CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1371|Reply: 8

MP PR mahu Parlimen jadi `world class parliament'

[Copy link]
Post time 15-3-2010 09:28 PM | Show all posts |Read mode
MP PR mahu Parlimen jadi `world class parliament'                                                                                                               
                                        Hazayani Zakaria                                  

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub (gambar)memberi jaminan bahawa semua ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat akanmenyampaikan perbahasan secara profesional dan bertanggungjawab keranaianya penting untuk memastikan agenda perbahasan itu tercapai.

Beliauberkata, semua ahli parlimen bertanggungjawab dalam memastikan martabatParlimen terus terjaga dan setanding dengan Parlimen di negara-negaralain.

"Memang menjadi iltizam kami bahawa kami akan membawa perbahasanyang bernas, berfakta dan bertanggungjawab kerana bagi saya adalahpenting untuk kita membawa agenda yang lebih bermatlamat.

"Seharusnya perbahasan yang berfakta itu penting untuk meningkatkankualiti kami sebagai Ahli Parlimen dan mengangkat Parlimen ini sebagaisebuah Parlimen yang mempunyai ahli parlimen yang bertanggungjawab danmemberikan perbahasan yang bermutu setanding dengan negara lain, apayang dikatakan 'world class parliament'," katanya di lobi parlimentengahari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas titah Yang di-PertuanAgong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang menegur sikap sesetengah ahliparlimen yang menunjukkan sikap yang tidak baik sewaktu sesi perbahasan.

"Sejak dua pengggal berturut-turut sebelum ini beta mengingatkanAhli Yang Berhormat supaya menunjukkan sifat yang terpuji dalam dewanyang mulia ini. Beta dukacita masih terdapat Ahli Yang Berhormatmempamerkan tingkah laku dan tutur kata yang tidak mencerminkankeperibadian sebagai wakil rakyat," titah baginda.

Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS berkata, teguran Tuanku Mizanitu harus dipandang positif oleh semua ahli parlimen sama ada daripadaPakatan Rakyat (PR), Barisan Nasional mahupun Bebas untuk meningkatkanmutu perbahasan.
"Saya rasa teguran itu ditujukan kepada umum, untuk kita menilaidiri sendiri. Seharusnya ia dipandang positif untuk kita meningkatkanmutu perbahasan kita," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata,teguran itu tidak harus dilihat daripada aspek perbahasan sahaja, namunapa yang penting juga adalah prinsip perjuangan seseorang ahli parlimenitu.
Naib Presiden PAS itu merujuk kepada tindakan beberapa ahli parlimendaripada Parti Keadilan Rakyat yang keluar parti dan mengisytiharkandiri mereka sebagai wakil Bebas.

"Contoh yang terbaik ialah ahli parlimen yang ada prinsip, yangtidak melompat daripada mana-mana parti lain. Ini yang harus dilihat.
"Apabila kita sebut contoh itu, bukan bermakna soal berbahasberasaskan fakta dalam parlimen tapi turut menjadi contoh kepada orangramai ialah mereka yang ada prinsip yang tidak melompat seperti manabeberapa ahli parlimen yang melompat.

"Jadisaya kira titah Yang Di-Pertuan Agong itu harus diambil iktibar olehahli parlimen yang melompat kerana mereka telah mengecewakan rakyat.Jadi mereka harus melepaskan jawatan mereka sebagai ahli parlimen,"katanya.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali (gambar kiri)pula berkata, ahli parlimen di negara ini harus mencontohi ahliparlimen negara luar yang berani menolak usul daripada pihak kerajaanapabila ia dilihat tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Sambil menerima teguran Tuanku Mizan itu, beliau juga berkata, ahliparlimen tidak harus menjadi 'pak turut ' kepada kerajaan sebaliknyaharus bertindak sebagai 'check and balance'.

"Kalau kita tengok ahli parlimen negara lain, mereka berani menegurkerajaan. Kalau kita tengok di negara-negara maju, banyak ahliparlimennya menolak usul kerajaan yang mereka rasa boleh merugikanrakyat. Itulah yang sepatutnya diberikan penekanan, supaya ahliparlimen tidak menjadi pak turut sahaja kepada kerajaan yang sedia adatapi kedua-dua pihak mesti menjadi ‘check and balance’," katanya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

World class paler hotak dia kalau kat parlimen pun nak wat besday parti...

Prffttttthhhhhhhhhh...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2010 09:31 PM | Show all posts
alaa....diorang ni cakap je....

tgk kat perlimen mcm bdk2...kdg2 aku tgk diorang ni tak mcm tak layak je nak berbahas..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 10:50 PM | Show all posts
world class la tu...mane ade parlimen lain buat birthday party mcm parlimen kita...

hehehe....numpang gelak ye .....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 11:20 PM | Show all posts
World class kebende......Low class adelah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 11:52 PM | Show all posts
World class paler hotak dia kalau kat parlimen pun nak wat besday parti...

Prffttttthhhhhhhhhh...
BateriKOng Post at 15-3-2010 21:28


Besday parti tu dibuat kat lobi parlimen, bukan dalam dewan parlimen.

Aku rasa yang dimaksudkan oleh YDPA tu adalah tentang sikap ahli parlimen ketika sidang parlimen. Tapi tak tau la kalau ko nampak isu remeh pasal sambutan hari jadi lebih penting daripada isu tahap hujah ahli parlimen...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 12:12 AM | Show all posts
sapa yg buat birthday party tu...kasi gambar sikit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2010 12:27 AM | Show all posts
MP PR mahu Parlimen jadi `world class parliament'                                                                                                                                                                Hazayani Zakaria                                 

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub (gambar)memberi jaminan bahawa semua ah ...
BateriKOng Post at 15-3-2010 21:28
kira lebey world klass kalu sembelih lembu kat parlimen..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2010 12:43 AM | Show all posts
Besday parti tu dibuat kat lobi parlimen, bukan dalam dewan parlimen.

Aku rasa yang dimaksudkan oleh YDPA tu adalah tentang sikap ahli parlimen ketika sidang parlimen. Tapi tak tau la kalau ko  ...
juwaini Post at 15-3-2010 23:52


Oo.. Ye ke.. So lepas ni blehla wat fun fair kat lobi parlimen tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2010 12:58 AM | Show all posts
Oo.. Ye ke.. So lepas ni blehla wat fun fair kat lobi parlimen tu..
BateriKOng Post at 16-3-2010 00:43


Haha! Lawak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.085627 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list