CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zarina79

LANGKAWI PART III

   Close [Copy link]
 Author| Post time 3-11-2009 08:39 PM | Show all posts
ishh.. rasa mcm dah serik dah nak ambik boking bilik ni... ada ja yg tak kena... tu la, tak semua kehendak customer kami boleh ikut....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2009 08:54 PM | Show all posts
ishh.. rasa mcm dah serik dah nak ambik boking bilik ni... ada ja yg tak kena... tu la, tak semua kehendak customer kami boleh ikut....


zarina79 Post at 3-11-2009 20:39


erkk?bilik maner neh ina?yg me mintak tuh ok tak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 11:50 PM | Show all posts
x sabar nk tunggu nek crita nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 08:17 AM | Show all posts
ishh.. rasa mcm dah serik dah nak ambik boking bilik ni... ada ja yg tak kena... tu la, tak semua kehendak customer kami boleh ikut....


zarina79 Post at 3-11-2009 20:39


alahai cian ina.
tapi nak buat macam mana ina,
selera orang ni kadang2 tak tentu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 08:19 AM | Show all posts
part I :

Khamis

Ceritanya bermula dari masa nak check in. Kami sampai di LCCT jam 8pm. Terus ke kaunter check in. Bawak 3 beg je. Kumpul IC. Sekali tu, Mak tak bawak IC plak. gTertinggal kat rumah di Johor. Alamak! Mak dah muka pucat dah bila kami semua dok pandang dia.

Nasib baik ada lesen. Dan nasib baik la AA boleh gak terima lesen tu gantikan IC. Kami dah gelak-gelakkan dah. Kalau tk boleh tu, sure Mak kena tinggal dah. Kekeke.

Kami sampai Langkawi jam 1030pm (lebih kurang) sebab AA delay flait sikit. Tapi okeylah. Sampai kat epot langkawi tu, kami terus amik taxi van (kami 7 orang). Dorang charge RM35 untuk ke Hotel. Kami menginap di rumah peranginan Kerajaan Federal Villa. Tapi kira okeylah sebab dihandle oleh Holiday Villa. dekat dengan pantai pun (tapi sekali pun tak pi mandi pantai. hehe)

Tido

Jumaat

Bfast. Bapak beli mihun goreng kat kedai dekat2 hotel tu. Dan makan kat hotel. Disamping nasi himpit yang kami bawak. Lepas bfast. dalam jam 930am, kereta yang disewa daripada zarina pun sampai. So, oleh kerana kami malas nak ikut sangat jadual, dapat je kereta kami plan nak round je satu pulau Langkawi tu. Ikot map.

Kami singgah kat Padang Mat Sirat, beras terbakar. Posing2 sikit. Kemudian ronda ke area cable car. Singgah kat Petronas area bot2 tu. Kemudian ke Pekan Kuah. Ronda jeti.

Lunch kat satu gerai tepi jalan dari Pekan Kuah tu. Kaler kuning. Tak ingat sangat apa nama kedai dia. Sebelah Shell. Kurang sikit la makanan dia. hehe

Sementara yang lelaki pi semayang Jumaat, kami yang ladies ni pi Ismail Group. Tapi tutup daaa. Kul 230pm baru buka. So kam masuk la ke Langkawi Saga (depan dengan Ismail Group). Pehtu ronda-ronda sekitar situ. Kol 230pm baru la ke Ismail Group. Ha, senyum lebar muka mak dan kak ipar. Haha!

Kemudian kami ronda ke Tanjung Rhu. Mula-mula nak lepak je. Sekali abang terpengaruh plak bila dia belek2 Mangrove Tour. So kami pun pi la naik bot (RM170), buat mangrove tour. Pi Gua kelawar, pi ronda-ronda sekitar pulau, pi tempat bagi Helang makan, pi kat tempat bela ikan (jumpa ikan sumpit yang asik menyumpit je bila nampak makanan), lalu kat restoran atas air, lalu kat sungai ada bakau-bakau (masa ni bot bawak slow je sebab air sungai cetek. Masing-masing dah cuak buatnya ada buaya yang keluar terkam.

Haha!) tapi tawakal je la.

Balik dari Tanjung Rhu, ronda ke Idaman Suri tapi tutup. So kami plan ke Pasar Malam Ayer Hangat. Makan bihun sup kat situ dan beli beberapa makanan untuk di bawak balik makan kat hotel.

Jam 9.00pm sampai hotel. Lepak2 dan tido.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 08:30 AM | Show all posts
45# nenektua

nenek,Pasar Malam Ayer Hangat tue hari jumaat je ke ada?
best baca..saya nak gi jumaat mlm ni ngan bas..sabtu pepagi sampai ..mm best
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2009 08:41 AM | Show all posts
45# nenektua

nenek,Pasar Malam Ayer Hangat tue hari jumaat je ke ada?
best baca..saya nak gi jumaat mlm ni ngan bas..sabtu pepagi sampai ..mm best
n23 Post at 4-11-2009 08:30


haah. pasar malam ayer hangat tu hari jemaat je. (kot?),
hari sabtu kat pekan kuah,
hari ahad kat mana tah tak ingat. kekeke
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 08:48 AM | Show all posts
Sabtu

Island hoping. Amik bot dari Zarina. Naik kat area Awana Porto Malai tu. Pi Pulau Dayang Bunting, tempat Helang dan Pulau Beras Basah. Ombak masa tu macam kuat gak. Tapi redha je.

Tengahari balik singgah hotel. Mandi-mandi. Pehtu keluar balik untuk lunch. Kami lunch di Pekan Kuah. Kat medan makan area pasar malam Kuah. Sedapnya laksa Kedah kat satu kedai situ. Jumpa Zarina kat situ.

Lepas makan kami ke Idaman Suri. Tapi takde apa yang best. So kami ke Ismail Group. Soping2. Pehtu ke Jeti. Pi ismail group kat jeti plak. Ronda-ronda.

Balik hotel. Mandi manda. Lepak2. Pehtu keluar makan malam dekat-dekat dengan Asenia tu. Restoran Lubuk Buaya. Servis dia ok. cepat. tapi mahal kot. Kitorang makan kueh tiau goreng Rm4 tapi seciput gile. nasik lemak bungkus Rm1 tu lagi banyak rasanya. Haha! kitorang makan kueh tiau goreng kerang 4 pinggan, mi ladna 2 pinggan, char kueh tiau 1 pinggan, ikan siakap sekor masak stim, sotong  goreng tepung utk dua orang makan, air nes o, laici, milo, teh o = total semua sekali menu tu adalah RM85.00. Gila la mahal.

Balik hotel. Lepak-lepak dan tido.

Ahad
Pergi naik kabel car. Hanya 4 orang je yang naik. Yang mana gayat2 tu (nenek ler. ekkeke dan mak dan abang) dok bawah je tunggu yang lain naik dan turun. hehee. Balik dari cable car, singgah kat Padang mat sirat, minum cendol dan beli kain batik. Pehtu pi Makam mahsuri. dan terus ke Pekan Kuah. Pi ke Jeti, lunch kat kedai mamak Hameed tu. Haha! tak best tapi dah lapar telan je la. Soping sat kat ismail group jeti. Pehtu pegi ke Ismail group pekan kuah plak.

Kemudian pi Underwater world dan Laman Padi. Balik hotel. yang lelaki je masuk bilik. Kami yang perempuan ni pi pekan kuah balik. Nak pi ronda-ronda pekan kuah (Ismail group again and again). Haha! Yang lelaki dan anak buah tu semua dah boring nak menunggu mak-mak mereka soping.

Balik hotel dalam jam 8pm. Makan malam di Restoran Mangga dekat2 dengan hotel. Kali ni makanannya okey. makanan sedap, harga pun ok. kitorang ( 5 orang yang pi makan) makan nasi putih + tomyam campur ( 3 org makan), ikan siakap masak cili sekor,  ketam 2 ekor masak cili bertelur, sotong goreng tepung, sayur kangkung masak belacan, telur bistik, bungkus nasik goreng kg dan nasi pataya dengan ayam goreng dan tomyam ayam = RM120 (lebih kurang gitu kot reganya sebab bukan nenek yang bayar. haha!)

Balik hotel. dan tido.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2009 08:57 AM | Show all posts
Isnin

Siap-siap nak ke epot. Flait jam 1240pm. Dalam jam 9.00am kami dah keluar dari hotel.Terpaksa buat 2 trip ke epot sebab barang banyak sangat. Kami guna 5 troli untuk semua barang2. Termasuk beg baju.

Oleh kerana sampai awal, so kami lepak2 dulu kat tempat duduk depan kaunter kastam tu. Pegawai kastam tu pon asik la jeling2 kami. Kekekek. so dalam 1030am, kami gerak. Oleh kerana kami stay lebih dari 2 hari, so lepas la segala cukai-mukai tu. eheh. Kami check in.

Kena bayar dalam RM90 untuk lebih kg tu. Ikotkan boleh bawak naik atas je satu kotak barang kaca tu tapi macam tak cukup kaki tangan dah. Hehe. kami 7 orang, bawak setiap orang dalam 2-3 beg plastik.

Setel check in, kami pon masuk ke kawasan boarding. Scan barang2 apa semua. Dan lepak2 la kat tempat duduk. Menunggu kan jam 12.40pm.

Sampai je waktu, kami pun berheret2 la ke kapal trobang. Masuk je dalam kapal, mak tanya, mana plastik putih dia? Abang pun dengan confident cakap ada tu, kat atas.

sampai ke kat lcct, kami pun turun. Mak dok check plastik2 yang ada. Tengok2 tadak pun plastik putih dia. Kami saspek tertinggal kat epot masa kat area boarding tu.

Mintak tolong Zarina untuk tengok kat epot langkawi tu. Tapi Ina kata tadak. So kami pun redha. hehee

Kol 7pm, ada orang kol Mak. Dia kata ada tak tertinggal barang? Nasib baik kat setiap plastik tu bubuh nama dan no phone. So orang tu simpankan kat kaunter Mas di epot tu. Alhamdulillah. Ingatkan 1 plastik je, rupanya 3 daaa.. Macam mana la boleh tertinggal. adehhh!

Mintak tolong zarina untuk pi amikkan. Lega. Makaseh bebanyak ya Ina. dan sori menyusahkan. Muahsss

Sekian, cerita ceriti nenek. heheh
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 09:44 AM | Show all posts
49# nenektua

nenek, best2.... shopping trip yg berjaya....
enjoy bca cite nenek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2009 11:03 AM | Show all posts
part I :

Khamis

Ceritanya bermula dari masa nak check in. Kami sampai di LCCT jam 8pm. Terus ke kaunter check in. Bawak 3 beg je. Kumpul IC. Sekali tu, Mak tak bawak IC plak. gTertinggal kat rum ...
nenektua Post at 4-11-2009 08:19 AM


murahnye bot dia rm 170.00.. ishh.. ni tak boleh jadi ni, kenapa contract rates kami dgn depa mahal....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2009 11:09 AM | Show all posts
erkk?bilik maner neh ina?yg me mintak tuh ok tak?
parangskeper Post at 3-11-2009 08:54 PM


bilik kat malibest la... last2 guest tu nak duk kat langgura pulak... ish.. mcm2 org ni...
ada org kata malibest tu elok dan ada plak org tak suka, .. serba serbi tak kena...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 11:33 AM | Show all posts
Salam...kak ina, nk tnya ckit leh...sy nk p langkawi 4-6/12...sy dpt tau kbnykan penginapan kt cna dh kna booking ngan kem. pertahanan...sy kol hotel pn sumer dh pnuh...transport pn x dpt lg ni...cmner ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2009 11:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by chumpon at 4-11-2009 12:17
Salam...kak ina, nk tnya ckit leh...sy nk p langkawi 4-6/12...sy dpt tau kbnykan penginapan kt cna dh kna booking ngan kem. pertahanan...sy kol hotel pn sumer dh pnuh...transport pn x dpt lg ni...cmne ...
noara Post at 4-11-2009 11:33 AM


baron hotel boleh tak.. semlm rm 180.00 utk bilik standard termasuk 2 sarapan pagi..

klu nak cal k.ina ***
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 11:58 AM | Show all posts
kalau amik kat jeti mmg selalu kena tipu
me pun dah kena masa pegi ari tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 12:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by chumpon at 4-11-2009 12:17



baron hotel boleh tak.. semlm rm 180.00 utk bilik standard termasuk 2 sarapan pagi..

klu nak cal k.ina ***
zarina79 Post at 4-11-2009 11:56


nak iklankan service anda buka thread di board jual beli barang

sebarang iklan di sini saya akan -100 setiap post
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2009 12:30 PM | Show all posts
bestnya baca pengalaman nenek. nenek, mcm correlle/pyrex/brg kaca tu kat Haji Ismail ke idaman suri yg murah, kat mana yg banyk pilihan. saya nak gi 20/11-23/11
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 12:39 PM | Show all posts
murahnye bot dia rm 170.00.. ishh.. ni tak boleh jadi ni, kenapa contract rates kami dgn depa mahal....
zarina79 Post at 4-11-2009 11:03


ooo murah ke ina?
ingatkan mcm mahal. kekekek
haritu pon tak rancang pon nak naik.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 12:41 PM | Show all posts
bestnya baca pengalaman nenek. nenek, mcm correlle/pyrex/brg kaca tu kat Haji Ismail ke idaman suri yg murah, kat mana yg banyk pilihan. saya nak gi 20/11-23/11
wawin Post at 4-11-2009 12:30


lebih kurang je reganya wawin.
err agaknyalah.
hahaha! nenek tak soping.
temankan dorang je

nenek tukang angkut barang
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 12:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by chumpon at 4-11-2009 12:17



baron hotel boleh tak.. semlm rm 180.00 utk bilik standard termasuk 2 sarapan pagi..

klu nak cal k.ina ***
zarina79 Post at 4-11-2009 11:56


baron hotel bkn dh pnuh ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.074682 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list