CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5872|Reply: 6

lagi 32 planet baru ditemui !!

[Copy link]
Post time 21-10-2009 06:59 AM | Show all posts |Read mode
32 planet baru ditemui

WASHINGTON 20 Okt. - Ahli astronomi Eropah menemui 32 planet baru, di luar sistem solar, menambahkan bukti kepada teori yang menyatakan alam semesta mempunyai banyak tempat bagi kehidupan boleh berkembang.

Saintis yang menggunakan teleskop dari Balai Cerap Selatan Eropah, bagaimanapun tidak menemui sebarang planet yang sama saiz seperti Bumi atau yang kelihatan boleh didiami ataupun yang luar biasa.

Tetapi mereka mengumumkan jumlah planet yang ditemui di luar sistem solar kini melebihi 400 buah.

Enam daripada planet yang baru ditemui itu beberapa kali ganda lebih besar daripada Bumi, menambahkan bilangan planet yang digelar super-Bumi kepada 30 peratus lebih.

Kebanyakan planet yang ditemui bersaiz lebih besar seperti Musytari atau lebih besar daripada itu.

Dua daripada planet yang baru ditemui adalah lima kali ganda lebih kecil daripada saiz Bumi, manakala sebuah bersaiz lima kali ganda lebih besar daripada Musytari.

Ahli Astronomi, Stephane Udry dari Universiti Geneva berkata, penemuan itu menyokong teori bahawa pembentukan planet adalah perkara biasa, terutama daripada jenis bintang yang paling kerap.

"Saya yakin bahawa terdapat bintang yang menyerupai Bumi di mana-mana.

"Alam semesta tidak menggemari keadaan kosong, jika ada ruang kosong yang boleh diletakkan planet di situ, sebuah planet akan muncul," katanya dalam taklimat berita berasaskan Web pada satu persidangan di Portugal.

Lebih menarik lagi, kata ahli astronomi, terdapat kira-kira 40 peratus bintang seperti matahari mempunyai planet yang bersaiz menghampiri Bumi berbanding saiz Musytari yang mempunyai berat 300 kali ganda berbanding Bumi.

"Bergantung kepada definisi saiz super-Bumi, penemuan tersebut mencadangkan bahawa planet yang mempunyai berat hampir sama dengan Bumi adalah 'perkara biasa yang luar biasa'.

"Alam semesta pasti dipenuhi dengan dunia yang boleh didiami," kata ahli astronomi di Institusi Carnegie, Washington, Alan Boss. - AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2009 08:03 AM | Show all posts
leh jumpa ajer, tp kalu nak pergi, kompom tak buleh... maunyer berpuluh2 atau ratus2 tahun cahaya.........kalu tahun dlm pecutan biasa, kompom 500 ribu tahun.........
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 02:43 PM | Show all posts
wau..great!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 11:02 PM | Show all posts
kalu nak diikutkan....byk planet yang tak explore lagi....persoalan nya

boleh ke kite nak travel sana....jauh betol....bayangkan kalu ko bertolak mase umor 22....sampai sana mungkin dah 80.....dah nak mati dah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 04:22 PM | Show all posts
buat masa skrang teknologi hanya mampu "melihat dari jauh" tak mampu "mencapai" ke tempat2 tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 10:44 PM | Show all posts
terbayang pandora.. avatar...neytiri...

new planet with different environment... beautiful creature
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2010 10:30 AM | Show all posts
tak sempat na explore da. universe ni da tua sangat n bila2  ajalnya akan tiba
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.052212 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list