CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: redmoskito

PIC wedding DARLING AND AZLIN!!!!!!!! MORE PIC @ PG 3............

[Copy link]
Post time 3-6-2009 04:35 PM | Show all posts
simple jeks...
tapi sweet....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2009 04:35 PM | Show all posts
ingatkan fafau tak dtg.. jadik pengapit ropenye..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 04:36 PM | Show all posts
comei farah fauzana..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 04:37 PM | Show all posts
wahhhh..tahniah!!!

comel si darling ni..tp laki die...errr..oklah gak..sesuai la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 04:39 PM | Show all posts
Originally posted by kakleen at 3-6-2009 16:36
comei farah fauzana..


kan?
suke baju fafau..tp leher V dia panjang sgt la
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 04:43 PM | Show all posts
first pic tu tgk darling cam anne la plak...
laki dia tu umo baper ha..muka cam org dh berusia(tua)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2009 04:44 PM | Show all posts
tahniah..sweet jerrrr
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 04:47 PM | Show all posts
tk nampak gambarrr....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2009 04:48 PM | Show all posts
tahniah darling .. aku suka neok dia nih, comei

tp nape majlis kawen dia mcm tak havoc sgt ehhh?
dia glemer gak apa ..

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 04:49 PM | Show all posts
aku nengok laki dia ni sekali pandang mcm laki ziana zain
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 04:55 PM | Show all posts
Originally posted by jazzquenn at 3-6-2009 16:25
dah berisi ke darling ni

ko ingat semua pengantin macam ko ker??
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 04:57 PM | Show all posts
Hadiah hari lahir Ngasri Sain

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my



AZLIN mengucup dahi isteri tercinta sebaik sah bergelar suami isteri.

--------------------------------------------------------------------------------



MUNGKIN satu kebetulan apabila anak daranya mendirikan rumah tangga sehari sebelum dia menyambut hari lahirnya yang ke-59 pada 31 Mei lalu.

Ternyata, bekas juruhebah RTM yang memiliki suara unik ini tidak mampu menyembunyikan perasaan gembiranya apabila menyaksikan puterinya bersanding di atas pelamin.

Saat asyik berbual dengannya yang begitu ramah melayan pihak media yang hadir, tiba-tiba suaranya tersekat-sekat dan sesekali air matanya kelihatan bergenang di tubir matanya yang hanya menunggu masa jatuh berderai.

Matanya berkaca apabila membicarakan tentang puterinya yang sudah selamat menjadi seorang isteri dengan sekali lafaz sahaja sehingga pihak media yang berada di sampingnya terdiam seketika.

Luahan Ngasri Sain terhadap anaknya, Nasreen Ngasri, 26, atau lebih mesra dengan panggilan Darling itu ternyata memberi satu implikasi betapa dia terharu apabila memikirkan perjalanan hidup Darling.

Ya, jika hendak dibandingkan dengan anak-anaknya yang lain, nama Darling lebih menyerlah tetapi bukan kerana kerjaya tetapi atas nama kontroversi.

Mana mungkin seorang bapa mahu melihat anaknya derita dan tidak mampu mengecapi bahagia seandainya jodoh di depan mata tidak mampu membahagiakan permata hatinya.

Sudah pasti, sebagai seorang bapa, Ngasri mahu melihat anaknya itu mengecapi hidup yang bahagia bukan untuk seketika tetapi kebahagiaan yang mampu kekal selama-lamanya.

"Darling memang rapat dengan saya dan setiap kali ada masalah, dia akan datang kepada saya untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

"Apabila melihat dia sudah menjadi isteri kepada seorang yang amat dikasihi dan dicintainya, saya terharu kerana akhirnya dia bertemu dengan jodoh yang paling tepat untuk dirinya dan semua ini rahmat dari Allah SWT.

"Untuk itu juga, saya sendiri menikahkan dia atas kehendak Darling sendiri dan ini adalah hadiah hari jadi saya yang cukup indah. Saya akan tetap mendoakan kebahagiaan Darling dan menantu baru saya, Azlin kekal sehingga ke akhir hayat," jelas Ngasri apabila diminta pandangannya terhadap anak keempatnya itu.

Tidak pernah lelah menasihati Darling untuk mempersiapkan diri secara mental dan fizikal dalam menempuh alam perkahwinan zaman ini yang sudah pasti cabaran dan dugaannya memang cukup besar.

Kata Ngasri lagi, dia sering menitipkan pesan kepada kesemua anak-anaknya bahawa kunci dan kayu pengukur kepada kejayaan sebuah ikatan perkahwinan itu adalah keikhlasan dan kejujuran yang mampu menguatkan ikatan cinta suci itu.

"Berbanding dengan zaman saya dahulu, saya lihat hari ini anak-anak muda lebih mudah putus asa apabila perkahwinan mereka tidak mencapai tahap yang mereka inginkan.

"Seperti yang saya tegaskan kepada anak-anak saya, perkahwinan bukanlah untuk sehari dua tetapi adalah untuk selama-lamanya. Apa yang penting adalah komunikasi dan perbincangan serta mereka perlu tahu cara terbaik untuk memulihkan hubungan seandainya ia bergelora.

"Kesabaran itu juga penting dan jika itu tidak ada, maka untuk memiliki sebuah perkahwinan yang baik tidak akan tercapai. Semua ini, saya sampaikan kepada anak-anak saya," ujar Ngasri yang sudah 36 tahun mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta, Habibah Jaffar.

Selain Darling, hasil perkahwinan mereka juga telah dikurniakan dengan lima orang cahaya mata lain iaitu Nasliza, 36; Naszeli, 35; Nasrizal, 29; Naszriah, 25 dan Nassuhada, 15.

Pernikahan Darling telah diadakan dalam suasana yang cukup sederhana yang diadakan di kediaman Ngasri dan Habibah yang terletak di Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Dengan hanya dihadiri teman-teman rapat serta ahli keluarga kedua belah pihak, tepat pukul 2.30 petang hanya dengan sekali lafaz sahaja, Darling sah menjadi isteri kepada Nur Azlin Rahmat, 34, dengan mas kahwin RM80.

Sambil disaksikan Ketua Imam Masjid Abu Hurairah, Kampung Batu, Jalan Ipoh, Razab Chik Dollah, Ngasri juga mencipta sejarah sendiri apabila buat pertama kalinya dia menikahkan sendiri anaknya.

Dalam majlis itu, Darling telah menerima wang hantaran sebanyak RM22,222.22 di samping sembilan dulang yang terdiri daripada tepak sirih, barangan kosmetik, kek, tas tangan, minyak wangi, telekung serta satu set barang kemas yang terdiri daripada rantai, subang dan gelang tangan.

Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas dengan 11 dulang hantaran berupa dua biji kek, jam tangan, kek cawan, set wangian, kasut, sepasang pakaian pejabat, buah-buahan, sirih junjung dan al-Quran.

Bagi Darling pula yang cukup anggun mengenakan kebaya moden rekaan Cosry, dia cukup gembira kerana apa yang dirancangkannya selama hampir tiga bulan lalu semuanya berjalan dengan lancar.

Biarpun ada kata-kata kurang enak yang dilemparkan kepadanya sebaik sahaja dia mengikat tali pertunangan pada 15 Mac lalu, bagi Darling dia langsung tidak mempedulikan apa kata masyarakat kepadanya.

Baginya, apa yang telah terjadi semuanya sudah ditentukan oleh Allah SWT dan dia beruntung serta bertuah kerana memiliki Azlin sebagai seorang suami.

Apatah lagi, kata Darling yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1996 menerusi drama Selamat Hari Jadi Su III itu, Azlin menerima dirinya seadanya tanpa memikirkan sejarah yang pernah terjadi dalam diari hidupnya.

"Azlin seorang yang cukup matang meskipun usianya saya boleh kategorikan sebagai muda (ketawa). Dia mudah untuk dibawa berbincang dan dia tegas dalam setiap keputusannya.

"Memang inilah jodoh untuk saya dan sememangnya Azlin adalah lelaki yang paling tepat untuk menjadi suami saya," katanya yang tidak lekang mengukir senyum yang menyerlahkan lagi wajah jelitanya yang disolek jurusolek terkenal, Deq Sha.

Darling sememangnya sudah cukup matang untuk menilai baik dan buruk sebelum mengambil langkah seterusnya dalam meniti satu fasa dalam hidupnya.

Enggan lagi menyelak diari silamnya, Darling yang menyambut hari jadinya ke-27 hari ini (2 Jun) semakin optimis dengan langkah yang diaturnya bersama suami tercinta.

"Azlin juga sudah memberi 'lampu hijau' untuk saya meneruskan karier seni saya asalkan saya berjanji untuk menjaga adab, tata susila serta tanggung jawab saya sebagai seorang isteri," ujarnya yang memiliki syarikat penerbitan, Nasridz Pictures Sdn. Bhd.

Bakal meraikan cinta mereka di kota cinta Paris, Perancis bulan depan, baik Darling mahupun Azlin tidak merancang untuk memulakan keluarga.

Sebaliknya, mereka berdua menyerahkan kepada kuasa Yang Maha Esa untuk mengurniakan cahaya mata kepada mereka.

Siapa sangka, berhubung menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sepanjang empat bulan perkenalan mereka telah menyemarakkan api cinta hubungan merpati dua sejoli ini.

Ini diakui sendiri oleh Azlin tatkala diajukan soalan oleh pihak media kepadanya.

"Saya seorang yang sangat sibuk dan sering ke luar daerah. Kalau mahu telefon, pasti mahal (ketawa). Jadi, menerusi SMS sahajalah kami meluahkan rasa cinta kami tetapi melamarnya, saya luahkan dari bibir saya dan bukannya SMS," ujarnya yang disambut dengan hilai tawa pihak media.

Keluhuran budi pekerti, memahami serta tidak mudah melatah membuatkan anak kelahiran Melaka ini jatuh cinta kepada Darling.

"Bukan mudah untuk mencari seorang wanita seperti itu dan Darling kini melengkapi hidup saya. Sudah pasti, susah senang kami akan melaluinya bersama," kata Azlin sambil melirik manja isteri di sebelah yang dipanggil 'sayang' itu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 04:57 PM | Show all posts
laki dia nampak tua...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 04:58 PM | Show all posts
nasrin - 26 thn
azlin  -  34 thn
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 04:58 PM | Show all posts
ff jadi pengapit ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 04:59 PM | Show all posts
x kisah la tua pun janji hati mau baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2009 05:01 PM | Show all posts

Balas #33 kepoci\ catat

mcm2 la korunk ni....i2la ini la....tgk jer dah la....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 05:02 PM | Show all posts
pengntin pompuan -comel..tapi x brp nk seri
pgntin laki - ??????korang tgok la sndrik????
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 05:09 PM | Show all posts
moga berbahagia.......
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 05:11 PM | Show all posts
tahniah darling
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.068383 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list