CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hardeyboyz

(Ћ)?Spurs:- Who need Bale? we Got Ada Bahayo!

[Copy link]
Post time 17-12-2009 07:58 AM | Show all posts
hebak lah tim ni, boleh belasah men city 3-0..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2009 07:59 AM | Show all posts

GettyImages

Niko Kranjcar celebrates an important win.




Scoring Summary
Tottenham Hotspur Manchester City
Niko Kranjcar (37)
Jermain Defoe (54)
Niko Kranjcar (90)

Match Stats
Tottenham Hotspur Manchester City
Shots (on Goal) 20(4) 11(3)
Fouls 11 10
Corner Kicks 5 6
Offsides 8 4
Time of Possession 49% 52%
Yellow Cards 2 3
Red Cards 0 0
Saves 3 1

Match Information
Stadium: White Hart Lane, England
Attendance: 35,891
Match Time: 20:00 UK
Official(s):
Alan Wiley (Referee)


Teams
Tottenham Hotspur Manchester City
1 Gomes1 Shay Given
19 Sebastien Bassong4 Nedum Onuoha
20 Michael Dawson28 Kolo Toure
32 Benoit Assou-Ekotto16 Sylvinho
22 Vedran Corluka2 Micah Richards
6 Tom Huddlestone34 Nigel De Jong
12 Wilson Palacios18 Gareth Barry
21 Niko Kranjcar7 Stephen Ireland
7 Aaron Lennon10 Robinho
15 Peter Crouch25 Emmanuel Adebayor
18 Jermain Defoe32 Carlos Tevez
Substitutes
8 Jermaine JenasStuart Taylor 12
10 Robbie KeaneMartin Petrov 17
2 Alan HuttonRoque Santa Cruz 14
9 Roman PavlyuchenkoBenjani Mwaruwari 27
27 Ben AlnwickPablo Zabaleta 5
14 Luka ModricVincent Kompany 33
3 Gareth BaleVladimir Weiss 40
Substitutions
Jermaine Jenas for Jermain Defoe (90)
Roque Santa Cruz for Robinho (59)
Gareth Bale for Benoit Assou-Ekotto (90)
Martin Petrov for Nigel De Jong (71)
Yellow Cards
Wilson Palacios (66)
Sylvinho (62)
Niko Kranjcar (71)
Nigel De Jong (69)
Carlos Tevez (90)
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 11:20 AM | Show all posts
huhuhuhu..hebak2..
welcome to white hart lane
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 09:18 PM | Show all posts
tuan benang mana?
nk kena sebat ngan momod nie..
tengelam2 nnt2 timbul.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 08:51 AM | Show all posts
Premier League Tuesday Team News

Tottenham vs Fulham


Bobby Zamora could make his return from injury in Fulham's Barclays Premier League trip to Tottenham on Tuesday night.

Zamora has been out since breaking his collarbone against Stoke earlier this month but his recovery has gone well and the striker could feature against his former club at White Hart Lane.

Diomansy Kamara and Simon Davies are also in line for comebacks having both been named among the substitutes for the Cottagers' FA Cup fourth-round tie at Accrington Stanley on Saturday.

Andy Johnson was ruled out of that match with a knee problem and faces a late fitness test, while Dickson Etuhu is still on African Nations Cup duty with Nigeria.

Clint Dempsey (knee), Paul Konchesky (ankle) and John Pantsil (knee) are all still sidelined.

Tottenham striker Roman Pavlyuchenko has a groin problem and could miss Tuesday's game.

Tom Huddlestone (knee) and Ledley King (knee) will require late checks before kick-off, while Aaron Lennon (groin) and Benoit Assou-Ekotto (groin) are out.

Jonathan Woodgate (groin) and Carlo Cudicini (wrists and pelvis) are long-term absentees.

Teams

Tottenham (from): Gomes, Alnwick, Hutton, Corluka, Naughton, Bassong, King, Dawson, Bale, Modric, Kranjcar, Bentley, Palacios, Huddlestone, Jenas, Keane, Defoe, Crouch, Giovani, Dervite, Rose, O'Hara.

Fulham (from): Schwarzer, Kallio, Hangeland, Baird, Hughes, Kelly, Duff, Murphy, Gera, Nevland, Johnson, Zuberbuhler, Greening, Riise, Dikgacoi, Smalling, Davies, Elm, Kamara, Zamora.


-idup g ke benang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 01:25 PM | Show all posts
Spurs kekal tempat ke-4

PENYERANG Tottenham, Jermain Defoe (atas) diasak pertahanan Fulham, Chris Baird dalam saingan EPL di Stadium White Hart Lane, kelmarin.

LONDON: Tottenham Hotspur kekal di tangga keempat dengan kemenangan 2-0 ke atas Fulham tatkala usaha Liverpool menyertai kumpulan elit Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin tersandung jauh selepas sekadar mampu seri 0-0 di Wolverhampton, kelmarin.

Peter Crouch dan David Bentley menjaringkan gol untuk mencipta kemenangan pertama bagi Spurs dalam liga dalam tempoh sebulan. Tatkala Liverpool melonjak ke tangga kelima dengan seri itu, Manchester City berada satu anak tangga di belakang dengan mata sama serta memiliki kelebihan dua perlawanan.

“Adalah penting bagi kami melihat pasukan di keliling kami mencicirkan mata dan kami akan akan terus berusaha mengutip mata,” kata Crouch.

Satu mata untuk Wolves menentang Liverpool melonjakkan mereka keluar daripada zon keciciran bersama Bolton yang menyaksikan pengurus barunya, Owen Coyle merencanakan kemenangan 1-0 ke atas bekas kelabnya, Burnley. Portsmouth kekal terbenam di tangga tercorot selepas seri 1-1 dengan West Ham.

Pada permulaan perlawanan di White Hart Lane, penjaga gol Fulham, Mark Schwarzer terpaksa bekerja keras tatkala Spurs tiga kali dalam tempoh dua minit hampir memecahkan kebuntuan melalui Tom Huddlestone, Jermain Defoe dan Crouch.

Schwarzer akhirnya ditewaskan pada minit ke-27 apabila Crouch menolak masuk dari jarak dekat menewaskan Schwarzer.

Keputusan ini amat penting untuk Spurs yang menjarakkan diri daripada Liverpool dalam mengejar tiket layak ke Liga Juara-Juara Eropah selaku empat pasukan terbaik EPL. - AP
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2010 01:52 PM | Show all posts
Spurs lepaskan Keane ke Celtic

LONDON: Robbie Keane menjadi tumpuan pada hari terakhir perpindahan pemain ketika kapten Ireland itu melengkapkan pinjaman saat akhir dari Tottenham ke Celtic.
Setahun selepas kembali ke Spurs daripada Liverpool, Keane yang semakin tenggelam dibayangi Peter Crouch dan Jermain Defoe di White Hart Lane, memulakan penghijrahan buat kali kedua semata-mata kerana mahukan namanya disenaraikan dalam kesebelasan utama.
Hasratnya itu menjadi semakin mudah apabila Tottenham mengambil keputusan meminjam Eidur Gudjohnsen, pemain yang dikatakan mempunyai gaya sama dengannya - dari Monaco, awal minggu ini.
Pengurus Spurs, Harry Redknapp mengakui: “Robbie mahu bermain tapi saya mempunyai Crouch, Defoe serta (Roman) Pavlyuchenko dan saya juga sudah mengikat Gudjohnsen. Justeru, keadaan itu memang sukar buat dirinya untuk membarisi kesebelasan utama sedangkan dia memerlukan aksi yang lebih kerap.
“Atas dasar itu, saya meminjamkannya kepada kelab lain hingga hujung musim ini.” Spurs turut melepaskan Alan Hutton atas dasar pinjaman dan pertahanan Scotland itu akan menyarung jersi Sunderland hingga tamat musim ini.
Kontrak paling menarik selepas tempoh perpindahan ditutup kelmarin menyaksikan perjanjian di antara Adam Johnson dengan Manchester City daripada kelab lamanya, Middlesbrough. Pemain itu diikat menerusi kontrak empat tahun setengah dan laporan menyebut yuran perpindahan pemain itu mencecah RM40 juta, sekali gus menunjukkan betapa kelab berkenaan mempunyai dana yang cukup besar.
Firma penasihat perniagaan, Deloitte menafsirkan jumlah kos perpindahan pemain ketika tempoh perpindahan kali ini sebanyak £30 juta (RM204 juta) dan jumlah itu adalah yang paling rendah sejak musim perpindahan pertengahan musim diperkenalkan pada Januari 2003 dan ia jauh berkurangan berbanding £170 juta (RM1.156 bilion) yang digunakan untuk tempoh sama musim lalu.
Rakan perniagaan Deloitte, Dan Jones berkata penurunan jumlah perbelanjaan itu ia bukan saja disebabkan faktor ekonomi.
“Pengurus, pemilik kelab dan pengarah semakin berhati-hati dalam membuat pembelian pemain dan ia menyumbang kepada penurunan yang agak ketara ketika tempoh perpindahan bulan lalu,” kata Jones.
“Justeru, ia bukan satu yang pelik apabila kelab memilih untuk mengamalkan dasar pinjaman pemain. Ketiadaan pemilik kelab baru serta kekangan kewangan dan peruntukkan dana turut memainkan faktor yang menyumbang kepada penurunan itu.” Hasrat City untuk mengikat Johnson itu hadir sehari selepas Robinho dipinjamkan ke Santos.
“Kami gembira kerana Adam memilih untuk bermain bersama kami,” kata pengurus City, Roberto Mancini. “Dia seorang pemain yang hebat dan mempunyai potensi besar dan kelab kami sangat berminat untuk mendapatkan pemain dari Britain.” Kelab yang sedang mengalami kekangan kewangan yang serius, Portsmouth pula berasa cukup lega apabila penjaga gol mereka, Asmir Begovic kini sudah dijual kepada Stoke City dengan yuran perpindahan sebanyak £3.25 juta (RM22.1 juta) menerusi kontrak empat tahun.
Pemain Afrika Selatan, Benni McCarthy pula melengkapkan perpindahannya ke West Ham dari Blackburn Rovers, kelab yang turut menghimpunkan Ilan dan Mido.
Bekas penyerang Tottenham, Mido hadir menerusi pinjaman dari Middlesbrough selepas memendekkan tempoh pinjamannya bersama kelab Mesir, Zamalek manakala Ilan diikat daripada kelab Perancis, St Etienne.
Wigan pula mengikat Victor Moses dari Crystal Palace dengan yuran perpindahan sebanyak £2.5 juta (RM17 juta). Moses mengikat kontrak selama tiga tahun setengah.
Perpindahan itu adalah salah satu catatan terbaru di dalam karier Moses, 19, yang datang ke England ketika berusia 11 selepas bapanya dibunuh dalam insiden huru-hara yang berlaku di negara asalnya, Nigeria.
Penyerang Bolivia, Marcelo Moreno menyertai Wigan atas dasar pinjaman dari Shakhtar Donetsk.
Fulham dilaporkan sibuk dengan pelbagai aktiviti perpindahan pemain dan pengurus, Roy Hodgson membuat beberapa perjanjian.
Penyerang bawah 21 tahun Itali, Stefano Okaka menyertai kelab itu atas dasar pinjaman dari Roma hingga hujung musim ini ketika Diomansy Kamara berlepas ke Celtic juga menerusi pinjaman.
Fulham turut mengikat pertahanan England, Nicky Shorey dari Aston Villa dan pemain Jerman, Christopher Buchtmann menyertai Liverpool menerusi kontrak selama 18 bulan.
Selepas tempoh perpindahan tamat, masih belum dapat dipastikan sama ada Sunderland berjaya mengikat penyerang Zimbabwe di Manchester City, Benjani Mwaruwari.
“Kami masih menunggu jawapan rasmi tetapi kami berharap ia akan memihak kepada kami,” kata pengurus Sunderland, Steve Bruce. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 09:28 AM | Show all posts
Spurs yakin pintas kedudukan Liverpool

LONDON - Harry Redknapp menegaskan bahawa buruan mencari tempat empat teratas dalam liga masih terbuka biarpun Tottenham gagal mencuri tempat keempat selepas pasukannya seri 0-0 dengan Aston Villa pada perlawanan kelmarin.

Spurs sebelum ini terjatuh ke tangga lima liga ekoran kemenangan Liverpool ke atas Everton dan pada masa yang sama pasukan Redknapp itu gagal mencari kemenangan menentang Villa di White Hart Lane, menyebabkan mereka ketinggalan satu mata di belakang The Reds.

Villa pula ketinggalan dua mata di belakang, berkongsi tempat keenam dengan Manchester City yang kalah mengejut kepada Hull City.

Redknapp, yang percaya hanya Manchester United dan Chelsea mempunyai jaminan tempat dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan tidak menolak saingan akan bertambah sengit selepas ini untuk layak ke kejohanan Eropah itu.

''Apa yang jelas, tuah memihak kepada Liverpool. (Perlawanan) minggu ini milik mereka. Mungkin minggu depan milik orang (pasukan) lain.

''Sudah tentu saingan selepas ini semakin sengit. Anda tidak sangka bagaimana Manchester City boleh tumbang kepada Hull (kelmarin). Tidak ramai yang sangka ia akan berlaku,'' kata Redknapp.

Sementara itu, O'Neill bersependapat dengan pandangan Redknapp walaupun percaya kejayaan Liverpool melompat ke tangga keempat liga mungkin petanda bahawa nasib malang kelab Anfield itu sudah berakhir selepas melalui hari-hari yang malang pada saingan awal musim ini.

''Apa yang diperkatakan oleh Harry adalah benar kerana tidak ada sesiapa pun yang menyangka Manchester City tewas (kepada Hull) hari ini.

''Ya, mungkin minggu ini milik orang (pasukan) lain. Hari ini kami dapat mata berharga di tempat orang lain.

''Kami ada sebanyak 14 perlawanan lagi dalam liga dan saya tidak boleh terlepas pandang Manchester United pada Rabu ini. Begitu juga Liverpool,'' kata pengurus Villa itu.

O'Neill turut memuji permainan bertahan pasukannya ketika mencatat keputusan seri menentang Spurs.

''Mungkin inilah konsep bertahan terbaik pernah kami pamerkan,'' katanya. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2010 12:11 PM | Show all posts
Wolves kejutkan Spurs

WOLVERHAMPTON: Wolverhampton Wanderers mengejutkan Tottenham untuk kali kedua musim ini ketika pasukan bawahan Liga Perdana Inggeris meraih kemenangan 1-0 ke atas pasukan Harry Redknapp di Molineux pagi tadi.

Pasukan Mick McCarthy mengalahkan Spurs di White Hart Lane pada awal musim ini dan mengulanginya pagi tadi menerusi gol pertama David Jones musim ini.

Jaringan gol pemain tengah itu pada minit ke-27 cukup untuk mengangkat Wanderers keluar dari zon bahaya.

Spurs kekal satu mata di belakang Liverpool yang berada di tempat keempat. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 08:57 AM | Show all posts
Spurs lonjak ke tangga keempat liga
22/02/2010
3:54am


LONDON 22 Feb. - Tottenham melonjakkan kedudukan dalam persaingan untuk layak ke Liga Juara-juara selepas menang 3-0 ke atas Wigan sekali gus meletakkan kelab itu di tangga keempat liga di hadapan Manchester City dan Liverpool setelah kedua-duanya seri 0-0 pada perlawanan awal pagi ini.

Pasukan Harry Redknapp berada di tangga keenam sebelum turun pada perlawanan hari ini tetapi dengan City dan Liverpool yang buntu mencari penyudah membolehkan Spurs menamatkan hujung minggu dengan berada di kedudukan untuk ke Liga Juara-juara.

Pasukan itu memperoleh jaringan menerusi Jermain Defoe manakala dua gol lagi dari Roman Pavlyuchenko pada perlawanan yang berlangsung di Stadium DW.

"Ia adalah persembahan yang menakjubkan dari kami. Saya begitu menyanjung tinggi dengan sikap yang ditunjukkan," kata Redknapp. "Mereka (para peminat) sayangkan Pavlyuchenko. Dia mempunyai kebolehan baik dan apabila dia mahu bermain dan dia melaksanakan tugas dengan baik."

Berikut keputusan perlawanan yang berlangsung pada hari Ahad:

Aston Villa 5 - Burnley 2
Blackburn 3 - Bolton 0
Fulham 2 - Birmingham 1
Manchester City 0 - Liverpool 0
Wigan 0 - Tottenham 3

- AFP
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 11:01 AM | Show all posts
Jaringan Pavlyuchenko belum memadai buat Redknapp

WIGAN, England - Pengurus Tottenham, Harry Redknapp memberi amaran kepada penyerang Roman Pavlyuchenko bahawa dua jaringannya menentang Wigan tidak akan bermakna jika pemain itu malas untuk bekerja lebih keras.

Pavlyuchenko sebelum ini menyelar Redknapp dalam media Rusia pada minggu lepas dengan mendakwa pengurus itu melayannya seperti badut. malah tidak menepati janji untuk menurunkannya lebih banyak dalam perlawanan.

Bagaimanapun, pemain antarabangsa Rusia itu yang berhasrat untuk pulang semula ke pangkuan pasukan lamanya, Lokomotiv Moscow, bulan lalu, akhirnya diberi peluang bermain, Ahad lepas tetapi sebagai pemain gantian yang kemudiannya menjaringkan gol pertamanya pada musim ini.

Kemenangan kelmarin membolehkan Tottenham melompat ke tangga keempat liga mengatasi Manchester City dan Liverpool, sekali gus berpeluang untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Redknapp percaya Pavlyuchenko mampu membawa peranan lebih besar membantu hasrat Tottenham untuk layak ke Kejohanan Eropah itu sekiranya dia mahu bekerja lebih gigih.

''Mereka (peminat) menyayangi dia. Dia mempunyai kemampuan dan hebat di padang. Kemenangan semalam (kelmarin) adalah hasil gigih daripada kami. Saya begitu terharu dengan persembahan hebat mereka,'' kata Redknapp.

Jermaine Defoe hampir membuka jaringan pada minit ke-27 iaitu gol ke-22 miliknya musim ini tetapi malangnya dia berada pada kedudukan ofsaid ketika Gareth Bale membuang hantaran silang.

Tottenham mendahului permainan apabila Pavlyuchenko melorong bola kepada Defoe yang berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-73.

Pemain Rusia itu kemudian menambah derita Wigan dua lagi gol pada minit ke-85 dan masa kecederaan bagi mengesahkan kemenangan Spurs.. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 01:14 PM | Show all posts
Spurs bergaya


2010/03/01     

LONDON: Tottenham Hotspur berjaya menangkis serangan balas Everton pada separuh masa kedua untuk memastikan kemenangan 2-1 di laman sendiri, sekali gus meletakkan mereka kembali ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris malam tadi.

Roman Pavlyuchenko, yang menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan terakhirnya meletakkan Spurs di depan apabila menyambut hantaran Jermain Defoe seawal minit ke-11.

Ketika pertahanan, Gareth Bale mengasak seperti pemain sayap berpengalaman, Spurs menguasai permainan dan mendahului 2-0 menerusi jaringan cantik Luka Modric.

Corak perlawanan berubah lima minit sebelum separuh masa kedua apabila Tottenham kehilangan pemain tengah berpengaruh, Tom Huddlestone dan Everton mula menunjukkan kebangkitan.

Mereka berjaya mendapatkan gol pada m-53 apabila Ayegbeni Yakubu memanfaatkan kesilapan Heurelho Gomes, kali pertama gawang Spurs bolos dalam enam perlawanan liga di tempat sendiri, tetapi penjaga gol Spurs berjaya menyelamatkan beberapa percubaan Jack Rodwell and Steven Pienaar. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 02:46 PM | Show all posts
Tottenham bimbang kecederaan jejas buruan tempat empat teratas


HUDDLESTONE (kiri) akan menjadi koleksi terbaru dalam senarai kecederaan pemain Spurs yang kini semakin panjang.



LONDON: Pengurus Tottenham, Harry Redknapp, bimbang kecederaan dialami beberapa pemain tengahnya mampu menjejaskan peluang mereka untuk memburu tempat ke saingan kelayakan Piala Liga Juara-Juara buat kali pertama.

Kelab London itu berada pada landasan tepat selepas kemenangan 2-1 ke atas Everton di White Hart Lane, dengan penyerang Russia, Roman Pavlyuchenko dan perancang dari Croatia, Luka Modric berjaya menemui gawang.

Keputusan itu membolehkan mereka memintas Manchester City untuk mengisi tempat keempat berbekalkan kelebihan jaringan.

Namun, kemenangan itu dianggap begitu mahal buat pasukan berkenaan selepas Tom Huddlestone terpaksa diusung keluar pada awal babak kedua akibat kecederaan kaki, mengundang kebangkitan Everton.

Pemain antarabangsa England itu akan menjalani ujian imbasan bagi menentukan tahap kecederaan tetapi Tottenham khuatir pemain berkenaan terpaksa disisihkan buat beberapa beberapa minggu. Jika andaian pasukan itu menjadi kenyataan, Huddlestone akan menjadi koleksi terbaru dalam senarai kecederaan yang kini semakin panjang.

“Sudah tentu, kami akan merindui Tom. Dia pemain terbaik buat kami,” kata Redknapp. “Dia menggerakkan kami untuk bermain. Hantaran bolanya begitu hebat dan apabila dia keluar, Luka (Modric) dan Niko Kranjcar tidak banyak dapat bola berbanding sebelumnya.
“Kami tidak tahu sejauh mana kecederaannya tetapi gambaran ketika ini tidak begitu baik. Kami kehilangan pemain tengah.” - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 11:23 AM | Show all posts
Palacios: I want to play for Real Madrid

Wilson Palacios has stunned Tottenham by admitting that he hopes to join Real Madrid in the future.

The combative midfielder has been a revelation in the England since arriving in the Premier League back in 2007.

Spells at Birmingham and Wigan allowed him to forge a reputation as on the finest exponents of the holding role in European football.

Such progress earned him a £12million switch to Spurs in January 2009, and he has continued to shine at White Hart Lane.

The 25-year-old, who is heading to this summer's World Cup with Honduras, is not planning to stick around in North London, though, as he has set his sights on the very top of the game.

He admits he would relish the opportunity to test himself in Spain at some point in his career, preferably with capital giants Real.

"I am really happy at Tottenham but I will continue working for a future move to a bigger club," Palacios said in The Sun.

"I would love to play for Real Madrid.

"Today, many people respect me in England. That's because of my hard-working attitude."

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2010 09:42 PM | Show all posts
go Spurs go....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 12:48 AM | Show all posts
besaq ceta2 ko palacios, ada offer ka? atau hanya bercita cita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2010 07:47 AM | Show all posts
Redknapp bimbang Liverpool gugat peluang ke Liga Juara


2010/03/29

LONDON: Harry Redknapp memberi amaran kepada Tottenham bahawa Liverpool masih ada ruang menafikan peluang mereka layak ke Liga Juara-Juara Eropah.

Kemenangan 2-0 ke atas Portsmouth, kelmarin harus menceriakan dengan jurang tujuh mata mengatasi barisan Rafael Benitez tetapi mereka ada empat perlawanan getir menentang Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Manchester City. “Aston Villa juga ada peluang tetapi saya lebih melihat kepada kemampuan Liverpool,” kata Redknapp. “Mereka ada laluan lebih baik selain menentang Chelsea di tempat sendiri. Anda tidak melihat mencicirkan banyak mata dan ada kemampuan memenangi enam perlawanan.

“Saya tahu mereka tidak bermain hebat seperti dijangkakan tetapi anda tidak tahu apa mereka boleh lakukan.”

Spurs menewaskan Portsmouth di White Hart Lane dengan dua gol menerusi dua bekas pemain barisan Pompey itu.

Penyerang England, Peter Crouch menanduk gol pertama minit ke-27 dengan pemain tengah Croatia, Niko Kranjcar menyepak masuk gol kedua minit ke-41. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 08:32 AM | Show all posts
Persaingan tempat ke-4 masih terbuka


2010/04/05

SUNDERLAND: Pengurus Tottenham, Harry Redknapp akur betapa saingan menduduki tempat keempat dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) kini terbuka luas tatkala dia mengharapkan barisan pincangnya akan dapat membawa kelab itu layak di kancah elit Eropah.

Jurulatih Spurs itu menyaksikan pasukannya tercicir ke tempat kedua dalam saingan empat penjuru untuk slot terakhir Liga Juara-Juara Eropah dan meletakkan kepercayaan pada pasukan perubatan kelab itu memastikan barisan bintang kembali cergas enam perlawanan terakhir, musim ini. Spurs di tempat kelima dalam liga - satu mata di belakang Manchester City dan empat mata mengatasi Liverpool dan Aston Villa. Pemburuan untuk tempat keempat terbuka luas dan kami hanya perlu mendapatkan kembali beberapa pemain, itu masalah kami, kata pengurus Tottenham itu.

Dia kehilangan beberapa pemain utama seperti Aaron Lennon, Michael Dawson, Ledley King, Jermaine Jenas dan Jonathan Woodgate, sementara penjaga gol Carlo Cudicini turut terkeluar.

Tetapi tatkala Redknapp bimbang sama ada kelab utara London itu masih boleh meningkatkan tahap permainannya, pengurus Sunderland, Steve Bruce pula khuatir mengenai kekal dalam EPL, di sebalik kelebihan 11 mata daripada zon keciciran. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 09:11 AM | Show all posts
Perhitungan muktamad Spurs, Arsenal


2010/04/14

'Derby' London bawa makna besar buat kedua-dua pasukan musim ini

LONDON: Sebarang pertemuan di antara Tottenham dan Arsenal membawa makna tersendiri tetapi pertembungan hari ini di antara dua kelab sejiran utara London itu memberi erti yang cukup besar terhadap nasib mereka musim ini. Kekalahan Arsenal kepada Barcelona di Camp Nou minggu lalu mengakhiri impian Liga Juara-Juara Eropah, dan menjadikan Liga Perdana kini sebagai satu-satunya peluang mereka untuk menamatkan kemarau lima tahun tanpa sebarang trofi. Sementara itu, Tottenham, menerima tamparan lebih besar apabila kecundang dalam saingan separuh akhir Piala FA Ahad lalu, kepada Portsmouth yang sudah pun tersingkir ke Liga Kejuaraan, 24 jam sebelum itu.

Ini bermakna, tiada peluang menghiasi kabinet trofi Spurs musim ini dan sasaran utama kelab itu kini ialah menamatkan saingan di tangga keempat dan tempat ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Kekalahan bagi kedua-dua kelab di White Hart Lane mungkin menamatkan impian untuk menduduki kelompok teratas musim ini, manakala keputusan seri tidak memberi kelebihan buat mana-mana pasukan.

Tidak syak lagi, pengurus Tottenham Harry Redknapp berdepan tugas besar untuk meningkatkan moral pemainnya selepas menempuh kekalahan itu.
Menjelang sepak mula pertemuan dua kelab jiran itu, Arsenal mempunyai tempoh lebih seminggu untuk belajar daripada pengajaran yang diberikan Lionel Messi dan rakan sepasukannya di Barcelona.

Bagi Spurs pula, kekalahan mengejut gagal ke final Piala FA untuk bertemu Chelsea, masih terasa.

Redknapp menegaskan pertemuan dengan Arsenal adalah hadir tepat pada masanya selepas mereka diaibkan Portsmouth dan tugasnya kini ialah untuk memastikan anak buahnya mendapat mesej yang diberikan Pompey, tatkala Manchester City mengukuhkan tempat keempat selepas menewaskan Birmingham 5-1 dan berada empat mata di depan.

“Kami semua kecewa kerana terlalu mengharapkan Piala FA,” kata pertahanan Spurs, Sebastien Bassong.

“Kami masih berpeluang merebut tempat keempat dan pertemuan dengan Arsenal ini cukup penting dan kami perlu menang. Yang jelas, ia hadir selepas kekalahan kepada Portsmouth, jadi kami perlu segera melupakannya.

“Kami sedar perlawanan pasti sukar tetapi kami cukup bertenaga di gelanggang sendiri musim ini dan perlu yakin kami mampu mendapatkan keputusan yang dihajati itu.”

Arsenal berdepan tekanan yang sama, di tangga ketiga dan tiga mata di belakang pendahulu Chelsea.

Penjaga gol Gunners, Manuel Almunia tidak syak lagi keperluan untuk menang dan percaya suasana yang perlu ditempuh barisan Arsene Wenger di White Hart Lane lebih perit berbanding di Barcelona.

“Ini perlawanan penting,” katanya. “Kami ada lima perlawanan lagi dan jika kami tercicir mata, kami akan terkeluar daripada pemburuan ini. Itulah pendekatan yang perlu ada kepada kami bagi menghadapi perlawanan menentang Spurs.” – AFP
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 07:54 AM | Show all posts
Spurs halang Arsenal buru juara liga


2010/04/15


LONDON: Tottenham Hotspur meletakkan Arsenal dalam laluan sukar memburu juara Liga Perdana Inggeris apabila menumpaskan kelab dari utara London itu 2-1, di White Hart Lane, awal pagi tadi.

Dua gol Hotspur diperoleh menerusi Danny Rose untuk gol pembukaan manakala Gareth Bale untuk gol kemenangan.  Nicklas Bendtner pula memperoleh gol tunggal Arsenal. Ia kemenangan pertama Tottenham dalam masa 11 tahun terhadap Arsenal di bawah kendalian Arsene Wenger. Kekalahan itu meletakkan Arsenal kekal di tempat ketiga dengan enam mata pemisah daripada penduhulu liga, Chelsea.

Keputusan lain, Aston Villa berjaya mengikat Everton 2-2, manakala Wigan dan Portsmouth juga seri tanpa jaringan. - Reuters
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.229273 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list