CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sivagovin

soalan dari non-muslim

[Copy link]
Post time 22-1-2010 04:06 PM | Show all posts
mempelajari agama Islam perlu ade pembimbing yang mahir. tidak cukup dgn kata2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2010 05:01 PM | Show all posts
41# arinieva

yup, lagi satu jgn coba2 utk mengkaji zat Allah SWT. Nanti boleh jadi GILA ISIM.
Nanti dibimbangi akan menjadi penghuni tetap di universiti tanjung rambutan, kat Johor.
Atau kalau yang berada di luar negara, boleh refer pada negara terbabit utk kesenangan
waris2 yang terdekat...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 05:17 PM | Show all posts
gila what? pardon me? apa tu isim...isk isk istilah mana ni ...yer isk isk...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 05:24 PM | Show all posts
12# sivagovin
8.  siapa yg sunatkan Adam dan Hawa ? atau mereka berdua tidak bersunat ?

Dua-dua pun tidak. Buktinya ialah hadis riwayat Imam Malik yang menyebutkan bahawa Nabi Ibrahim ialah manusia yang mula-mula bersunat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 07:36 PM | Show all posts
salam...
byk yg saya dapat melalui pembacaan ini..
huhu..rupanya sy yg sejak lahir Islam pun masih lagi perlu mendalami dan mempelajari agama dengan baik...huhuhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2010 01:08 AM | Show all posts
12# sivagovin

Dua-dua pun tidak. Buktinya ialah hadis riwayat Imam Malik yang menyebutkan bahawa Nabi Ibrahim ialah manusia yang mula-mula bersunat.
manzilla Post at 22-1-2010 17:24



aku mengucapkan ribuan timasih pada saudara ...

inilah jawapan yg aku mahu,  terus jawap apa yg aku soal   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2010 01:12 AM | Show all posts
12# sivagovin

1] Adam dan Hawa diciptakan di surga. Surga bukan di dunia ini.

2] Hidayah ialah petunjuk untuk memeluk islam

3] Tidak ada cerita didalam Quran direka, semuanya benar belaka.

4]AlQuran diturunkan kepada Nabi Muhammad, bukan Nabi Adam. Tidak tahu bahasa apa yang dituturkan oleh Nabi Adam.mungkin jugak bahasa Arab [MUNGKIN]

5] Tidak tahu umur berapa. Tapi ada yang mengatakan beratus tahun lebih. Nabi Nuh berumur lebih 950 tahun.

6] Tidak tahu, tapi 2 orang daripada mereka ialah Qabil dan Habil. Qabil melakukan pembunuhan pertama dengan membunuh Habil.

7] Adam dan Hawa melakukan seks di surga dan kemudian apabila mereka terbuang ke dunia, di dunia.

8] Adam menyunatkan diri sendiri. Orang perempuan tidak disunatkan didalam Islam [ Walaupun ada budaya di negeri Islam yang menyunatkan perempuan, ini bukan dari ajaran islam ]

9] Allah tak berjantina. Bukan laki laki dan perempuan. Jantina, satu kriteria penting untuk pembiakan perlu untuk makhluk. Walaupun begitu ada makhluk yang dwi jantina seperti cacing. Pembiakan penting untuk kesinambungan spesies selepas kematian satu generasi. Allah tak berjantina kerana dia tak perlu membiak ,dia tetap kekal selamanya.

10] Bumi dipenuhi oleh haiwan dan tumbuhan yang berbagai bagai.

11] Kalau Adam diturunkan di planet lain, planet lainlah yang akan digelar bumi. Diciptakan bumi untuk menampung kehidupan. Sebagai contoh, planet planet lain tak mampu untuk menampung kehiudpan kerana tiada oksigen dan atmosfera dan graviti yang rendah. Allah telah mencipta bumi supaya ada kriteria yang boleh menampung kehidupan seperti oksigen, suhu yang tak terlalu tinggi, atmosfera yang boleh menahan sinar yang merbahaya , mempunyai air yang penting untuk kehidupan dan bermacam macam lagi .Planet planet lain tidak mempunyai kombinasi ini semua. Ini bukti yang kukuh tentag kewujudan Tuhan.

12]Iblis ialah bekas ketua Malaikat, yang enggan patuh kepada Allah. Iblis dan semua benda diciptakan oleh Allah.

13]Iblis diciptakan dari cahaya. Allah ,tidak ada sesiapa pun tahu essence nya dengan sempurna.

14] ALLah Esa iaitu satu .Iblis satu tapi pengikutnya dari kalangan malaikat yang murtad [ dipanggil syaitan ] dan manusia yang berusaha kearah kekafiran banyak.

15] ALLAH menciptakan ruh para nabi dahulu. Ruh ialah soul /spirit . Selepas itu baru diciptakan , syurga, neraka ,bumi, alam sejagat, malaikat dan yang lain. Kemudian binatang dan tumbuhan. Kemudian diciptakan model/patung Nabi Adam dari tanah. Kemudian barulah dimasukkan ruh Nabi Adam ke model/patung dan hiduplah Adam.

16] Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad pada ketika beliau berumur 40tahun, tahun 610 masehi. Sekarang tahun 2010 masehi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2010 01:13 AM | Show all posts
jawapan ni kurang tepat. Para ulama islam pun masih ada perselisihan tentang masalah syurga ni. Apakah syurga di mana Adam a.s itu diciptakan itu syurga dunia atau syurga abadi.

Jika syurga abadi, kenapa Adam a.s diuji dengan pohon khuldi? Mengapa Iblis masih boleh menghampiri syurga abadi? Sedangkan syurga abadi ini bukan tempat ujian. Mereka yang memasuki syurga abadi ini akan kekal dan tidak dikeluarkan dari syurga.


Mungkin syurga itu hanya "taman" yang mungkin juga berada di dunia ni.

Hang Post at 20-1-2010 13:50



aku juga mengucapkan ribuan timasih pada Hang

hari tu kitorang post dalam masa sama, aku terlepas pandang jawapan anda


sebenarnya ini juga salah satu soalan aku pada akan datang, tapi sekarang Hang dah tolong jelaskan lebih awal,  thank you very much  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2010 01:14 AM | Show all posts
44# manzilla

Mengikut Inji Barnaba, Nabi Adam bersunat tetapi praktis itu ditinggalkan orang sehinggalah dihidupkan kembali oleh Nabi Ibrahim.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2010 09:07 AM | Show all posts
49# mhas2
Kitab Injil bukan hujah bagi orang Islam. Tuan tanah tanya soalan-soalan tu kat sini, aku cukup pasti dia nak jawapan dari orang Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2010 10:25 AM | Show all posts
47# mhas2
Jawapan-jawapan macam ni yang kengkadang aku tak berapa suka ni.  Harap hanya yang benar-benar pasti sumber dari al-Quran dan Hadith sahaja yang digunakan.  Yang dari cerita-cerita ustaz tareqat, yang buku tidak bersumber alquran dan hadith sahih, tak payah ler bawa.  nanti lebih mengelirukan bukan Islam dan mungkin Muslimin sendiri yang akan keliru.

8] Adam menyunatkan diri sendiri. Orang perempuan tidak disunatkan didalam Islam [ Walaupun ada budaya di negeri Islam yang menyunatkan perempuan, ini bukan dari ajaran islam ]

Jawapan ini harap diberi sumber.  kalau tak ada maka ia bukan sesuatu yang pasti.  Kalau takl pasti, simpan sahaja dulu.


12]Iblis ialah bekas ketua Malaikat, yang enggan patuh kepada Allah. Iblis dan semua benda diciptakan oleh Allah.

13]Iblis diciptakan dari cahaya. Allah ,tidak ada sesiapa pun tahu essence nya dengan sempurna.

14] ALLah Esa iaitu satu .Iblis satu tapi pengikutnya dari kalangan malaikat yang murtad [ dipanggil syaitan ] dan manusia yang berusaha kearah kekafiran banyak.


Iblis bukan dicipta dari cahaya dan bukan dari malaikat.

Iblis sendiri mengaku bahawa dia dicipta dari api dan Allah menyatakan dia dari kalangan jin.

Sila rujuk ayat quran:
7:12  "Allah berfirman: ""Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?"" Menjawab iblis: ""Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah""."

18:50 "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ""Sujudlah kamu kepada Adam"", maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim."

38:76 "iblis berkata: ""Aku lebih baik daripadanya, karena Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah""."
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 01:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by siawraet at 24-1-2010 14:33

47# mhas2



13]Iblis diciptakan dari cahaya. Allah ,tidak ada sesiapa pun tahu essence nya dengan sempurna.


    Iblis daripada api, sepertimana yang dipost oleh sdr Ibnur.


   
14] ALLah Esa iaitu satu .Iblis satu tapi pengikutnya dari kalangan malaikat yang murtad [ dipanggil syaitan ] dan manusia yang berusaha kearah kekafiran banyak.


    Pertama kali aku dengar ada malaikat yang murtad. Sepengetahuan aku, hanya 2 jenis (orang) Malaikat sahaja yang menderhaka pada Allah SWT, iaitu Malaikat Harut dan Marut. Mereka menderhaka pun sebab diberi dugaan oleh Allah SWT dengan diberi nafsu, sama macam manusia. Dan mereka telah pun menjalani hukuman sampai hari kebangkitan.
    Sepanjang apa yang aku tahu juga, pegikut iblis ialah di kalangan jin dan manusia yang jahat. Ini dinamakan golongan syaitan. Syaitan ialah sifat bagi 2 golonagn makhluk ini yang berbuat kejahatan, kemungkaran dan kederhakaan pada Rabbul Jalil.

WA
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 02:53 AM | Show all posts
harap rakan 2 islam jangan lah menggunakan bahasa kasar jika rakan2 bukan islam bertanyakan soalan yg diluar batas fikiran...cubalah jawab secara berhemah... memalukan org islam sahaja jika menggunakan bahasa kasar dan marah2..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 11:40 AM | Show all posts
harap rakan 2 islam jangan lah menggunakan bahasa kasar jika rakan2 bukan islam bertanyakan soalan yg diluar batas fikiran...cubalah jawab secara berhemah... memalukan org islam sahaja jika menggunaka ...
masros71 Post at 24-1-2010 02:53


kalau tujuan dia org bertanya nak mendekatkan diri dgn islam tak apa...
Tapi kalau nak menghinakan kita tak perlu beri jawapan  yang sepatutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 01:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by majohan at 24-1-2010 13:07
kalau tujuan dia org bertanya nak mendekatkan diri dgn islam tak apa...
Tapi kalau nak menghinakan kita tak perlu beri jawapan  yang sepatutnya.
hjrayle Post at 24-1-2010 11:40



sebagai org Islam, asalkan org menghina kita pun mesti sabar,x leh mengambil alasan org hina kita pun balas depa bende yg sama, i x bum lagi nampak tt ada motif nak menghina,  but may b dia akan .... sebab ada2 yg bagaikan sendiri ialah Allah yg berhak menjatuhkan kesalahan org
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 03:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by siawraet at 24-1-2010 14:33

47# mhas2



    Iblis daripada api, sepertimana yang dipost oleh sdr Ibnur.


   

    Pertama kali aku dengar ada malaikat yang murtad. S ...
siawraet Post at 24-1-2010 01:02


malaikat murtad (fallen angels) tuh kristian ponya konsep. dlm quran (ibnur dah tepek) terang2 bagitau iblis dan setan ni keturunan makhluk jin. jin dan malaikat ni dua mahluk laen2. malaikat dari cahaya. jin dari api.tang mana setan ni malaikat pulok?

malaikat harut marut tu tak ada pom dlm quran habaq depa dolu jahat ka sesat ka samapi kena balasan. tu suma kisah israeliyat hok dicedok utk tafsir kan ayat yg mengandungi kisah harut marut tu jah. quran sebot sikit2 jah bnd2 remeh temeh gini. tak ada pom dia cerita jaman dolu2 harut marut ni diuji n depa fail lalu bemaksiat bagai....tu suma tokok tambah tafsir yg guna israeliyat jah.

hanya bible jah yg eksplain pasai cerita2 detail cm ni.jadi kena tengok hadith sahih la kalu ada tak cerita2 israeliyat ni yg tally dgn hadith. kalu tak dak, nabi dah habaq awai2 jangan pecaya n jangan nafi. so no big deal la bnd2 gini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2010 04:22 PM | Show all posts
1# sivagovin

Apa khabar? Tentunya di minda kamu ada 1001 persoalan yang masih mahukan penjelasan dan untuk itu bukan mudah difahami dalam masa yang singkat. Saya rasa gembira kerana kamu terfikir untuk mencari kebenaran kerana di dalam al-Quran Allah menyuruh manusia melakukan begitu. Siapa itu Allah? Dialah Tuhan yang menjadikan semua yang ada dan tiada yang menjadikan Allah kerana selayaknya dia Tuhan Yang Satu, yang ujud tanpa diperanakan. Manusia kena yakin tentang hal ini dan tidak perlu difikirkan bagaimana itu berlaku.

Allah tahu segala-galanya dan kerana dia yang mencipta manusia maka Dia adakan al-Quran iaitu kata-kata Dia kepada manusia supaya manusia tahu apa yang mereka lakukan dan jauhi ketika hidup di dunia ini. Kata-kata Allah (Al-Quran) diturun dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab paling cekap di dunia dan selaras dengan itu dia juga diturunkan kepada bangsa Arab yang paling bermasalah pada ketika itu. Al-Quran itu diturunkan pada satu malam bulan Ramadahan, lalu disampaikan oleh Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad secara berperingkat-peringkat. Siapa Nabi Muhammad? Dia hanya manusia yang dipilih oleh Allah supaya menyampaikan ayat-ayat Allah kepada umat manusia selepasnya termasuk kita sekarang. Nabi Muhammad tunjukkan perlakuan yang Allah suruh kita buat dan larang kita buat. Kerana itu kita kena yakin kepada al-Quran kerana dia ayat-ayat cinta dari Allah.

Sekiranya kamu berminat untuk mengetahui kebenaran, maka saya cadangkan kamu kenalilah dulu siapa Allah dan dari situ kamu akan kenali diri kamu. Satu buku yang amat asas yang boleh saya cadangkan untuk kamu baca ialah Pengaruh Surah Yasin terhadap Pembangunan Tamadun Islam, terbitan al-Hidayah. Ada Gambarajah yang digunakan menunjukkan hubungan Alam, manusia dan al-Quran agar mudah kamu memahami kenapa al-Quran itu perlu kita yakini sebagai panduan kita. Saya yakin penulisnya ada membuat kajian tentang apa yang mahu ketahui.

Semoga kamu mendapat hidayah iaitu petunjuk dari Allah dalam menjalani hidup mengikut kehendak Allah. Untuk itu bersihkan hati, iaitu bersangka baiklah kepada Allah bahawa kita ini tiada apa-apa kecuali Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 05:02 PM | Show all posts
fuhh soklan.......
akal manusia mmg tak boleh pikir sampai ke situ......kalo di pikirkan juge,akan jadik bengong lah org itu......huhu.

anyway...kepade sedare TT,kalau betol tujuan u nak tahu sb ...
kakiza Post at 21-1-2010 08:45


Yes..dats correct...
Ade sstgh perkara tu..mmg Allah SWT sahaja yg tahu...
Contohnye mcm hari kiamat bile....dll...perkara..
yg kalu kite pk sgt2....kite bleh jd...x btul..
Sbb Tuhan dh had kan akal pikiran manusia ni..
setakat tu sj..x lebih dari tu...

Kalu x silap W, Tuhan jdkan kite mcm tu...
Agar kite sentiasa yakin pd Allah SWT...
& kewujudanNya..especially...bile kite ditimpa..dugaan...
Time2 cmni la..iman kite senang tergugat...
Tp kalu kite tetap yakin ade hikmah dsebalik dugaan tu..
Means its good 4 us...kite tetap akan bersabar..

Because brsabar tu is good 4 us..
And Tuhan jgk x nak kite bputus asa dlm hidup..
Dat is also good 4 us...infact..,
Semua suruhan & larangan Allah SWt...
kpd hamba2..Nye is all 4 our own good...
Cume kite as Muslim..lalai..& buat ape yg dlarang..

Biase la manusia ni lemah=byk kelemahan(cover line baik punye )
W harap pe yg W type ni btul..kalu de pe2 tsilap..harap btui kan..
Thanx u all...

PS ingatkan TT nk tanye soklan2..cm yg biasenye non-muslim tanye..
Mcm...nape stgh org prempuan tu pakai tudung de yg besar de yg kecik..
& de yg x pakai 2dung pun..or soklan2 hangat yg len..
....rupe2..nye tidak...its okie nyway..over & out..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 05:43 PM | Show all posts
tujuan aku senang saja, aku nak mengkaji sama ada Quran dan Islam tu adakah betul-betul sempurna,  sekiranya dia ialah betul-betul diturunkan oleh Tuhan,  mestilah sempurna dan menjelaskan semua tu dengan tepat dalam Quran

sivagovin Post at 21-1-2010 08:02

sivagovin...

aku nak tanya ko pulak...

apa yang membuatkan ko sangsi bahawa Islam itu adalah sempurna...?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 11:10 AM | Show all posts
nak kaji quran bukan disini... tak kena tempat nih... huhuhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.072408 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list