CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Pas kekalkan kerusi DUN Manek Urai

[Copy link]
Post time 13-7-2009 02:18 PM | Show all posts


TPM: Undi BN dapat jambatan baru

Jimadie Shah Othman
Jul 12, 09
9:34pm
       
Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.



Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Umno petang tadi.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.

"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN,"
katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.

Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Selain Tuan Aziz, turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad.



Manek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter.

Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.

Kejutan PAS esok

Menurut penduduk kampung, jambatan sekarang dibina kerajaan pusat pada awal tahun 90-an dan mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan. Kosnya dipercayai hampir RM5 juta.

Mengulas lanjut rancangannya itu, Muhyiddin berjanji akan membina jambatan baru itu sejurus sahaja Tuan Aziz menang dalam pilihanraya kecil 14 Julai ini.

"Saudara jadi saksi, saya akan bangunkan jambatan itu selesai saja kita menang dalam pilihanraya pada 14 haribulan ini," katanya.



Pengumuman Muhyiddin mengenai jambatan baru itu dibuat selepas diwar-warkan beliau akan membuat pengumuman penting petang ini.

Dalam ucapannya itu, Muhyidin turut berjanji akan menjadikan Manek Urai sebagai model "anak emas" kerajaan pusat, dengan menjadikannnya pusat "agropolitan" bagi memajukan penghasilan hasil taninya.

Daripada lebih 12,000 pengundi di Manek Urai, sebahagian besar mereka bergantung rezeki kepada sumber pertanian, terutamanya menoreh getah.

Esok, PAS pula dijadual membuat "kejutan besar" mereka. Kedua-dua tindakan tersebut dilihat sebagai "modal terakhir" kedua-dua pihak bagi memenangkan calon masing-masing.

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2009 02:18 PM | Show all posts
siapa nak jambatan.. cepat undi BN
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 02:22 PM | Show all posts


Nik Aziz ragu janji TPM bina jambatan

Jimadie Shah Othman
Jul 13, 09
11:45am
       
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat meragui janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan baru di Manek Urai kerana menurutnya, janji lama BN pun belum tertunai.



"Itu baru (janji) kalau (menang). Perdana menteri dulu, Pak Lah sudah isytihar dah, sebelum pilihanraya lagi, hendak buat jambatan Sultan Ismail kedua di Sungai Kelantan.

Beliau menegaskan demikian dalam sidang media selepas berceramah di Sungai Peria malam tadi.

Turut hadir berceramah, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.

Nik Aziz mengulas tawaran kerajaan pusat untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai esok.

Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Muhyiddin yang juga presiden Umno petang semalam.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

Mengulas lanjut isu tersebut, Nik Aziz berkata, tidak ada sebab rakyat Kelantan perlu mengundi BN kerana di bawah pemerintahan PAS juga, kerajaan pusat membuat pembangunan di negeri itu.



"Dalam keadaan Kelantan di bawah PAS pun, kerajaan pusat dah buat pembangunan banyak. Tak ada sebab pun kita undi Umno sebab rakyat undi PAS dari tahun 1990 sampai hari ini, kerajaan pusat juga buat pembangunannya.

"Rumah dia buat, sekolah dia buat, universiti dia buat. Perlu apa orang PAS nak undi Umno. Undi PAS pun (kerajaan) pusat buat juga.

"Dia buat melalui orang lain, melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). (Sebab) dia nak makan, bukan minum sambil menyelam, dia nak makan sambil menyelam," katanya yang juga mursyidul am PAS.

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 02:24 PM | Show all posts
kalau menang ..dapat la jambatan tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 02:31 PM | Show all posts
Anwar cabar SPRM siasat janji Muhyiddin

Jimadie Shah Othman
Jul 13, 09
12:01pm       

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tawaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan baru di Manek Urai sekiranya pengundi memilih calon BN dalam pilihanraya kecil esok, adalah satu perbuatan rasuah

Sehubungan itu, beliau mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara tersebut.



Anwar menegaskan demikian dalam ceramahnya bersama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang di hadapa hampir 5,000 penyokong - jumlah terbesar dalam tempoh berkempen - di Sungai Peria malam tadi.

"Mana ada jambatan siap sehari. Mu (kamu) Muhyiddin, bukan Nabi Sulaiman. Barangkali dia nak ikut kita masa pilihanraya dulu, (berjanji kalau) Pakatan menang hari ini, esok turun harga minyak. Itu bolehlah, itu isytihar saja.

"Dari sudut undang-undang ini salah, saya cabar SPRM, kalau kamu betul-betul amanah, mu siasat dan igat (tangkap) Muhyiddin kerana dia (buat) janji palsu ini.

"Kalau dia beranilah. Mana boleh, kalau nak jambatan pangkah Umno-BN. Mu pangkah BN pada 14 haribulan, 15 haribulan buat jambatan. Dia ingat bapak dia punya negeri," katanya.

Semalam, Muhyiddin menawarkan untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama, yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.

Muhyiddin dilaporkan berkata: "Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN."



Manek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter.

Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.

Royalti minyak

Sementara itu, Anwar berkata, beliau akan membawa isu royalti minyak Kelantan ke parlimen dalam persidangan akan datang.

“Menang saja di Manek Urai, pada sidang parlimen akan datang, hari pertama atau kedua, saya bersama (pemimpin DAP) Lim Kit Siang dan saudara kita (yang lain) akan bangun tuntut kerajaan
persekutuan bagi balik wang kepada kerajaan Kelantan,”
katanya.

Anwar berkata demikian dalam ceramah di hadapan hampir 5,000 penyokong bersama Lim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat di Sungai Peria, Manek Urai semalam.

Beliau mengulas kontroversiti isu royalti minyak Kelantan yang dituntut Nik Aziz, melalui suratnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

Kerajaan Kelantan dilaporkan menuntut sebanyak RM1 bilion yang didakwa tidak dibayar sejak tahun 2004.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Najib yang juga menteri kewangan perlu memberikan penjelasan berhubung tuntutan itu.

“Ini hak kita (rakyat Kelantan). Kita akan gegarkan parlimen. Penduduk Manek Urai buat keputusan. Kita nak menteri kewangan jawab masa itu juga. Pulangkan balik kepada rakyat kelantan,” katanya disambut tepukan gemuruh.

Berhubung janji-janji pembangunan BN sepanjang tempoh berkempen, antaranya hendak membina majid baru di Temalir, Anwar berkata:

“(Pilihanraya kecil) Manek Urai bukan soal satu masjid baru dia nak buat. Cukuplah masjid di Manek Urai... Bagi balik RM1 bilion kepada rakyat Kelantan, saya jamin masjid lebih cantik dibangunkan dengan ehsan tuan guru nik aziz. Tak payah bimbanglah soal masjid,” katanya.



Sementara itu, Lim dalam majlis yang sama mengkritik Najib kerana didakwanya gagal membanteras masalah jenayah dan rasuah dalam negara setelah seratus hari mentadbir negara ini.

“Dalam sebelas hadiah hadiah beliau tidak disentuh langsung bagaimana membanteras jenayah dan korupsi. Seratus hari beliau, belum ada apa-apa cadangan (untuk itu).”

Najib kelmarin membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi perdana menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru.

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 02:33 PM | Show all posts
salah ke? rasuah ke? kena siasat ke? alamak.. abih cam no nih..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2009 02:36 PM | Show all posts


Nik Aziz isytihar esok cuti umum

Jul 13, 09 11:54am       

Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja, lapor Bernama.

"Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab 'cuti peristiwa'.

"Dalam semangat prodemokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian,"
Nik Aziz dipetik berkata.

Pilihanraya kecil kerusi DUN itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50.

Ia diadakan susulan kematian ADUN PAS Ismail Yaakob pada 22 Mei
lepas.

Bercakap di sidang akhbar di pejabatnya di Kota Bharu hari ini, Nik Abdul Aziz berkata cuti semasa pilihan raya kecil bukanlah perkara baru, malah pernah dilaksanakan kerajaan Pulau Pinang semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ogos lalu.

"Saya tidak tahu mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan hari mengundi pada hari bekerja, sepatutnya (diadakan pada) hari cuti mingguan dan cuti sekolah," katanya seperti dilaporkan.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau seterusnya menasihatkan pengundi kawasan DUN Manek Urai supaya beramai-ramai keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab itu "sebagai satu
ibadah".


Tambahnya, beliau bersyukur orang ramai kini semakin matang berpolitik apabila tidak berlaku sebarang kejadian tidak ingini sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut sehingga ini.

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 02:38 PM | Show all posts
"Saya tidak tahu mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan hari mengundi pada hari bekerja, sepatutnya (diadakan pada) hari cuti mingguan dan cuti sekolah," katanya seperti dilaporkan.

saya pun tak faham kenapa hari mengundi dibuat pada hari bekerja..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2009 04:17 PM | Show all posts
MANA BAIK BERNIAGA IKAN ATAU RASUAH ?

Written by Wartawan Buletin       
Saturday, 11 July 2009 11:18



MANEK URAI – Bagi seorang anak muda Abdul Rahim Jusoh, 38, kata-kata pemimpin UMNO yang memperlekehkan profesyen ‘Tok Peraih Ikan’ adalah dianggap ‘hodoh’.

Beliau telah menjadi ‘Tok Peraih Ikan’ sejak 10 tahun lalu di pasar Gunong, Bachok berkata tidak patut perkataan seperti itu dibuat pemimpin UMNO.


”Kita boleh hidup, boleh ‘pelihara’ anak dan bini dengan menjual ikan, tidak patut pemimpin UMNO merendah-rendahkan calon PAS ‘Abe Uji’ seorang pemborong ikan,”katanya yang ditemui selepas majlis Himpunan Pemborong dan Penajaja Ikan Negeri Kelantan di pasar Laloh disini petang semalam.

(Gambar kiri - Abe Uji terharu, seluruh pemborong dan penjaja ikan negeri Kelantan memberikan sokongan moral kepadanya)

Rakan sekerjanya Mat Kori Mat Ghani yang juga dari pasar yang sama turut hadir sebagai menyatakan bantahan kepada kenyataan pemimpin UMNO yang mengatakan seolah-olah Abe Uji tidak layak untuk menyaingi calon UMNO dalam pilihanraya kecil Manek Urai.

Mat Kori berkata, beliau berumahtanggga dan kini mempunyai empat orang cahayamata, adalah hasil dari perniagaan ikan yang diceburinya sejak 15 tahun lalu. (Gambar kanan - Rahim Jusoh dan Mat Kori)

Manakala Husin Hamid, 48, (gambar bawah) peniaga ikan dari pasar Tok Jembal, Kota Bharu berkata, beliau ‘kecil hati’ apabila pemimpin UMNO melontarkan kata-kata yang dianggapnya sebagai ‘menghina’.



”Saya sudah berniaga, menjaja ikan sejak 25 tahun lalu, enam anak saya besarkan dengan titik peluh hasil menjual ikan,

”tiga anak saya menjejakkan kaki ke universiti dan saya dapat membina rumah sendiri dengan pendapatan menjual ikan, apa hinanya seorang ‘Tok Peraih’?,”
soal beliau.

Sebelum itu, dalam majlis yang sama, Pengerusi Peniaga Ikan negeri Kedah, Zulifli Bidin tidak setuju dengan anggapan bahawa Abe Uji tidak layak menyaingi calon UMNO dalam pilihanraya kecil Manek Urai.

Beliau dan tiga rakannya datang memberikan sokongan moral apabila membaca berita seorang pemborong ikan telah diberikan amanah oleh pemimpin PAS untuk menjadi calon dan bertanding dalam pilihanraya.



”Saya telah berniaga ikan sejak kecil, saya tidak bersetuju dengan anggapan pemimpin UMNO, ia tidak adil dan tidak sepatutnya pemimpin UMNO berkata demikian,”jelasnya.

Turut berucap dalam Majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Azizi Nik Mat yang berkata, kerja menjual ikan adalah lebih baik dari kerja ‘rasuah’ yang menjadi amalan pemimpin UMNO.

Beliau berkata demikian sebagai resepon kepada kenyataan Timbalan Presiden UMNO  Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah memperkecil-kecilkan profesyen calon PAS Abe Uji.

“Mana baik jual ikan dengan terima rasuah ? Parti dia (Muhyidin) ni sah terima rasuah, mana baik tetrima rasuah dengan menjual ikan ?

”Jual ikan ni halal, rasuah Islam pun kutuk, demokrasi pun kutuk, dia tak kata apa kerana dia berasa bangga dengan terima rasuah,”
katanya.

Lihat Video Klip Tok Guru Nik Aziz di Buletin Online Channel

-buletinonline-
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 04:22 PM | Show all posts
LIMA CERAMAH MALAM INI DAN MUNAJAT PAGI ESOK DI PRK MANEK URAI
                       
Written by Editor          
Sunday, 12 July 2009 13:17

MANEK URAI – Dua hari menjelang hari mengundi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, PAS meneruskan siri ceramahnya di lima Peti Undi. Sementara itu satu Munajat Jamaei akan diadakan di Masjid Manek Urai Baru bagi memohon pertolongan dari Allah SWT.













-buletinonline-
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 04:29 PM | Show all posts
MANEK URAI – Dua hari menjelang hari mengundi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, PAS meneruskan siri ceramahnya di lima Peti Undi. Sementara itu satu Munajat Jamaei akan diadakan di Masjid Manek Urai Baru bagi memohon pertolongan dari Allah SWT.

saya bukan lah ahli PAS, tapi saya begitu tertarik dan mengkagumi cara PAS menghadapi pilihanraya...contoh nya seperti di atas ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 04:42 PM | Show all posts
BN HANYA PANDAI BERJANJI DAN MENGUGUT RAKYAT       
               
Written by SM Noor          
Monday, 13 July 2009 03:53

Jambatan Sultan Yahya Petra dari Kota Bharu ke Pasir Pekan belum terlaksana kini berjanji mahu membina sebuah jambatan baru di Manek Urai. (Rujuk Berita Buletin Online)

MANEK URAI – Bendahari PAS Pusat Dr. Mohd Hatta Ramli menyelar UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan yang tidak bertanggungjawab yang hanya pandai berjanji dengan meletakkan syarat dan sekaligus mengugut rakyat.



Beliau berkata PAS tidak pernah menolak pembangunan dan selaku Ahli Parlimen Kuala Krai, beliau mengalu-alukan langkah kerajaan pusat sekiranya mereka benar-benar serius untuk berbelanja berbilion ringgit di Manek Urai.

Namun sebaliknya, katanya, ia hanyalah janji-janji politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah kerajaan yang lemah dan tidak yakin akan menang dalam PRK Manek Urai.

”Inilah janji-janji politik yang dibuat dalam pilihanraya kecil ini, dihujung ucapan beliau tadi, apabila menjanjikan jambatan baru,  apabila menjanjikan Bandar Manek Urai ini (akan menjadi) sebagai bandar Agropolitan,

”dihujungnya ada syarat, (iaitu) kalau BN menang pilihanraya (kecil Manek Urai,”katanya dketika berucap dalam ceramah di Dataran Hijau, Sungai Rek, disini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyidin Yassin yang berjanji dalam ucapannya petang semalam, akan membina jambatan dan pelbagai janji lain, sekiranya BN menang.

Dr. Hatta berkata, dengan ‘janji bersyarat’ itu, BN telah menafikan hak rakyat Manek Urai sebagai sebahagian dari negeri Kelantan dan sebagai rakyat Malaysia.

”Mana boleh kerajaan Malaysia meletakkan syarat hanya untuk tempat yang mereka menang sahaja pembangunan akan dibawa dan mereka akan menafikan tempat yang mereka tidak menang,

”ini (ia) bukan satu kerajaan yang bertanggungjawab,”tegasnya

Katanya, Manek Urai adalah sebahagian dari Kelantan yang menjadi sebahagian dari Malaysia dan kita sebagai rakyat adalah sebahagian daripada Negara ini.


Beliau turut mempersoalkan, mengapa BN meletakkan syarat ‘kalau menang’ kerana katanya kerajaan pusat kena sedar  Manek Urai adalah sebahagian daripada tanah pemerintahannya.

Beliau turut menyifatkan syarat itu adalah merupakan satu ugutan yang dibuat oleh BN kepada warga Manek Urai.

”Inilah satu pemerintah yang tidak yakin dengan keupayaannya lalu meletakkan satu umpan, seolah-seolah satu ugutan, (dengan berkata) kalau kamu nakkan pembangunan kamu mesti menangkan Barisan Nasional,”jelasnya.


Katanya, PAS kecewa dengan sikap Muhyidin kerana menurutnya kerajaan PAS Kelantan tidak meng’anaktiri’kan enam DUN yang dikuasai BN dinegeri Kelantan.

”Kita (PAS) kecewa dengan cara begini,

”Walaupun kita tak berkuasa di enam Dun dalam negeri Kelantan ini yang dikuasai oleh BN, kita tidak pernah menganaktirikan (DUN tersebut),



”apa yang dapat (diperolehi) di DUN-DUN yang kita menang akan didapati (diperolehi) juga (oleh) di DUN-DUN yang kita tidak menang,

”inilah kerajaan (Kelantan) yang adil, tapi BN hanya pandai mengugut dan meletakkan syarat-syarat yang berat sebelah,”
tegas beliau.

Janji-janji BN, menurutnya hanya janji-janji politik yang cuba mengumpan para pengundi DUN Manek Urai kerana sebelum ini mereka telah berjanji dan gagal ditunaikan.

”Untuk makluman tuan-tuan Kuala Krai (telah) diluluskan sebuah hospital dalam RMK 9, tetapi bila di Parlimen apabila ditanya katanya tak ada duit, ditangguhkan, tiba-tiba dalam pelan pembangunan anak angkat emas BN (di) Manek Urai ini, timbul pula buat hospital,”katanya.

Beliau juga mendedahkan bahawa janji kerajaan UMNO/BN mahu membina jambatan Sultan Yahya Petra dari Kota Bharu ke Pasir Pekan belum terlaksana, namun kini mereka berjanji pula, mahu mendirikan sebuah jambatan baru di Manek Urai.

Lihat Video Klip Dr Hatta di Buletin Online Channel

-BuletinOnline-
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 04:53 PM | Show all posts
PESANAN DAN HARAPAN PRESIDEN PAS KEPADA PENGUNDI MANEK URAI       
               
Written by Wartawan Buletin          
Monday, 13 July 2009 05:24

MANEK URAI – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berpesan kepada para pengundi Manek Urai yang akan keluar mengundi pada 14 Julai ini supaya memilih pemimpin yang amanah.



Ia adalah kerana katanya, mengundi dan memilih kerajaan adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di hari kiamat nanti.

Beliau berkata, RasuluLlah SAW telah bersabda ‘peniaga yang amanah bersama kebenaran’ dengan merujuk kepada calon PAS Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji) sebagai seorang peniaga yang amanah.

”Peniaga-peniaga ikan percaya kepada dia (Abe Uji), peniaga-peniaga kecil percaya kepada dia, kalau (para peniaga) tidak percaya kepada dia, ‘mapuhlah’ (tutuplah) perniagaannya,

(Gambar - Presiden PAS mengakhiri ucapannya dengan mengajak semua hadirin berdoa memohon pertolongan dari Allah SWT)

“dia (Abe uji) telah berniaga beberapa lama, ini (adalah bukti) kejayaan amanahnya,”katanya dalam ceramah di Kampung Sungai Rek, Laloh, disini semalam.


Katanya, para pengundi mesti memilih kerajaan yang amanah bukan parti yang khianat dan UMNO adalah parti yang khianat kerana mengamalkan rasuah.

Menurutnya, rasuah yang berlaku dalam pemilihan  pemimpin UMNO diakui oleh pemimpin mereka sendiri, malah katanya rasuah turut berleluasa pada waktu pilihanraya.

Katanya antara wang yang diperolehi oleh pemimpin UMNO untuk memberi rasuah adalah dari tauke-tauke besar, termasuk tauke getah.

Oleh kerana itu, harga getah yang turun tidak dapat dinaikkan kerana pemimpin UMNO telah terhutang budi kepada tauke-tauke getah.

”Pemimpin UMNO, bila dia jadi kerajaan bagaimana dia nak naikkan harga getah, macamana nak turunkan harga gula, macamana nak turunkan harga minyak,


“kerana tauke-tauke ini beri pitih (duit) kepada dia, untuk menang pilihanraya, untuk jadi pemimpin,

”macaman dia nak tunaikan amanah ?,”terangnya.

Katanya kerajaan Kelantan telah menunaikan amanah dengan mentadbir negeri dengan baik dan memberikan tanah kepada penduduk di Manek Urai.

Oleh itu, katanya, pengundi Manek Urai mesti menunaikan amanah dengan memilih pemimpin yang amanah dan kerajaan yang amanah.

Justeru, katanya, menjadi harapan dari pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat supaya ibu bapa dan waris-waris  melaksanakan amanah memanggil anak-anak dan saudara mereka yang berada diluar untuk pulang menunaikan amanah untuk mengundi.

Lihat Ucapan Presiden di Buletin Online Channel

-BuletinOnline-
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 01:00 AM | Show all posts

Sokongan terhadap PAS merosot? 'Heavyweight' Pakatan gempur MU malam ini

13 Jul 2009 11:06AM

KUALA KRAI: Kurang 48 jam, lebih 12,000 pengundi di Manek Urai akan menentukan wakil rakyat dan parti pilihan mereka Selasa ini selepas berada di bawah PAS.

Kalau sebelum penamaan calon, PAS mendahului dengan 60 peratus sokongan manakala 40 peratus pengundi memihak kepada Barisan Nasional (BN), namun jurang itu kini semakin rapat sehinggakan ada yang berpendapat BN boleh menggugat kedudukan PAS.

Ini kerana beberapa kawasan kubu kuat PAS misalnya di Chuchoh Puteri, Sungai Sok dan Lata Rek kini boleh dimasuki jentera BN. Perkara itu adalah mustahil sebelum ini. Faktor generasi muda yang dahagakan pembangunan juga menyumbang ke arah itu.

Tumpuan juga diberi kepada kawasan peti undi yang mempunyai populasi pengundi yang tinggi seperti di Sungai Perial dengan 2,019 pengundi, yang juga peti undi tertinggi daripada sembilan peti undi di Manik Urai.

Pemerhati politik melihat keadaan itu sebagai pengukur kepada kematangan politik pengundi selain tiada isu tempatan yang mendesak dibangkitkan kecuali keduadua pihak cuba memainkan isu yang dekat dengan pemikiran "Melayu Pantai Timur".

PAS masih bersandar pada isu Islam dan dakwaan kerajaan persekutuan menganaktiri rakyat negeri itu melalui tuntutan royalti minyak, manakala BN pula berjanji untuk membawa pembangunan dan menjadikan kawasan itu "anak emas" kerajaan persekutuan.

Sentimen pengundi pula dikatakan tidak "sehebat" ketika pilihan raya kecil Bukit Gantang sebelum ini yang "panas" dengan isu krisis perlembagaan selain demografi pengundinya yang berbilang bangsa.

Demografi pengundi yang bersifat "homogenus" dengan 99.2 peratus pengundi adalah Melayu, kebanyakannya daripada kelas bawahan seperti pekebun kecil dan penoreh getah menghadkan spektrum isu yang boleh dimanipulasikan di Manik Urai.

Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli mengakui persaingan sengit di Chuchoh Puteri, Laloh dan Manik Urai Lama, kawasan yang dipercayai mempunyai pengundi di atas pagar.

"Toughfight (persaingan sengit)," kata Bendahari PAS itu walaupun optimis partinya mampu mengekalkan Manik Urai yang dimenangi sejak 1959. Kawasan itu pernah jatuh ke tangan BN pada 2004 ketika Ismail Yaakob, yang meninggal dunia 22 Mei lepas, tidak bertanding.

Di atas kertas PAS hanya mempunyai kira-kira 700 ahli di Manek Urai dengan Umno mempunyai lebih 4,000 ahli, namun angka itu tidak menjanjikan laluan mudah buat calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, bekas pegawai Kesedar.

"Ahli kita sikit tapi penyokong kita ramai," kata seorang pemimpin PAS tempatan yang optimis pengundi luar kawasan, dianggar lebih 1,000 orang, akan mengundi Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan.

Sungguhpun bilangan pengundi Cina dan India kecil, masing-masing 52 dan 28 orang, keduadua parti yang bertanding turut bersaha mendapatkan sokongan mereka melalui parti komponen serta kelab penyokong parti.

Kempen kedua pihak dilihat semakin intensif dengan beberapa kejutan diumum. BN hari ini mengumum akan membina jambatan baru di Manek Urai Lama jika parti itu menang selain mahu menjadikan kawasan yang didominasi pekebun kecil, penoreh getah dan peneroka itu sebagai "kota agropolitan".

"Kejutan" PAS dijangka diumumkan esok, kata pengarah pilihan raya PAS Kelantan Abdul Fattah Harun.

"Malam ini juga menyaksikan penceramah "heavyweight" pembangkang, termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan turun berkempen.

Persoalannya, mampukan kejutan PAS itu mengekalkan "status quo" di Manek Urai, 14 Julai ini, atau pengundi membuat pilihan sebaliknya selepas menjadi saksi kepada apa dilakukan parti itu yang memerintah Kelantan, sejak 19 tahun lepas. / Bernama


Final lap. Manek Urai bakal ukur pandangan politik orang Melayu

-KLpos-
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 01:03 AM | Show all posts
Makin ramai polis di MU, PAS tak senang

13 Jul 2009 5:28PM

KUALA KRAI: Pas masih tidak menyenangi kehadiran terlalu ramai anggota polis di Manek Urai dan meragui peranan mereka pada pilihan raya kecil itu, Selasa ini.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fattah Haron berkata kenderaan polis yang banyak diletakkan di tepi dan persimpangan jalan terutama di Laloh telah menimbulkan kesulitan kepada pengguna jalan.

"Kita sudah membuat aduan termasuk menelefon pihak terbabit tetapi keadaan masih tidak berubah," katanya pada sidang media harian di Markas Penerangan Pas Manek Urai di sini, hari ini.

Beliau mahu pihak polis segera mengambil tindakan mengatasi perkara itu bagi melicinkan pergerakan lalu lintas menjelang hari pengundian Selasa ini.

Walaupun usaha menghubungi Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi untuk mendapat ulasannya menerusi panggilan dan khidmat pesanan ringkas (sms) yang dihantar tidak dibalas. / Bernama

-KLpos-
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 01:07 AM | Show all posts
Kempen di MU berakhir, keputusan mula diketahui 8.00 malam

13 Jul 2009 11:55PM

KUALA KRAI: Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dijangka diketahui seawal jam 8 malam esok, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata SPR tidak menjangka sebarang masalah untuk mengumumkan keputusan awal berdasarkan kawasan DUN itu yang kecil.

"Sasaran kami ialah lebih 85 peratus daripada 12,293 pengundi akan mengundi pada hari berkenaan kerana 90 peratus daripada pengundi adalah petani, penoreh getah dan nelayan. Jadi mereka tidak tertakluk kepada hari bekerja.

"Lebih kurang 1,300 pengundi luar pula, bukan semuanya dari Lembah Klang. Kebanyakan dari sekitar Kelantan dan Pahang, jadi saya harap mereka dapat pulang dan keluar mengundi beramai-ramai esok," katanya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra I di sini, hari ini.

Beliau berkata, suasana kempen yang bermula 6 Julai lalu berjalan dengan aman dan tidak ada sebarang insiden buruk yang boleh menjejaskan perjalanan proses pilihan raya kecil dilapor berlaku.

"Kami harap sehingga calon yang menang diumum tidak akan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

“Melalui pemantauan yang dibuat Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya pula didapati parti yang bertanding mematuhi undang-undang dari segi pemasangan bahan kempen," katanya.

Bagi bahan kempen yang menyalahi peraturan, tindakan menurunkan bahan berkenaan sudah dibuat dan pasukan ini mendapat kerjasama daripada wakil parti, katanya.

Abdul Aziz berkata, maklumat pengundi seperti nama pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor siri dalam daftar pemilih boleh didapati di 25 barung SPR yang dibuka dalam jarak 50 meter di luar pusat mengundi.

"Sejumlah 72 kerusi roda iaitu masing-masing lapan kerusi roda bagi setiap sembilan pusat mengundi akan disediakan SPR untuk kemudahan pengundi-pengundi uzur atau kurang upaya," katanya.

Pusat pengundian juga disediakan dengan Zon Umum Menurunkan Pengundi bagi kenderaan yang membawa pengundi ke tempat mengundi, katanya.

"Tiada sebarang bendera atau lambang parti atau apa-apa benda yang menjurus kepada bentuk kempen dibenar dilekatkan pada kenderaan itu melainkan pelekat kenderaan khas yang sudah diedarkan kepada parti bertanding," katanya.

Abdul Aziz berkata, sebarang aduan berkaitan perjalanan pilihan raya kecil itu termasuk yang berkaitan dengan aktiviti kempen boleh dibuat ke Bilik Gerakan SPR di talian 09-7471966 atau 09-7471998.

Beliau turut meminta kerjasama semua parti politik dan calon yang bertanding supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan serta arahan polis bagi menjamin kelancaran pilihan raya kecil itu.

"Tempoh berkempen yang bermula pada hari penamaan calon, 6 Julai lalu akan berakhir jam 12 tengah malam ini, selepas itu tidak dibenarkan lagi sebarang aktiviti berkempen, organisasi media juga diminta mematuhi arahan larangan berkempen pada hari mengundi," katanya. / Bernama



-KLpos-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2009 01:10 AM | Show all posts
Malam akhir: BN adakan solat hajat disemua sembilan peti undi

14 Jul 2009 12:40AM

KUALA KRAI: Barisan Nasional (BN) malam ini mengadakan majlis solat hajat di semua sembilan peti undi di Manik Urai menjelang hari pengundian pilihan raya kecil kawasan itu esok.

Majlis solat hajat di Bilik Operasi Induk BN di Sungai Sok Luar, Manik Urai, diimamkan Datuk Mustapa Taib disertai kira-kira 200 jemaah termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno.

Solat hajat yang bertujuan memohon kemenangan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, itu diadakan selepas solat Maghrib sebelum diteruskan dengan majlis tahlil dan solat Isyak berjemaah.

Ia diadakan selepas jentera parti bekerja keras sejak penamaan 6 Julai lalu.

Turut sama dalam solat hajat berjemaah itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Umno Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Abdul Rahman.

Bermula pukul 8 pagi esok, 12,293 pengundi Manik Urai akan memilih wakil rakyat pilihan mereka, Tuan Aziz dari BN atau calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50. / Bernama



-KLpos-
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 01:40 AM | Show all posts
Manek Urai: Mungkinkah ada kejutan hari ini?

Jimadie Shah Othman & Hafiz Yatim
Jul 14, 09
12:05am       

Kesesakan di Manek Urai sepanjang tempoh berkempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai, sampai ke kemuncaknya hari apabila lebih 12,000 pemilih yang layak, keluar mengundi mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini untuk memilih wakil rakyat mereka - Tuan Aziz Tuan Man dari BN atau Mohd Fauzi Abdullah dari PAS.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjangka keputusan pilihanraya kecil hari ini dapat diketahui seawal jam 8 malam.



Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR tidak

menjangka sebarang masalah untuk mengumumkan keputusan awal berdasarkan kawasan DUN itu yang kecil.

Beliau berkata, sasaran SPR ialah lebih 85 peratus daripada 12,293 pengundi akan mengundi hari ini kerana 90 peratus daripada pengundi adalah petani, penoreh getah, nelayan dan tidak tertakluk kepada hari bekerja.

Manakala Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga telah mengumumkan hari ini sebagai cuti am untuk membolehkan pemilih keluar pengundi.

Sepanjang tempoh lapan hari berkempen, BN dilihat menggunakan isu latar belakang pendidikan dan karier calon PAS yang lebih dikenali sebagai Abe Uji - seorang pemborong ikan.

Manakala calon BN, Tuan Aziz pula merupakan lulusan ijazah pengurusan teknologi daripada Universiti Utara Malaysia.

Isu memperlekehkan latarbelakang Abe Uji itu telah mencetus rasa tidak puas hati di kalangan peraih dan peniaga ikan di Kelantan dengan mengadakan bantahan di Manek Urai Jumaat lalu.

Di samping itu, BN juga menjadikan isu pembangunan sebagai taruhan utamanya, antaranya menjadikan Manek Urai anak emas kerajaan pusat, menjadikannnya sebagai kota agropolitan serta membina beberapa kemudahan baru - termasuk jambatan baru dua lorong di Manek Urai Lama, sekolah kebangsaan di Chuchoh Puteri dan masjid baru di Temalir.

Oleh kerana faktor agama memainkan peranan penting di sini, BN juga cuba menyampaikan mesej kempennya bahawa pembangunan dan kemajuan merupakan sebahagian daripada tuntutan agama, bukan sekadar kejayaan di akhirat semata-mata.

BN turut mengadakan ajlis solat hajat di semua sembilan peti undi di Manik Urai malam tadi di bilik operasi BN di Sungai Sok Luar, Manik Urai, yang disertai kira-kira 200 jemaah, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno, memohon kemenangan calonnya.

Dalam kempennya, BN juga menggunakan isu kerajaan perpaduan, dengan cuba "melaga-lagakan" antara Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, dengan Mursyidul Amnya, Nik Aziz. Ini tergambar melalui risalah harian mereka Suara Manek Urai yang diterbitkan secara harian.



Sementara PAS pula menyentuh isu penyalahgunaan jentera dan kakitangan kerajaan, antaranya penggunaan helikopter oleh Muhyiddin semasa berkempen. Isu tuntutan royalti minyak Kelantan berjumlah RM1 bilion yang diketengahkan oleh exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, juga dilihat berkesan.

Hari ini, PAS mengeluarkan risalah khas isu royalti tersebut, bertajuk "Fakta Sebenar Minyak Kelantan" yang menggunakan hujah ilmiah dan penuh. Menariknya, risalah itu dicetak menggunakan keseluruhannya dakwat biru, seperti kelaziman dalam cetakan BN.

Jika isu pembangunan menjadi penentu kemenangan calon masing-masing, maka pengundi Manek Urai perlu membuat pilihan antara royalti minyak yang diperjuangkan PAS atau pembangunan insfrastuktur BN yang dijanjikan segera, sejurus selepas kemenangan dicapai esok.

Isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan rumah mewah bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo, terus dimainkan dari masa ke semasa dalam kempennya.

Ceramah bukan ukuran



Sementara itu, diukur daripada jumlah kehadiran ke ceramah, PAS ternyata dapat mengumpulkan penyokong dengan angka yang jauh melebihi kehadiran di program BN.

Semalam, tiga tunggak utama Pakatan Rakyat - Anwar, penasihat DAP Lim Kit Siang dan Nik Aziz - mengumpulkan hampir 5,000 penyokong dalam ceramah di Sungai Peria. Sementara majlis timbalan perdana menteri petang kelmarin hanya mengumpulkan penyokong kira-kira 200 orang.

Bagaimanapun, kehadiran itu tidak dapat menjadi pengukur sokongan kerana secara tradisinya, tempat PAS berceramah bukan sekadar menjadi tempat penerangan parti tetapi juga pusat perniagaan yang dibanjiri para peniaga kecil.

PAS menang di Manek Urai 10 daripada 12 kali pihanraya umum. Terbaru, mereka hanya tewas pada 2004, ketika Ismail Yaacob atau Pok Su Wel, tidak bertanding.

Sepanjang lima kali bertanding, beliau menang kesemuanya. Kelebihan beliau sehingga kini masih dijadikan taruhan PAS yang menostalgiakan tokoh itu dengan memainkan lagu khas berirama dikir barat dan dokumentari pendek sebagai sanjungan kepadanya sebelum berceramah.



Sebuah jalan di Manek Urai Baru turut dinamakan Jalan Pok Su Wel.

Sumber PAS memberitahu, sehingga hari ini, parti Islam itu selamat dengan 58 peratus sokongan. Sejak semalam, Nik Aziz dan pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Fatah Harun menyatakan keyakinan akan menang dalam pilihanraya kecil esok.

Esok jadi tumpuan

Bagaimanapun, mereka berdua kelihatan masih risaukan kehadiran pengundi hantu. Keharian 3,000 anggota polis di kawasan tersebut masih mengundang kecurihgaan berterusan pemimpin PAS.

Sumber Umno pula memberitahu, mereka yakin dengan sokongan lebih 50 peratus setakat ini. Semua mata kini tertumpu ke Manek Urai. Selepas "pengumuman besar" pembinaan jambatan semalam, BN dilihat sudah kehabisan peluru. PAS pula, yang menjanjikan kejutan besarnya hari ini.



Nik Aziz mengumumkan esok sebagai cuti umum di Kelantan bagi memudahkan pemilih keluar pengundi. Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada perkara itu merupakan kejutan yang dijanjikan. Jika tidak, BN akan menghadapi masalahnya - serangan terakhir dan muktamad PAS.

Dalam pilihanraya lalu, PAS menang dengan majoriti 1,352 undi. Lantaran itu, semua mata tertumpu kepada hari pengundian esok. Persoalannya apakah PAS mampu mempertahankan kerusi itu dengan majoriti yang selesa.

Ataupun pilihanraya kecil esok akan membawa tuah kepada BN dan menandakan berakhirnya 'kekecewaannya' yang sering tewas dalam pilihanraya kecil sejak pilihanraya umum tahun lalu - kecuali di Batang Ai, Sarawak - sepertimana yang diharapkan oleh timbalan perdana menteri.

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 01:48 AM | Show all posts


Umno: Lebih 50% janji sokong BN

Muda Mohd Noor
Jul 13, 09
2:50pm
       
Tinjauan sikap yang dibuat oleh Wanita Umno menunjukkan lebih 50 peratus daripada 12,293 pengundi Manek Urai akan mengundi calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, esok.

Ketua Wanita Umno bahagian Manek Urai, Rohani Abdul Majid berkata, kira-kira 5,900 pengundi termasuk ahli Umno dan pengundi atas pagar, berjanji mengundi Tuan Aziz.

"Ini yang mereka janji kepada kita, tidak tahulah apa yang mereka cakap itu tidak betul. Tetapi dari reaksinya, ia tanda yang positif dan akan mengundi BN.



"Kita juga berjaya mendekati beberapa kawasan pengundi PAS,

tetapi kawasan `hijau' kita tidak boleh masuk,' katanya ketika dihubungi hari ini.

Tuan Aziz, ketua Pemuda Umno Kuala Krai ditentang oleh Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan yang juga bendahari PAS kawasan Kuala Krai.

Pilihanraya kecil tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya Ismail Yaacob 22 Mei lalu.

1,500 tak dapat dikesan

Rohani berkata, bagaimanapun, pihaknya mendapati kira-kira 1,500 pengundi tidak dapat dikesan walaupun nama mereka ada dalam daftar pemilih.

"Nama ada, alamat ada tetapi orang tidak ada. Bila kita tanya penghulu atau ketua kampung, mereka kata tidak tahu.

"Maknanya orang kampung tidak kenal mereka, mungkin ini yang dikatakan sebagai pengundi hantu,"
katanya.

Rohani juga mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pengundi Manek Urai perlu mengundi Tuan Aziz jika mahu sebuah jambatan.

Menurut ketua Wanita Umno bahagian Kuala Krai itu,"orang PAS pandai kata sahaja tetapi ambil semua projek BN."

Bantuan kerajaan pusat

Beliau berkata, projek pembinaan jambatan itu untuk rakyat, sama seperti pembinaan sekolah, klinik dan sebagainya.

"Pembinaan jambatan dikatanya rasuah tetapi bantuan persekolahan kerajaan pusat untuk pelajar miskin, anak orang PAS ambil juga.

"Kita nak tengok kalau jambatan itu dibina nanti, adakah orang PAS lalu atau tidak," tambahnya.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai esok.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih Tuan Aziz.

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 07:09 AM | Show all posts
THE NEW STRAITS TIMES - 14/07/09


Manik Urai by-election: Public holiday declared in Kelantan

2009/07/13

KOTA BARU, Mon: Kelantan has declared tomorrow a public holiday for all state government staff and federal government employees working in the state.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said the public holiday was regarded as an occasion holiday under the constitution and law.

At a specially-held press conference at his office in Kota Darulnaim here today, he added that the decision was made after considering public interest in view of the Manik Urai state seat by-election tomorrow, which is a working day.

Asked whether the move would be a loss to employers in terms of paid salary and production at the manufacturing plants, he said employers must not just think of profit.

"This (declaring polling day public holiday) is not new as the Penang government had also done it for the Permatang Pauh by-election.

"I don't know why the Election Commission chose a working day for polling day, and not a weekend holiday or school holiday," he said and urged voters to come out and vote as "it is a responsibility". - BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.064552 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list