CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: monorail

Sampaikan.....walau satu ayat.

[Copy link]
Post time 19-1-2011 11:21 AM | Show all posts
yg biasa kita dengar;

apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakan kepadanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2011 11:27 AM | Show all posts
an apple a day
keeps the doctor away
but if the doctor is cute
screw the fruit

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2011 12:17 PM | Show all posts
an apple a day
keeps the doctor away
but if the doctor is cute
screw the fruit
hananie Post at 19-1-2011 11:27

i don't think so...kalau doctor tu yg cute...dia lah mangsa...



Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu:
Bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Menguap itu termasuk dari (gangguan) setan, maka jika seorang dari kamu menguap, hendaklah ia berusaha menahannya (Shahih Muslim No.5310)
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 03:27 PM | Show all posts
Adakah kita saling sayang menyayangi sesama kita? Adakah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada seluruh orang mukmin. Adakah kita sayangkan saudara kita sepertimana kita sayangi diri kita sendiri? Adakah kita tidak mahu melihat saudara kita menderita sepertimana kita sendiri tidak mahu hidup menderita? Tepuk dada tanya iman kerana kesempurnaan iman itu dikaitkan dengan sifat saling sayang menyayangi. Rasa bersama dan menyatakannya melalui ungkapan dan reaksi gerak badan memang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Contohnya memberikan hadiah walaupun kecil dan sentiasa berterima kasih, ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. Kita tidak perlu meraikan Valentine Day semata-mata untuk menyatakan rasa kasih kita pada seseorang kerana Islam menggalakkan umatnya agar kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala. Bahkan jika kita tidak bertegur sapa sesama saudara Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya telah menjadi haram. Justeru budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik. Berkasih sayang dalam Islam tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2011 06:25 PM | Show all posts
Reply 124# masarju
good one mas....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2011 10:38 AM | Show all posts
ceramah malam semalam.........ustad tu kata setelah selesai sembahyang jangan ubah kedudukan tahyat akhir tu.........selsesai kan istigfar dan 2 kalimah syahadat sebanyak 3x...insyaAllah akan diampunkan dosa2 kita..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2011 10:54 AM | Show all posts
Reply 125# monorail

.
Sayangkah anda pd semua forummer Phg?






   
i)        Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.
ii)        Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w  amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”
iii)        Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.
iv)        Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.
v)        Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.

                     
                  
            

                                            
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2011 11:25 AM | Show all posts
Dari Anas bin Malik r.a, berkata,Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda,"Do'a antara Adzan dan Iqomat tidak akan ditolak."Para sahabat bertanya,'Apakah [do'a] yang kami harus baca,wahai Rasulullah?' Beliau menjawab,'Mintalah kepada Allah 'Afiyah [kesehatan dan keselamatan] di dunia dan di akherat"(H.r Tirmidzi,Hadits No.3594)...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2011 11:34 AM | Show all posts
Maruah dan nama baik adalah sesuatu yang amat penting bagi semua orang. Islam  menegah perbuatan menghina dan memperlekehkan orang lain kerana ia akan menjatuhkan maruah individu terbabit. Lagipun tidak ada manusia yang suka dirinya diperlekeh dan dihina apalagi di khalayak ramai. Tiga golongan yang disebutkan di dalam hadis di atas merupakan mereka yang sebenarnya mempunyai nilai di sisi masyarakat dan harus dihormati. Sebagai orang tua contohnya mereka sudah tentu mempunyai banyak  pengalaman hidup  yang boleh dijadikan panduan dan iktibar oleh mereka yang masih muda. Manakala orang yang berilmu juga merupakan aset yang memberi manfaat untuk kebaikan dan kemajuan ummah seperti juga kedudukannya dengan imam yang adil yang semestinya menjadi tali pengikat kepada keharmonian dan keamanan masyarakat seluruhnya. Golongan ini harus diberi penghormatan sewajarnya kerana setiap kebaikan yang ada pada diri mereka bakal menjadi teladan buat generasi yang datang selepasnya.   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2011 11:39 AM | Show all posts
jaga solat berjemaah kita....

Dari Aisyah r.ha, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengirim Rahmat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf [yang putus/kosong]" (H.r Hakim, Hadits Shahih menurut syarah muslim) *Luruskan dan rapatkan saf.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 11:02 AM | Show all posts
siapa yang masuk rumah dan beri Salam ke atas isirumah (keluarga) yang ada, Selawat ke atas Nabi 3 kali, Baca Fatihah 1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, hilanglah kepapaannya. -bacalah sebelum masuk rumah (contohnya semasa balik dari pejabat)...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 11:35 AM | Show all posts
dari kuliah maghrib malam semalam....oleh Kapt Sharul dari KAGAT

4 fadilat berjemaah dan selepas itu berada dalam majlis ilmu dan mengamalkannya.
a. diberi rezeki yang halal
b. tak dikenakan siksa kubur
c. bersama kelompok para nabi apabila memasuki syurga
d. meyeberangi siratul mustaqim seperti kilat (yg ni ada khilaf..sbb Dato Harun Din penah bagi ceramah pasal siratul musatqim ni. Dia dalam proses untuk memperbetulkan ..)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 07:12 AM | Show all posts
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

b/p Biro Kebajikan Islam, JKew

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 10:06 PM | Show all posts
Ada lagi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2011 10:49 AM | Show all posts
"Hendaklah kamu selalu benar,Sesungguhnya kebenaran membawa pada kebajikan & kebajikan membawa ke syurga, Selama seorang benar & selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yg benar (jujur). Hati2 terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka.selama seorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang Pendusta"(HR. Bukhari)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2011 08:04 AM | Show all posts
meh sesama kita dengar....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2011 11:04 PM | Show all posts
ceramah maghrib tadi...ustaz kapt shahrul dari KAGAT

sembahyang berjemaah seorang lelaki ada lah lebih baik dari sembahyang bersendirian yg di lakukan selama 40 tahun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2011 07:12 AM | Show all posts
up kan....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2011 07:44 AM | Show all posts
Reply 137# monorail

mungkin kalau xsempat berjemaah 5 X sehari..2 waktu pun cukup kan?
Subuh n Magrib.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2011 11:15 PM | Show all posts
Reply 139# masarju
yang tu tak berani kata takpe....tapi biarlah 5 waktu.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.077837 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list