CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: monorail

Sampaikan.....walau satu ayat.

[Copy link]
 Author| Post time 12-4-2010 07:01 AM | Show all posts
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2010 10:00 AM | Show all posts
FASIK terbahagi kepada dua jenis. Fazik kafir dan fasik fajir. Fasik kafir adalah orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Yang menolak dan mengingkari perintah Allah yang diturun dalam kitab-kitab-Nya. Mereka ini keluar dari petunjuk dan termasuk dalam kesesatan. Seperti mana disebut dalam firman Allah;
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2010 10:00 AM | Show all posts
Fasik kafir mereka yang membangkang perintah Tuhannya supaya beriman, memperakui dengan keseluruhan jasad dan nurani akan kebesaran dan keagungan (Tuhan) Allah. Manakala golongan fajir ialah yang meminum arak, makan benda yang haram (rasuah, perjudian haram, ceti haram, penyelewengan, rompakan dsbnya), berzina dan membuat maksiat kepada Allah.

Mereka ini terkeluar dari aktiviti ibadat dan termasuk dalam kemaksiatan. Namun mereka ini tidak sampai kepada syirik.

Perbezaan keduanya ialah fasik kafir tidak akan diampunkan Allah kecuali dengan bersyadah dan bertaubat sebelum ajal. Sedangkan kafir fajir masih boleh diampunkan dengan pertaubatan yang menyesali atas perbuatan dan kelakuannya sebelum ajal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2010 10:01 AM | Show all posts
Sesungguhnya setiap maksiat yang datang dari nafsu dan syahwat masih boleh diampunkan. Manakala maksiat yang datang dari kesombongan tidak boleh diampunkan.

Iblis, Firaun, dan sewaktu dengannya datang dari kesombongan yang mana kekafiran mereka tidak akan terampun.

Justeru kita perlu bertaubat dari segala dosa, kecil dan besar sebelum ajal dengan harapan Allah akan menerima pertaubatan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 07:41 AM | Show all posts
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
monorail Post at 11-4-2010 07:10 AM


"Tuhanmu berkata,'Berdoalah kepadaku,nescaya aku perkenankan.
Sesungguhnya,org yg sombong dan enggan menyembahku,kelak
mereka memasuki neraka jahanam dlm keadaan yg hina'."
(Surah al-Mukmin,ayat60)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2010 08:04 AM | Show all posts
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Gigi geraham atau taring orang kafir adalah seperti Bukit Uhud dan ketebalan kulitnya adalah seperti perjalanan sejauh tiga hari
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-4-2010 07:01 AM | Show all posts
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menghadiri jenazah sehingga jenazah itu disembahyangkan, maka dia seolah-olah mendapatkan satu qirat (qirat adalah kinayah bagi ganjaran pahala yang sangat banyak) dan sesiapa yang menghadirinya sehingga jenazah itu dikuburkan, maka dia mendapat dua qirat. Sahabat bertanya: Apakah dua qirat itu? Baginda s.a.w bersabda: Seumpama dua gunung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2010 07:03 AM | Show all posts
Hadis Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila kamu melihat jenazah diusung, maka berdirilah kerananya sehinggalah jenazah tersebut diusung jauh dari kamu atau sehingga jenazah tersebut diletakkan di dalam kubur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2010 07:53 AM | Show all posts
wahai sahabat sekalian,
tadi terbaca bahawa berbuat baik boleh panjangkan umur, betul ke?
saya kalau boleh xnak hidup lama, sbb terasa bila hidup lebih lama, lebih banyak dosa
kalau boleh, nak je cepat pergi
dunia ni pun dah semakin uzur
saban hari saya menatap perkara2 yang kadang2 di luar jangkauan fikiran
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2010 05:22 PM | Show all posts
Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian (Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2010 05:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by monorail at 18-4-2010 18:00

[size=180%]Masjid itu rumah Allah. Kaabah juga rumah Allah, tempat kiblat hambaNya membuat ibadah dan tempat turun rahmatnya.
[size=180%]Sabda Nabi s.a.w.

[size=180%]“Allah menjanjikan setiap tahun 600 ribu orang akan melakukan haji di rumah ini (Kaabah). Maka jika kurang (bilangannya), ia akan dicukupkan
[size=180%]oleh Allah dengan malaikat………..”
[size=180%]Dalam hadith yang lain dikatakan:
[size=180%]setiap waktu akan ada 80 ribu orang sembahyang jemaah di Masjidil Haram. Jika kurang (bilangannya), ia akan dicukupkan oleh Allah dengan [size=180%]malaikat yang berupa manusia.
  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2010 06:54 AM | Show all posts
Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Apabila syaitan mendengar azan, dia akan lari bertempiaran sehingga tidak mendengarnya lagi. Setelah azan selesai, dia kembali lagi untuk menghasut. Begitu juga apabila mendengar iqamat. Dia akan lari sehingga tidak mendegarnya lagi dan sebaik sahaja iqamat selesai, dia kembali sekali lagi untuk menghasut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2010 07:00 AM | Show all posts
Hadis Anas r.a:
Sesungguhnya beberapa orang sahabat r.a bertanya kepada isteri-isteri Nabi s.a.w mengenai amalan yang dilakukan oleh baginda secara diam-diam. Maka ada di antara mereka yang memberitahu bahawa dia tidak akan berkahwin. Ada juga yang memberitahu bahawa dia tidak makan daging dan ada pula yang memberitahu bahawa dia tidak pernah tidur di atas hamparan. Mendengar hal itu semua, Nabi s.a.w memuji kepada Allah dan bersabda: Apa kena dengan kaum itu, mereka berbicara itu dan ini, sesungguhnya aku mendirikan sembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa, berbuka dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukanlah golonganku iaitu umatku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2010 06:53 AM | Show all posts
Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa mandi pada hari Jumaat seperti mandi hadas besar, kemudian berangkat ke masjid, maka seolah-olah dia mengorbankan seekor unta dan sesiapa berangkat pada kesempatan kedua, maka dia seolah-olah telah mengorbankan seekor lembu. Sesiapa berangkat pada kesempatan ketiga, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor kambing kibas. Sesiapa berangkat pada kesempatan keempat, seolah-olah telah menyembelih seekor ayam dan sesiapa berangkat pada kesempatan kelima, seolah-olah dia memberikan sedekah sebiji telur. Apabila imam iaitu khatib telah keluar, Malaikat-malaikat pun hadir mendengar zikir. Ertinya: mereka tidak lagi mencatatkan sesiapa yang datang ke masjid
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2010 07:02 AM | Show all posts
Hadis Ummu Salamah r.a isteri Nabi s.a.w:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Orang yang minum dengan wadah atau bekas air yang diperbuat dari perak, sesungguhnya akan dididihkan perutnya dengan api Neraka Jahanam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2010 06:43 AM | Show all posts
Malaikat Rahmat Hibur Hati Orang Beriman Ketika Sakaratulmaut
MEREKA yang dipermudahkan dan senang ketika menghadapi nazak ialah mereka yang beriman dan beramal kebajikan secara ikhlas. Allah mengutus berpuluh-puluh Malaikat Rahmat untuk menghibur hatinya ketika menghembuskan nafas terakhir, berpisah meninggalkan anak isteri dan keluarganya sehingga dia menghadapi mati dengan tenang, mudah, bahagia dan gembira. Manakala orang terbabit dosa besar dan maksiat akan menghadapi kesukaran serta keperitan bertindih-tindih ketika nazak. Firman Allah yang bermaksud: “Serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih.” (Surah al-Qiyamah, ayat 29) Orang disukarkan nazak ialah yang mendustakan agama, tidak mengerjakan solat, sombong, jahat, serta bergelumang dosa demi dosa. Ketika menghadapi nazak atau sakaratulmaut, Allah memperlihatkan kepada dirinya segala dosa dilakukan, seluruh penderitaan zahir dan batin mangsa perbuatannya dikumpulkan dan ditayangkan. Jika dia membunuh diperlihatkan perbuatan pembunuhan itu. Jika dia menzalimi orang, maka diperlihatkan kezaliman dilakukan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2010 09:17 AM | Show all posts
Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Seandainya aku memiliki emas sebesar bukit Uhud dan didatangkan kepadaku lagi gunung yang ketiga, di samping itu aku memiliki satu dinar, maka yang membuatkan aku suka hanyalah satu dinar yang dapat aku gunakan untuk membayar hutang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2010 09:26 AM | Show all posts
dengar ceramah oleh ustaz dari KAGAT malam semalam...
semasa dalam kubur, akan datang kepada kita 70 ekor ular. bisa ular itu kalau dihembuskan ke dunia.....tumbuhan tidak akan tumbuh sehingga hari kiamat...........
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 10:43 AM | Show all posts
“ Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak  (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: “Jadilah”. Lalu jadilah ia.  QS.Al-Baqarah(2):117).
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 10:43 AM | Show all posts
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.123933 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list