CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: samax

Siti Murni Abdul Aziz-Penyampai RTM

[Copy link]
Post time 8-5-2011 09:42 PM | Show all posts
psl tu la aku komen

ada gak pompuan lain yg x nmpk bulatttttt mcm tu

tp yg ni jelas nmpk ...
Bateesta Post at 8-5-2011 15:58

Itulah contoh species pompuan takde maruah:@ (masak plak aku kang dilaharin by kunun2nya "best pren" ct murni ni )
Bukan saja maruah sendiri dia tak reti nak jaga, tapi maruah pompuan lain pun turut tercemar dek kejahilannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2011 09:54 PM | Show all posts
sapa2 yg p resepsi sm, jgn lupa letak gambar..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 01:20 PM | Show all posts
sapa2 yg p resepsi sm, jgn lupa letak gambar..
lonely_surina Post at 8-5-2011 21:54



x p pn resepsi, tp dpt pic ni dr fb hisham

  

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 01:39 PM | Show all posts
haaiii..kawan bnyak kali pun majlis kawen tetap grand..
untung dia..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 01:42 PM | Show all posts
haaiii..kawan bnyak kali pun majlis kawen tetap grand..
untung dia..
nuralisa Post at 9-5-2011 13:39


kompom ker weh?
sebab kalo tak mesti da ada kat sini gambo masa 1st menikah dl..
kite tunggu n lihat jer laa..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 01:51 PM | Show all posts
cam biasa jek muka dia...
nak kata cam juma...30 persen pun tadak..hehe..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2011 01:57 PM | Show all posts
yg ni x tau gmbar ble, tp aku tlg tepek gak

kalo dh ada mintak hampun ye

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 02:48 PM | Show all posts
amender laaa buat cerita mcm2 ttg dia ni...
dia anak dara laa... saper yg ckp dia janda.. haaaaa pg minta maaf kat tuan punya badan, sesedap rasa jerr nak mengata.

aku tak pg wedding dia, tp ni haa ada org pass goodie bag wedding dia kat aku... keluarga dia ni terdiri dr org professional..

kakak dia opis mate aku.. kakak dia skrang bertugas kat luar negara

aku just nak kompemkan dia tak pernah berkahwin sebelum ini.. titik!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2011 03:45 PM | Show all posts
amender laaa buat cerita mcm2 ttg dia ni...
dia anak dara laa... saper yg ckp dia janda.. haaaaa pg ...
Cint@ Post at 9-5-2011 14:48


mana laa forummer sini tahu nyahhh oiii...
tuh yg ada thread, sebab nak tahu..
family dia org ada2 laa kalo gitu kan?
ayah n mak dia keje apa?
dia ada abang ke?
adik ker?
kakak tahu laa ada sbb ada yg kata dia menikah umah kakak dia..

eh, nape tak menikah umah parent?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 04:15 PM | Show all posts
baju mase sanding better than bj nikah...tak bape nak ketat kat kawasan yg tak sepatut nye....
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 04:58 PM | Show all posts
laaa..patutla status dio dalam FB mcm glemer semacam..dah lamo jadi kawan den..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 05:43 PM | Show all posts
x p pn resepsi, tp dpt pic ni dr fb hisham
bunick Post at 9-5-2011 13:20



    Baju kawen pun maintain menonjolkan buah2an dia.. Dia mmg suka design gini kot!
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 07:54 PM | Show all posts
hahaha...si murni ni kawan praktikum aku kat mtrik johor dlu...penah die minat sorg mamat dari mtrik N9...mamat tu jdik kawan aku skang...dulu murni ni minat gile ngan kawan aku...sampai bagi baju n kasut...tapi kawan aku rlek je x layan dia...hahaha...die pnya minat sampai mencanang satu mtrik johor...hahaha
apa apa pn tu permainan dulu...skang ni dah kawin ngn org lain...congrats
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 08:10 PM | Show all posts
laaa..patutla status dio dalam FB mcm glemer semacam..dah lamo jadi kawan den..
orangdalam Post at 9-5-2011 16:58


huyyooooo.. od kawan ngan personaliti...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 09:50 PM | Show all posts
hahaha...si murni ni kawan praktikum aku kat mtrik johor dlu...penah die minat sorg mamat dari mtrik ...
moghul Post at 9-5-2011 19:54



    huhu.. rugi la kawan ko tu x nak ngan Siti Murni nie.. sekarang nie dah kayo, byk jadi duta kecantikan, butik la, tudung la entah pe2 la g.. boleh ko bagitau sape name kawan ko tu..??
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 10:13 AM | Show all posts
hmmm..pening...jap kate dlu pnh kawen..jap kate die anak dare...penin..penin..penin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2011 11:26 AM | Show all posts
sy pun penin gak.. sekejap jande,sekejap anak dare.. pastu suke ngan org nie la, syok ngan org tue la, last2 nikoh ngan Hisham Salleh.. hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 04:59 PM | Show all posts
huyyooooo.. od kawan ngan personaliti...
lonely_surina Post at 9-5-2011 20:10


blog den mawi nak saman ko x tau ek..den mmg dah glemer dgn artis2 ni dah..
dah lama dahhhhhhhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 05:12 PM | Show all posts
ada gambar tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 10:53 AM | Show all posts
Petikan dari Akhbar Harian Metro.

SHAH ALAM: Personaliti RTM, Siti Murni Abdul Aziz, 25, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya yang juga pengacara Selamat Pagi 1Malaysia, Mohd Hisham Salleh, 30, di kediaman kakaknya di Bukit Cerakah, di sini, semalam.

Dengan sekali lafaz, pembaca berita TV1 itu sah bergelar isteri kepada Mohd Hisham. Mereka dinikahkan oleh jurunikah, Ustaz Zainal Arifin.


Siti Murni menerima mas kahwin RM300 dengan hantaran tujuh dulang berbalas sembilan dulang daripada pihak lelaki. Bagaimanapun, Siti Murni enggan menerima duit hantaran dan hanya meminta senaskhah al-Quran bagi menggantikannya.

Kedua-dua mempelai yang kelihatan anggun mengenakan busana berwarna merah jambu dan hitam tajaan Altelia Amani itu mengalirkan air mata tanda gembira tatkala sah bergelar suami isteri.


Siti Murni berkata, dia mengenali Hisham sejak menjejakkan kaki di stesen TV berkenaan.



Ini pula artikel Harian Metro 12 Mei 2011.

CINTA sememangnya sukar diduga, ada kala ia menerpa hingga dua jiwa mulai bergetar sentiasa. Episod cinta Siti Murni Abdul Aziz, 25, dengan Hisham Salleh, 30, berputik secara tidak sengaja apatah lagi kedua-duanya adalah rakan sekerja takdirnya disatukan dalam ikatan rumah tangga.

Namun tidak semudah itu penyampai Berita Wilayah dan Parlimen itu membuka hatinya kepada pengacara Selamat Pagi 1Malaysia untuk menjadi pria hidupnya.

Ketika ditemui di majlis persandingan mereka di Rebung, Bangsar, kata Siti Murni di peringkat awal dia meluat sikap Hisham.

Sebagai senior di RTM, Hisham acap kali menelefonnya bertanya itu dan ini hingga terjadi beberapa kali panggilan Hisham tidak dijawab.


“Saya jadi rimas dia selalu telefon, hingga terfikir dia ini tidak faham-faham ke. Panggilan Hisham pula bukan untuk menggatal cuma dia nak tahu cara bagaimana berdepan dengan kamera, cara membuat liputan dari Parlimen kerana kebetulan saya agak senior membuat lintas langsung dari Parlimen, dia pula junior.


“Apa yang saya ingat ketika pilihan raya kecil tiga tahun lalu membuat kami lebih mengenali satu sama lain,” kata Siti Murni.

Ketika berlangsungnya pilihan raya kecil Bukit Selambau (Kedah), Batang Aii (Sarawak) dan Bukit Gantang (Perak), Hisham bertugas di studio Angkasapuri, RTM, sementara Siti Murni di lokasi Bukit Selambau.

Berinteraksi cuma di kaca TV, bertanya itu dan ini situasi terkini pilihan raya kecil pada 2008, tanpa disedari mata bertentang mata di kaca TV menyuburkan kedua-dua hati personaliti ini dalam satu perasaan murni.

Selang setahun kemudian Hisham sudah berani mengajak Siti Murni pulang ke kampung halamannya di Miri, Sarawak, sebagai sahabat, kemudian pada 2010, sekali lagi Siti Murni ke kampung Hisham sebagai pasangan berkasih pula. Bagi Siti Murni, keikhlasan Hisham membuka pintu hatinya.

“Bila saya fikirkan kembali ketika Hisham sibuk bertanya itu dan ini dulu, dia bertanya secara ikhlas. Begitulah juga ketika kami berkawan,” katanya.

Siti Murni mesra dipanggil Uni memulakan karier sebagai wartawan TV di RTM ketika berusia 19 tahun. Dalam usia semuda itu, dia diamanah membuat liputan di Parlimen, yang tanpa disedari meletakkannya sebagai wartawan politik dan Parlimen termuda di tanah air.

Siti Murni pernah diberi kepercayaan mengendalikan segmen bersama ahli parlimen, selain ditugaskan menjadi pengacara Galeri Perdana dan 2008 diangkat menjadi penyampai berita utama di TV1 selama dua tahun dan kini ditugaskan menjadi penyampai Berita Wilayah dan Parlimen.

Statusnya cuma pembaca berita, tetapi pesona yang ada pada Siti Murni memberi ruang untuknya menjadi duta tudung Ainna’s Scarve yang meletakkan dirinya personaliti RTM pertama diberi kepercayaan menjadi duta produk, kini duta tudung Bellamar dan jurucakap Altelia Amani.

Sementara Hisham yang berasal dari Miri, Sarawak, memulakan karier di RTM sebagai pengacara untuk pakej dan segmen dalam Selamat Pagi Malaysia (SPM).

Selang setahun, dia diberi kepercayaan menjadi pengacara utama dan berdiri sebaris dengan pengacara lain di SPM yang kini disebut Selamat Pagi 1Malaysia.

Kepetahan Hisham berkomunikasi memberi kelebihan kepadanya menjadi penyampai berita Biz Malaysia, langsung dari Parlimen dan pengacara bingkisan Jom Jalan Jalan dan menariknya Hisham pernah diberi kepercayaan menemuramah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam program eksklusif bersama Perdana Menteri, sebaik Najib dilantik menjadi pemimpin nombor satu negara.

Berdetik dari situlah, Hisham sering kali menjadi pengacara siaran langsung TV1 antara program dikendalikannya siaran langsung nota serah tugas Perdana Menteri antara Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib serta siaran langsung 100 hari Najib sebagai perdana menteri Malaysia keenam.

Siti Murni dan Hisham selamat diijabkabul di kediaman kakak Siti Murni di Jalan Gunung Nuang, Bukit Bandaraya Shah Alam, Selangor, pada Sabtu (7 Mei) lalu.

Mereka dinikahkan oleh jurunikah, Ustaz Zainal Ariffin. Siti Murni menerima mas kahwin RM300 dengan hantaran tujuh dulang berbalas sembilan dulang.

Menariknya Siti Murni enggan menerima duit hantaran dan hanya meminta senaskah al-Quran bagi menggantikannya.

Majlis persandingan Siti Murni dan Hisham diadakan di Rebung, Bangsar, malam Ahad lalu. Ikutkan status kedua-dua sahabat handai personaliti ini tidak terkecuali kalangan VVIP dan menteri, tetapi untuk majlis persandingan hanya ahli keluarga dan rakan rapat kedua-dua pihak yang dijemput.

Sepatah kata Hisham, sebagaimana dipersetujui isterinya itu majlis akan menjadi begitu protokol jika ramai VVIP berstatus menteri hadir.

“Majlis kami ini konsepnya santai saja, tetapi meriah. Apa yang kami fikir jika terlalu protokol suasananya akan menjadi lain pula nanti,” katanya.

Majlis Siti Murni dan Hisham berkonsepkan merah hitam untuk tetamu, sementara pakaian pengantin berwarna perak ditaja Altelia Amani.

Menurut Siti Murni, warna merah hitam adalah kegemarannya, tetapi bila ditanya mengapa tidak pengantin mengenakan warna itu dijawabnya:

“Biarlah pengantin mengenakan warna lain daripada lain. Yang penting saya ceria melihat tetamu saya berpakaian merah hitam,” katanya.

Ibu bapa Siti Murni; Siti Khadijah Ismail dan Abdul Aziz Mohd Ya’acob dan ibu bapa Hisham; Dayang Rosni Awang Daud dan Mohd Salleh Pini turut hadir.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhayati Ismail, mantan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya, personaliti RTM seperti Nurul Alis, Naziana Nasir, Eisya, serta pengacara majlis Atikah Naim dan Sharil Sharifuddin serta Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo.

Menurut Hisham, sebab majlis persandingan diadakan di Restoran Rebung Kuala Lumpur kerana di situlah dia dan Siti Murni sering mengadakan pertemuan.
Mempelai dihiburkan oleh Elma Rosaliza dengan rangkaian lagu-lagu kegemaran pengantin seperti Mencintaimu, Kaulah Segalanya dan I Will Always Love You.

Selepas menjadi pengantin Hisham masih memanggil Siti Murni dengan panggilan Uni, sementara Siti Murni memanggil Hisham ‘yunk’ singkatan sayang. Pengantin baru ini sedang bercuti hingga 20 Mei dan bercadang untuk berbulan madu di Phuket, Thailand, minggu depan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.462621 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list