CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4435|Reply: 3

geology unik di cappadocia, turkey

[Copy link]
Post time 16-8-2009 01:14 PM | Show all posts |Read mode
Geologi unik, menakjubkanOleh Ahmad Naim Tahir
bminggu@bharian.com.my



Landskap indah yang terbina hasil gabungan tenaga manusia dan kuasa alam semula jadi

MENAKJUBKAN! Rasanya itu perkataan paling sesuai untuk menggambarkan daya tarikan pelancongan di Cappadocia, rantau di tengah Turki yang menempatkan struktur muka bumi luar biasa dan pelik dengan pelbagai coretan abstrak.

Bagi umat Islam, ia bukti keagungan Ilahi yang merencanakan takdir ke atas bumi Anatolia ini melalui muntahan lahar gunung berapi jutaan tahun lalu yang membentuk pelbagai formasi geologi unik dan memegunkan.


Di sini juga terletak pekan Hacibektas, pusat aliran sufi Alevi-Bektasi diasaskan oleh Haci Bektas Veli yang dikatakan dari keturunan Saidina Ali.

Cappadocia bersempadan dengan rantaian Gunung Taurus di selatan, Euphrates di sebelah timur, manakala di sebelah utara dan barat pula bersempadan dengan Pontus serta tasik garam.

Unsur paling menakjubkan di sini ialah landskap alam semula jadinya yang terbina hasil gabungan tenaga manusia dan kuasa alam semula jadi.



Ada formasi tanah bak menara bertopi, batu terbentuk seperti tapak kaki unta, tidak kurang juga batu berdiri yang pada kepercayaan orang tempatan, hasil kerja si pari-pari.

Terbentuk juga gua yang dipercayai mula diduduki sejak 333 Sebelum Masihi, iaitu ketika zaman kegemilangan Iskandar Zulkarnain.

Cappadocia dipercayai menempatkan lebih 200 kota bawah tanah di kawasan antara Kayseri dan Nevsehir. Pada mulanya, kota itu dikata digunakan oleh penganut Kristian sebagai tempat persembunyian mereka ketika agama berkenaan masih asing.

Tidak hairanlah, ada 30 gereja dibina dalam bukit batu yang menjalar itu, sesetengahnya bertarikh seawal pertengahan abad kesembilan sehingga abad ke-11.
Mengikut sejarah, landskap unik di sini terhasil akibat kesan hakisan serta ledakan gunung berapi Erciyes dan Hasan sekitar tiga juta tahun lalu.

Ia menyebabkan kawasan sekitar diliputi bukit abu dan debu, sekali gus menjadikan bumi Cappadocia sebagai kawasan pertanian subur dan berkelebihan dengan reka bentuk alamnya yang amat menarik.

Letusan gunung berapi Erciyes menyebabkan terbentuknya batu-batu lembut dan senang diukir.

Faktor cuaca sejuk dan panas, selain hujan serta angin memberi kesan kepada

batu-batan di sini, memunculkan landskap disebut cerobong dewa atau `fairy

chimneys' kerana orang tempatan menganggap struktur itu hanya mampu dibentuk oleh dewa.

Kota bawah tanah yang terkenal ialah di Derinkuyu dan Kaymakli.

Kota di Derinkuyu mempunyai tahap kedalaman sehingga 85 meter yang membolehkan lapan aras tingkat dibina dan dipercayai menjadi tempat berteduh ribuan penduduk zaman dulu.

Kota di Kaymakli pula atau nama purbanya Enegup, dibuka kepada pelancong pada 1964, terletak kira-kira 19 kilometer dari pekan Nevsehir.

Ia berbeza dengan kota yang ada di Derinkuyu dari segi struktur dan susun atur kerana terowongnya dibina lebih rendah, sempit dan bercerun.

Di bandar kecil Goreme yang menempatkan gua masih berpenghuni serta lengkap dengan kemudahan elektrik dan televisyen, terhidang Lembah Zelve yang pernah didiami orang Islam Turki sehingga 1960-an.

Pekan ini juga terkenal dengan produk tembikar dan permaidani yang termasyhur, paling cantik dan mahal selain Muzium Udara Terbuka yang menjadi lokasi paling banyak dilawati dan antara yang terkenal di tengah Turki.

Bandar lain ialah Nevsehir, pusat pentadbiran wilayah itu yang diasaskan oleh Damat Ibrahim Pasa dari Kampung Muskara yang dilantik sebagai wazir Sultan

Ahmet III.

Jika anda berpeluang ke sini, masalah mendapatkan penginapan tidak akan timbul kerana boleh memilih bilik bersih dan kemas disediakan penduduk tempatan atau di bilik kecil yang agak sempit dan gelap di kawasan gua batu.

INFO

Cappadocia



Juga dikenali sebagai Kapadokya

Penempatan awal penduduk di Goreme, Ihlara and Soganli

Pernah di bawah pentadbiran Empayar Uthmaniah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2009 11:31 PM | Show all posts
bukan ni ke tmpat pengambaran star wars ... yang kampong anekin mase kecik2 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 10:04 PM | Show all posts
cantik2....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 02:56 PM | Show all posts
What a view..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.061697 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list