CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2878|Reply: 29

Faizal Tahir da sampai Indon blom uols?

[Copy link]
Post time 17-7-2009 11:58 PM | Show all posts |Read mode
katenye sabtu ni perform khen?

p/s: sori iols taley reply wall
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2009 12:04 AM | Show all posts
entah la... huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 12:06 AM | Show all posts
dah pegi!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 12:06 AM | Show all posts
Jumaat Julai 17, 2009
Faizal Tahir tetap hadiri APM di Jakarta

Oleh WAHIDA ASRANI

PETALING JAYA: "Tiada apa-apa sebenarnya, hal sudah selesai. Faizal tetap hadiri APM dan telah pun berangkat ke Jakarta," ujar Ketua Pegawai Eksekutif 8TV dan Penerbit Eksekutif Monkeybone, Ahmad Izham Omar ketika diminta mengulas tentang artisnya, Faizal Tahir yang dilaporkan gagal menaiki pesawat untuk menghadiri Anugerah Planet Muzik (APM) di Jakarta, semalam, akibat tidak melunaskan bayaran pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurut laporan sebuah akhbar hari ini, Faizal dikatakan tidak dapat menyertai rombongan artis tempatan lain menaiki pesawat untuk ke Jakarta dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, petang semalam setelah gagal melepasi saringan Imigresen.

Sekatan ke luar negara untuk kira-kira 78,000 peminjam PTPTN yang gagal membayar hutang mereka telah dikeluarkan oleh perbadanan itu sebelum ini.

Menurut Izham, dia sendiri kurang pasti sama ada sekatan terhadap Faizal itu benar-benar disebabkan oleh masalah PTPTN, atau hal-hal lain.

"Saya sendiri tidak begitu pasti. Tapi jika tidak silap saya, ada sedikit masalah yang berlaku ketika itu, namun ia dapat diselesaikan.

"Lagipun, apa yang lebih merisaukan saya ketika ini ialah keselamatan artis-artis kita di sana ekoran kejadian letupan bom yang berlaku di Jakarta pagi tadi (Jumaat)," kata Izham, sambil enggan mengulas lanjut tentang insiden 'sekatan' terhadap Faizal itu.

APM akan berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta malam esok. Faizal turut tercalon bagi kategori Artis Malaysia Paling Popular dan Artis Serantau Paling Popular pada anugerah tersebut.

Dalam pada itu, Pengurus Artis 8 Unit, Jacynta berkata, insiden yang berlaku semalam dianggap hanyalah satu masalah kecil.

"Ada sedikit masalah kecil berlaku di Imigresen dan tiada kena-mengena dengan PTPTN. Faizal telah pun menaiki pesawat ke Jakarta hari ini. Memang dia sangat teruja untuk ke sana, malah ramai yang berharap Faizal dapat turut serta di APM kerana dia turut membuat persembahan.

"Lagipun, seperti mana yang Izham katakan tadi, kami lebih memikirkan tentang keselamatan artis di sana gara-gara letupan bom tersebut. Tapi, menurut penganjur, kejadian itu tidak akan menjejaskan perjalanan APM," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 12:07 AM | Show all posts
camno die nk pi..kene carik tongkang haram..pas tu soh die terjun laut, berenang2 ke tepian tanpa lalu imigresen..hahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 12:10 AM | Show all posts
7-Jul-2009 | Oleh: Ellyna Ali
Faizal Tahir Dibenar Ke Jakarta



Teks Oleh Ellyna Ali


KUALA LUMPUR, 17JULAI 2009:  Selepas ditahan di KLIA gara-gara masih berhutang dengan pihak PTPTN semalam , Faizal Tahir akhirnya  mendapat pelepasan untuk terbang ke Jakarta bagi menjayakan Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) yang akan berlangsung di Jakarta Convention Centre (JCC), esok.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Faizal menerusi SMS kepada murai.com.my yang berbunyi: "Selesai, semuanya telah selesai dan saya akan ke sana (Jakarta). Saya kini sedang dalam perjalanan ke KLIA untuk membeli tiket bagi penerbangan ke Jakarta yang seterusnya.

"Alhamdulillah…. Pada saat ini perasaan saya sangat bercampur baur, gembira tetapi dalam waktu yang sama saya berasa cukup terharu. Hanya kerana Malaysia, saya terpaksa melalui semua kepayahan ini. Harapan saya perkara ini akan diingati."


Jelas Faizal Tahir lagi, sebaik saja ditahan, dia telah berusaha sedaya yang mungkin untuk  mencari jalan penyelesaian yang terbaik supaya dapat menghadiri malam kemuncak dan membuat persembahan.

"Apa yang saya lakukan ini adalah untuk Malaysia," katanya yang turut dicalonkan menerusi 2 kategori iaitu Artis Malaysia Paling Popular serta Artis Rantau Paling Popular.

Mengulas tentang penahanan Faizal Tahir semalam, Timbalan Pengurus Besar Beyond DBB, Aloysius Wee, berkata, selaku penganjur APM09, pihaknya turut berusaha untuk membantu Faizal Tahir bagi membolehkan dia berada di Jakarta bagi menjayakan malam kemuncak bagi 3 negara serantau itu.

"Sebagai wakil Malaysia, memang ramai yang meletakkan harapan yang tinggi supaya Faizal Tahir dapat beraksi di sana dengan cemerlang. Selaku penganjur, kita juga mempunyai harapan yang sama. Sebab dia salah seorang penyanyi tanah air hebat yang kita ada selain Datuk Siti Nurhaliza.

"Tentu ia akan menjadi sesuatu yang cukup membanggakan seandainya Faizal dapat beraksi di sana serta dapat memperlihatkan bakat dan kemampuan vokalnya dikagumi ramai itu," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2009 12:40 AM | Show all posts
tul ker tak byr duit ptptn.....
hm...cm2 kan...
semoga berjaya disana faizal tahir
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 12:57 AM | Show all posts
mcm org kaye je..tapi tak byr ptptn? yuks!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2009 01:14 AM | Show all posts
mcm org kaye je..tapi tak byr ptptn? yuks!
imthegirl Post at 18-7-2009 00:57

alaaa.. org kaya lain byk lagi x byr duit mara pe sume...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 01:23 AM | Show all posts
dah smpi lah tuee...
xkan kt imigrisen lagi?heheh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 01:32 AM | Show all posts
ai rasa FT tgh clubbing dgn manohara skrg?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 01:34 AM | Show all posts
beta....mau nangisss bini pejal tahir dgr...n baca...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 01:37 AM | Show all posts
beta....mau nangisss bini pejal tahir dgr...n baca...
jingga007 Post at 17-7-2009 17:34


ai hengat FT dgn bini dia dah cerai? ke ai salah orang?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 01:41 AM | Show all posts
xcerai lagi lah beta....ura2 je kata pejal tahir bercerai...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 03:14 AM | Show all posts
bape banyak thread nak bukak ni..
cukup2 la kat board ft je..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 06:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by washere2 at 18-7-2009 06:44

Faizal bayar PTPTN

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan SUHANA YUSOP
berita@kosmo.com.my



KUALA LUMPUR - Penyanyi Faizal Tahir yang gagal menaiki pesawat untuk menghadiri Anugerah Planet Muzik (APM) di Jakarta, Indonesia kelmarin akhirnya akur dengan membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semalam.

Menurut sumber, penyanyi yang merupakan Naib Juara program One In A Million itu menghantar pengurusnya, Haryadi Rusli bagi mewakili dirinya untuk menyelesaikan tunggakan pinjaman tersebut.

Wakil penyanyi itu hadir seorang diri dan menemui Ketua Eksekutif PTPTN, Yunos Abd. Ghani dan berunding mengenainya kira-kira 15 minit.

Terdahulu, difahamkan beliau bersama-sama penyanyi itu hadir ke One Stop Centre PTPTN di KL Sentral di sini untuk menyemak dan menjelaskan baki pinjamannya.

Kosmo! difahamkan, Faizal sudah membayar tunggakan pinjaman pelajaran itu yang bernilai puluhan ribu sebelum berlepas ke Jakarta, malam tadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2009 06:34 AM | Show all posts
13# beta_carotene

dah diterangkan dalam semua akhbar (bukan kumpulan utusan), fitnah keluar bukan saja ketika fasa paling membahagiakan dalam hidupnya tapi pada hari paling membahagiakan dalam hidup FT, isteri serta anak-anak


sekian
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 07:30 AM | Show all posts
Nak sgt nyanyi kat indon tu barulah nak byr
kalau tak buat tak tau je........
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 07:53 AM | Show all posts
wa~~~xsbr nak tggu FT neh per4m kat APM...konpem meletop...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 08:26 AM | Show all posts
ai nak tgk artis2 malaysia perform aje..... (",)
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.074607 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list