CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63977|Reply: 15

Boleh bagi alamat atau no tel Doktor@Pakar sakit tuan?

[Copy link]
Post time 3-8-2009 07:49 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Detektif_Hantu at 4-8-2009 19:16

Post Last Edit by Detektif_Hantu at 4-8-2009 19:15

Assalamualaikum..

sy perlukan bantuan anda semua yg dpt menolong..

Blhkah beritahu di mana sy blh berjumpa atau mendapatkan khidmat Dr Ismail Thamby (pakar sakit tuan)?

Kalau boleh beritahu di hospital mana dia bertugas n no telefon sekali utk pertanyaan.

Terima kasih byk2...

Tapi tak semestinya Dr Ismail Thamby...mana-mana doktor atau pakar sakit tuan pun boleh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2009 07:52 PM | Show all posts
bg tau la apa masalah ko...kami kat sini pun boleh membntu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2009 08:28 PM | Show all posts
Penyakit misteri sejak penghujung 2006...

Rasa bisa-bisa, sakit dan pedih di bahagian alat sulit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2009 08:29 PM | Show all posts
Pada bulan Ogos atau September 2006, saya ada berjumpa dengan doktor di sebuah klinik kerajaan berkaitan masalah kekerapan buang air kecil (sehingga 12 kali sehari). Saya telah di beri satu ubat cecair selain pil antibiotik yg mana telah saya habiskan. Saya telah berulang-alik ke klinik kerajaan sebanyak 3 kali sebelum beberapa hari atau beberapa minggu kemudian (selepas kunjungan ke klinik yang ketiga), saya mula rasa bisa-bisa,sakit dan pedih di bahagian kemaluan. Pada mulanya saya menyangka rasa sakit itu berasal dari ubat-ubatan (ubat cecair dan pil antibiotik) yang telah saya makan (berkaitan masalah kerap buang air) tapi telah di nafikan oleh doctor yang telah saya jumpa kemudian untuk mengadu tentang rasa bias-bisa ini. Kemudian saya telah buat beberapa pemeriksaan (untuk mengesan sebarang penyakit kelamin seperti HIV, siplis dan lain-lain selain pemeriksaan penyakit kencing manis mahupun buah pinggang) tetapi gagal mengesan apa-apa. Rawatan ini berterusan sehingga di bahagian pakar hospital Kuala Lumpur. Kerana tertekan dengan masalah birokrasi (perjumpaan setiap 2-3 bulan sekali) selain tidak puas hati dengan sikap sambil lewa seorang doktor pakar yang merawat saya pada masa itu (yang asyik kata “tidak dapat kesan apa-apa. Makan ubat antibiotik ini dulu dan kita jumpa lagi 2 bulan”), saya memutuskan untuk tidak hadir ke temujanji yang seterusnya di HKL. Lebih-lebih lagi masa itu bapa saya berjanji untuk membawa saya ke hospital pakar swasta. Tetapi kerana masalah kewangan yang di hadapi (saya berasal dari golongan susah) selain kerana ibu bapa tidak percaya akan kewujudan penyakit saya ini, jadi saya tidak mendapat rawatan yang seterusnya. Masa itu (julai 2007) saya ada terfikirkan satu nama iaitu Dr Ismail Thamby, tapi disebabkan masa itu saya memikirkan tentu memerlukan beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan khidmat doktor tersebut menyebabkan saya memendamkan saja hasrat itu selain kerana tidak mendapat sokongan keluarga terutama di pihak ibu (ibu saya tidak pernah mendapat rawatan di hospital swasta untuk seumur hidupnya).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2009 08:30 PM | Show all posts
Untuk makluman doktor juga supaya mudah mengesan punca sebenar penyakit saya, saya mempunyai tabiat yang telah sekian lama saya lakukan..iaitu onani. Saya telah melakukan onani sejak berusia 6 tahun lagi. Tidak diketahui punca sebenar bagaimana saya tahu melakukan onani pada usia semuda itu tapi besar kemungkinan saya ada meniru seseorang melakukannya di depan saya (pada tahun 1992). Cara saya melakukan onani juga berbeza dengan cara kebanyakan lelaki lain, iaitu dengan cara menggeselkan alat sulit di tilam sehingga klimaks. Pada kebiasaannya, saya akan lakukan onani sebanyak 1-4 kali dalam masa satu hari. Tetapi pada tahun 2005 atau 2006 (saya mendapat penyakit itu pada penghujung 2006), saya ada melakukan onani sebanyak 10 kali tanpa henti dalam masa satu hari.Jadi ada juga kemungkinan saya mendapat penyakit rasa bisa-bisa,sakit dan pedih ini kerana ‘tersalah urat’.Wallahualam. Saya juga ada terfikir untuk dapatkan rawatan secara urut di bahagian alat sulit sekiranya betul ada bahagian yang ‘terseliuh’ sehingga menyebabkan sakit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2009 08:30 PM | Show all posts
Tidak kiralah apa jua punca sebenar yang membawa kepada penyakit yang saya hadapi ini, saya tahu ia berpunca dari kesilapan saya sendiri dan saya sangat menyesal. Yang pasti, alat sulit saya tidak lagi berasa normal (seperti sebelum saya mendapat penyakit ini). Jadi saya minta jasa baik tuan doktor untuk mengenalpasti punca penyakit saya dan merawatnya. Saya sanggup bayar berapa pun asalkan penyakit saya ini sembuh walaupun terpaksa berhabis ribuan ringgit untuk tujuan itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-8-2009 08:33 PM | Show all posts
p/s = Ini adalah petikan surat yg sepatutnya sy hantar pd Dr Ismail Thamby dlm ruangannya di Metro Ahad.
Selain Dr Ismail Thamby..saya juga nak jumpa 'Bonda'. Mungkin penyakit ni berpunca dari 'tersalah urat'..Jadi perlukan rawatan secara urut.

Wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 09:28 PM | Show all posts
speechless......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2009 02:41 PM | Show all posts
ingatkan ni thread nak citer hal dr. ismail tambi...rupanya nak berjumpa dgn dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2009 07:15 PM | Show all posts
Tak semeastinya nak jumpa dia...
Sesiapa blh tak suggestkan Dr sakit tuan yg sy blh jumpa di sekitar lembah klang?
Kalo blh..yg ekonomi skit tapi mujaran (harga lebih murah or berpatutan)...
agak2 kalo dr ismail thamby..berapa kena bayar?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 05:17 PM | Show all posts
kau penah terbaca tak kat satu ruangan surat khabar pasal urut batin lelaki. aku x ingatla pulak nama dia. kalo ko rajin, cuba selak2 sket surat khabar.

aku rasa la, benda ni musti ada kaitan dengan 'aktiviti' ko tu..10x sehari tu dah kira overdose dik hehe..sedangkan 4 kali sehari tu pon dah boleh dikira sebagai overdose hehehe..ni banyak tengok blue eh?

xpela, pegi dapatkan rawatan Dr pakar. Kang x boleh kawen plak..

Umur brape ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2009 08:07 PM | Show all posts
11# hyie

23thn..

itu urut utk lemah tenaga batin...aku takde masalah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 04:43 PM | Show all posts
12 kali kencing sehari kira x normal ke?risau aku

aku kencing lebih kurang banyak tu la sehari.tapi rasa mcm dari dulu lagi.Especially after minum air.

dalam sehari rasanya lebih 10 cawan air aku minum.habit sejak dari kecik coz terpengaruh tengok org cina minum air berbotol2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2009 09:10 PM | Show all posts
13# InVendeTTa

aku pun byk minum air...at least 8 cawan sehari..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2011 02:30 PM | Show all posts
So, Detektif_hantu? Dh selesai belum masalah kau?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Detektif hantu awk da selesai lum masalah tu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.076635 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list