CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 110061|Reply: 785

soalan dari non-muslim

[Copy link]
Post time 20-1-2010 01:26 AM | Show all posts |Read mode
aku bangsa india yg minat nak mengetahui lebih banyak tentang agama islam, aku ada banyak persoalan tentang islam dan al-quran, aku akan tanya secara berperingkat-peringkat, berharap aku boleh dpt jawapan dari sini, thanks

beberapa soalan permulaan ialah
1.  quran ditulis dlm bahasa apa, perkataan apa ?
( sebab selama ni aku ingat quran ialah tulisan jawi, tapi bulan lepas ada sorang permuda PAS teman aku baca satu laman web, dia kata : yg ada banyak titik-titik tu baru ialah quran, yg tidak bertitik cuma huraian dalam bahasa jawi )

2.  quran ditulis oleh siapa ?

3.  quran ada versi bahasa lain tak ?  ( contoh quran bahasa Melayu )

4.  sekiranya Allah mencipta segalanya, habis siapa yg mencipta Allah ?

5.  apa perbezaan antara nabi dan manusia ?

6.  adam dan hawa ialah nabi atau manusia ?

7.  kenapa kristian cakap tuhan cipta adam di eden garden, islam pula cakap dia diturunkan di padang Arafat, habis siapa yg betul

8.  pada tahun apa adam diturunkan,   sekiranya quran ialah sejarah betul, mesti ada catatan tarikhnya, contoh Melaka jatuh di tangan Portugis pada 1511

9.  Kristian kata pada permulaan Adam dan Hawa adalah berbogel, adakah quran juga kata demikian



harap ada kawan-kawan Melayu yg boleh bagi jawapan, aku ucapkan terima kasih terlebih dahulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2010 02:00 AM | Show all posts
xdapat den nk nolong....kena cari orang yang pakar....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 02:23 AM | Show all posts
mungkin ade kalangan mod kite yg arif ... bleh tlg huraikan ....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 02:49 AM | Show all posts
moga awak dapat hidayah....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 03:52 AM | Show all posts
Al Quran adalah wahyu yg diturunkan Allah kpd Nabi Muhammad melalui Jibril dalam bahasa Arab. Dlm alQuran Allah sebut:

-“Kami telah menurunkan Al Quran itu sebagai peraturan dalam bahasa Arab”(QS. Ar Ra’d 13 : 37)
-“dengan bahasa Arab yang jelas”(Qs. Asy Syu’araa’ 26 : 195),
-“Al Quran dalam bahasa Arab yang tidak ada kebengkokan”(QS, Az Zumar 39 : 28)


Al Quran hanyalah dalam bahasa Arab. Yang ditulis dalam bahasa lain tu hanyalah terjemahan al Quran sahaja dan x dianggap sprt al Quran yg asli. (x payah amek air smayang seblum baca terjemahan)

Al Quran ni turun beperingkat2 selama 22 tahun. Tiap2 kali wahyu turun Nabi Muhammad akan hapal wahyu2 ni dan lepas tu ajar kpd sahabat2 Baginda. Nabi juga mintak beberapa sahabat yg boleh menulis seperti Zaid bin Tsabit, Ali bin Abi Talib, Muawiyah bin Abu Sufyan dan Ubay bin Kaab utk tuliskan wahyu2 ni sebijik2 mcm yang diturunkan kpd Nabi (since Nabi Muhammad ni x tau membaca n menulis). AlQuran start dibukukan pada zmn khalifah Abu Bakar dan tulisannya diseragamkan pada zaman khalifah Uthman bin Affan.

-Ni aku bg sket pasal alQuran drpd apa yg aku tau dan aku google2. Kl ada yg salah tlg2 la betulkan.

ps: Kpd TT, alQuran bukan buku sejarah (refer soklan no 8).
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 09:43 AM | Show all posts
1.  quran ditulis dlm bahasa apa, perkataan apa ?
( sebab selama ni aku ingat quran ialah tulisan jawi, tapi bulan lepas ada sorang permuda PAS teman aku baca satu laman web, dia kata : yg ada banyak titik-titik tu baru ialah quran, yg tidak bertitik cuma huraian dalam bahasa jawi )

Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab.


3.  quran ada versi bahasa lain tak ?  ( contoh quran bahasa Melayu )

ada dalam versi terjemahan. bahasa melayu dan bahasa inggeris.


4.  sekiranya Allah mencipta segalanya, habis siapa yg mencipta Allah ?

Allah itu tidak beranak dan tidak pula diberanakkan.


5.  apa perbezaan antara nabi dan manusia ?

nabi juga seorang manusia. tetapi manusia yang dilantik oleh Allah sebagai nabi. dimana, nabi suci daripada segala dosa.
nabi dikurniakan wahyu oleh Allah.


6.  adam dan hawa ialah nabi atau manusia ?

adam dan hawa juga manusia. tetapi adam merupakan manusia yang dilantik oleh Allah sebagai nabi. hawa bukan nabi. lelaki sahaja yang dilantik sebagai nabi.


wallahu'alam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2010 10:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by alien7749 at 20-1-2010 10:41

1.  quran ditulis dlm bahasa apa, perkataan apa ?
Al-Quran ditulis dalam bahasa arab kerana ianya diwahyukan kepada Muhammad SAW yang berbahasa arab ketika itu.
http://www.youtube.com/watch?v=KBj227G7MNk

2.  quran ditulis oleh siapa ?
Selepas Rasulullah wafat, sahabat2 Baginda yang hafal surah mengarang al-Quran supaya tidak dilupakan oleh generasi akan datang. Al-Quran yang asal tidak mempunyai baris, kemudiannya telah diletak baris oleh Hajaj supaya mudah dibaca oleh mereka yang bukan dari arab. Jadilah al-Quran sekarang. Sesuai dengan janji Allah, al-Quran akan sentiasa terpelihara dan tidak akan boleh diubah seperti berlaku kepada kitab Injil yang mempunyai banyak versi yang bercanggah antara satu sama lain.

3.  quran ada versi bahasa lain tak ?  ( contoh quran bahasa Melayu )
http://al-quran.info/#&&sura=1&t ... t_version&show=both,quran-uthmani&format=rows&ver=1.00

4.  sekiranya Allah mencipta segalanya, habis siapa yg mencipta Allah ?
Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan. Kalau Allah dicipta, maka penciptaNya lebih berkuasa.
http://www.youtube.com/watch?v=gfzUJHMlf7U
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 10:59 AM | Show all posts
1# sivagovin

Jawapam
1]Alquran ditulis didalam bahasa Arab.
Jawi adalah huruf dan tulisan ,bukan Bahasa. Sebagai contoh, God dan Deus, keduanya mengunakan huruf dan tulisan Roman alphabet. Tapi satu bahasa Inggeris dan satu bahasa Latin.

2]AlQuran disampaikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad. Nabi kemudian memperdengarkan kepada sahabatnya dan kemudian sahabatnya menulis dan membukukan AlQuran.

3]TIADA VERSI TETAPI ADA TERJEMAHAN DAN PERBEZAAN EJAAN DAN TULISAN. Pada permulaanya para sahabat menulis dalam loghat masing masing. Kemudian pada zaman khalifah Othman, dipiawaikan kepada loghat Quraish. Pada zaman Rasullulah ,ada banyak loghat Arab, sebagaimana di Malaysia ada Bahasa Melayu loghat Kelatan dan loghat kedah. AlQuran ditulis dalam loghat Arab Quraish, tempat Rasullalah dilahirkan. Quran bahasa Melayu adalah terjemahan, bukan versi. Terjemahan ialah penukaran Bahasa teks, manakala versi adalah perbezaan kandungan. Contoh versi ialah
Bible Protestant dan Bible Roman Catholic. Bible Roman Catholic mempunyai lebih banyak kandungan/chapter dari Bible Protestant.


Perbezaan ejaan contohnya, Bahasa Inggeris UK. honour . Terjemahannya ialah kehormatan/maruah/kepercayaan.
Ejaan Bahasa USA ialah honor.

4]Tidak ada yang mencipta ALLAH .Dia wujud tanpa dicipta dan tidak dilahirkan. Didalam sains juga pasti saudara diperkenalkan konsep wujud tidak dicipta ini. Contohnya dalam ilmu fizik, saintis mengatakan bahawa tenaga tidak boleh diciptakan atau dimusnahkan. "Energy cannot be created or destroyed ".

Jadi samada anda atheist atau berTuhan, anda terpaksa percaya tentang kewujudan sesuatu yang tidak diciptakan atau boleh dimusnahkan.

Cuma kami orang Islam mengatakan bahawa yang wujud tidak diciptakan atau dimusnahkan ialah Tuhan dan bukan energy atau tenaga. Energy tidak hidup dan berfikir dan tak mempunyai kepandaian untuk mencipta manusia yang boleh berfikir ini.

5] Nabi ialah manusia pilihan Tuhan yang diberi Wahyu. Wahyu ialah komunikasi dari Tuhan secara terus atau melalui malaikat atau mimpi.

6: Mengikut Islam ,Adam ialah Nabi. Hawa bukan. Setiap Nabi adalah manusia . Tidak ada Nabi yang bukan manusia.

7: Nabi Adam diciptakan didalam Syurga, bukan di bumi/realiti ini. Garden of Eden itu disalah tafsirkan oleh orang Kristian berada di muka bumi /realiti ini.

8: Nabi Adam diciptakan beribu atau mungkin berpuluh ribu tahun dahulu, tiada tarikh dan pengiraan wujud pada ketika itu.

9: Nabi Adam dan Hawa berpakaian, tetapi selepas memakan buah yang dilarang, pakaian mereka dilucutkan dan mereka dihalau dari Syurga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2010 11:24 AM | Show all posts
semua soklan dah terjawab..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 11:29 AM | Show all posts
fuh terima kasih kerana menyoal..i'm sure my children will be asking me the same question some day..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 01:50 PM | Show all posts
1# sivagovin  

7: Nabi Adam diciptakan didalam Syurga, bukan di bumi/realiti ini. Garden of Eden itu disalah tafsirkan oleh orang Kristian berada di muka bumi /realiti ini

mhas2 Post at 20-1-2010 10:59 AM


jawapan ni kurang tepat. Para ulama islam pun masih ada perselisihan tentang masalah syurga ni. Apakah syurga di mana Adam a.s itu diciptakan itu syurga dunia atau syurga abadi.

Jika syurga abadi, kenapa Adam a.s diuji dengan pohon khuldi? Mengapa Iblis masih boleh menghampiri syurga abadi? Sedangkan syurga abadi ini bukan tempat ujian. Mereka yang memasuki syurga abadi ini akan kekal dan tidak dikeluarkan dari syurga.

Mungkin syurga itu hanya "taman" yang mungkin juga berada di dunia ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2010 02:39 PM | Show all posts
timas pada mereka yg tolong jawap


disebabkan soalan aku banyak, terpaksalah aku tanya secara berperingkat, kalau tak nanti pening kepala


di sini aku ada beberapa soalan baru :


1.  dari apa yg dijawap di atas, adakah bermaksud manusia pertama wujud di Arab ?


2.  apa maksud hidayah, minta maaf, sebab aku bukan muslim, banyak perkataan islam yg korang jawab aku tak faham, dalam kamus aku pun tak dapat cari ( terima kasih pada mhas2 yg explainkan wahyu, kalau tak aku memang tak faham apa tu wahyu )


3.  kawan kurenblack menjawap Quran bukan sejarah, so, adakah ni bermaksud ada banyak cerita dlm Quran cuma direka saja, bukan kisah benar ?


4.  Quran diturunkan dalam bahasa arab, adakah barmaksud Adam dan Hawa cakap dlm bahasa Arab ?


5.  Adam mati pada usia berapa, dan hawa pula mati pada usia berapa ?


6.  Adam dan Hawa ada lahir berapa orang anak ?


7.  di manakah Adam dan Hawa melakukan seks ?


8.  siapa yg sunatkan Adam dan Hawa ? atau mereka berdua tidak bersunat ?


9.  Allah jantina apa ?  lelaki ke perempuan ?


10.  sebelum Adam dan Hawa diturunkan, keadaan bumi ialah macam mana  ?


11.  kenapa mesti diturunkan ke bumi ni dan bukan bintang planet lain ?


12.  iblis datang dari mana, tinggal kat mana ?


13.  adakah Allah dan iblis ialah benda yg ada roh ?


14.  Allah cuma seorang saja ke ? atau cuma satu saja ?   iblis pula berapa ?


15.  Allah mencipta binatang lain dulu atau turunkan Adam dulu kat bumi ?


16.  Quran disampaikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad pada usia Muhammad yg ke berapa ? pada tahun apa ?


ok,  tanya sampai ni dulu, ada banyak lagi aku akan tanya di masa akan datang, timas  
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 03:15 PM | Show all posts
2.  apa maksud hidayah, minta maaf, sebab aku bukan muslim, banyak perkataan islam yg korang jawab aku tak faham, dalam kamus aku pun tak dapat cari ( terima kasih pada mhas2 yg explainkan wahyu, kalau tak aku memang tak faham apa tu wahyu )

hidayah = petunjuk


3.  kawan kurenblack menjawap Quran bukan sejarah, so, adakah ni bermaksud ada banyak cerita dlm Quran cuma direka saja, bukan kisah benar ?

Al-Quran merupakan panduan. banyak ilmu yang telah diperolehi daripada Al-Quran. selagi berpegang dengan Al-Quran, insyaallah kita tidak akan sesat. Al-Quran sesuai untuk kegunaan sepanjang zaman. itu bukti Quran adalah benar.


9.  Allah jantina apa ?  lelaki ke perempuan ?

Allah bukan lelaki bukan juga perempuan.


12.  iblis datang dari mana, tinggal kat mana ?

iblis mulanya tinggal di syurga. tapi kerana ingkar dengan perintah Allah untuk tunduk kepada adam a.s. iblis dicampak ke neraka.


14.  Allah cuma seorang saja ke ? atau cuma satu saja ?   iblis pula berapa ?

Allah hanya satu.yang maha esa dan yang maha kuasa.


wallahu'alam..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 03:26 PM | Show all posts
kenapa tny benda yg xleh dipikir oleh akal???
kalo tny knp hantar ke bumi???xke pluto???siapa bg nama dia bumi???adoi....puning aku...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 03:27 PM | Show all posts
al-Quran diturunkan kepada Muhammad S.A.W. yang merupakan manusia hidup beribu ribu tahun selepas kejadian Adam dan Hawa.. turunnye a-Quran dalam bahasa Arab kerana Muhammad S.A.W. merupakan bangsa Arab bukan kerana Adam dan Hawa bertutur bahasa arab.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 04:28 PM | Show all posts
7.  di manakah Adam dan Hawa melakukan seks ?

8.  siapa yg sunatkan Adam dan Hawa ? atau mereka berdua tidak bersunat ?

Apa punya soalan maaa.... ni bab mana ni? Fekah? Tauhid? Tasawuf?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2010 04:33 PM | Show all posts
Kalau nak belajar lagi, boleh browse kat sini. pelbagai soalan dijawab.

http://thedeenshow.com/videos.php
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 04:50 PM | Show all posts
7.  di manakah Adam dan Hawa melakukan seks ?

8.  siapa yg sunatkan Adam dan Hawa ? atau mereka berdua tidak bersunat ?


alien7749 Post at 20-1-2010 16:28




Tak perlu sangat kita tahu tentang aktiviti seks seseorang itu. Dalam syurga
yang penuh nikmat pun dah ada tempat beradu yg tak tergambar oleh pemikiran manusia.
Kalau kita tanya bapak kita pun macammana bapak buat seks sampai boleh saya lahir kat dunia ni,
pun boleh mendatangkan implikasi burok. Mungkin ada kesan tapak tangan kat pipi kita.

Soal khatan (sunat) ni tak ada yg pelik nya. Nabi Ibrahim AS pun berkhatan ketika umo 80 tahun.
Nabi MUhammad SAW, lahir-lahir aje dah berkhatan. Dalam agama Islam, berkhatan ini sunat. Ia mebuang kotoran
yg melekat pada bawah belah dalam kulit kemaluan lelaki. Org bukan Islam yang tak bersunat pun boleh dapat gak anak.
Ramai lagi macam kat India.  Cuma org yang tak bersunat ni letih sikit lah kerjanya, setiap kali nak berjimak (bersama
dgn isteri) setiap kali tu kena bersih. Kalau tida, bau nya amatla-amatlah kurang menyenangkan. Boleh pecah serombong lobang hidung....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 09:36 PM | Show all posts
Saya rasa saudara dan forumer muslim semua jawab soala govin yang mana rasa bermanfaat dan berilmiah sahaja.  Soalan merepek-repek tu tak payah ler jawab.  Tanya pasal hubungan seks ke apa ke tu apahal?  

sebelum nak jawab tu, kita pun nak tahu tujuan sebenar govin.  

Dulu ada juga forumer yang tanya-tanya soalan tapi last sekali nak tuduh Islam tak betul.  Tu pasal tanya soalan merepek untuk cari peluang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 10:55 PM | Show all posts
19# ibnur

aku sokong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.257009 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list