CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Pas kekalkan kerusi DUN Manek Urai

[Copy link]
Post time 8-7-2009 11:29 AM | Show all posts


















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2009 11:32 AM | Show all posts


















Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 11:36 AM | Show all posts


















Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 11:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 01:17 PM | Show all posts
Harian Metro
Rabu, 08 Julai 2009
‘Kerja ikhlas bantu semua’

KUALA KRAI: “Saya ikhlas bekerja untuk rakyat Kelantan. Sumbangan saya tidak kurang kepada rakyat negeri ini termasuk melobi di Kuala Lumpur untuk pembangunan,” kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan dilemparkan pembangkang kononnya, dirinya menjadi dalang utama menyekat peruntukan pembangunan ke negeri ini.

“Saya dukacita perkara ini (menyekat pembangunan). Sebenarnya saya mempunyai pemikiran terbuka. Walaupun kita Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya tahun lalu, kita teruskan pembangunan untuk Kelantan.

“Kita teruskan pembinaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Ketika itu saya memegang jawatan Menteri Pengajian Tinggi, tetapi kita tidak menarik balik peruntukan,” katanya
Menurutnya, Kelantan tidak pernah diabaikan sama sekali untuk sebarang usaha pembangunan termasuk program pendidikan, kesihatan dan hospital yang bertambah jumlahnya.

“Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kita memberi peruntukan lebih RM7 bilion. Memang saya menyatakan peruntukan Kelantan sebelum itu rendah kerana RMK-8, kita hanya sediakan RM3 bilion.

“Untuk menunjukkan kesungguhan kita, walaupun kita kalah, dalam RMK-9, peruntukan kita tambah dua kali ganda di Kelantan. Ini jelas membuktikan Kerajaan Pusat tidak sekali-kali menyekat pembangunan, sebaliknya meneruskan pembangunan,” katanya di pejabat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di sini, semalam.

Katanya, komitmen dalam membangunkan Kelantan turut diterjemahkan apabila bertemu dengan pemimpin Pas untuk membangunkan tanah terbiar di negeri ini sekali gus menjana pendapatan penduduk.

“Bukan saja universiti, ketika saya jadi Menteri Pertanian, pemimpin Pas pun tahu, saya ada berjumpa dengan mereka. Saya maklumkan kepada mereka umpamanya projek untuk memulihkan tanah terbiar dan tanah padi.

“Peruntukan lebih RM100 juta disediakan bukan saja kepada Kada (Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu), tetapi yang bukan Kada juga kerana Kelantan menjadi negeri pertanian ketika itu,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 10:22 PM | Show all posts
gambaq ni sendiri punya ler, ambik dr blog atau website lain?

kalau dr website atau blog lain, bg link sebagai kredit kepada pihak berkenaan, tetapi kalau sendiri okey la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2009 10:34 PM | Show all posts


adeh ler, silap jalan ler pula hehe

awat semua gambar HIJAU2 jer hehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 07:20 AM | Show all posts
UTUSAN MALAYSIA - 09/07/09

UMNO cabar Pas jemput Nasharudin beri ceramah

KUALA KRAI 8 Julai - UMNO Kelantan mencabar Pas supaya menurunkan Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa untuk berceramah di Manek Urai bagi membuktikan memang tiada 'perang dingin' antaranya dengan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Dali Husin berkata, sebagai tambahan bagi membuktikan kekuatan pakatan rakyat pula terutama ekoran krisis DAP Kedah, Pas juga dicabar menjemput Teresa Kok atau mana-mana pemimpin parti itu untuk turut sama berceramah.

''Saya hairan mengapa Pas terlalu takut untuk membawa tokoh berpidato seperti Nasharudin dan Teresa. Saya juga tidak faham kenapa Timbalan Presiden itu diketepikan sedangkan sebelum ini beliau banyak berkempen membantu parti-parti dalam pilihan raya kecil di semua tempat.

''Apa yang istimewa sangat dengan Manek Urai atau Pas sebenarnya sedang menyembunyikan hakikat bahawa Nasharudin adalah liabiliti kepada parti atau memang dia 'malu mata' untuk datang kerana mempunyai masalah dengan Nik Aziz," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dali yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa diminta mengulas kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya Pas, Abdul Fatah Harun bahawa Nasharudin bukannya liabiliti kepada parti walaupun beliau tidak dijemput untuk memberikan ceramah di Manek Urai.

''Saya yakin Pas akan hilang undi mereka jika Nasharudin muncul kerana walaupun ahli parti itu telah dimaklumkan bahawa perselisihan faham akibat isu gagasan kerajaan perpaduan telah tamat tetapi masih ada penyokong yang membenci pemimpin itu.

''Jika saya berkuasa, saya akan menjemput Nasharudin kerana tujuannya adalah ikhlas dan jujur untuk perpaduan Melayu, agama dan negara tetapi Nik Aziz telah tersilap faham motif sebenar dan menjadikan beliau seperti kambing hitam.

''Kerana individu yang sepatutnya dipersalahkan ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bukannya Nasharudin," katanya.

Tambah Dali, Pas kini sedang berhadapan dengan krisis perpecahan dalaman yang amat teruk dan begitu kritikal tetapi cuba disembunyikan oleh pimpinan mereka.

''Benda buruk termasuk yang disembunyikan di bawah karpet atau tikar sekali pun akan berbau dan akhirnya terserlah keadaan sebenar Pas, hanya masa yang akan menentukan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2009 07:24 AM | Show all posts
UTUSAN MALAYSIA - 09/07/09

Pas perlu buktikan UMNO tidak perjuangkan Islam

KUALA KRAI 8 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Pas supaya membuktikan semasa pilihan raya kecil Manik Urai bahawa UMNO tidak memperjuangkan Islam selama parti itu memerintah negara.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, parti itu yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 terlebih dahulu memperjuangkan syiar Islam daripada Pas dengan memperjuangkan kemerdekaan negara yang juga tuntutan fardu kifayah.

"Kalau dilihat dalam Perlembagaan UMNO, salah satunya adalah untuk menegakkan syiar Islam," katanya ketika berucap kepada penduduk kawasan Manik Urai Lama pada hari ketiga kempen pilihan raya kecil Manik Urai di sini, malam ini.

Fasal 3 Perlembagaan UMNO menyebut mengenai asas dan tujuan penubuhan UMNO yang antara lain, "menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama."

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau terkejut dengan dakwaan Pas yang menuduh parti itu tidak memperjuangkan Islam dalam ceramah politiknya untuk menarik sokongan 12,293 pengundi Manik Urai.

Muhyiddin juga menepis dakwaan bahawa Barisan Nasional (BN) memperkecilkan calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan yang mempunyai kelulusan rendah berbanding calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, bekas pegawai Kesedar.

"Nak jadi pemimpin kena ada ilmu," kata Muhyiddin.

Mengenai usaha menjadikan Manik Urai sebagai kawasan "anak angkat," beliau berkata, kawasan itu berhak lebih daripada itu untuk menjadi "anak emas" Kerajaan Persekutuan, sekiranya BN menang.

Dengan itu ia akan menerima pembelaan yang sewajarnya daripada BN, katanya.

Dalam majlis itu, Muhyiddin turut menjawab tuduhan Pas yang menuduh Kesedar tidak melakukan apa- apa sedangkan kerajaan negeri juga bertanggungjawab untuk membangunkan Manik Urai.

Beliau menyamakan tuduhan itu dengan taktik kerajaan negeri Pulau Pinang yang lepas tangan mengenai masalah penduduk Kampung Buah Pala di negeri itu supaya kerajaan Pusat campurtangan.

Penduduk Kampung Buah Pala diminta berpindah berikutan pihak pemaju ingin membangunkan kawasan itu. - BERNAMA

*buktikan, jangan tak buktikan....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 09:51 AM | Show all posts
Manek Urai: Peraih, peniaga ikan dakwa diperlekeh Umno

Jimadie Shah Othman
Jul 8, 09
12:35pm       

Kira-kira 1,000 peraih dan peniaga ikan akan mengadakan perhimpunan Jumaat ini untuk membantah tindakan Umno yang didakwa telah memperlekehkan profesyen mereka.



Mereka mendakwa, Umno dalam ceramahnya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai, telah perlekehkan profesyen peraih dan peniaga ikan.

Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, juga seorang peraih ikan.

Kenyataan yang dianggap memperlekehkan mereka itu, didakwa dibuat oleh ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan dalam ceramahnya malam tadi.

Perkara itu dinyatakan oleh penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam satu sidang akhbar pagi tadi.

Ketika ditemui kemudiannya, beliau berkata, bantahan tersebut akan diketuai oleh Presiden Persatuan Peraih dan Peniaga Ikan Kelantan, Ahmad Tarmizi Salleh.

Mereka akan berkumpul mulai jam 5 petang di pasar Laloh.

Misteri kehilangan Nasha

Mengenai ketidak hadiran Nasharuddin Mat Isa di Manek Urai, Wan Abdul Rahim berkata, timbalan presiden PAS itu mempunyai urusan lain dan tidak dapat hadir.

Ditanya sama ada ianya urusan parti atau urusan peribadi, Wan Abdul Rahim berkata, beliau tidak tahu.

Beliau berkata, pihaknya berpegang kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya wartawan mengenai perkara yang sama pada hari penamaan calon.



Wan Abdul Rahim bagaimanapun menafikan bahawa Nasharuddin dilarang berkempen di Manek Urai.

Ditanya sama ada Nasharuddin tidak akan berkempen langsung di Manek Urai, Wan Abdul Rahim berkata, beliau tidak pasti dan tidak tahu.

Mengenai kempen setakat ini, Wan Abdul Rahim berkata, pihaknya yakin 60 peratus pengundi menyokong calon PAS.

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 09:56 AM | Show all posts
Nasharuddin 'malu mata' ke Manek Urai

Jimadie Shah Othman
Jul 7, 09
2:40pm       

Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mungkin "malu mata" hendak datang berkempen dalam pilihanraya kecil Manek Urai, kata Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan.



"Tidak ada masalah, cuma barangkali mereka segan hendak mari. Tidak tahulah sebabnya, malu mata," kata Abdul Fatah Haron dalam sidang media harian PAS di markaz induknya di Manek Urai.

Abdul Fatah diminta mengulas sama ada ketidakhadiran Nasharuddin - yang dikecam Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana menyokong kerajaan perpaduan - boleh menjadi beban kepada PAS untuk memenangi kerusi tersebut.

Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, juga popular digelar dengan Abe Uji, turut hadir.

Ditanya tentang jadual ahli parlimen Bachok itu, Abdul Fatah berkata, mereka tidak menyediakan jadual awal untuk kempennya di kawasan itu, sebaliknya ia dibuat secara harian.

Katanya, beliau tidak mempunyai kuasa untuk menawarkan sesiapa datang berceramah dan berkempen di situ kerana ia di bawah bidang kuasa "orang atas".

Sementara itu, berhubung ketiadaan poster presidennya, Abdul Fatah menafikan poster Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum dinaikkan di semua tempat tetapi ia sudah beredar di kampung-kampung.



"Tidak betul, gambar presiden ada di merata tempat, tetapi tidak di jalan raya. Di kampung-kampung ia sudah beredar," katanya sambil menyifatkan poster PAS yang dibuat daripada kertas tidak sesuai ditampal awal.

"Boleh kata di semua kampung, boleh kata semua rumah, kecuali lalauan utama. Sebab poster kita dibuat daripada kertas, angin lalu habislah.

"Lepas ini jalan utama pula sebab sasaran utama kita pengundi. Laluan utama ini macam pesta untuk orang luar sahaja, insya Allah selepas ini kita tampal."


Malaysiakini pernah melaporkan PAS Kelantan mengambil sikap awal tidak menaikkan poster Abdul Hadi - yang bercanggah pendapat dengan Nik Aziz, yang juga mursyidul am PAS, berhubung kerajaan perpaduan - dalam strategi "melokalisasi" kempennya.

Setakat ini, Abdul Fatah berkata, PAS mendapat sokongan lebih daripada 50 peratus sokongan pengundi setempat.

Abe Uji pula berkata PAS tidak akan mengulangi kekalahan dalam pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir pada 2005 apabila Umno sebagai parti underdog mengalahkan calon parti Islam itu.

"Tak berlaku dah, kena hati-hati. Kita jadikan iktibar di sini," katanya.

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 10:01 AM | Show all posts
Nik Aziz banding Umno dengan Ayah Pin, al-Arqam

Jimadie Shah Othman
Jul 8, 09
12:04pm
       
Umno terus menjadi sasaran Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Dalam ceramahnya di Manek Urai malam tadi, mursyidul am PAS itu membandingkan pula Umno dengan Ayah Pin dan pertubuhan yang diharamkan, al-Arqam.

"Tok Ayah Pin dicap sesat. Habis kenapa Umno tidak sesat? Sama-sama tidak kenal agama belaka. Al-Arqam sesat kerana apa? Salah akidahnya. Ayah Pin sesat, kenapa? Salah akidahnya.



"Umno kenapa tidak sesat lagi? Salah juga akidah. Tolak Islam, ambil (fahaman) kebangsaan. Tak usah kata kami terima Islam, kami terima Islam. Tak payah cakap banyak, aku reti juga," katanya dalam ceramah di Chuchoh Puteri, Manek Urai malam tadi.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas perkataan "sesat" dalam surah al-Fatihah. Dalam surah tersebut, Allah berfirman, antaranya, memerintahkan manusia mengikut jalan yang lurus dan bukan jalan orang yang sesat.

Pada 25 Jun lalu, Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian telah membuat laporan polis terhadap Nik Aziz yang didakwanya menyamakan parti Melayu itu dengan ajaran sesat dan komunis dalam sebuah ceramahnya.

Bercakap kepada media, Anuar juga dilaporkan menggesa Nik Aziz disiasat polis di bawah Akta Hasutan dan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

Bercakap di hadapan 2,000 penyokong dalam keadaan hujan renyai-renyai, Nik Aziz sekali lagi menggesa Umno menukar dasar kebangsaan yang didakwanya diamalkan parti itu, kepada dasar Islam.



Nik Aziz juga mendakwa Umno telah melepas geram kepadanya dengan menyifatkannya "nyanyuk" tetapi tidak memberikan hujah balasnya.

"Dia (Umno ) marah kita macam-macam perkara, Nik Aziz ini nyanyuklah. (Mereka) main kata. (Kata) nyanyuk. Itu bukan jawab, (itu) hendak pelepas geram, hendak pelepas geram orang kata...

"Lepas geram ni tak payah. Lepas geram ini tanda orang lemah. Macam bini tua dengan bini muda, (kena) tampar. Sebab dia tua, marah bini muda. Perangai orang tua nak balas, panas sangat dengan bini muda," katanya.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa turut hadir dan berucap dalam majlis ceramah itu.

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 10:12 AM | Show all posts
Calon PAS berkempen di kubu BN

Jimadie Shah Othman
Jul 8, 09
6:50pm       

Calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah hari ini melebarkan kempennya ke kubu BN di Manjor bagi menarik sokongan pengundi di situ.

Dalam pilihanraya umum lalu, PAS menang di lapan daripada sembilan daerah mengundi di Manek Urai.



Sembilan daerah mengundi di Manek Urai ialah Temalir, Sungai Perial, Manek Urai Lama, Manek Urai Baru, Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rek, Manjor dan Laloh.

PAS bagaimanapun kalah di daerah mengundi Manjor dengan 31 undi.

BN juga kalah tipis di daerah mengundi Temalir dan Manek Urai Baru.


Pilihanraya kecil DUN Manek Urai diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Ismail Yaacob.

Dalam pilihanraya umum lalu, Ismail menang denga majoriti 1,352 undi. Ismail mendapat 5,746 undi manakala calon BN, Zulkepli Omar mendapat 4,394 undi.



Dalam lawatan tengah hari tadi, Mohd Fauzi - yang lebih dikenali sebagai Abe Uji - mengambil peluang berbual dan beramah mesra dengan penduduk Kampung Budi.

Perhentian bas baru

Kehadiran wartawan dan penulis blog menjadikan penampilan Abe Uji kelihatan sedikit kekok, walaupun dikhabarkan beliau mesra dengan penduduk sekitar.

Ditemani Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, beliau melawat tapak perhentian bas yang baru dibina menggantikan yang lama.

Kampung Budi terletak dua kilomter daripada jalan besar yang menghubungkan Kuala Krai dan Gua Musang.

Sekitar kawasan tersebut di kelilingi ladang getah dengan laluan kecil satu lorong yang menyukarkan perjalanan.



Bendera kedua-dua parti yang bertanding, PAS dan BN, dilihat sama banyak di pasang di kawasan tersebut.

Di simpang pertama dalam kampung itu, Abe Uji mengambil kesempatan bermain karom dengan beberapa pemuda PAS di pondok panas mereka.

Juga kelihataan beberapa Pemuda PAS mengambil kesempatan bergambarnya dengannya.

Abe Uji kemudiaannya berkunjung dari rumah ke rumah. Beliau disambut baik dan ditegur beberapa penduduk yang lalang di kawasan tersebut.

'Paku enam inci'

Bagaimanapun terdapat juga penduduk yang kelihatan seperti tidak mempedulikannya.



Malah, seorang tua yang sedang tidur di beranda rumah, dilihat masuk ke dalam apabila Abe Uji dan penyokongnya bergerak berjalan kaki.

Abe Uji berhenti setelah berjalan kira-kira 300 meter sehingga sampai ke markaz ahli parlimen PAS yang terletak tidak jauh daripada rumah ketua cawangan Umno di kampung itu.

Penyokong di markaz tersebut yakin Abe Uji bakal menang di Manek Urai, tetapi belum tentu dapat menambahkan majoritinya.

Menurut mereka, masih sukar untuk PAS menembusi kawasan Manjor kerana "Umno sudah paku enam inci".

Strategi mereka ialah supaya Abe Uji dapat mengekalkan sokongan yang sedia ada.



Kata mereka lagi, penekanan juga akan diberikan di Temalir dan Manek Urai Baru.

Petang tadi, Fauzi dan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat menghadiri program di Manek Urai Baru dan Manek Urai lama.

Pada 14 Julai ini, 12,293 pemilih, termasuk 25 pengundi pos, akan memilih calon mereka. Mereka terdiri daripada 99.22 peratus pengundi Melayu, 0.46 peratus Cina dan India 0.23 peratus.

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 10:39 AM | Show all posts
Khamis Julai 9, 2009

Nasharuddin ditahan di Hospital Serdang, kempen calon PAS Sabtu
Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang tidak muncul dalam pilihan raya kecil Manek Urai setakat ini akan berkempen untuk calon parti itu Sabtu ini.

Sumber yang rapat dengan Ahli Parlimen Bachok itu berkata, beliau akan ke Kelantan malam esok dan seterusnya membantu calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah keesokan hari.

Hari ini beliau menjalani pembedahan kecil di bahagian usus di Hospital Serdang, Serdang.

Beliau menjalani pembedahan kecil itu bermula 9 pagi tadi. Ia dijangka berlarutan kira-kira sejam.

"Memang ada usaha menghalang beliau daripada berkempen dan keputusan meminta Nasharuddin tidak turun Manek Urai.

"Tetapi beliau tidak ke Manek Urai bukan kerana keputusan itu tetapi kerana masalah kesihatan. Dan, hari ini beliau dirawat di Hospital Serdang dan kemungkinan akan berada di Manek Urai Sabtu ini,"
katanya sumber itu kepada mStar Online.

Selasa lalu, Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS DUN Manek Urai, Abdul Fatah Harun berkata, mereka tidak pernah meminggirkan Nasharudin daripada senarai penceramah di Manek Urai.

“Kita buat jadual ceramah hari-hari. Kalau beliau (Nasharuddin) datang baru kita masukkan dalam jadual.

“Mungkin juga dia (Nasharuddin) segan nak mari,”
kata beliau di Kuala Krai.

Ekoran isu kerajaan perpaduan, Nik Aziz menggesa Nasharuddin supaya keluar PAS dan menyertai Umno.

Namun pada 23 Jun lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Nasharuddin.

Sejak itu Nasharuddin yang mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS bual kali kedua awal Jun lalu jarang muncul dalam majlis awam anjuran partinya.

-mStar-
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 10:43 AM | Show all posts
KEPIMPINAN KOLEKTIF (BERJAMAAH) PAS MAMPU SELESAIKAN MASALAH DENGAN SEGERA.       
               
Written by Wartawan Buletin          
Tuesday, 07 July 2009 08:58

KUALA KRAI – Walaupun PAS bukan hanya berhadapan dengan jentera parti UMNO dan Barisan Nasional (BN),  namun Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata InsyaAllah PAS akan memenangi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai.



Beliau berkata, Manek Urai adalah kawasan tradisi yang dimenangi oleh PAS sejak pilihanraya yang pertama pada tahun 1959.

”Kita akan menghadapi cabaran kerana Barisan Nasional bukan sahaja menggunakan jentera parti dalam masa yang sama jentera kerajaan digunakan, (Gambar - Presiden PAS  mendengar penjelasan dari Mursyidul AM)

”namun demikian kita (PAS) yakin Manek Urai akan terus kita menang sejak tahun 1959 sehingga kini,"cuma pada tahun 2004 kita kalah dengan majoriti tipis, tidak sampai 100 undi,”katanya apabila ditemui pihak media semasa proses penamaan calon di SMK Yahya Putra 1, disini semalam.


Oleh itu katanya, PAS yakin (InsyaAllah) dapat pertahankan DUN Manek Urai dengan  kekuatan jentera DUN Manek Urai dan PAS Kelantan serta bantuan dari jentera parti dari seluruh Negara.

Pada masa yang sama, katanya, PAS tidak memandang ringan kekuatan UMNO dan BN

Katanya isu-isu tempatan akan menjadi lebih penting dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai kerana ia adalah satu pilihanraya peringkat negeri dan lokasinya agak ke pedalaman.

Beliau turut menyatakan komitmen akan turun membantu kempen di Manek Urai.

”Ini bukan pilihanraya pusat, ini pilihanraya negeri, ini kawasan pedalaman, lebih bergantung kepada isu-isu tempatan.

”saya sendiri akan turun ke sini beberapa hari untuk berjumpa dengan rakyat,”
tegasnya.

Ketika ditanya tentang isu kerajaan perpaduan katanya, PAS dan Pakatan Rakyat telah bersepakat tidak meneruskan perbincangan dengan UMNO dan BN kerana menurutnya UMNO dan BN menyalahgunakan isu tersebut.

”Itu (isu kerajaan perpaduan) kita dah tutup, kerana Barisan Nasional menyalahgunakan isu ini,

”sekarang kita berhadapan dengan Barisan Nasional dan memperkuatkan Pakatan Rakyat,”
jelasnya.

Katanya hubungan beliau dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah sangat baik kerana PAS adalah parti berdasarkan pimpinan kolektif (berjamaah) yang dapat menyelesaikan apa-apa masalah yang timbul dengan segera.

”Hubungan sangat baik, PAS berdasarkan kepimpinan kolektif, pimpinan secara berjamaah dan berkumpulan,

”sebab itu tudak ada apa-apa masalah, kamu boleh melihat sendiri bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah kita dalam masa yang cepat, berbeza dengan parti-parti lain,”
ujarnya.

-BuletinOnline-
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 10:49 AM | Show all posts
ABANG MAT KOMANDO KAMPUNG LALOH               
       
Written by Wartawan Buletin          
Thursday, 09 July 2009 04:37

MANEK URAI  - Sesuatu yang unik, berbakat dan tidak pernah dipamerkan oleh mana-mana pemimpin PAS peringkat bawahan. Itulah keistimewaan Abang Mat Komando atau nama sebenarnya Mat bin Tapa, Ketua Unit Peti Undi atau Daerah Mengundi Kampung Laloh, Manek Urai.



Nama ‘Komando’ yang digelar orang kepadanya bukan sengaja direka-reka atau di minta olehnya supaya orang memanggilnya demikian.

Beliau adalah bekas anggota 22 Komando yang bertugas di Kem Sungai Udang Melaka pada 10 tahun yang lalu.

"Abang Mat pencen, terus aktif dengan PAS, kemudian jadi Timbalan Ketua UPU, sehingga dua minggu lalu,"katanya ketika ditemui pada majlis Malam Kebudayaan UPU Laloh, disini semalam.

Beliau berkata beliau mengambil amanah menjadi Ketua UPU Laloh apabila Abang Tar bekas Ketua UPU sebelum ini yang sekarang agak keuzuran.

Pada majlis semalam, beliau telah menjadi juruacara secara spontan.

Dengan kesempatan yang ada beliau telah menyampaikan mesej sekaligus berdakwah dan berkempen dengan gaya yang unik dan tersendiri.

Katanya, tidak perlu kerajaan pusat Barisan Nasional untuk membawa pembangunan kepada Kampung Laloh, cukup dengan beliau dan sokongan penduduk Kampung Laloh.

"Tak perlu tunggu kerajaan pusat buat, kalu tunggu kerajaan pusat, pejabat pos tak boleh buat, tu tengok tuh....,"katanya menunjuk kearah simpang Laloh dimana beliau telah mengusahakan penubuhan sebuah pejabat pos mini disitu.

Selepas mengkritik UMNO dan Barisan nasional (BN), Abang Mat telah menyayikan sebuah lagu nasyid tanpa iringan alat gendang atau gong, memberi peringatan kepada penonton tentang kematian.

"Wahai saudara hendaklah ingati,
dirimu ini nanti akan mati,
tuntutlah ilmu sebelum mati,
negeri akhirat sedia menanti,"
ujarnya.


lihat Video Klip Abang Mat Komando di Buletin Online Channel

-BuletinOnline-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2009 10:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by redbun at 9-7-2009 10:56

UTUSAN ‘TAK LAKU’ WALAU DI BERI PERCUMA, TANDA KEKALAHAN UMNO/BN               
       
Written by Wartawan Buletin          
Thursday, 09 July 2009 03:14

MANEK URAI Tanda-tanda kekalahan UMNO/ BN semakin jelas apabila akhbar utama yang menjadi suara rasmi kerajaan Barisan Nasional tidak laku walaupun diberi secara percuma.



Sekurang-kurangnya 200 naskah akhbar harian tersebut yang diletakkan di dua buah kedai yang dikunjungi Buletin Online sekitar kampong Laloh disini, tidak diendahkan langsung oleh orang ramai.

Salah sebuah kedai tersebut terletak bertentangan dengan Padang Majlis Daerah Dabong dimana Program Sihat dan Comel diadakan semalam.

Beratus-ratus pengunjung program yang diadakan sepanjang hari itu, hanya lalu dihadapan kedai dan tidak mengendahkan ‘kehadiran’ akhbar itu.|

(Gambar - seorang kanak-kanak menyelongkar akhbar utusan yang 'tidak laku' dikedai simpang Laloh, malam semalam)

Manakala pemilik kedai yang terletak disimpang menuju Padang berkenaan berkata beliau tidak tahu mengapa para pelanggannya tidak mahu mengambil edisi percuma sempena pilihanraya kecil DUN Manek Urai itu.



”Tak tahulah gok (kenapa) mereka tak mahu ambil,”katanya yang tidak mahu dikenali.

Seorang petugas bantuan jentera pilihanraya Manek Urai, Mohd Noor Awang, 52, turut hairan mengapa akhbar yang begitu popular itu, tidak lagi menjadi pilihan.

Beliau yang berasal dari Kemaman mahu dikenali sebagai 'Abe Noor' datang bersama kontinjen Terengganu.

Beliau berkata senario itu mungkin adalah tanda-tanda yang sangat hampir kepada kekalahan UMNO/BN.

”Saya hairan mengapa (orang ramai) tak mahu ambil dan baca Utusan, dari tadi saya perhatikan tak ada orang ambil dan baca,

”mungkin orang sudah hilang kepercayaan terhadap akhbar (itu), itu tanda-tanda yang baik bagi PAS dan Pakatan Rakyat,”
katanya.

(Gambar - Abe Noor menunjukkan seikat akhbar Utusan Malaysia yang masih belum terusik dikedai bertentangan dengan Padang Majlis Daerah Dabong)

-BuletinOnline-
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 12:31 PM | Show all posts
Berita Harian
Khamis, 09 Julai 2009  |  16 Rejab 1430

Manek Urai: Pilihan raya kecil harapan wanita keluar daripada kemiskinan
KUALA KRAI: Bagi segelintir penduduk Manek Urai, jerih getir hidup dalam kemiskinan sudah menjadi alah bisa tegal biasa.

Tak kira lelaki mahupun wanita, ada yang sejak dari kecil sampailah usia menginjak senja, hidup sentiasa dilingkari kedaifan.

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, menjadi kelaziman hampir 80 peratus penduduknya yang bergantung hidup kepada jualan getah keping dan sekerap.

Pengalaman sukarnya mencari sesuap nasi, memaksa mereka melakukan sesuatu untuk memastikan anak cucu tidak mewarisi nasib yang sama.

Justeru, golongan wanita di situ melihat pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, sebagai sesuatu yang boleh memberi sinar harapan kepada masa depan yang lebih cerah.

Tuan Zainab Tuan Abdullah, 70, warga emas yang tinggal berseorangan di Kampung Bunut Saih, di sini adalah manifestasi kehidupan di kawasan terpencil yang terabai daripada segi pembangunan.

Segalanya sukar apabila kudrat tidak lagi sekuat dulu, yang dikerah sepenuhnya ketika menoreh getah bersama-sama arwah suami.

"Suami mak cik dah meninggal 12 tahun lalu. Menoreh pun dah empat tahun tak larat, sekarang bergantung kepada bantuan warga emas dan kiriman dari anak-anak," katanya.

Walaupun sunyi tinggal bersendirian, beliau akur anak-anak yang kebanyakannya bekerja kilang tidak boleh menemaninya di rumah kecil itu kerana jika pulang, tiada sebarang jaminan kerja untuk mereka.

Kesemua anaknya kini bekerja di Kuala Lumpur dan Johor, beliau berseorangan tinggal di rumah (Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bercat kuning yang dihadiahkan kerajaan pusat hampir lima tahun lalu.

"Di sini apa yang ada, kerja yang ada hanya jadi penoreh getah. Bukannya ada pejabat atau kilang untuk budak-budak muda kerja. Kalau setakat jadi penoreh getah, nanti jadi sama macam saya. Anak-anak terpaksa merantau untuk cari rezeki di tempat lain.

"Di kampung ni, elektrik baru ada beberapa tahun lalu, yang paling teruk masalah air. Untuk minum pun susah, mak cik hanya bergantung pada air hujan yang ditadah dalam kolah. Itulah yang diguna jimat-jimat, nak ambil di sungai, kaki pun dah tak kuat," katanya.

Tuan Zainab berkata, sudah puluhan tahun beliau hidup di kampung itu, namun tidak nampak sebarang perubahan ketara dilakukan pihak yang memegang kuasa.

Buktinya, jambatan kayu merentasi Sungai Mulong yang menjadi laluan utama penduduk kampung itu untuk keluar ke bandar Kuala Krai yang runtuh sejak Disember lalu, hanya dibaiki dua minggu lalu.

"Jambatan kecil untuk kegunaan rakyat pun tak mampu buat, inikan pula nak beri benda-benda lain. Kalau nak biar orang lain yang buat kerja kita, tak payahlah pegang kuasa," katanya sinis kerana jambatan itu yang dijangka siap esok, dibaiki oleh kerajaan persekutuan dengan kos RM300,000.

Hasnah Abdullah, 51, yang juga tinggal di kampung sama, berkata setiap hari, dengan dibantu suami, beliau menoreh tiga ekar getah setiap hari untuk mendapat RM100 seminggu.

"Harga getah bergantung pada pasaran dunia, kadang-kadang tinggi. Kadang-kadang harganya jatuh. Seminggu biasanya hasil getah yang ditoreh sebanyak RM200 namun jumlah itu dibahagi dua dengan pemilik ladang," katanya.

Wang yang diperolehi itulah digunakan untuk makan-minum dan menyekolahkan anak-anak.

"Setiap hari saya berdoa hari tak hujan, tubuh badan sihat supaya boleh keluar menoreh. Itu satu-satunya punca rezeki saya sekeluarga," katanya.

Enggan terlalu merungut kerana itu satu-satunya punca rezeki yang diperolehi sehingga mampu membesarkan empat anak, termasuk dua yang masih bersekolah, Noorfazilah Hussein, 17 dan Mohd Faisal, 14, beliau bagaimanapun sentiasa mendoakan nasib anak-anak tidak sesukar yang ditempuhnya.

"Cukuplah susah setakat mak cik yang rasa. Anak-anak mak cik suruh belajar rajin-rajin, bila dah besar dapat kerja yang baik, pergilah ke mana pun untuk cari rezeki kerana di sini tak ada apa-apa," katanya.

Katanya, pilihan raya kecil kali ini diharap dapat menjadi titik perubahan kepada nasib anak-anaknya.

"Mereka janji untuk buat perubahan di Manek Urai. Itu yang kita tunggu selama ni. Saya harap penduduk di sini tahu menilai yang mana baik untuk kepentingan masa depan anak-anak," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 12:37 PM | Show all posts
Barita Harian
Khamis, 09 Julai 2009  |  16 Rejab 1430

Ketiadaan Nasharuddin tanda Pas berpecah
KUALA LUMPUR: Penganalisis politik menyifatkan tindakan Pas Kelantan yang menghalang Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, daripada turut berkempen pada pilihan raya kecil Manek Urai, Kuala Krai, sebagai dendam golongan Erdogan kepada pemimpin nombor dua Pas itu.

Pensyarah Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustapa Ishak, berkata tindakan itu juga menggambarkan perpecahan di kalangan pemimpin Pas kian tampak walaupun cuba disembunyikan.

"Saya fikir Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas Naib Presiden, Datuk Husam Musa, begitu marah dengan Nasharuddin yang menyokong idea kerajaan perpaduan.

"Bagi saya tindakan menghalang Ahli Parlimen Bachok itu daripada turut serta berkempen sebagai satu penghinaan kepada beliau. Pas juga kini berpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga kumpulan Nik Abdul Aziz," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohamed Mustapa berkata, kemelut yang melanda itu menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong parti itu dan ia peluang terbaik kepada BN sekiranya bijak menggunakan peluang di sebalik keretakan Pas.

Kelmarin, Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun, mendakwa Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok, segan atau malu untuk turun berkempen di Manek Urai.

Ketiadaan Timbalan Presiden Pas itu menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak, apakah perselisihan pendapat antara beliau dan Nik Abdul Aziz mengenai kerajaan perpaduan belum selesai.

Bagi Profesor Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata ketiadaan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, sejak sesi berkempen diumumkan membuktikan Pas Kelantan menolak pemimpin nombor dua parti itu.

"Sebenarnya Pas menghadapi Umno pada pilihan raya kecil ini ketika parti itu menghadapi kemelut kepemimpinannya. Bagi pemerhati politik ini menunjukkan ada pertelingkahan antara pucuk pimpinan dengan Pas negeri.

"Pada pendapat saya kemelut ini akan berlanjutan dan diramalkan pucuk pimpinan Pas akan berubah sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Bezanya Pas pandai menyembunyikan masalah dalaman berbanding Umno," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, berkata tindakan untuk menghalang Nasharuddin daripada berkempen adalah strategi Pas.

"Bagi saya Pas berpendapat adalah lebih baik mereka 'menghilangkan' Nasharuddin jika Pas mahu menang pilihan raya kecil itu. Ia kerana mereka beranggapan penyokong Pas Kelantan tidak boleh menerima idea beliau (Nasharuddin) mengenai kerajaan perpaduan.

"Ia adalah kesan daripada polemik mengenai kerajaan perpaduan dan juga masalah dalaman parti itu sendiri. Lebih daripada itu Pas menonjolkan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang cukup berpengaruh di negeri itu," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 12:54 PM | Show all posts
Harian Metro
Khamis, 09 Julai 2009

Keluarga, masyarakat sama penting

KUALA KRAI: Kesibukan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, memenuhi rutin hariannya berkempen bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, di sini, tidak menghalangnya menjalankan tanggungjawab ketua keluarga.

Awal pagi semalam dengan hanya berkain pelikat, Tuan Aziz menghantar dua anak lelakinya, Tuan Muhammad Iqbal, 10, dan Tuan Muhammad Nabil, 12, ke Sekolah Kebangsaan (SK) Manek Urai Baru, di sini, yang terletak 100 meter dari rumahnya.

“Sebagai ketua keluarga, saya pastikan kebajikan mereka terjaga manakala untuk masyarakat saya bertanggungjawab menyelami masalah dihadapi...senang cerita saya menganggap diri sebagai hak semua pihak,” katanya.

Beliau menukar baju sebelum bertolak ke Kampung Bunut Saih jam 8 pagi untuk meninjau kerja membina jambatan baru.

Selepas lawatan meninjau pembinaan jambatan baru itu, calon BN berkenaan meluangkan masa 20 minit bersarapan bersama penduduk di Kedai Kopi Che Yah di RPT Sungai Peria.

Kira-kira jam 11.45 pagi dia kemudian pergi ke rumah seorang penduduk yang mengalami kecacatan lumpuh seluruh badan sejak dilahirkan.

Penduduk cacat itu, Wan Kalsom Wan Ismail, 46, dikatakan tidak mendapat sebarang bantuan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berikutan kehilangan sijil kelahiran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.074712 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list