CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Detektif_Hantu

Apa Yg Saya Tidak Tahu Tentang P.Ramlee

    [Copy link]
Post time 13-4-2015 09:43 AM | Show all posts
Bagi aku.. salah satu pengarah melayu yang boleh buat citer dan aku boleh layan citer berulang-ulang kali tanpa jemu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2015 03:16 PM | Show all posts
cerita2 arahan PR masih segar diingatan. tengok berkali-kali pun xjemu. tak macam cerita dan filem sekarang. tamnah2 yg MIG, mmg xtengok. kebanyakan cite tak ada motif.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 07:23 PM | Show all posts
Sifat yang baik yang jarang diketahui:

1.Attitude kerja beliau byk dipengaruhi budaya Jepun. Sbb dulu beliau pernah masuk sekolah jepun. Biasanya budak2 yang belajar
kat jepun (termasuk aku) memang ada disiplin yang baik dalam bekerja.

2.Beliau seorang yg tidak kedekut dan sangat pemurah.

3.Tidak sombong.  

Fakta menarik yang jarang diketahui:
1. Filem bujang lapok diinspirasikan dari filem three stooges yang popular di hollywood. P ramlee mengubah pengisiannya
melalui latar belakang budaya melayu di Singapura.

2. Babak dalam filem tiga abdul di mana Abdul Wahub (P Ramlee) bermimpi di mana ayahnya (Ulam Raja) menyuruh beliau
berjumpa dengan lawyer bernama Sulaiman Akhlakan (seorang lawyer jujur) diinspirasi dari sebuah dongeng Jepun. Oleh
kerana beliau pernah bersekolah Jepun, dongeng tersebut memang famous dan masih kontemporari di kalangan sekolah-sekolah
di Jepun.

3. Cara nyanyian beliau adalah banyak dipengaruhi oleh Nat King Cole and Frank Sinatra. Kedua-dua penyanyi tersebut
juga adalah penyanyi kegemaran P Ramlee. Irama lagu Getaran Jiwa gubahan P Ramlee juga adalah lebih kurang sama
dengan lagu-lagu FS dan NKC.

4. Cerita Seniman bujang lapok sangat memberi tamparan kepada director-director yang berbangsa Cina di Studio Jalan Ampas.
Mereka terasa dipersenda kerana orang Cina pada waktu itu mmg sukar hendak memberi ruang pada org Melayu untuk maju.

5. Cerita Ibu Mertuaku diilhamkan dari kisah ramai anak-anak wayang ketika itu sukar hendak menyara hidup kerana
professionnya dipandang rendah oleh masyarakat terutama golongan bangsawan.
Pada asalnya watak ibu mertuaku hendak diberikan pada wanita yang berdarah campur (melayu-cina).
(Melayu yang berkahwin dgn orang bangsawan bukan Melayu ketika itu dianggap menaiki darjat atau memiliki darjat yang tinggi).

Tapi oleh kerana bimbang akan implikasi dan halangan pihak produksi, beliau memilih Mak Dara.
Walaupun begitu nama watak dikekalkan (Nyonya Mansur) tetapi latar belakang keluarga NM tidak ditekankan.

6. Kesinambungan filem bujang lapok yang tidak sempat menjalani penggambaran adalah kisah Bujang Lapok merantau di Hong Kong.
Akibat isu kewangan filem tersebut ditangguhkan sehinggalah beliau meninggal dunia.

      
Yang kurang baik:
1. P Ramlee ni dia suka main mahjong,
2. Kuat merokok
3. Mesra dgn ramai gadis
4. Suka minum

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 09:00 AM | Show all posts
Hmmm cerita bujang lapok bukan diilhamkan daripada cerita hong kong ke?

seniman bujang lapok juga beri tamparan kepada semua orang...termasuk melayu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 11:03 AM | Show all posts
P Ramlee best
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 11:14 AM | Show all posts
Ada beberapa fakta yang perlu diperbetulkan dalam Biografi P Ramlee. Filem Ibu Mertuaku BUKAN diinspirasikan sewaktu perkahwinan beliau dengan Saloma.. Filem tersebut shooting sewaktu rumah tangga P Ramlee dengan Norizan sedang bergolak teruk. Atas sebab itu P Ramlee menghasilkan tiga buah lagu yang ditujukan khas untuk Norizan; Jangan Tinggal Daku, Di Manakan Kucari Ganti, Jeritan Batinku... Kalau ikut kata sahabat beliau S Sudarmaji, iiatu penulis lirik untuk ketiga2 buah lagu dalam filem Ibu Mertuaku.. P. Ramlee seboleh-bolehnya tidak mahu bercerai dengan Norizan. Atas permintaan P. Ramlee, S. Sudarmaji menghasilkan lirik untuk ketiga2 lagu tersebut sebagai permintaan beliau kepada bekas isterinya Norizan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2015 02:10 AM | Show all posts
SEJARAH DI SEBALIK LAGU " SELAMAT HARI RAYA "






Apakah kaitan antara lagu klasik " Selamat Hari Raya " dengan perjuangan pekerja ?



Setiap kali menjelang Aidilfitri sudah pasti akan kedengaran lagu-lagu Raya berkumandang di corong-corong radio. Antara lagu yang sering dimainkan ialah lagu klasik " Selamat Hari Raya " yang dipopularkan oleh Ahmad Jais.

Tahukah kamu lagu ini telah dicipta oleh P. Ramlee dan Jamil Sulong pada tahun 1957 untuk menyokong perjuangan pekerja-pekerja filem yang mogok pada Hari Raya tahun itu ?

P. Ramlee dan Jamil Sulong yang kita kenali sebagai pelakon dan pengarah filem-filem Melayu klasik juga merupakan pemimpin kesatuan pekerja-pekerja filem Malayan Artistes' Union yang dikenali dengan nama PERSAMA (Persatuan Artis Malaya).

Pada bulan Mac dan April 1957, pekerja-pekerja studio filem MFP (Malay Film Productions) milik Shaw Brothers telah melancarkan mogok untuk menuntut gaji yang lebih berpatutan. Mogok mereka telah berlarutan sehingga Hari Raya yang jatuh pada 1 Mei 1957.

Salah satu aktiviti yang telah dijalankan oleh PERSAMA ialah menganjurkan konsert amal untuk mengutip dana bagi membantu perjuangan pekerja-pekerja yang sedang mogok.

Sempena Hari Raya tahun itu, P. Ramlee dan Jamil Sulong telah menggubah sebuah lagu Raya baru untuk dinyanyikan semasa konsert amal tersebut.


Menurut penulis liriknya, Jamil Sulong :


" Lagu " Selamat Hari Raya " ditulis khas untuk Persatuan Artis Malaya atau PERSAMA. Lirik lagu ini saya tulis dalam masa 10 minit sahaja. Kisahnya, ketika itu artis dan pekerja di Studio MFP Jalan Ampas mengadakan mogok. Jadi, dalam majlis sambutan Aidilfitri tahun itu, kerana mahu memungut dana persatuan, PERSAMA mengadakan pertunjukan pentas di Taman Hiburan Happy World. Sedang saya menolong kawan-kawan membuat persiapan, P. Ramlee datang menyerahkan sekeping kertas yang ada nota suku kata sebuah lagu dan menerangkan bahawa nota itu untuk lagu pembukaan pertunjukkan pada malam itu dan saya mesti menyiapkannya sebelum pertunjukkan bermula. Keadaan memaksa, maka saya menyiapkan lirik lagu itu dalam waktu singkat. Hinggalah kini lagu ini masih berkumandang pada setiap kali Hari Raya menjelma. "




Sumber: Akhbar The Straits Times / http://datukjamilsulong.blogspot.com/




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 04:28 PM | Show all posts
balik kg nanti aku nk pegi rumah p.ramlee di perak road..dah lama x p...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2015 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah utk arwah.
Bnyk lg filem p.ramlee yg aku xtgk, yg biasa2 kt dlm tv tu je lah slalu tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 10:53 PM | Show all posts
Rumah P.Ramlee kt Jln Genting Klang tu kt mana weh..? Teringin nk pegi...dulu2 ada jgk nampak signboard...skrg ni pesat sgt pembangunan kt sana sampai xtau nk msk lorong mana...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 05:43 PM | Show all posts
forselab replied at 15-9-2015 10:53 PM
Rumah P.Ramlee kt Jln Genting Klang tu kt mana weh..? Teringin nk pegi...dulu2 ada jgk nampak signbo ...

dekat area umah kita jek umah pramlee tu, jalan gombak, ada sekali masuk umah p ramlee, banyak dh renovate untuk museum, dalam tu jugak ada di paparkan surat cinta saloma untuk p ramlee, saloma tulis surat cinta tu dalam bahasa inggeris mmg nampak yang dia cinta betul pada p ramle

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 09:35 AM | Show all posts
dua minggu lepas aku berkesempatan pergi ke pustaka peringatan p.ramlee ni, seminggu sebelum tu sempat tengok teater muzikal p.ramlee...

alangkah elok kalau rumah itu dibiarkan dalam keadaan asal tanpa mengabaikan tujuan pustaka itu dibina untuk memperingati p.ramlee.

tapi sebenarnya aku lebih tertarik untuk baca lebih banyak lagi tentang p.ramlee dan norizan cuma tak banyak kisah norizan ditulis. zaman kegemilangan p.ramlee adalah pada ketika dia bersama norizan...

alfatihah....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 12:44 PM | Show all posts
P Ramlee cuma ada cinemascope...




NASIR JANI
8 Jun 2014



MINGGU lalu aku tulis tentang zaman kegemilangan dan kejatuhan P Ramlee berdasar pemerhatian dan melalui pengalaman aku sendiri.

Aku tidak merujuk kepada mana-mana bahan arkib dan kajian ilmiah. Aku menulis berdasarkan naluri dan apa yang aku pernah tahu melalui imbas kembali, flashback pengalaman aku membesar di penghujung zaman kemuncak kegemilangan dan awal kejatuhan P Ramlee. Aku lalui satu pengalaman first hand.

Jangan pula ada yang menyangka aku ada secara fizikal bersama P Ramlee ketika itu. Maksud aku ialah apa berlaku dan dilalui oleh P Ramlee ketika itu aku ketahui melalui media massa.

Aku berkesempatan membaca tulisan-tulisan yang disiarkan melalui akhbar dan majalah memuji kehebatan filem-filemnya di zaman kegemilangannya. Aku sempat mengikuti ulasan dan tulisan yang mengkritik filem-filem arahan P Ramlee di zaman kejatuhannya. Aku juga berpeluang mendengar serta mengutip perbualan mereka yang lebih senior terutamanya peminat-peminat setianya berpangkat abang dan pakcik kepada aku tentang apa yang dialami dan dilalui oleh P Ramlee ketika itu.

Antara 1964 sehingga 1973, aku masih di bangku sekolah dan aku menganggap diri aku sebagai seorang pemerhati yang naif tentang apa sebenarnya berlaku kepada seorang insan seni bernama P Ramlee.

Aku sebagai salah seorang dari 11 juta penduduk Malaysia ketika itu, cuma menjadi penerima maklumat dan berita.

Kenapa, mengapa dan bagaimana P Ramlee melalui zaman gemilang dan zaman kejatuhannya tidak pernah terlintas di benak fikiranku.

Apa aku tahu ketika itu ialah aku suka dan sentiasa mencari peluang menonton filem-filem Melayu baik terbitan Malay Film Productions (MFP), Merdeka Studio atau Cathay Keris sama ada tayangan di televisyen atau menonton di panggung di bandar Melaka dua kali setahun ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.   

Selepas merdeka pada tahun-tahun penghujung 50-an sehingga 1964, ketika P Ramlee di Singapura, filem-filem arahan dan lakonannya meletup di box-office.

Tapi sayang aku tidak berpeluang menonton dan merasai bagaimana seronoknya menonton filem-filem P Ramlee di panggung. Ketika itu aku masih di bangku sekolah rendah. Ditambah pula di pekan aku duduk tidak ada panggung wayang. Itu zaman kegemilangan P Ramlee dengan filem-filem komedi siri Bujang Lapuk (1957 – 1961), siri Labu Labi (1962 -63) dan filem-filem drama masyarakatnya seperti Antara Dua Darjat (1960), Ibu Mertua Ku (1962). P Ramlee berpindah ke Studio Merdeka, Ulu Kelang pada 1964.

Ketika di Merdeka Studio, Ulu Kelang adalah zaman kejatuhan P Ramlee. Ketika zaman mula kejatuhannya pada 1967, aku mula melangkah ke sekolah menengah dan duduk di asrama di bandar Melaka. Masa inilah baru aku berpeluang menonton filem-filem arahan P Ramlee di panggung terutamanya di panggung Lido, Melaka.

Pada aku di antara filem-filemnya di era Merdeka Studio yang menarik dan punya jalan cerita dan idea yang kuat adalah Sesudah Subuh (1967), Keluarga 69 (1967), Anak Bapak (1968), Gerimis (1968) dan Doktor Rushdi (1970).

P Ramlee sudah mengangkat isu hubungan antara kaum dalam filem Sesudah Subuh dan Gerimis sebelum tercetusnya pergaduhan dan rusuhan peristiwa 13 Mei 1969 terjadi. Aku tidak nafikan kebanyakan filem-filem arahan P Ramlee di Merdeka Studio selepas penutupan studio MFP tidak menarik minat penonton.

Aku berpendapat ini berlaku disebabkan produksi filem Melayu ketika itu tiada perubahan, baik di Merdeka Studio mahupun Cathay Keris yang masih beroperasi di Singapura selepas penutupan studio Malay Films Production di Jalan Ampas. Filem-filem Melayu ketika itu masih dalam bentuk lama hitam putih.

Pembaharuan yang cuba ditonjolkan hanyalah melalui penggunaan layar luas atau dikenali sebagai cinemascope.

Kebanyakan filem-filem keluaran Merdeka Studio yang diarahkan oleh P Ramlee, Omar Rojik, S Kadarisman, Jamil Sulong hanya mampu dihasilkan dalam bentuk cinemascope dan bukan dalam bentuk warna. Sedangkan filem-filem Hindustan dan Indonesia yang merupakan pesaing paling hampir kepada filem-filem Melayu dihasilkan dalam bentuk warna dan juga cinemascope.

Di antara filem-filem arahan P Ramlee dalam bentuk cinemascope ialah Sesudah Subuh (1967), Anak Bapak (1968) dan Gerimis (1968).

Dari pengamatan aku, senario ketika itu sememangnya filem-filem kita jauh ketinggalan dari aspek teknikal. Bayangkan filem-filem asing yang mencurah masuk ke negara kita semuanya dalam bentuk warna tetapi pengarah-pengarah kita masih tidak dapat peluang untuk menghasilkan filem-filem berwarna yang menjadi kegilaan penonton.

Aku rasa memang tidak patut diletakkan beban kelesuan sambutan penonton terhadap filem-filem Melayu di bahu pengarah-pengarah filem sahaja. Aku lihat suasana ketika itu orang-orang Melayu sendiri yang menolak dan seolah ‘ jijik ’ untuk di asosiasikan dengan filem-filem Melayu. Tiada rasa bangga untuk menonton filem Melayu berbanding dengan menonton filem-filem dari luar.

Kepada generasi sekarang terutamanya pelajar-pelajar dan pengiat-pengiat filem yang berusia di bawah empat puluh tahun iaitu generasi yang lahir setelah kepergian P Ramlee buat selama-lamanya pada 1973, cuba gunakan daya imaginasi anda mengvisualkan suasana negara kita di tahun-tahun awal 70-an untuk memahami bagaimana peritnya P Ramlee dan rakan-rakan seangkatannya berjuang untuk memastikan filem Melayu masih ada penontonnya.

Bayangkan anda berada dalam suasana negara baharu pulih dari kekecohan akibat peristiwa 13 Mei 1969. Slogan muhibbah dan perpaduan berkumandang melalui radio dan televisyen saban waktu untuk melahirkan perpaduan nasional.

Bayangkan anda mendiami rumah teres di salah satu taman perumahan baharu dibuka di Petaling Jaya atau rumah setinggan di pinggir kota Kuala Lumpur.

Di rumah anda ada televisyen hitam putih dengan hanya dua saluran – RTM 1 dan 2.

Boleh dikatakan hampir semua rancangan TV adalah program dari barat. Bila anda memasang radio yang pastinya stesen siaran Melayu akan berkumandang lagu-lagu pop yeh yeh sementara lagu-lagu P Ramlee kurang disiarkan dan tidak diminati oleh generasi muda ketika itu. Stesen radio siaran Inggeris menyiarkan lagu-lagu The Beatles, Rolling Stones, Tom Jones dan macam-macam lagi.

Suasana di bandar-bandar besar Kuala Lumpur dan Singapura budaya hippie sedang melanda anak-anak muda tanpa mengira bangsa.

Berambut panjang dengan seluar bell bottom dengan baju T bercorak tie n dye berduyun-duyun menonton filem Woodstock di panggung Federal, Jalan Chow Kit.

Setiap petang hujung minggu di Panggung Aniversari iaitu panggung terbuka di Lake Garden berdekatan Tugu Negara pasti ada persembahan percuma dari kugiran-kugiran yang mahu mencipta nama.

Belum ada cineplex untuk menonton filem. Cuma ada panggung-panggung seperti panggung Rex menayangkan filem Godfather arahan Francis Ford Copolla atau panggung Capitol menayangkan filem Indonesia Si Pitung, lakonan Dicky Zulkarnain, panggung Odeon dan Cathay serentak menayangkan filem The French Connection. Semua filem-filem ini dalam cinemascope dan warna.

Visualkan anda, adalah P Ramlee yang hanya mampu memberi penonton filem-filem dalam cinemascope tapi masih hitam putih. Bagaimana ?



- Sinar Harian -




Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 09:08 AM | Show all posts
reddots replied at 17-9-2009 11:03 AM
tuan umah majuk ker?/

ni aku penah baca, pasal anak bungsu kesyangan p. ramlee.  sazali tu..

sazali tu anak ori ke anak angkat?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 11:04 AM | Show all posts
Edited by hari1 at 5-10-2015 11:07 AM

P.ramlee jatuh kerana semua orang membencinya..kawan, lawan, sahabat, anak sendiri, penerbit, producer..dan lain lain..semua membeci nya kerana dia terlalu baik..ye betul mereka membenci p ramlee kerana p ramlee terlalu baik..suka menolong orang,pemurah..mereka berpakat pakat bukan seorang dua tapi majoriti...untuk menjatuhkan p ramlee dengan sengaja..kebanyakkan orang yang terlalu membenci dan mengkhianati p ramlee adalah mereka yang p ramlee selalu tolong....kenapa jadi macam ni? sebab melayu adalah yahudi..yahudi tulen..inilah sifat yahudi..melayu adalah yahudi tulen..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 11:33 AM | Show all posts
Majoriti mereka yang sangat membenci p.ramlee adalah orang yang hampir dengannya..dan majoriti orang yang mengkhianati p ramlee adalah orang selalu beliau tolong...inilah dunia.pelik tapi benar, hanya di tanah melayu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 12:22 PM | Show all posts
Edited by hari1 at 5-10-2015 12:34 PM

P ramlee tahu semua orang yang ada di sekelilingnya membenci dirinya dan berbuat kejam pada dirinya....tapi dia tidak mengambil tindakan untuk membalas semua kekejaman orang kepadanya.yang ada padanya hanyalah  cinta dan kasih sayang..terhadap sesama  insan..setelah mengetahui semua orang membenci dirinya segala kasih sayangnya di curahkan kepada satu satunya anak tunggalnya iaitu sazali..beliau sangat menyanyangi sazali..sehingakan beliau  mengubah sebuah lagu untuk sazali lagu yang yang bertajuk Anakku Sazali..hayatilah betapa mendalamnya kasih sayang p ramlee terhadap sazali melalui lilik lagunya ini..

Anakku Sazali dengarlah
Lagu yang ayahanda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti

Anakku Sazali juwita
Laguku jadikan pelita
Penyuluh di gelap gelita
Pemandu ke puncak bahagia

Andainya kamilah kembali
Menyahut panggilan Ilahi
Laguku sebagai ganti
Dijiwamu hidup abadi
Menjagamu wahai Sazali

Anakku Sazali dengarlah
Lagu yang ayahanda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti




Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 12:59 PM | Show all posts
Tak pernah jemu tengok filem lakonan P. Ramlee....terutama bujang lapok.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 04:53 PM | Show all posts
Pawagam P.Ramlee (1981)


Lokasi : Medan Tunku Jalan TAR






Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 11:50 AM | Show all posts
SHAW BROTHER - LOVE PARADE (1961)

P. Ramlee & Saloma were sent to Hong Kong to appear as guest stars in the film "Love Parade" (1961), a Shaw Brother Studio production. They appeared in a fashion show and sing the Indonesian song 'Bengawan Solo'





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.107209 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list