CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sivagovin

soalan dari non-muslim

[Copy link]
Post time 30-1-2010 06:10 PM | Show all posts
9   sebelum kedatangan Islam, adakah nenek moyang kamu orang Melayu semua masuk neraka ?

boleh aku tahu ADIL sampai tahap macam mana

apakah yang akan ditentukan oleh Allah kepada nenek moyang orang Melayu sebelum Islam muncul ?
sivagovin Post at 30-1-2010 17:18


Allah TIDAK menzalimi Makhluk Ciptaannya. Setiap Umat Manusia diutuskan Nabi kepada mereka.

Jika seruan Nabi tidak sampai kepada sesuatu kaum, mereka tidak akan dimasukkan ke dalam Neraka sehingga mereka diUJI secara Adil oleh ALLAH. Bagaimana? Itu urusan Allah Yang Maha Adil.

Jika seruan samapai, kepada yang ikut seruan akan diberikan ganjaran kebaikan, kepada yang tolak seruan kebenaran akan diberikan ganjaran yang setimpal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2010 06:16 PM | Show all posts
10   sekiranya roh dah masuk neraka, masih ada peluang tak bagi rah tu hidup semula ?

kalau macam itu dah bermaksud Islam tak percaya ada hidup semula

tapi kenapa aku selalu dengar Melayu cakap Islam percaya istilah orang yang sudah mati, roh dia akan dihidup semula  ?
sivagovin Post at 30-1-2010 17:19


Semua manusia mengalami 2 kematian. Semua manusia ada unsur ROH dan JASAD semasa hidup.

JASAD kita mula-mula mati (tiada), lepas tu dihidupkan (ROH dimasukkan ke dalam JASAD), dimatikan (Roh keluar, JASAD mula binasa) dan dihidupkan semula (JASAD dijadikan semula) di Alam Akhirat.

Roh pula, sejak ia diciptakan, ia berkekalan dan tidak mati, melainkan ia merasai kematian semasa JASAD kita dimatikan
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 06:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 30-1-2010 18:27
14   binatang yang sudah mati, roh binatang akan balik syurga atau neraka ?


adakah awak bermaksud roh binatang itu menjadi tanah di syurga ?

termasuk lembu kambing yang disembelih ?

macam kesian ja nasib binatang
sivagovin Post at 30-1-2010 17:19


Binatang tidak diberikan balasan nikmat Syurga atau azab Neraka kerana mereka TIDAK dikurniakan AKAL untuk menilai baik buruk, kebenaran atau kebatilan.

Amalan manusia yang akan sampai kepada Allah, dari sembelihan binatang jika dilakukan menurut perintah Allah.


tapi kenapa ada banyak binatang haram seperti babi, anjing dalam Islam   ?


Binatang adalah sebagai manfaat ataupun ujian untuk manusia.


dan sekiranya binatang ialah sebahagian dari kehidupan bumi,  kenapa sudah mati pulak menjadi tanah syurga ?

sebab di dalam hindu,  tak kira roh apa pun termasuk manusia,  dia mesti ada perasaan,  tak mungkin menjadi tanah ke , tumbuhan ke , meja kerusi ke , atau alat lain yang tidak berperasaan dan tidak bernyawa


Tidak semua perkara boleh dibanding menurut logik atau ajaran dari agama yang berlainan agama.

Jika binatang dijadikan tanah yang subur di Syurga, ia adalah kehendak Allah untuk memberi penghormatan kepada binatang yang menjadi manfaat kepada manusia, ataupun sebagai ujian kepada manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 06:33 PM | Show all posts
tapi sekarang ada banyak gambar seks Jepun,  bila spender dah tanggal,  kemaluannya di block dengan petak-petak, tak nampak pun kemaluan hero heroin dia,  jadi boleh tengok tak ?
sivagovin Post at 30-1-2010 17:20


Islam memerintahkan supaya menjaga pandangan mata. Walaupun tidak nampak kemaluan sekalipun, ia tetap membawa mudarat menjerumus kepada syahwat yang tidak kena pada tempatnya, maka kalau teruskan lihat ia adalah perbuatan yang melibatkan dosa.

Pandangan mata yang salah adalah diibaratkan anak panah Syaitan kerana ia boleh terturuk ke dalam hati. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang selalu menyucikan diri (bertaubat) di atas kesalahan yang telah dilakukan. Allah Tidak pernah letih dari mengAMPUNi hambanya, jika Hambanya yang membuat kesalahan 'kembali' kepada-Nya
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 06:50 PM | Show all posts
1   mengapa nabi Adam boleh hidup sampai usia 1000 tahun ?sivagovin Post at 30-1-2010 17:22


Setiap manusia tidak sama jangka hayat masing-masing. Umumnya kaum yang terdahulu mempunyai usia yang lebih dari manusia sekaragn ini yang rata-rata purata umur 60 -70 tahun. Ada juga yang dapat mencecah 100 tahun tapi tidak ramai, dan ada juga yang mati pada usia yang muda.


2   kenapa orang Islam bunuh binatang mesti pakai sembelih, bukan cara lain


Sebagai mentaati Perintah Allah.


3   beberapa tahun lepas di Iraq, orang Korea yg  di sembelih oleh orang Islam itu, roh orang korea itu yg sudah mati akan pergi ke mana ( sebab dia bukan binatang, tapi disembelih oleh orang Islam macam sembelih binatang )


Rohnya ke alam Barzakh


4   ada apa pahala yg didapat oleh orang Islam yg sembelih orang korea itu


Agama Islam tidak perintah untuk sembelih orang. Namun dalam Islam ada hukum bunuh atas kesalahan-kesalahan tertentu. Soal dosa pahala itu bergantung kepada amalan setiap orang. Jika didapati orang Islam menzalimi orang lain, dia dapat dosa bukannya pahala.

5   dalam Islam ada hanafie, safie  ...lagi ada dua(semua ada empat kalau tak silap saya), apa benda itu ?


Dalam perihal ibadah, untuk memahami hukum-hakam (peraturan agama) dari Al-Quran dan Hadith, terdapat perbezaan-perbezaan pendapat disebabkan oleh sebab-sebab tertentu, dalam keadaan-keadaan tertentu.

Orang-orang yang arif dalam menilai hukum-hakam dan arif dalam mengeluarkan hukum dari Al-Quran dan Hadith dipanggil Mujtahid, dan dalam Islam terdapat ramai Mujtahid.... yang terkenal dan paling masyhur adalah dikenali sebagai mazhab (kefahaman dari) Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali

Kesemua mujtahid tidak berselisih pendapat dalam soal Aqidah (keIMANan kepada Allah), dan dalam soal ibadah terdapat banyak persamaan dan kadang kala ada juga perbezaan pendapat yang mana ia menjadi pelengkap antara satu sama lain dalam mengamalkan Sunnah (cara Hidup dan Ibadah) dari Nabi.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 08:43 PM | Show all posts

1   mengapa nabi Adam boleh hidup sampai usia 1000 tahun ?


Sebab itulah umur yg telah ditetapkan oleh ALLAH kpd adam.
ada juga manusia yg umurnya 1minit shj.


2   kenapa orang Islam bunuh binatang mesti pakai sembelih, bukan cara lain


1. Perintah ALLAH.
2. Cara terbaik utk melepaskan roh haiwan.
3. fresh, sihat &berkhasiat dan banyak lagi faedahnya.


3   beberapa tahun lepas di Iraq, orang Korea yg  di sembelih oleh orang Islam itu, roh orang korea itu yg sudah mati akan pergi ke mana ( sebab dia bukan binatang, tapi disembelih oleh orang Islam macam sembelih binatang )


Itu bukan sembelih.
itu hukuman pancung namanya.
apa shj cara kematian sekalipun, roh yg telah mati akan pergi ke alam barzakh sehinggalah hari kebangkitan (Qiamat).
inilah hukum &law yg telah ditetapkan oleh ALLAH keatas jin &manusia.


4   ada apa pahala yg didapat oleh orang Islam yg sembelih orang korea itu


Kalau menjalankan hukum ALLAH, tentulah mendapat pahala seperti hukuman qisas pancung pembunuh, terrorist dll.



5   dalam Islam ada hanafie, safie  ...lagi ada dua(semua ada empat kalau tak silap saya), apa benda itu ?


Itu adalah Mazhab.
Mazhab itu ialah Aliran pemikiran dlm memahami ajaran AlQuran &Hadis.
ada yg di bidang hukum&perundangan (Fiqh).
dan ada juga yg dibidang pegangan& kepercayaan (Aqidah).

Mazhab terdiri dari 2 golongan:

satu golongan dipanggil AhlulHadis (yg berpegang Hadis secara literal semata-mata).
satu lagi di panggil Ahlurro'yi (yg berpegang Hadis melalui kaedah logik&fikir)

Perbezaan yg paling besar di setiap mazhab adalah berdasarkan cara-cara sesebuah mazhab itu menerima, memahami serta perbezaan di dlm berpegang dgn sesebuah Hadis.






WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2010 08:56 PM | Show all posts
i like this thread...now it is beautiful.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 09:06 PM | Show all posts
saya orang islam tapi nak tanya tentang roh arnab saya.hubungan saya dengan arnab sangat rapat.walaupun dia binatang, saya rasa dia faham perasaan saya.selalu saya becakap dengan dia dan dia macam faham....tak sangka dah meninggal arnabb kesayangan saya ni.tolonglah bagitahu roh dia macam mana?kalau di syurga nanti, boleh tak saya jumpa semula dengan roh arnab tu?rindu la dekat dia....

teringat saya waktu petang2, selalu saya bemain dengan arnab.dia sangat gembira main main dengan saya dan adik beradik. masa ayah saya jatuh sakit kena angin ahmar, saya bagitahu arnab isi hati. dia pun turut sedih, selalu termenung saja....sampai dia pun sakit, kami tak sangka lepas tu dia meninggal dunia dalam keadaan sangat azab.macam sakit sangat.

saya menangis mengenangkan arnab saya. sebab walaupun binatang, hati saya rasa dia seekor binatang yang berperasaan dan faham isi hati manusia. malam semasa dia meninggal, saya bermimpi jumpa dengan dia. rupa dia macam tenat dan kabur. dia ucap selamat tinggal dengan bejalan pegi meninggalkan rumah saya. saya terbangun dan terus pergi ke sangkar arnab saya dan rupanya dia tengah nazak kemudian meninggal dunia....

sampai sekarang saya masih teringat akan dia.....sedih nya hati. mungkin orang lain nampak binatang tu semua sama. tak ada beza. tapi saya anggap arnab saya sebahagian ahli keluarga. takkan sama adik beradik kita dengan adik beradik orang lain.

entah bila lah, saya akan berjumpa kembali dengan arnab di akhirat kelak.saya harap ada ustaz beritahu samada binatang kesayangan manusia juga dibangkitkan dalam syurga nanti. saya tak mahu binatang lain yang rupanya saja serupa tapi roh berlainan. saya mahu arnab yang roh nya sama yang penah hidup bersama sama saya sewaktu dia hidup dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2010 09:44 PM | Show all posts
Bintang selalu makan sate arnab

Sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 09:46 PM | Show all posts
what happened to the previously beautiful thread just for that very moment?hmm...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 02:19 AM | Show all posts
4.  sekiranya Allah mencipta segalanya, habis siapa yg mencipta Allah ?




Allah itu wujud tanpa perlu ruang atau waktu. Allah tidak perlu mencipta alam ini untuk menyatakan kewujudannya, kerna Allah itu wujud di tempat yang tiada tempat, yang tiada masa. Tiada ruang dan tiada waktu bagi Allah. Maka dalam bahasa yang mudah difaham,  kita sebut Allah itu wujud, kekal abadi, tidak diperanakkan. Ruang itu hanya wujud setelah alam dicipta, dan waktu adalah relatif antara bumi dengan bulan/bumi dengan matahari. Logik manusia tidak akan memahami apa itu Allah, kecuali kita tahu Allah itu menyatakan kewujudannya melalui KEKUASAAN ke atas alam ini. Kekuasaan itu pulak diwatakkan melalui Asma Alhusna, 99 sifat Allah.


Bagi orang kafir yang menyembah berhala, logik mereka ialah tuhan wujud dalam satu bentuk, dan lucunya tuhan itu wujud pula di dalam bumi ciptaannya sendiri. Maka orang Tauheed bertanya, jika bumi, alam dan langit ini hancur, mana kamu nak letak tuhan kamu?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 02:49 AM | Show all posts

Bagi orang kafir yang menyembah berhala, logik mereka ialah tuhan wujud dalam satu bentuk, dan lucunya tuhan itu wujud pula di dalam bumi ciptaannya sendiri. Maka orang Tauheed bertanya, jika bumi, alam dan langit ini hancur,
mana kamu nak letak tuhan kamu?


Hujjah yg bernas.
cayalah bro.





WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 10:57 AM | Show all posts
hello Govin, tahniah anda berminat dgn islam, moga anda termasuk org yg diberi hidayat dpa tuhan.
sya sangat berterimakasih/syukur pd tuhan kerna sudah pn tergolong dlm yg beragama islam. walau pun gitu, saya juga ambil tahu mengenai agama lain.selepas dibandingkan, only islam juga yb betul.
mesti ada sebab mengapa only islam yg betul, antaranya yg menguatkan lagi kepercayaan aku pd islam ialah mengenai ilmu2 sains yg disampaikan 1400thn dulu, baru abad kita ni baru dpt dibuktikan n dijumpai oleh para saintis.

jgn tangguh utk cari kebenaran ini kerna peluang kita hanya didunia ini saja. lepas mati peluang itu ditutup forever.lepas itu hanya perlaksanaan hukuman dr tuhan kpd yg taat and yg ingkar
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 03:32 PM | Show all posts
sivagovin...

saya nak tanya sikit...

apa pandangan agama Hindu tentang kebersihan...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2010 04:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 30-1-2010 19:09



1. Syuhada adalah plural (jamak/banyak) kepada Syahid, berkaitan kematian sesorang dalam keadaan tertentu. Syahid ada 2 jenis, Syahid besar Syahid kecil. Sayhid dalam peperangan mempertahankan Agama Islam adalah Syahid besar.

mnm77 Post at 30-1-2010 17:52



adakah ini bermaksud syahid besar merupakan sangat mulia bagi Islam ?   pahala sangat besar ?  sampai boleh ditempatkan di dalam burung-burung Hijau yang berterbangan dalam taman-taman Syurga


habis syahid kecil macam mana ?   orang yang mati macam mana dikira syahid kecil ?   boleh juga ditempatkan di tempat sama tak ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2010 04:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 30-1-2010 19:09



2. Alam Barzakh juga disebut Alam Kubur, merupakan alam perantaan anatara Alam Dunia dengan Alam Akhirat. Alam Barzakh bermula dari saat kematian seseorang, tidak kiralah di mana dia mati dan di mana ia dikuburkan/dibakar/hilang dan sebagainya.
mnm77 Post at 30-1-2010 17:52





so adakah ini bermaksud alam barzakh cuma sekejap sahaja  ?    atau   ?

adakah ada hakim malaikat membicarakan roh itu dengan apa yang dia buat sebelum dia mati,  lepas bicara,  baru tentukan di mana alam akhirat yang dia perlu pergi ( syurga dan neraka )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2010 04:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 30-1-2010 18:58


Ini bukan pandang rendah pada Wanita. Ada tugas yang hanya lelaki saja boleh buat dengan sempurna, ada tugas yang hanya perempuan saja boleh buat dengan sempurna.

Contohnya tugas melahirkan anak hanya perempuan saja yang boleh buat. Ini ketentuan Tuhan tiada siapa boleh pertikai.
mnm77 Post at 30-1-2010 17:57




tapi yang saya menpertikaikan ialah .......   kan kaum lelaki jiwa lagi tidak tenang berbanding dengan wanita,   cuba tengok,  yang suka berperang ialah kaum lelaki,  tidak ketinggalan juga merogol, melacur, merokok, berjudi, mencuri, merasuah  ....teringat juga laungan ketuanan Melayu oleh orang UMNO


aku tidak bermaksud semua lelaki macam itu, aku juga lelaki,  tapi,  aku tak setuju nabi mesti kaum lelaki baru sempurna dan perempuan tidak layak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2010 04:23 PM | Show all posts
Allah TIDAK menzalimi Makhluk Ciptaannya. Setiap Umat Manusia diutuskan Nabi kepada mereka.

Jika seruan Nabi tidak sampai kepada sesuatu kaum, mereka tidak akan dimasukkan ke dalam Neraka sehingga mereka diUJI secara Adil oleh ALLAH. Bagaimana? Itu urusan Allah Yang Maha Adil.
mnm77 Post at 30-1-2010 18:10



macam mana Allah menguji nenek moyang melayu dulu yang bukan Islam  ?

adakah akan dihidup semula untuk masuk Islam dan menjalankan tugas orang Islam ?


boleh tak bagi jawapan yang tepat ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2010 04:23 PM | Show all posts
Semua manusia mengalami 2 kematian. Semua manusia ada unsur ROH dan JASAD semasa hidup.

JASAD kita mula-mula mati (tiada), lepas tu dihidupkan (ROH dimasukkan ke dalam JASAD), dimatikan (Roh keluar, JASAD mula binasa) dan dihidupkan semula (JASAD dijadikan semula) di Alam Akhirat.

Roh pula, sejak ia diciptakan, ia berkekalan dan tidak mati, melainkan ia merasai kematian semasa JASAD kita dimatikanmnm77 Post at 30-1-2010 18:16





roh berkekalan itu aku tahu,  kan semua agama pun cakap macam itu  


cuma soalannya apa itu JASAD  ?   tak fahamlah


adakah bermaksud dalam Islam roh bila samapai ke akhirat sudah tak ada chance untuk hidup semula  ?

maksud aku seperti apa yang dipercayai oleh Hindu dan Buddha,  roh itu akan dihidup semula,  roh itu akan ditiup semula ke bayi kandungan dalam perut seseorang ibu dan dilahir semula


sekiranya banyak perkara baik yang roh itu buat pada hayat lampau,  dia akan dihidup semula menjadi orang kaya,  sebaliknya ialah orang miskin atau sederhana,  termasuk wajah dia cantik ke tak juga berkaitan dengan apa yang dia lakukan pada hayat lampau,   kalau dosa besar sangat akan dilahirkan menjadi binatang yang disembelih


awas,  dalam Hindu kita percaya,  orang yang buat kerja sebagai sembelih binatang, pada hayat yang akan datang dia akan dihidup semula menjadi binatang untuk disembelih,  melainkan dia banyak buat perkara yang baik,  sebab Tuhan adalah adil,  tapi aku rasa Islam tak percaya kan ?   minta maaf aku tercakap sikit benda Hindu,  sebab sini ialah ruangan Islam


aku kena juga beritahu bahawa pengetahuan aku dalam agama Hindu pun tidak sampai ke mana,  sebab sebelum ini aku tak ada banyak masa mengkaji semua agama, aku cuba tulis apa yang aku tahu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2010 04:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 30-1-2010 18:27



Jika binatang dijadikan tanah yang subur di Syurga, ia adalah kehendak Allah untuk memberi penghormatan kepada binatang yang menjadi manfaat kepada manusia, ataupun sebagai ujian kepada manusia.mnm77 Post at 30-1-2010 18:21



ini bukan berkenaan dengan kehendak Allah,  tetapi berkenaan dengan lojik


roh tak mungkin boleh menjadi tanah yang tidak berperasaan,  faham tak  ?   contohnya roh seekor arnab yang sudah mati,  dia kalau menjadi tanah akan lompat sini lompat sana,  kalau macam itu kotorlah syurga orang Islam yang pernuh dengan tanah,  faham tak ?


sebab roh itu berperasaan,  macam mana pula dia boleh menahan bosan diam-diam menjadi tanah selamanya  ?


cuba awak tanya pada diri awak sendiri,  mungkin tak bila awak sudah mati, roh awak boleh diam duduk di satu tempat untuk mengambil watak menjadi sebidang tanah untuk selama-lamanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.066239 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list