CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abuzar

Golongan anti hadis = sesat

[Copy link]
Post time 21-4-2010 11:01 PM | Show all posts
Reply 34# M5


hairan...?
anda guna alasan hadis tu dari mulut ke mulut....?

Quran pun ada kaedah dari mulut ke mulut jugak....

dan dua-duanya dari sumber yg sama, para sahabat.

maka kalau nak ragu2 sumber dari mulut ke mulut nie, kenapa ragu satu saja?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2010 11:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 21-4-2010 23:22

Reply 58# gunblade712

bismillah...
tambah sket...

Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah(pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak)  dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (2)


camna boleh ada perkataan:

-membacakan
-membersihkan
-mengajarkan
-hikmah

bagi mereka yg merujuk Quran tanpa   mengharapkan hidayah ilmu pengetahuan dari manusia bernama nabi, dan
mengharap hidayah ilmu makrifat(konon) dari Allah semata2.....

maka camna ditafsirkan ayat ini dgn perkataan membaca dan mengajar itu diasingkan...

dan perkataan kitab dan hikmah jugak diasingkan.?


Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2010 09:30 AM | Show all posts
ya tak ya gak
tapi
cuba renungkan AYAT tu
kan
MEMBACAKAN.....
MEMBERSIHKAN.....
MENGAJAR....
HIKMAH.....

kalau membacakan AYAT TUHAN yang TIDAK DIKITABKAN
atau dari YANG TERDAHULU...............beza kah????
MENGAJAR...............semua sahabat dapat semuanya ke?????
dan

DEMI AL QURAN YANG PENUH HIKMAH
bezakah dengan
MENGAJAR MEREKA KITAB ALLAH DAN HIKMAH?????
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 07:03 PM | Show all posts
harap mereka yang menolak hadith dapat menerangkan pendapat dan pandangan mereka tentang ayat Quran yang saya quote pada #58...

... and straighforward explanations, ya? jangan jawab soalan dengan soalan, pening kami nak paham...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 02:52 PM | Show all posts
takde org boleh bantu jawap soklan saya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 12:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 28-4-2010 00:18
DEMI AL QURAN YANG PENUH HIKMAH
bezakah dengan
MENGAJAR MEREKA KITAB ALLAH DAN HIKMAH?????


kata orang2 anti hadis, hikmah itu tidak perlu diajar,

habes tu , kenapa rasul ajar???

dan kenapa kita tak nak ikut?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2010 11:01 AM | Show all posts
cantik soalan tu ya,
kenapa kita tak ikut ya..............
cuba tanya kat masyarkat kat malaysia
yg kononnya mengaku islam
dari berkitab-kitab hadith shoheh pun
tak terikut......................yg bidaah plak yg dibikinnnnn bikinnnnnnn

rasul???
dia ajar leeeeee
tapi cuba perhatikan
adakah semua sahabatnya dapat semuanya???
adakah mereka semua sama martabatnya????
adakah mereka mau menerima semuanya????
jadi
kenapa ada perbalahan pas NABI wafat????
napa????
napa??????????
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 09:32 PM | Show all posts
perbalahan adalah sunnatullah, namun bukan utk diikuti tetapi , ujian kepada manusia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2010 11:07 AM | Show all posts
bukan ke perbalahan/percanggahan pendapat memang dah terjadi masa Nabi s.a.w. masih hidup lagi?

rasanya pernah jadi di mana dua orang sahabat solat tapi tersalah arah qiblat, sorang pi ulang balik solatnya, sorang tak ulang.

dua2 jumpa Nabi s.a.w. mau tanya itu penjelasan, tapi Nabi s.a.w. hanya senyum sahaja mendengar pendapat masing2..

penah baca ini cerita, tapi tak ingat di mana...

ini cerita, ada sahih kaaaaaaaaaa, kawan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 10:05 AM | Show all posts
tahu pun..........
kenapa NABI tersenyum
dan memang cam tuuuuuu

dan adakah NABI mencari SALAH MEREKA itu?????
atau MEMBACAKAN dan MENGAJAR PERINTAH TUHAN

dan tahukah kamu, bilakah insiden itu terjadi?????
kena tahu bila dan dimana insiden itu terjadi,
baru leh cita, tidak jadi FITNAH jeeeeeee
kan DOSA FITNAH LEBIH BESAR DARI DOSA MEMBUNUH!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 10:22 AM | Show all posts
kan DOSA FITNAH LEBIH BESAR DARI DOSA MEMBUNUH!!!!!


fitnah apa yang dimaksudkan disini? fitnah tu apa? adakah anda cuba menafsirkan Al-Quran mengikut selera sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 10:36 AM | Show all posts
Reply 70# orangbesi

laaaaa... kan saya tanya tuh, sahih ke tak cerita nih, coz saya dengar pun daripada ustaz2 jugak...

kalau kamu tahu, kamu bagitaulah sahih ke tak..

jangan sorok ilmu, Tuhan marah... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2010 06:50 PM | Show all posts

hairan...?
anda guna alasan hadis tu dari mulut ke mulut....?


Saya tolong jawab utk M5   :

Sebab hadis tidak di tulis semasa hayat nabi.


Quran pun ada kaedah dari mulut ke mulut jugak....


Tapi bezanya ialah Quran di tulis semasa hayat nabi &dikumpulkan mengikut kaedah mutawatir semasa era khilafah abu bakr &usman.
sedangkan hadis pula menggunakan kaedah mulut ke mulut sehinggalah 200 tahun selepas kewafatan nabi.


dan dua-duanya dari sumber yg sama, para sahabat.


Tapi dlm sejarah ada menyatakan mereka berbalah tentang bacaan siapakah yg lebih baik.
lantas,
bagaimana mereka boleh saling berbalah,
jika sumbernya sama????


maka kalau nak ragu2 sumber dari mulut ke mulut nie,
kenapa ragu satu saja?


Walaupun Sumber pertama AlQuran itu ialah dari mulut ke mulut,
namun ALLAH berjanji memelihara AlQuran:

Sesungguhnya Kamilah yg menurunkan peringatan ini dan sesungguhnya Kami lah yg benar-benar memelihara bagi nya.
al Hijr: 9.

sedangkan hadis pula,
tiada janji penjagaan &pemeliharaan dari ALLAH.
sebab itulah kita akan biasa mendengar ungkapan hadis palsu, lemah, tertolak, yg di tinggalkan, dsbnya.
sedangkan AlQuran pula tidak terjadi demikian sejak 1400 tahun yg lampau.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2010 09:16 AM | Show all posts
Reply 71# mejik


    salam

maksud FITNAH kat sini
ialah kita mempertikaikan antara dua sahabat NABI tu
yg berbalah tentang ARAH KIBLAT yg sebenarnya

yg sorang tu berarah ke mekah kerna dia dah dapat dari NABI
sedangkan yg sorang lagi tu masih berkiblatkan Baitulmuqaddis lagi
sebab beliau belum dapat dari NABI

jadi kedua-duanya betul kan
dan jangan salah sangka atau salah tafsir................ok
sebab org sekarang ni
dah rame yg nak pertikaikan org2 dulu
sedangkan ilmu pun tak cukup2...........
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2010 09:19 AM | Show all posts
Reply 72# gunblade712


    yg kau tanya tentang KESAHIHAN kat aku tu kenapa????
kena tau jalan citanya........baru leh faham situasi yg sebenar
n nak faham kena lah mengaji ..............
dapat bezakan yg baik dan yg buruk
dan TIDAK BERPRASANGKA jeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2010 11:43 AM | Show all posts
Reply 75# orangbesi

laaa mestilah tanya..

dok korner sana korner sini pasal moral lah, fitnah lah, itu lah, ini lah, tapi kalau cerita itu TIDAK SAHIH, maka TAK GUNA JUGAK..


sbb kalau dah tak sahih tapi kita dok pakai jugak, maknanya kita dah fitnah Nabi s.a.w. dan para sahabat.. (mende tak pernah jadik tapi kita cakap pernah jadik, kan ke pitnah tuh nama dia)

... tapi tataulah kalau definisi fitnah kau berbeza dengan aku @ orang lain... :re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2010 11:36 PM | Show all posts
Reply 73# sirrikhafi


terima kasih saudara sirri kahfi kerana menjawap bagi pihak M5....

, anda berkata ada jaminan dari Allah bahwa Al-Quran terpelihara dan hadis tidak ada,


kita semua tahu bahawa as-sunnah adalah pemahaman kepada Al-Quran...dimana  kisah2 disebalik penurunan ayat, sebab2 itu dan ini kepada pemahaman agama semuanya diterangkan. supaya jelas agama itu.

maka jikalau ada org klaim QUran dipelihara oleh Allah, maka sepatutnya pemahamannya jugak insyaAllah dipelihara,

kerana apa guna QUran Allah pelihara, kalau pemahamannya Allah tidak pelihara. sia2lah Quran terpelihara kalau pemahammannnya boleh jadi seribu satu tanpa satu pun piawai rujukan.


bukti QUran terpelihara ialah seandainya ada satu penambahan ayat QUran, maka org2 Islam satu dunia boleh kesan.
maka tak boleh diubah.

dan bukti hadis(pemahaman Quran ) terpelihara ialah melalui kaedah dokumentasi hadis yg ketat, ulama2 hadis boleh bezakan sesuatu hadis itu palsu ka atau tidak.

mengakibatkan seseorang tidak boleh bercakap tentang agama yakni Quran sesuka hatinya.

wallahua'lam....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 02:04 PM | Show all posts

anda berkata ada jaminan dari Allah bahwa Al-Quran terpelihara
dan hadis tidak ada,


Betul tu.
bahkan telah di sertakan sekali dgn dalil AlQuran.


maka sepatutnya pemahamannya jugak insyaAllah dipelihara,  


Dalil nya?


kerana apa guna QUran Allah pelihara,
kalau pemahamannya Allah tidak pelihara.
sia2lah Quran terpelihara kalau pemahammannnya boleh jadi seribu satu tanpa satu pun piawai rujukan.


Dalil nya?
saya tidak mahukan dalil akal semata-mata.


Katakanlah:

Tunjukkanlah oleh kamu akan bukti-bukti kamu jika kamu adalah org-org yg benar.
Al-Baqarah: 111.


dan bukti hadis terpelihara ialah melalui kaedah dokumentasi hadis yg ketat,
ulama2 hadis boleh bezakan sesuatu hadis itu palsu ka atau tidak.


Ulama' hadis pun berseliseh pendapat tentang kesahehan &kepalsuan sesuatu hadis.
jelas sekali ini menunjukkan bahawa hadis tidak lah terjamin akan pemeliharaan &penjagaannya.

sedangkan AlQuran,
tiada perselisehan sama sekali tentang kesahehan sumbernya.


mengakibatkan seseorang tidak boleh bercakap tentang agama yakni Quran sesuka hatinya.


Org yg bercakap tentang agama tanpa sebarang sandaran dalil dari AlQuran,
maka sesungguhnya dia lah yg bercakap menurut sesuka hatinya.

Dan Kami telah menurunkan ke atas engkau Kitab yg menjelaskan bagi setiap sesuatu dan sebagai petunjuk dan rahmat dan berita gembira bagi org-org yg menyerah diri.
An-Nahl: 89.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 01:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 14-5-2010 02:37

salam saudara sirri...

pertama , pasal Quran dikatakan tidak berseliseh...
bagaimana dgn pendapat syiah bahawa Quran sunni tidak lengkap, bukan kah itu contoh berseliseh tentang Quran walopun ada jaminan. itu menunjukkan adanya jaminan bukan bermakna tidak berseliseh.


kedua dalil tentang terpeliharanya sunnah, baiklah, sebagaimana tidak adanya dalil bidaah dlm Quran, tetap menunjukkan tidak bolehnya bidaah.

begitu juga dalil tentang pemeliharaan hadis.
seandainya mahu dalil jugak cukuplah dalil pemeliharaan Quran sebagai dalil pemeliharaan hadis. kerana dua2nya sering berkait.


kalo tak nak jugak ,baiklah marilah kita anggap hadis itu tidak terpelihara,

seandainya hadis tidak terpelihara sekalipun, adalah amat penting kita mencari2 bagaimana kefahaman Quran cara nabi. kita perlu mencari jugak, macamanapun.
kerana , Quran tanpa sunnah@ kefahaman nabi adalah pintu kepada seribu satu tafsiran.

bukankah?

seandainya kita guna kaedah inkarus-sunnah(anti-hadis), yakni quran perlu dibaca sendiri-sendiri, maka mana nak letak ayat nie....

surah ali-Imron

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (164)


surah al-baqarah

(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat) dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. (151)


surah al-jumuah...

Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah(pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak)  dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (2)


lihatlah, kalo nabi hanya membacakan, maka kenapa perkataan membaca dan mengajar itu dileTAK ASING2.......

dan kalau nabi mengajar, maka ada satu kefahaman "khas" pada ketika itu, bukannya tafsiran bebas semata-mata....

jadi perlu atau tidak mencarik2 kefahaman itu, atau maseh mahu faham sendiri2, sedangkan Allah sendiri berkata bahawa nabi itu mengajar Quran dan hikmah.

kalau salah tolong tunjukkan.

wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 07:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 14-5-2010 19:22

pertama , pasal Quran dikatakan tidak berseliseh...
bagaimana dgn pendapat syiah bahawa Quran sunni tidak lengkap,
bukan kah itu contoh berseliseh tentang Quran walopun ada jaminan.
itu menunjukkan adanya jaminan bukan bermakna tidak berseliseh.


Soal pendapat syiah tentang Quran sunni tidak lengkap tidak perlu kita ikuti kerana ALLAH telah menjamin pemeliharaan Quran.

Sesungguhnya Kamilah yg menurunkan peringatan ini dan sesungguhnya Kami lah yg benar-benar memelihara bagi nya.
al Hijr: 9.


bila ALLAH telah menjamin utk memelihara AlQuran,
maka tak perlulah diragukan lagi akan keterpeliharaannya,
walaupun tidak melalui jalan sanad& silsilah sekalipun.
bahkan keimanan itu mesti di utamakan dari lojik akal.

dan soal manusia berseliseh tentang AlQuran,
itu adalah sesuatu yg telah di janjikan,
sebagaimana org-org terdahulu telah pun berseliseh setelah di berikan ilmu &kitab,
kerana kedengkian sesama mereka.


Dan tidaklah berseliseh org-org yg di beri kitab kecuali dari sesudah apa yg telah datang akan mereka oleh ilmu kerana kedengkian di antara mereka.

Ali 'imran: 19.


soal perselisehan, percanggahan &pemeliharaan kitab,
itu adalah perkara yg telah di janjikan juga,
yg tidak boleh di ingkari pun,
bahkan wajib di imani,

Dan jikalau menghendaki oleh Tuhan engkau nescaya Dia menjadikan manusia umat yg satu tetapi mereka sentiasa berseliseh.

kecuali org yg telah di beri rahmat oleh Tuhan engkau dan kerana demikian itulah Dia menciptakan mereka.
dan telah sempurna kalimat Tuhan engkau:
"Nescaya Aku penuhi jahannam dari jin dan manusia kesemuanya!".
Hud: 118, 119.

jadi betullah kata anda,
ada jaminan, tidak bermakna tidak berseliseh.
tetapi yg jelasnya ialah:
Hadis tiada jaminan pemeliharaannya.



kedua dalil tentang terpeliharanya sunnah,
baiklah,
sebagaimana tidak adanya dalil bidaah dlm Quran,
tetap menunjukkan tidak bolehnya bidaah.


Apakah dalilnya di dlm AlQuran?



seandainya mahu dalil jugak cukuplah dalil pemeliharaan Quran sebagai dalil pemeliharaan hadis.
kerana dua2nya sering berkait.


Saya tidak mahukan lojik akal.
cukuplah kiranya anda bawakan satu ayat dari Quran tentang bukti jaminan pemeliharaan Hadis.

Katakanlah:
Tunjukkanlah oleh kamu akan bukti-bukti kamu jika kamu adalah org-org yg benar.
Al-Baqarah: 111.



kerana ,
Quran tanpa sunnah@ kefahaman nabi adalah pintu kepada seribu satu tafsiran.



AlQuran itu adalah sebaik-baik tafsiran,

Dan tidaklah mereka mendatangkan kpd engkau dgn misal kecuali Kami datangkan kpd engkau dgn kebenaran dan sebaik-baik tafsiran.
Al-Furqan: 33.



lihatlah,
kalo nabi hanya membacakan,
maka kenapa perkataan membaca dan mengajar itu dileTAK ASING2.......


Jadi,
kenapa maseh lagi tercari-cari apa yg nabi baca &apa yg nabi ajar,
yaitu AlQuran?
bukankah ALLAH sendiri yg membacakan &mengajarkannya kpd nabi SAW,
yaitu AlQuran?


Kami membacakan kpd engkau dari berita musa dan fir'aun dgn kebenaran bagi kaum yg beriman.
Al-Qosos: 3.

Dia yg telah mengajar AlQuran.
Ar-Rahman: 2.

jadi,
mengapa kita tidak membaca &mengikuti apa yg telah di bacakan& di wahyukan oleh ALLAH kpd nabi SAW,
yaitu AlQuran?

Bacalah dgn nama Tuhan engkau yg telah menciptakan.
Al-'Alaq: 1.

Bacalah apa yg telah di wahyukan kpd engkau dari kitab dan dirikanlah solat.
Al-'Ankabut: 45.



sedangkan Allah sendiri berkata bahawa nabi itu mengajar Quran dan hikmah.


Sebenarnya,
ALLAH lah yg mengajarkan &memberikan hikmah,

Demikianlah itu dari apa yg telah di wahyukan kpd engkau oleh Tuhan engkau dari hikmah.
Al-Isra': 39.

bahkan,
ALLAH dgn kemurahan rahmat Nya,
bisa mengurniakan hikmah kpd sesiapa shj yg Dia kehendaki,

Dia lah yg memberikan hikmah akan org yg Dia kehendaki.
dan sesiapa yg telah diberi hikmah maka sungguh ia telah di beri kebaikan yg banyak.
dan tidaklah mengambil peringatan kecuali org-org yg mempunyai minda.
Al-Baqarah: 269.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.236769 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list