CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abuzar

Golongan anti hadis = sesat

[Copy link]
Post time 4-3-2011 09:08 AM | Show all posts
AlQuran itu ialah agama yg telah di wahyukan menerusi periwayatan BERTULIS @ BUKU @ KITAB serta di sampaikan juga melalui HAFALAN AHLUL-QURAN WAL-JAMA'AH.

sirrikhafi Post at 3-3-2011 15:51


JIKA KAEDAH RIWAYAT TULISAN DIKIRA YANG PALING BENAR, SIAPA YANG MENULIS RIWAYAT AL-QURAN? DARI MANA DATANGNYA RIWAYAT TU?

Sedangkan AlQuran itu ialah HIKMAH dan HIKMAH itu pula ialah COMMONSENSE yg datang dari ALLAH.


Cukuplah dengan hujjah NONSENSE ni yang menunjukkan Al-Quran tu Commonsense. LUCU!!!

Kalau anda nak, saya boleh ajarkan anda APA ITU COMMONSENSE dan LOGIK

COMMONSENSE mereka bukan dari ALLAH yakni AlQuran. Bagaimana bisa ia di kata kan sebagai Hikmah = Commonsense yg datang dari ALLAH? Mnm, Tolong lah berhenti dari memberikan hujjah-hujjah yg NONSENSE, TAK LOJIK &TAK RASIONAL.


Anda masih TAK FAHAM apa itu commonsense. COMMON tu bermaksud yang SEPUNYA, ada PERSAMAAN. Sense itu sesuatu yang boleh dirasai melalui deria atau pancaindera manusia. Jadi commonsense itu logik pada fikiran manusia secara umumnya, yang mana semua manusia ada commonsense masing-masing.

Bagaimana anda kata commonsense mereka tu bukan dari Allah? Allah yang kurniakan commonsense kepada manusia. Apabila manusia meletakkan commonsense sebagai PENENTU kebenaran, jadilah seperti orang yang sembah berhala. Masalahnya mereka TAK MAHU ikut perintah Allah, iaitu Al-Quran. Mereka mahu guna commonsense mereka saja, walaupun commonsense mereka itu BATIL.

Al-Quran BUKAN commonsense. Ia terkandung perintah Allah. Kalau manusia letakkan commonsense ke darjat yang paling tinggi, maka jadilah ia seperti IBLIS yang mempertikai PERINTAH ALLAH, kerana mengikut commonsense IBLIS, dia lebih mulia dari Adam AS.

Kesimpulan, Mnm SEKALI LAGI GAGAL mempertahankan Kaedah-kaedah ilmu hadis golongan sunni nya yg penuh dgn KERAGUAN, campur aduk antara YG HAQ &YG BATHIL, PERCANGGAHAN-PERCANGGAHAN, PERSELISEHAN-PERSELISEHAN dsb nya.


Bila saya 'keras' sikit dalam hujjah saya dah mulalah encik sirrikhafi ni buat kesimpulan dia dah menang hujjah . Dia tak faham commonsense tu apa

Biarkan dia terjun dengan labu-labunya ...

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2011 01:03 PM | Show all posts
Reply 441# mnm77

saudara mnm,
cuma saja nak menempel di sebelah saudara saja. berdasarkan point saudara di atas....

dari dulu selalu sy hairan,  sbg seorang ahli quran, apabila mereka menafikan hadis,
kenapa hadis saja?kenapa tidak Quran sekali mereka nafikan?

kerana logik2 yg mereka pakai sebenarnya bukan sekadar boleh menafikan hadis, malahan Quran sekali dan apa2 saja dokumen di dunia.

sy sungguh hairan.
sy dapati, jika sy guna hujah mereka, bukan setakat hadis, malahan Quran dan apa2 saja dokumen di dunia, semua boleh dibakulsampahkan.

sebab tu sy tak gunapakai kaedah anti hadis menafikan dokumen. bg sy , kaedah akal yg diguna adalah tidak sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 11:54 AM | Show all posts
Reply  mnm77

saudara mnm,
cuma saja nak menempel di sebelah saudara saja. berdasarkan point sa ...
ussopp Post at 4-3-2011 13:03


Salam Ussop,

Sebab kita boleh menilai dengan common sense kebenaran Al-Quran sepertimana kita juga boleh menilai dengan common sense kebenaran-kebenaran lain yang terdapat di seluruh alam ini. Kalau common sense kita boleh menerima bahawa alam ini mempunyai Pencipta iaitu Tuhan, maka common sense kita juga boleh menerima bahawa Al-Quran itu datang dari Tuhan. Berbeza dengan hadis, ia dah tentu-tentu bukan datang dari Tuhan dan hanya bertaraf hearsay saja. Cerita bersifat hearsay ini kalau dibawa masuk court pun tak boleh diterima jadi takkanlah kita nak jadikan ia sebagai sandaran dalam hubungan kita dengan Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 01:48 PM | Show all posts
Salamun 'alaikum,

Ini menunjukkan ilmu hadith anda masih cetek. Saya bukan nak kata ilmu hadith saya tinggi, tapi kenyataan saudara tu menunjukkan saudara tidak tahu menahu yang hadith juga dicatatkan, sepertimana Al-Quran dicatatkan. Hadith bukannya dicatatkan setelah 200 tahun lepas kewafatan Nabi. Itu FITNAH dari golongan ANTI HADITH yang dok bawa ke hulu ke hilir. Hadith dikumpulkan setelah kewafatan Nabi. Itu hakikatnya. Al-Quran pun dikumpulkan setelah kewafatan Nabi. Ini juga hakikat. Pengumpulan bukan bermaksud baru nak tulis. Al-Quran dan Hadith DIHAFAL dan KEMUDIAN DITULIS pada zaman Nabi lagi. Pengumpulan SECARA LENGKAP TIDAK MUNGKIN BOLEH dilakukan ketika hayat Nabi sebab MASIH ADA ayat Al-Quran yang turun, juga hadith yang disampaikan.


ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
Demikianlah itu Kitab yang tiada keraguan di dalamnya, Petunjuk bagi orang yang bertaqwa 2:2

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan janganlah kamu mencampur adukkan akan Kebenaran dengan Kepalsuan dan kamu menyembunyikan akan Kebenaran itu sedang kamu mengetahui 2:42

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا
Apakah maka tidak mereka merenungkan AlQuran? Jikalau adalah Ia itu dari sisi selain ALLAH, Nescaya mereka telah mendapati di dalamnya akan Perselisehan yg banyak 4:82


اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ حَدِيثًا
ALLAH itu Tiada tuhan kecuali Dia. Sunguh Dia akan mengumpulkan kamu kepada Hari Qiyamat yang tiada keraguan pada nya. Dan siapakah yang lebih benar dari ALLAH akan sebagai suatu Hadis? 4:87

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
Dan janganlah engkau mengikuti apa yang tiada bagi engkau dengan nya oleh Pengetahuan. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan hati itu, tiap-tiap itu, adalah daripada nya, akan di tanya 17:36

إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُمْ مَا لَيْسَ لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمٌ
Ketika kamu menyampaikan ia dengan lidah-lidah kamu dan mengatakan dengan mulut-mulut kamu, apa yang tiada bagi kamu dengan nya oleh pengetahuan, sedang kamu menyangkanya RINGAN, sedang ia itu, di sisi ALLAH, BESAR! 24:15

تِلْكَ آيَاتُ اللَّهِ نَتْلُوهَا عَلَيْكَ بِالْحَقِّ فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَ اللَّهِ وَآيَاتِهِ يُؤْمِنُونَ
Itulah Ayat-ayat ALLAH yang Kami bacakan akan nya ke atas engkau dengan Kebenaran, Maka dengan Hadis yang manakah, sesudah ALLAH dan Ayat-ayat Nya, Mereka akan mempercayai? 45:6

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
Dan telah berkata Rasul: 'Wahai Pemelihara, Sesungguhnya kaum ku telah mengambil AlQuran ini SEBAGAI SUATU YANG TAK DI PEDULIKAN!' 25:30

Dan Mereka berkata: 'Dongeng orang-orang yang terdahulu yang di minta tulis akan nya lalu ia di dikte kan ke atas nya pagi dan petang' 25:5

Mereka tu merujuk kepada KATA-KATA kata orang kafir!!!!


Ia adalah suatu fakta dari AlQuran bahawa AlQuran itu telah di minta tulis oleh nabi muhammad kpd para penulis AlQuran, lalu AlQuran itu di dikte kan ke atasnya pagi &petang.

Tuduhan org-org kafir hanyalah bahawa AlQuran itu mereka anggap seperti cerita dongeng org-org terdahulu.

Di harap mnm baca &teliti FAKTA terlebih dulu. Bukan ke hulu ke hilir melalak tanpa FAKTA &MEMAHAMINYA. Kalau tak faham AlQuran, Tanya lah pd Ahli nya.

JIKA KAEDAH RIWAYAT TULISAN DIKIRA YANG PALING BENAR, SIAPA YANG MENULIS RIWAYAT AL-QURAN? DARI MANA DATANGNYA RIWAYAT TU?


بِأَيْدِي سَفَرَةٍ
Di tangan Para Penulis 80:15

كِرَامٍ بَرَرَةٍ
Yang mulia lagi berbakti 80:16

Bila saya 'keras' sikit dalam hujjah saya dah mulalah encik sirrikhafi ni buat kesimpulan dia dah menang hujjah
Dia tak faham commonsense tu apa

Biarkan dia terjun dengan labu-labunya ...  


قُلْ فَلِلَّهِ الْحُجَّةُ الْبَالِغَةُ فَلَوْ شَاءَ لَهَدَاكُمْ أَجْمَعِينَ
Katakanlah: Maka bagi ALLAH lah Hujjah yang sampai, Maka jikalau Dia telah menghendaki, nescaya Dia telah menunjuki akan kamu semua 6:149



WALLAHU A'LAM
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 02:16 PM | Show all posts
Salamun 'alaikum ussop,

dari dulu selalu sy hairan,  sbg seorang ahli quran, apabila mereka menafikan hadis,
kenapa hadis saja?kenapa tidak Quran sekali mereka nafikan?

kerana logik2 yg mereka pakai sebenarnya bukan sekadar boleh menafikan hadis, malahan Quran sekali dan apa2 saja dokumen di dunia.

sy sungguh hairan.
sy dapati, jika sy guna hujah mereka, bukan setakat hadis, malahan Quran dan apa2 saja dokumen di dunia, semua boleh dibakulsampahkan.

sebab tu sy tak gunapakai kaedah anti hadis menafikan dokumen.


ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
Demikianlah itu Kitab yang tiada keraguan di dalamnya, Petunjuk bagi orang yang bertaqwa 2:2

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا
Apakah maka tidak mereka merenungkan AlQuran? Jikalau adalah Ia itu dari sisi selain ALLAH, nescaya mereka telah mendapati di dalamnya akan Perselisehan yg banyak 4:82

اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ حَدِيثًا
ALLAH itu Tiada tuhan kecuali Dia. Sunguh Dia akan mengumpulkan kamu kepada Hari Qiyamat yang tiada keraguan pada nya. Dan siapakah yang lebih benar dari ALLAH akan sebagai suatu Hadis? 4:87

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
Dan janganlah engkau mengikuti apa yang tiada bagi engkau dengan nya oleh Pengetahuan. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan hati itu, tiap-tiap itu, adalah daripada nya, akan di tanya 17:36

إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُمْ مَا لَيْسَ لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمٌ
Ketika kamu menyampaikan ia dengan lidah-lidah kamu dan mengatakan dengan mulut-mulut kamu, apa yang tiada bagi kamu dengan nya oleh pengetahuan, sedang kamu menyangkanya RINGAN, sedang ia itu, di sisi ALLAH, BESAR! 24:15

تِلْكَ آيَاتُ اللَّهِ نَتْلُوهَا عَلَيْكَ بِالْحَقِّ فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَ اللَّهِ وَآيَاتِهِ يُؤْمِنُونَ
Itulah Ayat-ayat ALLAH yang Kami bacakan akan nya ke atas engkau dengan Kebenaran, Maka dengan Hadis yang manakah, sesudah ALLAH dan Ayat-ayat Nya, Mereka akan mempercayai? 45:6

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
Dan telah berkata Rasul: 'Wahai Pemelihara, Sesungguhnya kaum ku telah mengambil AlQuran ini SEBAGAI SUATU YANG TAK DI PEDULIKAN!' 25:30

bg sy , kaedah akal yg diguna adalah tidak sihat.


وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تُؤْمِنَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ
Dan tidaklah bagi suatu jiwa bahawa ia akan percaya, kecuali dengan izin ALLAH. Dan Dia menjadikan akan kekejian itu ke atas orang-orang yang tidak berakal 10:100



WALLAHU A'LAM
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 02:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 5-3-2011 15:01

Ayat DI BAWAH ni JELAS MENUNJUKKAN CARA PENURUNAN AL-QURAN, diturunkan secara beransur-ansur:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Qur’an kepadamu (Muhammad) dengan beransur-ansur.
Maka bersabarlah kamu untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka. (Al-Insaan, 23-24)

Sekalipun Al-Quran juga kemudiannya ditulis, PENURUNANNYA TETAP melalui PERIWAYATAN (Al-Waqi'ah):
Sesungguhnya Al Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia, (77)
pada kitab yang terpelihara (Lauh Mahfuz), (78)
tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan. (79)
Diturunkan dari Tuhan semesta alam. (80)
Maka apakah kamu menganggap remeh saja Periwayatan ini? ( ٱلۡحَدِيثِ yakni periwayatan Al Quran) (81)


Salamun 'alaikum,

Saya hairan dgn mnm. Beliau mengaku dirinya jahil dalam ilmu bahasa arab tetapi maseh lagi berani membawakan tafsiran-tafsiran sunni nya yg terdapat kesalahan dan tokok tambah di dlm nya.

Skrg, saya mahu mnm menjelaskan, dari manakah datang nya Perkataan-perkatan/Kalimah-kalimah seperti 'Dengan beransur-ansur' dlm ayat 76:23  إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ تَنْزِيلًا ?

'Melaksanakan ketetapan' & 'Dan janganlah mengikuti' dlm 76:24 فَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ وَلَا تُطِعْ مِنْهُمْ آثِمًا أَوْ كَفُورًا ?

'Sesungguhnya Al Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia' dlm 56:77  إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ ?

'Tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan' dlm 56:79  لَا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ ?

'Maka apakah kamu menganggap remeh saja Periwayatan ini?' ( ٱلۡحَدِيثِ yakni periwayatan Al Quran) dlm 56:81 أَفَبِهَذَا الْحَدِيثِ أَنْتُمْ مُدْهِنُونَ ?



Di harap mnm berhenti dari membawakan terjemahan-terjemahan yg salah serta tokok tambah dari golongan Penafsir-penafsir sunni nya.


أَفَتَطْمَعُونَ أَنْ يُؤْمِنُوا لَكُمْ وَقَدْ كَانَ فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَسْمَعُونَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ يُحَرِّفُونَهُ مِنْ بَعْدِ مَا عَقَلُوهُ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Apakah kamu mengharapkan bahawa nereka akan mempercayai bagi kamu sedang sungguh adalah segolongan daripada mereka itu mendengar akan perkataan ALLAH kemudian mengubah akan nya dari sesudah apa yang telah mereka fahami akan nya, sedang mereka mengetahui 2:75

فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا يَكْسِبُونَ
Maka celakalah bagi orang-orang yang menulis akan Kitab dengan tangan mereka kemudian mereka mengatakan 'Ini dari sisi ALLAH' supaya mereka membeli dengan nya akan harga yang sedikit. Maka celakalah bagi mereka dari apa yang telah menulis oleh tangan-tangan mereka dan celakalah bagi mereka dari apa yang sedang mereka usahakan 2:79

وَلَا يَأْتُونَكَ بِمَثَلٍ إِلَّا جِئْنَاكَ بِالْحَقِّ وَأَحْسَنَ تَفْسِيرًا
Dan tidaklah mereka mendatangkan akan engkau dengan suatu perumpamaan kecuali Kami telah mendatangkan akan engkau dengan KEBENARAN dan SEBAIK-BAIK TAFSIRAN 25:33

وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ
Dan Tidaklah mengetahui akan Takwilan-nya kecuali ALLAH 3:7




WALLAHU A'LAM
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2011 09:42 PM | Show all posts
Salamun 'alaikum,

Saya hairan dgn mnm. Beliau mengaku dirinya jahil dalam ilmu bahasa  ...
sirrikhafi Post at 5-3-2011 14:59


mike nie bknnye menafsir..mike nie menterjemahkan je ayat2 Al-Quran tu..nie mike kate paham sgt pasai Al-quran???..soalan teman tu pun mike belum jawab lg...jawab le soalan teman tu dulu???..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 08:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 9-3-2011 08:58
Kalau tak faham AlQuran, Tanya lah pd Ahli nya.
sirrikhafi Post at 5-3-2011 13:48


Salam...

Siapa AHLI nya TU? Anda kah?? Yang pertikai Al-Quran sendiri....:re:
   
Saya hairan dgn mnm. Beliau mengaku dirinya jahil dalam ilmu bahasa arab tetapi maseh lagi berani membawakan tafsiran-tafsiran sunni nya yg terdapat kesalahan dan tokok tambah di dlm nya.
sirrikhafi Post at 5-3-2011 14:59


Sebab saya tak berapa pandai la saya rujuk tafsiran dan terjemahan ULAMA YANG AHLI, bukan macam saudara yang BERLAGAK MENGAKU PANDAI TAK PAYAH RUJUK SESIAPA!!! Lepas tu salahkan tafsiran Ulama Ahlussunnah salah!!!

Siapa yang kamu rujuk!!!! Commonsense akal sendiri yang tak berapa sihat tu kah?

Skrg, saya mahu mnm menjelaskan, dari manakah datang nya Perkataan-perkatan/Kalimah-kalimah seperti 'Dengan beransur-ansur' dlm ayat 76:23  إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ تَنْزِيلًا ?


Apa punya soalan daaa...??? Cuba guna akai sikit!!!! Kalau saya bagi tafsiran Ulama awak kata salah. Kalau saya jawab sendiri anda kata saya dah mengaku JAHIL, tak patut pula beri jawapan. Buat apa nak tanya lagi, semua salah bagi awak. Kalau nak berbincang dan tanya soalan, kena berfikiran terbuka, BUKAN buat KESIMPULAN TAK SIHAT macam ni!!!

Buang masa saya... banyak kerja lain yang lebih berfaedah saya boleh buat dari layan orang yang tak sihat akal... Maafkan saya...


WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2011 09:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 9-3-2011 09:55
sy sungguh hairan.
sy dapati, jika sy guna hujah mereka, bukan setakat hadis, malahan Quran dan apa2 saja dokumen di dunia, semua boleh dibakulsampahkan.

sebab tu sy tak gunapakai kaedah anti hadis menafikan dokumen. bg sy , kaedah akal yg diguna adalah tidak sihat.
ussopp Post at 4-3-2011 13:03


Salam ussopp

Saya setuju dengan saudara

Orang macam sirrikhafi tu dulu saya respect betul. Dulunya dia menunjukkan dia seorang aliran berpelajaran AGAMA, sehinggalah dia pusing 180 darjah masuk ke alirah FALSAFAH (logik & commonsense). Apabila agama difalsafahkan, mulalah seseorang itu kebingungan dalam pegangan agamanya.

Saya beraliran (major) SAINS dan FALSAFAH. Saya belajar ilmu sains, matematik, logik, kimia, fizik dan banyak lagi..... Ilmu sains dan falsafah dapat meningkatkan IMAN dalam mengkaji KEJADIAN (makhluk Allah). NAMUN ilmu sains dan falsafah TIDAK DAPAT membantu dalam soal KEIMANAN dan AQIDAH (kepada yang ghaib). INI KELEMAHAN ILMU SAINS DAN FALSAFAH (logik & commonsense).

Apabil seseorang meletakkan Ilmu Sains dan Falsafah ke tahap yang paling tinggi, dia seolah-olah bertuhankan kepada akalnya. Ramai yang jadi atheist sebab ni.

Bagi orang yang percaya Al-Quran tapi menolak hadith, mereka ni sebenarnya guna kaedah yang tak logik, sebab Al-Quran dan Hadith disampaikan melalui kaedah yang sama, dari Rasul yang sama. Prinsip mereka ni boleh dipertikaikan sampai ke akar umbi.

Namun orang macam sirrikhafi, dia kebingungan sampai ayat Al-Quran pun dia kata bercanggah. Sampai kata Al-Quran pun tak asli. Ini hasil falsafah dia yang TAK SIHAT. Kenapa tak sihat??? Sebab dia kata dia percaya Al-Quran, tapi juga pertikai Al-Quran!!!

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 02:23 PM | Show all posts
Salamun 'alaikum,

Salam...

Siapa AHLI nya TU? Anda kah?? Yang pertikai Al-Quran sendiri....


فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maka tanyalah akan AHLI PERINGATAN jika adalah kamu itu TIDAK MENGETAHUI 16:43

Sebab saya tak berapa pandai la saya rujuk tafsiran dan terjemahan ULAMA YANG AHLI, bukan macam saudara yang BERLAGAK MENGAKU PANDAI TAK PAYAH RUJUK SESIAPA!!! Lepas tu salahkan tafsiran Ulama Ahlussunnah salah!!!

Siapa yang kamu rujuk!!!! Commonsense akal sendiri yang tak berapa sihat tu kah?


يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ
Dia memberikan HIKMAH akan sesiapa yang Dia kehendaki 2:269

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا
Kemudian Kami telah MEWARISKAN akan KITAB kepada orang-orang yang telah Kami pilih dari hamba-hamba Kami 35:32

Apa punya soalan daaa...??? Cuba guna akai sikit!!!! Kalau saya bagi tafsiran Ulama awak kata salah. Kalau saya jawab sendiri anda kata saya dah mengaku JAHIL, tak patut pula beri jawapan. Buat apa nak tanya lagi, semua salah bagi awak. Kalau nak berbincang dan tanya soalan, kena berfikiran terbuka, BUKAN buat KESIMPULAN TAK SIHAT macam ni!!!

Buang masa saya... banyak kerja lain yang lebih berfaedah saya boleh buat dari layan orang yang tak sihat akal... Maafkan saya...


قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ
Katakanlah: 'Apakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui? Hanyasanya yang beringat itulah yang mempunyai Pintu' 39:9

وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ
Dan apabila mereka telah mendengar akan kesia-siaan, mereka berpaling dari nya, dan mereka berkata: 'Bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan kamu, Sejahtera ke atas kamu! Tidaklah kami menghendaki akan orang-orang yang bodoh' 28:55



WALLAHU A'LAM
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 03:10 PM | Show all posts
Salamun 'alaikum,



Orang macam sirrikhafi tu dulu saya respect betul. Dulunya dia menunjukkan dia seorang aliran berpelajaran AGAMA, sehinggalah dia pusing 180 darjah masuk ke alirah FALSAFAH (logik & commonsense). Apabila agama difalsafahkan, mulalah seseorang itu kebingungan dalam pegangan agamanya.  


يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ
Dia memberikan HIKMAH akan sesiapa yang Dia kehendaki 2:269

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا
Kemudian Kami telah MEWARISKAN akan KITAB kepada orang-orang yang telah Kami pilih dari hamba-hamba Kami 35:32

Saya beraliran (major) SAINS dan FALSAFAH. Saya belajar ilmu sains, matematik, logik, kimia, fizik dan banyak lagi..... Ilmu sains dan falsafah dapat meningkatkan IMAN dalam mengkaji KEJADIAN (makhluk Allah). NAMUN ilmu sains dan falsafah TIDAK DAPAT membantu dalam soal KEIMANAN dan AQIDAH (kepada yang ghaib). INI KELEMAHAN ILMU SAINS DAN FALSAFAH (logik & commonsense).


قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ
Katakanlah: 'Apakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui? Hanyasanya yang beringat itulah yang mempunyai Pintu' 39:9

وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تُؤْمِنَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ
Dan tidaklah bagi suatu jiwa bahawa ia akan mempercayai, kecuali dengan izin ALLAH. Dan Dia menjadikan akan kekejian itu ke atas orang-orang yang tidak berakal 10:100

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maka tanyalah akan AHLI PERINGATAN jika adalah kamu itu TIDAK MENGETAHUI 16:43

Apabil seseorang meletakkan Ilmu Sains dan Falsafah ke tahap yang paling tinggi, dia seolah-olah bertuhankan kepada akalnya. Ramai yang jadi atheist sebab ni.


وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ
Dan Dia menjadikan akan kekejian itu ke atas orang-orang yang tidak berakal 10:100

Bagi orang yang percaya Al-Quran tapi menolak hadith, mereka ni sebenarnya guna kaedah yang tak logik, sebab Al-Quran dan Hadith disampaikan melalui kaedah yang sama, dari Rasul yang sama.


Tak sama. AlQuran itu di riwayatkan dgn LAFAZ YANG MUTAWATIR, Di riwayatkan DGN TULISAN/KITAB &Diriwayatkan DGN HAFALAN. Sedangkan hadis di riwayatkan hanya DENGAN MAKNA SHJ. Lalu di sampaikan hanya dari mulut ke mulut shj &dibukukan setelah 200 tahun kewafatan nabi muhammad. Lagi pula, QUALITY BAHASA ALQURAN 100% PURE ARAB QURAISH. BAHASA HADIS pula adalah rendah kualitinya kerana ia disampaikan oleh Perawi-perawi yg berbangsa Ajam seperti Imam Bukhari yg berbangsa Parsi dll. Sudah tentu tak sama langsung QUALITY periwayatan AlQuran dgn kualiti periwayatan hadis. Perbezaannya pula adalah seperti langit &bumi.
Nampaknya hujjah mnm lah yg tak lojik& nonsense. Sedangkan hujjah AhlulQuran adalah sangat lojik &commonsense, yg di sokong pula dgn dalil AlQuran.

Mnm pula sampai skrg GAGAL membuktikan kaedah-kaedah ilmu hadis golongan sunni nya itu di sokong oleh dalil AlQuran seperti KAEDAH HASAN dsbnya. Namun, mnm maseh ada hati nak mengatakan hujjah dari AlQuran adalah tak lojik &nonsense. nampaknya mnm dah terdesak mahu mendapatkan kemenangan agaknya. Kesian betul....


Namun orang macam sirrikhafi, dia kebingungan sampai ayat Al-Quran pun dia kata bercanggah.


أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا
Apakah maka tidak mereka merenungkan AlQuran? Jikalau adalah Ia itu dari sisi selain ALLAH, nescaya mereka telah mendapati di dalamnya akan Perselisehan yg banyak 4:82

Saya percaya, AlQuran juga ada percanggahan/perselisehan di dlm nya, tetapi TIDAK BANYAK, seperti kes ayat 66:12, Kes konsep Qadariyah & konsep Jabariyah, dll.

Namun selain AlQuran, sudah pasti  di dalamnya ada PERSELISEHAN/PERCANGGAHAN YG BANYAK.

Sampai kata Al-Quran pun tak asli.


Sebab sampai skrg tidak di temukan Mushaf Usmani &Mushaf Hafsah yg ORIGINAL. Lalu, bagaimana boleh di katakan ORIGINAL? So, AlQuran yg ada pada umat islam hari ini ialah YG COPY, BUKAN YG ORIGINAL. Tak gitu Enche' Mnm?

Kenapa tak sihat??? Sebab dia kata dia percaya Al-Quran, tapi juga pertikai Al-Quran!!!


So, Di manakah ALQURAN yg ORIGINAL itu? Anda ada?





WALLAHU A'LAM
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2011 11:40 PM | Show all posts
Saya percaya, AlQuran juga ada percanggahan/perselisehan di dlm nya, tetapi TIDAK BANYAK, seperti kes ayat 66:12, Kes konsep Qadariyah & konsep Jabariyah, dll.


golongan sunni yg cuba melihat dan mencari pemahaman nabi, mendapati rasul yg diutus tidak pernah keliru akan konsep jabariyah dan qadariyah dlm Quran.

namun golongan yg menjadi golongan jabariyah atau qadariyah ini mempunyai satu ciri2 khas yg serupa walaupun pemahaman mereka berlawanan,

apa dia ciri2 khas yg sama itu?

itu ialah, mentafsir agama(Quran) ikut pemahaman sendiri.

di mana golongan Quraniyun?? di tempat yg sama. sebab itu anda bersetuju dgn pemahaman mereka. dan mendati ada perselisihan di situ.

sedangkan ahli sunnah mendapati rasul menggabungkan kedua2nya, yakni Allah berkehendak, dan manusia jugak mempunyai kehendak dan kehendak itu akan terlaksana seandainya ia sama dgn kehendak Allah(diizinkan-Nya).

jadi rasul tidak mengatakan ayat2 tersebut bercanggah,

tetapi ahli2 yg mengikut pemahaman sendiri, akan mendapati ia bercanggah.

kerana akal ada tiga teori, yg ni mesti sirri kahfi  kena tau ni sebab nak guna akal kan.

teori newton, teori einstein, teori kuantum.

kalau faham  tiga2 teori nie, akan timbul satu kesimpulan , akal itu berguna dan tersangat2 penting tetapi bukan MUTLAK. tetapi penting tetapi bukan mutlak, tetapi penting tetapi bukan mutlak tetapi penting, tetapi bukan mutlak.

wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 10:11 PM | Show all posts
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maka tanyalah akan AHLI PERINGATAN jika adalah kamu itu TIDAK MENGETAHUI 16:43
sirrikhafi Post at 10-3-2011 14:23


Salam...

Anda ambil ayat Al-Quran suruh tanya Ahlazzikri jika tidak mengetahui. Saya tanya siapa ahlazzikri tu? Anda kah? Atau anda tak tahu jawapannya?

Tak sama. AlQuran itu di riwayatkan dgn LAFAZ YANG MUTAWATIR, Di riwayatkan DGN TULISAN/KITAB &Diriwayatkan DGN HAFALAN. Sedangkan hadis di riwayatkan hanya DENGAN MAKNA SHJ. Lalu di sampaikan hanya dari mulut ke mulut shj &dibukukan setelah 200 tahun kewafatan nabi muhammad..
sirrikhafi Post at 10-3-2011 15:10


Mana bukti anda bahawa SEMUA HADITH diriwayat dengan MAKNA sahaja? Dan FITNAH HADITH DIBUKUKAN setelah 200 tahun kewafatan Nabi tu dari mana SUMBER anda?

Mnm pula sampai skrg GAGAL membuktikan kaedah-kaedah ilmu hadis golongan sunni nya itu di sokong oleh dalil AlQuran seperti KAEDAH HASAN dsbnya. Namun, mnm maseh ada hati nak mengatakan hujjah dari AlQuran adalah tak lojik &nonsense. nampaknya mnm dah terdesak mahu mendapatkan kemenangan agaknya. Kesian betul....


Yang saya GARISKAN tu FITNAH sirrikhafi. Saya tak kata pun hujjah Al-Quran tak logik & nonsense!! KESIAN betul sirrikhafi ni tak faham-faham.

Saya kata hujjah sirrikhafi tu TAK LOGIK & NONSENSE kerana anggap Al-Quran tu commonsense....

Berdasarkan pengalaman saya, anyak kali saya berhujjah dengan sirrikhafi, bila dia tak faham dan mati akal, dia mengulang FITNAH terhadap saya. Ini cara dia nak buang masa saya...

Orang yang suka memFITNAH ni, ada dua kategori. Satu kalau dia seorang yang berfikiran waras, maka dia seorang yang memang kaki FITNAH. Seorang lagi ialah, mungkin dia TIDAK SIHAT AKALNYA.

Saya anggap sirrikhafi ni tidak sihat akalnya, jadi biarkan dia terjun dengan labu-labunya...

So, Di manakah ALQURAN yg ORIGINAL itu? Anda ada?


Tengok... soalan di atas ni? Saya tanya dia, dia tak jawab pun. Dia tanya saya balik. Saya tidak pertikai Al-Quran, dan percaya Al-Quran yang ada pada harini asli. Dia pertikai Al-Quran (kata ayat Al-Quran bercanggah), kata tak original, tapi dalam masa yang sama dia sendiri dok guna ayat Al-Quran. Tak sihat cara pemikiran tu... percaya tapi pertikai Al-Quran.... tak sihat!!!

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 10:16 AM | Show all posts
salam

memang BENAR lah apa yang NABI INGINKAN
agar KATANYA(HADITHNYA) tidak dibenarkan ditulis
hanya KATA ALLAH sahaja
takut jadi perpecahan!!!!!!!!!!
betoiiiiii kannn kannnn kannnn

memang kalau TAK DAK HADITH NABI pun
manusia boleh hidup jugak
mengikut SUNNAH TUHAN jugak kannn
tapi dah ada dan sampai kepada kita SUNNAH TURASUL
lagi baik kan
KEPADA SESIAPA YANG MAHU MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN

iya, kepada makhluk yang telah DISEMPURNAKAN KEJADIANNYA
yang kebanyakkannya akan DIKEMBALIKAN KE SEBURUK-BURUK TEMPAT
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 02:10 PM | Show all posts
Salamun 'alaikum

Anda ambil ayat Al-Quran suruh tanya Ahlazzikri jika tidak mengetahui. Saya tanya siapa ahlazzikri tu? Anda kah? Atau anda tak tahu jawapannya?


Maksudnya ialah AhlulQuran wal jama'ah

Mana bukti anda bahawa SEMUA HADITH diriwayat dengan MAKNA sahaja?


Periwayatan hadis oleh para sahabat, tabiin, dan tabi at-tabiin (setelah generasi tabiin) dilakukan dengan
dua cara, yaitu periwayatan dengan lafal (riwayah bi al-lafzi) dan periwayatan dengan makna (riwayah bi al-ma'na).
Periwayatan dengan lafaz adalah periwayatan yang disampaikan sesuai dengan lafaz yang dikatakan oleh Nabi SAW
secara persis. Akan tetapi, dalam kenyataannya periwayatan dengan lafaz ini sangat sedikit jumlahnya. Ciri-ciri hadis
yang diriwayatkan dengan lafaz, antara lain, hadis-hadis tentang doa; dalam bentuk muta'abbad (sanadnya memperkuat
hadis lain yang sama sanadnya), antara lain tentang azan dan syahadat; dan tentang jawami' alkalimah (kata-kata yang
padat dan dalam pengertiannya) .
Periwayatan hadis dengan makna adalah hadis yang diriwayatkan sesuai dengan makna yang dimaksudkan oleh Nabi SAW, meskipun dari segi redaksi (matan) terdapat perubahan. Kebanyakan hadis Nabi SAW diriwayat kan dalambentuk ini karena Rasulullah SAW memberikan isyarat bahwa meriwayatkan hadis dengan riwayah bi al-ma'na diperbolehkan.

Namun, dalam hal ini dituntut syarat-syarat yang sangat ketat.
Di antaranya adalah:
(1) yang meriwayatkan hadis
tersebut paham betul isi dan kandungan hadis yang dimaksud;

(2) rawi tersebut harus memahami secara luas
perbedaan-perbedaan lafal muradif (sinonim) dalam bahasa Arab;

(3) rawi tersebut hanya lupa lafaz hadis yang
disampaikan Rasulullah SAW, sementara maknanya diingat secara persis;

(4) Muslim;

(5) baligh;

(6) adil; dan

(7) dhabit

http://www.pkplk-plb.org



TEKNIK PERIWAYATAN HADIS GOLONGAN SUNNI


A. Bentuk-Bentuk Periwayatan Hadis dari Nabi

Sebagaimana yang terdapat dalam riwayat-riwayat hadis bahwa Nabi menyampaikan hadisnya dengan bentuk-bentuk/cara-cara sebagai berikut:


1. Cara lisan dimuka orang banyak yang terdiri dari kaum laki-laki
2. Pengajian rutin dikalangan kaum laki-laki dan
3. Pengajian diadakan juga dikalangan kaum wanita setelah kaum wanita memintanya.

Selain itu masih ada riwayat lain yang menyatakan cara-cara Nabi Menyampaikan hadisnya melalui yaitu:


1. Dengan lisan dan perbuatan dihadapan orang banyak, di mesjid pada waktu malam dan subuh.

2. Hadis Nabi disampaikan sebagai teguran terhadap orang yang melakukan “korupsi” berupa penerimaan hadiah dari masyarakat.

3. Hadis Nabi disampaikan dengan cara lisan, tidak dihadapan orang banyak, berisi jawaban yang diajukan oleh sahabat dan bentuk jawaban Nabi itu berupa tuntutan teknis suatu kegiatan yang berkaitan dengan agama.

4. Cara Nabi juga menyampaikan hadisnya selain cara lisan juga secara permintaan penjelasan terhadap sahabat, berupa taqrir atas amalan ibadah sahabat yang belum dicontohkan langsung oleh Nabi.

5. Riwanyat lain juga mengatakan cara Nabi menyampaikan hadisnya dengan bentuk tulisan (?).

6. Dalam bentuk lain juga Nabi menyampaikan hadisnya tidak dalam bentuk kegiatan melainkan berupa keadaan.

Itulah tadi bentuk-bentuk periwayatan hadis dari Nabi dengan beberapa bentuk baik melalui perkataan, berbuatan, taqrir dan ihwal lainnya.

Adapun bentuk atau cara-cara Para Sahabat Meriwayatkan Hadis sebagai berikut:


a. Adakala dengan lafaz asli, yakni menurut lafaz yang mereka terima dari Nabi yang mereka hafal benar lafaz dari Nabi itu.

b. Adakala dengan maknanya saja, yakni mereka meriwayatkan maknanya bukan lafaznya, karena mereka tidak hafal lafaznya yang asli lagi dari Nabi saw.

Yang penting dari hadis ialah : “isi” Bahasa dan lafaz, boleh disusun dengan kata-kata lain, asal isinya telah ada dan sama.

Berbeza dengan Periwayatan AlQur’an, yakni harus dengan lafaz yang asli. Tidak sedikitpun boleh diadakan perubahan dalam riwayat AlQuran.



Sebagaimana telah disinggung pada pembahasan diatas bahwa adakala Para Sahabat meriwayatkan hadis dengan lafaz aslinya dan adakala dengan maknanya saja, dan disini saya akan lebih memperjelaskan cara-cara periwayatan hadis dengan  makna sebagai berikut:


Periwayatan hadis dengan makna sebagaimana yang terdapat dalam bukunya Hasbi Ash Shiddieqy yang berjudul Pokok-pokok Ilmu Dirayah Hadits, sebagai berikut:

Periwayatan Hadis dengan Makna;


Meskipun terjadi perbezaan dikalangan para fukaha tentang kebolehan tidaknya meriwayatkan dengan makna, tapi hal ini merupakan ilmu riwayah hadis yang penting, .

Diantara kewajiban para perawi, ialah menerangkan cara tahammul ialah dengan cara itu dia menerima apa yang diwahyukannya (?). Sebagaimana para ulama sangat memerlukan dengan cara-cara tahammul di waktu menyampaikan hadis kepada orang lain, begitu pula sangat memerlukan penyampaian hadis itu sebagaimana mereka dengar tanpa menukar ataupun mengganti kalimat-kalimatnya. Bahkan sebahagian ahli hadis, ahli fiqh, dan ahli ushul mengharuskan para rawi meriwayatkan hadis dengan lafaznya yang didengar, tidak boleh dia meriwayatkan dengan maknanya sekali-kali.

Demikian juga yang dinukilkan oleh Ibnus-Solah dan An Nawawi, Ibnu Sirien, Tsailab, dan Abu Bakar Ar Razi. mereka berpendapat bahwa perawi-perawi harus meriwayatkan persis sebagai lafaz yang ia dengar.

Dalam bukunya Ahmad Muhammad Šakir yang berjudul Ihtišar Ulum Al-Hadis, dalam kaitannya dengan Periwayatan dengan makna Bahwa seorang perawi yang tidak mengetahui makna hadis sesungguhnya tidak boleh baginya meriwayatkan hadis dengan sifatnya itu.

Namun demikian Jumhur Ulama yang lain berpendapat, bahwa:

boleh bagi perawi hadis menyebut makna bukan lafaz, atau meriwayatkan hadis dengan makna apabila dia seorang yang mengetahui bahasa Arab dengan sempurna dan cara-cara orang arab menyusun kalimat-kalimatnya, lagi dia sangat mengetahui makna-makna lafaz dan mengetahui pula hal-hal yang boleh mengubah makna dan yang tidak mengubahkannya, Jika ia bersifat demikian, bolehlah dia menukilkan lafalzhadis dengan makna, karena dia dengan pengertiannya mendalam dapat memelihara riwayatnya dari perobahan makna tersebut.

begitu juga dengan pendapat Malik menurut nukilan Al-Khalil ibn Ahmad dan Al-Baihaqi dalam Al-Madkhal boleh kalau yang diriwayatkan itu bukan hadis marfu’.

Bukti yang lebih empiris yang lebih akurat adalah kesepakatan umat memperbolehkan seorang ahli hadis menyampaikan hadis dengan maknanya saja bahkan dengan selain bahasa arab.

Bukti lain adalah bahwa periwayatan hadis dengan maknanya telah dilakukan oleh para sahabat dan ulama salaf periode pertama. Seringkali mereka mengemukakan suatu makna dalam suatu masalah dengan beberapa redaksi (matan) yang berbeda-beda. Hal ini terjadi karena mereka berpegang kepada makna hadis, bukan kepada lafaznya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 02:25 PM | Show all posts

Tengok... soalan di atas ni? Saya tanya dia, dia tak jawab pun. Dia tanya saya balik. Saya tidak pertikai Al-Quran, dan percaya Al-Quran yang ada pada harini asli. Dia pertikai Al-Quran (kata ayat Al-Quran bercanggah), kata tak original, tapi dalam masa yang sama dia sendiri dok guna ayat Al-Quran. Tak sihat cara pemikiran tu... percaya tapi pertikai Al-Quran.... tak sihat!!!  


Kasehan mnm, dah memang takde AlQuran yg original, so saya guna lah sumber yg copy je. Ape punya soalan daaa... Percaya tu satu perkara, keaslian sumber ALQuran satu perkara yg lain lak. Lagi satu, Saya tak peduli pun apa kepercayaan anda wahai mnm. Yg saya mahukan ialah sumber original AlQuran Kitab Tuhan ALLAH anda, itu je. Anda percaya Tuhan ALLAH anda pelihara AlQuran, sudah tentu Tuhan ALLAH anda menyelamatkan AlQuran Nya yg Original dari di bakar pada zaman Usman &Marwan bin Hakam. X gitu? So, Tolonglah mnm tunjukkan &buktikan, di manakah AlQuran yg Original di zmn nabi muhammad itu? sebagai  BUKTI pemeliharaan Tuhan ALLAH anda ke atas Kitab Nya.
Boleh mnm buktikan?


WALLAHU A'LAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2011 03:15 PM | Show all posts
Salamun 'alaikum ussop

golongan sunni yg cuba melihat dan mencari pemahaman nabi, mendapati rasul yg diutus tidak pernah keliru akan konsep jabariyah dan qadariyah dlm Quran.


Isu Konsep Jabariyah &Qadariyah hanya muncul selepas kewafatan nabi muhammad. Mustahil nabi memahami konsep jabariyah &qadariyah. apa yg anda nak cerita sebenarnya?


namun golongan yg menjadi golongan jabariyah atau qadariyah ini mempunyai satu ciri2 khas yg serupa walaupun pemahaman mereka berlawanan,

apa dia ciri2 khas yg sama itu?

itu ialah, mentafsir agama(Quran) ikut pemahaman sendiri.


Golongan sunni juga turut serta menafsirkan agama menurut pahaman ideologi &doktrin golongan sunni nya. Contohnya seperti hadis syirik yg berbunyi : 'Sesungguhnya ALLAH itu Masa', pdhal AlQuran jelas mengatakan:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
TIADA YANG SEUMPAMA AKAN NYA OLEH SESUATU PUN 42:11

وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ
DAN TIADA LAH BAGI NYA AKAN KESETARAAN OLEH SESEORANG PUN 112:4

Namun yg menghairankan ialah golongan sunni maseh ada hati nak mengata kat golongan lain. Dok mengata kat org lain, diri sendiri pula yg lebih-lebih.

di mana golongan Quraniyun?? di tempat yg sama. sebab itu anda bersetuju dgn pemahaman mereka. dan mendati ada perselisihan di situ.


Pakar sejarah yaitu Ibnu Khaldun bersetuju bahawa terdapat percanggahan di dlm AlQuran tentang konsep Taqdir.

So, adakah ibnu khaldun itu seorg jabariyah? atau adakah dia seorg qadariyah? ataupun juga seorg antihadis/ingkarussunnah?

nah! lu pikir la sendiri...

sedangkan ahli sunnah mendapati rasul menggabungkan kedua2nya, yakni Allah berkehendak, dan manusia jugak mempunyai kehendak dan kehendak itu akan terlaksana seandainya ia sama dgn kehendak Allah(diizinkan-Nya).


Boleh anda bagi bukti, sejak bila nabi muhammad mensintesiskan konsep jabariyah &qadariyah? ataupun, itu hanya sangkaan anda menerusi hujjah ulamak-ulamak doktrin aqidah sunni anda?

tolong tunjukkan buktinya...

jadi rasul tidak mengatakan ayat2 tersebut bercanggah,


Betul ke nabi muhammad mengatakan ayat-ayat tersebut memang TIDAK BERCANGGAH? Apakah bukti &dalilnya?

tetapi ahli2 yg mengikut pemahaman sendiri, akan mendapati ia bercanggah


Memang betul ada percanggahan.

Contoh:

وَلَكِنْ حَقَّ الْقَوْلُ مِنِّي لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
Dan tetapi telah pasti oleh perkataan dari Ku: 'Nescaya benar-benar aku penuhi akan jahanam itu dari jin dan manusia kesemua' 32:13

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَآمَنَ مَنْ فِي الْأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا أَفَأَنْتَ تُكْرِهُ النَّاسَ حَتَّى يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ
Dan jikalau telah menghendaki oleh Pemelihara engkau nescaya telah beriman sesiapa yang di bumi, tiap-tiap mereka itu, kesemua. Apakah maka engkau akan memaksa manusia sehingga adalah mereka itu mempercayai? 10:99

وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تُؤْمِنَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ
Dan tidaklah bagi suatu jiwa bahawa ia akan mempercayai, kecuali dengan izin ALLAH 10:100

قُلْ إِنْ ضَلَلْتُ فَإِنَّمَا أَضِلُّ عَلَى نَفْسِي
Katakanlah: 'Jika aku sesat maka sesungguhnya aku sesat atas diriku' 34:50

مَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَا هَادِيَ لَهُ
Sesiapa yg di sesatkan oleh ALLAH, maka tiada lah petunjuk bagi nya 7:186

Apakata ussop tolong sintesiskan ayat-ayat di atas? ok..

kerana akal ada tiga teori, yg ni mesti sirri kahfi  kena tau ni sebab nak guna akal kan.

teori newton, teori einstein, teori kuantum.

kalau faham  tiga2 teori nie, akan timbul satu kesimpulan , akal itu berguna dan tersangat2 penting tetapi bukan MUTLAK. tetapi penting tetapi bukan mutlak, tetapi penting tetapi bukan mutlak tetapi penting, tetapi bukan mutlak.


وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ
Dan Dia menjadikan akan kekejian itu ke atas orang-orang yang tidak berakal 10:100




WALLAHU A'LAM
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 11:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 20-3-2011 11:40
Maksudnya ialah AhlulQuran wal jama'ah
sirrikhafi Post at 17-3-2011 14:10


Salam...

Boleh anda beri contoh siapa Ahlul Quran wal Jama'ah yang anda kata ahlazzikri tu? Sila beri nama, supaya saya boleh cari rujukan untuk bertanya, atau untuk kajian. Anda sendiri pernah pertikai ayat Al-Quran kata bercanggah, jadi anda bukanlah layak untuk anggap diri anda termasuk dalam kategori Ahlul Quran wal Jama'ah.

Periwayatan hadis oleh para sahabat, tabiin, dan tabi at-tabiin (setelah generasi tabiin) dilakukan dengan
dua cara, yaitu periwayatan dengan lafal (riwayah bi al-lafzi) dan periwayatan dengan makna (riwayah bi al-ma'na).
Periwayatan dengan lafaz adalah periwayatan yang disampaikan sesuai dengan lafaz yang dikatakan oleh Nabi SAW
secara persis. Akan tetapi, dalam kenyataannya periwayatan dengan lafaz ini sangat sedikit jumlahnya.


Anda sendiri pun percaya ada DUA cara, dan satu cara itu SAMA seperti periwayatan Al-Quran (secara lafzi). Kesimpulan anda bahawa periwayatan hadith secara lafzi tu sedikit juml;ahnya tidak boleh dijadikan alasan untuk tolak kesemua hadith yang diriwayatkan secara lafzi.

Di sini dah nampak kaedah anda untuk menolak keseluruhan hadith boleh dipertikaikan. Anda sendiri percaya ada hadith diriwayatkan secara lafzi.

Sila berlaku adil wahai sahabatku....

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 11:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 20-3-2011 18:48
Kasehan mnm, dah memang takde AlQuran yg original, so saya guna lah sumber yg copy je. Ape punya soalan daaa... Percaya tu satu perkara, keaslian sumber ALQuran satu perkara yg lain lak. Lagi satu, Saya tak peduli pun apa kepercayaan anda wahai mnm. Yg saya mahukan ialah sumber original AlQuran Kitab Tuhan ALLAH anda, itu je. Anda percaya Tuhan ALLAH anda pelihara AlQuran, sudah tentu Tuhan ALLAH anda menyelamatkan AlQuran Nya yg Original dari di bakar pada zaman Usman &Marwan bin Hakam. X gitu? So, Tolonglah mnm tunjukkan &buktikan, di manakah AlQuran yg Original di zmn nabi muhammad itu? sebagai  BUKTI pemeliharaan Tuhan ALLAH anda ke atas Kitab Nya.
Boleh mnm buktikan?
sirrikhafi Post at 17-3-2011 14:25


Sungguh kasihan sirrikhafi ni...

Dia kata dah tak ada Al-Quran yang original, dia kata dia guna yang copy, lepas tu dia tanya yang mana original. Dia sendiri dah beri jawapan, tak ada original.

Jadi yang selama ni dia dok bawa ayat Al-Quran tu, semuanya yang TAK ORIGINAL. Maknanya dia dah tak percaya ada yang original, kesiann...

Kemudian dia minta saya buktikan???

Jawapan saya: Yang dibakar tu helaian yang ditulis ayat Al-Quran dengan tatacara yang berbeza-beza. Kalimah Al-Quran (periwayatan Al-Quran yang asli) TETAP terpelihara daripada hafazan para sahabat Nabi, dan juga menerusi helaian yang mengandungi tatacara penulisan Al-Quran yang diiktiraf oleh pemerintah ketika itu.

Periwayatan dari Nabi kepada para sahabatnya ASALNYA bukan melalui kertas, tetapi melalui hafazan bacaan Nabi. Jadi bagaimana anda nak kata yang mana asli dan yang mana tak asli tentang hafazan? Keaslian tiada kena mengena dengan apa yang dibakar, sebab Al-Quran TERPELIHARA melalui HAFAZAN, bukannya terpelihara dengan tulisan semata-mata.

Saya percaya kejujuran para sahabat Nabi, yang menghafaz dan menulis Al-Quran, maka saya percaya keaslian Al-Quran dari para sahabat (justeru yang ditulis atas kertas seperti Mushaf Uthman). Kalau anda tak percaya, maka itu dasar prasangka buruk anda kepada para sahabat Nabi.

Jika seluruh mushaf Al-Quran pada harini dibakar, ia tetap akan terpelihara SEBAB RAMAI yang menghafaz Al-Quran di dalam dada mereka. Mereka yang menghafaz mampu menulis semula Al-Quran di atas lembaran. Alasan dibakar bukan bermakna yang asli telah dihapuskan, kerana yang asli bukannya diturunkan melalui helaian kertas:

Dan kalau Kami turunkan kepadamu tulisan di atas kertas, lalu mereka dapat memegangnya dengan tangan mereka sendiri, tentulah orang-orang yang kafir itu berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata". (Al-An'aam, 7)

Jadi fikirkanlah sendiri wahai sahabatku sirrikhafi.... fikir... fikir.... fikir....

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 06:21 AM | Show all posts
Reply 454# orangbesi

Salam tuan orangbesi,

Allah SWT wahyukan kepada Jibrail AS diwahyukan kepada Nabi Mohammad Rasullullah SAW dihimpunkan pada zaman Abu Bakr al-Siddiq, oleh Zayd Ibn Thabit.,Abdullah Ibn Al-Zubair.,Said Ibn Al-`As dan Abdul-Rahman Ibn Al-Harith Ibn Hisham atas perintah Umar Ibn Al-Khattab, disimpan oleh Hafsah Binti Umar anak kepada Saidina Umar Ibn Al-Khattab, isteri kepada Rasullulah SAW.

Ini yang hamba difahamkan. Kenapa pulak mereka TERLUPA dan TERTINGGAL nak kumpul pasal hadith2 Rasul immediatly after Quran.  Pelik. Mereka tak taukah mustahaknya hadith2 itu, sampaikan bertelagah kesahihannya.  

Maaf, kalau silap tolong editkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.111910 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list