CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2102|Reply: 37

Rombakan Liga M Isnin ini - Ayuh selamatkan Pahang!

[Copy link]
Post time 28-7-2009 08:11 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by pedon at 28-7-2009 08:28

Rombakan Liga M Isnin ini

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

PETALING JAYA - Baru enam tahun berjalan sejak diperkenalkan pada 2004, Liga Malaysia kian pasti dirombak lagi bagi musim depan gara-gara kerenah segelintir pasukan yang tidak mampu mengharunginya atas alasan kesempitan kewangan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad memberikan jaminan rombakan itu walaupun hanya Jawatankuasa Pertandingan Tempatan yang mampu memuktamadkan format sewajarnya bagi persaingan tertinggi negara itu dalam mesyuarat Isnin ini.

Ditemui selepas sidang akhbar praperlawanan akhir Bawah 14 100 PLUS Piala Menteri Pelajaran, katanya: "Saya jamin satu rombakan pasti berlaku dengan soal kebajikan pemain dan kewangan pasukan bakal menjadi syarat utama penyertaan pasukan dalam liga musim depan.

"Kami perlu memperketatkannya memandangkan akibat ketidakcekapan pengurusan pasukan, imej bola sepak negara dan nama baik FAM terjejas sedangkan kita sudah berada di era profesional."

Beliau berkata demikian di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Azzuddin bagaimanapun enggan mengulas sama ada rombakan itu melibatkan penurunan dua pasukan terbawah Liga Super, Pahang dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Liga Perdana atau Sarawak dan Sinar Dimaja Mai Sarah ke Liga FAM pada musim depan.

Menurutnya, bola sepak negara juga bakal kerugian besar sekiranya satu demi satu pasukan menarik diri daripada liga yang merangkumi Piala Malaysia, Liga Super, Liga Perdana, Piala FA, Piala FAM dan Piala Presiden sedangkan ramai pemain berbakat yang mewakili mereka, mampu diketengahkan.

"Akibat tidak dapat membayar gaji pemain atau jurulatih seperti yang berlaku pada Steve Darby (Perak) dan Robert Alberts, nama baik FAM turut terjejas di mata FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) atau ada persatuan negeri yang cuba diheret ke mahkamah oleh pemain," katanya.

-------------------------------------

Muahahahahha... akai mudah dibaca la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2009 08:12 AM | Show all posts
Masukkan Manchester United dalam liga Malaysia!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 08:24 AM | Show all posts
Macam ni lah baru bola sepak malaysia boleh maju
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2009 08:27 AM | Show all posts
Macam ni lah baru bola sepak malaysia boleh maju
evolution75 Post at 28-7-2009 08:24


Confirm WC2014 Malaysia layak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 08:41 AM | Show all posts
tiap kali pahang jatuh ke divisyen bawahan, tiap kali lah liga m ni dirombak :-)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2009 08:42 AM | Show all posts
tiap kali pahang jatuh ke divisyen bawahan, tiap kali lah liga m ni dirombak :-)
manfrotto Post at 28-7-2009 08:41


Bukan la... Ini alasan official - "Liga Malaysia kian pasti dirombak lagi bagi musim depan gara-gara kerenah segelintir pasukan yang tidak mampu mengharunginya atas alasan kesempitan kewangan."

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2009 09:05 AM | Show all posts
inilah yg terjadi kalau dipimpin oleh manusia yg ada kepentingan. susah btul!
pemain2 berbakat boleh jadi tak berbakat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 09:22 AM | Show all posts
Jatuhkan yg no 1 dulu,baru bola sepak boleh maju.Kalo x macamni lah.Bila pasukan sendiri nak tersingkir pasti diselamatkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2009 09:24 AM | Show all posts
Sultan Pahang yang jadi pengerusi tak bleh buat aper ker?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 09:25 AM | Show all posts
camne cara nak jatuh kan the number 'one' tu? tak derhaka ke nama nye? hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 09:52 AM | Show all posts
wakakaka...walau camne teruk pun pahang sure soltan akan selamatkan dr jatuh ke liga perdana...dulu penah jd sekali skg neh ulang lagikkk...camno nk maju bolasepak m'sia..team yg x layak kt top div. pun duk menten jekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 09:54 AM | Show all posts
Sultan Pahang yang jadi pengerusi tak bleh buat aper ker?
BatuApi Post at 28-7-2009 09:24



soltan pahang punya idea laa nehhh...org FAM tuh jd balaci dia jekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 09:59 AM | Show all posts
emmm ...negara luar sukan bola sepak boleh jadi sumber pendapatan kelab ..kat malaysia , bola sepak buat habis duit ajeee
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 10:31 AM | Show all posts
Sultan Pahang yang jadi pengerusi tak bleh buat aper ker?
BatuApi Post at 28-7-2009 09:24



sultan pahang nak selamatkan pahang dari jatuh tempat divisyen 2....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 10:43 AM | Show all posts
sultan ingat rakyat bodowh piang ke???
aku rase ramai je coach2 yg bangkang ni..
aku nak tgk komen shebby kat metro sabtu neh
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 10:48 AM | Show all posts
kehkehkeh... biasa dah nih... buat sehabis baik selamatkan muka dia... malu la negeri presiden seumur hidup main divisyen 2...
takyah buat divisyen la senang... takde masalah turun divisyen dah lepas nih... kehkehkeh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2009 10:53 AM | Show all posts
betul tu
kalo wat divisyen pon
wat 1 divisyen je bole masuk 10 ribu team
hah,bolelah team2 taman masuk liga super skali
kompom pahang tak jatuh dibisyen
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 03:28 PM | Show all posts
majulah sukan untuk pahang!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 03:36 PM | Show all posts
apa kutuk-kutuk negeri orang hahhh??
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 03:37 PM | Show all posts
memang lawak siol FAM neh. mrepek tak abis abis. sampai kiamat laa meisa tak masuk world cup
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.069357 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list