CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: redbun

PRK N11 Permatang Pasir

[Copy link]
 Author| Post time 17-8-2009 03:13 PM | Show all posts
NGO anti-PSSMI ingin menangkan PAS

Jimadie Shah Othman
Ogos 17, 09
2:31pm       

Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) tidak dapat meredakan perasaan tidak puas hati kumpulan seniman dan budayawan yang bergabung dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Jumaat ini, empat hari sebelum pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir berlangsung, penasihat GMP Sasterawan Negara A Samad Said dijadual turun berkempen bagi memenangkan calon PAS Mohd Salleh Man atas pendiriannya membantah dasar kontroversi itu.



Setiausaha gabungan NGO itu Hasni Abas memberitahu Malaysiakini hari ini, A Samad, atau panggilan mesranya Pak Samad, akan berceramah dan mengedarkan risalah anti-PPSMI.

"GMP akan berada di Permatang Pasir pada 21 Ogos malam. Pak Samad dan exco GMP akan ke sana," jelas Hasni, juga pengerusi kesatuan sekerja kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Hasni menjelaskan, dalam mesyuarat GMP Sabtu lalu bagi membincangkan tindakan susulan badan itu susulan pengumuman pemansuhan PPSMI, badan itu tidak akan mengambil langkah berdemonstrasi sekali lagi – dalam masa terdekat.

"Pak Samad ada usulkan perkara itu. Tetapi kita putuskan tidak perlu buat masa ini, kita tidak mahu (bersikap) provokatif. Kita jumpa dulu," katanya.



Sebaliknya, tambah Hasni, GMP akan menghantar memorandum kepada Kementerian Pelajaran mempersoalkan kelambatan pemansuhan itu, tidak seperti proses pelaksanaannya pada 2003 yang hanya mengambil masa enam bulan.

GMP juga ingin bertemu dengan menteri berkenaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membangkitkan isu tersebut.

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2009 09:41 AM | Show all posts
Isnin Ogos 17, 2009

SPR minta Pemuda Umno serah nama "pengundi hantu" di Permatang Pasir

BUKIT MERTAJAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada isnin meminta Pemuda Umno menyerahkan senarai pemilih berdaftar yang didakwa oleh pergerakan itu sebagai "pengundi hantu" di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir untuk semakan.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata senarai itu diperlukan segera bagi membolehkan semakan terperinci dijalankan untuk memastikan kesahihannya.

Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata, SPR akan memberikan jawapan segera kepada isu itu sebaik selesai semakan dibuat.

Bagaimanapun, beliau mengesyaki bahawa kewujudan ramai pemilih berdaftar pada satu alamat mungkin berlaku kesan daripada pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain sebelum tahun 2002.

"Mungkin apa yang berlaku ialah sebelum 2002, parti-parti politik boleh memindahkan pengundi kerana ketika itu tidak disyaratkan pendaftaran kawasan mengikut alamat dalam kad pengenalan tetapi setelah kita mewartakan bahawa kawasan mengundi mesti mengikut alamat kad pengenalan, perkara seperti itu sukar untuk berlaku lagi.

"Apapun, kita akan siasat dan semak senarai itu serta bagi jawapan kepada pengadu," katanya.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mendakwa terdapat pengundi hantu di kawasan Permatang Pasir berdasarkan laporan bahawa ada pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu.

Menurutnya beberapa nama pengundi Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan di alamat rumah orang Melayu.

Katanya sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000 pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.

Mengenai perjalanan proses penamaan calon hari ini, Abdul Aziz berpuas hati kerana semuanya berjalan lancar kecuali kejadian seorang pemimpin parti pembangkang yang tidak mematuhi arahan polis semasa berada di kawasan penamaan calon.

Katanya penyokong yang datang juga tidak terlalu ramai dan dianggarkan kira-kira 7,000 orang sahaja dan ini bertepatan dengan nasihat Kementerian Kesihatan dalam usaha mencegah penularan wabak Influenza A(H1N1).

Abdul Aziz berkata tiga pasukan SPR akan memantau perjalanan kempen yang bermula Isnin bagi memastikan tiada pihak yang melanggar peraturan pilihan raya.

"Hanya parti yang bertanding sahaja yang boleh mengadakan kempen, ceramah dan pemasangan bendera parti di kawasan Permatang Pasir," katanya.

Beliau mengingatkan pemimpin-pemimpin parti berkenaan supaya tidak mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah, mencaci, menghina atau menimbulkan ketegangan kaum sepanjang tempoh berkempen sesuai dengan bulan Ramadan.

Pada pilihan raya kecil 25 Ogos ini, Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman,38, dari Baripada Barisan Nasional berdepan dengan Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari Pas pada 31 Julai lalu kerana serangan jantung. BERNAMA

-mStar-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2009 09:42 AM | Show all posts
pengundi hantu nih.. dulu menyakat pembangkang.. nih dah pindah menyakat BN pulak ke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2009 09:53 AM | Show all posts
Isnin Ogos 17, 2009

Rohaizat memang layak bertanding, isu firma guaman bukan isu - Muhyiddin
Pembangkang pula mahu terus bangkitkan peristiwa tahun 2000

Oleh G. MANIMARAN

BUKIT MERTAJAM: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menekankan bahawa Setiausaha Umno Permatang Pasir, Rohaizat Othman layak untuk bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang diadakan sekarang walaupun pembangkang mahu terus mempersoalkan 'kelayakan' beliau.

Pembangkang pula bertegas mahu membangkitkan aspek moral Rohaizat yang pagi tadi telah mengemukakan borang penamaan calon.

Rohaizat akan berhadapan dengan calon PAS, Mohd. Salleh Man iaitu Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

"Dari segi undang-undang beliau (Rohaizat) layak untuk bertanding," kata beliau ketika ditanya wartawan pagi tadi semasa berlangsungnya kempen penamaan calon pilihan raya kecil kerusi DUN Permatang Pasir.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno juga menjelaskan bahawa pihaknya telah membuat penelitian rapi sebelum memilih Rohaizat sebagai calon BN.

Rohaizat diumumkan sebagai calon BN pada Jumaat lalu oleh Muhyiddin sendiri.

Kata beliau, pembangkang boleh menggunakan isu-isu yang menjejaskan karakter peribadi calon BN, tetapi rakyat yang akan membuat penilaian mereka.

Pengundian diadakan pada 25 Ogos.

Sehubungan itu, tegas Timbalan Perdana Menteri, BN tidak akan berbohong apabila menemui pengundi, sebaliknya akan menjelaskan kepada pengundi setiap isu yang dibangkitkan menggunakan fakta.

"Kami akan membuat penjelasan kepada orang ramai dan kami mempunyai caranya untuk membuat penjelasan semasa kempen, kami akan mendedahkannya," kata beliau.

Semalam Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dakwaan pembangkang wujudnya salah guna wang Koperasi Pekebun-pekebun Kecil Getah Pulau Pinang, yang hendak dibangkitkan semasa kempen pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, tidak melibatkan Rohaizat.

"... oleh yang demikian Rohaizat adalah layak untuk bertanding sebagai calon BN, dalam penamaan calon esok," kata Zahid yang juga Naib Presiden Umno.

"Saya telah menjelaskan terhadap isu yang mengatakan bahawa Rohaizat telah hilang kelayakan kerana beliau telah dikeluarkan dari senarai peguam yang boleh mengamalkan firma guamannya.

"Dari penjelasan yang diberikan oleh penasihat undang-undang bahawa pihak Koperasi Pekebun-pekebun Kecil Getah Pulau Pinang, yang diperjelaskan oleh Bendaharinya, Tuan Haji Omar (Hamid), pembayaran terhadap wang yang dipegang oleh syarikat guaman Saudara Rohaizat telah pun diselesaikan lama dahulu.

"Oleh yang demikian, mereka juga telah lama menarik balik laporan yang dibuat terhadap penggunaan wang pelanggan oleh firma guaman Saudara Rohaizat, di mana yang melakukan perbuatan itu bukanlah saudara Rohaizat tetapi bekas rakan kongsinya... di mana perkara ini telah pun diselesaikan," katanya.

Perkara itu didakwa berlaku tahun 2000 dan kes tersebut telah ditarik balik tiga tahun kemudian.

Kelmarin, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya mempunyai "satu isu penting yang akan digunakan" dalam kempen kali ini.

PAS BERTEGAS

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, pihaknya tetap akan menggunakan isu berkenaan sebagai bahan kempen kali ini di Permatang Pasir.

"Di peringkat awal, Umno dan BN tidak seharusnya memilih calon seperti... apakah tiada calon yang lebih baik daripada calon ini," kata beliau yang mengutarakan pandangan itu dari sudut moral.

Katanya, kenyataan Zahid semalam menunjukkan BN mengaku kewujudan isu berkenaan.

Ketika ditanya bukankah penggunaan isu berkenaan satu bentuk tindakan melakukan serangan peribadu memandangkan BN telah pun menjelaskannya, Mahfuz memberitahu, "ini bukan soal serangan peribadi. Tapi isu melibatkan tindak tanduk calon."

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan menyifatkan calon BN sudah melepasi halangan pertama dengan berakhirnya proses penamaan calon tengah hari tadi.

"Ya, beliau sudah lepasi halangan pertama.

Selepas ini kami akan menjawab isu ini jika dibangkitkan,"
katanya.

Bagaimanapun tegas beliau, pembangkang tidak wajar membangkitkannya memandangkan sudah jelas bahawa perbuatan itu bukan dilakukan oleh Rohaizat.

"Ini sudah dijelaskan semalam," katanya yang yakin pendekatan Pakatan tidak akan menjejaskan peluang BN.

Rohaizat ketika ditemui juga melahirkan rasa lega kerana telah melepasi halangan pertama penamaan calon tengah hari tadi.

"Saya lega... saya bersyukur kerana telah diisytiharkan sebagai calon. Selepas ini saya kena bekerja kuat untuk menemui pengundi-pengundi," kata beliau sambil menambah, pembangkang harus menggunakan pendekatan murni dan hormat-menghormati ketika berkempen.

-mStar-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2009 10:10 AM | Show all posts
KEAKRABAN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT MENJADI PERHATIAN       
               
Written by Editor          
Tuesday, 18 August 2009 04:45



PERMATANG PAUH – Hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir yang diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara, disini semalam, sekali lagi menyaksikan keakraban hubungan dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

Tidak mengira latarbelakang bangsa atau ugama dan parti mana yang mereka wakili, duduk bersama dibawah satu khemah, bertegur sapa dan berbual mesra membuktikan perpaduan sebenar rakyat Malaysia.

Rakaman detik-detik penamaan calon PRK Permatang Pasir jelas menonjol sehingga menarik perhatian beberapa pemimpin Barisan Nasional untuk berkunjung ke khemah Pakatan Rakyat.

(Gambar kanan - Ustaz Salleh Man, seorang berkelulusan Ijazah Universiti Malaysa, calon PAS yang terkenal dengan kegigihan membangun dan menggerakkan masyarakat)

Berikut adalah catatn detik-detik proses penamaan calon semalam;

6.20 pagi : Menjelang hari pernamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pasir pagi ini.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng antara pimpinan utama Pakatan yang dijangka akan mengiringi calon PAS Ustaz Saleh Man


6.30 pagi :Pasukan keselamatan PAS, Unit Amal yang berseragam merah mula kelihatan menjalankan tugas mereka menjaga keselamatan dan laluan di tempat penyokong PAS dan Pakatan rakyat berkumpul.

Dalam pada itu, beberapa jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan mulai pukul 6 pagi tadi. Antara jalan yang ditutup ialah Jalan yang ditutup adalah Jalan Berapit di hadapan perkuburan cina Berapit dan simpang tiga Jalan Berapit/Jalan Mengkuang.



7.15 pagi : Trak-trak anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang sejak awal pagi tadi telah beratur ditepi jalan mula bergerak ke pusat penamaan calon.


8.07 pagi : Helikopter PDRM mula kelihatan berlegar-legar diruang udara.



8.10 pagi :Menurut petugas, jumlah mencecah lebih kurang 2 000 ribu orang penyokong PAS sudah mula berkumpul di simpang laluan masuk menuju pusat penamaan calon di Simpang Tiga Berapit

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Timbalan dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi. Turut serta YB Nizar Jamaluddin.

8.15 pagi :Ahli jawatan kuasa PAS Pusat, Mohammad Sabu yang tiba dengan motorsikal besar antara yang menarik perhatian di pagi hari penamaan calon ini.

Turut juga kelihatan ahli kelab penyokong PAS dari kaum cina dan India turut bersama-sama menyertai perarakan pada pagi ini.

8.20 pagi : Calon PAS, Ustaz Salleh Man tiba dengan diiringi pemimpin Pakatan Rakyat .

8.20 pagi :Seramai 10 000 penyokong Pakatan rakyat mula bergerak ke pusat pencalonan di IKBN Bukit Mertajam dengan diketuai Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.



8.25 pagi : Bacaan doa dipimpin Ustaz Nasharuddin Mat Isa, dan baru sahaja sampai Naib Presiden PAS Pusat, Salahuddin Ayub.

Kira-kira 1,000 penyokong parti itu berkumpul di luar pusat penamaan calon.

8.24 pagi : Laungan takbir, 'hidup rakyat' dan 'hancur BN' mula bergema dari kumpulan penyokong BN, manakala disebelah penyokong BN masih kelihatan kelompok-kelompok kecil sahaja.

8.34 pagi : Sedikit kekecohan berlaku dihadapan penyokong PAS. Manakala beberapa individu yang dipercayai penyokong Umno yang tersesat laluan di minta kembali ke tempat penyokong BN kerana tiada pas kebenaran.

8.35 pagi : Kira-kira 50 pemimpin PAS dan anggota komponen Pakatan yang lain - antaranya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali - memasuki IBKN dengan mengiringi calon, Salleh Man untuk menyerahkan borang penamaan calon.



8.41 pagi : Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba di pusat penamaan calon bersama beberapa lagi pimpinan parti itu.

Sementara itu, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat pula diberi taujihad oleh Exco Pemuda Pusat, Ustaz Ridhuan Mad Nor.

8.50 pagi : Ucapan oleh Ustaz Yusni, Ketua Pemuda Penang, Ustaz Yusni Mat Piah. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama penyokong DAP tiba. Proses penamaan calon akan berlangsung sedikit masa lagi.

9.00 pagi : Proses penamaan calon sedang mula berlangsung.

9.05 pagi : Giliran calon PAS, Salleh Man melengkapkan borang dan menyerahkannya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, sejurus Rohaizat menyerahkan borangnya.

Sebelum itu, calon PAS dan rombongan masuk ke pusat penamaan calon. Kedua-dua mereka dikatakan tersekat di tengah-tengah penyokong yang ramai sebelum ini.

9.10 pagi : Selawat bergema dari penyokong Pakatan Rakyat sementara menunggu ketibaan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Setakat ini hanya dua calon yang menyerahkan borang penamaan calon. Masih tiada calon-calon bebas yang kelihatan di pusat penamaan calon ketika ini.



9.17 pagi : Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tiba, sedikit kekecohan dari penyokong berlaku bila polis menghalang dan menghimpit Presiden PAS itu. Beberapa minit sebelum itu Mursyildul Am PAS tiba ke pusat penamaan calon.

9.45 pagi : Ahli jawatan kuasa PAS Pusat, Mohammad Sabu membuat pengumuman tergempar bahawa  PAS akan membuat bantahan pencalonan terhadap calon BN, disambut laungan penyokong Pakatan Rakyat.

Rohaizat Othman yang juga seorang peguam syarie dimaklumkan telah pun dipecat dari Bar Council kerana menipu pelanggannya dan telah pun dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin.


10.00 pagi : SPR telah mengumumkan proses penghantaran borang telah di tutup. Di luar dewan, lagu tema PAS berkumandang di kawasan penamaan calon.

10.05 pagi : Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengumumkan proses bantahan bermula. Sesi pameran dan bantahan borang penamaan calon bermula. Ia akan berlangsung selama sejam.



10.10 pagi Calon Bebas dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti tidak dapat menyerahkan borang pencalonan kerana lewat dan hadir selepas pukul 10.00 pagi tadi.

10.15 pagi : 10 org wakil pengundi Permatang Pasir dimaklum akan tampil untuk membuat bantahan yang diumumkan Mad Sabu sebentar tadi.

10.20 pagi : Penyokong setia PAS tetap setia menanti walaupun cuaca menginjak panas. Suasana semakin meriah dengan semangat dari penyokong Pakatan Rakyat.

10.38 pagi : Wakil pengundi-pengundi Permatang Pasir sedang mengisi borang bantahan dan menyerahkan borang berkenaan. Pegawai SPR bertugas sedang menyemak dan meneliti borang yang serahkan. Penyokong Pakatan Rakyat masing-masing sedang tunggu keputusan.

10.58 pagi : Kehadiran peyokong Pakatan Rakyat yang semakin ramai sehingga terpaksa memasuki ke dalam pagar di hadapan IKBN

11.00 pagi : Sesi pameran dan bantahan pencalonan sudah berakhir. Masih menantikan pengumuman dari pegawai SPR.



11.20 pagi : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat keluar dari pusat penamaan calon, ketika ini beliau disambut penyokong Pakatan Rakyat.

Sementara itu, di kekecohan mula berlaku dengan serangan pukulan dari anggota polis terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan. Serangan tanpa sebab idan penangkapan ahli  parlimen itu mengakibatkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat.

11.30 pagi : Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahya telah mengumumkan calon yang akan bertanding bagi Pilihanraya DUN Permatang Pasir (N.11) iaitu Salleh Man dari PAS dan Rohaizat Othman dari BN.

Lima belas bantahan yang dikemukakan terdahulu, bagaimanapun ditolak SPR.


11.35 pagi : Pimpinan Pakatan Rakyat dan calon PAS keluar dari pusat penamaan calon. Bacaan doa oleh Ustaz Sabri (calon yang lawan Pak Lah). Ketika ini calon PAS sedang berucap kepada penyokong PAS yang hadir.

11.35 pagi : Sah! Hanya satu lawan satu di Permatang Pasir. Saingan satu penjuru antara calon PAS dan BN. Ketika ini penyokong mula beransur bersurai.  http://prkn11penang.pas.org.my

-BuletinOnline-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2009 10:19 AM | Show all posts
Ada pekung tersembunyi di dadamu?

Abdul Aziz Mustafa
Tue | Aug 18, 09 | 7:53:10 am MYT

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Tak boleh ada pekung di dada, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada sesiapa yang berhasrat menjadi seorang ahli politik ataupun pemimpin.

"Apabila ada sesuatu kesalahan dilakukan, tidak dapat tidak rakyat akan dapat tahu... kita tidak boleh sembunyikan.

"Sebab itu kalau hendak jadi ahli politik ataupun pemimpin, jangan terlibat dengan benda-benda yang tidak baik," katanya.

Sehari selepas kenyataan Dr Mahathir itu, muncul pula berita dalam sebuah akhbar tempatan yang melaporkan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, Rohaizat Othman dipecat dari Majlis Peguam.

Prosiding pemecatannya dibuat di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976. Seksyen tersebut melibatkan salah laku seseorang peguam.

"Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.

"Rohaizat dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini," akhbar The Edge semalam melaporkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.



Ragunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya.

"Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak dipulangkan kepada pemegang amanah melibatkan wang berjumlah RM140,000.

"Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan.

"Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.

Laman web Majlis Peguam di bawah tajuk "Disciplinary Orders: January-March 2008" menyenaraikan nama Rohaizat sebagai salah seorang yang digugurkan dari majlis itu.

Apabila Ragunath menyebutkan "kesalahan yang serius" dan "sama seperti salah laku jenayah," persoalan yang timbul ialah adakah para pengundi di Permatang Pasir akan mengundi seseorang yang terdedah kepada tuduhan mempunyai pekung di dada?

Adalah dipercayai, isu pemecatan Rohaizat dari Majlis Peguam akan akan menjadi isu utama yang berpanjangan sepanjang pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Satu lagi persoalan yang timbul ialah mengapa BN khususnya Umno membelakangkan ingatan Dr Mahathir dan berkeras mahu mencalonkan seseorang yang terdedah kepada tuduhan mempunyai pekung di dada?

Jika dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Dr Mahathir menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon BN di dalam pilihan raya kecil itu sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk," adakah Rohaizat "benar-benar pilihan yang sangat baik"?_

-HarakahDaily-
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-8-2009 10:22 AM | Show all posts
betul ke BN dah tak de calon yang benar-benar bersih? rasanya ada..cuba la cari dan tapis betul-betul..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 10:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2009 12:19 PM | Show all posts
Rohaizat Janji Akan Aplikasi Program Tingkat Pendapatan Penduduk
BUKIT MERTAJAM, 17 Ogos (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman berjanji akan membantu meningkatkan taraf hidup penduduk Permatang Pasir sepertimana yang telah dilakukannya di Mengkuang Titi melalui program untuk meningkatkan pendapatan penduduk desa.

Katanya sekiranya beliau dipilih pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir 25 Ogos ini, beliau akan mengaplikasikan program agro pelancongan yang diusahakannya untuk penduduk Mengkuang Titi.

"Saya telah membawa nama Mengkuang Titi hingga ke peringkat nasional apabila progam yang saya laksanakan di sana memenangi tempat kedua Anugerah Desa Cemerlang peringkat kebangsaan," kata anak kelahiran Mengkuang Titi itu kepada pemberita ketika ditemui di pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini Isnin.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bakal menyaksikan pertandingan antara Rohaizat, 38, yang juga Setiausaha Umno Cawangan Permatang Pauh, dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man, 52.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai lepas akibat sakit jantung.

Beliau yakin BN akan memperoleh kejayaan pada pilihan raya kecil kali ini berdasarkan prestasi cemerlang komponen itu pada pilihan raya kecil DUN Manik Urai di Kelantan baru-baru ini.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap semua pihak dapat mencapai kematangan demokrasi sepanjang berkempen pada pilihan raya kecil kali ini.

"Saya harap keadaan pilihan raya ini tenang seperti pilihan raya kecil DUN Manik Urai," katanya.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau kecewa dengan pembangunan di Permatang Pasir yang tiada sebarang perubahan sejak dikuasai PAS 15 tahun lepas.

Katanya penduduk di kawasan itu perlu melakukan perubahan jika mahukan pembangunan seperti kawasan lain yang diperintah BN.

"Saya berjanji jika BN menang di kawasan ini, pembangunan dan kebajikan penduduk akan ditingkatkan untuk kemajuan taraf hidup mereka," katanya.

Bagi Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, kelebihan calon BN adalah berdasarkan kelayakan profesional, golongan muda dan merupakan anak tempatan yang memahami masalah serta isu tempatan.

Beliau berkata jika Rohaizat berjaya memenangi kerusi DUN itu, golongan muda akan dapat manfaat melalui peruntukan yang akan disalurkan kerajaan.

"Kita percaya jika BN menang di DUN ini, penduduk akan diberi jaminan tentang peluang pekerjaan, ekonomi, sosial dan pendidikan," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 12:30 PM | Show all posts
Penipuan Pakatan Rakyat dibongkar: Muhyiddin

BUKIT MERTAJAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) akan memberi fakta sejelas-jelasnya kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir berhubung pembohongan dan penipuan yang dilakukan Pakatan Rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, BN mempunyai banyak isu untuk dibangkitkan ketika kempen pada pilihan raya kecil berkenaan bagi membongkarkan segala penyelewengan yang dilakukan mereka.

"Apa yang berlaku di Pulau Pinang, apa yang berlaku pada parti Pas dan apa yang mereka lakukan selama ini seperti pembohongan, penipuan dan mengelirukan rakyat dengan fatwa songsang.

"Kita akan menjelaskan kepada rakyat dan biarlah rakyat yang menilainya supaya mereka tahu perkara sebenar," katanya dalam sidang media selepas mengiringi calon BN, Rohaizat Othman pada penamaan calon, di sini, semalam.

Beliau berkata, BN tidak akan sesekali berbohong kepada pengundi semata-mata untuk meraih sokongan.

"Yang penting untuk BN, kita akan memberikan penjelasan yang betul dan tidak akan bohong. Kita memberikan kenyataan berdasarkan fakta yang betul kerana kita mahu memberikan peluang kepada pengundi membuat penilaian yang tepat," katanya

Muhyiddin berkata, pengundi di Permatang Pasir dapat membuat pilihan bijak berdasarkan segala pembaharuan yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

"Saya berpendapat dalam situasi selepas pilihan raya kecil Manek Urai dan langkah yang ambil oleh Perdana Menteri untuk pembaharuan dan perubahan kepada negara, angin ini sudah mula meniup dan saya kira sampai ke Permatang Pasir," katanya.

Beliau berharap BN akan mendapat sokongan lebih baik pada pilihan raya kecil ini, berbanding pilihan raya umum lalu.

-Berita Harian-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2009 06:56 PM | Show all posts
Ketua cawangan tak puas hati pemilihan Rohaizat?

Abdul Rahim Sabri
Ogos 18, 09
1:13pm       

Selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Rohaizat Othman sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir Jumaat lalu, kira-kira 65 peratus ketua Umno cawangan serta ketua Pemuda cawangan di DUN tersebut dikatakan berkumpul di sebuah kedai makan, kerana tidak puas hati dengan pemilihan Rohaizat.



Menurut satu sumber, ini kerana mereka mengharapkan ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said - yang mesra dipanggil "cikgu" - akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Kata sumber yang turut hadir dalam perhimpunan tersebut, Mohd Zaidi terpaksa mententeramkan mereka yang tidak berpuas hati dan menasihatkan mereka supaya bertenang.

"Bekas guru itu turut berkata kepada mereka bahawa beliau masih lagi berpeluang untuk menjadi calon pada masa akan datang," kata sumber itu lagi.

Sehubungan itu, kata sumber itu, Mohd Zaidi menasihatkan penyokongnya agar tidak mementingkan diri sendiri tetapi perlu menjaga kepentingan parti.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, sekiranya Mohd Zaidi menjadi calon, beliau dijangka mendapat menarik kembali sokongan pengundi Cina seramai kira-kira 5,400 orang di Permatang Pasir serta pengundi atas pagar.



Katanya, dalam pilihan raya umum lalu, dianggarkan sebahagian besar pengundi Cina itu menyokong calon, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman untuk membolehkannya menang majoriti lebih 5,000 undi.

DUN berkenaan mempunyai 20,290 pengundi dan satu undi pos, dengan 72.36 peratus pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain.

Umno pula mempunyai 24 cawangan di Permatang Pasir.

Sumber itu berkata, Mohd Zaidi disenangi pelbagai pihak termasuk dari kalangan pengundi bukan Melayu kerana beliau bekas guru manakala bapanya pula memang rapat dengan pengundi Cina di situ.

Menurut sumber itu lagi, ketua-ketua cawanga dan ketua Pemuda cawangan berkenaan percaya BN mempunyai peluang untuk memenangi kerusi tersebut sekiranya mendapat sokongan padu daripada pengundi bukan Melayu, khususnya kaum Cina.



"Kerana itulah mereka mengharapkan Cikgu Mohd Zaidi (kanan) yang dipilih sebagai calon BN untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pauh kali ini," katanya.

Malah, katanya, apabila Muhyiddin mengumumkan nama Rohaizat terdapat penyokong BN dari kalangan kaum Cina yang kelihatan terkejut kerana mereka juga menyangka Mohd Zaidi yang akan dipilih.

"Ada yang bertanya-tanya'apa sudah jadi'...," katanya lagi.

Sumber itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya peluang Rohaizat dalam pilihanraya kecil itu pada 25 Ogos depan.

Bagaimanapun, katanya, kelmarin, Mohd Zaidi telah menemui ketua bahagian Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid bahawa beliau akan menyokong Rohaizat sebagai calon BN di situ.

-Malaysiakini-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2009 06:58 PM | Show all posts
ingatkan tak de lagi yang layak jadi wakil..rupanya ada..cuma..kenapa tak terpilih yer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2009 07:11 PM | Show all posts
UMNO SERING MENGGULA-GULAKAN RAKYAT – USTAZ HARUN TAIB                       

Written by Wartawan Buletin          
Tuesday, 18 August 2009 17:17

PERMATANG PAUH - Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Ustaz Harun Taib berkata UMNO adalah parti yang hanya senantiasa membodoh-bodoh rakyat.

"Mereka sering menggula-gula rakyat (Melayu) dengan pelbagai tawaran yang kononnya merekalah (Umno) yang hanya mampu mentadbir negara dan menyalur segala harta kekayaan,"katanya ketika berucap dalam ceramah kempen pilianraya kecil DUN Permatang Pasir, di sini semalam.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu turut memberi ingatan kepada para pengundi Permatang Pasir supaya tidak terperangkap dengan tipu daya tersebut dengan berkata, “Ingat, kita jangan sekali-kali terperangkap dengan dakwaan mereka lagi,”

"Mari kita nyahkan mereka segera dan jadikan Pilihan raya Permatang Pasir sebagai medan awal untuk meruntuh kekuasaan Umno-BN pada pilihan raya kebangsaan akan datang,"katanya kepada lebih dua ribu orang yang hadir mendengar ceramah di sini.

-BuletinOnline-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2009 01:07 PM | Show all posts
Bolehkah orang pecah amanah menjadi wakil rakyat?

Dzulfakar Mashoor
Wed | Aug 19, 09 | 7:13:20 am MYT

PERMATANG PAUH, 19 Ogos: Masuk hari kedua berkempen, calon Umno Rohaizat Othman berulang kali menegaskan bahawa beliau akan turun bertemu semua peringkat untuk menjelaskan profesyen kerjanya yang sebenar.

Dalam kalangan Umno, Setiausaha Bahagian Permatang Pauh itu masih dikenali sebagai pengamal undang-Undang atau peguam. Ia ditegaskan oleh mediapro Umno dengan tajuk hebat, "Peguam syarie lawan ahli perniagaan" untuk membayangkan status calon BN itu.

PAS dan Pakatan Rakyat pula terus mempersoalkan sebab musabab mengapa calon taruhan Timbalan Presiden Umno Dato' Seri Muhyiddin Yassin itu tidak meletakkan kerjaya 'Peguam' dalam borang penamaan calonnya kelmarin.

Sebaliknya, Rohaizat mengakui bahawa beliau adalah ahli peniagaan; sama seperti calon Pakatan Rakyat dari PAS Mohd Salleh Man.

Dikatakan persoalan itu ada kaitannya dengan pengumuman yang dibuat Presiden Majlis Peguam Negara Ragunath Kasavan � Rohaizat ditarik balik (struck off) status peguam berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang.

Senada dengan Majlis Peguam Negara, Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menjelaskan bahawa Rohaizat mesti menjelaskan segala kesangsian dalam kalangan pengundi Dun Permatang Pasir sekarang.

"Isunya jelas...Majlis Peguam membatalkan lesen beliau (Rohaizat) atas isu-isu berkaitan peribadi seperti pecah amanah RM161 ribu wang Koperasi Pekebun Kecil tahun lalu."

Tegasnya lagi, bagaimana seorang yang sah pecah amanah boleh menguruskan amanah rakyat di Permatang Pasir kelak.

Respon Muhyiddin, kes pecah amanah itu tidak boleh dikaitkan dengan peribadi Rohaizat, sebaliknya ianya adalah kesalahan firma serta rakan kongsi Rohaizat.

Bagaimana pun, Ragunath menegaskan pergantungan Rohaizat oleh Majlis Peguam atas kesalahan peribadi, bukannya atas firma guamannya atau rakan kongsi beliau.

Lantas itu, penamaan Rohaizat terus dianggap suatu penghinaan kepada pengundi Dun itu sendiri kerana tidak bersih dan menghadapi beberapa masalah moral.

Ahli Parlimen Kuala Kerai Dr. Mohammad Hatta Ramli berkata, Umno sebenarnya gagal menghidu isu integriti dan moral Rohaizat sehinggalah proses penamaan calon kelmarin selesai.



Menurut Dr. Hatta, tidak ada maknanya seseorang bakal Adun Permatang Pasir berkelulusan tinggi, jika dibelit pelbagai kes pecah amanah.

Ditanya sama ada beliau bersetuju PAS menyerang peribadi Rohaizat disebabkan isu tersebut, Dr. Hatta menegaskan bahawa Umno juga memperlekeh kerjaya 'peniaga ikan' Mohd Fauzi Abdullah (PAS) di Manik Urai; kerana calon Umno Tuan Aziz Tuan Mat berpendidikan tinggi.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad menjelaskan soal peribadi seseorang calon wajib dihitung di Permatang Pasir kerana Allah memerintahkan kepemimpinan Islam mestilah memiliki sifat keupayaan bekerja (al-quwwah) dan integriti (al-amanah).

Mengulas gesaan Umno supaya tidak ada serangan peribadi ke atas Rohaizat, Dr Dzulkifli menyifatkan usaha itu sekadar untuk menutup amalan pecah amanah oleh calon pertaruhan Umno semata-mata.

Bagi Ahli Dewan Negara, Senator Mumtaz Md Nawi � bulan Ramadhan ini seharusnya dijadikan medan terbaik menjelaskan peribadi calon yang haq dan batil; dengan mengambil iktibar dari prilaku Rasulullah s.a.w mendepani Peperangan Badar al-Qubra.

Kata Mumtaz lagi, memilih Adun Permatang Pasir sama seperti memilih imam solat jamaah. Imam mestilah seorang yang beramal Islami serta berakhlak mulia.

Seorang yang individu yang sah dibuktikan pecah amanah, tidak boleh menjadi imam solat jamaah mahupun Adun sendiri.


Tinjauan yang dilakukan dalam beberapa Bilik Gerakan Umno di sini sejak petang tadi, menyaksikan Umno tidak menyerang peribadi calon Pas.

Ini kerana, Mohd Salleh Man dikenali khalayak sebagai seorang yang Islamis, bersarjana pengajian Islam, berakhlak luhur serta ahli peniagaan yang tidak bermasalah.

Bagaimana pun, Umno menjadikan isu 'ahli Umno tidak masuk Syurga' untuk menyerang peribadi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Biar pun Nik Aziz sudah menafikan laporan media arus perdana itu, Umno percaya isu tersebut sekurang-kurangnya boleh mengalih tumpuan khalayak dari isu 'pecah amanah' yang sedang membelit peribadi Rohaizat.

Malah, teknik membina ikon kebencian (icon of hatred) itu diyakini mampu memberi kredit tidak langsung kepada Rohaizat.

Setakat ini, kempen PAS masih kurang menonjolkan manifestonya untuk pengundi Permatang Pasir.

Begitu juga Umno, strategi menabur janji-janji 'politik pembangunan' masih kurang menonjol seperti beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini. -zs_

http://www.harakahdaily.net/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2009 01:18 PM | Show all posts
dalam pemerhatian saya ..setelah mengikuti beberapa siri PRK.. apa yang saya dapati.. BN jarang dapat menyerang Calon PR berbanding PR yang sering kali mempunyai banyak isu untuk menyerang Calon BN..

adakah ini bermakna Calon PR ini memang betul-betul bersih.. sehingga dimana-mana PRK..tidak timbul satu pun soal akhlak.. rasuah dsb...walaupun calon tersebut telah menjadi YB kawasan tersebut untuk beberapa penggal..

mungkin juga sebab Calon-calon mereka itu 'bersih'.. maka yang sering kali menjadi sasaran ialah Tuan Guru Nik Aziz dan Anwar aje...???

saya terfikir dan ianya menjadi persoalan kepada diri saya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2009 02:59 PM | Show all posts
PAS cabar media kemuka rakaman penuh ucapan Nik Aziz

Md Sabri Said
Wed | Aug 19, 09 | 2:10:00 pm MYT



BUKIT MERTAJAM, 19 0gos: PAS mencabar media yang melaporkan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai mendakwa ahli Umno tidak masuk syurga agar mengemukakan rakaman penuh kenyataan beliau untuk membuktikan kebenaran.

Naib Presiden Salahuddin Ayub dalam sidang media di Permatang Pasir hari ini berkata pihak media yang membuat laporan itu mesti bertanggungjawab dengan mendedahkan sepenuhnya apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz.

�Media pro-Umno yang melaporkan kenyataan Nik Abdul Aziz itu mesti mendedahkan kenyataan beliau secara verbatim untuk semua mengetahui apa yang sebenarnya diucapkan,� kata Salahuddin.

Mursyidul Am yang juga menteri besar Kelantan itu dilapor sebuah akhbar harian sebagai berkata bahawa ahli Umno tidak akan masuk syurga, melanjutkan lagi serangan bertalu-talu terhadap pemimpin PAS itu.

Nik Aziz sebelum ini diserang media prokerajaan dengan laporan mendakwa beliau membiarkan DAP, sebuah parti sekutu Pakatan Rakyat, menghina Islam.

Beliau kemudian menjelaskan kenyataan itu dengan berkata tidak menghairankan orang bukan Islam yang kurang faham menghina Islam tetapi amat mengejutkan apabila Umno yang anggotanya beragama Islam sendiri menolak pelaksanaan Islam.

Umno menolak pelaksanaan hudud yang dibawa oleh kerajaan PAS Kelantan yang merampas negeri itu daripada Umno pada 1990.

Pertembungan ini sejak itu terus mencorakkan persaingan PAS dengan Umno dalam merebut undi pengundi Melayu Islam, menjadi isu agama sebagai fokus kedua-dua parti.

Semalam, Nik Aziz menafikan beliau berkata demikian dan menyatakan kesediaan menyaman media terbabit.

"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya dalam sidang media di pejabatnya semalam.

Calon BN umpama padi basah

(Sidang media Salahudin dan Dr Dzulkifli Ahmad di Permatang Pasir)

Sementara itu, Salahudin juga menyifatkan, calon Barisan Nasional (BN) N11, Rohaizat Othman umpama 'padi basah' yang jika dijual pastinya rugi kerana terdapat pemotongan yang ketara.

Baginya, amat malang Umno dan Barisan Nasional (BN) memilih seorang calon yang banyak masalah dengan orang ramai apabila berbohong mengenai status kerjayanya serta pernah menyeleweng dan pecah amanah membabitkan wang Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil berjumlah RM140 ribu.

"Rakyat di Permatang Pasir harus menolak calon 'padi basah' yang dikemukakan oleh BN kali ini. Jika petani menjual padi basah pasti dia akan rugi buat apa. Lebih baik jual padi kering tentu dapat untung yang banyak, " jelasnya pada sidang media di Markaz Besar Pilihanraya Kecil Permatang Pasir pagi tadi.

Sebagai rakyat yang bijak sambung Salahudin, mereka harus menilai dengan baik selari dengan pengalaman pengundi di sini yang sudah tiga penggal memilih calon PAS, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman.

Umno lupa lokasi ini kawasan petani ujarnya, bila sebut padi basah tentu mereka lebih memahami dan tahu menilai apa yang PAS persoalkan.

Salahudin memuji langkah pemilihan calon sepertimana yang diamalkan di negara Amerika Syarikat walaupun dasar luar negara berkenaan teruk namun soal pemilihan kepimpinan negara mereka memandang tinggi dan berhati-hati.

Rakyat di sana akan mempertikaikan siapa tukang masak di rumahnya, orang gajinya, di mana anaknya dihantar kesekolah dan sebagainya bukan seperti di negara ini membuat pemilihan yang tidak kena yang akhirnya mendatangkan masalah berat pada negara.

Jesteru itu bagi pengundi di Permatang Pasir, latar belakang calon BN sudah cukup membuktitkan BN tiada calon yang berkalibar.

"Tidak timbul dia hero sebagaimana yang dinyatakan oleh kepimpinan Umno kononya calon BN telah melunaskan hutangnya. Mungkin dia melunaskan hutang sebab nak masuk calon jika tiada habislah orang yang menjadi mangsa, "jelas terangnya.

-HarakahDaily-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2009 03:01 PM | Show all posts
kemaluan Nik Aziz terselah kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 03:35 PM | Show all posts
Kemaluan Najib lagi besor. Selepas dilantik PM, langsung tak penah tunjuk muka semasa kempen pilihanraya kecil. Najib tak turun di Bukit Gantang. Tak pegi Bukit Selambau. Tak jejak Manek Urai. Permatang Pasir pun tak mau pegi..Takut kena londeh kain kot??
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 04:52 PM | Show all posts
Kemaluan Najib lagi besor. Selepas dilantik PM, langsung tak penah tunjuk muka semasa kempen pilihanraya kecil. Najib tak turun di Bukit Gantang. Tak pegi Bukit Selambau. Tak jejak Manek Urai. Permatang Pasir pun tak mau pegi..Takut kena londeh kain kot??


ooo jadi kemaluan Nik Aziz kecil la
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 05:54 PM | Show all posts
BN baru serah memorandum undi hanti pada SPR tadi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.105819 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list