CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HUSSAINTAHIR

Universal Studios Singapore

   Close [Copy link]
Post time 10-3-2010 12:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by dvpro at 10-3-2010 12:33
Baru je tengok online punya rate iaitu SGD 72 ( adult) tapi masa tengok kat website USS pd tarikh tu harganya SGD 66.
adaraish Post at 10-3-2010 00:30

Aku cek tadi online punya pun ada SGD66 jugak (utk certain dates). Kat website USS tu setiap hari flat rate SGD66 ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2010 01:19 PM | Show all posts
pobedah....bila date u pegi....monik pun pi bulan 5 nanti.....boleh senggol2 kt sana.....
monik Post at 9-3-2010 16:57


Assalamualaikum...
Waa...monik nak pi bulan 5 nanti ye..
Nampaknya m0nik dululah...
Masuk semuanya monik..
Ingat lagi first time Akak pi Universal studio..
Universal studio Hollywood..
Semua Akak masuk...Jusrasic Park..Back to the future..
Ya ..Allah...itulah lastnya..
Lepas tu dah tak mau naik dah..
Lepas tu pi Universal Studio Orlando..
eemmm ..tengok tengok aje...temankan budak budak aje..
Rasanya dah tak boleh dah...dah tua...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 03:06 PM | Show all posts
hehehehee....monik dpt rega tiket bulan 5 = rm 20 return kakazie, tu yg excited nk pegi....

kak azie, akak masuk universal yg hebat2 tuh.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 03:16 PM | Show all posts
128# mrsnd

lana beli shuttle bus ticket frm tune htl jb- uss rm18 return...
klau xbeli online rm20 return
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 03:17 PM | Show all posts
136# monik

tgk gmbr2 monik paste ni teruja gile nk pg
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 03:42 PM | Show all posts
141# dvpro

kalau ikut website uss bkn setiap hari SGD 66, dia ikut season, peak or tak peak. Masa I gi nanti, cuti sekolah kita sama dgn singapore juga tapi that date the price is 66 SGD le. Weekend dah 72sgd.

I pun 50-50 lagi ni nak online ke tak? kalau masa gi nanati beratur pjg sgt baik beli online aje.

Dvpro, hanya travel agent ni sj ke yg you ada. Ada tak lagi ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2010 03:44 PM | Show all posts
hehehehee....monik dpt rega tiket bulan 5 = rm 20 return kakazie, tu yg excited nk pegi....

kak azie, akak masuk universal yg hebat2 tuh.....
monik Post at 10-3-2010 15:06


monik beli tiket apa utk bulan 5 nih ekk?? akak ingat pun nak pegi bulan 5 nih tp nak duduk kat spore jekkk.. ingat nak carik tiket kapaltrbg yg murah2 lahhh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 03:49 PM | Show all posts
kak, tiket AA bulan 5, monik dpt tiket weekend, RM20 hinggit pastu campur2 tax total rm115
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2010 05:23 PM | Show all posts
148# monik

hmmm rm115 utk sorang ekk... akak nak pegi ber6 nih!!! tp rasanya AA lah yg paling murah kot...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 06:08 PM | Show all posts
141# dvpro  
I pun 50-50 lagi ni nak online ke tak? kalau masa gi nanati beratur pjg sgt baik beli online aje.

Dvpro, hanya travel agent ni sj ke yg you ada. Ada tak lagi ?
adaraish Post at 10-3-2010 15:42

Takde lubang lain, tapi kalau baca berita ni, nampaknya elok jugak beli online:

Source: www.channelnewsasia.com
       
Universal Studios Singapore's ticketing website overwhelmed with bookings
By Joanne Chan, Channel NewsAsia | Posted: 10 March 2010 1515 hrs         

SINGAPORE: Tickets for Universal Studios Singapore theme park went on sale at 9am Wednesday morning.

Some visitors were left frustrated when they tried to book tickets online and on the phone as they were unable to get through due to overwhelming demand.

When MediaCorp tried to make online bookings for the opening day, the website was still unresponsive at 2.30pm.

The hotline was also busy.

The website posted a note which said Universal Studios Singapore recognised that some visitors have had difficulty buying tickets online and on the phone.

It recommended that a purchase request be sent via email.

A Resorts World Sentosa spokesperson said the website did not crash, but declined to give further details.

Some visitors have resorted to going down to the site office to get tickets.

The theme park is slated to open on March 18.

- CNA/yb
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 11:14 PM | Show all posts
150# dvpro
Ai yo yo , dahsyat tul penangan uss masa opening nanti. I ingat nak tukar tarikh pergi  le dari 18 hb ke 19 hb Mac. Nampak gayanya WAJIB beli online terus.

By the way thanx alot dvpro for the info.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 11:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 10-3-2010 23:23



Taman tema adaptasi Hollywood



Genting Group labur RM16b bangunkan Universal Studios pertama di Asia Tenggara

PRIMADONA jelita Marilyn Monroe, legenda komedi Charlie Chaplin, gergasi hijau berjiwa lembut, Shrek, Alex singa Madagascar dan tentera mumia yang menggerunkan dalam filem pecah panggung, Revenge of The Mummy bakal menggamatkan Singapura menerusi pembukaan cawangan Universal Studios pertama di Asia Tenggara sekali gus terbesar di dunia.

Taman tema mengambil inspirasi perfileman Hollywood itu disenaraikan sebagai daya tarikan utama projek mega RM16 bilion (S$6.59 bilion) Resorts World Sentosa (RWS) yang dibangunkan Genting Group (GG).

Selain Universal Studios Singapore (USS) yang menawarkan tujuh zon menarik untuk diterokai seperti Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away dan Madagascar, RWS berkeluasan 49 hektar menjanjikan ‘syurga dunia’ menerusi Marine Life Park, penempatan hidupan marin terbesar di dunia, muzium maritim meminjam pengalaman penjelajahan laut pada 1,100 tahun lampau, enam hotel bertaraf dunia, menghayati ilham seni bina arkitek tersohor Amerika, Micheal Graves, selain persembahan hiburan mengasyikkan.

Ketua Pegawai Eksekutif RWS, Tan Hee Teck menyifatkan USS bakal menerima sambutan hangat menerusi jangkaan 4.5 juta pengunjung menjelang awal pembukaannya awal tahun depan.

“Masyarakat Asia gemar menonton filem dan taman tema ini hadir tepat pada waktunya. Saya percaya ia akan menjadi destinasi tumpuan pelancong, lebih-lebih lagi disediakan permainan roller coaster, pertunjukan dan taman tema yang tidak ada di mana-mana Universal Studios sebelumnya seperti Hollywood, California; Orlando, Florida dan Osaka, Jepun,” katanya menjelaskan 18 tarikan baru yang diilhamkan khusus untuk USS di Singapura, baru-baru ini.

Penerbit Eksekutifnya, Steve Ryan, berkata tunjang kekuatan studio perfileman ini mungkin pada dua zon yang diadaptasi menerusi filem animasi Shrek dan Madagascar.

“Far Far Away dibina berasaskan filem animasi Shrek. Melangkah ke zon ini, pengunjung seolah-olah dibawa ke dunia gergasi berkenaan baik dari segi latar suasana, seni bina istana, paya tempat tinggal ogre itu mahupun watak-watak yang wujud dalam filem animasi itu seperti Puteri Fiona, Donkey dan pelbagai watak lain.

“Madagascar pula mempelawa pengunjung menghayati dunia haiwan Alex, Marty, Gloria dan Melman dengan olahan lokasi seiras zoo di New York, ditambah replika kapal sebesar bangunan dua tingkat sebagai tarikan utama,” katanya.

Selain itu, kelebihan USS berbanding Universal Studios lain ialah pembinaan bandar masa depan, Sci-Fi City yang antaranya dilengkapi roller coaster tertinggi dan terpantas di dunia.




“Roller coaster berkembar diadaptasi daripada filem Battlestar Galactica itu setiap satunya mempunyai 32 tempat duduk. Bertemakan pertarungan manusia dengan robot, ia memerlukan 90 saat untuk melengkapkan satu pusingan berjarak 9.7 kilometer. Roller coaster ini mungkin diisytiharkan yang tertinggi di dunia berdasarkan ketinggian puncaknya berukuran kira-kira 42.5 meter,” katanya.

Sebagai persediaan menyambut kira-kira 13 juta pengunjung setahun, 1,800 bilik penginapan di enam hotel bertaraf dunia disediakan membabitkan Maxims Tower, Spa Villas, hotel Micheal, Hard Rock, Festive dan Equarius.

Setiap hotel diberi tema berbeza khusus memenuhi keperluan percutian, selain sesuai bagi mereka yang datang untuk urusan perniagaan.

Hotel Micheal satu-satunya penginapan di dunia yang dibina khusus memperingati genius arkitek serta pereka produk, Micheal Graves. Hotel berstatus butik ini bakal mengetengahkan sentuhan ajaib Graves bermula dari lantai hingga ke siling.

Hotel Hard Rock mengangkat falsafah rock and roll ke kelas lima bintang menerusi gaya penataan yang mengabadikan sikap, kenikmatan hidup dan fesyen popular zaman itu. Pilihan kelengkapan dan kemasan ranggi dengan adunan warna dramatik menggambarkan pengaruh serta budaya muzik itu masih diminati ramai biarpun sudah 40 tahun berlalu.

Sementara, bagi pencinta laut dan isinya, Marine Life Park dan Maritime Life Park menanti untuk diteroka. Mereka yang berani dan dahagakan cabaran berpeluang bersemuka dan memberi makan jerung ganas melalui sangkar khas yang disediakan.

Pengunjung juga berkesempatan menghayati kehidupan laut dalam melalui pelbagai rupa, warna dan spesies ikan termasuk jerung, pari, ikan lumba-lumba serta hidupan terumbu karang yang menghuni kolam laut dipercayai terbesar di dunia itu.

Selanjutnya, senario perdagangan membabitkan Asia, Asia Barat dan Eropah dipersembahkan melalui bukti artifak berharga dipercayai wujud ketika zaman Dinasti Tang dan Laksamana Cheng Ho, yang kini dipamerkan di Maritime Xperiental Museum. Pengunjung juga dikatakan bakal terpesona dengan rekaan seni bina arkitek Micheal Grave yang dititipkan di muzium ini.

Selain keseronokan dan hiburan sekeluarga, RWS bagi Pengerusi GG, Lim Kok Thay berupaya mengembangkan daya imaginasi.

Katanya, semua yang disajikan di sini baik hiburan, pendidikan mahupun bertujuan santai terbit daripada imaginasi dan kepakaran manusia. Justeru, beliau percaya, di sini imaginasi bukan saja mempunyai tempat tetapi hidup dan berkembang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 11:22 PM | Show all posts
151# adaraish
No problem, selamat bercuti dan jgn lupa post gambar byk2 nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 11:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 10-3-2010 23:32



"roller coaster tertinggi dan terpantas di dunia. "

Amboii...Mak oii yan tertingi dan terpantas di dunia..
monik....
Mesti kena naik tu..
he..he..
Kenangan first time Akak naik Roller coaster kat Hong Kong ..
Ocean Park Hong KOng 1986..
Kat Repulse Bay..
Masa tu pakai scarf...
Kena hempas 2 ke 3 kali...
Turun turun tudung tak de..
Dah kena terbang..
Tak taulah Putera Apek manalah yg jumpa scarf tu..
Kenangan betul..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 12:18 AM | Show all posts
nk g nnt bulan5/6!!! insyaALLAH....hrp2 time tue dh x ramai org....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 06:55 AM | Show all posts
i pegi time skul holiday.....
cnfm org ramai...........
tp aku g wekdays.....mayb ada kelebihan lain la..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2010 09:34 AM | Show all posts
fuhhh..... penangan USS nih melampau gak kannn!!!! akak ingat nak pegi pun time sekolah suh anak ponteng jekkk..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 01:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 02:03 PM | Show all posts
158# mangkuk
Sama la dengan link yg kat page belakang nun: http://mforum.cari.com.my/viewth ... ;page=5#pid37134889
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 02:07 PM | Show all posts
158# mangkuk
Sama la dengan link yg kat page belakang nun: http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=465279&page=5#pid37134889
dvpro Post at 11-3-2010 14:03


Yup sama, sorry, terlepas pandang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.066315 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list