CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: karlreef

ALL ABOUT MENTOR 4 -- ZZ & MOHD --

[Copy link]
Post time 23-6-2010 11:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by Naru at 23-6-2010 23:11

Reply 178# zeonite

zeo, saya respect opinion kamu...

BUt then, telinga memasing kan?... (diskusi sihat ).  Namun, taklah dpt dinafikan Mohd pun ada gak potensi andai beliau mara ke landasan yg betul...  Tone beliau 'big' & sesuai bantai lagu menggunakan live band...

Tetang budak Hafeez tu, saya kurang setujulah jika dikatakan dia SEBIJIK ngan ZZ...  [kalau proteJ Mus May tu, saya sokong 100% MEMANG SEBIJIK TONE & CARA NYANYIAN :p]

Back to budak Hafeez ni...
Di sini saya 'melihat' pada TONE beliau (TONE= 'warna' suara).  Tone budak ni UNIK (in a v.good way, mesra musik), rasanya belum ada kat pasaran sekarang - bukan mcm tone ala2 penyanyi mat2 band like bebudak product af...  Maksud saya, tone Hafeez 'agak baru' & fresh... tak annoying...

Memang cara nyanyian beliau @some part ada terikut2 CARA NYANYIAN a.k.a lenggok ZZ (versi lagu dingin live ZZ @AJL).  Saya pun dah mendengarkan berulang kali nyanyian live beliau lagu Dingin tu; hakikatnya beliau ada menunjukkan kreativiti, hal ini yg saya 'nampak' - banyak gak sebenarnya part yg beliau ubah... & gubahan lenggok yg beliau persembahkan sangat sesuai & cantik; contohnya kat part penghujung lagu Dingin tu; tak sama dgn ZZ...  

Apapun memang ramai yg kaitkan budak tu 'klon' ZZ; mungkin sebabnya 'aura' lagu Dingin itu sendiri yg sudah kukuh dipateri dengan cara & GAYA bawaan ZZ...  (again 4me, GAYA nyanyian like cara pegang mic yg diikut budak Hafeez ni, plus pendedahan kat tv tentang ke-fanatik-annya terhadap ZZ menyebabkan chances org melabelnya sebagai 'klon' tinggi); kalaulah dia tahu potensinya & tidak meniru GAYA ZZ, dia pasti akan menyerlah....  Sayang kan?.......  [Saya harap jika budak ni diberi peluang, jgn lah bawa lagu ZZ... plzzzz  & kalau ada yg kecoh pasal 'tak ada identiti' - jangan MEMAKSA DIRI untuk mencari identi yg akhirnya mengarah pd 'fake' - last2 nyanyian entah ke mana.  So, biarlah identiti tu hadir sendiri].

Tetang budak Adi tu, mmmm...  dari segi tone, saya bersetuju dia mempunyai tone yg bagus daripada Mohd (berdasarkan konsert sebelum minggu lepas-lah).  Tonenya tak sama dngan Dayang, cuma sumtimes cara patahan lagu yg sumtimes kedangaran ala2 Dayang.  Kelemahannya cuma, tak konsisten, kekadang semacam huru-hara sikit rasa dia nak meng-RnB-kan bait-bait lagu...   Ditambah lagi dgn GAYA / body-language yg gelabah & tak mesera kamera .. mmmm...

#sekadar pandangan peribadi, ok : )#
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2010 07:57 AM | Show all posts
Reply  zeonite

zeo, saya respect opinion kamu...

BUt then, telinga memasing kan?... (diskusi  ...
Naru Post at 23-6-2010 23:05


Bagus pandangan kamu. tapi hafeez kan masih boleh ke final. Undilah hafeez supaya boleh beraksi dipentas final nanti
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 09:22 AM | Show all posts
takkan tone lelaki nak compare ngan tone pompuan ??


yg diperkatakan style& lenggok hafeez - ziana , adi - dayang , ayim - mus may

Tone Hafeez ni ada bunyi2 antara  Anuar + Hazami sikit..if dengar betul2...tapi lain telinga lain pendengaran kan?

Abislah si Hafeez ni dan over shadow semua peserta Mentor dikuatkan lagi dengan kehadiran Ziana Klon
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 09:52 AM | Show all posts
takkan tone lelaki nak compare ngan tone pompuan ??


yg diperkatakan style& lenggok haf ...
tebuanharimau Post at 24-6-2010 09:22


Mesti meriah kalau ZZ bakal ke final. Ala ala reunion. Ada ZZ, ada hafeez tak ketinggalan ZZ2006 tu. Nampaknya malam tu kita boleh panggil Ziana's Night...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 10:01 AM | Show all posts
Minggu ni Mohd akan menyanyikan lagu Kau Ilham ku dengan di iringi petikan gitar akustik untuk menambahkan lagi sentimenal lagu tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 10:12 AM | Show all posts
Mentor 4: Undian dirahsiakanOleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
Liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar MOHD. SHAHARANI SAIBI

BERSEDIA... Dari kiri Mohd, Ila, Nani dan Adi bersedia memberi saingan pada peringkat separuh akhir kedua Mentor 4 minggu ini.



MALAM Ahad lalu, bermulalah saingan empat peserta Mentor musim kali ini (Mentor 4) di peringkat separuh akhir pertama.
Apa yang pasti, rata-rata protege serta mentor mereka memberikanpersembahan yang cukup menghiburkan dan mengujakan seiring denganpertandingan yang mula menjengah ke peringkat separuh akhir itu.
Mereka ialah Nani dan mentornya Azmeer, Ila (Joe Flizzow), Adi (Dayang Nurfaizah) dan Mohd (Ziana Zain).
Menerusi pemarkahan yang diberikan oleh juri awam yang mewakili 20markah, Mohd memperoleh markah tertinggi iaitu 19 markah diikuti Ila(18 markah), Adi (15 markah) dan Nani (14 Markah).
Bagaimanapun, pemarkahan keseluruhan pada malam itu dirahsiakan olehpihak produksi dan hanya akan diumumkan pada akhir persembahanperingkat separuh akhir kedua yang berlangsung Auditorium MBSA, ShahAlam hujung minggu ini.
Penerbit dan pengarah Mentor 4, Mohd Sufian Isa ketika ditemui sejurus tamat persembahan separuh akhir pertama Mentor 4minggu lalu memberitahu, pihaknya merahsiakan markah yang diperolehkerana enggan ada peserta mahupun mentor yang berkecil hati dan berasatidak bersemangat untuk meneruskan pertandingan.
"Tambahan pula setelah kami berbincang dan diteliti keburukanmengumumkan markah keseluruhan adalah lebih banyak daripada tidakmengumumkannya.
"Biarlah peserta dan mentor-mentor mereka memperoleh sedikitbayangan daripada komen-komen yang diberikan oleh juri profesional yangdiundang dan markah yang diberikan oleh juri awam sahaja," katanya.
Menerusi komen yang diberikan oleh Liza Hanim dan Ramli M.S yanghadir sebagai juri jemputan dalam persembahan tersebut, Lizaberpendapat peserta yang dilihat menyerlah pada malam itu ialah Mohdmanakala peserta di zon bahaya ialah Adi.
Ramli pula menyatakan Nani kelihatan menyerlah menerusi persembahannya pada malam tersebut.
Adi janji perbaiki kelemahan
Dayang dan Adi yang ditemui pada sidang akhbar yang samamemberitahu, faktor kesihatan Adi yang kurang memuaskan pada malamtersebut sedikit mempengaruhi prestasi yang dipersembahkan oleh Adi.
"Bagi saya juri ada penilaian mereka tersendiri. Sebagai mentorkepada Adi saya ambil perkara tersebut secara positif dan berjanji akancuba memperbaiki kelemahan yang ada.
"Setiap orang ada pendapat masing-masing dan dalam setiap persembahan tidak semuanya akan kelihatan sempurna.
"Apa yang boleh saya katakan, sehingga kini Adi menggunakan setiapapa yang saya ajar dan banyak menunjukkan peningkatan," kata Dayang.
Antara usaha yang bakal dilakukan oleh Dayang terhadap Adi ialahmemberi perhatian yang lebih kepada Adi dalam penghayatan lagu danlontaran vokal.
Adi tampil menyanyikan lagu Mencintaimu manakala persembahan duet bersama mentornya menerusi lagu Enter Sandman dan Dua Insan Bercinta.

Enggan Mohd rasa selesa


Memperoleh markah tertinggi yang diberikan oleh juri awam memberi refleks yang positif untuk Mohd. Namun, ada yang mengatakan bahawa Mohd sering bernasib baik kerana mempunyai mentor yang ramai peminat.
Bagi Mohd sendiri kalau boleh dia tidak mahu cepat berasa selesahanya kerana minggu ini dia memperoleh markah tertinggi daripada juriawam malah, dikatakan menyerlah oleh juri jemputan, Liza Hanim.
"Saya tidak kecewa jika ada yang beranggapan sebegitu sebab saya tahu ini adalah realiti bagi rancangan sebegini.
"Bagi saya itu semua bergantung pada nasib. Kadang-kadang kami artisyang dah lama menyanyi pun kalau masuk pertandingan tak menang juga.
"Apa pun, saya bersyukur ada peminat yang ramai dan mereka seringmemberikan sokongan cuma saya tidak mahu Mohd terlalu selesa. Memanglahpada peringkat permulaan dulu Mohd menyanyi agak sumbang namun,peningkatan ketara dapat dilihat dalam persembahannya.

"Saya sebagai mentor cuba memberi tunjuk ajar protege kami sebaikmungkin. Cuma kadang-kadang saya rasa pandangan daripada peminat jugaada baiknya kita dengar kerana mereka yang melihat dan menilaipersembahan," kata Ziana pula.

Mohd dan mentornya tampil mengembalikan nostalgia filem Maria Mariana menerusi lagu Maria Mariana dan Korban Cinta mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
Persembahan solo Mohd menerusi lagu Pelesit Kota dan Hukum Karma juga dilihat tidak kurang menyerlahkan kemampuan vokalnya menyanyikan lagu berentak Rock.
Mendapat pujian daripada Ramli M.S, bagi Azmeer itu belum cukup memberi keselesaan baginya sebagai mentor kepada Nani yang tampil menyanyikan lagu Langit Ke Tujuh dan Di Bawah Pohon Asmara serta persembahan duet menerusi lagu Hero.
Ini kerana Nani minggu lalu memperoleh markah juri awam tercorot berbanding empat lagi pesaingnya.
"Saya tidak pasti di luar sana ada peminat Nani atau tidak. Namun,apa yang saya harapkan peminat di luar sana akan menilai bakat Nani danbukannya kekurangan saya.
"Ada strategi yang akan saya lakukan untuk minggu depan iaitumemilih lagu-lagu yang betul-betul kuat dan bersesuaian dengan vokalNani," katanya.
Berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan oleh Ila, kata Joe Flizzow, persembahan yang ditonjolkan oleh Ila pada minggu lalu adalah selamat dan kurang kesilapan.
Ila tampil berani menyanyikan lagu Halo di atas buaian tinggi namun tidak sedikitpun dilihat mengganggu persembahannya pada malam tersebut.
"Saya melihat persembahan Ila tidak banyak kesilapan cuma menonjolatau tidak, kesilapan itu boleh diletakkan kepada saya kerana lagu-lagusemuanya saya yang pilih.
"Apa yang saya lihat kesemua empat protege ada kekuatan yangtersendiri dan masing-masing masih boleh perbaiki kelemahan," katanya.

p/s: so bagilah cadangan korang yer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2010 10:23 AM | Show all posts
Nani, Mohd buat kejutan
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

2010/06/24
EMPAT mentor bersama protege masing-masing yang masih meneruskan saingan dalam Mentor 4.
EMPAT mentor bersama protege masing-masing yang masih meneruskan saingan dalam Mentor 4.
EMPAT mentor bersama protege masing-masing yang masih meneruskan saingan dalam Mentor 4.
Persaingan empat protege dalam program Mentor semakin sengit

SIAPA sangka, dua peserta bukan pilihan atau ‘underdog’ program realiti Mentor, Mohd dan Nani yang sering berada pada kedudukan terendah, kini memacu laju di tangga teratas. Mereka yang disangka tersingkir awal, mengejutkan peminat Mentor dua minggu lalu apabila menyingkirkan dua peserta pilihan, Ayim dan Shaq.
Prestasi Mohd yang juga protege kepada penyanyi Ziana Zain dan Nani, protege kepada Azmeer semakin menunjukkan peningkatan. Pada persembahan separuh akhir Ahad lalu, dua nama ini menjadi pilihan juri profesional Ramli MS dan Liza Hanim.
Liza melihat Mohd sebagai peserta Mentor paling menyerlah, manakala Ramli MS pula memilih Nani. Sementara itu, protege Dayang Nurfaizah, Adi pula dipilih Liza Hanim sebagai kurang menyerlah kerana kesilapan dilakukan pada awal persembahan kedua. Bagaimanapun Ramli MS enggan mendedahkan protege yang rendah prestasinya.

Mohd yang mendendangkan lagu Pelesit Kota, Hukum Karma, Maria Mariana dan Korban Cinta, berjaya memperoleh markah tertinggi sumbangan juri awam dengan 19 markah. Diikuti dengan protege Joe Flizzow, Ila Damia yang mendapat 18 markah. Adi pula mengumpul 15 markah dan Nani terpaksa berpuas hati dengan 14 markah.

Azmeer berkata, dia akur dengan keputusan peminat yang mengundi kerana populariti Mentor dan bukannya kepada bakat protege. Namun, dia tidak kisah kerana itu adalah permainan sebuah program realiti. Nasib baik katanya TV3 memperuntukkan 30 peratus saja untuk SMS, manakala juri profesional diberi lebih kuasa iaitu sebanyak 50 peratus. Sedikit sebanyak, memberi keadilan kepada peserta berbakat.

“Saya tidak tahu peminat Nani ada atau tidak. Jadi saya hanya menyerahkan nasib Nani kepada keajaiban. Saya amat berharap supaya penonton menilai bakat Nani, mengundi protege, bukannya Mentor.
“Memang tak dapat dinafikan Ziana Zain lebih popular. Saya tak marah juri awam memberi markah rendah kepada Nani, walaupun kalau melihat secara keseluruhan, persembahan Adi kurang menyerlah, tetapi disebabkan Mentornya popular, markahnya lebih tinggi.

“Walaupun pernah tewas beberapa kali, saya tak putus asa. Untuk minggu depan, saya akan memilih lagu kuat untuk Nani,” katanya.

Ziana Zain pula tidak berkecil hati apabila popularitinya dikatakan mempengaruhi undian terhadap Mohd. Dia bersetuju dengan kenyataan Azmeer, malah menyedari perkara itu adalah lumrah untuk program realiti.

Walaupun mungkin boleh menarik nafas lega dengan perkembangan Mohd, Ziana berkata dia sedang berusaha untuk terus memantapkan prestasi protegenya. Ziana juga sanggup mengupah seorang guru vokal bagi mengasah lagi bakat anak didiknya itu.

“Alhamdulillah saya mempunyai peminat yang setia menyokong. Saya tidak pernah berhenti untuk terus membimbing Mohd. Saya sentiasa mengambil kira cadangan peminat kerana mereka yang nak tengok dan dengar Mohd menyanyi.

“Sebagai mentor, saya sedaya upaya melatih Mohd supaya dia dapat memberikan persembahan terbaik,” kata Ziana.

Mohd pula tidak menyangka perjalanannya di dalam Mentor berada sehingga ke tahap ini. “Saya sendiri terkejut kerana ketika datang ke sini. Saya tak boleh menyanyi tetapi Kak Ziana banyak memberi tunjuk ajar. Saya akan terus belajar dan berusaha lagi,” katanya.

Bagi Dayang pula, dia menerima dan mengambil secara positif pendapat yang diberikan juri profesional kepada protegenya.

Katanya, dia tidak perlu melenting sebaliknya teguran itu akan dijadikan panduan untuknya memperbaiki lagi kekurangan protegenya.

Joe Flizzow pula berkata, dia akan menggunakan peluang terakhir minggu depan untuk menonjolkan lagi kehebatan protegenya.

“Saya akan terus dengan strategi memilih lagu yang betul untuk Ila. Setakat ini, saya berpuas hati dengan prestasinya. Sekiranya ada kekurangan jangan salahkan dia tetapi saya yang bersalah kerana semua lagu adalah pilihan saya,” kata Joe.

Pada malam Ahad lalu, Ila mendendangkan lagu Halo milik Beyonce dan berduet bersama Joe menerusi lagu Dua Dunia dan Kau Yang Punya. Sementara Adi menyanyikan lagu Enter Sandman, Dua Insan Bercinta dan Mencintaimu. Nani pula memilih lagu Hero, Langit Ke Tujuh dan Di Bawah Pohon Asmara.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 12:18 PM | Show all posts
hope ZZ will polish Mohd in term of image& looking plak..huhu ZZ kan fashionable
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2010 01:08 PM | Show all posts
Mohd seorang budak yg baik and mengenang budi. tgk ape yang die cakap:

Mohd pula tidak menyangka perjalanannya di dalam Mentor berada sehingga ke tahap ini. “Saya sendiri terkejut kerana ketika datang ke sini. Saya tak boleh menyanyi tetapi Kak Ziana banyak memberi tunjuk ajar. Saya akan terus belajar dan berusaha lagi,” katanya.

Dulu dtg audition tuk mentor Mas Idayu, namun rezeki bersama Ziana zain. Mesti die tak akan lupa jasa Ziana bila sudah berada dipuncak nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 02:13 PM | Show all posts
Kau ilhamku??? ni lagu slalu budak2 nyanyi time audition..so boring!
better cari lagu lain
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 04:18 PM | Show all posts
takut lah..lgu tu ka???cam x killer jer...bg lgu len sket nurnilam sari ka...Dari kekasih Kepada Kekasih (hattan) tu ka ok gak iols rasa...hurmmm nerbes lagi weekend nie...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 04:55 PM | Show all posts
takut lah..lgu tu ka???cam x killer jer...bg lgu len sket nurnilam sari ka...Dari kekasih Kepada Kek ...
moskito_81 Post at 24-6-2010 16:18


Mungkin ada sesuatu yg ZZ cuba nak sampaikan. tunggu dan lihat jer. lagu tu bagus untuk uji penghayatan Mohd
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 05:35 PM | Show all posts
takut lah..lgu tu ka???cam x killer jer...bg lgu len sket nurnilam sari ka...Dari kekasih Kepada Kek ...
moskito_81 Post at 24-6-2010 16:18


betul la..lagu ni xde la killer pun..better Warisan Wanita Terakhir lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 10:41 PM | Show all posts
Andai korang diberi peluang, lagu apa ye yg sesuai utk Mohd ni?  yg boleh tonjolkan vokal beliau?

untuk bertanding, kita sebenarnya kena pilih lagu yg boleh serlahkan vokal kita semaksima mungkin & melodi lagu tersebut 'cantik'; lagu yg banyak pengaplikasian teknik nyanyian, penonjolan julat suara/'range' [rendah-med-tinggi], xpressi suara, dsb.  Antaranya seperti lagu2 Marc Anthony (MY bb U), Jamal Abdillah (Di Sudut Kamar Hati), Search/Awie (Nur Nilam Sari) - sekadar menyatakan beberapa buah saja wokey :-)

(Setuju ngan lagu Kau Ilhamku ku mcm tak berapa nak kick, 4me Kau Ilhamku tu lebih kp lagu untuk persembahan pentas saja, bukan lagu bertanding - unless lagu tersebut diberi 'kekuatan' baru - key dinaikkan barang kali ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 07:09 AM | Show all posts
mcm micha cdgkan aritu

nurnilam sari
warisan wanita terakhir



my bb u tuh mcm x kene je ngn tone mohd nih. takot hancusss plak.  lagu tuh kene vocal2 ala2 smooth mengalir gituh mcm bob n hazami.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 08:07 AM | Show all posts
actually aku pun tak tgk abis. mugkin lagu kau ilham ku tu die bt medley dengan lagu lain ker. sbb, Mohd sendiri ckp kat Ziana yg minggu ni kene buat persembahan 5 minit and die takut org boring dgn lg tu. Tapi Ziana kate jgn risau, akak ade gimik untuk ko....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2010 09:00 AM | Show all posts
tetiba dipertengahan lagu Kau Ilhamku tu ada korus Anggapanmu& ending dia lagu berpisah Jua...buat tribute untuk Asmin Mudin..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 10:02 AM | Show all posts
tetiba dipertengahan lagu Kau Ilhamku tu ada korus Anggapanmu& ending dia lagu berpisah Jua...buat t ...
tebuanharimau Post at 25-6-2010 09:00


Kalau buat mcm tu zeo rase org akan kate klise. sebb minggu lepas dah buat. so tak umph lg. Mohd akan nyanyi 2 lagu. so mungkin 1 lagu slow satu yg mencabar vokal. so dua-dua dapat. penghayatan and vokal.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 10:33 AM | Show all posts
apa2 pun xpelah..jnji kekuatan vokal jejans mohd akan terserlah gittew..akak ziana kna wat gimik yg pling gempak ok....skarang ni iols tgk suma mata dah tertumpu pada mohd nie..klu awl2 dlu org2 suma wat lite2 jah kat dia...so kna wat terbaik punye...somlm ittew nti ada 2 result yg iols ntikan..mohd will go to final stage n hafeez dingin terpilih tuk show final
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 10:41 AM | Show all posts
sekarang ni undian untuk Mohd mendahului yang lain. Bagus tu. Minggu ni kita kena teruskan usaha supaya Mohd layak melangkah ke Final...

Nasib baik ada Catch Up TV, bolehlah Cik Normah tengok kembalipeserta kegemaran Cik Normah si Adi beraksi. Harap-harap Adi berjayamelangkah ke peringkat akhir sebab sekarang ini Cik Normah dapat tahu,Mohd sedang berada di tangga teratas.

petikan dari berita harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.351596 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list