CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sivagovin

soalan dari non-muslim

[Copy link]
Post time 27-1-2010 07:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 27-1-2010 07:57
1   perkataan Hadith yg ditulis oleh forumer ibnur itu bermaksud apa

sivagovin Post at 27-1-2010 03:23


Saya akan cuba jawab soalan-soalan yang ni, dan yang sebelumnya saya tak sentuh melainkan ia masih tidak jelas.

Sumber utama Agama Islam adalah:
1. Al-Quran (Kalam/Perkataan Allah dalam bentuk Kitab setelah diwahyukan/diturunkan melalui Malaikat Jibril)
2. Hadith: Kata-kata atau Perintah Nabi, atau cara hidup Nabi (Sunnah)

2   apa maksud Harut dan Marut


Nama 2 Malaikat yang disebut dalam Al-Quran

3   lepas Nabi Muhammad meninggal dunia, adakah roh dia balik ke syurga ?  dan adakah dia menjadi malaikat di syurga selepas meninggal ?


Nabi Muhammad tidak menjadi malaikat setelah wafat (meninggal).

Roh-roh manusia ditempatkan mengikut darjat tertentu:
Roh para Nabi ditempatkan di tingkatan tertentu di Langit (bukan Langit Bumi)
Roh para Syuhada (mati Syahid) ditempatkan di dalam burung-burung Hijau yang berterbangan dalam taman-taman Syurga

Umumnya, roh manusia berada dalam Alam Barzakh (alam Kubur), yang mana dalam alam ini, ia boleh menjadi antara Taman-Taman Syurga atau antara Lubang-lubang Neraka. Alam Barzakh bukannya bermaksud di tanah perkuburan.

Di Alam barzakh,
Bagi orang beriman, tempatnya di 'Illiyyin
Bagi orang yagn tidak beriman, tempatnya di Sijjeen.
4   di syurga ada tanah tak ? ( sebab Adam dicipta dengan tanah )


Ada tanah tapi tanah Syurga tak sama dengan tanah bumi.

5   kenapa perempuan tak ada seorang pun yang layak jadi nabi


Allah Maha Mengetahui. Nabi adalah pemimpin manusia, seru manusia kepada Allah siang dan malam.

Ia tidak sesuai untukperempuan antara sebabnya sifat perempuan pegang tanggungjawab melahirkan anak dan jaga anak, menyebabkan tugas untuk menyeru manusia itu terbatas.

6   iblis dan jin dicipta oleh siapa dan kenapa dicipta


Dicipta oleh Allah. Mereka juga duji. Ada dari kalangan Jin yang berIMAN, ada juga yang kufur seperti Iblis.

7   rupa Allah ialah macam mana, walaupun dah dijawap Allah tidak berjantina, tapi rupa Allah macam lelaki atau perempuan ?


Kita tidak tahu rupa Allah sebab Allah Tidak menzahirkan rupanya kepada kita. Allah tidak dapat dilihat dengan pandangan (mata kasar), dan dalam Al-Quran disebut tiada yang setanding dengan Allah

8   manusia selepas mati, selain syurga dan neraka, adakah tempat lain yg roh akan pergi ?


Roh manusia melalui 5 alam:
1. Alam Arwah (sebelum dilahirkan ke bumi)
2. Alam Rahim (perut ibu, kecuali Adam dan Hawa)
3. Alam Dunia
4. Alam Barzakh
5. Alam Akhirat (Syurga atau Neraka)

9   sebelum kedatangan Islam, adakah nenek moyang kamu orang Melayu semua masuk neraka ?


Nama 'Islam' digunakan sebagai Agama yang diSyariat kepada Nabi Muhammad SAW. Islam adalah agama menTAUHIDkan Allah (mengESAkan Allah).

Mana-mana Agama Samawi (Langit) sebelum zaman Islam yang mentauhidkan Allah adalah juga dalam kategori agama Islam. Setiap zaman ada Nabi/Rasul yang ditugaskan untuk menyampaikan ajaran mentauhidkan Allah

Mereka yang terima ajaran dari Nabi/Rasul pada zamannya akan dimasukkan ke dalam Syurga. Yang menolak akan masuk Neraka.

Allah Maha Adil. Allah tidak Menzalimi Hambanya sedikitpun.

Bagi mana2 manusia yang seruan Nabi/Rasul tidak sampai, Allah akan tentukan nasib mereka seADILnya.
10   sekiranya roh dah masuk neraka, masih ada peluang tak bagi rah tu hidup semula ?


Roh memang hidup, ia adalah ciptaan Allah yang dikekalkan. Ia berpindah Alam, dan merasai kesakitan ketika mati dan dapat merasai nikmat atau azab yang lain. Roh manusia yang sudah mati tidak dikembalikan ke dunia.

11   sekiranya roh balik syurga, adakah kena juga hidup semuala di dunia sekiranya Allah suruh ?

Sekiranya Allah suruh, maka tentu sekali.
Namun Allah sudah buat ketetapan, kehidupan dunia hanya sekali saja

12   dalam Islam percaya tak ada Alien atau manusia di bintang planet lain seperti filem Avatar


Apa yang pasti terdapat banyak makhluk ciptaan Allah samada di langit atau di bumi.

13   Allah mencipta matahari dulu atau bulan dulu, atau bumi kita dulu ?


Allah Maha Mengetahui. Allah Menciptakan Alam Semesta (Bumi, Matahari, Bulan, Bintang dll) dalam 6 Masa.

14   binatang yang sudah mati, roh binatang akan balik syurga atau neraka ?

Syurga & Neraka adalah untuk Jin dan Manusia yang diuji Allah kerana diberikan Akal & Nafsu

Binatang yang mati dikatakan dijadikan tanah yang subur di Syurga.

15   binatang sebelum hidup, rah binatang datang dari mana ?  syurga atau neraka ?


Binatang diciptakan untuk manfaat manusia di bumi. Ia sebahagian dari kehidupan bumi, bukan dari Syurga atau Neraka

16   orang Islam boleh memancing ikan dan menjadi pemburu memburu binatang ? sebab binatang itu bukan mati dengan cara sembelih,  tapi mati dengan suffer


Boleh berburu binatang.
Ikan adalah binatang yang dihalalkan tanpa sembelih.
Binatang darat yang dihalalkan makan mestilah disembelih secara Syarak, atau sekurang-kurangnya disebut nama Allah ketika berburu, apabila tujuannya untuk dijadikan makanan.

17   muslim boleh pakai alat merangsangkan seks tak ?  contohnya pakai spende yg sexy untuk merangsangkan pasangannya, pakai minyak perincir kemaluan, tonton video lucah semasa suami isteri melakukan sex, dan juga banyak lagi ...


Boleh untuk pasangan, selagi tidak melewati hukum syarak.
Tonton aurat (kemaluan) orang lain bertujuan naikkan ghairah shahwat adalah berdosa


WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2010 09:41 AM | Show all posts
next question
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 10:05 AM | Show all posts
alhamdulillah...sedikit sebanyak kt akn mendapat ilmu atas apa yg di bincangkn di sini. Aminn
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 11:57 AM | Show all posts
tu la untungnya bila kita cuba redha atas apa yang berlaku... no need marah²
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 02:22 PM | Show all posts
adakah dalam ruang hati anda ada sesuatu yang tak boleh terima ?
sivagovin Post at 27-1-2010 03:10

sivagovin...

tidak ada satu pun suruhan Allah yang saya tidak boleh terima...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 03:02 PM | Show all posts
sivagovin...

bagi saya jika tak mahu terima apa yang disuruh / perintah oleh Pencipta, maka sila kembalikan nyawa yang dipinjamkan dan cari dunia lain yang bukan dicipta oleh Pencipta itu. Then u boleh buat apa yang u suka..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2010 03:12 PM | Show all posts
Macam mana dengan wahyu kepada orang Yahudi??
翻转全球 Post at 27-1-2010 15:00

hidup saya kini adalah berpandukan kepada Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 03:22 PM | Show all posts
wahyu kpd yahudi sula obsolete kerana Al-Quran sudah turun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2010 03:23 PM | Show all posts
btol manyak nabi sebelum Muhammad, namun Muhammad adalah penutup kepada nabi² sebelumnya. Penutup kepada sekalian nabi dan rasul, makanya ajaran Muhammad adalah the latest, no more updates
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 07:05 PM | Show all posts
“Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab (Al-Qur’an) dan hikmah serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”  [maksud QS Al-Baqarah: 129]


Al-Quran telah memberi khabar gembira tentang kenabian Muhammad saw. Juga terdapat dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil).  Dua kitab samawi itu ada di mana munculnya Nabi Muhammad saw dan turunnya Quran.


Allah Swt. berfirman yang bermaksud:      “(Yaitu) orang-orang yang mengikuti rasul, nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar, dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik, dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.”    [QS : Al-Araf: 157]
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 09:09 PM | Show all posts
Awat nak bengongkan kepala sampai situ?
bintang Post at 27-1-2010 19:11

cantik bahasa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 09:10 PM | Show all posts
udah....  jangan layan budak tu.  karang topik jadi lain.  pastu nanti aku lock thread.  sivagovin yang tension jadinya.
ibnur Post at 27-1-2010 21:01

mana sivagovin...?

bahasa dia lagi berhemah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 09:19 PM | Show all posts
128# zaidi_MZZ

Alaa... sori la...

Kadang2 soklan tak relevan dan bukan nak tau.. cuma saja nak sakitkan hati orang Islam....

Itu la pasal bintang cakap pasal la nak bingung kan kepala persoalkan semua tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 09:33 PM | Show all posts
Alaa... sori la...

Kadang2 soklan tak relevan dan bukan nak tau.. cuma saja nak sakitkan hati orang Islam....

Itu la pasal bintang cakap pasal la nak bingung kan kepala persoalkan semua tu...
bintang Post at 27-1-2010 21:19

it's ok...

aku maafkan...

dan...aku pun nak minta maaf jika kata2 aku buat ko tak selesa...

peace...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 11:46 PM | Show all posts

2   apa maksud Harut dan Marut


Tidaklah Di ketahui.
Dan Bukan semua Nama-nama dlm dunia ini kita tahu maknanya seperti makna nama sivagovin dsbnya.

3   lepas Nabi Muhammad meninggal dunia, adakah roh dia balik ke syurga ?  dan adakah dia menjadi malaikat di syurga selepas meninggal ?


Kemana Roh Nabi Muhammad selepas kewafatannya tidak di ketahui.
menurut islam,
manusia tetap menjadi manusia sampai bila-bila.
tiada konsep evolusi dlm islam.


4   di syurga ada tanah tak ? ( sebab Adam dicipta dengan tanah )


Mestilah ada Tanah sebab dlm Syurga ada buah-buahan dan sungai yg mengalir.
Tiada Tanah, tiadalah Sungai &Buah-buahan.


5   kenapa perempuan tak ada seorang pun yang layak jadi nabi


Bukan semua kerja lelaki perempuan boleh buat.
last-last ke dapur juga akhirnya.
so,lelaki lebih layak jadi Nabi.


6   iblis dan jin dicipta oleh siapa dan kenapa dicipta


Diciptakan oleh ALLAH atas matlamat beribadah kpd Nya.
Namun Iblis telah ingkar kpd Tuhan.


7   rupa Allah ialah macam mana, walaupun dah dijawap Allah tidak berjantina,
tapi rupa Allah macam lelaki atau perempuan ?


Tidak di ketahui.
Namun Tiada yg serupa dgn Nya.
Dan Tiada yg yg setara dgn Nya.


8   manusia selepas mati, selain syurga dan neraka,
adakah tempat lain yg roh akan pergi ?


Tiada.
Manusia akan mendiami Syurga &neraka buat selama-lamanya.
Barangsiapa yg mendiami Syurga, berjayalah buat selama-lamanya.
barangsiapa yg kekal di neraka jahannam, maka rugilah ia buat selama-lamanya.


9   sebelum kedatangan Islam, adakah nenek moyang kamu orang Melayu semua masuk neraka ?


Manusia tidaklah mengetahui hal-hal yg ghaib kecuali Rasul-rasul dan org-org yg dikehendaki Oleh Nya shj.


10   sekiranya roh dah masuk neraka,
masih ada peluang tak bagi rah tu hidup semula ?


Roh tidak akan mati di neraka.
kehidupan selepas mati (Alam Akhirat) adalah kehidupan yg kekal abadi tak kira samaada dlm Syurga mahupun Neraka.
fikir-fikirkanlah.


11   sekiranya roh balik syurga, adakah kena juga hidup semuala di dunia sekiranya Allah suruh ?


ALLAH tidak akan di tanya apa yg Dia buat tetapi manusia akan di tanya apa yg telah mereka lakukan.



12   dalam Islam percaya tak ada Alien atau manusia di bintang planet lain seperti filem Avatar


Tiada kewajipan ke atas muslim utk mempercayai apa yg tidak disebut di dlm AlQuran.



13   Allah mencipta matahari dulu atau bulan dulu, atau bumi kita dulu ?


Tiada di sebut dlm AlQuran.
ALLAH tidak akan di tanya apa yg Dia telah buat.


14   binatang yang sudah mati, roh binatang akan balik syurga atau neraka ?


Syurga &Neraka hanya utk Manusia shj.


16   orang Islam boleh memancing ikan dan menjadi pemburu memburu binatang ? sebab binatang itu bukan mati dengan cara sembelih,  tapi mati dengan suffer


Haiwan &Binatang rela di makan &disembelih atas nama ALLAH.
perbuatan@ amalan di atas itu bererti melepaskan roh haiwan &binatang itu dari jasad kasar mereka sambil memuji ALLAH.
lalu roh haiwan& binatang itu yg disembelih dgn nama ALLAH itu dimasukkan bentuk roh &sebagamana diketahui,
roh itu adalah dari alamnya yg tersendiri.

Oleh itu, dgn amalan korban& penyembelihan islam itu,
muslim telah memuji ALLAH melalui seluruh alam.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 10:42 AM | Show all posts
Oleh sebab polemik yang ditumbulkan forumer sekelian, semua post debat dengan 翻转全球 di pisahkan.  dilarang polemik di sini.  sila jawab soalan sivagovin dan jangan meleret-leret perkara lain.  Ni sampai masuk perbedaan ugama pulak.  karang aku bagi kad merah karang, sampai 3 x korang akan di auto ban 30 hari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2010 11:07 AM | Show all posts
"7   rupa Allah ialah macam mana, walaupun dah dijawap Allah tidak berjantina, tapi rupa Allah macam lelaki atau perempuan ?"

siva, cuba terangkan rupa angin macam mana? angin jantina lelaki atau perempuan? itu elektrik lelaki atau perempuan? tak semua benda kena ada jantina lelaki atau perempuan. seperti juga kerang apa jantina?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 11:19 AM | Show all posts
Dah kene halau ke pakcik kristian tu.. elok le pun.. bukan nak tanya, nak kritik.. sokong mod ibnur:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 11:25 AM | Show all posts
Sebenarnya soalan2 Siva ni tak termasuk yg xxx adalah contoh soalan2 dari orang Islam yg masih belum kenal Islam pun.  Anak aku start umur 3 thn dah tanya macam2 yang ada antaranya tak berani aku nak jawab.  Aku ada 5 anak, dan ini contoh soalan common mereka:

Macammana rupa Allah?
Allah duduk kat mana?
Siapa yg jadikan Allah?
Apasal Allah buat (sakitkan) Adik?  (contoh bila dia terjatuh, sakit, demam)
Ummi cepat azan! Kenapa?  Adik nak panggil Allah, adik nak tanya soalan kat Allah.
Allah tu angin. Bukan.  Ye.  Kenapa?  Sebab tak nampak.
Kenapa Allah buat orang jahat?
Kenapa orang baik (bukan Islam) pun masuk neraka?

Banyak lagi la.... selagi ada 3 years old, selagi tu kena perah otak menjawab ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 12:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 28-1-2010 12:30

Salam....


Apasal Allah buat (sakitkan) Adik?  


Dia berbuat apa shj yg Dia kehendaki.


Sebab tak nampak.


Dia nak menguji iman manusia.


Kenapa Allah buat orang jahat?


Sebab Dia buat org baik.
Bila ada Org Baik, Ada lah Org Jahat.
maka barulah jadi seimbang.


Kenapa orang baik (bukan Islam) pun masuk neraka?


Sebab Org Baik itu telah menzalimi diri mereka Dan ALLAH sekali-kali tidak menzalimi akan hambanya.

Dan ALLAH tidak menzalimi akan mereka dan tetapi diri mereka sendirilah yg menzalimi diri sendiri.
Aali 'imroon: 117.


Dan ketika berkata Luqman kpd anaknya dan dia (Luqman) sedang memberi pelajaran kpd
(anak)nya:

"Wahai anakku jangan kamu syirikkan ALLAH.

Sesungguhnya Syirik itu adalah benar-benar kezaliman yg sangat besar."
Luqmaan: 13.







WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.081121 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list