CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5623|Reply: 53

...all about APM 2009 Jakarta...mlm ini...

[Copy link]
Post time 17-7-2009 07:05 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by seribulan at 18-7-2009 07:59

12 rakyat Malaysia di hotel JW Marriot selamatJAKARTA: 12 rakyat Malaysia yang menginap di Hotel JW Marriot, satu daripada dua buah hotel yang menjadi sasaran letupan bom pagi ini, disahkan selamat dan sudah keluar dari hotel terkemuka itu yang terletak di kawasan Mega Kuningan, Jakarta Selatan.Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Zainal Abidin Mohamed Zain berkata lima orang daripada mereka telah melaporkan diri ke kedutaan yang terletak tidak jauh dari hotel itu."Mereka yang merupakan ahli perniagaan sudah melaporkan diri dan meminta bantuan kedutaan untuk mendapatkan semula pasport serta barangan mereka yang ditinggalkan di JW Marriot," katanya kepada Bernama di sini hari ini.Empat lagi ialah keluarga Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE ke Indonesia yang baru, Yusram Yusup iaitu isteri, dua orang anak dan pembantu mereka yang baru tiba pada 15 Julai dan menginap sementara di JW Marriot, bersebelahan pejabat MATRADE di Plaza Mutiara.  Zainal Abidin bagaimanapun berkata ketika kejadian Yusram sedang menjalankan tugas di Surabaya. - Bernama

..dgrnya Aznil ada menghubungi pihak ERA menyatakan beliau selamat...selagi di sana rasanya tentu resah gelisah tetap ada...
malahan dgrnya pihak Man U yg akan ke sana esok akan membatalkan kunjungan mereka kerana hotel yg di bom adalah hotel mereka bakal duduki malam esok...nasib baik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2009 07:09 PM | Show all posts
Hotel yg kena bom betul2 depan hotel yg adik aku duduk dia nak balik semua pesawat fully book..rasa mcm tak selamat
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 07:14 PM | Show all posts
sape artis2 yg terlibat
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 07:14 PM | Show all posts
hurmmmm..mmg xselamat...
tmbh pulak utk pegy yg berhibur semua tu..lagi lah...
mcm2 rasa ada..huhuh..
moga semua rakyat malaysia yg ada kt kawasan berhampiran selamatlah ..
amin
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 07:16 PM | Show all posts
rmi jgk artis yg terlibat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2009 07:16 PM | Show all posts
Jumaat Julai 17, 2009
Letupan bom di Jakarta tidak jejaskan APM 2009

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

LETUPAN bom yang berlaku di dua buah hotel, Ritz-Carlton dan JW Marriott di Jakarta, Indonesia pada pagi tadi dilapor tidak menjejaskan kelancaran Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta, esok.

Hal ini disahkan oleh pihak penganjur, Pengarah Urusan Beyond Events Sdn. Bhd., Amin Hussen.

Amin berkata letupan itu agak jauh dari tempat mereka mengadakan APM, oleh itu ia tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada majlis berprestij yang melibatkan artis-artis dari Malaysia, Singapura dan Indonesia itu.

“Keadaan agak tenang dan tenteram di sini walaupun ramai yang agak terkejut dengan berita letupan itu.

“Bagaimanapun, ‘show’ (APM) tetap berjalan. Alhamdulillah, kami semua selamat di sini,” jawab Amin.

Sejak lapan kali penganjurannya hanya Malaysia dan Singapura yang menjadi tuan rumah.

Tetapi buat pertama kalinya APM 2009 dijadualkan berlangsung pada pukul 9 malam (waktu tempatan) esok di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Jakarta di Senayan, Jakarta dan akan bersiaran secara langsung di Astro Ria, pukul 9 malam.

Majlis yang dihoskan oleh Aznil Nawawi bersama pengacara dari Singapura dan Indonesia itu akan diserikan dengan persembahan artis seperti Stacy, Reshmonu, Hujan, Aizat, Dafi, Ayu, Faizal Tahir dan Datuk Siti Nurhaliza.

Sementara artis Indonesia yang turut berkongsi pentas adalah ST12, Kuburan, Yovie N Nuno, Kotak, Bunga Citra Lestari, Nidji, Afgan dan Dewi Sandra tidak lupa artis Singapura iaitu Taufik Batisah, Didicazli, Nana dan Hady Mirza.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan dan ini termasuk sembilan kategori terbaik, tujuh anugerah paling popular selain dua kategori khas, iaitu Anugerah Cinta Planet Muzik dan Anugerah Khas Planet Muzik.

Bagi dua kategori iaitu Artis Malaysia Paling Popular dan Artis Serantau Paling Popular, pemenang diadili secara undian khidmat pesanan ringkas (SMS).

Mereka yang ingin mengundi, bolehlah melihat paparan nombor-nombor kod setiap artis di KOSMO! Dan HAI sejak bulan lalu, tidak ketinggalan juga di laman web www.sinarfm.com.my iaitu stesen radio Sinar FM selaku radio rasmi, murai.com, Era TV, Chat @ 15, Astro Ria, Awani Pagi dan Gala TV di Astro Awani.

Cara undian adalah dengan menghantar SMS: APM MY1 hingga MY12 dan hantar ke 33660 bagi kategori Artis Malaysia Paling Popular manakala APM AS1 hingga AS12 dan hantar ke 33660 bagi kategori Artis Serantau Paling Popular.

Artis Malaysia Paling Popular: Aizat (MY1), Anuar Zain (MY2), Bunkface (MY3), Estranged (MY4), Faizal Tahir (MY5), Hujan (MY6), Mawi (MY7), Meet Uncle Hussain (MY8), Misha Omar (MY9), Siti Nurhaliza (MY10), Stacy (MY11) dan Yuna (MY12).

Artis Serantau Paling Popular: Artis Singapura- Aliff Aziz (AS1), Ahli Fiqir (AS2), Hady Mirza (AS3), Taufik Batisah (AS4); Artis Malaysia- Faizal Tahir (AS5), Hujan (AS6), Meet Uncle Hussain (AS7), Siti Nurhaliza (AS8); Artis Indonesia- Afgan (AS9), Agnes Monica (AS10), Nidji (AS11) dan ST12 (AS12).

Berikut adalah senarai pencalonan bagi setiap kategori:

Persembahan vokal terbaik dalam lagu (artis baru lelaki)

Afgan dengan album Terimakasih Cinta, Aizat (Hanya Kau Yang Mampu), Dirly (Sampai Keujung Dunia), Lobow (Kau Cantik Hari Ini) dan Nubhan (Ada Untukmu).

Persembahan vokal terbaik dalam lagu (artis baru wanita)

Aura Kasih dengan album Mari Bercinta, Ayu (Hanya Di Mercu), Cinta Laura (Oh Baby), Nana (Lafaz), Stacy (Aku Stacy) dan Yuna (Dan Sebenarnya).

Persembahan vokal terbaik dalam lagu (dua atau kumpulan baru terbaik)

D'Masiv dengan album Cinta Ini Membunuhku, Hello (Ular Berbisa), Hujan (Pagi Yang Gelap), Kotak (Masih Cinta) dan ST12 (Puspa).

Kolaborasi terbaik dalam lagu

(a) Lagu Be Te oleh artis, Dewiq feat Ipank, penulis lagu: Pay & Yudi, dan penulis lirik: Dewiq; (b) Bersamamu (Artis: Joe Flizzow feat Joeniar Arief, penggubah lagu (songwriter): Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed, dan penulis lirik: Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed); (c) Hikayat Cintaku (Artis: Glenn feat Dewi Persik, penggubah lagu: Glenn Fredly, dan penulis lirik: Glenn Fredly); (d) Kepadanya (Artis: Taufik Batisah feat Hady Mirza, penggubah lagu: Taufik Batisah, dan penulis lirik: Taufik Batisah); (e) Mantera Beradu (Artis: Malique feat M. Nasir, penggubah lagu: Malique, D'Navigator & M. Nasir, dan penulis lirik: Malique & M. Nasir) dan (e) Sujud (Artis: Mawi & KRU, penggubah lagu: Edry, dan penulis lirik: Edry).

Artis lelaki terbaik

Afgan dengan album, Confession No. 1, Aizat (Percubaan Pertama), Reshmonu (Harapan), Taufik Batisah (Suria Hatiku) dan Tompi (My Happy Life).

Artis wanita terbaik

Bunga Citra Lestari dengan album, Tentang Kamu, Misha Omar (Misha Omar), Mulan Jameela (M
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-7-2009 07:18 PM | Show all posts
Jumaat Julai 17, 2009
Faizal Tahir tetap hadiri APM di Jakarta

Oleh WAHIDA ASRANI

PETALING JAYA: "Tiada apa-apa sebenarnya, hal sudah selesai. Faizal tetap hadiri APM dan telah pun berangkat ke Jakarta," ujar Ketua Pegawai Eksekutif 8TV dan Penerbit Eksekutif Monkeybone, Ahmad Izham Omar ketika diminta mengulas tentang artisnya, Faizal Tahir yang dilaporkan gagal menaiki pesawat untuk menghadiri Anugerah Planet Muzik (APM) di Jakarta, semalam, akibat tidak melunaskan bayaran pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurut laporan sebuah akhbar hari ini, Faizal dikatakan tidak dapat menyertai rombongan artis tempatan lain menaiki pesawat untuk ke Jakarta dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, petang semalam setelah gagal melepasi saringan Imigresen.

Sekatan ke luar negara untuk kira-kira 78,000 peminjam PTPTN yang gagal membayar hutang mereka telah dikeluarkan oleh perbadanan itu sebelum ini.

Menurut Izham, dia sendiri kurang pasti sama ada sekatan terhadap Faizal itu benar-benar disebabkan oleh masalah PTPTN, atau hal-hal lain.

"Saya sendiri tidak begitu pasti. Tapi jika tidak silap saya, ada sedikit masalah yang berlaku ketika itu, namun ia dapat diselesaikan.

"Lagipun, apa yang lebih merisaukan saya ketika ini ialah keselamatan artis-artis kita di sana ekoran kejadian letupan bom yang berlaku di Jakarta pagi tadi (Jumaat)," kata Izham, sambil enggan mengulas lanjut tentang insiden 'sekatan' terhadap Faizal itu.

APM akan berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta malam esok. Faizal turut tercalon bagi kategori Artis Malaysia Paling Popular dan Artis Serantau Paling Popular pada anugerah tersebut.

Dalam pada itu, Pengurus Artis 8 Unit, Jacynta berkata, insiden yang berlaku semalam dianggap hanyalah satu masalah kecil.

"Ada sedikit masalah kecil berlaku di Imigresen dan tiada kena-mengena dengan PTPTN. Faizal telah pun menaiki pesawat ke Jakarta hari ini. Memang dia sangat teruja untuk ke sana, malah ramai yang berharap Faizal dapat turut serta di APM kerana dia turut membuat persembahan.

"Lagipun, seperti mana yang Izham katakan tadi, kami lebih memikirkan tentang keselamatan artis di sana gara-gara letupan bom tersebut. Tapi, menurut penganjur, kejadian itu tidak akan menjejaskan perjalanan APM," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 07:19 PM | Show all posts
ouhhh aznil jadi pengacara?mestii best esok..
hope semua berjalan lancar..amin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2009 07:23 PM | Show all posts
Macam2
Harap semuanya selamat....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 07:26 PM | Show all posts
Kalo buatnya dibom APM tu sok harus lah mati dalam keadaan terkutuk kan katanya. Tengah2 nyanyi tiba2 jah mati.
Kus semangat. harapnye takde lah yang mati dalam keadaan gitu ye konsepnye.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 08:13 PM | Show all posts
Kalo buatnya dibom APM tu sok harus lah mati dalam keadaan terkutuk kan katanya. Tengah2 nyanyi tiba2 jah mati.
Kus semangat. harapnye takde lah yang mati dalam keadaan gitu ye konsepnye.
Fantasia Post at 17-7-2009 19:26
mintak d jauhkan
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 08:21 PM | Show all posts
Kalo buatnya dibom APM tu sok harus lah mati dalam keadaan terkutuk kan katanya. Tengah2 nyanyi tiba2 jah mati.
Kus semangat. harapnye takde lah yang mati dalam keadaan gitu ye konsepnye.
Fantasia Post at 17-7-2009 19:26


er..
terigt letupan bom kt kelab mlm kt bali dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 08:23 PM | Show all posts
apa motif bom tu??

seriau aku dengar...ish ish...sekarang ni jejalan mana2 pun tak selamat
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 08:38 PM | Show all posts
takutnye...
doakan keselamatan diaorg.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 09:08 PM | Show all posts
cmna leh ada letupan bom ekk
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 09:17 PM | Show all posts
minta2 diorg semua selaamt balik ke malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2009 09:21 PM | Show all posts
harap2 xde ape2 berlakulah kt dorang..
InsyaAllah selamatlah hendaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 10:05 PM | Show all posts
tilawah al-quran kat TV1 dapat sambutan ke tak uooolls???
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 10:08 PM | Show all posts
tilawah al-quran kat TV1 dapat sambutan ke tak uooolls???
ameliaizlyn Post at 17-7-2009 22:05


Alhamdulillah...baru je juruacara kata ..dewan penuh...sampai ada yang bersila dan duduk di luar dewan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 10:37 PM | Show all posts
aku tgk dewan penuh...sgt2..rMai gak dak muda yg join dtg bwak quran....ermm mintak2 tpt diorng ni tak dibom la kat jakarta nnti hendaknye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.073580 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list