan peribadi ditujukan terhadap lawannya, Mohd Fauzi Abdullah, 50, bendahari Pas Kuala Krai yang juga pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai.

Dalam amalan politik, serangan peribadi sering dijadikan senjata ampuh untuk membentuk persepi negatif terhadap lawan, terutamanya di kawasan yang didominasi satu kaum seperti di Manek Urai.

Ini kerana isu kaum dan agama tidak lagi relevan untuk dimanipulasikan.

Di Manek Urai 99.2 peratus daripada 12,292 pengundi adalah pengundi Melayu.

Beberapa penganalisis politik yang ditemui menyifatkan pengurusan persepsi adalah cabaran utama BN di Manek Urai jika mereka mahu menawan kawasan kubu kuat Pas itu.

"BN kena guna psikologi di Manek Urai," kata penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussein di sini hari ini.

Beliau berkata BN masih mempunyai peluang di Manek Urai walaupun persepsi umum masih tidak menyebelahinya setelah beberapa penambahbaikan seperti pertukaran pucuk pimpinan kerajaan dan parti dilaksanakan.

"Mereka yang ada liabiliti kepada parti juga tidak perlu turun (berkempen)," katanya.

Katanya BN juga perlu mengelak taktik serangan peribadi terutamanya kepada tokoh kepimpinan lawan seperti Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Ini kerana di Kelantan Nik Abdul Aziz dihormati lawan dan kawan. Apa yang penting BN kena utamakan penerangan tentang apa yang mereka mahu lakukan di situ serta ketengahkan Tuan Aziz sebagai calon rakyat," katanya.

Bagi pemerhati politik tempatan yang enggan dikenali, faktor calon BN yang lebih muda, berpengalaman dan latarbelakangnya yang baik dilihat memberikan kelebihan kepada BN.

Beliau berkata ini kerana Tuan Aziz di atas kapasitinya sebagai pegawai Kesedar, memberikan kelebihan kerana Kesedar terlibat secara langsung di Manik Urai yang merupakan satu daripada kawasan di bawah Parlimen Kuala Krai, selain Mengkebang, Guchil dan Dabong.

"Kemenangan Pas di situ selama ini pun kerana calonnya," katanya merujuk kepada Allahyarham Ismail Yaakob yang mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) itu selama lima penggal.

Umno hanya memenangi kawasan itu pada 1980 dan 2004 di mana ketika Ismail tidak menjadi calon. Ismail meninggal dunia pada 22 Mei lepas akibat serangan jantung menyebabkan pilihan raya kecil itu perlu diadakan bagi memilih seorang Adun baru.

Manek Urai adalah kawasan luar bandar yang meliputi perkampungan, kebun-kebun getah dan ladang-ladang dengan sebahagian besar penduduknya bekerja sebagai penoreh getah dan petani.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff pula berpendapat kedua-dua calon dilihat mempunyai peluang yang seimbang.

"Saya ingat faktor calon tidak beri kelebihan pada mana-mana pihak. Manik Urai bergantung kepada bagaimana Umno menguruskan persepsi orang ramai terhadapnya, kerana ia bukan lagi soal isu," katanya.

"Dalam soal ini, Umno kena ada keupayaan untuk membalas semua hujah yang dibuat pihak lawan jika mahu sokongan pengundi. Politik ugutan seperti tiada lagi pembangunan kalau tidak undi BN, tidak akan berkesan.

"Mereka (pengundi) ini semua adalah penoreh getah, petani dan peneroka yang tidak takut pada harimau atau apa-apa binatang. Inikan pula sebuah parti politik," kata Mohammad Agus.

Beliau berkata BN perlu bersedia menjawab kepada rakyat bekenaan isu-isu nasional dan krisis perlembagaan di Perak, jika ia dibangkitkan di Manek Urai.

"Namun apa sahaja "keputusan" di Manik Urai perlu mempamerkan kematangan berpolitik kedua-dua parti. Perbuatan seperti "cah keting" (cantas-mencantas) dan serangan peribadi perlu dielak.

"Biarlah pilihan raya berlaku dalam landasan demokrasi tulen," katanya. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 09:49 AM | Show all posts
Harian Metro
Khamis, 02 Julai 2009

KUALA KRAI: Bagi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai 14 Julai ini, turun padang untuk mendengar masalah penduduk kampung bukan perkara asing baginya.

Ini kerana aktiviti seperti itu sering dilakukan beliau ketika berkhidmat sebagai Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Gua Musang.

Tuan Aziz Tuan Mat, 39, langsung tidak kekok untuk berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga tua semasa melakukan lawatan dari rumah ke rumah di Kampung Lata Rek dan Laloh, di sini, semalam.

Pada lawatan itu, penduduk kampung terbabit mengambil peluang membangkitkan masalah dihadapi mereka.

“Bagi kedua-dua kampung ini, masalah yang dihadapi mereka ialah sukar mendapat bekalan air bersih, bekalan air sering terputus. Ini amat menyukarkan penduduk yang bergantung kepada bekalan air tandak daripada Sungai Lata Rek,” katanya kepada pemberita selepas lawatan itu.
Tuan Aziz berjanji akan segera menyelesaikan masalah penduduk terbabit jika BN diberi mandat pada pilihan raya kecil itu nanti.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaakob, 60, dari Pas pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung. Pas meletakkan pemborong ikan, Mohd Fauzi Abdullah, 50, yang juga Bendahari Pas Bahagian Kuala Krai sebagai calon mereka. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 09:52 AM | Show all posts
Harian Metro Khamis, 02 Julai 2009

Pas yakin kemampuan Mohd Fauzi
KOTA BHARU: Pas Kelantan yakin calonnya, Mohd Fauzi Abdullah (gambar), mampu menarik hati pengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kuala Krai, 14 Julai ini.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun, berkata pengumuman lebih awal nama calon oleh parti itu untuk bertanding membuktikan keyakinan terhadap kemampuan Mohd Fauzi.

Katanya, Mohd Fauzi yang juga Bendahari Pas kawasan Kuala Krai pilihan terbaik pucuk pimpinan parti dan mampu menarik sokongan pengundi.

“Kita tak ada masalah. Kita yakin calon kita ini mempunyai kelebihan, sebab itu kita umum awal dari Barisan Nasional (BN). Siapa pun kita sedia berhadapan,” katanya ketika ditemui selepas tamat sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darul Naim, semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya langkah Barisan Nasional (BN) meletakkan calon muda berpendidikan tinggi berbanding calon Pas yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai.

Abdul Fatah berkata, soal latar pendidikan calon bukan ukuran kepada penerimaan pengundi kerana apa yang penting kemampuan calon selain mempunyai hubungan rapat masyarakat setempat.

Katanya, terdapat calon di negara ini berpendidikan tinggi dan sebaliknya, tetapi pemilihan seseorang individu menjadi wakil rakyat terletak kepada sokongan rakyat.

“Mungkin yang tak ada pendidikan mempunyai kelebihan lain dan dalam konteks Manek Urai pun begitu juga, malah sebelum ini Umno tidak menggunakan isu pendidikan. Calon sekarang ni ada kemampuan. Sebab itu dia dipilih mewakili Pas bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 01:32 PM | Show all posts
THE NEW STRAITS TIMES - 02/07/09

KUALA KRAI, THURS:

Manik Urai residents will get to enjoy a "win-win" situation if they vote for the Barisan Nasional candidate in the by-election for the area on July 14, several residents here said.
Retiree Ali Salleh, 76, said if the BN won the by-election, there would be more development for the area.

A BN's victory would not amount to a loss for PAS supporters as the victory would have no bearing on PAS position at the state level, he said.

"If BN wins, it will not affect PAS government. So we can have the best of both worlds -- BN's development programmes and state PAS administration," he told Bernama.

PAS controlled 38 of 45 state assembly seats in Kelantan while BN has six seats and PAS' partner, Parti Keadilan Rakyat, has one.
The by-election is called following the death of incumbent assemblyman Ismail Yaakob of PAS on May 22.

BN is fielding Kuala Krai Umno Youth chief Tuan Aziz Tuan Mat while PAS is represented by Mohd Fauzi Abdullah, the party''s divisional committee member.

Rubber tapper Azizah Hassan, 52, said it was important to choose a candidate who was able to bring about changes to the local socio-economic sector.

She said that although she was used to the laid back life in the village, she nevertheless wished for more development.

The Kelantan Federal Development Department has listed 11 projects in Manik Urai under the Ninth Malaysia Plan while 59 hardcore poor families would be given aid under the hardcore poor housing programmes.

-- BERNAMA

**WHO EVER WINS, IT WOULD NOT MAKE ANY DIFFERENCE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2009 11:31 AM | Show all posts
Jumaat Julai 3, 2009

Manek Urai saksikan kempen bersama Pemuda BN

KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) akan mengadakan kempen bersama untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan walaupun majoriti penduduk di kawasan itu dihuni kirakira 99 peratus kaum Melayu.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata kempen itu merupakan satu pembaharuan berbanding dahulu apabila BN mengadakan kempen untuk kaum masing-masing, sekaligus membuktikan bahawa Pemuda BN mempunyai semangat muhibbah dan kesepakatan dalam semua komponen parti BN.

"Pilihan raya di Manik Urai adalah ujian yang penting bagi kita (Pemuda Umno) melihat Pemuda BN bergerak bersama dalam satu pasukan untuk mengadakan kempen di situ," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik Pemuda BN di Menara Dato' Onn di sini semalam.

Mengenai cadangan Pemuda PAS untuk mengadakan wacana ilmiah dengan Pemuda Umno, beliau berkata Pemuda BN tiada bantahan terhadapnya dan sekiranya kerjasama itu membuahkan hasil, sayap parti Umno itu akan menjemput semua pemuda daripada parti komponen BN untuk menyertai kerjasama berkenaan.

Penubuhan sekretariat hasil wacana itu akan dibincangkan kelak, katanya.

Apabila ditanya adakah beliau menolak debat dengan PAS, Khairy menafikannya dan berkata sebagai bukti, beliau telah pergi ke Kelantan untuk berdebat dengan calon timbalan presiden PAS yang kalah, Datuk Husam Musa.

Mengenai kabinet bayangan pakatan pembangkang, beliau berpendapat perkara itu merupakan satu lawak jenaka.

"Kalau kabinet bayangan, lantiklah seorang sahaja untuk satu kementerian, ini tiga orang dicadangkan untuk memegang jawatan menteri, jadi sekiranya pakatan menubuhkan kerajaaan, mereka akan ada tiga menteri untuk satu kementerian," katanya.

Selain itu, beliau melihat sokongan rakyat kepada BN kini bertambah baik selepas beberapa masalah yang timbul di beberapa negeri yang diperintah kerajaan pakatan tidak disenangi penduduk setempat. BERNAMA

-mStar-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 11:36 AM | Show all posts
MEMANG BENAR ! PILIHANRAYA MEMBAZIR

Written by Wartawan Buletin          
Friday, 03 July 2009 06:42


MANEK URAI – Memang benar, dan tepat sekali apa yang diucapkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak

Najib berkata pilihanraya kecil adalah membazirkan jutaan ringgit wang rakyat, oleh itu, Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang. (Gambar - Kanopi didirikan untuk polis di UPU Laloh)

Walaupun kalah pada PRK Penanti, BN patut dipuji kerana dapat menyelamatkan jutaan ringgit wang pembayar cukai Malaysia.

Kata-kata Najib umpama ‘hikmat’ itu yang terbukti benar di PRK Penanti sepatutnya menjadi ikutan dan pegangan BN dan mengambil keputusan tidak bertanding di PRK Manek Urai.

Namun, terbukti ‘benar dan tiada lain yang benar, kecuali benar-benar berlaku pada PRK Manek Urai apabila BN bertanding.


Pembinaan 5 blok kanopi mega di belakang balai polis Laloh, disini, bakal menyaksikan kebenaran kata-kata Najib, dan rakyat akan kerugian berjuta ringgit sekali lagi.

Kanopi tersebut akan menempatkan ribuan polis yang juga memakan belanja jutaan ringgit sebagaimana yang berlaku dalam PRK Kuala Terengganu dan PRK Bukit Gantang.


Itu tidak termasuk pembinaan pusat operasi BN Manek Urai yang juga dibangunkan dengan kanopi hampir sama dengan pembinaan bagi kediaman polis !

Berapa juta pula wang yang akan digunakan untuk ‘menyogok’ pengundi ?

Temubual wartawan Buletinonline dengan para petugas BN mengesahkan bahawa ‘faktor wang’ akan digunakan dalam pilihanraya kali ini sebagaimana amalan BN sebelum ini.

-BuletinOnline-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 11:42 AM | Show all posts
Taktik lapuk ugut pengundi diteruskan BN

Nyza Ayob
Thu | Jul 02, 09 | 11:42:20 am MYT

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkkh) - Barisan Nasional (BN) akan tetap menggunakan taktik lapuk seperti ugut pengundi ketika berkempen untuk mempengaruhi mereka mengundi calon BN.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Manek Urai, Abdul Fatah Harun berkata apabila culaan dilakukan dan didapati ramai pengundi di Manek Urai berada di luar Kelantan, BN cuba mempengaruhi SPR agar melakukan pilihan raya pada hari bekerja kerana dibimbangi mesej yang menyebelahi pembangkang akan mempengaruhi pengundi yang menetap di Manek Urai.

Beliau turut mengalu-alukan kedatangan petugas-petugas jentera pilihan raya PAS dari seluruh negara untuk membantu memenangkan PAS di Manek Urai.

"Petugas-petugas negeri lain harus memahami budaya pengundi-pengundi di Manek Urai. Ini kawasan ini merupakan kawasan luar bandar. Kita akan cuba membudayakan politik Kelantan kepada petugas-petugas luar ini," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata petugas-petugas dari setiap negeri akan ditempatkan di penginapan yang telah disediakan.

"Kami telah menyediakan rumah-rumah untuk penginapan petugas-petugas ini dan mereka akan ditempatkan dengan pembantu dari Kelantan. Penginapan ini sudah lama kita sediakan," katanya.

Jelasnya kehadiran petugas-petugas di setiap peti undi di Manek Urai akan membantu merancakkan lagi program-program kempen.

Zaki yakin pengalaman petugas-petugas khususnya dalam pilihan raya umum serta pilihan raya kecil di negeri-negeri sebelum ini dapat dimanfaatkan di Manek Urai seterusnya membantu kemenangan PAS dalam pilihan raya tersebut. - mks. _

-HarakahDaily-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 05:02 PM | Show all posts
Harian Metro
Jumaat, 03 Julai 2009

‘Diterima baik’
KUALA KRAI: “Inilah dia contoh 1Malaysia,” kata Ketua Wanita MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen ketika mengadakan lawatan di sebuah rumah milik penduduk berketurunan Cina Kelantan di Kampung Meset, Manek Urai Lama, di sini, semalam.

Reaksi spontan Yen Yen sebaik beramah mesra bersama penghuni rumah itu, Ong Guan Chong, 73, bersama isterinya, Ong Kim Tea, 74, sambil menggambarkan suasana keharmonian dinikmati keluarga terbabit di perkampungan Melayu.

Tanpa segan silu berikutan mempunyai banyak pengalaman hidup dalam suasana kampung di Kubang Pasu, Pasir Mas, Yen Yen, duduk bersimpuh di atas lantai dan bermesra dengan calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat, 39.

Gelagat Yen Yen yang bersahaja turut mencuit hati penghuni rumah berkenaan selain bergurau dengan Guan Chong yang dikenali pak cu mengenai paru-parunya bersih atau tidak kerana duduk dalam kawasan kampung.

“Saya berterima kasih kepada mak cu dan pak cu (gelaran penghuni rumah) kerana membuka rumahnya untuk dilawati. Saya juga ‘Mek Kelate’ kerana berasal dari Kampung Kubang Pasu.


“Saya memang biasa dengan suasana kampung seperti ini. Dulu saya duduk di Pasir Mas, malah rumah saya di Putrajaya juga dihidupkan dengan suasana kampung termasuk menanam pokok dan bunga kampung,” katanya di sini, semalam.

Hadir sama pada lawatan itu, Ketua MIC Kelantan, M Kuppusamy dan Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri, Datuk Aziz Derashid.

Ketika ditanya perancangan dilakukan MCA bagi memastikan calon BN menang pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai, pada 14 Julai ini, Yen Yen mengakui mempunyai strategi sendiri.

Katanya, beliau selaku Pengerusi Perhubungan MCA Kelantan akan memastikan 52 pengundi keturunan Cina memberi sokongan padu kepada Tuan Aziz dengan mengambil pendekatan turun padang.

“Saya akan jumpa dengan setiap pengundi. Maklum balas diterima mereka memang menyokong BN dan calonnya Tuan Aziz. Dia orang baik, senyum selalu, lagipun dia anak tempatan.

“Kita juga (MCA) akan bekerjasama dengan parti komponen untuk memastikan kemenangan kepada BN termasuk bekerjasama kaum-kaum lain. Kita (MCA) anggap semua kaum macam satu keluarga,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.099117 second(s), 61 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list