CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Pakar_Bola

Kami bukan kejam

  [Copy link]
Post time 21-4-2010 10:25 PM | Show all posts
sedihnya.. aku merayu kt ko tolonglah jgn gugurkan..

skrg mgkin ko tak rasa lagi inginkan anak..

but once Allah bagi terima jela..

mana tau lepas ko dh gugurkan, satu hari Allah duga ko dgn tak mendapat zuriat lgsg, masa tu baru nak menyesal..

kalau taknak pun, lahirkanlah dia then blh bagi kt orang lain..

ramai orang yg nak anak tapi masih tak diberikan rezeki lagi.. cthnye cam aku ni.. :cry:

ko patut bersyukur kerana diberi rezeki oleh Allah.. jagalah sebaik2nya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2010 10:41 PM | Show all posts
make sense apa soklan ajik tu...
blom dikira membunuh sebab belum ada nyawa...

cuma dlm piki ...
my-alja Post at 21-4-2010 21:49


i second you!

page sebelah dah mention rational pasal b4 4 bulan = 120 hari tue.

ini pendapatan i jek...b4 4 bulan tak ada nyawa, hence belum dipanggil manusia cuma darah & daging ajek.so, kalau gugur b4 4 bulan tue dikira membunuh manusia ker? HARAM gugur tue rationalnyer ibarat kita membunuh manusia. but, kalau gugur before nyawa ditiup, dekat mana pulak yg dikatakan membunuh manusia?

ps: i tanyer nie utk my personal knowledge ajek. bukan untuk sokong lagik adik bola nie gugurkan anak ker tak.....itu adik bola kena sdirik kena pk la...


Berdasarkan hadith Riwayat Muslim, titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak2 kemanusian yang dikitiraf dalam Islam adalah dari umur 4 bulan dalam kandungan. Kerana berdasarkan hadith Nabi SAW, MANUSIA DITIUPKAN RUHNYA KETIKA SEKITAR UMUR 120 HARI. DEMIKIAN PANDAGAN MAZHAB YANG EMPAT DAN MAJORITI FUQAHA.

Maka apabila telah ditiup Ruh, janin tersebut dianggap sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna. Justeru, penggugurannya adalah dikira membunuh manusia atau nyawa. Ia diharamkan oleh Allah sbgmn FirmanNya : Ertinnya : "Dan janganlah kamu membunuh nyawa manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi syarak)." (Surah Al-An'am : 151)

Walaupun majority fuqaha memfatwakan boleh menggugurkan janin sebelum 4 bulan dengan sebab2 yang konkrit, bagaimanapun terdapat sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian Fuqaha' Mazhab Maliki.

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 10:51 PM | Show all posts
Reply 182# tina^^

Every pregnancy I buat early ultrasound at 6 weeks.  By 7 weeks kalau fetus tu menjadi dah boleh nampak degup jantung baby.  

Tell me is this not a sign of life?  What is the difference between a 7 weeks old baby's heartbeat from a 4 months old baby?  Does it mean that a first trimester baby has no right to life?  

TT, you do what is right by you & your wife.  May Allah have mercy on your souls & your baby's.  

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 11:07 PM | Show all posts
jangan suke buat keptusan gune kepala lutut ye!pk kan orang lain yg besusah payah nak dapat anak x dapat2 lagi,kawrang senang je buat keputusan syok sendirik. ni la yang dikatekan nak kawen tapi ilmu x cukup didade. byk option family planning ni..tu la seblum kawen tu bace banyak pasal ilmu kekeluargaan bukan tgk cite blue!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 11:15 PM | Show all posts
Reply  tina^^

Every pregnancy I buat early ultrasound at 6 weeks.  By 7 weeks kalau fetus tu men ...
AnitaSabrina Post at 21-4-2010 22:51


   
help me to understand further. adakah jantung berdegup means roh telah ditiup?

i quote 4 months = 120 hari tue berdasarkan yg kawan kita share dkt page sebelah tadik.

titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak2 kemanusian yang dikitiraf dalam Islam adalah dari umur 4 bulan dalam kandungan. Kerana berdasarkan hadith Nabi SAW, MANUSIA DITIUPKAN RUHNYA KETIKA SEKITAR UMUR 120 HARI. DEMIKIAN PANDAGAN MAZHAB YANG EMPAT DAN MAJORITI FUQAHA.

Maka apabila telah ditiup Ruh, janin tersebut dianggap sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 11:26 PM | Show all posts
Reply 185# tina^^

In the name of Allah, the Gracious,the Merciful

SURAH96: AL `ALAQ or IQRA' (Read!)

Proclaim! In the name of your Lord, who created;

Created man, out of a clot of congealed blood:......

Congealed blood is this not a fetus/baby in its early formation?  

“Take not life which Allah has made sacred” (6:151)

Surah 17:31 warns believers in general: “Kill not your children for fear of want. We shall provide sustenance for them as well as for you. Verily the killing of them is a great sin.”

All of the above is from the Al Quran.  As far as I'm concerned, all my babies were already alive at the moment of conception.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2010 11:28 PM | Show all posts
btw, i found this:

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN

             PERINGKAT SATU

     NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani

Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2

       " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "



       Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran



         Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

               Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

              



A- Sperma                                 B-Sperma menembusi ovum



PERINGKAT KEDUA

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

Firman Allah yang bermaksud

" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"

                                                                 al-Mukminun : 14

         Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

sesuatu yang bergantung atau melekat
pacat atau lintah
suatu buku atau ketulan darah


Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.



PERINGKAT KETIGA

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14

Firman Allah yang bermaksud

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

al-Mukminun : 14



      Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.



PERINGKAT KEEMPAT

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"

al-Mukminun : 14



Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

        

   Janin pada usia 12 minggu



PERINGKAT KELIMA

NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi  perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.





Janin mendapat makanan melalui uri



PERINGKAT KE ENAM

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t

source : http://lailizah.tripod.com/prose ... enurut_al-Quran.htm


meaning, jantung berdegup belum tentu ada roh. cuma dalam nie disebut, roh ditiup selepas 40 hari. penjelasan dipage sblm tue : hak hak sbg manusia diiktiraf apabila telah ditiupkan roh. pertanyaan saya, roh = jantung berdegup, kalau mengikut fakta kat atas tidak. hence, i nak narrow down lagik soklan, katakan roh bertiup pada usia janin selepas 40 hari, kalau before 40 hari boleh tak kita gugurkan kandungan??

i bukan nak contest sesaper ok, i cuma nak paham betul betul kenapa ada hukum haram, ada hukum harus.

tq.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 11:33 PM | Show all posts
During the development of fetus, the body received the Divine Ruh and subsequently the human faculties of hearing, sight and understanding were developed.

There is no agreement among legal scholars – including those of the founders of the four schools of religious law of the early Islamic period – as to the exact point in time this happens, however.

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi states in his well-known book, “The Lawful and the Prohibited in Islam”:

“While Islam permits preventing pregnancy for valid reasons, it does not allow doing violence to it once it occurs."   Muslim jurists have agreed unanimously that after the fetus is completely formed and has been given a soul, abortion is Haram.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2010 11:40 PM | Show all posts
i think i boleh paham kenapa hukum HARAM menggugurkan kandungan selepas ditiupkan roh? (berdasarkan fakta di atas ada degupan jantung tak semestinya ada roh. so, ada roh semestinya ada degupan jantung? kita amek roh roh hamba allah selain roh kita manusia. depa ada degupan jantung?? roh roh yg ada berterbangan di antara langit dan bumi, depa ada jantung berdegup kah?? aha!)

back to my analysis kenapa diharamkan menggugurkan janin setelah berlaku peniupan roh i think mainly because kita memutuskan silaturrahim janin dgn Allah. masya Allah!

sedangkan kita sesama manusia kalau putuskan silaturrahim lebe dari 3 hari tue aper hukumnya??? inikan pulak kita, memutuskan silaturrahim janin sendiri dggn Allah.

Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172

. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t


maha suci Allah!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 11:41 PM | Show all posts
ok, sekarang saya boleh tido dgn aman...good night all!

ma'as salamah wa ilal liqa
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 11:42 PM | Show all posts
Hmm, ni la masalah bila tak belajar 'Pendidikan Seks'. Tahu kawin je. Ingat cam main pondok2 ke? Lain kali, jgn asyik belajar cam na nak main jer dr vcd blue- mmg la tak ajar bab pelindungan kat cna. Gi la tya doktor camna nak buat supaya tak termengandung. Bukan susah sgt pun. Kan ke byk cara, pil, suntikan, kondom etc. Tulah, belajar tinggi tapi bebal.

TT, rasanya elok gak ko 'buang' je anak tu... kesian lak nnt budak tu dapat mak bapa cam korg. Tapi jgnla gugurkan. Apa kata kandungkan 9 bulan & then bagi la pad sapa2 yg takde anak. Rasanya ramai kan, in fact ada gak forumer kat sini dah offer nak anak tu kan... so. bagi je la.Then ko mintala duit, 5k ke 10k ke. At least ada gak sumber income utk sambung belajar ko tu. Di samping tu, dpt lagi pahala coz tolong org. Kan best cam tu? If habis terdesak sgt, ko gi ja le ke pusat perlindungan wanita cam kewaja ke.. diorg akan jaga wife ko till selamat melahirkan. Tapi maybe, korg akan jadi kes pertama isteri sah yg gi tpt tu la....

Setau aku kan, tak kisah la baby dlm perut tu berapa lama dah, bernyawa or tak bernyawa... hukumnya HARAM utk gugurkan. Mana ada nas yg kata boleh gugurkan if pd masa2 tertentu. Itu setau aku la. Tapi Islam tak kejam. If ada sebab yg kuat, di'HARUS'kan gak. Cam if kandungan membahayakan nyawa ibu etc( tu pun belum tentu si ibu nak gugurkan).

Emo lak, sorry. TT, check dulu ngandung ke tak. If mmg ngandung, apa kata bawa family berbincang. Sure ada jln penyelesaian selain gugurkan janin yg tak de dosa apa2 ngan korang tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 11:52 PM | Show all posts
baru ajerk nak paste my findings..tapi tina dah paste panjang lebar

ok lah tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 12:26 AM | Show all posts
eeii..gram lak aku.sblm ni thread prob ko bkn men lagi nk kwin ek.. nk elak mksiat bgi,pahtu  main nk pki gna kondom..tp npe  xpki dr awl2? skng ni rse prggy pk nk gugur lak..TT ko kna brsyukur taw...anak tu rzeki taw x.bg aku preggy time stdy lg best..hepi j da tawen n nk jd ibu x lme g..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 12:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by tina^^ at 22-4-2010 00:35

pasal i very the tak puas hati sumer sebut hukum ajek but bila tanyer kenapa, jangan ditanya!!!

kalau i mualaf tanyer, kenapa gugurkan kandungan haram?? aper kita nak jawab? takkan nak jawab, bab gugurkan anak, tak boleh tanyer aper...sumernyer HARAM!! understand???when haram means no questions are alllowed.

rational layer 1 - pasal menggugurkan kandungan = membunuh manusia.

what define manusia in islam?
apabila ditiupkan roh (soul)  ke dalam jasad

does existance of heartbeat = soul?
ini mcm cuba tengok hantu pocong.pontianak, kuntilanak segala mcm tue depa pon roh jugak. but, depa ada degupan jantung?? kalau depa ada degupan jantung only then qualified mereka ada roh, so, depa akan boleh kena penyakit2 jantung tak mcm heart attack, jantung berlobang dah sebagainya mcm kita manusia? unheard of!

dan juga disebut, pada hari dibangkitkan semua manusia, roh2 akan dibangunkan kembali something like that...tadek disebut jantung2 akan didegupkan.

lagik, kaitan roh dan hati. dalam badan manusia ada seketul daging bilamana baik daging itu, maka baiklah keselurahan manusia itu, vice versa. dan daging itu dinamakan hati. kaitan hati dgn soul??? tidak tuhan menilai manusia itu selain dari iman dan taqwanyer. iman tue to me ada relation dengan hati = soul

so,bila soul ditiupkan ke dalam jasad?
ada yg kata 4 months = 120 hari
ada yg kata selepas 40 hari semua organ lengkap terbenuk
ada yg kata tatahu.

katakan amek kejadian manusia menurut al quran kata roh ditupkan SELEPAS 40 hari at the earliest, my next question wud be : kalau b4 40 hari roh ditiupkan, boleh digugurkan tak kandungan tue?? sbb definisi dan hak2 manusia adalah hanya apabila ditiupkan roh.

kenapa roh amat penting didalam episod melayakkan manusia menjadi manusia?? kerana apabila adanyer roh itulah (together with the jasad) maka bermulanya silaturrahim sesatu kejadian itu dgn Allah.....tak kiralah manusia, jin dll....sbb aper?? sbb tugas setiap makhluk ciptaan tuhan ini adalah utk beribadah kepadaNya. so, bila kita ada roh, relationship kita dgn tuhan pon bermula.

kita qualified utk beribadah kepada Allah bila kita ada roh. kalau kita tak ada roh mcm kereta proton saga, baldi air, kasut sukan nike tue sumer depa pon. kena beribadah kepada tuhan ker? wallahu'alam.

BUT,

bila kita ada roh, maka bermulalah hubungan silaturrahim kita dgn Allah.

so, kenapa HARAM gugurkan kandungan?? the last layer of answer i think because kita memutuskan hubungan soul lain dgn Allah. apa hak kita?? masya allah! kalau anak gorilla kita culik dari mak dier pon mak dier lari mengamok kejarkan kita (dan kalau dpt tangkap dek mak gorilla siap kauuu dikerjakan) inikan pulak kita nak putuskan silaturrahim janin yg hidop dlm badan kita dgn Allah. sbb itulah  i think logicnyer naper gugurkan kandungan adalah haram as early as roh itu telah ditiopkan....

next question : kalau b4 ada roh boleh gugurkan kandungan tak? yes? no?? if yes or no - kenapa? pls elaborate.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 01:15 AM | Show all posts
further to the query, i found this:

Proses Kejadian Janin dan Peniupan Roh

Telah masyhur di kalangan ulama’ Islam yang dahulu dan  sekarang berfahaman bahawa kejadian janin yang pertama ialah; air mani (النطفة), segumpal darah (العلقة), kemudian seketul daging (و(المضغة. Semua proses kejadian ini ialah selama 120 hari, berdasarkan kepada apa yang difahami dari hadis menghimpun kejadian manusia (جمع الخلق) yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan lainnya dari ‘Abdullah bin Mas’ud  r.a katanya:

( حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم -وهو الصادق المصدوق- قال: “إن أحدكم يُجمع خلقُه في بطن أمه أربعين يوما، ثم يكون علقة مثلَ ذلك، ثم يكون مضغة مثل ذلك، ثم يبعث الله ملكاً يؤمر بأربع كلمات ويقال له: اكتب عمله وأجله ورزقه وشقي أو سعيد. ثم ينفخ فيه الروح…”). صحيح البخاري رقم (3208).

Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah  dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208].

Berdasarkan yang disebut dalam hadis, mereka menafsirkan  bahawa roh ditiup ke dalam janin pada waktu ianya  berupa seketul daging, yang pada zahirnya selepas 40 hari yang ketiga[2].

Kerana inilah ada ulama’ yang mengeluarkan fatwa bahawa boleh menggugurkan kandungan dalam masa 4 bulan pertama dari kehamilan dengan tidak ada sebab yang dharurah, kerana pada fahaman mereka janin hidup pada peringkat ini sebagai hidupan tumbuh-tumbuhan, belum ditiup roh sebagai manusia lagi, dan fahaman ini telah tertanam dalam dengan kuatnya bagi setengah ulama’ sehingga ianya telah menjadi satu fahaman yang diterima dalam Syariah bahawa kejadian janin peringkat pertama melalui tiga kali 40 hari, sedangkan fahaman ini telah bercanggah dengan hakikat ilmiah (saintifik) yang muktamad dalam ilmu kejadian janin di zaman moden, menyebabkan ada segolongan orang Islam yang tidak mendalam ilmu agamanya telah menolak hadis-hadis yang seumpama ini. Demikian juga dengan golongan anti Islam, mereka telah menjadikan hadis-hadis seumpama ini sebagai senjata untuk menghentam Islam.

http://www.abuanasmadani.com/?p=119
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 01:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by tina^^ at 22-4-2010 00:35

pasal i very the tak puas hati sumer sebut hukum ajek ...
tina^^ Post at 22-4-2010 00:30

tina... i lap yu
mekacih 4 penerangan panjang lebar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2010 05:04 AM | Show all posts
jgn amalkan pengambilan PANADOL atau pun apa2 chem berlebihan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 09:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by |issa at 21-4-2010 21:52



bila kita cakap bab hukum, tak boleh bersandarkan pada logic akal semata2..
apa yang haram tetap haram, walau apa pun alasan.

|issa Post at 21-4-2010 21:50



Betul ke? Tiada alasan yang boleh digunapakai untuk mengatakan sesuatu yang haram kemungkinan jatuh harus?

Ada masa yang haram boleh jadi halal, contoh paling sempoi....  terpaksa jadi kanibal makan daging dari mayat ajinomotonosuga ketika kita terapung dalam boat ditengah2 lautan, tiada sebarang tangkapan/makanan untuk dimakan utk memberikan tenaga pada tubuh badan, sekadar tadahan air hujan yg sedikit maka disinilah darurat dan dihalalkan makan makanan yang terdahulunya haram sehinggalah tempoh darurat itu tamat...

Cakap siang pandang2 ok....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 09:38 AM | Show all posts
Hmm..sorrylah aku tak sempat nak baca satu2 post korang..last aku baca post page 5,6..skrg aku busy  ...
Pakar_Bola Post at 21-4-2010 22:00


You ni kecoh la... sibuk tanya2 rupanya pregnancy test pun tak buat lagi.. Pergilah farmasi beli strip buat test awal pagi lepas bangun tidur. Suruh wife ko amik tadah sikit urine dia yang awal keluar kemudian pakai tiub titiskan kat tempat yang sepatutnya. Make sure strip tu pada kedudukan horizontal, tunggu beberapa minit kemudian akan keluar la samada 1 atau 2 line. Kalau 2 line confirm la pregnant. 3 kali I buat sendiri tak pernah dapat keputusan salah... Kemudian kalau 2 line, pergi jumpa doktor... Nanti doktor pakai kad roda dia tu, tanya bila hari pertama last period dan dari situ dia tentukan berapa weeks pregnancy.. Kalau your wife period tak menentu sesedap rasa je, buat ultrasound dan dari situ pun doktor boleh agak berapa weeks pregnancy tu. Lepas tu baru kita sembang nak buat apa kat baby tu...

Kalau tak pregnant, you bawa wife ke klinik pakar sakit puan dan minta doktor nak pasang IUD.. Barang ni boleh tahan 5 tahun, 99% berkesan katanya.. Tak payah pakai kondom, telan pil pula kalau wife jenis disiplin jaga waktu makan pil tu ok la tapi kalau jenis yang terlupa je memang tak berkesan la... Pil perancang mercilon kena cukup disiplin makan, kalau start makan pukul 8am maka setiap hari kena makan pada waktu yang sama, kalau lewat or miss kemungkinan boleh jadi pregnant.. Pasal timing ni orang selalu tak aware kemudian bila pregnant sibuk komplen kat forum "I makan pil perancang pun pregnant juga" ...

Yang injection tu ada juga tapi tu kena tanya sendiri doktor la ya....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 09:51 AM | Show all posts
Hmm..sorrylah aku tak sempat nak baca satu2 post korang..last aku baca post page 5,6..skrg aku busy  ...
Pakar_Bola Post at 21-4-2010 22:00



pergi la beli test kit pregnancy tu. kalau mampu la beli.
kalau tak mampu, pergi klinik kesihatan pelajar. check kat situ ajer.

korang student nie, hidup dgn duit sapa? PTPN ke biasiswa ke mara?
kalau la betul pregnant, ada duit ke nak teruskan pregnant tu?
baju ngandung kena beli. bra pun kena beli baru sbb breast makin besar. ada duit ke?
kalau takder duit utk beli baju ngandung & bra saiz besar, buat kutipan derma kat porem cari ajer.

apa lagi masalah ek? oh ya. kalau nak beranak, pergi hospital kerajaan ye.
ada duit tak? kalau takder, again, pergi la susahkan makbapak, again. kalau malu, buat kutipan derma kat porem cari again.


lepas beranak pulak, bini ko kena duk dgn mak dia la kot. utk berpantang. itu ajer. pantang setakat 44hari ajer la. itu kena la extend semester. tak tahu ler bini ko tu kategori "bright" student atau below average.
kalau kategori below average, teruk sket la..dah ler kena extend sbb kena repeat, ditambah pulak kena extend sbb beranak & berpantang. aiii..lambat lagi ler nak grad kalau gini..  sesungguhnye, aku sgt simpati.


Anak tu pulak, DUMP ajer kat parents masing2.
kalau parents korang ada nak jaga.. lepas lah "masalah" korang.
legaa laa korang.
niat utk elak zina pun tercapai.
niat utk tak bersedia utk jaga anak lagi pun tercapai jugak.

itu parents korang pulak yang ada "masalah" utk membesarkan anak korang.
maybe parents korang kena susahkan adik beradik lain dah keje. kena mintak extra/tambahan duit utk duit susu, pampers, baju2 & kelengkapan baby yang lain. itu baru bab DUIT. belum bab JAGA lagi.
nanti, bengkek laa kakak ipar ke adik ipar yang kawen dgn adik beradik yang ada masalah begini.    
tau MAINNNNNNNNNN ajer.. responsibility lepas MAINNNNNNNNNNNNN TAKDER..
menyusahkan orang lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.066913 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list