baru aje balik dari perhentian gi sana 5 hari 4 malam. stay kat PIR. seronok sungguh anak anak aku main dgn ikan ikan tu. masing masing tak nak balik. this is the second time aku gi sana.
yg pertama aku gi perhentian bulan 8 thn lepas stay kat arwana. resort ni okay tapi kalau package makan dia tak sedap. selalunya kami order aje. masa ni hubby tak join sebab dia kena gi overseas. jadi aku dan anak anak habiskan masa kat hotel aje.
tapi kali ini aku ambil package 3 hari 2 mlm + snorkerling + 2 extra mlm. byk gak kena keluar duit tapi tak kisah sebab berbaloi sangat. PIR best dari segala segi pantainya, makanannya dan staffnya pun friendly.
dah buat perancangan untuk kembali ke Perhentian tahun hadapan. kemungkinan stay kar arwana guna akunya club holiday. anak anak nak belajar diving lak ada sesiapa boleh bagi info kat mana nak belajar terutamanya kat seremban. kali ni tak nak ambil package nak try cari boatman so tak yah nak share dgn org lain.
pengalaman yang tak di lupakan kali ni, dari jetty kuala besut ke perhentian naik speed boat masa tu hujan so by the time sampai kat resort kami semuanya basah kuyup. sampai aje kat resort berlumba lumba cari toilet. Hubby aku paling teruja setiap kali kami gi snorkeling. BESTNYA !!!
percutian ni terjadi kerana aku selama ni jadi silent reader kat ruangan ini. Aku jadi teruja nak ke perhentian disebabkan gambar gambar yg korang tepek dan cerita cerita korang semua. terima kasih byk byk.