CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 46339|Reply: 78

GERD

[Copy link]
Post time 19-10-2009 10:44 AM | Show all posts |Read mode
hi,

I pun ada gastric juga tapi ni jenis GERD, dah dekat 2 bulan i dah buat scope, dah bermacam2 ubat i makan, dah makan nexium, ganaton  & duspatalin pun sama tapi still tak recover. Sendawa tu tetap ada... ada sesiapa  yang boley share dengan i tak macam mana i nak recover penyakit ni... dah tak tahan hari2 nak kena makan ubat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2009 10:53 AM | Show all posts
cuba amalkan makan madu khaula.insyaallah .my bubby sejak dpt sakit ala2 GERD,telah beli lebih dari 10 botol madu ni.makan hari2.skrg ni alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2009 09:31 AM | Show all posts
2# kokong

so bila i ambil madu khala i kena stop ambil ubat doktor ker, or i still have to continue doc medicine
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 09:31 AM | Show all posts
GERD nih susah nk hilang, cuma ia boleh dikurangkan
dan ia boleh berulang2 semula. cam akak ada NERD
selalu sendawa angin (nerd nih lebihkurg sama jek ngan gerd).
dulu ms jumpa doc. pakar, berkotak2 ubat doc. bg suh mkn.
skrg nih aku dh tk kose nk mkn ubat2 tuh sume. kalau sesekali
sendawa angin tuh aku biarkan je la. cuma mkn kena jaga
perut tk boleh kosong, mkn tk boleh byk sgt. mkanan yg berangin
jgn mkn, kurgkan minum ais. lebih elok kalau minum air kosong
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 11:59 AM | Show all posts
hi,

I pun ada gastric juga tapi ni jenis GERD, dah dekat 2 bulan i dah buat scope, dah bermacam2 ubat i makan, dah makan nexium, ganaton  & duspatalin pun sama tapi still tak recover. Sendawa tu te ...
jlocute Post at 19-10-2009 10:44


jgn tensyen2, kurangkan pengambilan caffeine (teh/kopi), bende2 yg terlalu sejuk./terlalu panas elakkan, make sure makan ikut time, jgn miss breakfast ke lunch ke dinner ke.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2011 01:06 PM | Show all posts
hi,

I pun ada gastric juga tapi ni jenis GERD, dah dekat 2 bulan i dah buat scope, dah bermacam2  ...
jlocute Post at 19-10-2009 10:44



up balik benang niee....
saya disahkan ada GERD oleh doktor pakar.....
ganaton,nexium dll tu suma dah makan....reda kejap ja...2 3 bulan kemudian dtg balik...
gerd ni mmg kena jaga makan...silap salah makan sikit je merana la 2 3 hari asyik dok muntah jaa...
skang saya cuba makan habbatus sauda....tak tau lagi kesannya....baru 2 minggu try...

Sekian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2011 01:20 PM | Show all posts
sama lah dgn saya...sama nasib ubat nexium..ganaton dah termuntah nak telan...penah sekali tu saja tak makan ubat sebulan lepas tu ....kena refluk sejak tu serik amb  ubat 2 hari kekadng selang sehari...kalau makan ubat tu pun boleh buat perut kita sakit kan side effecnya ....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 12:49 PM | Show all posts
Aku kena GERD kronik dari tahun 2000 hingga 2005 dan pada masa itu selalu sesak nafas dan tidur malam senantiasa tidak lena. Semasa tidor paling siksa dan bila berlaku reflux saluran pernafasan menjadi sempit.

Dari tahun 2005 hingga penghujung 2010 ada lagi tanda2 GERD dan pada masa ini pun aku dah mula pantang makanan berasid, sumber makanan dari tanaman kekacang dan berangin dan minuman yg ada kafein. Pada waktu ini tahap pernafasan aku hanya sekitar 60%~80% dari tahap normal dan kepuasan bernafas. (Aku rasa pernafasan aku tersekat dan paru2 hanya membenarkan 60%~80% kemasukkan udara)

Awal Januari 2011 ini aku dah totally hilang tanda2 GERD itu dan pernafasan dah mula ke 100% tahap normal. Waktu ini aku dah mula makan produk madu yg ada kandungan Habbatus Sauda, Madu Asli, Royal Jelly , Bee Pollen dan Propolis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2011 05:30 PM | Show all posts
Reply 8# ronin


    Produk ape yg u ambil.... Sy pun mngalami msaaalh ni....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 08:50 PM | Show all posts
Reply 9# raze86

Mana2 produk yg mengandungi Habbatus Sauda, Madu Asli, Royal Jelly , Bee Pollen dan Propolis insyaAllah berkesan. U ada masaalah pernafasan ker atau hanya pedih di ulu hati?

Sy makan HoneyGella, produk keluaran Aspire Paradise. Sebelum ini sy makan juga Gamac dan IronJusse, baru sy makan HoneyGella tersebut. Sila ke blog sy untuk mengetahui produk lebih lanjut.

http://manz-myway.blogspot.com/

Selain itu beberapa jenis senaman pun sy buat untuk improve pernafasan. Antaranya sit-up dan senaman tarik nafas. Yg paling penting juga ialah pantang beberapa jenis makanan yg mengandungi kafein, berangin, berasid dsbnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 09:07 PM | Show all posts
Lain orang lain simptom penyakit GERD ni.

Yg lazim berlaku ialah pedih ulu hati, rasa panas seperti terbakar antara bhg perut hingga ke dada sehingga ke bhg leher dan kerongkong.

GERD berlaku bila mekanisme anti-reflux antara saluran esophagus dan bhg perut tidak berfungsi dgn betul. Ini disebabkan oleh kelemahan di bhg esophageal sphincter iaitu sejenis injap dan mengikut doktor yg merawat aku ialah injap yg menghalang kemasukkan asid dari perut.

Bila injap ini tidak berfungsi dgn betul, asid akan naik sehingga ke bhg kerongkong dan kalau kes mcm aku menyebabkan otot pada saluran pernafasan mengecut dan menjadikan nya sempit sehingga aku terasa sesak nafas seolah-olah mcm semput.

Sebab itu kalau baring keadaan menjadi lebih teruk sebab asid lebih mudah masuk ke injap dan aku lebih sukar bernafas. Selalunya mmg sukar nak tidur.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 12:18 PM | Show all posts
Reply 11# ronin


    Sy jenis pedih ulu hati Dan rasa letih yg tramat sangat....
Kadang2 sakit kepala....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 01:50 PM | Show all posts
Reply 12# raze86

Berpantang makan, senaman dan makan makanan yg berkhasiat boleh menyembuhkan nya. Sy sendiri pada awalnya tidak ada disiplin pemakanan, kebanyakkan makanan yg perlu sy elakkan sy makan.

Senaman melancarkan perjalanan darah dah buang angin. Cuba makanan kesihatan yg sesuai untuk mengembalikan kesegaran badan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 01:54 PM | Show all posts
Reply 4# balqishku

Sama spt aku ubat hospital tidak berkesan. Last2 aku sendiri menjadi doktor pada diri sendiri mencari punca penyakit dan rawatan yg sesuai.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 04:26 PM | Show all posts
penyakit ni memang buat kita letih sebab asyik senak perut sesak nafas jer....pemakanan apa yang kena pantang..setahu saya ayam udang sotong...ikan masin jeruk pedas dan masam....ronin pemakanan apa yang u amalkan.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 09:06 PM | Show all posts
Reply 13# ronin


    cuba u detailkan makanan ape yg x bolh di makan....
dan makanan yg bolh di makan....

tq....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2011 11:59 AM | Show all posts
Reply 15# manis1977

selaian dari pantang makanan, buat senaman yg sesuai spt sit-up untuk kuatkan otot perut dan memaksa angin perut keluar (sebab tu bila dah abis senaman byk kentut dan sendawa) , angkat dumb bell untuk buang angin di bhg belakang badan dan senaman tarik nafas.

Dgn izin Allah selain dari pantang makan dan amalkan senaman, yg betul2 buat saya improve ialah memakan 3 produk iaitu Gamac, IronJusse dan HoneyGella spt dlm blog saya:

Aspire Paradise Health Supplements

alhamdulillah, pernafasan sy bertambah teratur sekarang dan kurang sendawa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 12:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by ronin at 27-1-2011 12:48

Reply 16# raze86

Ini apa yg saya amalkan,

Kena Pantang
(Sebab GERD atau NERD <penyakit angin dlm badan>
Nescafe, semua produk Ali Cafe (yg ini buat jantung sy berdebar dan badan jadi lemah), teh, produk2 teh atau kopi 3 in 1 yg byk dlm pasaran sebab ada yg mengandungi kafein dan steroid (bukan semua, sy kena juga tgk kandungan nya) , roti putih (roti serat oklah sikit), air kelapa, buah-buahan masam spt mangga dan limau, jeruk, sayur kekacang, sebarang jenis kacang (punca angin), pisang goreng especially pisang nipah (punca angin; pisang mentah spt pisang emas ok kot), jantung pisang, tauhu sumbat (soya kan dari kekacang?), pulut (tapai pulut, lemang dan kuih seri muka dah tentu out kan?), ubi kayu,  sebarang jenis gula2 berangin (sebutir Hacks boleh buat saya nak pengsan sebab sesak nafas), ...minuman bergas, berais atau sejuk dan banyak lagi yg saya dah lupa, kalau ingat nanti sy updatekan....

Kena Kurang
Daging merah sebab penghadaman yg lambat menyebabkan toksid dan angin dlm perut. Kalau nak makan juga kena makan sikt saja. Roti serat pun sebab mengandungi yeast dan bikarbonat menyebabkan angin dlm perut. Udang, Kerang dan sotong pun patut kurangkan.

Petua ringkas: Masa makan jgn diselang-selikan dgn minuman sebab melambatkan proses penghadaman yg menyebabkan angin. Kalau boleh tahan selepas makan tunggu 2 jam baru minum air kosong suam, ikut petua orang2 tua. Kalau nak minum juga selepas makan, minum seteguk. Jgn minum air sejuk atau berais.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 01:24 PM | Show all posts
Reply 17# ronin


  tunjuk cara senaman tu...sit up tu tahu...laa angkat dumbell macam mana....caranya...saya nie selalu rasa berat kat ulu hati....macam orang mengandung pun ada....nak bongkok pun rasa senak....tu yang takut senaman takut asid perut naik jadi refluk pulak
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 01:29 PM | Show all posts
Reply 18# ronin


    selalunya pepagi masa breakrfast u makan apa...org gerd ni banyak benda tak leh makan...tak kan nak makan nasi dgn ikan kosong jer kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.276780 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list