CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: redbun

PRK N11 Permatang Pasir

[Copy link]
Post time 27-8-2009 02:41 AM | Show all posts
bak kata Torennto (Vin Diesel) dlm filem Fast n Furious..
"no matter you win by inch or miles...winning winnings"
sarikata: "tak kira kau menang seinci atau berbatu-batu, menang adalah menang"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2009 03:03 AM | Show all posts
menang tetap menang .. walaupun satu undi ek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2009 03:05 AM | Show all posts
Rabu Ogos 26, 2009

Anwar: Kemenangan PAS gambarkan keyakinan rakyat

Oleh G. MANIMARAN

SEBERANG PRAI: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemenangan calon PAS Mohd. Salleh Man pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan majoriti meyakinkan semalam menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap ikatan itu.

Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat itu berkata, keputusan semalam juga menggambarkan "hasrat bergelora rakyat mahukan perubahan dan masa depan Pakatan Rakyat yang pasti gemilang."

"Berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan Umno-BN yang memecahbelahkan.

"Kepada YB Salleh Man tahniah di atas kejayaan ini dan tunaikanlah amanah dan mandat yang diberikan rakyat," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam satu kenyataan yang diemelkan.

Salleh memperoleh majoriti 4,551 undi untuk menewaskan calon BN, Rohaizat Othman yang mendapat 5,067 undi.

Dengan keputusan ini PAS, gabungan Pakatan Rakyat, mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir yang dimenangi sejak 1999.

-mStar-
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 01:00 PM | Show all posts
tahniah pas kerana menang pilihan raya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2009 01:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by redbun at 29-8-2009 06:02

Analisis: Yang tersirat dan tersurat di Permatang Pasir

27 Aug 2009 9:45AM
Oleh Darwis Said

SATU pengajaran yang boleh ditimba Barisan Nasional (BN) berikutan keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir yang boleh dijadikan bekal menjelang pilihan raya umum Malaysia ke-13 ialah cuba elak daripada menggunakan isu perkauman untuk menambat hati pengundi.

Memang benar ada trend menunjukkan bahawa pengundi Melayu di Malaysia masih berbelah bahagi dalam sokongan mereka kepada BN, khususnya Umno, dan ini dapat dilihat dalam pilihan raya kecil di Manek Urai, Kelantan, bulan lalu.

Namun, tidak semua pengundi Melayu Permatang Pasir mengundi berdasarkan corak pengundian yang dilihat parti itu dalam pilihan raya kecil Manek Urai, kata pengamat dan aktivis politik di Malaysia.

'Strategi menimbulkan isu perkauman dan agama, serta menyerang peribadi pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai pengkhianat orang Melayu menimbulkan kesan sebaliknya ke atas BN,' kata pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang, Dr P. Sivamurugan, ketika dihubungi sejurus selepas keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir diumumkan kelmarin.

Sebaliknya, isu-isu seperti kes kematian  Teoh Beng Hock, rasuah, ketelusan, integriti dan moral yang diketengahkan pembangkang lebih melekat di hati pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Calon BN,  Rohaizat Othman, yang dibelenggu pelbagai skandal, kalah di tangan calon Parti Islam SeMalaysia (PAS), Ustaz Mohd Salleh Man, dengan majoriti 4,551 undi.

Ustaz Mohd Salleh mendapat sokongan 9,618 undi manakala  Rohaizat hanya mampu menarik 5,067 undi.

Majoriti undi Ustaz Mohd Salleh mungkin rendah sedikit berbanding majoriti 5,433 undi yang diraih bekas penyandang kerusi DUN itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, juga daripada PAS, yang meninggal dunia pada 31 Julai lalu, dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Namun, ia boleh dianggap satu kemenangan besar kepada PAS jika diambil kira peratusan jumlah pengundi yang keluar mengundi kelmarin, kata Dr Sivamurugan.

Kelmarin, 73.1 peratus atau 14,832 daripada 20,350 pengundi berdaftar di Permatang Pasir keluar mengundi, berbanding lebih 82 peratus yang keluar mengundi pada 8 Mac 2008.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaafar, semasa dihubungi berkata rakyat sukar menerima pendekatan BN-Umno yang sering menimbulkan isu perkauman dan menyerang para pemimpin Pakatan Rakyat (PR), khususnya Datuk Seri Anwar dan Mursyidul PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dikatakan seorang ulama palsu.

Permatang Pasir terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, kawasan pimpinan Datuk Seri Anwar, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kira-kira 72 peratus pengundinya adalah orang Melayu, hampir 26 peratus pengundi Cina, dan bakinya pengundi kaum lain.

Tindakan BN-Umno memainkan politik perkauman menjauhkan mereka daripada para pengundi Cina, manakala percubaannya memujuk pengundi Melayu dengan memaparkan PAS sebagai parti yang terlalu bertolak ansur dalam melaksanakan nilai Islam dan menjadi konco kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang anti-Islam gagal.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimanapun berkata beliau kecewa dengan sikap pengundi kawasan Permatang Pasir yang tidak mahukan perubahan.

Beliau, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata kekalahan BN menunjukkan pengundi terlalu selesa dengan keadaan mereka ketika ini sehingga tidak mahukan pembangunan.

'Kita menerima keputusan ini kerana mengikut apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen dan kita menghormati keputusan rakyat,' katanya.

Pengarah Pilihan Raya BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi, pula berkata penduduk Permatang Pasir 'sudah memberi mesej bahawa mereka tidak mahukan perubahan, jadi kita jangan salahkan calon, jangan juga salahkan jentera'.

Namun, Dr Sivamurugan menekankan bahawa  Rohaizat setakat mampu meraih 5,067 undi - lebih rendah berbanding 5,571 undi yang diraih calon Umno,  Ahmad Sahar Shuib, pada pilihan raya umum tahun lalu.

'Ini menunjukkan bahawa penyokong BN sendiri pun tidak mahu mengundi beliau,' ujarnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, dipetik akhbar Utusan Malaysia sebagai berkata pihaknya akan mengkaji semua faktor yang membawa kepada kekalahan BN bagi memastikan ia berjaya dalam pilihan raya pada masa depan.

'Dari satu segi kita dapat kurangkan majoriti undi parti lawan dan dari satu segi lain kita dapati ada faktor-faktor yang telah menyebabkan kekalahan kepada BN.

'Faktor-faktor ini harus diteliti dan diperbaiki supaya usaha kita pada masa depan akan lebih berjaya,' ulas Datuk Seri Najib, sambil menambah bahawa beliau 'tahu apa sebabnya'.

Kajian itu memang perlu dilakukan BN dengan segera.

BN kalah tujuh daripada lapan pilihan raya kecil sejak peristiwa 'tsunami' politik yang berlaku dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12 tahun lalu.

Jika BN mahu mengelakkan kejadian 'tsunami politik' 2008 itu daripada berulang pada pilihan raya umum Malaysia ke-13, maka satu kajian jujur dan telus terhadap faktor-faktor yang menyebabkan kekalahannya dalam tujuh pilihan raya kecil itu harus dijalankan secara serius dan terperinci.

Strategi dan taktik pilihan raya baru perlu diterokai, manakala pendekatannya pula perlu diubah supaya lebih sesuai dengan trend perkembangan dan selera politik generasi pengundi masa kini di Malaysia.

Jika tidak, BN berpotensi menghadapi 'bencana politik' lebih mengejutkan berbanding apa yang berlaku pada 8 Mac 2008.


Memang ada trend menunjukkan bahawa pengundi Melayu di Malaysia masih berbelah bahagi

-KLpos-
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 10:35 PM | Show all posts
jd jgnlah main isu perkauman lg yer Be End..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-8-2009 06:08 AM | Show all posts
Permatang Pasir: PR menang di semua saluran

Saturday, 29 August 2009 00:43         Lim Hong Siang   

Pakatan Rakyat berjaya menyapu bersih semua saluran pengundian di DUN Permatang Pasir semalam, sementara menjauhkan jurang antara PR dengan BN dengan rekod 6-1, dalam pilihan raya kecil sejak Malaysia dilanda tsunami politik pada 8 Mac 2008.



UMNO-BN yang tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil DUN Penanti, 31 Mei 2009, walau bagaimanapun mengekalkan rekod kekalahan 6 kali berturut-turut di Semenanjung Malaysia selepas PRU ke-12, dalam pertembungannya dengan Pakatan Rakyat.

PAS dari PR semalam bernafas lega, apabila menundukkan calon UMNO-BN dengan kemenangan mutlak di kesemua saluran pengundian.

Menurut keputusan terperinci yang terpapar, BN hampir menembusi saluran pengundian kedua di Permatang Ara (97% pengundi Melayu) dengan 287 undi, bagaimanapun tidak kesampaian apabila PAS-PR memperolehi satu undi lebih daripadanya.


Begitu juga apabila UMNO-BN dihampakan dengan 10 undi sahaja, di saluran pengundian kedua di Kampung Pelet, kawasan yang terdiri daripada 72% pengundi Melayu.  PAS-PR memperolehi 185 undi, berbanding UMNO-BN dengan 175 undi.

Antara sembilan daerah mengundi, PAS-PR menang dengan margin majoriti yang paling selesa di Cross Street, dengan menyapu 75% undi.  Cross Street terdiri daripada lebih 80% pengundi bukan Melayu.  Sebaliknya, di daerah mengundi yang terdiri daripada 93% pengundi Melayu, Kubang Semang, menyaksikan PAS-PR merangkul 74% jumlah undi.

Di daerah mengundi seperti Sama Gagah, Permatang Pauh dan Permatang Tengah, PAS-PR berjaya mencatat nisbah jumlah undi 7:3, berbanding UMNO-BN.

UMNO-BN hanya mampu merapatkan jurang di daerah mengundi seperti Permatang Ara (43% undi), Kampung Pelet (42% undi) dan Bukit Indera Muda (40% undi).

Dari struktur kaum pengundi, kawasan tersebut adalah kawasan Melayu majoriti, dengan Permatang Ara 97% pengundi Melayu, Kg.Pelet 72% pengundi Melayu dan Bukit Indera Muda 96% pengundi Melayu.

Pengundi muda tetap memihak PR

Walau bagaimanapun, PR kekal dengan kelebihannya di saluran pengundian ketiga dan keempat, memperlihatkan sokongan pengundi muda terhadap pakatan politik baru ini.  

Walaupun di kawasan yang majoritinya pengundi Melayu, misalnya di ketiga-tiga daerah pengundian di mana UMNO-BN "berjaya merapatkan jurang", golongan pengundi muda tetap bersama PR.  

Di Permatang Ara misalnya, UMNO-BN kalah dengan satu undi di saluran pengundian kedua, tetapi kalah dengan 152 undi majoriti (PAS 349: BN 197) di saluran ketiga.

Di daerah mengundi Permatang Tengah misalnya, dengan majoriti 89% pengundi Melayu, jumlah undi di saluran pengundian ketiga, keempat dan kelima menyaksikan bagaimana UMNO-BN tewas dengan 491 undi majoriti, apabila PAS-PR memperolehi 804 undi dan UMNO-BN mendapat 313 undi.

UMNO-BN dijangka tidak berubah

Jelas, kelebihan UMNO-BN hanya pada saluran pengundian pertama dan kedua, iaitu golongan pengundi yang umurnya lebih lanjut, di kawasan pengundi Melayu majoriti.  

Peningkatan sokongan Melayu mungkin tidak jelas, khususnya di kubu politik Anwar Ibrahim.  Tetapi, mungkinkah keputusan ini cukup untuk memberangsangkan pemimpin UMNO?

Pengarah Strategi PKR, Tian Chua meramalkan bahawa UMNO-BN akan terus dengan propagandanya seperti "Anwar pengkhianat", "DAP hina Islam" dan sebagainya, memandangkan peningkatan undi 1% pun mungkin memberi kepuasan kepada UMNO.

"Sememangnya kami (PR) juga bimbang akan kehilangan undi Melayu, tetapi selagi kami mengambil pendekatan yang sederhana, mengekalkan sokongan dari struktur pengundi yang sedia ada, maka UMNO-BN akan musnah dengan sendirinya," jelas Tian Chua kepada MerdekaReview.

Kelas pekerja bersama PR

Ahli Parlimen Batu ini mengingatkan bahawa golongan yang tidak mengundi semalam adalah dari kelas pekerja, yang tidak mempunyai cuti, malah mungkin keberatan untuk balik mengundi kerana tambang kenderaan yang mahal.

Beliau yakin bahawa penurunan peratus pengundian sebanyak 10%, dikenalpasti sebagai pengundi pekerja yang akan mengundi untuk PR.  

Maka, kemenangan PAS-PR semalam mengukuhkan keyakinan PR bahawa strategi dan pendekatan yang sama wajar diteruskan, untuk berdepan dengan PRU ke-13.

Cuma, bagaimana pula dengan UMNO-BN?

- Merdeka Review

-BuletinOnline-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2009 06:12 AM | Show all posts
1000 Hadir majlis Kesyukuran Permatang Pasir

Saturday, 29 August 2009 01:41         Wartawan Buletin   

KEMAMAN – Hujan lebat yang turun petang semalam tidak menghalang 1000 warga DUN Chukai hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Kesyukuran sempena kemenangan PAS dan Pakatan rakyat pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos lalu.



Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata ia adalah majlis kesyukuran kali ke 4 yang diadakan pada tahun ini, selepas kemenangan PAS di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Manek Urai.

”Kita meraikan para petugas yang bertungkus lumus berkempen di Permatang Pasir baru-baru ini, sekaligus berbuka puasa peringkat DUN,”katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut di Pusat Pendidikan Taman Islam, dekat sini.

Menurutnya, petugas dari DUN Chukai khususnya dan Kemaman amnya, bersama-sama ’gelombang’ petugas dari Terengganu melaksanakan tugas di Peti Undi (UPU) Permatang Tengah.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, berkat kesungguhan pasukan kempen Terengganu, UPU Permatang Tengah menyapu bersih semua saluran dan menang dengan majoriti 700 undi.

”Keputusan bagi UPU Permatang Tengah amat membrangsangkan, PAS telah mendapat 1,225 undi berbanding BN yang hanya mendapat sokongan 555 undi,
  
”oleh itu dengan rasa penuh syukur, Majlis Tindakan DUN Chukai mengadakan Jamuan Kesyukuran dengan menyembelih 2 ekor lembu sebagai hidangan, ”kerana kita berada dalam bulan Ramadhan, maka majlis kesyukuran disekalikan dengan majlis berbuka puasa peringkat DUN Chukai,”ujarnya.



Keputusan penuh mengikut saluran bagi UPU Permatang Tengah adalah seperti dibawah;

1. saluran 1; PAS 169 / BN 159,
2. saluran 2; PAS 251 / BN 156
3. saluran 3; PAS 171 / BN 131
4. saluran 4; PAS 381 / BN 96
5. saluran 6; PAS 253 / BN 85

(Gambar kanan - Kontinjen Kemaman semasa perarakan penamaan calon pilihanraya Kecil Permatang Pasir )

-BuletinOnline-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2009 06:15 AM | Show all posts
yang menang seronok ler berkenduri kendara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.075060 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list