CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Detektif_Hantu

Apa Yg Saya Tidak Tahu Tentang P.Ramlee

    [Copy link]
Post time 21-6-2017 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
3 hari baru khatam baca thread ni.dlm pada sakit perut tetap rasa best baca.bnyak info yg baru akak tahu walapun akak suka tengok cerita p ramlee.hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2017 01:20 PM | Show all posts
Edited by noraidil_06 at 28-2-2019 06:20 AM
HangPC2 replied at 7-8-2015 02:10 AM
SEJARAH DI SEBALIK LAGU " SELAMAT HARI RAYA "


Hebatnya cuma 10minit untuk tulis lirik lagu.ada kisah disebalik lagu ni rupanya.tapi sampai hari ni,lagu ni antara lagu raya yg paling best kita dengar kan


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2017 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
huk_aloh replied at 28-9-2009 10:54 AM
rasa nak lempang orang yang tiru gaya p.ramlee. macam takde identiti!

Dh namanya tiru gaya p. Ramlee of course kebe tiru.  Kalu x tiru x menang la dei..  Apadaaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2017 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
liyamariska replied at 29-9-2009 03:43 PM
cite ttg sifat P.Ramlee yg pemurah tu mmg betul sbb makcik kita cite dulu rumah arwah sentiasa penuh ...

Kalu zaman sekarang....  P Ramlee musti terpilih jd YB
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2017 05:57 PM | Show all posts
Fakta Disebalik Pembikinan Filem Anakku Sazali



By : Hidir Ali Razali      

June 17, 2017






1. Filem kedua arahan Phani Majumdar selepas HANG TUAH.

2. Filem kedua yang membawa tuah kepada P.Ramlee di bawah arahan Phani Majumdar

– HANG TUAH (P.Ramlee memenangi Muzik Terbaik di Pesta Filem Asia)
– ANAK-KU SAZALI (P.Ramlee memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Pesta Filem Asia)

3. Sekali lagi filem ini menggandingkan P.Ramlee dengan Nordin Ahmad selepas SEMERAH PADI.

4. Pengarah Phani Majumdar sebagai pereka cerita “ANAK KU SAZALI” telah mendapat ilham asas dari sebuah filem Hollywood yang berjodol “MY SON, MY SON”. Filem ini juga pernah diolah untuk difilemkan dalam bahasa Hindustan. “MY SON, MY SON” diarahkan oleh Charles Vidor pada tahun 1940.

5. Terdapat empat buah babak yang telah dipotong dengan sebab-sebab yang tertentu.


Pertama :

Babak Rokiah diperkosa oleh Sazali di dalam sebuah bot laju pernah ditayangkan pada satu ketika dulu tetapi kini babak itu telah ditapis (censored).

Kedua :

Dua buah babak lagi ialah babak di mana sebelum Sazali membawa Rokiah menaiki bot laju. Ini dipotong kerana durasi babak ini terlalu panjang (over-run). Babak itu menunjukkan Hassan dan Mansor membawa Sazali serta Rokiah ke panggung wayang untuk menonton sebuah filem Inggeris.

Ketiga :

Babak Sazali memandu Rokiah dengan kereta ‘sport’ nya menuju ke sebuah jalan bukit. Ini hanya sebuah ‘passing shot‘.

Keempat :

Seorang pemuda kampung bernama Razak mengganggu Mahani ketika Hassan sedang bertugas sebagai pemuzik. Frame gambar dari filem itu menunjukkan satu ‘POV shot’ yang bergerak seolah-olah ada seseorang sedang mengintai dan menghala ke arah rumah Mahani, tetapi wajahnya tidak kelihatan. Babak ini telah dipotong.


6. Filem ini adalah filem ketiga kemunculan Jins Shamsuddin di layar perak selepas KELUARGA TOLOL dan KEADILAN ILAHI. Dia berlakon sebagai seorang extra di stesen keretapi. Selepas filem ini, pengarah P.Ramlee menawarkan Jins Shamsudin menjadi hero dalam filem “PANCHA DELIMA”. Namanya terus melonjak dan personalitinya membawa satu wajah baru untuk peranan seorang hero Melayu.

7. Filem ini juga menampilkan penglibatan sekelompok kaum keluarga yang jarang-jarang berlaku di dalam filem Melayu lain.


Pertama :

Seniwati HABSAH BUANG yang memegang watak Mak Mah dan juga sebagai pengurus pakaian, mempunyai dua orang anak yang sekaligus terlibat di dalam filem ini. Mereka ialah HASHIMAH YON dan RAHMAH YON.

Kedua :

Seniman kanak-kanak TONY CASTILLO yang memegang watak Sazali mempunyai seorang adik bernama LOUIS CASTILLO yang berlakon sebagai salah seorang gengnya.

Ketiga :

HABIBAH HARUN yang memegang watak Rokiah semasa kecil mempunyai dua orang abang iaitu MAHADI HARUN dan MADON HARUN yang berlakon sebagai geng Sazali. Mereka semua adalah anak kepada seniman HARUN OMAR.

Keempat :

Seniwati SITI TG PERAK yang berlakon sebagai puteri bangsawan telah mendapat peluang berlakon bersama anak gadisnya bernama SUPATRI di dalam babak yang sama, iaitu di atas pentas bangsawan lagu Chelorong Cheloreng.


8. Filem “ANAK KU SAZALI” ditayangkan semula di panggung Queens, Geylang, Singapura bagi menyambut anugerah yang dimenangi oleh P.Ramlee dan Tony Castillo di Pesta Filem Asia 1957. Seniman Tony Castillo telah dijemput untuk membuat persembahan pentas dengan tiupan trumpet ajaibnya bagi pertunjukan 6.45 petang dan 9.30 malam. Bagi pertunjukan jam 3 petang pula, poskad-poskad P.Ramlee, lengkap dengan tandatangannya sekali akan diberikan kepada 300 orang wanita yang pertama memasuki panggung wayang itu. Tawaran itu hanya untuk sehari sahaja.

9. Ketika Zaiton ditawarkan berlakon dalam filem “ANAK-KU SAZALI” pada tahun 1955, beliau baru saja mendirikan rumahtangga dengan Abdullah Hussein (Sasterawan Negara). Memang nyata sekali semasa penggambaran dijalankan, Zaiton sedang berbadan dua. Wajahnya kian berubah semasa Mahani (Zaiton) sedang hamil dengan anaknya Sazali.

10. Filem ANAK-KU SAZALI juga telah menggondol anugerah PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK ASIA untuk Tony Castillo.

11. Perkara yang anehnya dan tidak pernah terjadi di mana-mana zaman sekali pun, pada Pesta Filem Asia ke 4 yang telah diadakan di Tokyo itu, selain dari Tony Castillo, adik Wan Hussein dari Cathay-Keris juga telah memenangi anugerah PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK ASIA bagi filem MEGA MENDONG.



Sumber :

Dato Ahmad Fauzee
Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik


Sources : https://www.thepatriots.asia/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 08:55 PM | Show all posts
Thread ni tak lapuk dek zaman macam P Ramlee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2017 04:29 PM | Show all posts
ALI BABA BUJANG LAPOK (1961)







1. Filem pertama arahan P.Ramlee yang bersumberkan Hikayat 1001 Malam.

2. S.Shamsuddin diracun tetapi dapat meneruskan lakonan yang baik sekali dengan telatah lucu bersahaja,selepas menerima rawatan dan jampi dari P.Ramlee.

3. Dalam filem ini P.Ramlee telah menyindir bab pakaian dengan cakap "Ya Bagus Macam Kuda Belang". Selepas itu kelihatan setiap pakaian penyamun tidak lagi sama antara satu sama lain.Itu yang P.Ramlee nak sampaikan tentang kebebasan pakaian pelakon. P. Ramlee tidak suka pakaian yang formal dan tetap untuk setiap pelakon tetapi bebas tanpa kawalan.

4. Dalam filem ini, lagu Apek dan Marjina (Aya Cik Siti) adalah lagu nyanyian Ahmad C dan Normadiah tetapi di piring hitam P.Ramlee dan Normadiah yang menyanyikannya.Lagu ini adalah campuran/gabungan lagu Apek Tua dan Nyonya Manis yang pernah dipopularkan Dollah Serawak dan Tarminah.

5. Selain guru tari dan penyanyi, Normadiah juga yang banyak membantu pelakon terutama Sarimah dalam hiasan pakaian dan seni lakon.



Text : TZP
Gambar Asal : HAR
Pewarnaan : Repair Gambar Lama



- Repair Gambar Lama -



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 04:30 PM | Show all posts
ANTARA PENYAMUN-PENYAMUN DALAM FILEM ALI BABA BUJANG LAPOK






Setakat ini, hanya dapat kenalpasti 18 orang dari 40 penyamun dalam filem tersebut. Yang lain semua extra yang kita tidak kenal. Walau apa pun, kebanyakan Penyamun ini adalah legenda filem Melayu klasik.


- Repair Gambar Lama -


Credit : Dato' Ahmad Fauzee



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 04:32 PM | Show all posts
AHMAD MAHMOOD TIDAK PERNAH TIKAM P.RAMLEE





“Saya mengakui ada perkara yang saya TIDAK BERSETUJU dengan P. Ramlee. Saya mengkritik beliau secara terang-terangan, tetapi saya tidak pernah menafikan sumbangan beliau di dalam industri perfileman. Saya tidak mahu bersikap baling batu sembunyi tangan seperti segelintir ‘manusia’ yang mengaku sahabat sesudah P. Ramlee meninggal dunia.”

Di dalam sejarah perfileman Melayu, ramai yang tidak mengetahui tentang hubungan antara seniman Ahmad Mahmood dengan P. Ramlee yang agak DINGIN. Sekitar tahun 1980-an, Ahmad Mahmood pernah menolak undangan untuk menjadi panel dalam sebuah program Senandung Seniman Agung. Hal ini berikutan Ahmad Mahmood tidak mahu menjadi manusia HIPOKRIT dalam memberi kenyataan tentang P. Ramlee.

Ada pihak yang meminta Ahmad Mahmood memberikan komen tentang bakat P. Ramlee. Ahmad Mahmood akan berkata, “Bagi saya, P. Ramlee itu hanya manusia biasa saja. Tidak ada yang ‘special’ tentang dirinya seperti anggapan sesetengah pihak yang tidak tahu tentang P. Ramlee. Orang-orang yang tidak tahu akan menganggap P. Ramlee itu sebagai seorang yang agung terutama sekali dalam bidang muzik. Padahal nama P. Ramlee naik dan hidup adalah bersandarkan bakat dan kebolehan orang lain juga”.

Jika merujuk kenyataan Ahmad Mahmood di atas, terbukti bahawa beliau sangat JUJUR dan ikhlas dalam memberi kenyataan ataupun pandangan beliau terhadap P. Ramlee. Beliau menolak undangan itu kerana enggan membohongi anak cucunya apabila bercakap tentang P. Ramlee.
Kita boleh lihat bahawa beliau bercakap benar, tidak seperti segelintir ‘manusia’ yang mengangkat dan mengaku sahabat kepada P. Ramlee setelah beliau meninggal dunia walhal ‘manusia’ itulah yang menikam P. Ramlee ketika beliau masih hidup.

Berbalik kepada hubungan Ahmad Mahmood dengan P. Ramlee tadi, P. Ramlee tahu akan perihal Ahmad Mahmood tidak berapa menyukai dirinya. Akan tetapi, P. Ramlee masih mengambil Ahmad Mahmood berlakon di dalam filem-filem arahannya seperti Seniman Bujang Lapok (1961), Ibu Mertua Ku (1962) dan Nasib Si Labu Labi (1963).

Walau bagaimanapun, Ahmad Mahmood tidak pernah menafikan sumbangan P. Ramlee terhadap masyarakat. Beliau berkata, “Mana mungkin saya melupakan dan tidak mengakui jasa P. Ramlee kerana beliau pernah berlakon dengan saya di dalam beberapa buah filem. Bakatnya yang menyeluruh belum dapat ditandingi oleh artis-artis lain sekarang”.

Semasa P. Ramlee hendak berhijrah ke Kuala Lumpur, beliau sempat bertemu dengan Ahmad Mahmood untuk mengucapkan selamat tinggal serta bersalaman dan berpelukan dengannya. P. Ramlee sempat berkata, “Mad, kau adalah kawan baik aku kerana KEJUJURANMU kepadaku”.

Apa yang yang boleh dirumuskan melalui peristiwa itu adalah P. Ramlee BUKANLAH seorang yang suka berdendam. P. Ramlee boleh melihat keikhlasan serta kejujuran yang ada pada Ahmad Mahmood terhadap beliau. Tidak seperti segelintir manusia yang hanya pandai menokok tambah cerita untuk menjadikan cerita itu kelihatan hebat. Secara tidak langsung, ia dapat membuktikan bahawa kononnya mereka itu adalah sahabat baik kepada P. Ramlee.



Sumber :
Text : Mohd Danial Abd Aziz

1. Kelab FIlem & Muzik Melayu Klasik
2. Ahmad Mahmood : Bintang Di Langit Seni – Mohamad Saleeh Rahamad (FINAS, 2010)
3. P. Ramlee : Erti Yang Sakti – Ahmad Sarji (MPH Publishing, 2011)
4. P. Ramlee : The Bright Star – James Harding & Ahmad Sarji (MPH Publishing, 2011)
5. Dato’ Ahmad Fauzee
6. Pewarnaan : Repair Gambar Lama


- Repair Gambar Lama -


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 04:38 PM | Show all posts
TAHUKAH ANDA P.RAMLEE MENUKAR JUDUL FILEM INI ?





Pada asalnya judul filem 3 Abdul ialah ABDUL WAHAB, ABDUL WAHID , ABDUL WAHUB tetapi P.Ramlee merasakan judul itu tidak sesuai dan mahu menukar dengan judul yang lebih ringkas dan senang di sebut.

▶ P.Ramlee telah membuka PERADUAN dan peluang kepada sidang pembaca majalah filem supaya mencadangkan judul yang sesuai.Hadiah yang di tawarkan ketika itu adalah wang berjumlah 50 ringgit.

▶ Pelbagai cadangan yang telah di terima P.Ramlee untuk judul filem beliau antaranya seperti:-
◇Temberang Orang Kaya
◇Abdul Dajal
◇Si-Abdul Wahub
◇Kapor Ulam Raja
◇Tarbush Merah
◇Putar Belit
◇Ana Jual Ente Beli
◇Tiga Hub
◇Tiga Temberang
◇Halba, Halbi, Halbu
◇Bedol, Bedil, Bedal
◇Tiga Konfrantasi
◇Keluarga Tok Arab
◇Mabok Harta
◇Tiga Abdul
◇The Fabulous Abduls

▶ Akhirnya P.Ramlee telah muktamad memilih judul Tiga Abdul kerana beribu orang mencadangkan judul tersebut.

▶ P.Ramlee hanya mengubah sedikit sahaja dari cadangan orang ramai iaitu beliau menggunakan angka (3).
Maka lahirlah judul seperti yang kita tahu hari ini yang juga tertera pada credit title filem iaitu 3 ABDUL.


Info 3 Abdul :

• Filem yang telah menyangkal banyak pihak dengan terbuktinya kebolehan P.Ramlee mengarah filem komedi tanpa perlu menggunakan pelakon komedi.Beliau telah menukar perwatakan Haji Mahadi, S.Kadarisman,dan Salleh Kamil dari selalu membawa peranan jahat & serius dalam filem sebelumnya kepada watak nakal dan lucu.

• Filem pertama P.Ramlee menggunakan angka (3) sebagai judul filem.

• Filem terakhir P.Ramlee di Shaw Brothers sebelum berpindah ke Merdeka Films Studio. (MFS)

• Selesai sahaja mengarahkan filem ini, pada tanggal 16 April 1964, P.Ramlee meninggalkan Singapura menuju ke Kuala Lumpur untuk bertugas di MFS.

• P.Ramlee terpaksa membeli tiket untuk menonton filemnya sendiri di pawagam Federal, Kuala Lumpur. Beliau tidak sempat menonton previewnya di Singapura.P.Ramlee telah menonton bersama Saloma dan Ramli Ismail.



Text : TZP
Gambar : Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik (KFMMK)
Pewarnaan : Repair Gambar Lama
Credit : Seniwati Rahmah Latiff & S. Kadarisman


- Repair Gambar Lama -


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Abeh jgk aku bace tered ni. Alfatihah utk p. Ramlee. Dunia ni mmg penuh tipu daya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 06:30 PM | Show all posts
surfinv replied at 17-5-2017 04:26 PM
http://raimi-90.blogspot.my/2016/01/sinopsis-dan-pengajaran-filem-seniman.html

baca blog ni dia k ...

Dah baca blog ni.. Blog ni banyak cilok fakta daripada blog Pak Mustafar A.R. di http://filemklasikmalaysia.blogspot.my ataupun buku Pak Mus "Filem-Filem P. Ramlee".. Kalau ye pun nak cedok fakta, berilah kredit kepada sumber.. Bukan tu aje la.. Banyak input dalam thread ni (termasuk daripada aku sendiri) kena cilok bulat2 dalam beberapa blog.. contohnya  http://otaicerita.blogspot.my/20 ... .html#axzz52QrN98fC   
Bukan tak boleh kongsi.. Tapi macam yang aku cakap tadi.. Berilah kredit kepada sumber..

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 06:49 PM | Show all posts
adzli81 replied at 24-3-2015 04:32 PM
Rasanya dalam semua filem P.Ramlee.....hanya ada satu sahaja yang sehingga kini kita tidak tahu ke m ...

Bukan Si Tora aje yang hilang.. Filem Bakti, Noor Asmara pun dikategorikan sebagai hilang. Filem Gelora mungkin masih ada tapi x ditayangkan di TV sebab kategori 18sx (tapi sekarang dah ada orang upload kat Youtube)..

Air Mata Di Kuala Lumpur pun merupakan lagu ciptaan Allahyarham yang terakhir. Lirik lagu tu jelas menunjukkan kekecewaan Allahyarham. Alfatihah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 11:43 AM | Show all posts
HangPC2 replied at 9-7-2017 05:57 PM
Fakta Disebalik Pembikinan Filem Anakku Sazali

baru tau info ini...

ISTERI SASTERAWAN NEGARA_____

* Mungkin ramai yang tidak tahu, Zaiton pernah menjadi isteri Sasterawan Negara dan novelis terkenal, Abdullah Hussain (juga penulis buku P. Ramlee,
Gagak Di Rimba), dan tidak berapa lama dulu hebuh pasal novelnya, Interlok
.

* Perceraiannya dengan Abdullah Hussain disebabkan Zaiton terlalu sebuk berlakon filem sehingga tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan kepada suami dan anak-anak.

* Dengan Abdullah Hussain, Zaiton mempunyai dua anak lelaki - Tun Zainal dan Tun Sri Lanang.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2018 04:25 PM | Show all posts
FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-10


Teks : Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto : Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun : Zaini Yusop






Rose Yatimah seolah-olah bagi pihak tuanrumah mengalu-alukan kedatangan perwakilan FFA10 menginap di Palace Hotel yang terletak bertentangan dengan istana Maharaja Jepun

FESTIVAL Filem Asia (kini Festival Filem Asia-Pasifik) Ke-10 (FFA10) berlangsung di Tokyo, Jepun dari 14 hingga 19 April 1963. Ini kali keempat Tokyo menjadi tuanrumah selepas FFA1 (1954), FFA4 (1957) dan FFA7 (1960).

Kuala Lumpur-Singapura diwakili oleh bintang filem dan pengarah filem, P. Ramlee, Hussain Haniff, Latiffah Omar, Rose Yatimah, Wahid Satay dan Rahmah Ali.

Pegawai pula, Mohamed Sophiee, Pengarah Jabatan Penerangan Malaya juga merupakan salah seorang juri FFAP10 dan Tom Hodge mewakili Malayan Film Unit (MFU).

Filem yang menyertai di peringkat awal, "Ibu Mertua Ku" (arahan P. Ramlee), "Labu Labi" (P. Ramlee), "Chuchu Datok Merah" (M. Amin) dan "Masok Angin Keluar Asap" (Hussain Haniff).

Tetapi di saat-saat akhir dimasukkan juga "Bayangan Di Waktu Fajar" yang diarahkan oleh Usmar Ismail.

Latiffah Omar membintangi "Chuchu Datok Merah" dan "Bayangan Di Waktu Fajar", Rose Yatimah "Chuchu Datok Merah" dan Wahid Satay "Masok Angin Keluar Asap".

Filem-filem dokumenteri, Malayan Film Unit memasukkan "Installation of the Yang di-Pertuan Agong III" dan "Partners in Progress", South East Asia Shell Unit dengan "Engine Beware" dan "A Key to Progress".






Atas : P. Ramlee (kiri) sedang bergaya menerima anugerah Bakat Serba Boleh.
Bawah : P. Ramlee sedang ditemuramah oleh pemberita Jepun






Atas : Apalah yang dipelawa oleh P. Ramlee kepada Latiffah Omar sampaikan Rose Yatimah dan Rahmah Ali ketawa gelihati.
Bawah : P. Ramlee diapit oleh dua bintang filem Jepun


Bagi P. RAMLEE sudah tentu negara Jepun menjadi bumi bertuah untuknya. Di negara inilah dia menerima anugerah yang hingga kini (setelah 48 tahun berlalu) tidak ada sesiapa pun (baik Malaysia-Singapura mahupun negara-negara FPA yang lain) berjaya memilikinya.

Seolah-olah Bakat Serba boleh (The Most Versatile Talent) itu hak mutlak P. Ramlee seorang saja.

Sepanjang yang diketahui, dalam festival-festival filem seluruh dunia baik di barat mahupun di timur baik di utara mahupun di selatan, anugerah serupa itu tidak pernah wujud.

Kalau ada pun pada tahun 1958, apabila Golden Globe menganugerahkan kepada Jean Simmons The Most Versatile Actress bukannya The Most Versatile Talent.

Itulah P. Ramlee. Bakatnya (mengarah filem, berlakon, menyanyi, berlawak, mencipta lagu dan lirik, menulis cerita dan lakonlayar, bermain musik, menari dan entah apa-apa lagi) memang sukar ditandingi.

Tidak jelas dan tidak nampak langsung, 48 tahun lagi dari sekarang, manusia macam P. Ramlee ini akan ditemui untuk di berikan anugerah Bakat Serba Boleh.

Ini bukan kali pertama P. Ramlee diberi penghormatan di bumi Jepun. Dalam Festival Filem Asia Pasifik Ke-4 (FFAP4) pada tahun 1957, dia menerima anugerah yang sangat berprestij, Pelakon Lelaki Terbaik kerana peranannya dalam filem "Anak-Ku Sazali" yang diarahkan oleh Phani Majumdar.

Agak menarik dan secara kebetulan pula, dua pelakon yang seringkali dikaitkan dengan P. Ramlee turut bersama menghadiri festival filem ini - Latiffah Omar dan Rose Yatimah.

Latiffah Omar mula meningkat naik namanya setelah berlakon dengan P. Ramlee dalam "Panggilan Pulau" yang diarahkan oleh S. Ramanathan dan Rose Yatimah pula sememangnya diperkenalkannya sendiri dalam "Pendekar Bujang Lapok".

Ini bererti kemenangan P. Ramlee, dengan tidak secara langsung, turut disambut dan diraikan di bumi bertuah itu oleh dua bintang filem yang sememangnya cukup popular dan berkait rapat dengannya.

Lebih menarik lagi, pemergian Latiffah Omar dan Rose Yatimah bukannya dihantar oleh Shaw Brothers tetapi dibiayai oleh Cathay Keris Film.




Bertuahnya Hussain Haniff (tengah) kerana diapit oleh ramai pelakon filem Kuala Lumpur-Singapura dan Tokyo







Atas : Latiffah Omar, Wahid Satay, Rose Yatimah dan Rahmah Ali bergambar dengan perwakilan yang tidak dapat dipastikan dari mana.
Bawah : Latiffah Omar, Rose Yatimah, dan Rahmah Ali disambut oleh wakil tuanrumah sebaik saja mereka sampai di Lapanganterbang Narita, Tokyo




Dari kiri: Latiffah Omar, Hussain Haniff, wakil tuanrumah, Rose Yatimah dan Rahmah Ali sedang difilemkan gambar mereka oleh pemberita Jepun




Tom Hodge sedang ditemuramah oleh pemberita-pemberita Jepun sambil diperhatikan oleh (di belakang) Wahid Satay, Latiffah Omar dan Rahmah Ali




Latiffah Omar, Rose Yatimah dan Rahmah Ali bersama salah seorang perwakilan dari Manila, Filipina



Bergambar ramai antara perwakilan Kuala Lumpur-Singapura, Taipei dan Tokyo



Sources : http://filemklasikmalaysia.blogspot.my/


Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2018 05:26 PM | Show all posts
P.RAMLEE MENANGIS







Dalam kegembiraan dan lawak jenaka yang ditunjukkan melalui filem-filemnya. Jauh disudut hati beliau tersimpan perasaan duka. Itulah P.Ramlee yang tidak suka berkongsi kisah duka dan masalah yang dihadapinya dengan semua orang.

Menurut Nasir anak kandungnya, bapanya itu sering berduka, perasaannya tidak pernah diluahkan kepada sesiapa pun, kadang kala dia duduk termenung dan saya dapat melihat kedua kelopak matanya bergenang dengan air mata seolah-olah ada sesuatu yang terpendam di hatinya.

Pada satu malam ketika mama (Saloma) tidak ada di rumah yang pada ketika itu memenuhi undangan nyanyian, Nasir pernah bertanya kepada bapanya yang dipanggil daddy itu, "Tidakkah daddy berasa sunyi bila mama tidak ada?" P.Ramlee menjawab, "Terlalu sunyi." Nasir dapat rasakan kesunyian yang bapanya alami itu.

Nasir pergi duduk disebelah bapanya lalu bertanya, "Daddy kalaulah nanti daddy sudah tidak ada lagi di dunia ini, kemana Nasir nak pergi?" P.Ramlee hanya tunduk dan mendiamkan diri tanpa menjawab sepatah pun soalan dari Nasir. Kemudian beliau merenung muka Nasir dengan wajahnya yang sedih. Kemudian Nasir bertanya lagi, "Kenapalah Nasir tidak ada adik-beradik kandung yang lain kalau ada kan bagus." P.Ramlee masih berdiam dan kali ini air matanya jatuh berlinang. Kemudian Nasir terus memeluk daddynya itu. Selepas itu baru P.Ramlee bersuara, "Nasir jangan bimbang, Daddy akan hidup seribu tahun lagi." Nasir terus menjawab cakap bapanya itu, "Mana ada orang hidup sampai seribu tahun daddy?" P.Ramlee memendekkan perbualan itu dengan berkata, "Sudahlah, Nasir pergi salin pakaian mari kita pergi makan mee goreng.


Teks : Hidir Ali Razali


Sumber :-

1. Bapaku P.Ramlee - Nasir P.Ramlee

2. Gagak Di-Rimba - Abdullah Hussain


- Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik -



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2018 05:51 PM | Show all posts
P.RAMLEE MILIK SIAPA ?





Satu ketika dahulu sekitar tahun 1990-an pernah timbul persoalan berkaitan dengan siapa yang lebih layak mengabadikan jasa seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Wajarkah Malaysia menobatkan P.Ramlee adalah sebagai harta warisan negara oleh kerana P.Ramlee dilahirkan di Pulau Pinang. Singapura pula pernah mengeluarkan kenyataan melalui Menteri Penerangan dan Keseniannya pada ketika itu, George Yoe, dengan berkata, "Tiada P.Ramlee tanpa Singapura", kerana merujuk sebagian besar zaman kegemilangan kerjaya seni P.Ramlee dihabiskan di Republik itu. Acheh juga tidak mahu ketinggalan dengan mengiktiraf bahawa P.Ramlee mempunyai darah keturunan dari negara yang digelar Serambi Mekah itu melalui susur galur ayahandanya.

Persoalan ini satu ketika dahulu hangat diperdebatkan sehingga salah seorang dari Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain yang juga sahabat baik P.Ramlee turut campur tangan dengan mengeluarkan kenyataan, P.Ramlee milik NUSANTARA!.

Mari kita bersama-sama membincangkan perkara ini kembali dengan penuh berhemah dan bersopan-santun berpandukan kepada hujah-hujah yang membina dan berfakta.

Artikel tulisan Adam Salleh (Jarum Emas), Harian Metro, 25 April 1998.


Teks : Hidir Ali Razali


- Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik -



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2018 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Interesting thread. Tiada ganti nya seniman P Ramlee.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 04:38 PM | Show all posts
HangPC2 replied at 23-10-2017 04:30 PM
ANTARA PENYAMUN-PENYAMUN DALAM FILEM ALI BABA BUJANG LAPOK

Ankel A Galak ni penyamun yg mana satu? Tak perasan.

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 01:17 PM | Show all posts
Zaharudeen replied at 14-2-2018 06:30 PM
Dah baca blog ni.. Blog ni banyak cilok fakta daripada blog Pak Mustafar A.R. di http://filemklasi ...

tq maklum.
and tq bg link asal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.257340 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list