CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

...Artis terpedaya wanita panas, namun enggan mendedahkan jumlah kerugian..

[Copy link]
Post time 15-7-2009 10:33 PM | Show all posts
pg td kot kan slot pagi di era pasal ni? aku duk tuka2 cenel smpai lupe hari ni ke bile topik ni. siap paknil ngan din suruh caller or mangse2 tinggal voicemail kat betina garit ni lagi.

tp yg pali ...
toxicated Post at 15-7-2009 22:21


choii nyer nokkk..siap tinggal msg cenggitu lagik ...

adoiii kesian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2009 10:37 PM | Show all posts
PADAN MUKE!!!!!!!!!!

artis2 ni tamakninah sgtt....
xckup ke kebendaan kt dunia ni????
bek korg bwk anak yatim gi mekah lg bagus dowhhh!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 10:42 PM | Show all posts
ha'aa die nye voicemail tu mmg mcm hazab ok. siap kutuk2 mcm nak marah org apsal cari die pastu siap belagak ckp aku dh kaya raya. takde sape2 rekod ke eh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 10:43 PM | Show all posts
manusia punya  ragam............
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 11:02 PM | Show all posts
ha'aa die nye voicemail tu mmg mcm hazab ok. siap kutuk2 mcm nak marah org apsal cari die pastu siap belagak ckp aku dh kaya raya. takde sape2 rekod ke eh..
toxicated Post at 15-7-2009 22:42

teruknye... tp memang betul kes camni nk bawak ke tgh pun susah... ni dlm melodi kuar ar ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 01:10 AM | Show all posts
pesal polis gagal nak tangkap dia? sedang dia ni bekas banduan... dah biasa kes menipu nih... selalu terer benar polis kita nih... mmm...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-7-2009 07:42 AM | Show all posts
dr Arkib Cari Gosip...some of the posts on her...

CARI Forum's Archiver
CARI Forum » Gosip: Tempatan ( Gossips: Local ) » Pelaburan yang lebur

mzr Post at 23-11-2008 13:35
Pelaburan yang lebur
kosmo online 23/11/08

Pelaburan yang lebur


AMY menunjukkan cek tendang bertarikh 28 Ogos 2008 serta senarai nama penerima wang pelaburan yang seharusnya diagihkan kepada mereka wanita (gambar petak kuning) yang telah menghilangkan diri bersama ratusan juta wang milik para pelaburnya.

--------------------------------------------------------------------------------



WARTAWAN MALIAH SURIP minggu ini membongkar penipuan wang pelaburan membabitkan sebilangan artis terkenal yang dipercayai didalangi seorang wanita.

Berselindung di bawah jenama syarikat rokok antarabangsa, wanita berusia 30 tahun ini menjalankan operasinya melalui ‘sayap’ syarikatnya.

Dan realitinya, syarikat rokok itu tidak pernah mempunyai perdagangan pelaburan seperti yang didakwa.

Selain Awie, Hattan, Amy dan Misha, VAZZ difahamkan terdapat ramai artis lain malah VIP, terperangkap dalam pelaburan ini. Wang pelaburannya bukan sedikit. Menurut sumber, kebanyakan golongan VIP menghabiskan wang sehingga RM10 juta seorang, dengan masing-masing dijanjikan pulangan lumayan dalam tempoh sebulan.

“Walaupun wanita itu ada membuat pembayaran ‘keuntungan’ sekurang-kurangnya dua kali, dia sering menghilangkan diri selepas itu. Bayaran itu pula hanya kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan wang pelaburan,” kata penyanyi Awie.

AMY SEARCH

Angka kerugian: RM 1 juta




--------------------------------------------------------------------------------



SEMPAT didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab mengelapkan duit rakan artis lain, hakikatnya, Amy sendiri terpedaya dengan kebaikan wanita yang kerap bertandang dan sama-sama berusaha menjana keuntungan daripada pelaburan yang mereka jalankan.

Perkenalan sebagai rakan membawa kepada sebuah perdagangan sebelum Amy yang telah mendapat pulangan terhadap pelaburannya juga terpaksa berputih mata selepas wanita itu menghilang pada malam majlis ulang tahun ke-50nya Julai lalu.

Tegas Amy: “Saya tak gelapkan duit sesiapa kerana hakikatnya kami semua ditipu wanita ini. Dan semua yang menyertai pelaburan ini pun pernah mendapat pulangan lumayan sebelum ditipu.

“Siapa boleh menyangka kalau kebaikan dan kenaifan kita untuk melabur akan dijadikan sebagai kelemahan oleh orang seperti ini.”

Amy turut memberitahu wanita tersebut yang berselindung di bawah beberapa nama syarikat kali terakhir memberikan mereka cek yang merupakan cek tendang dan terus menghilang tanpa khabar berita.

Serik dengan pelaburan seumpama ini, Amy yang bagaimanapun menyedari risiko wang yang dilabur akan lebur menyarankan agar semua khalayak lebih berhati-hati apabila berkait isu kewangan seperti ini.

HATTAN

Angka kerugian: Jutaan ringgit




--------------------------------------------------------------------------------



MENJADI individu terawal yang mengenali wanita ini, kata Hattan sesiapa pun boleh terpengaruh dengan kredibilitinya sebagai seorang yang arif tentang pelaburan.

Berketerampilan kelas A, perkenalan awal sebagai teman dan artis sebelum Ramadan tahun lalu, akhirnya terjalin dengan usaha sama di bawah skim pelaburan sebuah syarikat rokok antarabangsa.

Sama seperti Awie, dua transaksi pertama berjalan lancar sehinggalah wanita itu menghilangkan diri Julai lalu.

“Mungkin sebab tamak dan Tuhan nak hapuskan dosa-dosa saya yang lalu, maka ini agaknya bentuk hukuman yang saya terima.

“Saya reda, hanya saya sedih, kami sama-sama mendaftar untuk mengerjakan haji dan kemudian, dia hilang tanpa khabar berita,” jelas Hattan yang telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Travers.

Tambah penyanyi ini, yang membuatkan dia bertambah terkilan ialah hampir semua simpanannya disalurkan ke dalam skim ini termasuk menggunakan tabungan Amanah Saham Didik anaknya, Adam, yang bernilai RM50,000.

Pertama kali terkena dan mempercayai skim ini, Hattan mahu apa yang terjadi ke atas dirinya memberi teladan kepada masyarakat.

“Kerana kadang-kadang, kita tak tahu bila kita akan ditipu. Tak apalah, hari ini hari dia, esok lusa hari kita. Ada rahmat daripada Tuhan,” katanya yang enggan memberitahu angka tepat wang yang telah lebur gara-gara mahu menyimpan aset secara mudah.

MISHA OMAR

Angka kerugian: Ratusan ribu ringgit

TIDAK pernah berjumpa, tetapi sekadar melihat wajah wanita ini daripada foto, Misha tertarik mencuba skim ini selepas melihat Hattan, Awie serta beberapa teman artis lain sudah mendapat pulangan.




--------------------------------------------------------------------------------



Sementelah skim ini membawa tagline membantu bumiputera menjana pendapatan dengan cara mudah.

“Kalau nak sebut jumlah kerugian itu, buat sakit hati. Tapi saya melihat ini sebagai satu pengajaran paling berguna.

Tak apalah, mungkin tak ada rezeki saya,” kata penyanyi yang bakal muncul dengan album terbarunya awal Disember ini pasrah.

Tidak mahu berselindung di sebalik kekhilafannya turut serta dalam skim itu, kata Misha lagi penuh makna: “Saya fikir sejauh mana dia nak lari di bumi Tuhan ini sebab Allah tetap melihat dia. Dia berdosa dengan ramai orang.”

AWIE

Angka kerugian: Ratusan ribu ringgit

WA kena beb, begitu luah Awie sambil ketawa pada soalan yang saya ajukan kepadanya. Dia mengaku telah kehilangan ratusan ribu ringgit hasil pelaburan dalam skim yang disertainya sejak beberapa bulan lalu.




--------------------------------------------------------------------------------



Kata Awie, dia terpedaya kerana wanita itu kelihatan begitu meyakinkan dan tahu selok-belok kewangan serta urus niaga yang dijalankan.

Malah dua urusan pertama Awie membawa pulangan lumayan sebelum wanita tersebut menghilangkan diri sekitar Julai lalu. Beratus ribu ringgit hasil titik peluh Awie lebur.

“Saya akui saya tertipu dan ini adalah kesilapan paling bodoh yang pernah saya lakukan. Mungkin kerana memikirkan untuk mendapat pulangan jangka pendek dengan mudah, jadi saya melabur.

“Malangnya sekarang sudah lebur. Wanita itu hilang bersama duit saya dan jutaan ringgit wang orang lain termasuk VIP. Orang bijak pandai pun ramai yang terpedaya dengan modus operasinya,” jelas Awie panjang lebar.

Selepas membuat laporan dan menyelidik latar belakang wanita itu, barulah Awie tahu wanita tersebut telah mempunyai empat kes polis termasuk satu waran tangkap. Dia dipercayai sudah menjalankan operasi yang sama sejak berusia awal 20-an.

Kata Awie yang reda dan pasrah dengan dugaan kecil Tuhan ini: “Saya mendedahkan isu ini bukan kerana mahu meraih simpati. Tapi saya mahu perkara ini menjadi pengajaran supaya khalayak tidak cepat terpengaruh dengan skim seperti ini.”

mystique Post at 23-11-2008 18:03
Actually pelaburan ni dr adik Rosyam Noor sendiri, aku pun pernah invest, tapi konsep aku invest secara selamat, sebb aku dpt balik modal ngan sedikit keuntungan la, dlm 2 ker 3 ribu, tp aku cepat2 tarik diri, and bila dh dpt balik modal, aku cecepat mintak keuntungan dapat dalam 2 ke 3 kali jer, so far dalam 2 tahun aku invest aku dpt la untung, nama syarikat di sebalik pelaburan ni diorg guna nama Brtisih American Tobacco. Nama pompuan jahat tu, Rohaniza Al-adib, mmg muka inncocent giler, tp sebbkn aku caya kat adik Rosyam and aku berkenalan baik dengan dia aku pun cuba try test.

Aku xder la main sampai belas, puluh, ratus ribu, aku main sikit2 jer (sebb x tamak ), sebb bagi aku mmg dh tau invest2 ni mmg sangkut paut ngan Skim Cepat Kaya. Dan aku kategori pelabur terawal, dan seperti biasa, pelabur awal yg biasanya dpt untung. Member opis aku kebanyakannya tamak sampai rugi ratus ribu gak la, bayangkan kerja gomen jer tp  rugi modal jer Rm100 k??  ada yg sampai wat loan rm50k.
korang bayangkan adik Rosyam tu keje gomen jer, tp dapat beli Honda Odeysey RM180k??, tak terbeliak org tgk?, sebb tu sumer org terpengaruh. Geng artis ni tau melalui Rosyam la, dan aku sekarang dh x respect lagi adik Rosyam tu sebgai member aku, sebb dia buat 'bodoh' jer pasal duit invest tu, org yg kena tipu sumer dia x berterus terang. Rosyam dgr citer dpt sebhg modal dier la.

Begitula kisah pelaburan ni, nnti aku cuba tepek gambar Rohaniza Aladib tu,mmg profil pompuan dh teruk, sebb laki dia bankrupsi, banyak hutang keliling pinggang, dengar2 citer dia mungkin dh bawak family dia keluar negara.(macam mana la dia bg anak dia mkn duit hasil penipuan tu yer)
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 08:01 AM | Show all posts
Orang mcm nie mmg x kisah makan duit haram. doakan ajela supaya dia memulangkan duit tu semula dan insaf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2009 08:03 AM | Show all posts
busan tul beb ngan artis2 ngok yg nk cepat kaya ny.:kant:..itew  la penting nye jd artis berilmu.....hehe

http://c1.ac-images.myspacecdn.com/images01/56/m_55802c3aacaf1108041133100c4151bc.jpg  ...
ashrafsinclair Post at 15-7-2009 20:56




setuju2....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 08:57 AM | Show all posts
Hahahaha!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 10:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by MEGASATRIA at 16-7-2009 10:20


Hattan ni bila cakap selalu macam bagus jer,,tapi dlm bab duit terus gelap mata.Tak berapa cerdik.

Saya akui saya tertipu dan ini adalah kesilapan paling bodoh yang pernah saya lakukan. Mungkin kerana memikirkan untuk mendapat pulangan jangka pendek dengan mudah, jadi saya melabur.

Nampak ganas ..tapi wang punya pasal kena jugak...



Kesian jugak...BERBALOI BALOI...1
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 10:22 AM | Show all posts
mak aih .. kenyang ko ngan duit haram ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 10:28 AM | Show all posts
Tentu lepas ni pakat pakat pi jumpa bomoh untuk "kenakan"minah penipu ni.Silap haribulan bomoh tu pulak yang kenakan kita...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 11:55 AM | Show all posts
tp yg paling hazab, voicemail die tu mmg belagak nak mampos siap ckpcamni lebih kurg,'korang ni nak ape? aku dah kaya raya dah la.'
toxicated Post at 15-7-2009 22:21


camtu ke voicemail pompan tu? perghhh!! salute aaa kat dia...kkekekkek!!! walau pun dia tu penipu tapi dia tipu kaw2 punye.... nasiblah pada artis2 yg tak bape nak cerdik dan tamak tu kena tipu kan....hahahha...sah2 la bila dia berjaya kuar dr mesia ni ngan duit beratus juta tu dia leh survive ngan hidup baru....gud luk pd pompan tu...tapi kat akhirat sok ...selamat menderita la ....huhuhhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 03:50 PM | Show all posts
giler la pompuan nie, mati x nak
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 04:52 PM | Show all posts
tu voicemail dia yg real ke? or diorang yg reka utk org ramai tinggalkan pesanan tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2009 02:45 AM | Show all posts
aiyoo... liciknya diA...
400m tue ... bknnye skit
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 04:53 PM | Show all posts
nak buek camner...dah nasib badan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 10:38 PM | Show all posts
bisa bonar.. he.. he.. itulah.akde kejayaan tanpa usaha..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 10:52 PM | Show all posts
ala... dah banyak kali kluar citer pasal skim cepat kaya nih... dah ramai yg kena tipu...
tapi.. manusia mudah lupa......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 1.129767 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list