CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3094|Reply: 48

Maut terjun dari teksi sendiri

[Copy link]
Post time 14-12-2009 05:11 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu diculik maut terjun teksi





KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi yang dipercayai menjadi mangsa samun dan culik, maut apabila nekad terjun dari but teksinya yang sedang bergerak untuk menyelamatkan diri, semalam.

Difahamkan, lelaki berusia 31 tahun itu ‘dikurung’ dalam but teksinya selepas disamun seorang lelaki yang membawa lari kenderaan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa berjaya membuka but keretanya di Jalan Kuching di sini.

Menurutnya, pemandu teksi itu melambai-lambai tangannya untuk mendapatkan perhatian orang ramai di persimpangan Bank Rakyat, di sini.

“Perbuatan mangsa disedari tiga penunggang motosikal yang kemudian mengekori teksi berkenaan.

“Seorang daripadanya nya menghubungi polis untuk bantuan kecemasan,” katanya.

Mangsa nekad mahu melepaskan diri terjun daripada but teksi beberapa minit kemudian ketika kenderaan bergerak.

Beliau berkata, selepas mangsa terjun, suspek terus memecut melarikan diri ke arah pusat bandar.

“Dua penunggang motosikal itu terus mengekori teksi dinaiki suspek,” katanya.

Ku berkata, polis menemui teksi berkenaan berhampiran Bangunan Sime Darby di sini, namun suspek melarikan diri.

“Siasatan mendapati kes itu membabitkan samun serta culik.

“Polis sedang menunggu keputusan bedah siasat dan meminta dua saksi kejadian tampil membantu siasatan,” katanya.

Mangsa meninggal dunia beberapa minit sebelum ambulans tiba dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sesiapa mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Komisioner Ananthan di talian 019-3227766 atau menghubungi balai polis berhampiran.







*pic credit to ondscene



takziah untuk keluarga mangsa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2009 05:12 PM | Show all posts
sadis
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 05:14 PM | Show all posts
takziah. keluar mencari rezeki jer.

apalah nak jadi
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 05:14 PM | Show all posts
kesian nye....

ape nak jadi kat Malaysia niiiiiiiiiiiiiiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 05:17 PM | Show all posts
sedih..malaysia ni dah jadi tak selamat..kadar jenayah meningkat. Hari hari kita dgr kes culik/rompak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 05:17 PM | Show all posts
Banyakkan jenayah berlaku sekarang ni~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2009 05:21 PM | Show all posts
Kesiannya........
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 05:26 PM | Show all posts
kesian taxi driver ni........takziah untuk keluarga dia......
memang taxi drivers are opened to kes samun macam ni.....jadinya tak boleh nak salahkan derang jugak kalau derang memilih untuk ambil penumpang yang macam mana......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2009 05:29 PM | Show all posts
aduh! msti muka tersiat atas jalan raya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 05:30 PM | Show all posts
keje x nk.... asik nk menyamunnnnnnn jewww

takziah eh famili abng teksi tuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 05:30 PM | Show all posts
makin ramai manusia tak berhati perut skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 05:30 PM | Show all posts
makin ramai manusia tak berhati perut skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 05:39 PM | Show all posts
1# senyum_sokmo

ya Allah..sedihnya baca....

kejamnya manusia...jahatnyaa.....



kalau dah kawin tentu anak masih kecil.....
takziah buat keluarga mangsa....semoga tabah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 05:42 PM | Show all posts
Ya Allah...kejam betulll....kesiannya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 05:42 PM | Show all posts
sian dia,
ajal dah sampai..
takziah utk keluarganya...
yang hidup berhati2 lah..
ingat Allah SWT selalu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 05:43 PM | Show all posts
kesian....patut dia tunggu jek polis dtg...

neway..some info..

How to Jump from a Moving Car
Steps

   1.      Look out for any possible soft landing spots such as grass or soft dirt. Recognizing that you will be moving at the speed of your car, time your jump to roll into the best spot possible.

      2  Open the door and make sure it doesn't close on you in the middle of the jump.
      3.     Angle your body forwards and to the side. You want to aim in a direction that will take you away from the car and other traffic. Do not aim behind the direction of the vehicle.
   
      4     Jump out body first. Try to keep your head and arms tight to your body.
      5      Make sure you roll. You don't want to belly-flop onto a road.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2009 05:53 PM | Show all posts
harap2 si mati neh jenis stok pemandu yg tak ikhlas....yg suka kencing customer.. so that takde la kesian sgt kan uolss??
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 06:02 PM | Show all posts
malaysia kan aman damai.... bebas dari jenayah.... rakyat tak susah hingga sanggup merompak....bersyukur sangat kepimpinan di malaysia nih...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 06:04 PM | Show all posts
kesian negara makmur mcm Malaysia nih
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 06:05 PM | Show all posts
kalau perompak ke yg mati, takpe la jugek.. ni drebar teksi jek.. ntah2 bukan teksi dia pun.. bawak kawan punya ke..
aku tak faham kenapa org nak samun pemandu teksi.. dia org bukan bwk duit ribu riban pun.. pergi la rompak bank.. dah tentu ada duit...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.175120 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list