CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395237|Reply: 2510

(Merged) Norman & Memey(Update:Baju kawen nak dipamer kat muzium@pg70)

   Close [Copy link]
Post time 22-2-2010 09:55 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by mea at 18-9-2011 09:19

{:1_147:}{:1_147:} CREDIT TO BiPOP BERITA HARIAN {:1_147:}{:1_147:}


Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my



PASANGAN artis sensasi yang masih menjalani perbicaraan mahkamah atas pertuduhan kes khalwat, Memey Suhaiza, 21, dan Norman Hakim, 33, mengakui akan melangsungkan pernikahan selewat-lewatnya tahun depan jika semua perancangan yang diatur berjalan lancar.

Mereka akui, dengan reda Tuhan dan selepas perbincangan, keluarga kedua-dua belah pihak bersepakat menyatukan dua hati itu secepat mungkin, sekali gus menamatkan segala fitnah mahupun kontroversi yang melanda dua artis itu sebelum ini.

Bagaimanapun, Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi menyerahkan segala perancangan itu kepada qada dan qadar Tuhan. Namun, Memey tidak mampu menolak ketentuan Ilahi sekiranya Norman bersama keluarganya bercadang mempercepatkan lagi jodoh pertemuan mereka, dia reda dan berserah sekiranya tahun ini juga menyaksikan dia bakal bergelar isteri kepada duda Abby Abadi itu.

Memey ketika dihubungi Rabu lalu sedang menemani keluarganya membeli-belah yang bertandang ke Kuala Lumpur dari Kota Tinggi, Johor sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina. Memey menjelaskan, dia bersama keluarga akan pulang ke kampung halaman Norman di Kuantan, Pahang sekitar Mac ini untuk menjalani rakaman program hiburan, Cerita Artis Malaysia (CAM) untuk siaran Astro dan bukannya untuk sebarang majlis merisik, bertunang mahupun pernikahan.

揚un begitu, sebelum ini memang ada perbincangan sesama keluarga untuk menentukan tarikh sesuai (melangsungkan pernikahan) dan akhirnya mereka memilih 2011. Sekiranya menjadi kenyataan dan perancangan itu diredai Tuhan, hasrat kami untuk terus bernikah, tiada sebarang majlis merisik mahupun bertunang. Pun begitu, sekiranya Norman bersama keluarganya ingin mempercepatkan lagi majlis pernikahan kami pada tahun ini, saya reda sekalipun secara peribadi, saya belum bersedia.

揑nsya-Allah sekiranya benar jodoh saya bersama Norman, saya terima seadanya. Namun, kami hanya mampu merancang, Tuhan yang akan menentukan segala-galanya. Segala keputusan selepas ini, saya terima dengan hati terbuka,? kata Memey yang berjaya dipujuk membuka mulut mengenai perancangannya membina hari bahagia bersama Norman.

Ditanya apakah hadiah istimewa daripada Norman sempena Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari lalu, Memey sekadar menjelaskan mereka hanya menghabiskan masa bersama dengan menonton wayang dan makan malam.

揔ami tak sambut Valentine抯 Day, tapi kebetulan pada 14 Februari itu masing-masing tidak terbabit dengan penggambaran drama, justeru kami meluangkan masa dengan menonton filem baru di pawagam, My Nama Is Khan dan diakhiri makan malam. Sebenarnya saya dan Norman tak perlu menunggu sehingga Valentine抯 Day untuk menghabiskan masa bersama,? kata Memey berterus-terang.

Baru-baru ini juga ada pihak yang sanggup membuka akaun khas internet 慚embenci Memey Suhaiza? menerusi laman sosial Facebook. Difahamkan ketika itu kira-kira 1,000 yang mengundi menyokong Facebook berkenaan. Apa komen Memey?

揝aya memang tahu kewujudan Facebook berkenan. Tapi, saya tak pernah membuka dan membacanya demi memelihara emosi diri sendiri. Saya difahamkan oleh teman rapat, kini akaun itu sudah mencecah hampir 10,000 undian. Tak mengapalah, saya malas nak layan perkara seumpama itu. Lebih baik saya memberi tumpuan kepada kerjaya,? kata Memey yang kuat semangatnya berdepan kritikan dan tohmahan orang sekeliling.

Sekalipun sudah banyak kali memohon maaf, masyarakat terus melabelnya sebagai perampas atau perosak kebahagiaan rumah tangga Norman bersama bekas isterinya, Abby Abadi yang juga seorang aktres popular.

揝aya malas nak ambil pusing, sudah banyak kali saya memohon maaf, tapi saya tetap menerima cemuhan dan cacian daripada masyarakat. Biarlah mereka nak berkata apa saja, saya reda,? katanya dalam nada kecewa.

Sementara itu, Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Nurhakim Zaidon ketika dihubungi pada hari sama, mengakui dia bersama keluarga kedua-dua belah pihak memang pernah membuat perancangan untuk melangsungkan hari bahagianya bersama Memey pada 2011, namun segala perancangan itu diserahkan kepada ketentuan Tuhan.

揗enerusi gerak hati, hanya satu yang saya mohon, bimbingan atau pedoman. Nawaitu saya mudah saja, berserah pada Tuhan. Sekiranya kita merancang sesuatu yang baik, teruskan. Insya-Allah kita akan memperoleh keredaan-Nya. Memang keluarga sudah berbincang untuk melangsungkan hari bahagia kami pada 2011, tapi saya tak berani membuat sebarang pengumuman pada ketika ini kerana segala-galanya berkemungkinan.

揝aya masih ingat dengan lagu popular kumpulan Headwind, Segalanya Mungkin. Kita merancang, Tuhan menentukannya. Justeru, saya hanya mampu berserah kepada qada dan qadar Tuhan. Sekiranya tiba-tiba jodoh saya bersama Memey pada tahun ini, Tuhan sudah menentukannya, saya reda. Sebab itu, saya tak berani nak membuat sebarang pengesahan bila kami nak kahwin, semuanya sekadar perancangan,? katanya lagi.

Norman juga mengakui, Memey sudah bersedia menjadi 慽bu? kepada anak-anaknya - Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim, sekali gus bersyukur kerana ada insan yang sudi menerima kehadiran dirinya serta anak-anak dengan seadanya.




ye ye ooo jahh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2010 10:00 AM | Show all posts
luluh hati sang ibu bacer part yg last tu....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 10:01 AM | Show all posts
ok lah tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 10:02 AM | Show all posts
apasal kes khalwat pun lama nah nak jatuh hukum?
ke aku yg ketinggalan lrt?
lagi satu, artis ni kalau dah ada niat nak kawin, dah suka sama suka, apasal nak tunggu 1-2 tahun baru nak nikah?
jatuh saham ke kalau nikah awal2 lepas tu baru sanding kemudian, kalau betul takde masa sekali pun.
lepas tu nak keluarkan gambar2 konon bahagia sgt lantak lah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 10:03 AM | Show all posts
tadak beza pon nikah dengan tak nikah
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 10:05 AM | Show all posts
elok la nikah. dah lama sgt kawin nya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2010 10:06 AM | Show all posts
Post Last Edit by mamyziyaad at 22-2-2010 10:11

“Kami tak sambut Valentine’s Day, tapi kebetulan pada 14 Februari itu masing-masing tidak terbabit dengan penggambaran drama, justeru kami meluangkan masa dengan menonton filem baru di pawagam, My Nama Is Khan dan diakhiri makan malam..

diakhiri makan malam??? mmmm....kenapa aku terpikior ada adegan lain je..ish.ish.ish .
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 10:07 AM | Show all posts
abby ngan zul bila lagi nak kawin?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2010 10:08 AM | Show all posts
7# mamyziyaad

lepas jamuan makan mlm tu sendiri faham la ada jamuan lain..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 10:08 AM | Show all posts
Tahun depan...lambatnya lagi...macam2 benda boleh berlaku...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 10:09 AM | Show all posts
walaweh...pape jelah memey+normiang
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 10:15 AM | Show all posts
luluh hati sang ibu bacer part yg last tu....
mea Post at 22-2-2010 10:00



statement die mcm abby dh xde je kt dunia.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 10:17 AM | Show all posts
sedap la ko norman......... perghhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 10:23 AM | Show all posts
nafi2 pastu nak kawin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2010 10:25 AM | Show all posts
bengong......
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 10:26 AM | Show all posts
lagi cepat lagi bagus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2010 10:27 AM | Show all posts
baguslah tu......
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 10:29 AM | Show all posts
apa la yg bestnya norman yg dah tua tu ????
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 10:32 AM | Show all posts
apasal kes khalwat pun lama nah nak jatuh hukum?
ke aku yg ketinggalan lrt?
lagi satu, artis ni kalau dah ada niat nak kawin, dah suka sama suka, apasal nak tunggu 1-2 tahun baru nak nikah?
jatuh s ...
szairmz Post at 22-2-2010 10:02


Mula2 nak coverline takde apa2 hubungan, terpaksa telan kata nista org sekeliling, fitnah belaka, dan semua org tak betul, mereka dan Tuhan je yg tahu apa 'niat' mereka. Kalau awal2 mengaku mereka salah, nampak sgt bersalah sbb meruntuhkan rumahtangga org mahupun rumahtangga sendiri. Kesimpulannya, makan bertahun jugak lah nak reka kronologi bg org luar lupa sikit kisah hitam mereka.. sorry.. org takkan lupa, org akan tunggu apa balasanNya tak lama lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 10:32 AM | Show all posts
Norman juga mengakui, Memey sudah bersedia menjadi ‘ibu’ kepada anak-anaknya - Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim, sekali gus bersyukur kerana ada insan yang sudi menerima kehadiran dirinya serta anak-anak dengan seadanya.

statement ni klu abby baca mau luluh hati die..mcm la ibu kepada anak2 die dh xde kat dunia ni....klu ye pun memey tu kawin ngan norman, si memey tu mak tiri je....bukan 24jam kene jaga budak2 tu...si abby masih ada.....

abby ngan norman ni dpt hak penjagaan brsama ek..klu aku, xbagi anak2 rapat ngan pompuan yg runtuhkan rumah tangga aku....blh keliru budak2 tu nnt....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.079551 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list