CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1336|Reply: 16

Kena bayar RM 60K utk Keadilan ?

[Copy link]
Post time 31-3-2010 08:49 AM | Show all posts |Read mode
Saman RM100 juta: Mahkamah arah keluarga Altantuya bayar jaminan kos RM60,000
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan keluarga Altantuya Shaariibuu membayar jaminan kos berjumlah RM60,000 kepada kerajaan Malaysia dan bekas penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda berhubung saman RM100 juta yang difailkan oleh mereka kerana kematian wanita Mongolia itu.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zaleha Yusof semasa membuat keputusan itu di dalam kamarnya memberi tempoh tiga bulan kepada plaintif (keluarga Altantuya) untuk membayar wang itu iaitu RM30,000 kepada setiap defendan (kerajaan Malaysia dan Abdul Razak).
Kerajaan Malaysia yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Habibah Haron, dan Abdul Razak yang diwakili peguam K K Wong, sebelum ini memfailkan permohonan supaya keluarga Altantuya menyediakan jaminan kos kepada mereka sebanyak RM1 juta atau apa-apa jumlah yang ditetapkan oleh mahkamah.

Permohonan jaminan kos ialah permohonan untuk plaintif mendeposit sejumlah wang kepada mahkamah sebagai jaminan untuk meneruskan prosiding saman mereka.

Peguam Karpal Singh, yang mewakili keluarga Altantuya, ketika ditemui pemberita kemudian berkata beliau tidak akan membebankan keluarga Altantuya untuk membayar jaminan kos itu kerana ayah Altantuya, Shaariibuu Setev yang berpendapatan US$200 (RM620) sebulan, perlu menyara keluarganya termasuk dua anak Altantuya.

Karpal Singh, yang juga Pengerusi DAP dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata beliau akan meminta jasa baik semua Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri daripada pakatan pembangkang untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu menjelaskan bayaran jaminan kos itu bagi pihak keluarga Altantuya.   "Saya akan berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, dan saya berpendapat ini adalah jalan terbaik," katanya.     Pada 4 Jun 2007, Shaariibuu dan isterinya Altantsetseg Sanjaa, dan dua anak lelaki Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, menyaman kerajaan Malaysia, Abdul Razak dan dua tertuduh dalam kes pembunuhannya, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dengan menuntut ganti rugi RM100 juta bagi kematian wanita itu.


Abdul Razak, 49, dituduh bersubahat bersama Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 38, dalam pembunuhan Altantuya, 28, pada 2006.   Beliau dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zaki Md Yassin pada 31 Oktober 2008 tanpa dipanggil membela diri, manakala Azilah dan Sirul Azhar pula didapati bersalah pada 9 April tahun lalu dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

* jarang2 dengar kena bayar dulu utk mendapatkan keadilan dimahkamah.....
* org kena dakwa minta jaminan supaya kes diteruskan.......pelik2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2010 09:01 AM | Show all posts
dah jarang dah dengar totok ratib najibuya
mungkin diorang dah sedar
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 10:07 AM | Show all posts
Akai pun dari Kapal.. jadi dia rasa malu dengan akai dia tu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 10:18 AM | Show all posts
Yalah..sama macam sepol...mangsa kena tunggu pemangsa minta tangguh sana minta tangguh sini, minta dibicara sana dibicara sini...ni pun jarang berlaku gak..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 10:24 AM | Show all posts
Itulah mahkamah di Malaysia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2010 10:46 AM | Show all posts
Kes ni telah masuk fasa baru..............semakin rumit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2010 11:22 AM | Show all posts
jaminan sebelum saman =x
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 11:26 AM | Show all posts
Ni kes sivil.

Ko memang kena membayar kalau ko nak buat saman sivil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2010 11:50 AM | Show all posts
dah jadi macam B.G la pulak .......... hehehe.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2010 11:53 AM | Show all posts
Kerajaan Malaysia yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Habibah Haron, dan Abdul Razak yang diwakili peguam K K Wong, sebelum ini memfailkan permohonan supaya keluarga Altantuya menyediakan jaminan kos kepada mereka sebanyak RM1 juta atau apa-apa jumlah yang ditetapkan oleh mahkamah.

** Ni nak bayar kpd mahkamah atau kepada plantif ?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 11:56 AM | Show all posts
Kerajaan Malaysia yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Habibah Haron, dan Abdul Razak yang diwakili peguam K K Wong, sebelum ini memfailkan permohonan supaya keluarga Altantuya menyediakan jaminan k ...
orangxkenal Post at 31-3-2010 11:53


Tak silap tu belanja mahkamah.

Utk pengetahuan ko..Karpal dah akur ngan keputusan mahkamah tu....dia kata keluarga antuya tu tak kaya..so..Singh ni nak jumpa MP2 PR dan Anwar utk minta sumbang 60 ribu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 12:02 PM | Show all posts
mahkamah dah jadi pelik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2010 12:06 PM | Show all posts
Jgn ada yg kata sing tu dapat duit dari tabong yahudi dah leee.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2010 12:23 PM | Show all posts
Kan skg ni hangat isu yahudi..........
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 12:11 AM | Show all posts
atas motif pe UTK 2 ekoq tu nak C4 altantuya?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 01:12 AM | Show all posts
motif merc4 ler spaya tak dpek megesannyo mengikut firasat pokcik huhuhu apoo looo korangg niii
takk dapekk nokk pikir koo huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2010 05:57 AM | Show all posts
untuk kes2 yg berat dan rumit memang yg kena sama boleh mintak mahkamah supaya org yg menyaman tu letakkan duit jaminan kos...

kos ni macam belanja perbicaraan ler... termasuk kos mahkamah kos peguam...

ini sebagai jaminan sekiranya yg menyaman tu tak berjaya dan dia diperintah bayar kos, maka duit tuh dah tersedia...

tapi kalau dia berjaya duit tu ambik baliklah malah yg kalah tu kena bayar kos dia lagik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.432416 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list