CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4664|Reply: 13

Angin Bencana Dari Sumatera -

[Copy link]
Post time 13-6-2009 07:27 AM | Show all posts |Read mode
Angin bencana dari Sumatera



SEORANG lelaki tetap keluar memancing dalam keadaan udara tidak
sihat di Pelabuhan Klang iaitu kawasan paling teruk dilanda jerebu
yang dirakam pada pukul 1.25 petang semalam.


KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2009 07:30 AM | Show all posts
Kebakaran hutan meningkat

PEKANBARU 12 Jun - Bilangan kebakaran hutan di pulau Sumatera, Indonesia telah meningkat dan asapnya ditiup angin ke beberapa kawasan di Malaysia sehingga menyebabkan berlaku jerebu yang menjejaskan penglihatan.


Seorang pegawai Indonesia hari ini berkata, 47 titik panas dikesan di wilayah Riau, Sumatera semalam berdasarkan pemantauan dengan satelit, dan suhu mencecah paras yang luar biasa setinggi 35 darjah Celsius.

"Bilangan titik panas yang menandakan kebakaran berpotensi meningkat lagi dan keadaan jerebu bertambah buruk jika tidak ada hujan," kata ketua agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik di ibu kota Riau, Pekanbaru, Blucer Dolok Saribu.

Jerebu dijangka berterusan sehingga Ogos kerana musim hujan selalunya bermula pada September.

Penganalisis meteorologi di Pekanbaru, Rahmad Tauladani berkata, jerebu telah dibawa angin ke Malaysia tetapi setakat ini tiada penerbangan dibatalkan kerana jarak penglihatan sejauh 6,000 meter masih di atas paras minimum 1,000 meter bagi membolehkan penerbangan.

Beliau memberi amaran, cuaca panas sekarang meningkatkan risiko kebakaran boleh merebak ke kawasan tanah gambut.

Di Malaysia, jerebu mengurangkan jarak penglihatan di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur kepada serendah 5,000 meter, lapor Jabatan Alam Sekitar (DOE).

Didorong oleh jerebu teruk yang merebak ke Singapura, Malaysia dan selatan Thailand pada 1997-98, negara-negara ASEAN menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan pada 2002, tetapi Indonesia belum mengesahkan perjanjian itu secara rasmi.

Jakarta telah mengenal pasti perjanjian itu sebagai salah satu daripada enam rang undang-undang 'penting' yang perlu diluluskan sebelum sidang Parlimen sekarang berakhir pada akhir September ini.

Namun, memandangkan ahli politik sibuk berkempen untuk pilihan raya Presiden pada 8 Julai ini, tidak jelas sama ada rang undang-undang berkenaan sempat diluluskan oleh sidang Parlimen sekarang.

Perjanjian tersebut menghendaki negara-negara peserta bekerjasama untuk memantau dan memerangi jerebu. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 09:43 AM | Show all posts
Dah jadi trend tiap2 tahun bakar hutan time2 musim tak hujan nie...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 11:36 AM | Show all posts
Kebakaran hutan di Sumatera meningkat
PEKANBARU: Kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia, semakin meningkat dengan asap ditiup angin menyebabkan jerebu melanda beberapa bahagian di Malaysia serta menjejaskan jarak penglihatan.

Ketua Agensi Kaji Cuaca Iklim dan Geofizik Wilayah Riau, Blucer Dolok Saribu, berkata 47 titik panas dicatatkan di wilayah Riau semalam, berdasarkan pemantauan satelit, manakala suhu meningkat sehingga 35 darjah Celsius, keadaan yang dianggap luar biasa.

"Jika hujan tidak turun, jerebu dijangka semakin buruk," katanya.


Beliau berkata, jerebu mungkin berterusan sekurang-kurangnya sehingga Ogos, manakala musim hujan biasanya bermula pada September.

Pekanbaru yang kerap mengalami jerebu diselubungi asap berwarna kekuningan awal minggu ini walaupun keadaan semakin baik selepas hujan turun semalam.

Penganalisis kaji cuaca, Rahmad Tauladani, berkata tiupan angin kencang menyebabkan jerebu melanda Malaysia, tetapi tiada penerbangan dibatalkan setakat ini berikutan jarak pemandangan kini dalam lingkungan 6,000 meter, dengan jarak minimum 1,000 meter membolehkan penerbangan dilakukan.

Kebakaran hutan biasa berlaku ketika cuaca panas di Sumatera dan Borneo tetapi keadaan semakin buruk sejak sedekad lalu apabila firma perladangan dan pembalakan kerap kali melakukan pembakaran terbuka untuk penerokaan tanah.

Jerebu paling buruk melanda pada 1997 dan 1998, apabila musim kemarau berpunca daripada fenomena El-Nino menyebabkan kebakaran hutan yang besar di Indonesia.

Ia menyebabkan jerebu merebak ke Singapura, Malaysia dan selatan Thailand, mengakibatkan ketiga-tiga negara kerugian AS$9 bilion (RM32.4 bilion) pendapatan daripada sektor pelancongan, pengangkutan dan pertanian.

Risiko jerebu yang teruk dijangka meningkat tahun ini apabila fenomena El-Nino berulang. - Reuters




jadik mcm ostolia masa musim panas kat sana ler....  hari tu kat  melbourne sinun....sampai ramai mati!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 11:37 AM | Show all posts



Air quality in parts of Malaysia deteriorated as a result of peat fires burning in Selangor and the rising number of hotspots in Sumatra. Three areas in the Klang Valley
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 11:46 AM | Show all posts
Jadinya apa solution terbaik yang boleh ditawarkan? Pembakaran terbuka dibuat bukannya tanpa sebab, tetapi untuk penerokaan tanah bagi membuka ruang kepada sektor pertanian.

Jom diskas, kaedah terbaik untuk penerokaan tanah tu tanpa melibatkan sebarang api dan asap
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-6-2009 09:06 AM | Show all posts
unday June 14, 2009
Najib: We can help Indonesia put out fires

SHAH ALAM: Malaysia is willing to help Indonesia put out its forest fires, says Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.


揥e have special aeroplanes which can be used to carry out water bombing,
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 09:58 AM | Show all posts

Reply #7 dexa's post

Depa kena jemput kita dulu......tapi kalau depa berlagak tak tahu le....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2009 12:08 AM | Show all posts
[tr][td][/td]


[/tr][tr][td]OPEN BURNING: Handout photo released by Greenpeace on June 16, 2009 and taken on May 28, 2009 show fires being used to clear a forest to make way for a palm oil plantation in Riau, Sumatra, which Greenpeace says is major cause of deforestation in Indonesia.

Many of the fires and incidents of community violence occur in forest areas recently allocated for conversion by Indonesia抯 Minister of Forestry in Sumatra抯 Riau Province, largely on carbon-rich peatlands. - AFP[/td][/tr]
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 05:50 PM | Show all posts
kes kebakaran di indonesia tak silap saya dah brapa kali jadi..
biasala tiupan angin membawa segala asap dan terbentuklah jerebu di malaysia
beberapa tahun lepas rasanya pernah jadi dah
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 05:22 PM | Show all posts
Maka apa solusi yang terbaik> Tak kan setiap tahun nak bantu padam api jer, sepatutnya kita dah kena fikir jalan bagaimana yg boleh diguna pakai oleh petani tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 10:06 PM | Show all posts
11# St.Yeepi
emmmm.. perkenalkan tanaman hidroponik?

kalau masalah hotspot tu mungkin takde cara lain... kena jugak bom air kat kawasan tu utk coolkan skit
tapi kalau sengaja bakar2 hutan belukar sbb nak teroka tu, memang payah skit la kan
negara tu pun besar, camne kerajaan dia nak pantau (kalau pantau la kan) secara menyeluruh
so, dalam hal ni.. yg penting sekali kena ada kesedaran la kan..
ataupun, masa sebelum nak teroka kawasan baru tu cuba la call pihak berkuasa dulu ke apa
mintak la pihak2 yg berkaitan tu (bomba?) ready2 kat kawasan tu utk padamkan api kalau keadaan tak terkawal
ngan cara tu, kalau tak boleh prevent pun, at least dapat la kurangkan sikit risiko pembakaran/kebarakan besar2an

lepas tu.. kalau rasa2 macam takleh nak handle masalah tu, cuba la mintak bantuan negara2 jiran
sbb kita semua ni dok serantau.. negara depa bakar, negara kita yg kena asap teruk - takleh la camtu kan
kena la ada tolak ansur & saling kerjasama dalam hal ni.. takleh selfish ataupun arrogant sangat la..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 09:57 AM | Show all posts
12# SkEd
Hydroponic memang idea yg bagus, cuma mungkin cost yang amat tinggi tidak sesuai untuk petani skala kecil dan sederhana, melainkan disubsidikan secara besar besaran oleh kerajaan dan syarikat syarikat besar.

Tapi tak semua tanaman sesuai di hydroponickan juga, mcm ladang getah, kelapa sawit, tebu bla bla bla, belum pernah jugak aku dengar ditanam menggunakan sistem hydroponic. Tapi masih ada juga alternative lain kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 09:58 AM | Show all posts
Btw part bomba tu aku setuju jugak lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.071539 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list