CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: redbun

PRK N11 Permatang Pasir

[Copy link]
Post time 11-8-2009 08:19 PM | Show all posts
Laluan sukar untuk Pas di Permatang Pasir - Guan Eng
11/08/2009 5:37pm

PULAU PINANG 11 Ogos — Pas mungkin berdepan laluan sukar bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir dalam pilihan raya kecil 25 Ogos ini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP berkata Barisan Nasional mempunyai peluang yang sama rata untuk memenangi pilihan raya itu.

“Peluang 50-50 untuk kedua-dua pihak kerana masalah dalaman yang sedang dihadapi Pas belum selesai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, pada 31 Julai lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Mohd Hamdan memperoleh 11,004 undi menewaskan calon BN, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Mengenai hari pengundian yang diadakan pada Ramadan, Lim berkata pakatan pembangkang akur dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bersiap sedia menghadapi pilihan raya itu.

“Saya terkejut tetapi akur dengan keputusan itu kerana pada pilihan raya kecil DUN Lunas (di Kedah), ia diadakan pada bulan Ramadan juga, jadi tiada masalah bagi kami,” katanya.

— BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2009 12:28 AM | Show all posts
Kamarul Ramizu umum tanding calon Bebas di Permatang Pasir

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Kamarul Ramizu Idris, 43, yang sebelum ini pernah bertanding dua pilihan raya kecil, malam ini mengumumkan bertanding untuk kali ketiga pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pauh pada 25 Ogos ini atas tiket Bebas.

Berasal dari Taiping, Perak dan berpendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), King Edward VII, Taiping, beliau sekali lagi mempertaruhkan nasib walaupun kalah pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan pilihan raya kecil DUN Penanti sebelum ini.

Ketika menghubungi Berita Harian Online, Kamarul yang juga penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Pekida), berkata beliau akan menggunakan simbol payung hitam dan berkempen lebih tersusun menggunakan lebih 300 jentera terdiri penyokongnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 08:15 AM | Show all posts
alhamdulillah...kalau masalah dalaman umno permatang pauh sudah selesai...tetapi pasai apa datuk jalil tak mau bertanding....takut kalah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2009 03:58 PM | Show all posts
SI RAMIZU LAGI !!!               
       
Written by Editor          
Wednesday, 12 August 2009 04:39

KUALA TERENGGANU – Sudah tiga kali bertanding dan dua kali yang lalu tewas dengan hilang deposit. kali pertama pada Pilihanraya Kecil Bukit Gantang, Kali kedua pada Pilihanraya kecil Penanti dan sekarang Pilihanraya Kecil Permatang Pasir pula !



Ahli perniagaan, Kamarul Ramizu Idris, 43,  mengumumkan bertanding untuk kali ketiga pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pauh pada 25 Ogos ini atas tiket Bebas. (Gambar kiri - Ramizu berkempen di sebuah pasar malam PRK Penanti, manakala disebelah kanan semasa bertanding di PRK Bukit Gantang)

Berasal dari Taiping, Perak dan berpendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), King Edward VII, Taiping, beliau sekali lagi mempertaruhkan nasib walaupun kalah pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan pilihan raya kecil DUN Penanti sebelum ini.



Dipetik dari Berita Harian Online, Kamarul yang juga penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Pekida), berkata beliau akan menggunakan simbol payung hitam dan berkempen lebih tersusun menggunakan lebih 300 jentera terdiri penyokongnya. "Saya akan terus menampilkan konsep beriman dalam politik menerusi kempen pilihan raya kecil ini.

"Meskipun dua pilihan raya kecil sebelum ini saya tewas, ia bukan penamat bagi saya untuk menawarkan khimat bakti kepada masyarakat, khususnya di Permatang Pasir," katanya.

Pada pilihanraya kecil Bukit Gantang beliau hanya mendapat 62 undi manakala di Penanti Ramizu memperolehi hanya 56 (0.7%)undi sahaja.

-BuletinOnline-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2009 04:01 PM | Show all posts
PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PASIR - UMNO PERMATANG PAUH TIDAK ADA CALON               
       
Written by Editor          
Wednesday, 12 August 2009 11:46

KUALA TERENGGANU - Peluang PAS mengekalkan kerusi di Permatang Pasir pada 25 Ogos ini semakin cerah apabila  Umno Bahagian Permatang Pauh tidak mengemukakan nama bakal calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan tersebut.

Menurut kenyataan Ketua UMNO Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid yang dipetik Bernama, bahagian itu menyerahkan kepada UMNO Pusat bagi menentukan calon yang akan bertanding.

Beliau berkata Umno pusat telah membuat penyelidikan dan menyenaraikan empat nama calon berdasarkan maklumat dan pandangan daripada Umno bahagian.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Umno bahagian itu di sini malam tadi, beliau berkata calon-calon yang disenaraikan itu adalah anak tempatan Permatang Pauh dan berumur antara 40 dan 60 tahun.

“Calonnya adalah dari golongan profesional, mampu berkhidmat, diterima masyarakat, mempunyai ramai saudara di kawasan itu dan anak tempatan Permatang Pauh,” katanya sambil menjelaskan bahawa semua calon yang disenaraikan adalah muka baru.

Abdul Jalil berkata nama calon akan diumumkan pada 4 petang Jumaat ini di Permatang Pasir serentak dengan pelancaran jentera pilihan raya Barisan Nasional.

-BuletinOnline-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2009 04:04 PM | Show all posts
Nak tahu siapa calon PAS?

11 Aug 2009 5:09PM

BERA: Calon PAS akan diketahui pada 14 Ogos ini dan PAS akan menang serta mempertahankan kerusi Permatang Pasir dalam pilihan kecil kelak.

Demikian penegasan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semasa melawat dan menyampaikan bantuan kepada peserta yang cedera dalam himpunan aman mansuhkan ISA pada 1 Ogos lalu.

Menurutnya, walaupun berdepan dengan jentera Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai kekuatan tetapi beliau yakin PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan mudah.

Beliau berkata, cabaran BN pastinya lebih hebat memandangkan BN ingin menebus kekalahan dengan majoriti kecil 65 undi yang menyakitkan dalam pilihan raya kecil Manik Urai bulan lalu.

Menurut Salahuddin, PAS sudah mengenalpasti dua nama calon sesuai untuk mewakili PAS dalam, pilihan raya Permatang Pasir itu dan akan umumkannya pada 14 Ogos ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos dan penamaan calon pula pada 17 Ogos.

Kerusi Permatang Pasir kosong berikutan penyandangnya Dato' Hamdan Abdul Rahman, 60, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) 31 Julai lalu.

Dalam pilihan raya lalu, Hamdan berjaya mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti 5,433 mengalahkan calon BN, Ahmad Sahar Shuib bulan lalu.

Hamdan memenangi kerusi berkenaan sejak tahun 1999. Pada 2004 beliau menang dengan majoiti 697 undi. Beliau merupakan Adun tunggal PAS dalam DUN Pulau Pinang dan menjadi Adun di situ selama tiga penggal.

Salahuddin mengingatkan semua petugas parti supaya jangan mengambil mudah cabaran Umno-BN di Permatang Pasir kerana mereka pastinya akan turun habis-habis dengan menggunakan segala kekuatan wang ringgit sebagaimana di Manik Urai.

"Petugas kita jangan lalai dan hendaklah berkerja dengan penuh semangat, jangan ambil mudah cabaran Umno kerana mereka pasti akan turun habis-habisan dengan wang ringgit untuk menang," tegasnya. / Harakah

-KLpos-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-8-2009 04:06 PM | Show all posts
Zaidi, Rohaizat antara 'top 2' yang mungkin jadi calon BN

11 Aug 2009 5:17PM

HARI Penamaan calon dan hari pembuangan undi telah ditetapkan pada 17 dan 25 Ogos ini oleh Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) semalam tetapi Umno dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang masih meneropong siapakan calonya yang bakal diberikan amanah sebagai calon terbaik menentang calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (N11) Permatang Pasir.

Dua nama yang dikatakan top di kalangan Umno sekarang ialah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian, Zaidi Said yang berasal daripada Tanjung Putus dan peguam muda, Rohaizat Othman yang sedang menapak nama tetapi tidak dicalonkan menentang Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Pilihan raya Kecil Penanti menentang, Dr Mansor Othman.

Dengar khabar, nama mereka telah diusung ke pengetahuan Dato' Seri Najib di Putrajaya dan menunggu masa dan ketikanya sahaja di umumkan.


Namun, selagi tidak diumumkan ramai kepimpinan Umno sendiri masih tidak percaya kerana boleh jadi di saat-saat akhir pertukaran boleh berlaku tambahan lagi kali ini Pilihan raya Kecil yang memerlukan ketokohan untuk menang di kubu kuat PAS.

-KLpos-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2009 04:09 PM | Show all posts
Umno P. Pauh tak kemuka nama, calon BN diumum Jumaat

12 Aug 2009 12:08PM

BUTTERWORTH: Umno Bahagian Permatang Pauh tidak mengemukakan nama bakal calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir 25 Ogos ini sebaliknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata Umno pusat telah membuat penyelidikan dan menyenaraikan empat nama calon berdasarkan maklumat dan pandangan daripada Umno bahagian.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Umno bahagian itu di sini malam tadi, beliau berkata calon-calon yang disenaraikan itu adalah anak tempatan Permatang Pauh dan berumur antara 40 dan 60 tahun.

“Calonnya adalah dari golongan profesional, mampu berkhidmat, diterima masyarakat, mempunyai ramai saudara di kawasan itu dan anak tempatan Permatang Pauh,” katanya sambil menjelaskan bahawa semua calon yang disenaraikan adalah muka baru.

Abdul Jalil berkata nama calon akan diumumkan pada 4 petang Jumaat ini di Permatang Pasir serentak dengan pelancaran jentera pilihan raya Barisan Nasional. / Bernama

-KLpos-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2009 04:30 PM | Show all posts
Isu 'pengkhianat', satu strategi untuk pilihan raya umum?

Mohd Khalil Abdullah
Wed | Aug 12, 09 | 11:03:39 am MYT

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Hrkh) - Serangan Umno-Barisan Nasional (BN) sejak akhir-akhir ini melalui media kawalan mereka seolah menampakkan satu strategi halus untuk memberikan imej buruk agar rakyat membenci dan menolak Pakatan Rakyat.

Dan segala perancangan buruk yang sedang dilakukan sekarang seolah menjurus kepada perancangan untuk mengadakan pilihan raya umum bagi menumbangkan Pakatan Rakyat serta merampas kembali negeri-negeri yang terlepas daripada tangan BN sebelum ini.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK),Shamsul Iskandar Mohd Akin,pihaknya memandang serius akan trend media-media arus perdana yang begitu serius memainkan isu 'Pengkhianat Melayu' mutakhir ini.

"Pandangan dan komentar pimpinan-pimpinan Umno khususnya disebar luas melalui media-media cetak dan elektronik yang jelas bertujuan untuk memberikan impak negatif ke atas imej Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat secara umumnya.

"Berdasarkan kepada analisis trend, AMK yakin dan percaya bahawa strategi ini bertujuan sebagai persediaan Pilihan raya Umum yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat. Dan ini juga sebagai persediaan awal bagi kempen Pilihan raya Kecil DUN Permatang Pasir,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Tambahnya, polemik pengkhianat Melayu ini berterusan dimainkan dengan restu Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang jelas menggambarkan ketandusan idea kepimpinan beliau untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat secara 'gentleman' dan terbuka.

"AMK percaya ini berlaku rentetan beberapa isu mutakhir yang gagal didepani dengan baik oleh kepimpinan Najib termasuklah pendedahan isu skandal penyelewengan PKFZ, isu kematian Teoh Beng Hock dalam siasatan SPRM dan ditambah dengan sambutan luar biasa ke atas Perhimpunan Aman GMI-MANSUH ISA yang diadakan pada 1 Ogos lepas di mana berjaya mengumpulkan seramai puluhan ribu rakyat.

"Label pengkhianat berterusan dicop ke atas batang tubuh Anwar bertujuan sebagai satu kaedah pembunuhan karakter ke atas imej Anwar, sebagaimana yang dilakukan ke atas imej Tuan Guru Nik Abdul Aziz sempena Pilihan raya Kecil DUN Manek Urai yang lepas.

"Tetapi kaedah serangan karakter yang begitu agresif ini pastinya memberikan modal politik yang positif kepada Pakatan Rakyat. Untuk rekod, serangan bertalu-talu terhadap Anwar pernah dimainkan beberapa hari sebelum pilihan raya umum yang lalu di mana ternyata strategi Umno-BN telah memberikan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat,"tegasnya. - mks. _

-HarakahDaily-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2009 04:51 PM | Show all posts
Calon bebas, Kamarul Ramizul bertanding lagi

Ali Hashim
Wed | Aug 12, 09 | 2:09:51 pm MYT

PERMATANG PAUH, 12 Ogos (Hrkh): Calon bebas di Bukit Gantang dan Penanti, Kamarul Ramizu Idris tidak pernah serik walaupun sudah dua kali hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya kecil.

Beliau mengumumkan akan bertanding lagi dalam pilihan raya. Kali ini beliau akan bertanding di Permatang Pasir.

Menurut Kamarul beliau telah membuat persediaan bagi menghadapi pilihan raya kecil ini bagi menjadikan ia sebagai satu platform untuk memperkenalkan diri beliau kepada umum disamping memberi khidmat kepada penduduk Dun Permatang Pasir.

Dun Permatang Pasir kosong setelah penyandangnya Datuk Hamdan Abdul Rahman yang mewakili PAS meninggal dunia pada 31 Julai yang lalu.

Ekoran daripada itu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia sudah menetapkan tarikh penamaan calon pada 17 Ogos dan 25 Ogos sebagai hari pembuangan undi.

PAS yang memenangi kerusi kerusi tersebut sejak 1999 yang lalu sudah pasti akan mempertahankannya untuk kali keempat sekiranya sejarah 1999, 2004 dan 2008 berulang kembali.



Sehingga kini, PAS Pulau Pinang telah menyenaraikan lima calon untuk dipilih oleh PAS Pusat sebagai calon dalam pilihan raya kecil ini.

Mereka adalah Pesuruhjaya, Mohd Salleh Man, timbalan-timbalannya, Mohamad Sabu dan Rosidi Hussain, Ketua Pemuda, Mohd Yusni Mat Piah dan bekas pegawai peribadi kepada Mohd Hamdan, Shamsul Kamal Sahpie.

Manakala Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini mempertikaikan pilihan raya kecil bagi Dun Penanti sebagai pembaziran kini sudah beralih kepada moto lain untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Permatang Pasir.

Ketika itu, BN tidak mahu bertanding kerana memprotes langkah calon PKR meletakkan jawatan dari Adun Penanti. Mereka memberikan alasan tidak mahu membazirkan wang rakyat. _

-HarakahDaily-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2009 05:02 PM | Show all posts
Permatang Pasir: PAS, BN umum calon pada 14 Ogos

Mohd Sabri Said
Wed | Aug 12, 09 | 2:51:49 pm MYT

PERMATANG PAUH, 12 Ogos (Hrkh) - PAS dan Barisan Nasioanal (BN) akan mengumumkan nama calon untuk Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir secara serentak pada 14 Ogos ini.

Cuma waktu sahaja yang membezakan pengumuman tersebut di mana PAS akan mengistiharkan nama calonya di Pusat Khidmat Dun yang juga Markas Besar Pilihan raya Kecil pada sebelah malam manakala Umno dan BN pada sebelah petang di Pejabat Umno Bahagian Permatang Pauh atau di Kampung Kota.

Harakahdaily dimaklumkan, PAS akan diumumkan oleh Presidenya, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Umno oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin bersama dengan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Dato' Seri Zahid Hamidi.

Pada 14 Ogos ini semua teka teki siapa calon kedua-dua parti akan terjawab di mana sekarang ini masih berlegar-legar nama seperti Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh, Zaidi Said dan Peguam muda, Rohaizat Othman menjadi sebutan tertinggi.

Tetapi, kena ingat kedua-duanya mempunyai rekod tersendiri dan akan terdedah bilamana salah seorang akan dinobatkan sebagai calon nanti.

Sementara itu, PAS pula antara nama yang disebut-sebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man, bekas Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan peguam muda, Rosidi Husin selain nama bekas Pegawai Khas Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman Saudara Shamsul Kamal Shafiee.

Namun apa pun kena tunggu keputusan terakhir yang akan menentukan siapakah calon yang dimaksudkan untuk merentap di Dun berkenaan pada 25 Ogos itu nanti.

Walaupun hari penamaan calon tinggal empat hari lagi iaitu pada 17 Ogos namun ramai kepimpinan kelihatan datang mencari tempat tinggal sekaligus membantu calon masing-masing.

Di Bangunan Umno Bahagian Permatang Pauh di Sungai Semambu setiap hari khasnya pada sebelah malam bagaikan ada pesta berlangsung banyak kereta bernombor pendaftaran luar tersadai di tepi jalan atau menjalar ke sana ke mari merentasi kampung.

Bagi PAS siapa pun calonnya, yang penting ialah pertingkatkan jentera supaya Dun ini terus menjadi milik parti Islam dan tidak sekali-kali Umno dan BN berjaya mengurangkan majoriti sepertimana yang berlaku di Pilihan raya Kecil Manik Urai, Kelantan. - mks. _

-HarakahDaily-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2009 05:10 PM | Show all posts
Pakar motivasi mahu cuba nasib di Pmtg Pasir

Ogos 12, 09 9:16am       

Selepas bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti sebelum ini, seorang pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris menyuarakan hasratnya untuk mencuba nasib sekali lagi di DUN Permatang Pasir.

Berikutan itu, pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara BN, PAS dan calon bebas.



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada 17 Ogos dan pengundian pada 25 Ogos.

Kamarul Ramizu, 42 (kiri), berkata beliau bersedia untuk membeli borang pencalonan dari Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri, Jumaat ini.

"Saya sedia untuk bertanding di Permatang Pasir kerana saya telah memperuntukkan kira-kira RM100,000 bagi kempen pilihan raya kecil itu.

"Saya juga akan berkempen di kawasan Permatang Pasir supaya pengundi faham misi dan visi saya,"
katanya kepada Bernama semalam.



Sebelum ini, Kamarul Ramizu telah bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Penanti.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan bertanding di Permatang Pasir sebagai calon underdog yang bertujuan untuk mendedahkan dirinya dengan orang ramai.

"Walaupun saya akan cuba sebaik mungkin, tapi saya tidak pernah jangka untuk memenanginya dan hanya menjadikannya sebagai satu pendedahan kepada diri saya bagi mempersiap diri menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 31 Julai akibat sakit jantung.

-malaysiakini-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2009 05:29 PM | Show all posts
BN akan tunai janji ikut peti undi

Ogos 12, 09 1:06pm       

BN akan menunaikan janjinya di kawasan peti undi yang dimenanginya walaupun calonnya kalah dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini.



"Kali ini kita guna pendekatan berbeza di mana kita akan tunaikan janji kita mengikut peti undi," kata ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

"Jika di satu kawasan peti undi itu mahukan jalan, jika peti undi itu BN menang, kita akan bagi jalan kepada mereka.

"Walaupun calon kita kalah, jika di mana-mana peti undi kita menang, kita akan tunaikan janji kita kepada peti undi yang menang selepas pilihan raya itu," katanya selepas mesyuarat Umno bahagian itu malam tadi, lapor Bernama.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS pada 31 Julai lalu. Penamaan calon ialah pada 17 Ogos ini.

Dalam pilihan raya umum lalu, Mohd Hamdan memperoleh 11,004 undi menewaskan calon BN, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Abdul Jalil juga berkata mesyuarat bahagian itu memutuskan untuk tidak mengemukakan nama bakal calon untuk bertanding di DUN Permatang Pasir.

Sebaliknya, kata beliau, ia menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk memilih daripada empat nama yang disenarai pendek oleh Umno pusat berdasarkan maklumat dan pandangan umno bahagian.

Menurutnya, calon-calon yang disenaraikan itu adalah anak tempatan dan berumur antara 40 dan 60 tahun.

Calon muka baru

"Calonnya adalah dari golongan profesional, mampu berkhidmat, diterima masyarakat, mempunyai ramai saudara di kawasan itu dan anak tempatan Permatang Pauh," katanya sambil menjelaskan bahawa semua calon yang disenaraikan adalah muka baru.

Menurutnya, nama calon akan diumumkan pada 4 petang Jumaat ini serentak dengan pelancaran jentera pilihanraya BN Permatang Pasir.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan pula berkata penyokong PAS di Permatang Pasir seharusnya sedar bahawa parti itu tidak diberi pengiktirafan sewajarnya oleh kerajaan DAP-PKR Pulau Pinang.

"Pada tahun 1999 MIC pernah menang satu kerusi sahaja tetapi tetap diberi jawatan exco dalam kerajaan negeri (pimpinan BN) dan ini menunjukkan semangat setiakawan dan keikhlasan antara parti komponen BN," katanya selepas menyuarat mengenai persediaan pilihan raya kecil itu malam tadi.

Tetapi, katanya, kerajaan Pulau Pinang sekarang mengetepikan PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri walaupun Mohd Hamdan merupakan wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri.

Ahmad juga berkata walaupun PAS menang dengan majoriti besar pada pilihan raya umum lepas, ia tidak bermakna penduduk kawasan itu tidak akan berubah fikiran pada pilihan raya kecil ini.

"Pada tahun 1995 kerusi Permatang Pasir dimenangi oleh BN. Pada tahun 1999, 2004 dan 2008 pula BN kalah kepada calon PAS. Ini bermakna fikiran rakyat sentiasa berubah," katanya.

-malaysiakini-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2009 05:39 PM | Show all posts
bukankah tanggungjawab membina jalanraya.. balairaya..sekolah.. masjid..surau dan sebagainya adalah tanggungjawab pihak kerajaan hasil dari duit rakyat .. sudah sepatutnya la di pulangkan kepada rakyat..tak kira la menyokong atau tidak kepada sesuatu parti..

kecuali..jika kerajaan kata.. sesiapa yang menyokong BN akan dapat pembangunan.. dan siapa yang tidak menyokong BN tidak akan mendapat pembangunan, juga tidak perlu membayar cukai pendapatan, zakat dsb kepada kerajaan..

boleh ke gitu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2009 05:50 PM | Show all posts
pembangunan kalau diteruskan secara adil..tak kira didaerah mana..negeri mana.. tanpa mengira fahaman politik... bangsa dan agama sesuatu kaum...saya secara pribadi berpendapat.. rakyat akan buka mata dan kembali menyokong BN sama seperti sebelum PRU Mac, 08...

BN kena berubah cara mereka berkempen..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 11:53 PM | Show all posts
kita tengok siapa yang kena nanti,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2009 10:24 AM | Show all posts
Khamis Ogos 13, 2009

Pemimpin Umno sabotaj jentera parti akan dipecat - Zahid

BUKIT MERTAJAM:Pemimpin atau anggota parti yang terbukti mensabotaj jentera pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir akan dipecat keanggotaannya, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau memberi amaran itu bagi memastikan semua pihak memberikan sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya itu, 25 Ogos ini.

"Saya ingin tegaskan, manamana anggota atau pemimpin UMNO di Permatang Pauh atau di manamana tempat di Pulau Pinang yang sabotaj parti pada pilihan raya, kita beri tempoh 60 hari untuk memecat mereka.

"Saya tidak main-main dalam hal ini dan saya harap semua faham mesej ini," katanya kepada pemberita sebelum mengadakan pertemuan dengan ketuaketua peti undi BN untuk pilihan raya kecil itu, di sini semalam.

Katanya beliau tidak akan berkompromi dalam soal kesetiaan kepada parti.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan memantau sendiri perjalanan jentera BN sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil itu diadakan.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata, sewajarnya pada ketika ini semua pihak mengetepikan sebarang persengketaan yang bersifat peribadi bagi memastikan kemantapan gerak kerja jentera pilihan raya itu di samping mengukuhkan perpaduan dalaman parti.

"Semua pemimpin, sama ada yang sudah lama atau baru mesti mempamerkan kesungguhan untuk memastikan kemenangan calon BN dan diberikan peranan dalam jentera kali ini," katanya.

Pemimpin yang dipilih sebagai calon, beliau nasihatkan agar tidak membangga diri manakala yang tidak terpilih pula jangan merajuk.

Beliau mengajak semua pihak untuk bekerja keras membantu parti menghadapi pilihan raya itu sebaik sahaja pengumuman calon BN dibuat oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Permatang Pasir pada Jumaat ini.

"Kita tidak mahu bakal calon berebut-rebut dan akhirnya ada yang merajuk. Kalau tidak terpilih jadi calon, kalau kita tunjuk keikhlasan dan kesungguhan bekerja maka peluang akan tetap diberikan (pada pilihan raya umum) kelak," tegasnya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada Pas akibat sakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 31 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Isnin ini sebagai hari penamaan calon manakala 25 Ogos ialah hari pengundian.

Pada pilihan raya umum lalu, Mohd Hamdan, yang menyandang kerusi itu selama tiga penggal mulai 1999, mengalahkan calon BN, Ahmad Sahar Shuib dengan memperoleh majoriti 5,433 undi.

Sementara itu, antara beberapa pemimpin Umno yang disebutsebut bakal menjadi calon BN ialah Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizad Othman, Naib Ketua bahagian itu, Abdul Rahim Man, Ketua Pemudanya, Mohd Zaidi Mohd Said dan bekas Timbalan Ketua Bahagian itu, Datuk Ahmad Saad.BERNAMA

-mStar-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2009 02:33 PM | Show all posts
Khamis Ogos 13, 2009

Permatang Pasir: Undi masyarakat India mungkin penentu kemenangan

PULAU PINANG: Undi masyarakat India mungkin menjadi penentu kepada kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir 25 Ogos ini, kata Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu hari ini.

Beliau berkata walaupun pengundi India di kawasan itu hanya 1.63 peratus atau kirakira 350 orang, tetapi undi mereka mungkin menentukan "siapa yang menang dan siapa yang kalah".

Jangkaan beliau itu berdasarkan kepada kemenangan tipis calon PAS pada pilihan raya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai lepas di mana calon Barisan Nasional (BN) tewas hanya dengan majoriti tipis 65 undi.

"Jika kita mengambil kira keputusan pilihan raya kecil Manek Urai, saya percaya undi masyarakat India akan memainkan peranan penting dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir," katanya ketika berucap merasmikan bangunan baru ibu pejabat MIC Pulau Pinang di sini.

Oleh itu, beliau meminta seluruh jentera MIC menumpukan perhatian terhadap pengundi India di Permatang Pasir.

"Saya bersama pemimpin-pemimpin tertinggi MIC lain akan berkempen secara agresif di Permatang Pasir, dan saya yakin MIC Pulau Pinang sudah membuat segala persiapan menjelang hari penamaan calon pada 17 Ogos ini.

"Kita mesti menghantar satu rombongan besar untuk memberi sokongan kuat kepada calon BN pada hari pencalonan nanti," kata beliau.

Samy Vellu berkata beliau telah meminta MIC Pulau Pinang menubuhkan satu pasukan pilihan raya supaya dapat bekerjasama dengan partiparti komponen BN yang lain dalam merangka strategi kempen pilihan raya.

"Memandangkan bilangan pengundi India adalah kecil, maka kita akan membuat kempen dari rumah ke rumah dan mengadakan ceramah dalam kumpulan kecil. Cara ini lebih efektif," katanya.

Beliau juga meminta semua ketuaketua Bahagian dan Cawangan MIC di Pulau Pinang melibatkan diri secara aktif dalam kempen pada pilihan raya kecil tersebut.

"Bilik Operasi boleh dibuka di bangunan ini (ibu pejabat MIC Pulau Pinang), selain di kawasan pilihan raya itu," katanya.

Samy Vellu berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan MIC Pulau Pinang tidak lama lagi mengenai langkahlangkah yang perlu diambil dalam menghadapi pilihan raya ini yang saya anggap sebagai amat penting bagi BN.

BN dan Pakatan Rakyat akan mengumumkan calon masingmasing esok.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63.

Pada pilihan raya umum ke12, Hamdan, calon Pas, menewaskan calon BN Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Kawasan pilihan raya itu mempunyai 20,289 pengundi (termasuk pengundi pos), dengan 72.36 peratus terdiri dari kaum Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India.BERNAMA

-mStar-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2009 02:36 PM | Show all posts
Khamis Ogos 13, 2009

Permatang Pasir: Nik Aziz jamin tiada serangan peribadi

MACHANG: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memberi jaminan tidak akan menyerang peribadi pemimpin parti lawan, khasnya Barisan Nasional (BN), sepanjang kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Bagaimanapun, katanya, PAS tidak akan berhenti daripada terus melancarkan serangan dari segi dasar parti lawan tanpa mengira masa dan keadaan.

"Pas sampai bilapun akan terus menyerang dasar parti lawan yang bertentangan dengan apa yang dilaksanakan parti PAS, walaupun dalam masa umat Islam berpuasa.

"Malah, pada bulan puasa Islam mengajar supaya umatnya bekerja lebih kuat, dan sejarah peperangan Badar pun berlaku pada bulan Ramadan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah pembinaan jambatan Kuala Sat, Kampung Kelaweh, dekat sini, hari ini.

Katanya, serangan terhadap dasar parti bukan saja dibolehkan, tetapi diwajibkan dalam Islam. Tarikh penamaan calon pilihan raya kecil kawasan itu ditetapkan pada 17 Ogos manakala hari pengundian pada 25 Ogos ini.

Ditanya sama ada Pas akan mengeluarkan garis panduan mengenai ceramah semasa kempen pilihan raya kecil itu pada bulan Ramadan, katanya, PAS tidak akan menggunakan pendekatan menyerang peribadi terhadap parti lawan.

Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata, kerajaan negeri sudah mengubah istilah "bulan puasa" kepada "bulan Ramadan" bagi memberi kefahaman lebih luas kepada umat Islam tentang pengajaran dan amalan yang dituntut agama sepanjang bulan mulia itu. BERNAMA

-mStar-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2009 02:40 PM | Show all posts


Permatang Pasir: Salleh lwn Zaidi?

Abdul Rahim Sabri
Ogos 14, 09
11:23am       

Tinggal beberapa jam lagi bagi PAS dan BN untuk mengumumkan calon masing-masing bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir dan spekulasi di kalangan penyokong kedua-dua pihak mengenai bakal calon, semakin panas.



Para penyokong Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said (kiri) menaruh harapan yang kuat bahawa beliau akan terpilih mewakili BN.

Begitu juga dengan penyokong Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man (bawah).

Nama kedua-dua mereka menjadi sebutan sebagai bakal calon yang bakal bertembung dalam pilihanraya kecil tersebut pada 25 Ogos ini.

Sehingga pagi ini, nama kedua-dua pemimpin itu disebut-sebut akan diumumkan mewakili parti masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mendedahkan nama calon BN di Bukit Merah, Permatang Pasir pada jam 4 petang ini.



Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula akan mengumumkan calonnya pada jam 9 malam ini.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman kerana serangan jantung pada 31 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 17 Ogos ini.

Sebelum ini, Umno bahagian Permatang Pauh menyenaraikan empat calon termasuk Mohd Zaidi kepada pucuk pimpinan untuk memilih calon yang terbaik untuk mewakili parti itu.

Manakala jawatankusa PAS pula bermesyuarat hujung minggu lalu membicangkan lima orang calon termasuk Salleh.

-Malaysiakini-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.088157 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list