CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3390|Reply: 35

Mak Bapak OKU,anak maksiat kat rumah

[Copy link]
Post time 31-12-2009 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Timur: Maksiat di rumah sendiri Oleh Suraya Roslan
bhkt@bharian.com.my

NOOR HAYATI (kanan), Pegawai Kauseling JKM Marang, Fazilah Ghani (tengah) memberi kauseling kepada Liza di rumahnya di Taman Rahmat, Pulau Kerengga.







Anak OKU bebas bawa masuk teman lelaki ke kediaman

MARANG: Ibu bapa mereka orang kurang upaya (OKU), tetapi kekurangan itu tidak sedikitpun membangkitkan rasa insaf kepada anak, sebaliknya mereka mengambil kesempatan di atas ketidakupayaan keluarga itu melakukan maksiat di rumah.

Kegiatan tidak bermoral itu berlaku di perkampungan Taman Rahmat, Pulau Kerengga di sini, yang menempatkan golongan OKU penglihatan, fizikal dan mental, apabila kebanyakan anak mereka menjadi orang yang ketagih pada kehidupan sosial hingga melupakan kecacatan dialami ibu bapa.


Lebih menyedihkan, kegiatan maksiat yang berleluasa di kawasan itu menyebabkan ramai anak golongan OKU di situ terlanjur bersama teman lelaki hingga melahirkan anak luar nikah.

Seorang gadis yang juga anak OKU di situ dikenali sebagai Liza yang ayahnya sudah meninggal dunia, berkata dia mengambil kesempatan di atas kecacatan ibunya yang sakit mental untuk membawa teman lelaki masuk ke dalam rumah, tetapi ditangkap khalwat sebelum sempat memadu kasih.

Dia yang sudah berkahwin dengan teman lelakinya itu berkata, kecacatan ibunya membuatkan gaya hidupnya sedikit bebas, namun tindakan pantas bapa saudaranya memaklumkan kegiatannya kepada pihak berkuasa menyelamatkan dirinya daripada terjerumus ke kancah maksiat.
TAMAN Rahmat, Pulau Kerengga yang menempatkan OKU penglihatan, fizikal dan mental.

“Nasib saya lebih baik berbanding adik yang kini berusia 20 tahun kerana dia juga terjebak dengan gejala sama sehingga melahirkan dua anak luar nikah. Saya akui pergaulan bebas serta mengambil kesempatan ke atas kekurangan ibu bapa OKU menyebabkan anak bebas melakukan perbuatan keji itu banyak terjadi di Taman Rahmat ini,” katanya.

“Saya tidak nafikan, ramai anak remaja di sini bebas keluar masuk ke rumah teman lelaki dan wanita masing-masing untuk melampiaskan nafsu. Kawan saya yang mempunyai ibu bapa cacat penglihatan, sering membawa teman lelakinya masuk ke rumah ketika ibu bapa keluar mengemis setiap hari,” katanya.

Liza berkata, dua bulan lalu adiknya sudah berkahwin dengan teman lelakinya selepas terlanjur melakukan hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan sehingga memperoleh dua anak.

“Tetapi saya sedih kerana dia (adik) meletakkan beban pada mak untuk menjaga anaknya, kerana suaminya tidak bekerja. Bayangkan mak saya yang cacat mental, terpaksa membela cucu dengan menggunakan duit elaun RM300,” katanya.
Terdahulu, beberapa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri memberi kaunseling kepada beberapa remaja dan golongan bermasalah terbabit, selain memberi dorongan dan motivasi supaya tidak mengulangi perbuatan sama.

Seorang warga emas berusia 60 tahun, Sarinah (bukan nama sebenar) yang cacat penglihatan dan mencari rezeki dengan mengemis sejak 20 tahun lalu mengaku dia menjalin hubungan dengan pemandu kereta yang membawanya pergi meminta sedekah, sedangkan suaminya di rumah.

“Saya sering pulang lewat malam sehingga jam 3 pagi bersama pemandu itu dan tidak menghiraukan suami dan anak. Saya pun tidak tahu sampai bila saya harus berkelakuan begini, hanya masa yang akan menentukan,” kata ibu kepada tiga orang anak itu tanpa rasa bersalah.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Marang, Noor Hayati Zaman, berkata pihaknya maklum mengenai gejala sosial di perkampungan berkenaan dan sering mengambil tindakan, termasuk mengatur pelbagai program di perkampungan terbabit seperti kelas agama, kaunseling dan pendidikan bagi menerapkan ilmu berguna kepada penduduk di taman perumahan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2009 10:29 AM | Show all posts
macam2 dok ada
nak apa lagi
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 10:35 AM | Show all posts
hoh..bley plak mcm tu..apa laa nak jd...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 10:36 AM | Show all posts
Seorang warga emas berusia 60 tahun, Sarinah (bukan nama sebenar) yang cacat penglihatan dan mencari rezeki dengan mengemis sejak 20 tahun lalu mengaku dia menjalin hubungan dengan pemandu kereta yang membawanya pergi meminta sedekah, sedangkan suaminya di rumah.

“Saya sering pulang lewat malam sehingga jam 3 pagi bersama pemandu itu dan tidak menghiraukan suami dan anak. Saya pun tidak tahu sampai bila saya harus berkelakuan begini, hanya masa yang akan menentukan,” kata ibu kepada tiga orang anak itu tanpa rasa bersalah


bleh gak mcm tuh ekk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2009 10:48 AM | Show all posts
4# addicted
dah buta pun masih bernafsu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 10:52 AM | Show all posts
1# demonicboy


Apa objektif sebenar kumpul semua OKU dlm 1 kg ?

Kalau masing2 dh kurang upaya, tahap keprihatin psl jiran sebelah menyebelah dari segi fizikal dan emsori amat diragui.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2009 10:57 AM | Show all posts
sedihnya bila baca kisah budak2 skrg ni & lagi sedih pada OKU
mungkinker OKU kat msia ni tak diberi kaunseling/bimbingan/tunjuk ajar
mcm tak terbela jer..anak2 pulak ambil kesempatan atas kecacatan ibu bapa
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 10:58 AM | Show all posts
dasar anak durhakaa...
kurang asam betullll
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2009 11:02 AM | Show all posts
Timur: Maksiat di rumah sendiri Oleh Suraya Roslan
bhkt@bharian.com.my
NOOR HAYATI (kanan), Pegawai Kauseling JKM Marang, Fazila ...
demonicboy Post at 31-12-2009 10:19


biasalah OKU2 melayu islam neh noks....
takat berzina bernaak pinak tanpa kawen tu ala2 normal jah khennn?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 11:03 AM | Show all posts
orang oku kat kg aku tu elok jek perangai. aku rasa tak bole la letak dlm 1 kg
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 11:13 AM | Show all posts
dunia dh nk kiamat..
ibu melahirkan tuan..
wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 11:16 AM | Show all posts
knp letak dlm 1 kg?heran sungguh..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 11:28 AM | Show all posts
ASTAGHFIRULLAH.... apa nak jadi ni ....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 12:02 PM | Show all posts
mmg dunia dah nak akhir zaman.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 12:05 PM | Show all posts
masyarakat kt situ dah rosak....jadi kesalahan tu dah jadi biasa....
semoga Allah merahmati mrk dan dapat keluar dr kejahilan tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 12:08 PM | Show all posts
masyarakat kt situ dah rosak....jadi kesalahan tu dah jadi biasa....
semoga Allah merahmati mrk dan dapat keluar dr kejahilan tu
Embun.Exora Post at 31-12-2009 12:05


kalau tak jadi kebiasaan kat tpt itu takde la sampai ada anak dok gigih beranak anak luar nikah sampai 2-3 ekor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2009 12:17 PM | Show all posts
Ubatnya nikahkan aje...selesai masalah..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 12:19 PM | Show all posts
Timur: Maksiat di rumah sendiri Oleh Suraya Roslan
bhkt@bharian.com.my
NOOR HAYATI (kanan), Pegawai Kauseling JKM Marang, Fazila ...
demonicboy Post at 31-12-2009 10:19


Memalukan sungguh la Melayu2 zaman skang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 12:21 PM | Show all posts
kalau berlaku kebakaran contohnya...mcm mana OKU nak tolong..adoiyaaa...motif disatukampungkan dorunk nehh....:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 12:29 PM | Show all posts
pandai amik kesempatan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.291037 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list