CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Pas kekalkan kerusi DUN Manek Urai

[Copy link]
Post time 6-7-2009 01:11 PM | Show all posts
Penyokong Umno berhimpun di ibupejabat parti itu di Kuala Krai sambil memukul gendang dan gong tradisional Kelantan mengikut rentak dikir barat, sementara menunggu ketibaan pemimpin mereka.

Dan ketika parti itu mengadakan sembahyang hajat di Masjid Al-Jauhar, jumlah penyokong PAS sudah bertambah kepada hampir 10,000 orang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2009 01:16 PM | Show all posts


PAS-Umno berentap di Manek Urai

Jul 6, 09 10:31am

dikemaskini 11.20am Pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat dengan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.

Calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, adalah yang pertama menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno Kuala Krai menyerahkan borang pencalonannya di pusat penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra 1, sejurus selepas ia dibuka pada jam 9 pagi.,



Tuan Aziz adalah lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan bekas pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar.

Sejurus kemudian, calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan, pula menyerahkan borang pencalonannya.

Pilihanraya kecil tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu.

Apabila proses penamaan calon tamat pada jam 10 pagi, hanya Tuan Aziz dan Mohd Fauzi yang menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

Ini diikuti dengan tempoh selama sejam sebelum pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut mengumumkan senarai calon yang layak bertanding pada 14 Julai ini.

Kempen akan bermula sebaik sahaja pengumuman tersebut dibuat.



Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi menganggarkan penyokong PAS yang hadir seramai 7,000 dan 4,000 penyokong BN.

Sehingga jam 10.35 pagi tadi, katanya, polis belum menerima apa-apa laporan mengenai sebarang kejadian tidak diingini berlaku sehingga ini.

Beliau berharap penyokong kedua belah akan mematuhi undang-undang.

Abdul Rahim berkata 3,000 anggota polis ditugaskan di Manek Urai sepanjang kempen pilihanraya kecil berkenaan.

-malaysiakini-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 07:19 AM | Show all posts
UTUSAN MALAYSIA - 07/07/09

SATU LAWAN SATU
[img]   SATU LAWAN SATU

Turut serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed. Pengundian akan diadakan pada 14 Julai ini. – UTUSAN

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat tangan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, (tengah) dan calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah, 50, (dua dari kiri) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, selepas nama kedua-dua calon itu diumumkan di pusat penamaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 di Kuala Krai, Kelantan, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 07:22 AM | Show all posts
UTUSAN MALAYSIA - 07/07/09

Kempen pilihan raya kecil bermula

KUALA KRAI 6 Julai - Bahang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai mulai terasa sebaik selesai proses penamaan calon hari ini dengan UMNO dan Pas tidak berlengah menemui pengundi baik di kedai kopi, di laman rumah kampung serta di surau dan masjid.

Perang poster sudah pun mewarnai sepanjang jalan sekitar kampung sambil penduduk, yang kebanyakannya bergantung kepada tanaman getah, mencuri peluang meraih keuntungan menjaja buah-buahan tempatan terutama durian, manggis dan rambutan.

Selain itu, beberapa bahagian jalan raya utama dari Laloh ke Sungai Perial sering sesak kerana pusat-pusat operasi dan pos-pos kecil didirikan di tepi jalan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang "turun padang" di kawasan peti undi Kampung Laloh pantas meniupkan semangat jentera BN supaya bekerja keras dan komited semasa berkempen.

Ketika Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berada di Laloh, Naib-Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal masing-masing menemui pengundi di Chuchoh Puteri dan di Kampung Temalir.

Dalam pada itu, anggota Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Puad Zarkashi menemui kalangan guru di Kampung Peria, Sungai Sok dan di Manik Urai Baru.

Pada masa yang sama, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil; Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin; dan Ketua Puteri, Datuk Rosnah Rashid Shirlin bergerak dari rumah ke rumah.

— BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 07:32 AM | Show all posts
UTUSAN MALAYSIA - 07/07/09

Mampu cetus perubahan

Muhyiddin Yassin bermesra dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra (1), Kuala Krai, semalam.

KUALA KRAI 6 Julai - Komitmen dan kesepaduan jentera UMNO serta Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai mampu mencetuskan perubahan baru dalam mencorak perubahan politik di negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jurang antara UMNO dan Pas pada pilihan raya kecil itu semakin rapat.

Justeru itu, katanya, jentera UMNO dan BN perlu bekerja lebih keras bagi mendapatkan sokongan semua peringkat di kawasan berkenaan.

"Kita perlukan komitmen dan kesungguhan. Diharap dengan sokongan semua peringkat di Manek Urai, kita ada masa kira-kira sembilan hari lagi untuk membuktikan kita mampu mencetuskan satu perubahan baru di sini.

"Kita tahu kawasan ini dulu dikuasai Pas dan orang kata senario hari ini mungkin tidak menyebelahi (BN) tetapi saya tidak mahu terima kenyataan itu, yang penting kita tunjukkan BN masih lagi parti yang sesuai bagi mewakili semua kaum walaupun ada yang menyatakan ia majoriti Melayu.

"Kita sudah berpengalaman dan mampu meneruskan agenda pembangunan rakyat dan yang kita biasa tahu kadang-kadang mereka tidak menekankan pembangunan tetapi menekankan soal lain. Bagi saya kedua-duanya penting," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai di Dewan Petra, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra I di sini hari ini.

Pada pilihan raya tersebut, BN diwakili bekas Pengurus Penyelarasan dan Pemantauan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai manakala Pas diwakili pemborong ikan di Pasar Kuala Krai, Mohd. Fauzi Abdullah yang juga Bendahari Pas Kuala Krai.

Timbalan Presiden UMNO itu hadir bersama tiga Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamed dan pemimpin kanan BN mengiringi Tuan Aziz ke pusat penamaan calon tersebut.

Proses penamaan calon yang berjalan lancar dan tenang itu selesai kira-kira pukul 11.10 pagi apabila Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin mengumumkan nama kedua-dua calon itu.

Muhyiddin turut percaya BN mungkin boleh melakukan kejutan di Manek Urai seperti yang dilakukan ketika Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Pasir pada tahun 2005.

"Maknanya kalau dilihat di Kelantan juga kita boleh buat perubahan dan berjaya, saya tidak fikir sikap pengundi begitu taksub sehingga tidak bersedia menerima perkara yang rasional.

"Pokoknya kita kena damping dengan rakyat dan memperbetul pandangan serong yang dibuat oleh Pas, memperbetul tanggapan yang dibangkitkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya lihat kemantapan jentera penting bagi kita, saya lihat semangat kerjasama dan penyatuan dari segi pimpinan di bahagian yang saya sebut sebagai prasyarat nampaknya sudah terbukti. Mereka kerjasama, tidak seperti yang digambarkan oleh pihak tertentu," katanya.

Katanya, beliau berpuas hati dengan kempen yang diadakan jentera BN yang berjalan lancar dengan bantuan dari negeri-negeri lain.

"(Kempen) bagus nampak kita atur pelbagai aktiviti, negeri-negeri datang membantu, saya fikir dengan pimpinan Tok Pa (Mustapa) yang memahami masalah, minda dan sosiobudaya masyarakat setempat akan memberi kesan kepada pengundi di sini.

"Ahli UMNO harus sedar ini satu perjuangan bukan individu, bukan meletak calon untuk mewakili diri tetapi parti, saya percaya semua ahli cintakan parti dan mereka berjuang untuk parti dan meletakkan di depan untuk membantu memberi sokongan kepada calon kita," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 07:42 AM | Show all posts
UTUSAN MALAYSIA - 07/07/09

Ramai pemuda Pas dekati UMNO

KUALA KRAI 6 Julai - Ramai penyokong muda Pas mula mendekati UMNO dan menyatakan kesediaan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ia berpunca daripada beberapa krisis yang timbul sebelum ini dalam kepimpinan parti itu yang menyerlahkan wajah buruk mereka, tidak seperti yang dilaung-laungkan.

Menurut beliau, mereka yang kecewa dengan perkembangan itu telah sedar bahawa wadah perjuangan sebenar mereka hanya dapat diterjemahkan melalui UMNO.

"Bilangan mereka bukan kecil dan ia perkembangan yang amat serius dan membimbangkan bagi Pas.

"uncanya ada hubung kait dengan krisis kepimpinan teruk yang berlaku dalam parti itu baru-baru ini dan masih lagi berlaku sekarang," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan BN di sini hari ini.

Ditanya kemungkinan ia hanya strategi Pas mengelirukan UMNO supaya merasakan berada dalam keadaan selesa hingga mengabaikan kempen, Khairy berkata, ia memerlukan pengesahan.

Bagaimanapun, beliau yakin kumpulan berkenaan jujur dan ikhlas, berdasarkan kepada maklum balas yang diterima melalui beberapa program yang dibuat sebelum ini terutama Program Pemuda Masuk Kampung.

Beliau berkata, pihaknya tidak bercadang membuat majlis penyerahan borang UMNO beramai-ramai secara terbuka yang dilihat tidak banyak membawa manfaat kepada parti berdasarkan kepada beberapa faktor tertentu.

"Selain mendedahkan mereka kepada umum terutama pihak Pas, kebanyakan daripada mereka juga masih sayang kepada parti itu tetapi pada masa sama juga berasa kecewa.

"Lebih baik mereka ini memboikot Pas secara senyap dengan tidak keluar mengundi atau pun masih keluar tetapi memangkah BN," katanya.


**Well khairy, i don't think dia org tu ikhlas....mereka cuma memberi harapan kosong ajer pada BN..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2009 11:49 AM | Show all posts
KJ....
tolonglah........................... dia ni x sedar2 agaknya......
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 11:56 AM | Show all posts
Harian Metro
Selasa, 07 Julai 2009
Minda: Ujian kepemimpinan baru Umno Kelantan

PERTARUNGAN satu lawan satu membabitkan Barisan Nasional (BN) dan Pas pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai 14 Julai ini sememangnya sudah dijangka.

Kerusi berkenaan terpaksa dikosongkan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaakob, daripada Pas, 22 Mei lalu, akibat komplikasi jantung dan sekali lagi menuntut 12,292 pengundinya, terdiri daripada 6,335 lelaki dan 5,357 wanita memilih calon terbaik buat mereka.

Walaupun di atas kertas Pas dilihat mempunyai peluang cerah berikutan penguasaan lima kali sebelum ini, ramai pemerhati politik berpendapat pertarungan kali ini adalah 50:50.

Jika dilihat sejarah pilihan raya DUN Manek Urai, kawasan berkenaan bukanlah asing buat BN kerana pernah memenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-11 menerusi Mohamed Zulkepli Omar dengan kelebihan 53 undi yang ketika itu ditentang wakil Pas, Mohd Zamzuri Mat Lazim.
Fakta itu sedikit sebanyak memberi harapan buat BN untuk merampasnya kembali jika kena cara dan gayanya.
Saingan pilihan raya kecil DUN Manek Urai menyaksikan Pas bagaikan tidak sabar-sabar mengumumkan calonnya apabila menamakan peraih ikan, yang juga Bendahari Pas kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, 50, sebagai calon mereka.

BN yang semakin berhati-hati pula, meletakkan anak tempatan iaitu Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang juga bekas Pengurus di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) sebagai calon.

Pertarungan dua individu yang mempunyai latar belakang berbeza itu bakal meletakkan pengundi di persimpangan sama ada memilih calon tempatan yang berpendidikan atau sebaliknya pada hari mengundi 14 Julai depan.

Keadaan pembangunan di Manek Urai dilihat jauh tertinggal, terutama membabitkan infrastruktur asas.

Kurangnya pembangunan menyebabkan majoriti penduduk terpaksa menyara kehidupan dengan bekerja sebagai petani, peneroka, penoreh getah, berniaga kecil-kecilan dan menternak.

Bagi Pas, soal latar pendidikan calon bukan ukuran kepada penerimaan pengundi kerana ciri terpenting adalah kemampuan calon selain mempunyai hubungan rapat masyarakat setempat.

Ia dinyatakan Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haron, yang dipetik berkata dalam konteks Kelantan, walaupun seseorang Adun itu berkelulusan tinggi, wakil rakyat berkenaan tidak dapat mengaplikasikan pengetahuannya secara meluas jika tidak dilantik sebagai Exco.

“Latar belakang pendidikan bukan isu di Kelantan dan seluruh Malaysia pun ada calon yang tak ada pendidikan, tetapi ada kelebihan dari aspek lain,” katanya

Berbeza dengan BN, kelebihan calonnya adalah bonus untuk meraih keyakinan dan kepercayaan pengundi yang dahagakan pemimpin berpendidikan untuk dijadikan jambatan kepada kerajaan pusat dalam merancang pembangunan serta kesejahteraan rakyat yang memilihnya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata Tuan Aziz yang berpendidikan tinggi mengukuhkan ciri seorang pemimpin selain dibantu pengalamannya bekerja dengan syarikat swasta serta agensi kerajaan seperti pernah memegang jawatan pengurus di Kesedar.

“Saya setuju, tidak semestinya ada PhD boleh menang pilihan raya kecil DUN Manek Urai, namun ia menjadi satu aset atau bonus untuk memberi keyakinan dan kepercayaan kepada pengundi,” katanya.

Begitulah kontranya ciri pemilihan calon bagi kedua-dua parti itu yang menjadikan saingan pilihan raya kecil DUN Manek Urai yang majoriti pengundinya Melayu, begitu menarik dan sengit.

Sebagai taruhan, sembilan peti undi iaitu Temalir, Peria, Manek Urai Lama, Manek Urai Baru, Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rek, Manjor dan Laloh perlu dikuasai parti bertanding supaya menang dengan majoriti besar atau kecil.

Berdasarkan analisis keputusan pilihan raya 2008, Ismail yang mewakili Pas berjaya meraih 5,746 undi dan diikuti rapat calon BN, Zulkepli Omar 4,394 undi.

Majoriti 1,352 undi diperoleh Pas itu dilihat belum mampu mengukur kekuatan parti berkenaan kerana dipengaruhi sentimen politik semasa serta kualiti calon dipertaruhkan.

Persoalan inilah berlegar di benak pengundi, jika menang, mampukah Pas memberi pembangunan dan sejauh manakah kemampuan Mohd Fauzi meneruskan kesinambungan arwah Ismail atau Pak Su Wil yang mesra rakyat?

Pada masa sama juga, pilihan raya kecil ini menguji kemampuan saf kepimpinan baru Umno Kelantan yang kini diterajui Mustapa.

Cabaran awal ialah mengekang pergeseran sesama ‘orang Umno’ di Manek Urai yang mempunyai kira-kira 4,000 ahli.

Namun, medan Manek Urai boleh dijadikan BN sebagai penilaian semula pendekatan mereka untuk memenangi hati rakyat bawahan, termasuk memenuhi janji yang ditaburkan.

Dengan kemudahan teknologi maklumat yang terbatas, di sini strategi turun ke padang sememangnya berkesan untuk memenangi jiwa pengundi.

Satu lagi cabaran terbesar BN ialah menangkis isu tempatan membabitkan rakyat Cik Siti Wan Kembang keseluruhannya, terutama berkaitan royalti minyak Kelantan yang didakwa hampir RM1 bilion tidak diserahkan Kerajaan Pusat dan Pas awal-awal sudah memukul canang menjadikannya modal nombor satu dalam kempen.

Begitu juga Pas, kekuatan mereka kini sedikit tergugat dengan beberapa isu semasa membabitkan kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat (PR).

Semuanya bermula daripada idea kerajaan perpaduan yang disuarakan Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang yang menyebabkan pertelingkahan sesama sendiri sehinggakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat ‘naik angin’.

Ketiadaan poster Hadi berbanding wajah Nik Aziz yang dijadikan pelaris untuk meraih undi seakan-akan mengiyakan perpecahan itu.

Perjalanan masih panjang dan pertarungan baru bermula, pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sememangnya medan terbaik buat BN dan Pas menguji kekuatan mereka.

Hakikat yang perlu diterima mereka ialah dalam setiap pertarungan pasti ada yang kalah dan menang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2009 06:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 06:57 PM | Show all posts


















Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 06:59 PM | Show all posts
insyaallah,PAS boleh menang...rekod BN bawah najib xda betambah baik...dlm banyak2 pilihanraya kecil,cume menang satu jer so far kan..kat sarawak,batang aii...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 07:00 PM | Show all posts
133# redbun

yg xmendaftar ramai tak kat manik urai ni??katenya seramai 3 jute lebih xmendaftarkan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 07:14 PM | Show all posts


















Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 10:35 PM | Show all posts
THE NEW STRAITS TIMES - 07/07/09


Manik Urai by-election: Expect result by 8.30pm on July 14
Bernama


KUALA KRAI, TUES:

The Manik Urai by-election result is expected to be known as early as 8.30pm on July 14.
Election Commission deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar said the commission did not see any problem that might prevent the result from being announced that early.

"Our target is 85 per cent of the 12,293 voters will vote on that day and the result is expected to be out by 8.30pm," he told a news conference after briefing the leaders of the Manik Urai by-election campaign monitoring teams at the Kuala Krai District and Land Office operations room here.

Wan Ahmad said the polling percentage target for the by-election was the same as during the 2008 general elections.

He also advised contesting political parties to observe the rules and regulations when campaigning to avoid problems that can threaten public peace and order.
"Section 4A of the Election Offences Act prohibits the use of banners that can incite hatred and animosity, offend the community, touch on the sovereignty of the rulers, and that are personal or defamatory," he said.

To ensure a clean campaign and that political parties adhere to the regulations, he said three Manik Urai by-election campaign monitoring teams had been formed.

Each team has five members, including a police officer with at least the rank of Inspector and a representative of each candidate, tasked with monitoring three polling areas each.

The Manik Urai state constituency has nine polling centres with 27 voting channels.

The campaign monitoring teams will advise political parties to take down banners and posters found breaching the rules and regulations.

So far, there had been one case at the Laloh polling centre involving the use of the symbol of a political party not contesting in the by-election, said Wan Ahmad.

Complaints can be forwarded to the monitoring teams at the following lines: 09-9668081 for the Lata Rek area, Manjor and Laloh, 09-9606787 (Sungai Perial, Manik Urai Baru, Manik Urai Lama) and 09-9606785 (Temalir, Chuchoh Puteri and Sungai Sok).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 10:37 PM | Show all posts
07/07/09 - THE NEW STRAITS TIMES

Manik Urai by-election: Youth wants development
Bernama


KUALA KRAI, TUES:

RESIDENTS of Manik Urai, especially the youth who have just begun to vote, want something to be done after Pas failed to develop the area and look after their welfare.
For the youth what was important was that they had sports and recreational areas as these facilities were lacking and they had to go to neighbouring schools to play football and the like.

"We do not have a place for sports and we have to use school fields and sometimes we are denied permission. So where are we to go?," Mad Nuri Khairi of Kampung Peria Lama told Bernama.

Mad Nuri said Pas before this had promised many things if it was to rule but the opposite had happened.

"Pity us, the youth. We are already forced to work in the village, even playing sports is difficult. Build us football fields as there is much land here to be developed," he said.
His friend, Ruzaidi Sahari, 29, said at times they went to neighbouring villages to play football and badminton.

He said the Kuala Krai District Council's field at Manik Urai Lama was also busy with the increase in numbers of children and youth using the field.

For the older folks in Manik Urai, he said, something has to be done to supply them with clean water by the state government.

Kampung Sungai Peria village headman, Khairi Junuh, 51, said not all areas in Manik Urai were supplied with clean water like his village. "Most of the villagers use hill water for their supply. Before river water was clean but not now due to logging and we have to bathe with murky water," he said.

He said the Pas government had failed to upgrade the village roads that were very narrow and damaged.

Khairi said he hoped the people would vote wisely to choose their new representative in the July 14 by-election.

"We do not want a leader who makes empty promises," he said.

Khairi said the residents there had long dreamt of development and hoped that a Barisan Nasional man would be their representative.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 10:39 PM | Show all posts
07/07/09 - THE NEW STRAITS TIMES

Manik Urai by-election: Nasharuddin still missing in action
Shuhada Elis

KUALA KRAI, TUES:

THE controversy surrounding Pas deputy president Nasharuddin Mat Isa and the party’s spiritual adviser Datuk Nik Aziz Nik Mat continues with Nasharuddin still “missing” amidst the Manik Urai by-election fever.

At a press conference in Pas operations centre here today, state Pas election director Abdul Fatah Haron was bombarded with questions on why the deputy president was not scheduled to deliver any ‘ceramah’ in the run up to the polling day on July 14.

He was also asked whether Nasharuddin’s presence would be a liability to Pas.

“It is not a problem. He can come anytime he likes and we will adjust the schedule. “But maybe he is shy, boleh jadi malu mata,” he said, implying that Nasharuddin could be embarrassed to meet Pas leaders and supporters after the previous statement made by Nik Aziz.

The Kelantan menteri besar had criticised Nasharuddin for his intention to pursue the idea of unity government and told him to leave the party, but later retracted his statements.

Nasharuddin's absence during the nomination of candidates on Monday, raises a big question mark whether there was a rift in the party.

Abdul Fatah said he had not asked Nasharuddin to give ceramah in Manik Urai as it was up to the central committee to extend an invitation.

“But the party only has limited ceramahs and even the president (Datuk Seri Hadi Awang) is scheduled for get-together sessions,” he added.

Abdul Fatah said even though Nasharuddin is the deputy president, he would not head the election machinery as former Kelantan deputy menteri besar Datuk Abdul Halim Abdul Rahman has been appointed as the election director after Pas muktamar in June. “He (Abdul Halim) is the right person," he added.

On the abundance of posters portraying the face of Nik Aziz, Abdul Fatah said the spiritual adviser has more commercial value as the people here looked up to him as the religious head while Hadi was seen as a political leader.

Abdul Fatah also hit out at the heavy presence of police in the area as it would portray that Manik Urai was not safe.

“I can also see that the traffic flow, especially in villages, becomes slow because of too many patrol cars. “This is not good,” he said.

**kemana Nasharudin menghilang??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2009 10:40 PM | Show all posts
NST - 07/07/09

Najib: BN wants a healthy contest in Manik Urai
Bernama

SEGAMAT, JOHOR, TUES:

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has called for a healthy contest in the Manik Urai state by-election, saying both BN and PAS should concentrate on their agenda for the voters and not resort to mudslinging.

"We want a friendly contest. There is no need to disparage one another," he told reporters after attending the Felda Settlers' Day 2009 at the Felda Maokil here today.

He was responding to a question whether he thought the contest for the Manik Urai by-election was more friendly compared to the atmosphere in previous by-elections.

The prime minister said the prevailing situation might change as the campaign for the by-election on July 14 intensified.

Najib, who is Umno president, said the BN would strive to win the seat in a clean by-election.
On Tuan Aziz Tuan Mat, 39, the prime minister said the BN candidate has a good background and is well-liked by the people.

BN also pledged to bring about changes in Manik Urai, he said.

Tuan Aziz is locked in straight fight with PAS candidate Mohd Fauzi Abdullah, 50.

The by-election is called following the death of incumbent assemblyman Ismail Yaacob of PAS on May 22.

Ismail won the seat in the 12th general election last year, beating BN's Mohamed Zulkifli Omar with a 1,352-vote majority.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 11:00 AM | Show all posts


















Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 11:11 AM | Show all posts


















Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 11:19 AM | Show all posts


















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.094381 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list