CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: latahzan

[Perundangan] Dalam Proses Cerai Fasakh.. [Kes SELESAI]

   Close [Copy link]
 Author| Post time 9-2-2010 02:56 PM | Show all posts
lanie zaman org nak cepat saja..
urusan untuk cerai bleh makan taun wooo..
ada kes sampai 5 taun x selesai2
pbw2775 Post at 9-2-2010 14:15


awak ni kan ...
akak baru nak stabil dgn sokongan En Parin tadi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2010 05:14 PM | Show all posts
awak ni kan ...
akak baru nak stabil dgn sokongan En Parin tadi...
latahzan Post at 9-2-2010 14:56


pbw memang suka cepat2 neh.. patut jadik hakim mahkamah syariah, barula byk kes cerai tak pending..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 05:16 PM | Show all posts
yer lah..
baru la wanita dapat pembelaan x gitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2010 05:31 PM | Show all posts
yer lah..
baru la wanita dapat pembelaan x gitu
pbw2775 Post at 9-2-2010 17:16


isu ni dah lama ...
tapi biasalah ...selagi tak kena kat diri sendiri ...apa dia org kesah

mcm kata En Parin...kalau pbw jadi Hakim MRS ...mesti laju je kes jln
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 10:07 AM | Show all posts
saya mana lyak benda2 mcm tuh..
saya kuli jerk dekat pasar malam
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 10:35 AM | Show all posts
saya mana lyak benda2 mcm tuh..
saya kuli jerk dekat pasar malam
pbw2775 Post at 11-2-2010 10:07


ecehhh ye la kuli.. walhal ceo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2010 11:50 AM | Show all posts
ceo tuh  bukan saya..
saya btui2 tukang kebun saja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2010 11:54 AM | Show all posts
ceo tuh  bukan saya..
saya btui2 tukang kebun saja
pbw2775 Post at 11-2-2010 11:50


apa kesah ...ceo ke tukang kebun ke??
yg penting akhlak nya baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2010 02:55 PM | Show all posts
yer la...
la tahzan maksud per ahh???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2010 03:05 PM | Show all posts
yer la...
la tahzan maksud per ahh???
pbw2775 Post at 11-2-2010 14:55


ceo tuh  bukan saya..
saya btui2 tukang kebun saja


akak reply based on posting awak kat atas ni

tapi bukan pin point kat awak ok...

mcm org selalu ckp ...kalau nama je CEO tapi akhlak zero ... x de nya org nak respect betul x?
tp kalau kuli sekali pun ... org tetap respect kalau akhlak tip top

sebab tu NABI berpesan : SEBAIK-BAIK KAMU ADALAH ORG YG BAIK AKHLAKNYA...
NABI tak kata pun org yg tinggi pangkatnya
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 08:44 PM | Show all posts
ceo tuh  bukan saya..
saya btui2 tukang kebun saja

akak reply based on posting awak kat atas ni

tapi bukan pin point kat awak ok...

mcm org selalu ckp ...kalau nama je CEO tapi akhl ...
latahzan Post at 11-2-2010 15:05
Kak, apa cerita dgn perkembangan kes??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2010 09:07 PM | Show all posts
Kak, apa cerita dgn perkembangan kes??
cmf_blingblings Post at 11-2-2010 20:44


kes saman nusyuz akan diputuskan sekali dgn bicara kes fasakh pd 7 apr..
sepatutnya hakim dah tetapkan 3 tarikh utk bicara kes fasakh 7, 19 & 21 apr ..
tapi lawyer asben pulak cuti bersalin ...
so yg 19 & 21 apr tunda ke bulan jun

last bicara kes fasakh bulan oct ...patut sambung bulan dec...tapi hakim cuti
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 11:07 PM | Show all posts
kes saman nusyuz akan diputuskan sekali dgn bicara kes fasakh pd 7 apr..
sepatutnya hakim dah tetapkan 3 tarikh utk bicara kes fasakh 7, 19 & 21 apr ..
tapi lawyer asben pulak cuti bersalin ...  ...
latahzan Post at 11-2-2010 21:07
tak boleh ke suruh depa wat bantahan minta lah hakim lain take over...tak leh ke?? sorry sy tak familiar dgn hukum hakam peraturan mah syariah ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2010 09:02 AM | Show all posts
tak boleh ke suruh depa wat bantahan minta lah hakim lain take over...tak leh ke?? sorry sy tak familiar dgn hukum hakam peraturan mah syariah ni
cmf_blingblings Post at 11-2-2010 23:07



mmg mcm tu lah MRS kat Selangor ni ...
ni akak pastekan teguran Sultan dlm paper :

26/01/2010
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menggesa hakim mahkamah syariah di negeri itu tidak melengahkan prosiding tanpa alasan yang munasabah dan menyelesaikan kes dalam tempoh masa yang sepatutnya.
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menggesa hakim mahkamah syariah di negeri itu tidak melengahkan prosiding tanpa alasan yang munasabah dan menyelesaikan kes dalam tempoh masa yang sepatutnya. “Beta seringkali mendapat aduan orang ramai mengenai kes mahkamah syariah yang tertangguh begitu lama hanya disebabkan perkara remeh yang sepatutnya boleh dielakkan seperti hakim menghadiri kursus, peguam syarie mempunyai kes lain, saksi tidak dapat hadir, prosiding tidak lengkap dan sebagainya. “Justeru, beta menyeru Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) mengatasi masalah ini supaya kes atau perbicaraan dijalankan mengikut jadual dan diharapkan ia dapat diselesaikan dalam tempoh masa sepatutnya,” titah baginda pada majlis pengurniaan watikah pelantikan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah Negeri Selangor di Istana Bukit Kayangan di sini, semalam. Sultan Sharafuddin bertitah keutamaan perlu diberi kepada kes mal yang membabitkan rumahtangga supaya tiada yang teraniaya akibat kelalaian pihak tertentu.
Beta juga tidak mahu lagi mendengar aduan negatif terhadap institusi kehakiman syariah yang secara tidak langsung menjejaskan imej agama Islam di Selangor, titah baginda.
Sultan Selangor turut menyeru hakim mahkamah syariah supaya mematuhi segala etika sebagai seorang hakim yang berwibawa, tegas dan berkeyakinan dalam mengendalikan setiap kes. Titah baginda, seseorang hakim mahkamah syariah akan melanggar etika kehakiman apabila membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas kehakiman hingga menjejaskan kedudukannya sebagai seorang hakim. Justeru, baginda menasihatkan hakim terbabit melaksanakan keadilan sebagaimana yang dikehendaki hukum syarak dan memberi penghakimannya berdasarkan undang-undang berkaitan ketika mendengar sesuatu kes. “Apabila menjalankan tugas kehakiman, beta berharap seseorang hakim mahkamah syariah itu mest berada dalam keadaan tenang dan sempurna supaya dapat memberi penghakimannya dengan baik. “Seseorang hakim mahkamah syariah juga tidak boleh dipengaruhi mana-mana pihak dihakimi dan mendengar dalam keadaan terbuka akan hujah daripada kedua-dua belah pihak,” titah baginda. Sultan Selangor juga berharap dengan penambahan bilangan hakim mahkamah syariah di negeri itu, Jakess dapat menguruskan kes mal dan jenayah serta kes mahkamah rayuan secara lebih efisien dan sistematik. “Sistem e-Syariah yang sedia ada harus dipertingkatkan dan diperluaskan penggunaannya supaya ia membantu hakim dan kakitangan Jakess mengendalikan rekod dan maklumat mengenai setiap kes dengan lebih berkesan,” titah baginda
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 12:11 PM | Show all posts
hmmm..
macam macam nooo..
itu lah..

PENGERTIAN TALAQ
Talaq dari segi bahasa bererti melepaskan ikatan.
Dari segi syara‘ ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talaq atau seumpamanya.
DALIL HARUS TALAQ
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
Maksudnya:
“Cerai (talaq) itu dua kali, selepas itu peganglah isteri kamu (ruju‘ dan kekallah) dengan cara yang baik atau lepaskanlah dengan cara yang baik.”
(Surah Al-Baqarah, 2:229)
Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anh yang bermaksud:
“Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah menceraikan isterinya Hafsah kemudian Baginda meruju`nya semula.”
(Riwayat Abu Daud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)
RUKUN DAN SYARAT TALAQ
1. Suami. Syarat-syarat suami ialah:

a) Mestilah seorang lelaki itu telah menjadi suami melalui perkahwinan yang sah, tidak jatuh talaq jika belum berkahwin atau setelah bercerai dan habis ‘iddah.
b) Hendaklah dalam keadaan sedar, tidak jatuh talaq jika sekiranya gila, pengsan, mengigau dan pitam kecuali mabuk yang disebabkan meminum minuman keras dengan sengaja.
c) Baligh.
d) Dengan rela hati dan tidak dipaksa, tidak jatuh talaq jika diugut menceraikan isteri.

2. Isteri. Syarat-syarat isteri:

a) Perempuan yang diceraikan hendaklah menjadi isteri yang sah semasa diceraikan.
b) Talaq akan bertambah lagi jika suami mentalaqkan isteri yang di dalam ‘iddah perceraian talaq satu.

3. Sighah (lafaz). Sighah talaq terbahagi kepada dua:

a) Lafaz sarih (terang), iaitu yang diucapkan dengan terang dan jelas. Lafaz sarih ini terbahagi kepada tiga ucapan seperti berkata: “Aku ceraikan engkau talaq satu”, “Aku lepaskan kau” dan “Aku talaqkan kau”. Talaq dengan lafaz yang seperti ini akan jatuh talaqnya walaupun tanpa niat.
b) Lafaz kinayah (lafaz kiasan), iaitu cerai yang dilafazkan menggunakan bahasa sindiran seperti berkata: “Engkau haram atas diriku” atau “Pergilah balik ke rumah emak bapak kamu”. Lafaz kinayah ini akan jatuh talaq jika suami berniat menceraikan isterinya.

4. Qasad (niat).
HUKUM TALAQ
Hukum menjatuhkan talaq pada asalnya diharuskan dalam Islam, tetapi ia akan berubah menjadi:

1. Wajib: Setelah rumahtangga itu gagal diperbaiki dengan keputusan hakim atau suami telah bersumpah untuk menceraikan isterinya.
2. Haram: Menceraikan isteri semasa isteri di dalam waktu haidh atau ketika suci tetapi baru disetubuhi.
3. Sunat: Jika suami tidak dapat menyempurnakan nafkah batin.
4. Makruh: Boleh menjadi haram jika menceraikan isteri tanpa sebab yang munasabah.

Islam menetapkan hanya suami sahaja yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan talaq. Walaubagaimanapun, isteri juga diberikan hak untuk memohon cerai dengan cara fasakh atau khul‘ (tebus talaq).

PEMBAHAGIAN TALAQ
Talaq terbahagi kepada dua jenis iaitu:
1. Talaq raj‘i, iaitu talaq yang boleh diruju‘ kembali tanpa perlu akad nikah iaitu ketika isteri dalam waktu ‘iddah (sebelum tiga kali suci daripada haidh).
2. Talaq ba’in, ia terbahagi kepada dua:

a) Ba’in sughra ialah talaq yang tidak boleh diruju‘ oleh suami kecuali diadakan akad nikah semula iaitu perceraian sama ada melalui fasakh, khul‘ atau talaq isteri yang belum disetubuhi.
c) Ba’in kubra ialah talaq yang tidak boleh diruju‘ kembali dengan cara biasa melainkan setelah syarat berikut dipenuhi:
i. Setelah selesai ‘iddah si isteri.
ii. Bekas isteri berkahwin dengan suami lain.
iii. Suami lain menyetubuhi bekas isteri itu dan berlaku perceraian.
iv. Selesai ‘iddah dari suami yang lain itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2010 12:41 PM | Show all posts
98# pbw2775 hmmm..
macam macam nooo..
itu lah..


apa maksud tersirat / tersurat pbw ni???


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2010 02:13 AM | Show all posts
Kak, tabahkan hati... Ada sorang ahli keluarga saya telah menempuh jalan yg sama. Cuma kes dia tak serumit akak nyer. Kes dia, suami mmg la mendera dia dr segi emosi dan kata2 yg kesat, siap tuduh ada affair (walaupun ridiculous giler!) dan taknak tarik balik. Bila bawak masuk court, si suami ni tak pernah hadir langsung walaupun dah mintak anak lelaki dia sampaikan surat perintah mahkamah secara personal dan sign dek suami supaya confirm suami dah dpt surat. Dah brp kali dia tak dtg2 gak, jadi last2 hakim jatuhkan talak. Tapi betul la, dgr citer, kena 'grill' gak isteri ni dulu dek hakim tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2010 09:59 AM | Show all posts
100# merz

tqvm merz 4 sharing..

ALLAH je yg tau apa yg akak rasa

kadang2 mmg rasa x tertanggung ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2010 04:01 PM | Show all posts
Salam semua,

Alhamdulillah... Hakim menerima Notis Bantahan Awal akak berhubung saman nusyuz yang pihak suami failkan ...sekali gus menolak saman nusyuz tersebut...

Pihak suami boleh membuat rayuan dalam tempoh 14 hari...

Alhamdulillah juga , bicara tuntutan fasakh dapat disambung pagi ni walaupun pihak suami minta tangguh dgn alasan lawyer dia cuti bersalin...

Lawyer akak bantah kenyataan suami sebab dlm prosiding lepas, lawyer suami dah setuju yg bicara hari ni boleh diteruskan walau tanpa kehadiran lawyer yg cuti bersalin ...

Cuma dlm masa 1 jam tadi tak sempat nak habis soal balas akak dgn lawyer sebab waktu pagi ramai org...so kena bagi laluan utk kes2 lain...

InsyaAllah...sambung bicara pada bulan Jun dan Julai...dlm prosiding lepas ,kami dah dapat 2 tarikh dlm bulan Jun tapi tadi pihak mahkamah cuma boleh bg satu tarih je utk bulan Jun...dan satu tarikh lagi kena tunda bulan Julai...

sorrylah...akak tak pandai sangat nak cerita...kalau ada pertanyaan baru akak jawab lah ya...;)

mcm Q & A session lah pulak
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 11:26 AM | Show all posts
susah ye kak kalau suami xnk lepaskan kita....tp berubah nye xnk plak....kita yg terseksa tanggung dosa....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.158402 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list